Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Menang Gold Bar Dari CMASA.my | Wow! Emas percuma? Memang best kot kalau ada yang nak memberi emas percuma! Nak tahu apa kisahnya dan bagaimana cara nak dapatkan emas percuma ini, korang kenalah baca entry hakak kalini sampai habis okeh!


Hari ini, ramai dah terjebak dengan online shopping. Musim kuarantin di rumah, membeli belah di platform online adalah pilihan yang terbaik. Bukan hanya mudah di hujung jari malah harga yang ditawarkan juga murah dan cepat sampai di muka pintu rumah. Jimat masa, tenaga dan juga wang ringgit! Haha!

CMASA.my Tawarkan Pelbagai Pilihan Produk Yang Berpatutan

Satu platform online yang sangat best untuk dikunjungi adalah CMASA.my . Ada pelbagai pilihan produk yang ditawarkan di dalam laman web CMASA.my ini. Antaranya termasuklah pilihan barangan makanan dan minuman, barangan bayi dan kanak - kanak, produk kesihatan dan kecantikan, barangan keperluan rumah, kelengkapan haji dan umrah, pelbagai lagi jenis tawaran perkhidmatan dan juga pelbagai lagi jenis rangkaian produk.



Jom Sertai Peraduan Kongsi dan Menang Gold Bar Dari CMASA.my

Sekarang masih berlangsung peraduan kongsi dan menang GOLD BAR dari laman web CMASA.my . So, masa yang ada ni, masih sempat untuk kita mencuba nasib! Mana tahu kot ada rezeki menang emas percuma!


Caranya mudah sahaja!

Jom ikuti langkah mudah di bawah :

LANGKAH 1 :

Korang kena beli mana-mana produk (min 1 produk sahaja, lebih lagi bagus) dari laman web https://cmasa.my/ . 

LANGKAH 2 :

Hantar PRIVATE MESSAGE ke :
FB Page rasmi CMASA.my https://www.facebook.com/CMASA.YaPEIM/

LANGKAH 3 :

Seterusnya, korang buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula ..

"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............"


Lengkapkan ayat di atas berserta dengan gambar kreatif di posting tersebut. Jangan lupa hashtag #cmasa dan pastikan akaun FB korang berstatus PUBLIC .

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada LIKE, KOMEN dan SHARE paling tinggi.


16 Hadiah Menarik Menanti Korang!

Hadiah Utama x 3
Gold Bar (Wafer Emas) 3gram bernilai RM840
Keahlian Privilege YAPEIM


Hadiah Kedua x 3
Gold Bar (Wafer Emas) 1.5gram bernilai RM465
Keahlian Privilege YAPEIM

Saguhati x 10
Cenderama Barangan YAPEIM
Keahlian Privilege YAPEIM
Jom korang join Peraduan Menang Gold Bar Dari CMASA.my !! Belum cuba, belum tau kan? Korang kena join sekarang tau! Sebabnya tarikh tutup peraduan 30 June 2020. Jom shopping online di CMASA.my hari ini!


Untuk sebarang info lanjut dan pertanyaan, korang boleh hubungi :

Website : https://cmasa.my/

Facebook : CMASA.YaPEIM

Instagram : cmasa.yapeim
Shopee Mum’s Club , kumpulan sokongan maya untuk para ibu yang mencari tawaran terbaik bagi produk tulen bagi si manja mereka! 

Dikatakan bahawa kos untuk membesarkan seorang anak boleh mencecah RM1 juta. Oleh itu, bukan lagi sebuah rahsia bahawa ia merupakan satu urusan yang mahal untuk membesarkan seorang anak, walaupun ia adalah sebuah pengalaman yang berharga.


Dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini di tengah wabak Covid-19, para ibu bapa berasa risau untuk mencari jalan bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk membesar dengan sihat. Untuk membantu ibu bapa harungi cabaran ini, Mum's Club di Shopee memberikan sokongan kepada para ibu yang mencari produk tulen untuk anak-anak mereka tanpa berbelanja secara berlebihan.


Ahli-ahli kelab tersebut dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kempen yang direka khas seperti satu yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun 2020, menampilkan pelbagai tawaran untuk barang penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian. Shopee bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya para ibu bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa baharu.


Hak Istimewa Ahli: Kempen yang berlangsung selama seminggu ini akan menawarkan ahli-ahli Mum's Club barang keperluan bayi seperti susu untuk ibu hamil, lampin, produk mandian dan penjagaan kulit, dan mainan untuk RM10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale; baucar sehingga 20% diskaun serta pulangan tunai sebanyak 20%. Ahli-ahli juga boleh dapatkan baucar di kedai dan juga diskaun sehingga 50% oleh jenama yang mengambil bahagian.

Ahli baru Mum's Club akan menerima semua produk yang dinyatakan di atas serta ganjaran tambahan seperti 25% pulangan tunai Shopee Coins dan hadiah alu-aluan eksklusif bernilai RM30 yang terdiri daripada produk seperti lampin dan susu formula.


Peraduan Belanja dan Menang: Kempen ini menjadi lebih baik untuk para ahli yang berbelanja dari tempoh 17 Jun hingga 1 Julai berpeluang untuk menang hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price. Untuk mengambil bahagian, para ahli layak mendapat satu penyertaan untuk setiap pembelian sebanyak RM50 di kategori Mainan, Kanak-kanak dan Bayi. 
Sesi Perkongsian: Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum's Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditontoni dari rumah untuk ibu bapa baharu. Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.

Shopee Mum’s Club, dilancarkan pada 2019, direka untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada para ibu bapa melalui tawaran dan diskaun oleh pelbagai jenama. Sebuah pihak yang boleh dipercayai sepanjang perjalanan keibubapaan mereka, ia bertujuan untuk memberikan penyelesaian dan idea kepada para ibu bapa untuk membantu mereka berikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Promosi-promosi dikemas kini secara berkala, jadi para ahli diingatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap, terutamanya semasa jualan Baby Fair dan juga kempen khas.

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club
WOW! Menang RM3,000 Duit Raya Bersama SOFEAROSE! | Apa khabar readers hakak sekalian? Harap semua baik-baik sahaja tatkala semua dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Hakak membawa perkabaran yang baik ni tau! Korang pernah dengar tak jenama tudung dan pakaian muslimah SofeaRose? Kalau korang perasan, banyak juga drama di televisyen yang mendapat tajaan tudung SofeaRose. Dan semestinya SofeaRose antara jenama tudung yang hakak suka!


Kenapa hakak suka? Sebab material tudung SofeaRose tidak jarang, cantik terletak dan paling best bidang besar so mudah nak gayakan pelbagai cara. Hehe. Nak tahu apa berita baik yang hakak nak sampaikan berkenaan SofeaRose ni? Mari baca story mory hakak!

Menang Duit Raya Bersama SofeaRose

Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500 untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6 bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan! 


Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama korang juga. Macam-macam boleh kita beli dengan RM3,000 kan?


Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir korang mengukir senyuman kan?  Hakak pun samalah! Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000! Nak tahu caranya?


Caranya sangat mudah, korang hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui :

1) Website www.sofearose.com 

2) Facebook @sofearose.my

3) Instagram @sofearose_hq

4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar

Yang bestnya, korang akan mendapat dua penyertaan kalau korang menjadi pembeli yang terawal. Dua penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow!


Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut. 


Bagi yang baru mendengar jenama SofeaRose ini, mereka mula mencipta nama pada 2014 dan aktif dengan gaya Art To Wear yang digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada 2016 dan Madrid pada 2017. Setelah itu, empayar SofeaRose terus melebar dengan terpatrinya SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona series. Tahun ini, sekali lagi SofeaRose mencipta nama di dalam pentas seni menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020 dengan menampilkan 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah namun pada harga mampu milik kerana, bagi Sofearose hanya satu, Kemewahan Milik Semua. 


Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan.


Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN paling penting, dapat produk yang best sangat sangat! 


Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : HAZ10 ini semasa membuat pembelian di website untuk mendapat discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di blog www.sisgee.com sahaaja okay! 

Happy Shopping and Good Luck!!

McDonald's Kuala Terengganu Sumbang Makanan Kepada Petugas COVID 19 | Tatkala kita semua di perintahkan untuk duduk diam - diam di rumah, McDonald's Malaysia masih menjalankan program komuniti mereka di seluruh Malaysia. Sebut sahaja McDonald's, hakak dah terbayangkan Hazelnut Latte Panas dengan Belgium Chocolate Cake yang sedap banget itu! 

Kami memang suka melepak di McDonald's Kuala Terengganu. Anak - anak bebas nak bermain di playground, dan hakak dapat me time mengopi. Hehe. In syaa Allah bila virus Covid 19 ini dah hilang sepenuhnya, dapatlah kami berkunjung lagi ke McDonald's Kuala Terengganu. 


Pada 23 Mac 2020 yang lepas, McDonald's Kuala Terengganu telah menjalankan program komuniti mereka di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Program komuniti kali ini merupakan sumbangan 100 McChicken Burger dan juga 100 Apple Pie kepada petugas Covid 19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Turut hadir bagi memberikan sumbangan makanan dari McDonald's Kuala Terengganu ialah Encik Md Fazli Razali selaku Operation Consultant Terengganu, Wan Muhairyzal Wan Muda ( Restaurant General Manager ), dan juga 2 Restaurant Assistant Manager.

Umum telah ketahui, barisan hadapan negara iaitu petugas - petugas kesihatan di semua hospital sangat kritikal. Mereka tiada masa seperti kita di rumah untuk makan mengikut waktu, berehat di atas sofa malah tidur juga entah berapa jam. Personally, hakak sangat terasa apabila terbayangkan perasaan mereka saat ini yang mungkin dah lama tak dapat sentuh anak sendiri, yang rindukan ahli keluarga serta rindukan suasana tenang di luar bangunan mereka berada sekarang.

Program komuniti ini adalah sebagai salah satu cara McDonald's Kuala Terengganu memberikan keperihatinan pihak McDonald's kepada petugas - petugas Covid 19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 
Secara tidak langsung, melalui sumbangan ini juga dapat memperhebatkan perhubungan yang baik dan mesra antara kakitangan hospital dan juga McDonald's. Petugas - petugas ini patut diraikan dengan usaha keras mereka bagi merawat mangsa - mangsa Covid 19 ini.

Ketika petugas - petugas Covid 19 ini bertungkus lumus, mereka sangat memerlukan kita sebagai penguat semangat mereka. Program komuniti McDonald's Kuala Terengganu ini dapat memberikan moral support kepada kakitangan hospital untuk terus bersemangat menjalankan tugas mereka. 

Tugas kita sekarang adalah menyokong usaha kerajaan supaya kita duduk sahaja di rumah, kurangkan pergerakan di luar rumah seperti di pasaraya. Kita akan membantu mengurangkan risiko jangkitan virus Covid 19 ini dan semua mengharapkan ia akan berakhir dengan segera.

Owh! Bagi korang yang berada di sekitar Kuala Terengganu masih boleh menikmati makanan McDonald's dengan membuat pesanan secara Drive-Tru atau McDelivery. McDonald's Kuala Terengganu beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.  

Keep safe semua! 

#StayAtHome
#KitaBoleh
#McDonaldsKualaTerengganu
#McDonaldsMalaysia




LAGU : SAKIT
PENYANYI : ZYNAKAL FT YONNYBOI

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutup lah mata pegang lah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih
Aku di sini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi
Rama rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit di hati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Ku terpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan

Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

Percayalah
Aku kan berikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutup lah mata pegang lah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi

Jangan bersedih
Aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi
Rama rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Ku terpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Kau kenal aku siapa
Yang dulu bukan aku
Masa itu aku gila
Ku sendiri tak tahu

Apa yang sudah jadi
Ku rasa macam mimpi
Hanyut di realiti
Kesannya hari ini

Penyakit tiada luka
Sakit tiada parut
Sakitnya di kepala
Bercelaru mengarut

Tindakan luar biasa
Marah terus mencarut
Lupa semua kata
Rasa nyawa tercabut

Aku faham
Apa yang kau rasa
Janganlah kecewa
Ku sentiasa ada.


Lirik lagu ni sangat deep dan banyak memberi kata-kata positif untuk kita yang selalu rasa down, rasa dibenci, rasa dikhianati, rasa kecewa. Kena ingat, kita bukan bersendiri. Masih ada yang sayang, ada yang kisahkan, ada yang masih peduli pasal kita. 💚

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab