Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum semua!


Bagi mereka yang dah friends di facebook dan instagram Gee mesti sedia maklum dah Gee dan family ada buat trip holiday bersama lagi 2 keluarga Blogger Pantai Timur iaitu Sis Hawa dan juga Mek Yunie..Mesti korang cemuih kan tengok fb feeds dan instagram update Gee! Hahahahahaha. 

Sebenarnya trip ke utara ni kami dah merancang awal-awal lagi sebabnya tarikh nak pergi adalah cuti sekolah so paham-paham jer ler crowded macam mana kan. Bila Gee dan Sis Hawa up di group #bloggerpantaitimur siapa nak follow, maka Mek Yunie pm tepi nak join jugak sebab tu terjadinya family trip team Blogger Pantai Timur ni. Haha. 


Selfie satu kemestian dah!Hahahaha. Okey trip Gee bermula Jumaat, 16 Mac 2018 . Selepas solat Jumaat Gee ada undangan ke Majlis Aqiqah baby kawan sekolah Gee, Yong. Yong ni Gee kenal dari sekolah menengah dulu lagi sehinggalah sekarang masih lagi contact. Gee dulu sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman ( SMKSS ). Berjumpa jodoh pun kat sekolah tu jugak sebab incik suami pun ex  SMKSS. Eh! Tu story lain! Hahahaha!


Ada gambar Geng 4A ni je kat kenduri. Gee pun lupa nak selfie dengan Yong dan baby Aadamiy. Biasalah kawan lama kalau jumpa sesekali ni nyembang aje sampai lupa dah semua. Haha!

By the way Yong! Kalu mung baca entry ni, terima kasih banyok deh jemput aku & family menghuru-harakan majlis Aqiqah Aadamiy. Haha! Back drop memang lawo tu yang suruh askar-askar posing tuh! Kikiki. 


Perjalanan Gee bermula dari rumah mertua di Kg Sg Tong, Setiu. Gee bertolak tengah malam ke Penang sebab incik suami ada nak jumpa bos dia kat sana. Plan awal nak konvoi dengan Sis Hawa dan Mek Yunie dari Kelantan, akan tetapi terpaksa di cancelkan. Huhu. 

Pagi Sabtu, 17 Mac 2018 kami sampai di Penang. Kami bersiap mandi semua kat rnr je. Hahaha. Kalau tak silap nama Rnr tu RNR PERANTING. Solat subuh kat situ, rehat-rehat pastu mandi kat situ. Tandas bersih, bilik mandi pun okey. 


Kami cari makan selepas incik suami meeting dengan bos dia. Sebab senang kan nanti tak perlu nak makan cepat-cepat dengan anak-anaknya lagi. Hahaha. Bila lambat makan, mereka tu mulalah tak sabar. Nak tau kami makan apa kat Penang? Kami makan kepci!!Adehhh.... Gee ingat nak makan nasi kandar ke alih-alih kepci juga menjadi pilihan sebab dah tak menyempat nak cari kedai makan. Anak oh Anak. 

Perjalanan dari Penang diteruskan ke utara iaitu Perlis. Nak tahu cerita selanjutnya kita tunggu PART TWO pulak! Hehehe. 

Lalalalalalaaaaa....
Walaupun ni kali ke tiga Gee dan suami datang bermalam di Cameron, namun ni baru pertama kali berpeluang untuk melihat sendiri betapa luas dan indahnya Ladang Tea Boh. Biasanya Gee pergi ke Ladang Teh yang ada tepi jalan tu je iaitu Bharat Tea Plantation tu. Tu pun dah ternganga tengok pemandangan yang menenangkan. Tapi kalini tak mampu nak berkata-kata apabila melihat Ladang Teh Boh yang seluas mata memandang!

Berlatar belakangkan bukit yang penuh dengan pokok teh!
Kat tempat parking kereta pun pandangan dah memukau mata
Perjalanan untuk ke Ladang Teh Boh ni agak menggerunkan juga sebenarnya sebab laluan dia agak sempit di tambah pula jalan di tepi lereng bukit bukau. Ramai juga yang ambil peluang untuk bergambar di atas bukit walaupun tempat parking kereta agak terhad kerana perlu memberi keutamaan untuk kenderaan lalu lalang. 

Dari tempat parking, ada siap sedia jalan bertangga kayu untuk ke tempat utama pengunjung. Semua perlu mendaki untuk ke tempat utama. Penat juga tapi sangat berbaloi sebab pemandangan kat atas lagi lawa dan memukau sungguh! Cuma kena extra carefull untuk warga tua, wanita mengandung dan juga kanak-kanak kerana ada struktur jalan yang tidak sekata dan agak licin.

Jalan kayu untuk ke atas bukit.
Gee gayat nak bergambar kat tepi bukit ni. Sempat asben bergambar dengan tok abah dan cucu-cucu. Hehe.
Kat atas bukit ada restoran juga tapi kami tak pergi jenguk pun sebab masing-masing semua dah makan. Maybe trip lepas ni Gee nak cuba makan kat restoran tu pula. Kikikiki. Kat atas ramai yang mengambil gambar yang pastinya berlatarbelakangkan seluas mata memandang pokok teh. Seriusly Gee jatuh cinta tengok! Ada juga kedai jualan teh di mana di jual pelbagai jenis teh jenama Boh. Siap ada tester air lagi! Anak-anak apa lagi ambil kesempatan lah merasa. Bercawan-cawan pulak tu, nasib baik promoter dia baik hati layankan je lah. 

Gee tertarik tengok limited edition punya Black Tea yang di letak di dalam bekas yang sangat exclusive. Harganya agak mahal tapi berbaloi kalau nak beli bagi sourvenirs nak kawan-kawan dan saudara mara. Gee mampu ambil gambar saja! Untuk kenang-kenangan. Hehehehe. 

Harga sebekas ni RM 28 hingga RM 32++ gitu bersama Black Tea kat dalam.
Rupa-rupanya kat atas tu kita boleh masuk ke kilang Teh Boh. Boleh tengok macam mana teh di hasilkan. Bau kat kilang tu sangat best sebab bau teh yang menyegarkan dan agak kuat baunya. Duk lama kat dalam tu pening bau teh! Tapi Gee suka! Hahaha. 


Keadaan dalam Kilang Teh Boh

Sempat kakak Amani berselfie dengan Aqil di depan kilang teh
Sebelum balik, semestinya Gee takkan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemandangan yang takkan Gee jumpa kat tempat lain. Terasa tenang, damai dan juga mengasyikkan! Haahhahaha..

Incik suami bersama si bongsu Aqil
My sis in law, Cik Li
Gee dan biras, Aini. Ramai kata muka kami sama. Sama kah? hihi
Baju sejuk melekat je! Ibu posing dengan si sulong Arsyad & my no 3 Ardini
Korang datang cameron, wajib singgah sini tau!! Kalau datang sini rasa puas hati sungguh datang Cameron. Tak beli teh pun takpe asalkan korang menikmati pemandangan kat sini. Jauh dari jalan utama tapi korang takkan menyesal datang! Hehe.

Done for PART TWO story mory. PART THREE?? Ada lagi kisah tapi soon wokeh!

BACA PART ONE << BACA SINI >>








Kulit yang sihat sangat diidamkan oleh semua orang tidak kiralah mereka tua, muda malah seawal usia bayi lagi kita mahukan anak kita berkulit sihat dan sempurna. Namun ada juga yang tidak dapat mengelak menghadapi masalah kulit sensitif dan eczema. Masalah kulit sensitif dan eczema ini sekiranya dibiarkan, ianya tidak akan sembuh sendiri malah akan menjadi lebih parah lagi. Bila kulit menjadi semakin teruk ianya akan mendorong kepada masalah-masalah kulit yang kronik pula. 

Pada hari ini, teknologi perubatan serta penyelidikan sudah berkembang maju dan canggih. Pelbagai produk dan penyelidikan telah dibangunkan bagi mencari penyelesaian setiap masalah kulit terutamanya kulit sensitif dan eczema ini. 


RENOSKIN Medic Serum merupakan produk generasi terkini hasil penyelidikan saintifik khas untuk merawat eczema dan kulit sensitif. Umum dah ketahui rasanya penggunaan produk pada kulit mestilah menggunakan produk yang di luluskan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) demi menjamin kebersihan dan cara pembuatan yang betul. Renoskin Medic Serum didaftarkan di bawah kilang bertaraf GMP dengan nombor pendaftaran KKM : NOT 161106450K.

Antara kegunaan dan fungsi Renoskin Medic Serum adalah :

****  Membantu meredakan eczema dan psoriasis.
****  Melembabkan kulit badan dan muka.
****  Merawat dan mencegah ruam lampin.
****  Merawat jangkitan kulat dan bakteria.
****  Merawat luka melecur.
****  Membantu menyuburkan rambut.
****  Menghilangkan regangan kulit.
****  Memudarkan pigmentasi.
****  Memudarkan parut.
****  Merawat gatal-gatal, merah dan alahan pada kulit.


Menariknya Renoskin Medic Serum di hasilkan dari bahan-bahan semulajadi campuran herba bersama bahan aktif ekstrak Vitamin E dan A, menjadikan ia lebih berkesan 70-80 kali ganda berbanding vitamin sintetik. Ianya kaya dengan pelembab semulajadi. 

Antara khasiat istimewa yang terkandung dalam Renoskin Medic Serum adalah :

EKSTRAK BUAH ZAITUN 

>>>  Merawat dan membuang sel kulit mati.
>>>  Menghilangkan tanda-tanda penuaan kulit kerana kaya dengan anti oksidan.
>>>  Mengatasi masalah kulit berminyak kerana ia mengawal aktiviti kelenjar sebum.

HERBA ROSEMARY

>>>  Melindungi kulit dari cahaya matahari.
>>>  Menggantikan sel kulit yang baru.
>>>  Mempunyai bau aroma terapi yang menenangkan minda pengguna.

EKSTRAK KELAPA ASLI

>>>  Merpercepatkan proses baik pulih kulit.
>>>  Sangat elok untuk mereka yang berkulit kering serta masalah kelemumur.

AGEN PELEMBAB SEMULAJADI

>>>  Penggunaan setiap sapuan akan bertahan sehingga 6 jam untuk mengelakkan kulit gatal-gatal dan kering menggelupas.

ANTI RADANG

>>>  Membantu mengurangkan masalah kulit keradangan kemerahan dan bengkak secara semulajadi.

ANTI BAKTERIA DAN ANTI KULAT

>>>  Membantu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat secara semulajadi.


Renoskin Medic Serum telah mendapat pelbagai testimoni yang positif dari pelbagai lapisan dan golongan pengguna. Cara penggunaan pun sangat mudah iaitu hanya perlu menyapu nipis pada kulit yang bermasalah. Sekiranya tidak merah dan gatal, maka korang bolehlah teruskan penggunaan dengan konsisten setiap 2 kali sehari selepas mandi. 

Jom Gee share beberapa testimonial yang berjaya hasil dari penggunaan yang konsisten. Serum ini selamat untuk jangka masa panjang kerana ianya diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia.








Untuk maklumat lanjut produk, korang boleh hubungi :

WEBSITE : https://www.renoskin.com.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/RenoSkinHQ/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/renoskin_official/

ALAMAT : RENOSKIN CARE RESOURCES (HQ)
No. 148 (A), Jalan Teluk Mahang 2,
Batu 5, 25150 Kuantan, Pahang.

TELEFON : 016-490 7155 


Many people has jump into the property investment bandwagon. Back then, buying a property for the purpose of selling in short term was definitely tempting and possible. As of today, buying a property and selling it in a short time is definitely harder as compared to decades ago, as the property market has slowed down significantly and property prices no longer rise as much due to government’s measure to cool down the market.

However, the insiders from the property industry think that property market is recovering. Moreover, government has let loose of the measure as well. Therefore, if you are looking for the right time to jump into the property market and earn from property investment, you should know more about property flipping. Furthermore, there are many condominiums in Paya Lebar that are for sale.

A.                Flipping versus long term investment
First of all, it is essential to understand the term flipping. Flipping is method of making profit by buying a property and reselling it within the shortest time possible. Property flippers could flip a property within a short time (weeks or months) whereas property investors would normally wait for a few years for capital appreciation.

There are various ways to do property flipping if you are interested in. You can either take multiple smaller home loans if you are able to afford, or opt for a higher priced property that has great investment value.

  1. Factors to consider
  1. Timing
Timing plays an important role when it comes to flipping. There is no reason to buy another property for the sake of flipping when the property market is already in its peak or has been stagnant. Due to the global economy condition currently, it is quite implausible that the property market will have a raise in property prices.

In addition, government will most likely step in when they are aware of speculative property purchases. However, this does not mean the it is impossible to do property flipping, as long as you are getting the right target property with good location, good accessibility and size.

2.                  Seller’s Stamp Duty (SSD)
You should also be aware of the Seller’s Stamp Duty (SSD) that the government has imposed. This SSD is announced to discourage people from short term buying and selling the property. In addition, SSD is accounted for when it comes to weighing the net profit you expect from the sale of the property. However, the government has waived the SSD after 3 years instead of 4 years.

Moderate term flipping is still possible if you consider buying a new property with a TOP date of over 3 years, then sell it without stamp duty payable. In addition, most of the home loans come with low interest rate for the first two years.

3.                  Total Debt Servicing Ratio (TDSR)
Currently, the total debt servicing ratio is 60%. That being said, your debt obligations including the credit card debt and personal loans should not exceed more than 60% of your monthly income.

This will then make property investment more difficult than it already is, however, still possible. It is still wise to think thoroughly before taking up on another loan to make it easier to apply for another loan. You definitely do not want to find yourself occupied with mortgage debts that cause you to lose a chance on flipping and make a profit out of it.

4.                  Scarcity of property
You might think that the property that you are targeting has a good location with great amenities, and will definitely be able to flip to make a profit. But might want to think twice about it. There might be many property developments going on in the area that you are interested in and are to be launched soon. Therefore, your chance of getting your property flipped at higher priced might be affected.

5.                  Long term potential
If you happen to have a property that is considered highly desirable with good location, good accessibility and right size that will provide you a good rental income every month, it might be a good idea holding on to the property instead of selling it within short period, even though the profit you gain will be tempting.

If you are looking at property that is located in developing area, you will be able to see substantial gains when the area has matured into a prime estate. It is good to be patient when it comes to this situation.

In conclusion, it is good to do your research and get yourself educated before you venture in the property investment industry. The journey to property investment might not be easy but it will definitely be worth the efforts if done right.

Wah! Hisap- Hisap Terus Cantik! Memperkenalkan DIANZ, vitamin baru yang lebih advance dan juga 5 kali lebih penyerapan untuk memberikan kesan yang lebih cepat. Vitamin DIANZ didatangkan dalam bentuk kapsul yang berperisa berry gitu. Pertama kali Gee hisap, rasa macam gula-gula masam manis berry! Ni kalau anak-anak tahu ni habis mereka telan! Terus Gee sorok daripada pandangan anak-anak. Haha!


KANDUNGAN DAN FUNGSI DIANZ VITAMIN

>> Vitamin C berasaskan oren untuk merawat parut / jerawat / jeragat.
>> Vitamin E berasaskan Maquiberry untuk melembabkan kulit.
>> Kolagen asli berasaskan ikan talapia untuk kulit lembut dan gebu.
>> Extra Glutathione sebagai antioksida dan menggandakan kesan pencerahan.
>> Ekstrak Ascorbic Acid untuk lebih kuasa penyerapan vitamin dalam tubuh.


Kalau nak mencuba produk kecantikan dan kesihatan semestinya kita nak cari yang halal dan juga produk yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia kan? Korang jangan risau dengan DIANZ VITAMIN ini, ianya merupakan produk muslim dan dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP. Lagi membuktikan bahawa DIANZ VITAMIN ini selamat digunakan, produk ini juga telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) di bawah akta farmasi : MAL16095012NC.

ANTARA KELEBIHAN DIANZ VITAMIN

>>> Baik untuk tumit kaki, rambut dan kuku.
>>> Membantu masalah kulit seperti eczema, jerawat, kulit berminyak dan parut.
>>> Baik untuk strecth mark dan resdung.
>>> Membantu menegangkan kulit, merawat kulit kusam dan tona kulit tak sekata.
>>> Mencerahkan kulit muka dan badan.


Untuk mendapat keberkesanan DIANZ VITAMIN ini, korang harus mengikut cara-cara pemakanan yang betul serta pastikan ianya yang asli. Terdapat beberapa pantang larang penggunaan DIANZ VITAMIN ini yang perlu dituruti.

PANTANG LARANG DIANZ VITAMIN

>> VITAMIN DIANZ ini sesuai untuk lelaki dan perempuan yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.
>> Sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu.
>> Sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.
>> Elakkan makanan dan minuman berkafein dan bergas untuk kesan berganda.

TESTIMONI PENGGUNA DIANZ VITAMIN

Ramai yang mempunyai masalah kulit dapat menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan mencuba dengan konsisten DIANZ VITAMIN ini. Gee sendiri, selepas 1 minggu Gee makan DIANZ VITAMIN ini terasa sedikit perubahan pada kulit wajah. Kulit Gee terasa lebih lembab dan kulit terasa lebih tegang. Masalah jerawat-jerawat halus pun semakin berkurangan dah. Hehe.

Ni ada beberapa testimoni dari pengguna DIANZ VITAMIN yang telah berjaya. 


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai DIANZ VITAMIN ini korang boleh hubungi mana-mana pautan yang Gee dah sertakan kat bawah ni :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/ikanum
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Ikari-Shoppe-
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/tiqahanum/
TELEFON : 013-699 9876

Harga Produk : RM 50 ( 30 biji )









Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab