Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum 💙

Berita gembira untuk mereka yang sentiasa buntu, ketandusan idea untuk mencari hadiah istimewa untuk si kecil yang baru lahir. Biasanya kalau kita menerima berita gembira ahli keluarga atau rakan baik selamat melahirkan baby, mesti kita dah mula fikirkan nak beli hadiah apa untuk si comel kan? Haaa... meh nak kongsi dengan korang satu website ni yang boleh membantu kita dalam sekelip mata saja! 



Design Sendiri Hadiah Baby di Laman Web Lovingly Signed

LOVINGLY SIGNED merupakan satu laman web yang diasaskan di Singapura yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan pilihan yang menarik untuk si comel. Korang boleh abadikan nama si comel pada pelbagai jenis produk yang menarik, kemudian Lovingly Signed akan jadikan ia sebagai sebuah hadiah yang sempurna dan sedia untuk dihantar ke depan pintu rumah korang! Menarik kan? Semuanya hanya dihujung jari!


Di Lovingly Signed, korang boleh personalised sendiri hadiah yang korang idamkan buat sicomel. Ada banyak pilihan produk bayi yang pasti membuatkan korang rambang mata. Ada mainan, beg, pakaian, selimut, tuala, bib, anak patung, pelbagai jenis bear yang akan dibungkus dengan istimewa daripada Lovingly Signed. Setiap produk ni, korang boleh pilih design bercirikan bayi lelaki atau bayi perempuan. Menariknya, siap boleh personalised nama kat setiap produk! 

Ada Banyak Pilihan Produk Bayi!

1. Gift Hampers
Hamper hadiah yang ditawarkan di Lovingly Signed ni sangat rare dan unik sekali. Ia sangat sesuai diberikan pada new born baby atau boleh juga dihadiahkan bersempena hari lahir si comel korang. Korang boleh pilih warna produk serta abadikan nama si comel pada hadiah mereka. 

2. Baby Clothing

Wah sangat menarik boleh abadikan nama si comel pada baju, selimut atau bib mereka. Korang juga boleh pilih design yang sesuai dengan baby boy atau baby girl. Bila dah pilih design, nama si comel pun boleh korang letak sekali pada hadiah itu nanti. 

3. Blankets & Towels

Blankets dan towels merupakan keperluan setiap bayi yang baru lahir atau pun bayi yang sudah berumur satu tahun. Korang boleh design sendiri selimut atau tuala ini untuk diberikan kepada si comel sempena hari lahir mereka atau sebagai kenangan indah bersama si comel. 

4. Toys & Accessories

Wah ni Gee pun teruja tau! Siap ada mainan, beg , anak patung, teddy bear dan pelbagai lagi barang kegemaran si comel. Semua ni pun korang boleh tambahkan nama si comel nanti. Pasti istimewa kan bila dapat bagi hadiah yang boleh letak nama sekali.

Kualiti Setanding Dengan Harga


Setiap produk yang ditawarkan mempunyai kualiti yang baik dan terpilih dari seluruh negara. Untuk pakaian pula, material yang dipilih adalah 100% cotton kerana hanya material cotton yang akan buatkan bayi selesa dan gembira. Untuk produk mainan pula, ia adalah mainan yang dibuat khas untuk usia bayi supaya ia tidak membahayakan bayi.  

Dapatkan Penjimatan 10% OFF Sekarang


Wah!! Berita baik untuk korang! Bila korang buat order untuk kali pertama, korang dapat 10% diskaun. So, korang kena cepat - cepat pilih produk apa sebelum promosi ini tamat. Hehe. Selain tu Lovingly Signed juga menawarkan FREE delivery untuk penghantaran di Singapura serta FREE delivery untuk seluruh negara bagi pembelian minimun $250. Untuk menikmati setiap promosi yang ditawarkan, korang boleh juga subscribe newsletter dari Lovingly Signed. 


Kini, tak perlu susah - susah fikirkan hadiah menarik dan eksklusif untuk bayi sebabnya semuanya ada di Lovingly Signed. Korang boleh berikan hadiah istimewa bersempena hari lahir, sambutan bayi baru lahir, hadiah untuk baby shower atau belikan sebagai koleksi peribadi anak korang sendiri. Korang boleh jimat masa, tenaga dan juga wang kerana di Lovingly Signed korang dapat pilih pelbagai pilihan produk bayi yang eksklusif dan unik.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

Laman Web : https://lovinglysigned.com.sg/

Facebook : Lovingly Signed

Instagram : @lovinglysigned

Email : lovinglysigned@gmail.com







Assalamualaikum 💛

Restoran Taman Apple Cameron bukan nama restoran biasa - biasa dan ternyata, ramai yang datang berkunjung ke Cameron Highlands pasti akan mencuba steamboat & grill di sini. Sebelum ni Gee ada kongsikan kisah Gee menikmati makan tengah hari di Restoran Taman Apple ini jugak. Korang boleh baca kat sini :

<< MENIKMATI MAKAN TENGAHARI SOTONG BAKAR & KAMBING BAKAR DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON HIGHLANDS >>


Gee dan Mek Yunie serta keluarga kami sekali lagi datang ke Restoran Taman Apple Cameron ini untuk menikmati makan malam pula. Sebelum ni Gee ceritakan menu kami lunch, kali ni Gee nak share apa bestnya makan malam kat Restoran Taman Apple Cameron ni. 

Datang Seawal Jam 5 Petang Untuk Elakkan Menunggu Lama


Untuk Steamboat & Grill di Restoran Taman Apple Cameron ini, waktu bermula dari jam 5 petang sehingga 12 tengah malam. Korang nak datang, dinasihatkan tiba di sini seawal jam 5 petang ketika cuti umum, weekends atau cuti sekolah sebabnya nanti siap kena ambil nombor giliran disebabkan meja penuh. 

Nak kata meja yang sedikit, memang tak lah!! Ada banyak kerusi meja disediakan tapi memang kalau musim cuti, memang kena ambil turn.


Menu - menu untuk steamboat & grill dikeluarkan seawal jam 4 petang lagi. Mereka dah persiapkan meja buffet dan wrapping semua makanan yang dah dikeluarkan. Jangan risau, pandangan Gee, kebersihan kedai ni memang terjaga. Meja pula, takde nya mereka tinggalkan dengan pinggan kotor yang tidak terkutip, malah sekejap je terus datang pekerja untuk bersihkan meja untuk kegunaan pelanggan yang lain pula.


Apa Yang Best Steamboat & Grill di Restoran Taman Apple Cameron? Orang pun selalu ramai datang untuk dinner kat sini. Jom Gee share dengan korang, kot nanti kalau korang nak datang Cameron, boleh cuba makan malam kat Restoran Taman Apple Cameron ni.

Hidangan Ala Buffet Yang Pelbagai Pilihan


Kalau datang makan steamboat & grill kat sini make sure perut korang kosong ye, sebab nanti korang boleh ambil apa - apa yang berkenan asalkan JANGAN MEMBAZIR okey! Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron mempunyai pelbagai pilihan menu sayur-sayuran, seafood, daging, buah, dan kesemuanya dihidangkan secara buffet layan diri. Nama je layan diri, tapi ramai pekerja siap sedia untuk membantu sekiranya korang memerlukan apa - apa bantuan. 

Pilihan Menu Yang Segar

Kalau dah nama pun Cameron, ada pelbagai jenis salad dan sayur - sayuran segar untuk korang ambil. Gee ni hantu sayur, makanya banyak juga Gee ambil tomato ceri, cendawan, dan semua lah sayur kegemaran Gee. 


Pilihan seafood pun segar - segar semuanya! Menu - menu bakar dan steam ni kalau segar baru sedap kan? Ada sotong, udang, ikan dori, daging kambing, ayam, lala dan juga pelbagai jenis sosej dan bebola. Daging kambing dan ayam siap sedia dah diperap, so bila grill lagi sedap di makan! Cuma Gee bukan penggemar daging kambing, so tengok je Mek Yunie non stop duk grill daging kambing. Sedap sangat kata dia!

Ada 2 Pilihan Sup Yang Sesuai Dengan Anak Kecil

Untuk yang tak sukakan pedas boleh pilih sup ayam. Sup ayam tu korang boleh adjust rasa dengan masukkan segala bebola, seafood, ikan dori dan menjadikan rasa dia wowww bukan sekadar sup! Mulanya ingatkan sup tu untuk anak - anak kami, alih - alih bapak bapak yang duk mengadap! Entah apa resipi kedua incik suami tu sampai tak cedok dah kuah kami. Haha.


Kami mengadap kuah tom yam. Rasa kuahnya tak pedas sangat pun sebab anak - anak Gee boleh je menghirup macam sup biasa. Tom yam tu jadi tom yam seafood bila kami buh segala lala, sotong, udang kat dalam tu. Hehe.

Ada Juga Pilihan Menu Makanan Berat



Biasanya, bila makan steamboat & grill makanya semua duk meratah lauk pauk lah kan. Tapi untuk perut yang tak biasa makan lauk pauk saja tu, jangan risau. Ada pilihan bihun dan juga maggi untuk korang rebus sekali dalam sup atau tom yam. Selain itu, ada juga disediakan nasi goreng, bihun goreng dan nasi lemak. Siapa kata makan steamboat & grill tak mengenyangkan?


Pelbagai Jenis Lagi Menu Makanan & Minuman Yang Sedap!



Selain menu steamboat & grill di Restoran Taman Apple Cameron ini, ada lagi tau pilihan makanan yang ada. Korang boleh cuba pelbagai jenis kek yang sedap - sedap belaka, kemudian ada juga ABC, buah - buahan segar serta pelbagai jenis minuman yang sejuk dan panas. Untuk dinner malam tu, Gee merasa Red Velvet Cake. Rasa dia light je, tak muak walaupun perut dah kenyang sendat tapi ku mampu habiskan kek itu!

Anak - Anak Enjoying Cooking!!!



Bila kami pilih tempat duduk bersila, lebih selamat untuk anak - anak mencuba untuk memasak sama. Tapi kena jaga - jaga untuk anak seusia Aqil yang baru usia 2 tahun. Untuk Ardini yang dah usia 4 tahun okey je nak bagi sedikit keseronokan sambil makan malam steamboat & grill. Malah, banyak juga dia masak lala, sotong, udang dan semuanya dia makan. Sendiri masak, sendiri makan! Ardini, Amani dan Arsyad memang seronok rebus dan bakar apa yang diaorang nak makan malam tu. Tapi still kena monitor. Hehe.

Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron Terbaik Untuk Family Dinner



Berejam juga kami melepak, makan - makan sampai kenyang, sembang - sembang dengan Mek Yunie. Kalau datang dengan family, memang terbaik port dinner kat Restoran Taman Apple Cameron ni. Korang dapat privasi dan boleh makan dan boleh stay seberapa lama korang nak stay. Dari breakfast, sehingga lunch sampailah dinner lewat malam Restoran Taman Apple ni dibuka. Cuma menu makanan akan berubah mengikut waktu breakfast, lunch dan dinner.


Harga Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron :

➤ Dewasa RM 39

➤ Kanak - kanak ( 5 hingga 12 tahun ) RM 29

➤ Warga Emas ( 50 tahun ke atas ) RM 33

➤ Kanak - kanak 5 tahun ke bawah percuma


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Restoran Taman Apple Cameron

Facebook : Taman Apple Cameron

Instagram : @tamanapplecameron

Telefon : 016 2250315



Assalamualaikum 💙

I is seronok al maklumlah blog tersayang sudah bertukar baju baru!! Belum announced, ramai dah komen kat entry Gee, thank you korang sudi blogwalking blog Gee ni. Kenapa tukar template? Sebab template sebelum ni dah setahun lebih dan Gee rasa nak sesuatu yang baru, mood baru, semangat baru gitewwww. Kalau malas blogging juga tak tahu nak kata apa dah! Haha!


Thank you to designer Zaza Iman yang juga seorang blogger yang agak famous amous sebab designkan baju baru yang sangat menepati apa keinginanku kali ni. Gee nakkan yang simple but nice. Dan nampaknya, nice tu ada pada burung comel tu kan? Hahahaha! 

Totally different kalini baju Blog Sis Gee. Gambar profile pun dah tukar, sidebar mana yang tak relevant Gee dah masuk bakul sampah. Mana yang okey, Gee maintainkan je. Hehe.

Owh! Kalau ada idea or cadangan or komen apa yang tak kena dengan template atau isi blog atau cara Gee menulis, mohon bagitahu eh. No heart feeling! Sebabnya kalau korang tak menegur, macam mana nak improvedkan diriku yang serba tak tahu lagi ni kan? Komen je kat ruangan komen tu. Hihi.


Amacam? Okay tak template baru Blog Sis Gee? Kalau nak design template blog atau tempah business kad boleh contact Zaza Iman kan link yang Gee bagi kat bawah ni ye.

Blog : www.zazaiman.com

Facebook : zazaimandotcom

Instagram : _zaza.iman




Assalamualaikum 💚

Cameron Highlands merupakan lokasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga tidak kira korang bersama suami, anak - anak, malah nak bawa orang tua pun sesuai untuk menghirup udara segar di Cameron Highlands. Cuma bagi Gee, kalau nak bawa orang tua, korang kena stay sekurang - kurangnya 3 hari 2 malam supaya mereka betul - betul dapat menikmati keindahan Cameron Highlands ni dengan lebih dekat.


Perjalanan yang lama pasti membuatkan badan yang penat dan letih. Macam rugi, alang - alang datang tapi tak dapat nak explore keseluruhan Cameron Highlands. Pemilihan homestay memainkan peranan yang sangat penting apabila kita bercuti bersama keluarga yang besar. Walaupun terdapat banyak juga pilihan hotel di sini, namun, kalau untuk keluarga yang besar lagi seronok bila dapat tinggal di dalam sebuah rumah, memasak, bersembang dan melepak menikmati percutian yang indah bersama keluarga.

Kalini, Gee nak share sebuah homestay yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Nak tahu best ke tak homestay ni korang kena baca sampai habis okey. 

Hamizah Homestay Apartment Cameron Highlands



Hamizah Homestay Apartment merupakan homestay yang terletak di ground floor di mana sangat sesuai untuk membawa keluarga terutamanya orang tua untuk bermalam di Cameron Highlands. Lokasi pula terletak di Tanah Rata di mana kawasan ini terkenal dengan pilihan kedai makan yang banyak, kemudahan bank, deretan pasaraya dan pelbagai lagi kemudahan yang ada.

Mempunyai 3 Bilik Tidur Serta 2 Bilik Air


Bilik tidur utama sangat luas dan boleh dihamparkan toto lagi di ruangan sebelah katil. Bilik ini mempunyai 1 katil queen dan juga disertakan kemudahan sejadah, almari pakaian serta dress up table. Terasa seperti berada di rumah sendiri susun atur perabot di dalam bilik tidur utama ini. Bilik tidur utama mempunyai 1 bilik air yang boleh memberikan privasi untuk muslimah - muslimah yang datang bercuti bersama ipar duai. 


Bilik tidur ke dua juga mempunyai keluasan bilik yang agak luas sehinggakan boleh memuatkan 2 keluarga kecil di dalam bilik ini. Bercuti bersama keluarga yang besar sememangnya tiada masalah untuk menginap di Hamizah Homestay kerana size bilik sangat luas dan memberikan ruang untuk berkongsi bilik beramai - ramai.


Bilik ke tiga juga mempunyai 1 katil queen di mana korang yang berseorangan tidur pun pasti cukup selesa walaupun korang di bilik yang paling kecil. Walaupun bilik ke tiga ini merupakan bilik terkecil, namun masih terdapat ruangan solat di sebelah katil di mana memberi keselesaan pada penginap beragama muslim di sini.

Ruang Tamu di Hamizah Homestay Luas dan Selesa


Kalau nak mencari homestay untuk percutian keluarga pasti inginkan rumah yang mempunyai keluasan ruang tamu yang dapat memuatkan keseluruhan ahli keluarga nanti. Sesi bercerita, sesi bertanya khabar, sesi melayan movie, sesi membawang pasti menyeronokkan percutian bersama keluarga serta dalam masa yang sama dapat bonding antara satu sama lain.


Bercuti bersama keluarga pasti memerlukan sebuah rumah yang lengkap dengan semua keperluan perabot terutamanya meja makan. Korang yang dah pernah datang Cameron pasti dah membayangkan kat atas meja makan tu nanti akan penuh dengan ubi madu manis yang hangat-hangat baru dibeli, strawberry segar, strawberry kering, buah, sayur, jagung, dan pelbagai lagi makanan yang hanya di Cameron kita boleh menikmati sepuas - puasnya.

Ruang Dapur Yang Luas dan Serba Lengkap


Apabila bercuti dengan keluarga di Cameron Highlands pasti ada yang suka memasak di homestay untuk menikmati sayur - sayuran segar yang di beli di sini. Tambah pula, bila dapat memasak bolehlah korang jimat sikit budget untuk makan di restoran kan? Ada juga yang suka memasak simple - simple untuk alas perut sebelum keluar makan. Tapi menariknya di Hamizah Homestay ruangan dapur sangat luas dan selesa hokey! Biasa nama je apartment, ruang dapur boleh duduk sorang dua saja kan? Tapi Hamizah Homestay korang boleh masak berjemaah pulak! Hehe.


Keselesaan Keutamaan Bagi Pihak Hamizah Homestay


Udara sejuk di Cameron tak sama tau seperti udara sejuk di tempat kita. Pihak Hamizah Homestay sudah mempersiapkan extra bantal, selimut dan toto bagi keselesaan penginap di sini. Selain itu, keperluan bagi seorang wanita juga disediakan. Yes seketul iron sangat diperlukan ketika travel sebab kalau nak hangkut dari rumah, agak melampau je. Hahahah!

Cepat Booking Hamizah Homestay Apartment Untuk Percutian Keluarga Yang Selesa

Selalunya, kalau musim cuti umum atau cuti sekolah Hamizah Homestay Apartment mesti full booking. Nak selamat korang boleh locked date awal - awal dengan owner homestay. Untuk pertanyaan lanjut korang boleh hubungi info kat bawah ni ye! Happy Holiday korang!

Maps ( Jarak Hamizah Homestay ke Bharat Tea Plantation )


Alamat Homestay :

C2-1, Court C, Carnation Park, 
Tanah Rata, 39000 
Cameron Highlands, Pahang,
Malaysia.

Hubungi :

0126114815 ( Puan Yana )
Assalamualaikum 💜

JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN | Untuk mereka yang mengikuti movie JOHNNY ENGLISH REBORN pasti teruja nak tengok aksi Mr Bean dalam movie Johnny English Strikes Again ni pulak. 

Sebenarnya, unplanned pun nak layan movie ni. Last week, Gee ajak husband tengok wayang. And of cos dengan anak - anak sekali. Sebenarnya ada juga usha tiket online tapi rasa macam nak walk in je beli tiket. Lagipun kami pergi hari Rabu, kalau hujung minggu wajib kena beli online sebab malas nak beratur. Kebetulan Khamis anak - anak cuti, so boleh lah outing lama sikit. Korang dah layan movie ni? 


Movie : Johnny English Strikes Again

Genre : Aksi, Komedi, Pengembaraan

Sinopsis :

Filem ni mengisahkan tentang serangan siber yang semakin mengganas dan semestinya Johnny English merupakan secret agent yang terbaik untuk jalankan misi untuk menyiasat siapakah dalang disebaliknya. Banyak aksi dan adegan lucu Johnny English yang merupakan seorang yang ketinggalan dalam penggunaan teknologi serta gajet. 


Gee tak suka cerita banyak nanti tak feel korang nak layan movie ni. Hehe. 

Sis Gee Review Johnny English Strikes Again : Kalau korang tak follow movie sebelum ni iaitu Johnny English Reborn pun syok je layan Johnny English Strikes Again. Takde kaitan pun dengan sequel sebelum ni. Pembantu dia pun orang yang lain dan wataknya semestinya tambahan lawak pada watak Mr Bean sebagai Johnny English dalam movie ni. 



Anak - anak pun ketawa bila aksi lucu dan adegan lawak si Johnny English ni. Movie ni clean dan boleh je nak bawa the kiddos layan sama. Hehe. Overall Gee bagi rating 4.5 / 5 stars.


Kalau korang nak tahu, Gee ni suka bawak anak - anak tengok movie bila dah hujung - hujung ditayangkan di pawagam atau boleh dikatakan bila kerusi dah banyak warna hijau. Hahaha! Nampak macam tak up to date tapi kami rasa more privacy! Al maklumlah hakak anak 4, so faham - faham saja lah. Selepas 30minit Johnny English tu mula, si Ardini dah mintak popcorn. Bila dah sunyi sepi, cakap biasa pun dah macam pakai microfon. Nak beli sebelum masuk panggung, baru je lepas lunch. So moral of the story, pasni wajib beli sebelum masuk panggung wayang. Anak Oh Anak!

Korang dah layan movie ni? Berapa rating korang bagi? So next ada suggestion tak, movie apa pulak best?
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab