Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum semua!

Korang pernah buat party pack tak? Party pack atau goodies ni dibuat untuk diberikan kepada tetamu untuk sesuatu majlis. Dah menjadi trend sekarang ni kan semua majlis orang buat goodies seperti di Majlis Perkahwinan, Majlis Aqiqah, Sambutan Hari Lahir, Majlis Kenduri Doa Selamat dan sebagainya.

Party Pack Untuk Sambutan Hari Lahir Amani & Qisha yang ke 6 Tahun

Untuk hari lahir anak ke 2 Gee, Nur Amani yang ke 6 tahun pada 7 November, Gee rancang nak buat kat pra sekolah je. Kebetulan birthday Amani sama dengan kawan sekelas dia, Qisha. Gee pun rancang dengan Zu (mama Qisha) buat sambutan hari lahir mereka kat sekolah. Mama dia ni bakers tau! Sedap sangat kek dia buat. Sebelum ni dah banyak kali order kek dan juga tart. Birthday si sulung Arsyad sebelum ni pun Gee order kek dengan Zu. 

ARSYAD TURNS 7 :  <<< BACA SINI >>>

Owh kebetulan juga nama mereka sama! Nur Amani dan Qisha Amani. 

Gee ditugaskan untuk goodies dan Zu semestinya buat kek birthday. Hehe. Kat entry ini, Gee nak share apa yang boleh korang letak dalam goodies untuk sambutan hari lahir anak kat sekolah. 

10 IDEA PARTY PACK ATAU GOODIES BIRTHDAY

1. Air kotak
2. Kek atau Muffin
3. Snack
4. Jeli
5. Small toys
6. Alatulis ( buku nota, pen, pensel warna dan sebagainya )
7. Keychain
8. Gula-gula
9. Biskut
10. Party kit ( Belon dan Topi )

<< Senarai 1 - 4 Gee dan Zu pilih untuk dijadikan goodies untuk sambutan hari lahir Amani dan Qisha kat sekolah >>

Idea goodies ni bergantung juga pada bajet kita yang merancang majlis. Tak perlu nak beli yang mahal-mahal di luar kemampuan. Buat setakat yang ada sahaja ye. 

5 TIPS PEMILIHAN GOODIES

1. Elakkan terlalu banyak makanan ringan.
2. Goodies perlu diletakkan di dalam plastik yang mudah dibawa oleh kanak-kanak.
3. Periksa semua tarikh luput di setiap makanan dan minuman.
4. Elakkan bagi goodies yang mudah pecah.
5. Disyorkan memberi makanan yang kering dan mudah di makan oleh kanak-kanak.

Siap goodies! Tunggu majlisnya pulak. Semoga majlis hari lahir Amani & Qisha berjalan dengan lancar kat sekolah. Amin.



Assalamualaikum & hi semua!
Gee nak bagitahu beberapa tips dan rahsia yang sangat berguna untuk para BLOGGER BARU nak up macam gee. Haha. Kebanyakan tips ni gee belajar dari sifu design blog yang semestinya daripada  << SIS HAWA >> .

Sebenarnya, untuk blogger baru kita perlu fokus untuk tarik follower dan juga pageviewer blog kita terlebih dahulu. Nak tahu kenapa? Sebabnya kebanyakkan sponsor atau brand akan tertarik pada blog yang follower yang ramai serta pageviewer yang tinggi untuk setiap bulan. Bila follower ramai dan pageview tinggi barulah mereka berminat untuk kita review product mereka. Kat sini kita akan dibayar untuk promosikan barang mereka ataupun kita diberi produk dengan percuma. Amacam? Best kan? So, macam mana nak tarik orang datang dan follow blog kita yang baru ni?

1. RAJIN BLOGWALKING

Blogwalking tu apa? Blogwalking tu seperti kita berjalan-jalan ke blog orang lain. Korang perlu singgah ke satu blog kemudian singgah ke blog blogger lain pulak dan seterusnya. Masa yang ada boleh guna untuk blogwalking ke blog lain dan jangan lupa follow mereka serta tinggalkan jejak korang dengan meninggalkan komen di entry mereka. Blogwalking ni perlu tau untuk mengeratkan hubungan sesama blogger apabila kita mengikuti dan membaca entry yang mereka tulis. Korang pun nak blog korang selalu dilawati blogger lain jugak kan, so blogwalking je ke blog mereka, nanti mereka pun akan membalas balik kujungan daripada korang tu. 

2. RAJIN KOMEN BLOG ORANG

Tadi dah blogwalking ke blog lain kan, pastu nak tahu blogger itu sedar akan kunjungan korang, so kenalah tinggalkan jejak. Kalau blogger otai yang dah ramai follower, untuk satu entry banyak gila orang komen. Kalau nak mudah blogger itu nampak kewujudan korang dalam dunia blog ni sila merajinkan diri untuk komen di sekurang-kurangnya 3 entry di blog mereka. Korang boleh pilih nak baca dan komen di entry yang terbaru atau entry paling top orang baca atau ada masa banyak boleh lah baca semua entry yang ada. Hihi. 

3. FOLLOW BLOG LAIN

Nak orang follow kita, kita kenalah follow orang dulu. Namapun newbies kan, blogger baru nak up, so bila dah singgah ke blog lain sila follow blog mereka ye. Kalau rajin, korang follow je semua media sosial mereka. Ni salah satu tanda kita sebagai blogger saling support antara satu sama lain. Bila kita follow blog orang lain, semua entry terbaru mereka kita dapat tahu daripada dashboard blog kita. So senang kan nanti boleh blogwalking ke blog mereka.

4. TULIS ENTRY BERKUALITI

Yang ni gee pun masih belajar untuk buat entry yang berkualiti. Untuk mengelakkan kita jadi blogger syok sendiri, setiap entry yang kita buat tu haruslah penuh dengan info yang berguna juga untuk pembaca yang lain. Antara sumber kegemaran ramai adalah google. Cari je fakta kat google, semua fakta ada. Tapi jangan lupa korang creditkan sumber mana korang ambil untuk diletakkan dalam blog. Kena saman jadi kes lain pulak nanti sebab copy idea orang. Kikiki. Selain itu, tulis blog ni bukan macam taip whatsapp tau! Jangan guna perkataan yang ringkas yang menampakkan korang pemalas! Nama pun blogger maka kenalah rajin menaip! Antara contoh ringkasan yang biasa kita guna ' sbb = sebab, sy = saya, rmh = rumah, x = tak nak, sklh = sekolah ' . Sekarang gee masih cuba untuk elakkan menulis seringkasnya. Hehe.

5. RAJIN UPDATE BLOG

Untuk mengelakkan blog berhabuk, sila rajin update! Namapun blogger baru, nak tarik orang datang ke blog kita kan, dah kita nk hidang orang dengan apa? Buatlah entry setiap hari kalau boleh. Tak pun seminggu 3 kali update entry baru. Orang takkan follow kalau blog kita sepi diam seribu bahasa. Kalau takde idea nak update boleh juga update rutin aktiviti korang. Selain tu melalui pengalaman-pengalaman yang korang alami sendiri pun boleh dibuat entry di blog. So orang pun akan tengok best je blog kita sebab selalu ada entry yang baru kat blog.

6. RAJIN JOIN SEGMEN, CONTEST & GIVEAWAY

Salah satu cara nak tambah kenalan blogger dan juga follower adalah menyertai segmen yang dibuat oleh blogger yang lain. Otai-otai pun ramai tau join segmen blogger lain sebabnya ni salah satu cara kita tunjuk diri kita pada orang lain. Menang contest adalah bonus untuk blogger tapi bila join dalam masa yang sama boleh membantu untuk naikkan follower kita juga. Kalau ada rezeki, korang pun boleh buat segmen korang sendiri. Gee pun masih dalam perancangan nak buat Giveaway pertama untuk blog gee. Harap-harap ada yang sudi join nanti. Hehe.

APA YANG BEST BILA RAMAI FOLLOWER DAN PAGEVIEW BLOG TINGGI?

Ramai yang belum tahu sebenarnya banyak brand yang bekerjasama dengan blogger untuk mempromosikan produk dan jenama mereka. Cumanya mereka akan cari blogger yang berprestasi tinggi untuk bekerjasama. So blogger-blogger baru macam kita ni kenalah fokus untuk jadikan blog kita menarik dan juga tertarik. Barulah mereka yakin nak bagi kita job. Daripada job inilah blogger dapat menjana pendapatan dalam dunia blogging.

Rasanya itu sahaja perkongsian gee sejak serius dalam blog. Sebelum ni buat blog macam syok sendiri je sebab takde kawan blogger, tak tahu cara buat duit dengan blog. Sekarang rasa best pulak dengan blog sebab ada ramai kawan baru blogger yang tak pernah pun nak kedekut ilmu pasal blogging. Thank you korang!

Nak buat blog tapi tak tahu caranya? Boleh juga contact  <<< WWW.SISHAWA.COM >>> . Awa ada sediakan service buat blog dan juga domain. Harga sangatlah mampu bayar! Hehe.

Done for now! Semoga semua info membantu mereka yang baru dalam blog!!



Assalamualaikum readers!

Millionss thank you kepada semua yang tak jemu-jemu singgah kat blog yang tak seberapa ini. Ya ampun juga sekiranya gee lambat mereply segala komen dan juga lewat berblogwalking. Sekejap aje kan dah pun bulan November. Bila gee tengok dekat archive blog, nampaknya sangat banyak penurunan jumlah entry yang gee buat sepanjang October berbanding September. Hmmm... Mood ke laut dalam sungguh! Di tambah dengan problem widget follower baru-baru ni kan, rasa lemau nak update entry blog!

Eh! Usia blog Sis Gee ni baru je baby tau! Usia blog lebih kurang 2 bulan lebih je.  Baby sangat kan? Hihi. Nak tahu kisah permulaan domain Sis Gee? Korang boleh terjah ke << ENTRY INI >> .

Nak mintak idea koranglah! Gee dah lama pendam nak buat giveaway sebenarnya. My first giveaway untuk Blog Sis Gee. Tapi macam takde idealah nak buat hadiah GA. Hahaha! Kalau bagi kain batik okey tak? Hehe. Idea apa lagi eh? Korang ada idea share kat komen eh! Thank you!

Untuk November, hopefully lebih baik dari Oktober. Entry post pun harapnya makin bertambah-tambah. Haha!

Done for now! Nak kena bersiap amek anak sekolah pulak dah! Tinggal beberapa minggu je lagi nak cuti sekolah. Tu pun nak kena buat perancangan dah. Kang biru budak-budak ni makan, tido, main. Hahahaha. 


Hi semua! Malam ni gee dinner kat luar dengan suami dan anak-anak. Biasalah kalau hari busy mereply message customer, keluar cod dan urusan postage memang gee tak sempat nak masak. Al maklumlah si kecil Aqil tu tengah duk aktif sangat sekarang ni. Pantang terlepas pandang, tup tup ada atas meja makan.. hahaha. 


Tadi gee dinner di KAFE SURI MAYANG terletak di Losong Keropok sebabnya kat situ sepanjang jalan orang jual keropok. Rata-rata orang sini panggil jalan tu Losong Keropok. Sebelum ni adik gee bagitahu kat Kafe Suri Mayang ada buskers dan juga badut! Langkah kiri kotnya, buskers takde, badut pun tak nampak. Nasib baik tak bagitahu awal-awal kat anak-anak ada badut, kang jenuh ibu ayah kena jadi badut. Hahaha.

Gee order NASI GORENG DAGING MERAH. Suami dan anak-anak pula makan NASI PUTIH bersama TOM YAM CAMPUR dan TELUR DADAR. Tambahan order 1 set UBI KENTANG GORENG. 

REVIEW KAMI : Nasi goreng daging merah boleh tahan rasanya. Gee suka sebab portion daging banyak. Tom yam pula kata suami mangkuk kecik sangat! Hahaha. Tapi isi dalam penuh dengan udang, sotong. RATE kami bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. 

Si bongsu Aqil sedang menikmati fries. My number 2 Amani dengan ayah memang tak dapat dipisahkan di kedai makan. 
Satu kebiasaan Amani di kedai makan yang gee geram dan seram sangat adalah nak kena pergi toilet. Hadoi! Tapi bagus jugak sebenarnya sebab kita akan tahu keadaan kedai tu bersih ke tak. Tapi tulah, kalau tandas hampeh lemah semangat sungguh rasanya. Namun di KAFE SURI MAYANG, tandas tidak mengecewakan. Bersih tandasnya cuma kalau letak bau-bauan yang wangi lagi tip top! 

Dengan si sulong Arsyad
Lepas ni nak kena repeat lagi sebab tadi tengok ada pakej menarik untuk makan ikan bakar, masak stim atau apa-apa pun cara masak yang korang nak. Kalau tak silap pakej tu untuk 2 orang tak sampai pun rm20. Macam murah kan?

My number 3, Ardini duk tidokan baby dia yang ngantuk katanya..Haha!
Harga makanan yang gee makan tak mahal mana dan tak murah juga. Semuanya tak sampai rm30. Pasni kalau gee repeat kena make sure buskers ada dan juga si badut tu. Hahahha.

Datang Kuala Terengganu kalau nak makan sini, roger-roger gee eh! Boleh jumpa sembang-sembang. Hehe.

Done sedikit perkongsian tempat makan di Kuala Terengganu. Lepas ni gee update lagi tempat makan best kat Terengganu ni ye. Daaa!
Assalamualaikum & Hi semua!

Terasa seperti di Cameron Highland kat sini. Cuaca kat Kuala Terengganu hujan 2, 3 hari ni. Agak-agaknya musim tengkujuh dah nak mula kot ye. Sejuk je duduk dalam rumah dengan berselimut sambil tengok tv. Kalau si ibu ni mau tergendala semua kerja rumah. Hehe.

Bila musim hujan ni kan, perut cepat sungguh terasa lapar. Budak-budak ni lagilah. Kat rumah gee memang kena ada stok biskut, roti, susu, milo, nestum dan paling mesti ada adalah cereal!! Ada orang cakap, makan cereal ni tak elok. Eh betul ke? Gee bagi anak-anak makan cereal instead of bagi jajan ke, mee segera ke sebab rasanya bagi cereal jauh lagi banyak khasiat untuk anak-anak. Di tambah pula khasiat susu untuk makan bersama cereal tu kan lagi bertambah-tambah zat yang anak kita dapat.

Cereal kegemaran!
Untuk breakfast, anak-anak gee suka makan cereal. Kalau ibunya terbangun awal, bolehlah masak mee goreng ke untuk breakfast kan. Tapi kalau tak dapat sedia breakfast, hidang diaorang bijirin ni pun diaorang makan habis. Dalam masa yang sama diaorang minum susu bersama cereal tu. Senangkan kerja ibu nak bagi makanan berkhasiat untuk anak-anak?

Anak-anak suka makan yang milo & koko crunch perisa coklat. Sebenarnya, ibu diaorang ni pun join sekali makan sama. Haha.

Budak-budak ni kan selalu sangat lapar. Walaupun dah makan nasi pukul 2 petang, jap lagi belum pukul 4 petang dah bagitau lapar. Malam pun sama. Dah makan pukul 8 malam, nanti lepas balik mengaji ke, lepas buat kerja sekolah ke mesti lapar balik. Senang cerita cereal ni boleh jadikan makanan untuk minum petang dan juga minum malam.

Enjoying their cereal!
Walaupun gee ni housewife, tapi nak sediakan makanan untuk anak, gee suka pilih jalan yang mudah dan cepat serta berkhasiat. Kalau masak pun suka masak yang simple sebelum ada gangguan si kecil di dapur. Haha. Korang pulak macam mana?






Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab