Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review

Siapa penggemar root beer float A&W kita geng! Gee start pregnant kan Si bongsu Aqil tu makin menjadi-jadi tau suka makan kat A&W. Padahal boleh je beli air rootbeer & askrim vanilla kan! Sekarang ni bukan setakat root beer float aje menjadi kesukaan Gee, malah ubi kentang goreng A&W pun sodapppp. Potongan dia besar & crunchy giteww..


Semalam kan Jumaat so si incik suami cuti maka ambil peluanglah bawak anak-anak keluar. Gee pun memang nak top up barang dapur. Musim hujan ni laju sungguh stok makanan. Asyik lapor aje bebudak ni. Mak budak pun sama sebenarnya. Hahahahha.


Pagi semalam tak masak apa, tutup dapur dah alang-alang nak keluarkan. Incik suami kata makan kat luar jelah. Dah hujan lebat yang amat lah pulak. Bila ada anak-anak kecik ni kalau hujan payah sikit nak bergerak, nak menyinggah kedai makan pun susah. Pastu kami decide pergi ke Mydin Mall Gong Badak je sebab kat situ banyak juga kedai makan, parking pun dalam bangunan so memang tak kena hujan langsunglah nanti.

Bila masuk Mydin Mall, A&W memanggil-manggil je tau! Hahhaah. Pastu bila teringatkan set untuk kids dia bagi toys yang best terus ajak suami pergi makan kat A&W. Kalau hidangan untuk budak-budak ada disediakan BEARY MEALS yang terdiri daripada 4 pilihan makanan utama iaitu Nuggets, Burger, Ayam Goreng dan juga Roti Sosej. Setiap hidangan termasuk ubi kentang goreng dan juga air rootbeer atau ribena. Beary meals ni akan dapat 1 mainan atau alatulis untuk 1 order. Sebelum ni pernah dapat buku, set alatulis. Kalini dapat pensel warna 12 batang. Okey sangatlah kan? 

Untuk set biasa pula ada pelbagai pilihan. Gee pilih set Double Deluxe Burger dan incik suami makan set Mozza Burger. Air rootbeer kami semua upgrade ke float aiskrim. Sedapnyaaaa. Hehe. 


Gambar sebelum makan tu banyak tapi bila dah sampai makanan semua dah tak sabar nak ngap! Menu si ibu je sempat snap. Dah dari rumah semua lapar, sampai je A&W tak sabar-sabar semua Geng 4A tu. Nasib ada pensel warna Beary Meals tu sorang satu so lepas diaorang kenyang boleh lah beraktiviti mewarna sementara si ibu ayah nak menikmati burger. Hahaaha. 

Lokasi A&W di Kuala Terengganu ada 2 iaitu dalam Mydin Mall Gong Badak dan di Pantai Batu Buruk. 

Korang suka makan A&W tak? Sharelah pengalaman korang makan kat tempat korang camane. Ada rezeki boleh repeat lagi! Hehe!

Hi semua! Sekejap aje dah masuk Disember? Lagi sebulan aje nak masuk tahun baru, 2018. Mesti semua dah pasang misi visi moto matlamat untuk tahun 2018 kan? Gee pun dah buat beberapa list kat planner 2018. Hihihi. Harap tercapai dengan jayanya lah! Haha!

NOVEMBER Gee sangat awesome jugak dengan ada beberapa moments yang sangat best! Antaranya November merupakan bulan kelahiran kedua-dua puteri kesayangan kami iaitu Amani & Ardini. Alhamdulillah mereka membesar dengan sihat sejahtera.

KISAH SAMBUTAN HARI LAHIR AMANI DI SEKOLAH <<< baca sini >>>

Alhamdulillah Bulan November Gee ada rezeki lebih untuk membawa keluarga menginap di hotel sekitar Kuala Terengganu. Rezeki daripada berniaga online kat rumah sesekali digunakan untuk reward diri sendiri dan keluarga. Hihi.

KISAH SELANJUTNYA <<< baca sini >>>

November Gee lagi best apabila Gee buat pertama kali melancarkan giveaway di blog. Bertambah gembira dan teruja apabila rupa-rupanya ramai rakan blogger sudi support Gee dalam blogging. Terharu pun ada sebab ramai juga yang join setakat ni.

Korang nak join masih sempat lagi sebabnya tarikh akhir pada 12 Disember 2017.

" SIS GEE FIRST GIVEAWAY "  <<< join kat sini >>>

Semoga Disember lebih baik daripada November. Amin...

Thank you korang terus support Gee dalam dunia blogging.

Love!!!
Gee dulu kan pantang kalau orang bagitahu buat ni kulit cantik, ambil daun ni nanti daki hilang, lumur ni kat badan nanti kulit lembut. Mesti rasa nak mencuba. Tak tahu kenapa Gee dulu suka mencuba petua-petua kecantikan dari bahan-bahan semulajadi ni.  

Waktu tu umur gee darjah 5 atau darjah 6 camtu. Tak tahu lah apa sindrom or hormon masa tu. Nak tahu apa yang Gee amalkan petua kecantikan tradisional orang dulu-dulu? Jom baca!

TIPS DAN PETUA KECANTIKAN SECARA TRADISIONAL


1. PUTIH TELUR AYAM KAMPUNG DIJADIKAN MASKER WAJAH


Dulu rumah mak ada bela ayam. So kalau gee nampak ada telur mesti Gee ambil sebiji. Lepas tu Gee akan pecahkan & asingkan telur putih & kuning. Telur kuning kita simpan dalam peti. haha. Ambil telur putih pastu sapu kat seluruh kulit muka. Bila dah kering, kulit akan rasa tegang tau! Kita biarkan dalam lebih kurang 10 minit ke 15 minit. Masa keadaan kulit tegang ni, mulut kena kunci rapat tak boleh nak sembang dah. hahaha. Selepas 15 minit, basuh muka dengan air biasa. 

Nak tau best ke tak kulit? Korang kena try lah! Mesti rasa nak buat selalu je nanti! Kulit rasa lembut sangat! Rasa anjal gitewww...hahaha..

2. AMPAS KELAPA BUAT SCRUB BADAN


Kalau dulu biasa kan mak-mak kita mesin sendiri je kelapa tu nak ambil santan kelapa buat masak gulai. Sekarang pun ada lagi yang guna mesin kelapa tu cuma kebanyakkannya beli santan dari kedai je lagi cepat & mudah!hehe. Kisahnya, gee suka ambil ampas kelapa yang mak dah perah tu. Kata orang ampas kelapa ni elok nak bagi kulit bersih, hilang segala daki. Caranya, sebelum mandi ambil ampas kelapa, kita scrubkan ke seluruh badan. Biar seketika. Lepas tu bilas dan mandi seperti biasa. 

Kesan dia kulit badan jadi licin u ols! Terasa lembut je. Korang cubalah kalau takde ampas tu, cuba tanya kat kedai yang jual santan. Mesti ada kan. Haa bukan ke senang nak buat scrub badan sendiri? Hehe. 

3. BUAH LIMAU PURUT MENYIHATKAN DAN MELEMBUTKAN RAMBUT


Biasanya daun limau purut kita guna dalam pelbagai jenis masakan. Kalau korang perasan ada syampu rambut yang berasaskan buah limau purut. Rupa-rupanya best gila kot guna limau purut asli kat kepala. Amalan ni Gee cuba masa balik rumah kawan baik masa kat sekolah dulu. Nama dia Ila. Petua ni dia pun selalu amalkan.

Caranya, potong buah limau purut tu kepada 4 atau 6. Lepas tu gosokkan buah limau purut di rambut dan seluruh kulit kepala. Dengan bau dia yang sangat segar memang kulit kita pun rasa sangat best! Rambut menjadi sangat lembut dan semestinya wangi!

4. AIR BERAS ELOK UNTUK MUKA


Ni pun Gee cuba jugak tau! Orang kata air beras sangat elok untuk kulit muka. Dulu kan kalau mak nak masak nasi, awal-awal bagitahu Gee nak air beras. Cara Gee buat senang aje. Air basuhan beras tu Gee ambil dan basuh ke seluruh wajah. Selepas beberapa minit, bilas dengan air biasa. Petua orang tua-tua, air beras ni membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan masalah jerawat. Petua ni paling senang kan? Sebab kat rumah memang semua ada beras so selamat mencuba ye!



Best tak petua Gee amalkan masa kecik dulu? Tapi dah berumur ni tak pulak amal. Adeh! ( tepuk dahi ) Takpe Gee share kat korang. Yang bujang tu sebelum ada komitment yang bertambah-tambah selepas kahwin bole amalkan ye!!Bila dah ada anak ramai ni bukannya tak nak buat tapi masa itulah. Dapat buat entry kat blog pun dah rasa bersyukur sangat dah. Hahaha.

SELAMAT MENCUBA DARLS!!!
Gee tak tahu bila usia dah semakin meningkat ni, entah kenapa baru disedari banyak juga situasi Gee perlu untuk SELFISH. Terasa tua disitu. Hahaha. I ols muda lagi tau, sweet 30++.. Haha.

SELFISH FOR BENEFIT. Selfish tu sendiri dah tahu kan maksudnya pentingkan diri sendiri. Benefit tu pulak kebaikan. Dah kenapa pentingkan diri sendiri mendatangkan kebaikan? Kat sini Gee share beberapa situasi perlunya kita selfish untuk kebaikan ni.

SITUASI PERLU PENTINGKAN DIRI SENDIRI UNTUK KEBAIKAN SEMUA

1. MELIBATKAN ANAK-ANAK

Seorang ibu atau seorang ayah selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Andai kata ada orang lain nak bawa anak kita pergi ke taman, tapi kepercayaan kita pada orang tu macam tak sampai pun 80%, so lebih baik kita tak memberi keizinan. Kita tak tahu mungkin anak kita berada di luar kawalan orang yang menjaga itu sebab orang yang jarang-jarang jumpa ni tak tahu perangai sebenar anak kita kan. Dah kalau terjadi apa-apa masalah, yang susah siapa? Anak kita semestinya, kita ibu ayah dah tentulah dan orang yang membawa anak kita keluar tu pun sama terlibat. 

2. TEMPAT YANG TIDAK SESUAI

Kalau ada kawan mengajak ke kedai makan di malam hari, di kawasan yang sunyi adakah kita ingin menerima perlawaan tersebut? Walaupun yang mengajak itu juga perempuan, kawan baik sendiri. Walaupun pergi berempat, berlima. Sesuatu tindakan yang dibuat harus difikir akibat dan juga kesannya. Kenapa perlu ke kedai makan yang sunyi tiada orang lalu lalang sedangkan banyak lagi kedai makan yang penuh orang sekeliling. 

3. KEADAAN KESIHATAN

Dah tahu kesihatan tak mengizinkan kenapa nak sedapkan hati orang lain demi kepentingan orang lain. Fikir diri sendiri dahulu. Nak menolong orang akan tetapi diri sendiri pun jalan bertongkat. Nak bagi nampak maksud Gee di sini contohnya diri sendiri dilanda demam, sakit kepala, pening akan tetapi bila kawan mintak tolong teman beli barang, setuju aje padahal keadaan diri tengah sakit. Adeh!

4. DAH TAHU APA YANG AKAN BERLAKU

Ni lagi satu hal. Orang kata dah tahu ada masalah, dibuatnye juga nak cari masalah. Dah kenapa kita perlu berkorban untuk orang lain padahal kita dah tahu sendiri juga yang akan merana. Sebagai contoh, di minggu study week. Exam masuk chapter 1 sampai 4. Tetiba ada kawan datang suruh ajar chapter 4 sebabnya chapter 1-3 semua dah buat ulangkaji so tinggal chapter 4 tak berapa nak paham. Dah diri sendiri ni chapter 1 pun semput baru nak hadam, ada lagi 3 chapter nak habiskan. So perlu ke kita menolong kawan tadi tu sedangkan kita nak jawab exam soalan 1 pun belum tentu boleh lepas. Sendiri fikir ye. 

5. REALITI SEBENAR

Pernah dengar tak pepatah, ' Biar Papa, Asal Bergaya'. Kalau dah takde duit janganlah cari pasal nak belanja orang pulak. Adeh. So kalau makan ramai-ramai, dah habis semua makan minum, sembang pun dah krikk krikkk tapi semua buat tak tahu je. Agaknya tunggu duit jatuh dari langit untuk bayar semua tu. Kita ni duit dalam poket ada rm10 je cukup untuk membayar makan minum yang diri sendiri. Dah tu nak buat apa? Bayar jelah untuk diri sendiri. Lantaklah orang kata kedekut apa. Dah duit ada banyak itu aje. Hahahaha. Nasib lah orang lain kan. Masa mengoder idok pikir nak membayarnya. Hahahah..


Tapi sedih kan bila kita selfish untuk kebaikan ni tak semua pandang baik tau. Orang akan cop kita macam-macam. Tak terkejut kalau kena cop kedekut sebab kita berjimat, pemalas sebab rumah bersepah padahal orang tak tahu kita tak kemas rumah sebab apa, dan sebagainya. 

Tapi Allah tahu apa niat kita. Sebab tu ada situasi perlunya kita selfish ni. Lantak orang nak kata, yang penting Dia yang satu tahu semuanya. 

By the way thank you untuk mereka yang sudi join Gee punya first giveaway. Nanti Gee update senarai peserta yang dah join ye..Korang nak join?Boleh click link kat bawah ni :

<<<< " SIS GEE FIRST GIVEAWAY " >>>>
Assalamualaikum semua!!

Korang pernah masak nasi minyak tak? Gee selalu je makan nasi minyak tapi untuk membuat tu memang tak pernah sebab asyik duk fikir macam susah aje nak membuatnya. Semalam, Gee masak nasi minyak untuk breakfast. Kalau belah Pantai Timur ni kami memang dah biasa breakfast nasi. Suami pun orang Ganu jugak. So kalau pepagi dah memang biasa sangat makan nasi. Hehe.

Bila Gee tengok haritu SIS HAWA update RESIPI NASI MINYAK RINGKAS. Terasa nak mencuba pulak. Gee memang suka resipi mudah dan cepat ni. Hahaha.

This is my first try! So Alhamdulillah menjadi guna resipi Sis Hawa bagi! Hehe. Thank you Awa share resipi yang ringkas di blog! Ni Gee kongsikan resipi untuk korang. Resepi asal korang boleh tengok kat blog <<< SIS HAWA >>> .  


RESEPI NASI MINYAK MUDAH & CEPAT

BAHAN-BAHANNYA :

1. Beras ( Gee buat 4 pot. Basuh, toskan dan ketepikan )
2. 1 ulas bawang besar ( di mayang )
3. 4 ulas bawang putih ( di ketuk )
4. 1 inci halia ( potong memanjang )
5. Sebatang kulit kayu manis
6. 2 kuntum bunga lawang
7. 4 biji buah pelaga
8. 3 biji cengkih
9. 3 sudu besar planta
10. Air mengikut sukatan beras
11. Garam secukup rasa
12. Pewarna ( Ikut korang nak letak bagi colurful ke tak )

Bahan-bahan menumis
CARA-CARANYA :

1. Panaskan periuk nasi guna dapur gas. Tumiskan planta bersama bahan-bahan menumis ( no 2 hingga no 8 )


2. Bila dah mula garing dan bau semerbak kat dapur tu masukkan beras yang dah ditoskan airnya tadi.

3. Kacau beras dengan bahan tumis tadi.

4. Masukkan air mengikut sukatan beras.

5. Masukkan garam secukup rasa.


6. Kacau semuanya bagi sebati. Tutup api dapur gas. Sambung masak nasi seperti biasa dengan rice cooker. Kalau Sis Hawa dia masak atas api je. Gee sambung masak dengan menggunakan periuk elektrik. Ikut keselesaan korang ye. Hehehe.

7. Bila nasi dah mula nak kering tu, korang bubuhlah pewarna kesukaan korang. Taknak buh pun takpe sebab nasi dah ada warna kuning lembut gitu sebab kita guna planta tadi. Korang titik-titikkan pewarna. Gee tu bukan titik dah, tu namanya tumpahkan pewarna. Hahahaha.

Excited buh warna sampai banyak macam tu sekali! haha!
8. Terus kacau dengan menggunakan garfu sehinggalah pewarna bercampur dengan semua nasi.

9. Tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak.

SIAP!!!



AMACAM SENANG TAK?

Nasi minyak sedap di makan bersama lauk gulai, masak merah, masak kurma. Ada acar lagi sedap!

Gee buat lauk ayam masak tomato sebab senang nak bagi anak-anak makan. Hehe.

SELAMAT MENCUBA!!!
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab