Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Siapa tak sukakan kejutan dari orang tersayang bukan? Baik yang tua, dewasa apatah lagi kanak - kanak riang termasuk anak - anak Gee. Sebelum ni Gee ceritakan story mory surprisekan anak - anak dengan bawak mereka ke Bangi Waterpark. Kisahnya ada di << SINI >> . Trip kami ke Bangi Waterpark haritu boleh juga dikatakan Birthday Trip untuk Amani dan Ardini sebabnya kedua puteri kami kongsi birthday pada bulan yang sama. Gee juga ada maklumkan pada Mek Yunie memandangkan trip ni dia pun ada sekali. Tapi tak sangka aunty Mek diaorang aturkan surprise delivery masa kami di Bangi Waterpark. Wah! Melompat keriangan lah puteri - puteri itu. Haha. Nak tahu apa yang aunty Mek surprisekan?


3 Suprises For 3 Princess!!

Mek dah maklumkan pada Gee dan suami yang dia ada aturkan surprise delivery untuk besday gurls dan juga untuk si puteri Mek sendiri. Wah!! 3 surprises for 3 princess! Kami decide nak surprisekan bila nak check out dari Bangi Waterpark. Team Bangi Waterpark sporting habis sebab tolong simpankan di kaunter pendaftaran lobi supaya bila kami check out, mudah untuk ambil dan surprisekan mereka. 


Bila semua semua dah check out, ibu dan mummy ke kaunter pendaftaran untuk ambil surprise bouquet untuk diberikan pada puteri - puteri kami. Ayah dan Papa pulak siap sedia dengan phone untuk shoot video dan gambar serta make sure semua dalam kawalan al maklumlah anak ramai. Haha! Bila puteri - puteri tengok di tangan ibu ada jambangan coklat yang dihias cantik, terus masing - masing tersenyum sipu dan muka excited nak ambik! Haha! And Alhamdulillah Amani, Ardini dan little Amani suka surprise kami! Yeayyyy!!

Terima Surprise Delivery Daripada MY BALLOON

Kadang - kadang buntu nak buat surprise untuk anak - anak, suami, isteri, bonda atau rakan karib. Bukan apa, bila nak surprisekan orang. ada banyak benda nak fikirkan termasuklah tempat, kos untuk dekorasi, pembelian hadiah, masa, serta jambangan surprise yang ingin diberikan. Untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, MY BALLOON boleh membantu korang untuk membuat surprise delivery serta dekorasi majlis untuk meraikan mereka yang tersayang.


Gubahan untuk surprise delivery, korang boleh pilih atau request nakkan dalam lingkungan budget korang. Nak belon ke taknak belon ke. Nak coklat sahaja atau coklat beserta bunga segar. Mahukan teady bear bersama coklat. Atau apa sahaja yang korang mahukan, team MY BALLOON akan realisasikan impian surprise korang tu. Kalau takde idea, pun takde hal lah! Bagitahu je tema yang korang mahukan kemudian, MY BALLOON akan settlekan semuanya. Mudahkan?

3 Sebab Kenapa MY BALLOON Menjadi Pilihan Ramai


Gee dengan Mek memang suka servis penghantaran daripada MY BALLOON. Bila kami request untuk menghantar ke Bangi Waterpark, terus mereka bersetuju mengikut lokasi yang kami tetapkan serta masa yang diberikan. Gee sangat recommendkan servis surprise delivery diaorang sebabnya bila tengok gambar kat Instagram dan Facebook, ada banyak sangat pilihan bentuk surprise yang korang boleh pilih. 


Jom Gee kongsikan 3 sebab utama kenapa korang kena gunakan servis daripada MY BALLOON ni :

1. Customize Tulisan Pada Belon


Pasti lebih bermakna kalau namaku ditulis pada belon surprise itu. Eh! Tu contoh. Hahaha! Korang boleh request tau nak tulis apa kat belon. Biasanya kita tulis kat kek kan? Tu dah lapuk dah. Kahkah! Sekarang, belon pun boleh customize tulisan. Menarikkan?

2. Boleh Delivery ke Kuala Lumpur, Selangor, Melaka & Negeri Sembilan


Jarang - jarang kita dengar surprise delivery cover kawasan sampai 3 ke 4 negeri! So kalau kita duk jarak jauh, boleh je hantar MY BALLOON untuk surprisekan yang tersayang. MY BALLOON menyediakan servis penghantaran ke Kuala Lumpur, Senawang, Melaka, Shah Alam, Putrajaya serta lain - lain kawasan disekitarnya dengan caj yang berpatutan.

3. Boleh Request Mengikut Budget


Yang ni paling best! Tak semua ada budget banyak nak buat gubahan surprise yang besar besar. Tapi walau ada budget yang sedikit, korang pun boleh buat surprise untuk mereka tersayang dengan servis daripada MY BALLOON ni. Serendah RM 30, pasti si dia gembira menerima surprise dari korang. 


Ramai Yang Sudah di Surprisekan Oleh MY BALLOON!!






Servis Yang Mantap Untuk Kumpulan dan Organisasi Yang Besar!






Surprisekan Yang Tersayang Dengan MY BALLOON!


Terbaik servis surprise delivery dari MY BALLOON! Korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan boleh mendapatkan servis mereka daripada maklumat yang Gee nyatakan kat bawah ni ye. Thank you MY BALLOON and Mek Yunie untuk surprisekan birthday Amani dan Ardini. They love it so much!!


Facebook : https://web.facebook.com/BelonGasOrangKampung/

Instagram : https://www.instagram.com/myballoon_hqsenawang/

Email : bgok_rich@yahoo.com.my

Hubungi : 016 - 291 9242

Phuket terkenal di serata dunia sebagai tempat pelancongan yang sangat cantik serta menarik untuk dikunjungi. Phuket mempunyai pantai yang cantik, pulau - pulau yang menarik, makanan yang pelbagai jenis serta pelbagai lagi tempat menarik yang boleh mengisi jadual percutian korang nanti. Pertama kali Gee menjejakkan kaki ke Phuket pada tahun 2007 dulu, Gee memang jatuh cinta bila melihat pulau - pulau di Phuket yang sangat cantik serta dikelilingi air laut yang jernih berwarna biru kehijauan.


Bila dah terasa rindu, terfikir juga macam best ni kalau repeat dengan keluarga pula. Anak - anak Gee memang suka main pantai. Lagipun Phuket antara destinasi luar negara yang dikira murah sebabnya lokasi Phuket yang berhampiran dengan Malaysia. Cuti sekolah dah nak dekat! Boleh juga risik - risik harga dulu sebabnya Gee ni travel untuk 6 orang. So, soal budget mesti nak kena diutamakan. Kalau lagi banyak boleh jimat, pasti ada lagi banyak duit untuk shopping di sana nanti. Haha!


Gee pun mulakan proses mencari dan menyelidik di Traveloka. Kenapa Traveloka? Untuk pengetahuan korang, Traveloka ni sangat friendly user! Yang paling best dan korang mesti grab adalah Traveloka sentiasa mengadakan promosi coupon diskaun di mana korang akan dapat lebih murah dengan potongan diskaun yang diberikan. Bila mulakan proses pencarian, baru Gee tahu rupa - rupanya dengan Traveloka kita boleh tempah tiket flight sekaligus dengan penginapan hotel!  


Pakej Kombo Flight + Hotel Hanya di Traveloka



Dengan Traveloka kini korang bukan sahaja boleh menempah hotel pada harga yang murah malah korang juga boleh menempah tiket flight beserta hotel bagi tempoh percutian korang nanti. Ini pasti lagi memudahkan kita sebabnya boleh selesaikan 2 hal yang utama sekaligus. Tambahan pula, terdapat pelbagai pilihan hotel yang boleh dipilih berdasarkan kesesuaian budget dan boleh terus melihat semua info hotel yang bakal dipilih itu nanti. Pakej kombo flight dan hotel ini korang boleh lihat di laman web Traveloka dan juga aplikasi android yang di download di apps store.


Semuanya sangat mudah untuk Gee nak tempah flight dan hotel bila nak bercuti ke Phuket nanti. Bila ada pakej kombo flight dan hotel ni, masa pun dapat dijimatkan sebabnya boleh terus tempah dan bayar sekaligus untuk flight dan penginapan kami. Gee hanya perlu masukkan tarikh bertolak ke Phuket, tarikh untuk penginapan serta bilangan yang akan pergi nanti. Kemudian dalam sekelip mata Gee boleh pilih nak hotel dan penerbangan yang mengikut kesesuaian budget.

Untuk percutian Gee bersama keluarga ke Phuket, urusan tempahan flight dan hotel menjadi lebih mudah dengan adanya pakej kombo ni. Phuket Tour Packages membolehkan Gee memilih hotel dan penerbangan dalam masa yang sama. Sangat mudah bukan?



Wah! Ada banyak pilihan hotel dan penerbangan yang boleh kita pilih. Salah satu pilihan yang menarik adalah seperti gambar di atas. Gee suka Traveloka sebabnya dengan Traveloka tiada harga tersembunyi. Harga yang dinyatakan adalah harga yang kita perlu bayar tanpa perlu menambah kos atau caj yang lain.

Kenapa Perlu Tempah Pakej Kombo Flight dan Hotel Dari Traveloka?



Pasti ada yang bertanya kenapa kena grab pakej kombo istimewa flight dan hotel Traveloka ni? Untuk percutian Gee ke Phuket bersama keluarga, Gee dapat menempah flight dan penginapan di Phuket berdasarkan apa yang Gee inginkan samada inginkan bilik yang luas, tambahan sarapan pagi, pilihan hotel yang mempunyai kolam renang, hotel yang berdekatan dengan bandar dan sebagainya. Jom Gee kongsikan kenapa korang perlu tempah pakej kombo ini berbanding tempah secara berasingan.

1. Lebih Menjimatkan Kos Untuk Melancong

Pakej kombo flight dan hotel boleh menjimatkan kos untuk melancong. Harga yang ditawarkan untuk pakej kombo adalah lebih murah dan menjimatkan. Ini kerana korang boleh ubah dan pilih hotel yang mengikut budget korang dan harga tiket penerbangan yang paling murah antara pilihan yang ada.

2. Boleh Memilih Pelbagai Rangkaian Hotel 

Korang boleh pilih penerbangan dari pelbagai jenis rangkaian beserta hotel yang pelbagai jenis pilihan hotel yang korang mahukan. Malah, dengan pakej kombo flight dan hotel Traveloka ini, korang boleh memilih penerbangan yang lebih murah.

3. Memilih Cara Bayaran Sendiri

Hanya dengan Traveloka korang boleh memilih cara bayaran yang korang suka. Korang boleh memilih cara pembayaran secara tunai atau tanpa tunai. Korang pun boleh grab peluang bercuti dengan 0% pelan ansuran.

Nikmati Pelbagai Promosi Penjimatan Berganda di Traveloka



Traveloka ada banyak promosi penjimatan berganda untuk belian tiket penerbangan samada dalam negara mahupun ke luar negara. Bukan itu sahaja, Traveloka juga membuat tawaran diskaun bagi tempahan hotel di seluruh dunia. Pilihan penerbangan dan hotel pula korang boleh pilih mengikut budget serta tarikh yang diinginkan.

Tempah Pakej Kombo Flight dan Hotel Sekarang!



Dengan menempah percutian bersama Traveloka bukan sahaja cepat malah semuanya menjadi mudah tambahan pula harga yang ditawarkan juga murah. Korang dah ada tarikh pilihan? Cepat - cepat tempah penerbangan beserta penginapan di hotel idaman korang di https://www.traveloka.com/en-my/packages .

Assalamualaikum 💙

14 Daya Tarikan Ada di Bangi Wonderland Waterpark yang terletak di Bangi Avenue, Kajang. Baru - baru ni Gee dan suami surprisekan Geng 4A dengan membawa mereka ke Bangi Waterpark. Mereka sangkakan kami dah nak balik ke Kuala Terengganu setelah semalaman di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Bangi Waterpark ni seperti nak ke Cameron Highlands seperti yang diteka oleh anak - anak Gee. Mungkin disebabkan mereka nampak kehijauan pokok dan kawasan berbukit sebab itu mereka teka kami akan ke Cameron Highlands.
 

Anak - anak semakin teruja bila daripada jalan besar dah nampak pelbagai jenis slides di Bangi Wonderland ni. Dah masuk pintu utama baru mereka betul - betul menjerit kesukaan dan surprise kami menjadi! Kecoh dan bisinglah dalam kereta dengan pertanyaan baju mandi, pelampung, nak main gelongsor, bla bla bla. 4 orang semuanya bersuara dengan teruja! Pastinya pengalaman ini Gee kongsi bersama blogger Mek Yunie dan keluarganya sekali. Dah sampai semua teruja dan Gee dan Mek terus ke kaunter tiket yang terletak di lobi Bangi Wonderland Waterpark untuk urusan pembelian tiket.


Dapatkan Tiket Untuk Yang Ketinggian 90cm Ke Atas. Di Bangi Wonderland Waterpark, tiket masuk dicajkan berdasarkan ketinggian korang. Yang mana ketinggian bawah 90cm tiada bayaran masuk dikenakan. Dah selesai urusan pembelian tiket, bolehlah mula explore Bangi Wonderland Waterpark. Jom Gee share apa yang best kat Bangi Wonderland Waterpark ni.

14 Rides / Games Bangi Wonderland Themepark



1. Kids Adventure


Tempat pertama kami tuju semestinya Kids Adventure. Pertama kali tengok, terus rasa wowwwnya Kids Adventure ni. Siap ada slides yang pelbagai jenis dan ada banyak! Kiranya, mak ayah nak join main dengan anak sekali pun memang best dan boleh tahan juga mencabar slides yang di tingkat yang tinggi. Untuk babies, ada juga gelongsor yang turut dikawal rapi oleh Life Guard Bangi Wonderland. 

2. Pirate's Bay

Kalau nak merasa dilambung ombak, korang kena lepak - lepak di Pirate's Bay ni. Kebetulan kami semua duk sembang - sembang sambil anak - anak main air tiba - tiba terasa badan seperti ditolak. Sebelum tu ada siren dibunyikan tapi kami blur! Kedalaman Pirate's Bay ni semakin ke tengah semakin dalam. Rupa - rupanya siren tu sebagai tanda nak bagitahu diaorang nak mulakan ombak kat Pirate's Bay. Semakin lama semakin kuat dan Aqil dah berpeluk atas riba dah. Badan ni semakin ke depan dengan ombak yang semakin kuat. Serius terumbang ambing mereka yang berlampung tuh. Memang terbaiklah Pirate's Bay!

3. Meander River


Yang ni korang boleh merasai pengalaman seperti menyusuri sungai yang kecil gitu. Air pun cetek dan selamat untuk anak - anak kecil. Ada yang berjalan, ada juga yang menggunakan pelampung. Gee tak berkesempatan nak cuba yang ni. Korang boleh baca review mek sebabnya Mek dan family naik pelampung di Meander River ni. 

4. Spiralax


Kami beranikan diri demi merasai sendiri pengalaman menaiki Spiralax ni. Masing - masing dah baca doa macam - macam dah disebabkan takot punya pasal. Haha! Agak panjang juga Spiralax ni dan ternyata sangat best dan boleh release stress jugak tau! Menjerit tak hingat dah kami dua! Memang terasa kepuasan selepas naiki Spiralax ni. 

5. Body Slide


Body Slide ni Gee tak berani tapi incik suami dan si Amani selamba je slides. Kalau Spiralax kena slides dengan pelampung tapi yang Body Slide ni kita je kena turun. Ui Gerun kot! Life Guard dah siap - siap dah kat depan tu untuk tolong sekiranya perlu terutamanya Amani yang kategori kanak - kanak. Proud of you lah Kakak Amani!

6. Insane Racer


Insane Racer sememangnya buat jiwaku insane hokey!! Gee memang tak pernah ada keberanian nak naik slides jenis meniarap ni. Tapi masa tu mungkin tengok Amani dan Arsyad pun nak buat sekali so acah - acah berani ikot incik suami dan 2 ketul tu naik atas. Bila dah diajar cara meniarap, life guard siap kira sebab nama pun Insane Racer kan! 3 beranak tu helok je gelongsor meniarap turun. Aku? Hahahahahaha. Aku masih disitu wei!! Jiwa tak kuat dan tak reti nak meniarap gelongsor dengan alas dia tuh. Walaupun dah diajar namun masih tak kuat untuk turun. So dengan selamba Gee turun balik dengan tangga. Adoyai! Tapi anak - anak memang seronoklah siap bagitahu ibu rugi sebab tak main Insane Racer tu. Next time pun ibu akan fikir 100kali. Haha!

7. Anaconda Trail


Anaconda Trail best walaupun nampak lurus je berbanding dengan Spiralex. Gee naik tube dengan Mek juga yang ni dan jeritan kami tetap bergegar sampai bawah dengar suara kami. Hahahaha! Tak sempat nak repeat dua kali yang ni! Walaupun hakikatnya hakak dua orang ni nervous bagai nak rak! Haha!

8. The Fall



Bila tengok slides purple tu terus terasa luruh dah jantung Sis. Tu belum naik lagi dan memang Gee tak naik pun The Fall ni. Dalam gambar tu incik suami yang main. Gee mampu tengok saja. Haha!

9. Wonder Loop


Kalau berani sangat korang mesti cuba Wonder Loop ni. Permainan dimulakan dengan korang akan dilepaskan untuk slides ke bawah secara menegak. Ni lagi dasyat daripada The Fall sebabnya platform Wonder Loop lebih tinggi dan dan turun secara menegak dengan sangat laju!

10. Magic Funnel


Magic Funnel yang berbelang biru dan merah ini mesti dinaiki oleh 4 orang untuk 1 tube. Kami tak dapat nak main sebab tak cukup korum bila Arsyad dan Amani tak lepas had ketinggian untuk Magic Funnel. So korang nanti mesti merasa Magic Funnel ni wokeh!

11. Boomeriang



Games yang Arsyad sangat teringin nak main tapi kami dah kesuntukan masa untuk main. Kalau tengok slide Boomeriang ni agak mencabar juga sebabnya kita akan slides turun dengan pelampung dengan kelajuan yang maksima kemudian jantung mesti kecut bila slides hingga ke hujung dan slides  ke bawah dengan laju. Next time repeat mesti cuba yang ni pulak!

12. Green Pearl



Satu kerugian buat Gee sebabnya tak sempat nak merasai Green Pearl ni. Gee dapat rasakan kejutan berganda apabila kita slides dalam gelap kemudian jatuh dalam lingkungan bulatan Green Pearl. Korang mesti cuba yang ni tau!

13. Water Cannon



Mesti cuba keunikan dan kelainan Water Cannon. Games ni memang menguji denyutan jantung korang! Cara gamesnya korang kena duduk di atas lorong air yang sedikit condong.


Kemudian korang akan ditembak dengan pancutan air yang kuat sehingga jatuh melompat ke dalam kolam yang kedalamannya 2.8meter. Kolam memang dalam sebabnya untuk mereka yang mempunyai berat badan yang lebih berat, kesannya akan tenggelam lagi dalam ke dalam air.



Life Guard dah siap sedia untuk memberi bantuan. Setiap pemain diwajibkan memakai life jaket untuk langkah berjaga - jaga. Macam best tapi Gee takde kekuatan nak main! Haha!

14. Pirate's Spa


Pirates spa ni lebih tenang sebabnya kolamnya seperti kolam renang dan hanya boleh berendam dan berenang kat sini. Bila korang dah main semua games, mesti terasa penat dan nak cool down balik, so kat Pirate's Spa ni lah tempatnya untuk korang berenang dengan tenang sebelum tukar ke baju kering.

5 Keistimewaan Bangi Wonderland Waterpark Yang Patut Dipuji



◉ Life Guard Yang Cekap dan Fokus Untuk Menjaga Keselamatan Pengunjung

Setiap rides dan slides akan ada life guard yang akan membantu untuk memulakan sesuatu games dan menunggu apabila kita dah selesai. Kalau area Kids Adventure lagi ramai Life Guard yang ditugaskan di setiap rides kat atas. Life Guard bukan duduk saja memerhati je tau, tapi memang nampak mereka fokus pada pengunjung yang bermain setiap games yang ada.


◉Kebersihan Tandas dan Bilik Persalinan

Bila memperkatakan isu kebersihan pasti kita semua mahu menikmati kemudahan yang bersih sebabnya kebersihan ni akan menjadikan satu kepuasan yang maksima apabila kita berkunjung ke taman tema air seperti Bangi Wonderland Waterpark ini. Tandas dan bilik persalinan sangat bersih dan cukup selesa untuk bilangan pengunjung yang ramai.

◉Kebersihan dan Keselesaan di Surau

Kemudahan surau juga disediakan kerana korang mesti habiskan masa semaksima yang boleh di Bangi Wonderland Waterpark ini. Telekung sembahyang serta sejadah banyak disediakan di surau yang berkeluasan agak besar dan luas di Bangi Wonderland Waterpark.

◉Cabana Yang Selesa


Untuk mereka yang berkeluarga terutamanya mempunyai anak - anak yang kecil serta warga emas, korang boleh menyewa Cabana yang cukup selesa dan mempunyai privasi. Cabana juga dilengkapkan dengan kipas serta langsir bagi memberi keselesaan maksima untuk penyewa.



Harga Yang Berbaloi Untuk Percutian Bersama Keluarga



Setiap masa Bangi Wonderland Waterpark akan membuat promosi penurunan harga yang jauh lebih murah daripada harga asal seperti gambar di atas. Untuk maklumat promosi harga korang boleh lihat di sini : Promosi Harga Tiket Bangi Wonderland Waterpark


Pengalaman Hujung Tahun Yang Indah dan Recommended!



Kalau ada peluang dan rezeki, teringin nak repeat lagi berkunjung di Bangi Wonderland Waterpark ni. Boleh habiskan rides dan slides yang belum pulun lagi tu. Haha! Gee sangat recommendkan Bangi Wonderland Waterpark untuk korang luangkan masa bersama keluarga. Kemudahan bagi keselesaan korang memang lengkap tersedia di Bangi Wonderland Waterpark. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi info di bawah ni.


BANGI WONDERLAND THEMEPARK & RESORT

Laman Web : http://www.bangiwonderland.com.my/

Facebook : https://web.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/

Instagram : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland/

Email : sales@bangiwonderland.com.my

Telefon : +603 8912 8333













Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab