Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Penjagaan wajah sangat penting untuk memastikan keadaan kulit yang sentiasa sihat dan besih daripada segala kotoran. Kulit yang kotor akan mengakibatkan masalah - masalah kulit yang kronik seperti jerawat, jeragat, kulit berminyak dan sebagainya. Baik korang mengambil langkah pencegahan dari awal supaya anda tidak perlu risau risiko yang bakal anda hadapi.


Salah satu penjagaan wajah yang penting adalah penggunaan SERUM WAJAH. Pada mulanya, Gee juga tidak mengambil kisah tentang penggunaan serum ini. Namun setelah usia dah masuk 3 series nie, kulit dah mula keluar bintik - bintik hitam serta jeragat di sekitar pipi. Sebelum kulit menjadi lebih parah, maka Gee pun mencuba pemakaian serum pada muka. 

Hari ini terdapat banyak jenama serum muka yang mempunyai pelbagai fungsi. Jom Gee kongsikan terlebih dahulu 5 Jenama Serum Terbaik Yang Ada di Malaysia.

5 Serum Wajah Terbaik di Malaysia

1. EUCERIN PRO ACNE SUPER SERUM


Eucerin sudah terkenal sebagai 'trusted seller' di mana produk mereka banyak kegunaannya untuk kulit yang berjerawat. Super serum Eucerin ini juga sangat sesuai untuk kulit muka yang sensitif. Produk buatan Negara Jerman ini merupakan produk 100%  paraben free di mana sangat selamat untuk digunakan untuk semua termasuk ibu yang hamil.


2. L'OREAL REVITALIFT LASER X3 SERUM

Produk kecantikan L'OREAL sudah tidak asing lagi di Malaysia. Terdapat pelbagai produk kecantikan L'OREAL yang ada di pasaran termasuklah penjagaan wajah, set make up serta penjagaan diri. Serum L'OREAL ini sangat bagus untuk merawat lingkaran hitam di sekitar mata, menghilangkan garis-garis kedutan pada wajah serta merawat kulit wajah secara keseluruhannya.

3. WARDAH RENEW YOU ANTI AGING INTENSIVE SERUM

Serum WARDAH ini sangat bagus untuk korang yang ingin mencegah garis - garis penuaan pada kulit. Serum ini mengandungi peptide untuk merangsang pembentukan kolagen yang akan memperbaharui sel kulit yang lebih cantik dan sihat.

4. SAFI RANIA DIAMOND INTENSIVE CORRECTIVE SERUM
Pasti ramai sudah mencuba serum dari SAFI RANIA ini kerana jenama ini antara jenama kegemaran kebanyakkan wanita di Malaysia. Safi merupakan produk yang diyakini halal dan selamat digunakan. Formulasinya pula sangat bagus untuk memberi kesihatan yang baik kepada kulit.

5. SERUM VITAMIN C DR BEAU



Serum terbaik yang pernah Gee cuba!! Serum Vitamin C Dr Beau ini sangat lain dari yang lain kerana ianya merupakan serum di dalam bentuk kapsul minyak. Ya!! Macam minyak tapi bila korang sapu di seluruh wajah ternyata minyak bukan sebarang minyak. Jom Gee kongsikan lebih lanjut apa yang bestnya SERUM VITAMIN C DR BEAU dari TEJA HERBS ni. 

Serum Vitamin C Dr Beau Baik Untuk Jerawat dan Jeragat



Serum Vitamin C Dr Beau merupakan serum yang mampu merawat masalah - masalah kulit termasuklah masalah parut, jeragat, jerawat, tona yang tidak sekata serta masalah kulit yang kering. Produk Dr Beau ini dirumus khas daripada sumber vitamin E serta bahan herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan selamat digunakan. Ramai selebriti tanah air dan pakar kecantikan telah mencuba Serum Vitamin C Dr Beau ini.

Mengandungi 100% Bahan Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Terlarang

Kalau nak pakai sesuatu produk, mestilah kena lakukan sedikit kajian agar produk itu tidak memberi kesan negatif kepada kulit kita. Walaupun harga yang ditawarkan adalah harga mampu beli namun harus kita ingat andai tersilap pilih produk, korang akan berhabis berganda - ganda harganya untuk mendapat kulit yang sihat kembali.



Korang nak tahu apakah rahsia Serum Dr Beau?

Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.

Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Manfaat Terbaik Dari Serum Dr Beau


Serum Dr Beau ni sangat bagus untuk korang yang nak dapatkan kulit yang lebih sihat. Bau serum sangat wangi dan segar. Sapuan serum pula tidak melekit dan berminyak pada kulit. Korang yang ada masalah kulit sensitif, kulit kering atau kulit berminyak boleh mencuba Serum Dr Beau ini tanpa was - was kerana serum ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Cara Penggunaan Serum Dr Beau

1. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu.

2. Tarik hujung kapsul Serum Dr Beau, kemudian titiskan pada telapak tangan dan sapu dengan cara menggosok pada telapak tangan.

3. Kemudian, ratakan serum pada keseluruhan wajah terutamanya kawasan kulit yang bermasalah.

4. Setelah serum sekata di seluruh wajah, bolehlah korang pakai krim muka, foundation atau bedak asas.


Untuk kesan yang lebih baik, korang disarankan untuk memakai serum ini di waktu pagi dan juga malam. Pada waktu pagi, Serum Dr Beau dapat menjaga kulit dari kotoran sepanjang hari. Pemakaian pada waktu malam pula boleh merehatkan serta memulihkan kulit wajah.


Serum Pilihan Selebriti Malaysia







Ramai Yang Berpuas Hati Dengan Serum Dr Beau





Dapatkan Serum Terbaik Anda Sekarang!!

Kulit yang bermasalah jeragat, jerawat dan parut boleh dirawat sekarang dengan Serum Dr Beau. Korang bukan sahaja boleh menghilangkan garis - garis penuaan malah dalam masa yang sama boleh merawat kulit juga. Hubungi maklumat di bawah untuk info lanjut.


LAMAN WEB : http://teja.com.my/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/drbeaumalaysia/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/drbeau_official/

TELEFON : 016 963 3443

Sesekali share makanan best dalam blog syok jugak! Kali ni Gee nak share makanan best dari Kota Bharu Kelantan. Tapi apa yang lebih buatkan Gee teruja untuk share dengan korang adalah, betapa mudahnya nak dapatkan makanan daripada mereka ni. Kalau ke Kota Bharu dan tak tahu nak makan apa dan di mana, inilah jawapannya!! Nak tahu lanjut korang kena baca habis story mory Gee kali ni wokeh!!

Dapatkan Khidmat Servis Delivery Daripada CALDO KITCHEN KOTA BHARU


Memperkenalkan servis delivery terbaik dan tip top daripada CALDO KITCHEN KOTA BHARU. Caldo Kitchen menawarkan pelbagai jenis makanan dalam bentuk servis delivery dan juga servis katering. Kalau tengok makanan yang di masak dari Caldo Kitchen ni boleh meleleh tau nengok!

Kami sempat merasa khidmat delivery dari Caldo Kitchen ketika Gee ke Kota Bharu baru - baru ni. Motifnya, malas nak keluar daripada homestay. Masa tu Gee dan keluarga ada bersama keluarga blogger Sis Hawa dan Mek Yunie. Kami decide untuk mencuba servis delivery terbaik yang ada di Kota Bharu. Bila jarang - jarang jumpa ni rasa malas nak keluar cari makan dan bersesak dengan anak - anak. Kami fikir baik stay je kat homestay dan makan dengan tenang!



Pilihan kami adalah yang terbaik!! Kami memilih untuk merasa menu istimewa Popia Vietnam Rolls daripada Caldo Kitchen. Memang sangat mudah dan cepat kalau dapatkan servis penghantaran daripada Caldo Kitchen ni. Korang hanya perlu set jam berapa dan diaorang akan sampai tepat pada waktunya.

Popia Vietnam Rolls Istimewa Sedap dan Penuh Inti


Korang pernah makan tak Popia Vietnam Rolls? Ni kalau sesiapa nak diet memang terbaik menu ni! Kami order 3 jenis fillet yang berlainan. Kami cuba fillet udang, ketam dan ayam. Apa yang membuatkan kami terasa wowwww sangat adalah sos pencicah yang manis masam pedas gituu. Memang sedap!! Nak tahu kenapa korang mesti order Popia Vietnam Rolls daripada Caldo Kitchen?

5 Sebab Kenapa Korang Mesti Cuba Popia Vietnam Rolls Caldo Kitchen

1. Isi fillet yang diletak dalam setiap rolls sangat besar dan penuh! Ni bukan style isi yang dicarik - carik tau! Kalau udang tu memang seketul seketul udang ada. Dan setiap rolls ada 3 ketul udang. Sebab tu kalau makan 2 rolls dan terasa kenyang dan sangat sesuai kalau mereka yang nak diet.


2. Sayur - sayuran yang segar diisi bersama isi fillet di dalam setiap rolls popia. Ni gee paling suka sebab i ols peminat sayur. Hehe. Sayur memang fresh dan masih terasa kerangupan sayur itu sendiri. Walaupun semalaman kita simpan di dalam peti, sayur tu masih segar. Agaknya, Caldo Kitchen memang memilih sayur yang terbaik dan segar dari ladang sebab tu kualiti Popia ni terjaga walaupun semalaman di dalam peti.


3. Anda akan terasa cepat kenyang dan berpanjangan. Ini Gee rasa sendiri setelah makan 3 rolls popia vietnam ini. Kalau nak buat breakfast memang sampai ke tengah hari korang rasa kenyang. Kandungan popia vietnam pun tak berat dan jauh sekali boleh menggemukkan so kalau nak repeat setiap 2 ke 3 jam pun takde masalah.


4. Sos pencicah popia vietnam ni memang win u ols!! Lupa nak tanya resipi. Haha! Tapi kalau makan dengan sos memang habis 5 gulung popia ni! Haha! Sos dia rasa sedikit manis, ada rasa masam dan sedikit rasa pedas. 



5. Kalau nak buat travel memang terbaik popia vietnam rolls ni. Haritu ada lagi beberapa ketul so Gee ambil bawak bekal balik ke Terengganu. Boleh juga dibuat snek dalam kereta. So kalau travel dan susah nak berhenti di kedai makan memang terbaik kalau bekalkan popia vietnam rolls ini.


Lagi Produk Makanan Daripada Caldo Kitchen

Bukan setakat popia vietnam rolls sahaja yang menarik di Caldo Kitchen ni tau! Ada lagi banyak menu menarik untuk korang cuba. Next trip ke Kelantan Gee nak cuba menu lain pulak! Haha. Jom kita lihat lagi produk makanan yang ditawarkan di Caldo Kitchen Kota Bharu.






Apa Kata Mereka?


Kalau korang nak tahu, rata - rata mereka yang dah cuba makanan dari Caldo Kitchen pasti akan order lagi dan lagi dan lagi. Mereka order bukan untuk jumlah yang kecil malah mereka tidak risau untuk jamu menu Caldo Kitchen untuk ahli keluarga yang besar dan ramai. Malah, ada juga syarikat yang menempah servis katering dan penghantaran makanan daripada Caldo Kitchen ini.






Hubungi Caldo Kitchen Kota Bharu Untuk Menikmati Menu Sedap Mereka!!

Yang berada di Kelantan boleh cepat - cepat hubungi Caldo Kitchen untuk merasa menu istimewa mereka. Korang boleh request untuk delivery ke hadapan pintu rumah atau pejabat serta boleh juga menempah untuk apa - apa majlis dan kenduri. Untuk yang berada di luar Kelantan sila simpan siap - siap contact Caldo Kitchen untuk kemudahan hari esok!


Untuk maklumat lanjut. korang hubungi info di bawah.


CALDO KITCHEN KOTA BHARU

Facebook : Caldo Kitchen KB

Instagram : @kbfooddelivery

WhatsApp : 017 9677684  |  017 6382832



Ramai juga buntu apabila memikirkan tempahan t shirt untuk jumlah yang banyak. Sekarang, t shirt design sendiri ni bukan sahaja digunakan semasa hari keluarga, malah ketika majlis kenduri kahwin dan majlis makan - makan pun ramai yang tempah untuk di pakai oleh pasukan kerja kenduri atau ahli keluarga. 



Selain itu, ramai juga yang suka memakai t shirt design sendiri ini ketika bercuti bersama keluarga atau rakan - rakan, ketika majlis formal atau tidak formal, konvoi, dan sebagainya. T shirt design sendiri ini semestinya akan lebih menarik apabila kualiti kain yang sangat selesa serta harga yang berbaloi - baloi.

TIPTOPTEE PRINTING BAJU DESIGN SENDIRI MURAH


Pasti ramai yang akan terkejut harga tshirt di Tiptoptee Printing serendah RM 11.50 sahaja. Tiptoptee Printing beroperasi di Kuala Lumpur dan sedia menerima tempahan dari seluruh negara melalui tempahan online whatsapp. Semuanya sangat mudah dan cepat apabila team Tiptoptee Printing sangat komited untuk menyiapkan design yang dikehendaki oleh pelanggan dalam tempoh masa yang cepat.

Apa Istimewanya Tiptoptee Printing?



Pasti ramai yang ingin tahu apa lebihnya Tiptoptee Printing ini kan? Jom gee kongsikan dengan semua.

1. Harga yang murah

Dengan harga serendah RM11.50 korang dah boleh sehelai tshirt yang di designkan mengikut citarasa korang. Cuba kalau tempah untuk satu kumpulan yang besar, mesti kadar penjimatan yang berganda - ganda. 

2. Kualiti kain yang sejuk

Kualiti kain memang terbaik! Anak - anak pakai seharian pun masih selesa tak panas dan tidak bebau. Kalau nak pakai untuk aktiviti luar di bawah panas terik pun sangat digalakkan sebab memang korang akan selesa sepanjang hari.

3. Design terkini mengikut citarasa pelanggan

Menariknya, Tiptoptee Printing sangat mementingkan citarasa pelanggan mereka. Korang boleh request design, warna tulisan, logo atau apa - apa bentuk design yang korang nak. Sekiranya anda buntu, team Tiptoptee Printing akan reka design berdasarkan apa kehendak korang. Sangat mudah bukan?

4. Tempoh masa yang cepat

Walaupun anda menempah dengan kuantiti yang banyak, team Tiptoptee Printing akan berusaha untuk menyiapkan dalam tempoh yang segera. Siap cepat bukan bermakna kualiti kain tiada ye, tetapi apa yang korang dapat memang kepuasan yang maksima.

5. Size yang pelbagai

Korang boleh tempah size baju seawal bayi baru lahir sehingga ke size XXXXL! One stop centre!! Korang satu family boleh tempah baju yang sama di Tiptoptee Printing untuk pelbagai jenis size. Sangat mudah untuk mereka yang ingin menempah baju untuk hari keluarga di mana ahli - ahli keluarga terdiri daripada pelbagai size badan.


Ramai Yang Berpuas Hati!

Nak tempah t shirt design sendiri yang murah hanya di Tiptoptee Printing. Ramai pelanggan sangat berpuas hati dan sudah repeat order berkali - kali. Buat apa nak cari yang lain sedangkan yang terbaik dah ada kan? Jom kita lihat gambar mereka yang menempah t shirt dengan team Tiptoptee Printing.







Tempah T shirt Design Anda Sekarang!

Anda belum terlambat! Segera hubungi team Tiptoptee Printing dan realisasikan design yang korang mahukan pada sehelai baju t shirt. Korang hubungi maklumat di bawah untuk info lanjut.



DESIGN BAJU MURAH | TIPTOPTEE PRINTING

Facebook : https://web.facebook.com/tiptoptee.printing

Instagram : https://www.instagram.com/tiptopteeprinting/

WhatsApp : 019 9009837






Pengalaman menyusukan anak merupakan pengalaman yang tidak ternilai bagi seorang ibu. Ramai para ibu sanggup menyusukan anak sehingga ke usia 2 tahun kerana mereka menyedari betapa penting dan bagusnya penyusuan ibu selama 2 tahun. Ini termasuklah ibu yang bekerja sepenuh masa, mereka berkorban masa dan tenaga bagi memastikan anak dapat susu ibu selama 2 tahun.


Pernah tak anda merasa tidak selesa ketika susu terlalu banyak hinggakan basah baju yang dipakai? Atau bila anak menyusu di sebelah kanan, di sebelah kiri basah dek kerana susu yang terlalu banyak keluar. Sebenarnya itu bagus kerana ia bermakna korang mempunyai supply yang cukup untuk baby. Tapi adakah korang selesa?

SHAPEE DISPOSABLE NURSING PAD memberi keselesaan kepada ibu menyusu tidak kira di mana sahaja anda berada. Haa..kali ni Gee nak share tentang nursing pad yang sangat berguna untuk semua ibu menyusu tak kira anda bekerja mahupun seorang surirumah. Ia merupakan produk dari Korea yang mempunyai rekaan 3D supaya memberikan keselesaan pada si ibu walaupun susu terlalu banyak keluar.


Untuk memberi keselesaan maksima pada si ibu, nursing pad Shapee ini hanya 1mm tebal setiap satu. Walaupun design ultra thin 1mm, namun setiap nursing pad mampu menampung susu yang keluar sehingga 55ml. Memang nipis dan terasa kering berjam - jam lamanya.

Cara Pemakaian SHAPEE Disposable Nursing Pad

Jom lihat cara pemakaian nursing pad SHAPEE ini. Caranya sangat mudah dan sangat selesa apabila dipakai.

1. Buka pembalut plastik mengikut arah yang ditunjukkan.

2. Tanggalkan pelekat yang telah disediakan dibelakang nursing pad dan lekatkan pada permukaan bra.

3. Masukkan dengan perlahan - lahan nursing pad di hadapan niple. Pastikan ianya berada di tengah - tengah antara bra dan breast supaya tidak berlaku kebocoran. 
Memang best pakai SHAPEE Disposable Nursing Pad ni sebab memang selesa sepanjang hari. Design 3D dan nipis memberi extra comfort pada Gee dan korang mesti cuba juga! Nak bekerja di office atau keluar beraktiviti luar pun tak payah nak risau fikirkan baju basah kerana limpahan susu yang keluar.

Korang boleh dapatkannya dengan harga pengenalan RM 13.90 sahaja ( harga jualan RM 18.90 ). Dalam 1 kotak ada 30 nursing pad. Memang murah dan berbaloi - baloi!

Untuk urusan pembelian di butik bayi yang berhampiran dengan korang, boleh check di sini >>> http://www.theshapee.com/where-to-buy/.

Istimewa untuk readers blog Sis Gee!!

Korang boleh dapatkan extra discount 10% untuk pembelian SHAPEE Disposable Nursing Pad ini dengan memasukkan kod diskaun di bawah :

<< 10dnpblogger20 >>

Jom dapatkan sekarang untuk memberikan pengalaman menyusu yang sangat bermakna buat ibu dan anak. Untuk mereka yang berminat untuk dapatkan nursing pad daripada Shapee ini boleh hubungi info di bawah. 


Laman Web :

https://www.theshapee.com/

Facebook :

https://web.facebook.com/shapeeMY/

Instagram :

https://www.instagram.com/shapeeMY/









Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab