Hai korang! Been so busy lately! Kehidupan seorang yang bekerja di bidang Audit, Jun adalah bulan yang tersangat peak..Haritu sempat juga ek update satu dua entry, lepas tu tenggelam balik. Semoga Julai nanti lebih tenanggg..
Btw, korang join tak fomo Zus latest? Haritu Zus keluarkan yang Work In Progress tu dengan pembelian RM32 minima pembelian. Sis terjebak jugak time tu tapi takdelah collect semua. Masa tu kebetulan beli sekali untuk anak-anak, so dapat lah Zus Work In Progress. Sis dapat Pinky Boo!! Memang aim pun yang itu, rasa terus puas hati bila dapat. Hehe..
Lepas tu Zus keluarkan Zus Buddy Hippers pulakkkk.. Tapi yang ini syarat minima pembelian RM13.20..Kiranya beli 1 air dah dapat seketui.. First sis beli terus dapat si Pinky Boo!!Hahahha sinonim betholll ekkk..Memang seronoklah dapat apa yang kita aim. Haha!
Yang tak bestnya, kat Kuala Terengganu ni, semua branch out of stock hari ke tiga promosi ni. Tak best kan? Tak sempat nk collect semua! Patutnya Zus keluarkan lahhh juta juta si cinonet hippers tu, sebab dah tahu kan ramaiii nak collect semua.. So sis sempat dapat 2 je. Satu Pinky Boo & lagi satu Choco Chipster.
Done for now. Dah 8 pagi, nak sambung berjuang di office pulak!
Love,
Sis Gee 💗
Excited Menunggu Cuti Sekolah! | Wow Sis Gee konsisten ye day two update blog! Amazing sangat dengan diri sendiri! Walaupun baru hari ke dua, tapi rasanya ini satu pencapaian yang besar ye kalau tengokkan reading list tu nan hado! Haha!
Back to the main story mory. Since anak-anak Sis Gee ada 2 orang yang bersekolah di sekolah berasrama, moments yang sis sangat tunggu adalah cuti sekolah yang panjang. So start Jumaat ni, 22 Mei 2026 sekolah akan cuti selama 2 minggu sekali dengan cuti Aidiladha. Dan cuti kalini, tersangat banyak planning, aktiviti dan agenda yang akan kita buat ye anak-anak. Al maklumlah cuti ibu pun seminggu!!
 |
| Lama tak selfie, kita belanja satu selfie otw office pagi ni.. |
Best kalini sebab dapat cuti seminggu kerja tanpa perlu apply cuti. Kat Terengganu, Hari Arafah dah diberi cuti, pastu cuti Aidiladha dapat 2 hari. Pastu bersambung pula Wesak & Birthday YDP Agong. Amazing!!Haha!
Untuk seseorang yang bekerja di bidang Audit yang ketika ini sangatlah pack, super duper busy dengan due date, cuti seminggu tu memang terasa amazing gila! Tapi itulah, sebelum cuti ni banyak kerja nak kena settlekan, kena submit, follow up. Nak kena kekalkan momentum mood baik ni, sebab boleh kasi lancar mood nak buat kerja. Haha!
Done for now gais! Till next chapter okeh!!
Love,
Sis Gee 💗
Hobi Menulis di Blog Boleh Release Stress dan Bosan? | Assalamualaikum korang!! Nak tanya kawan-kawan blogger atau reader, adakah hobi menulis di blog boleh release stress? Atau rasa bosan?
Lately, scroll social media terasa bosan, macam tengok content pun, certain content je sis boleh stay sampai habis video..Mostly, scroll, scroll, stop, scroll, scroll, scroll. Boleh jadi sebab faktor usia jugak kot eh. Owh! Kalau lepak thread pulak, sis terhibur baca komen2 yang boleh buat kita ketawa berdekah-dekah!! Dah masuk fasa baru ke aku ni? HAHA!
SO! Bila memikirkan blog terabai, terasa macam best jugak life update kat sini, sharing apa-apa story, just like blog Suria Amanda . Sis suka cara dia menulis, santai-santai, story mory..
Ramai lagi kawan-kawan blog yang sis masih terjah blog diaorang. Pastu mulalah terasa rindu ek?Sis doakan kawan-kawan blog semua sentiasa sihat selalu, bahagia selalu.
Currently, sangat suka dengan pokok-pokok hidup ni. Pastu slowly nk hijaukan partition sendiri kat office. Sharelah, kalau korang tahu mana nursery online yang murah dan pokok cantik untuk indoor! Nanti sis terjah tengok!
Just short and quick updates pagi ni. Have a great weekend everyone!! And happy working to us di Terengganu & seangkatan dengannya.
Love,
Sis Gee 💗