Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petaling Jaya, Selangor | Seronoknya! Hi korang! Entry blog kalini sis nak share berkenaan Aestetics Clinic dan juga merupakan ‘Skin Specialist’ yang sangat terkenal di Petaling Jaya, Selangor. Apa yang menarik untuk Sis Gee kongsi adalah klinik ini adalah one stop centre di mana mereka menawarkan banyak rawatan kecantikan dan kesihatan untuk semua lapisan umur dan juga jantina.
Jom kita ketahui apa perkhidmatan yang ditawarkan di Dermlaze ini! Sudah pasti semua rawatan ini dikendalikan oleh pakar kecantikan dan mempunyai pensijilan yang sah!
Servis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Dermlaze
· Rawatan
Kulit Berjerawat
Ramai yang tidak yakin sekianya kulit mengalami masalah jerawat yang kronik. Apa kata korang cuba rawatan kulit berjerawat di Dermlaze ini. Pakar mereka menggunakan ‘microdermabrasion’ dan juga rawatan laser untuk merawat masalah jerawat. Korang bukan sahaja boleh merawat jerawat di wajah sahaja malah, rawatan juga boleh dilakukan ke bahangian badan lain seperti jerawat di belakang badan, leher ataupun pada kulit kepala.
Rawatan Pemutihan Kulit
Ramai yang tidak tahu, rawatan
pemutihan kulit ini bukanlah memutihkan kulit kepada warna putih yang
luarbiasa, tetapi rawatan ini lebih kepada mengsekatakan tona warna kulit yang
tidak sekata dan merawat kulit yang kusam yang menjadikan warna kulit lebih
gelap. Rawatan pemutihan kulit di Dermlaze Petaling jaya ini akan membantu
mengurangkan pengeluaran atau kepekatan melanin, pigmen yang terdapat pada
kulit di mana ianya akan membantu melindungi kulit dari cahaya matahari.
Teknologi Penyingkiran Lemak ( Vaser Liposuction Malaysia)
Ini yang paling menarik untuk korang
yang mahu kurus nak sedut lemak tapi nak cuba teknologi yang selamat. Sistem
Vaser ini menggunakan teknologi penyingkiran lemak yang paling canggih dan
berkesan. Berbanding kaedah secara tradisional, kaedah ini tidak akan
membuatkan kecederaan dalaman badan. Kaedah Vaser ini hanyalah menggunakan
penguatan getaran tenaga untuk memecahkan sel lemak dalam badan.
Nose Thread Lift (Non-Surgical)
Yeah! Korang nak mancungkan hidung
pun boleh! Tanpa membuat pembedahan tau!! Cara yang pakar akan lakukan nanti adalah
menggunakan benang yang akan diselitkan pada batang hidung untuk membantu
mendapatkan bentuk hidung yang korang mahukan. Prosedur pun tidak lama, hanya
mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja atau lebih.
Terdapat banyak factor yang boleh
menyebabkan keguguran rambut. Antaranya factor usia, cuaca, penjagaan harian,
pemilihan produk rambut, tekanan, penyakit dan sebagainya. Rambut diibaratkan
seperti mahkota seseorang wanita. Di Dermlaze, ada beberapa kaedah rawatan
rambut gugur yang ditawarkan iaitu PRP Hair Loss Treatment dan juga Hair
Transplant. Korang boleh cuba nanti!
Ada Lebih 10 Rawatan Di Dermlaze
Medispa, Petaling Jaya
Kalau korang nak tahu, ada lebih 10 rawatan kecantikan dan kesihatan yang ditawarkan di Dermlaze Medispa, Petaling Jaya. Selain yang sis senaraikan di atas tadi, ada juga rawatan untuk Anti Aging, mencantikkan bibir, dark eyes circle, stretch marks dan banyak lagi. Sudah tentu korang akan diteliti dan rundingan akan dibuat bagi mengenalpasti teknik rawatan yang akan dijalankan.
Tempah Slot Sekarang Untuk Dapatkan Jadual Konsultansi Daripada Doktor Dermlaze
Untuk memudahkan korang, korang boleh terus hubungi mereka bagi mendapatkan penerangan dan juga konsultansi selanjutnya. Korang jangan risau kerana Doktor Pakar di Dermlaze mempunyai pengalaman sudah hamper 25 tahun dalam bidang ini. Malah, kepakaran mereka juga mendapat pensijilan di peringkat antarabangsa .
Untuk selanjutnya, korang boleh terjah website Dermlaze kat bawah ini.
WEBSITE : https://www.dermlaze.com.my/
0 komen