Excited Menunggu Cuti Sekolah!

Excited Menunggu Cuti Sekolah! | Wow Sis Gee konsisten ye day two update blog! Amazing sangat dengan diri sendiri! Walaupun baru hari ke dua, tapi rasanya ini satu pencapaian yang besar ye kalau tengokkan reading list tu nan hado! Haha!

Back to the main story mory. Since anak-anak Sis Gee ada 2 orang yang bersekolah di sekolah berasrama, moments yang sis sangat tunggu adalah cuti sekolah yang panjang. So start Jumaat ni,  22 Mei 2026 sekolah akan cuti selama 2 minggu sekali dengan cuti Aidiladha. Dan cuti kalini, tersangat banyak planning, aktiviti dan agenda yang akan kita buat ye anak-anak. Al maklumlah cuti ibu pun seminggu!!

Lama tak selfie, kita belanja satu selfie otw office pagi ni..

Best kalini sebab dapat cuti seminggu kerja tanpa perlu apply cuti. Kat Terengganu, Hari Arafah dah diberi cuti, pastu cuti Aidiladha dapat 2 hari. Pastu bersambung pula Wesak & Birthday YDP Agong. Amazing!!Haha!

Untuk seseorang yang bekerja di bidang Audit yang ketika ini sangatlah pack, super duper busy dengan due date, cuti seminggu tu memang terasa amazing gila! Tapi itulah, sebelum cuti ni banyak kerja nak kena settlekan, kena submit, follow up. Nak kena kekalkan momentum mood baik ni, sebab boleh kasi lancar mood nak buat kerja. Haha!

Done for now gais! Till next chapter okeh!! 

Love,

Sis Gee 💗

4 komen

  1. Haaa tu la..akak 22hb ni ke Mersing bercuti...sekali baru perasan cuti sekolah...jenuh la nanti jalan jammed...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena standby tu kak & well plan..in syaa Allah okay tu..Santai santai..hehe

      Delete
  2. Itulah tu. Cuti kalini panjang. Cuti dan kerja kebetulan lama. Boleh plan balik kampung lama sikit nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis!! boleh stay lama sikit kat kampung tuuu...seronok!!

      Delete