Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021 | Halu!Wah dah lama Blog Sis Gee tak join mana-mana giveaway or contest dari geng rakan blogger. Pagi ni buka blog, ternampak ada GA simple dimple dari blogger otai Suria Amanda, terus rasa nak join! Hihi!

Korang nak join, boleh click je banner kat bawah ini okeh! Good luck semua yang join!



Richworks Taja Sepenuhnya Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya | Kalau perasan, sekarang makin ramai friendlist di media sosial sudah mula berjinak - jinak di dalam perniagaan online. Tidak kira bidang atau pengkhususan apa yang mereka tawarkan, bagi Gee sendiri, ia adalah pilihan yang bijak. Mungkin korang juga salah seorang dari pembaca blog Sis Gee ini. Gee ucapkan sejuta tahniah sebab korang dah mulakan mula mengorak langkah.


Semua orang boleh mula berniaga untuk tingkat ekonomi diri. Ada banyak peluang yang ada samada mahu menjadi dropship tanpa modal, mendaftarkan diri sebagai pengedar sesuatu produk atau menjadi usahawan produk sendiri. Namun, adakah korang membuat perancangan perniagaan yang betul? Adakah tindakan yang diambil berkesan?

RichWorks Lancar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 

Ramai terkesan dengan pandemic yang melanda dunia pada hari ini. Disebabkan itu, ramai yang mengambil peluang untuk bina bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. 


Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan. 
Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.
Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah.
katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga di sini, hari ini. 


RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. 

Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.
 

Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. 

“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian."

“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya. 


Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. 

"Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini." 

“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” ujarnya lagi.


Tentang Richworks International

Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 

Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. 
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 

Tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

Daftar Sekarang dan Serta Secara PERCUMA Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Semua hanya dihujung jari! Korang hanya perlu daftar sahaja kemudian team Richworks akan berikan link untuk access ke kelas secara virtual pada 23-25 April 2021 nanti. Apa yang lebih menariknya, korang boleh ajak bisnes partner, anak-anak team atau sesiapa sahaja untuk sertai program virtual secara percuma ini. 

Untuk daftar program ini, layari laman web www.binabisnesberjaya.com sekarang!

Untuk info lanjut :

Richworks International Sdn Bhd No. 77, 
Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13, 
40100 Shah Alam Selangor, 
MALAYSIA. 

Laman web : www.richworks.com
 Telefon : +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly 
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini) 
Emel : karini@richworks.com.my 
omkarini.rich@gmail.com 
azrin.richworks@gmail.com


Ketahui 12 bahan utama Phytax boleh mencegah penyakit kronik | Banyak faktor yang boleh mengakibatkan seseorang mengalami penyakit kronik seperti diabetes, masalah jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya. Kalau kita perasan, hari ini, mereka yang menghidapi penyakit kronik tidak mengira lapisan umur samada tua atau muda. 


Salah satu faktor pendedahan kepada penyakit kronik ini adalah sentiasa terdedah dengan pelbagai toksin dari sinar UV, radiasi telefon bimbit, toksin dan pencemaran. Tetapi semua ini sebenarnya dapat dineutralkan sendiri dengan penghasilan antioksidan dan enzim tertentu oleh badan manusia. 

Tetapi disebabkan gaya hidup dan pengambilan makanan yang terproses, kurang senaman, stres di tempat kerja dan tidur tidak cukup menyebabkan kerosakan (keradangan kronik) di dalam badan berlaku dengan lebih cepat. 

Terbaru, Penemuan FITONUTRISI Oleh Doktor Perubatan

Fitonutrisi atau khasiat dari tumbuhan sangat bermanfaat bagi memulihkan kerosakan dalaman, kaya dengan antioksidan dan kesan anti-radang dapat mencegah penyakit-penyakit kronik dan pelbagai masalah tubuh badan. Satu rahsia alam yang tak diterokai sepenuhnya, iaitu lebih 100,000 jenis fitonutrisi serata dunia yang mempunyai peranan dan fungsi unik tersendiri yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan manusia. 

Phytax, Sejuta Rahsia Fitonutrisi 

Phytax merupakan campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, Teh Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis. Revolusi terkini bagi sumber anti-oksidan daripada alam semula jadi dengan teknologi nano mampu memudahkan penyerapan dalaman. 


Lebih dari 20,000 kajian membuktikan kebaikan fitonutrisi dalam melindungi tubuh badan manusia. Ia memberi pencegahan dan penyembuhan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah jantung, masalah buah pinggang, mata dan kesihatan otak.


Jom kita lihat bagaimana setiap satu bahan fitonutrisi ini membantu melindungi tubuh badan manusia.

#1 Biji Anggur 


Mengandungi resveratrol yang kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex) berfaedah bagi mengatasi kesan radikal bebas dan bertindak merangsang telomerase bagi mencegah penuaan pra-matang dan meremajakan badan secara menyeluruh. 

Resveratrol juga memiliki keupayaan untuk merangsang gen anti-penuaan yang dinamakan ‘sirtuins’. Gen ini bukan sahaja melambatkan proses penuaan, malah ia memberi jarak masa yang amat diperlukan bagi pembaikpulihan kerosakan DNA agar replikasi sel akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Bahan aktif tersebut juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menggalakkan pertumbuhan kulit.

Biji anggur juga membantu melancarkan aliran darah. Satu kajian di Jepun mendapati, ekstrak biji anggur membantu mengurangkan bengkak kaki pada wanita sihat akibat duduk terlalu lama. Ia juga turut memberi kesan perlindungan jantung terutamanya bagi mereka yang menghidap tekanan darah tinggi. 

#2 Kulit manggis


Manggis (Garcinia mangostana) mempunyai hampir 40 jenis fitonutrisi yang berkhasiat bagi kesihatan. Xanthone, bahan utama dalam manggis memberikan kesan anti-radang dan antioksidan yang utama. Fitonutrisi di dalam manggis juga amat baik bagi menguatkan sistem imun badan, bertindak melawan sel kanser, mempamerkan kesan anti-bakteria dan anti-viral yang berkesan, bertindak mengatasi alahan, mengembangkan salur darah dan amat baik bagi kesihatan sistem kardiovaskular.

Bagi pesakit diabetes, kesan anti-radang yang kuat ini sudah tentu dapat meredakan keradangan kronik yang wujud akibat permasalahan gula dan insulin mereka yang tinggi. Manggis memiliki kesan merencatkan enzim Amylase yang menhadamkan kanji kepada gula. Kesan ini mampu mengurangkan penyerapan gula dari usus ke darah. 

Selain dari itu, bahan alfa-mangostin dan xanthone juga di dapati mampu mengatasi rintangan insulin dengan berkesan. Gabungan kesan-kesan ini bukan sahaja berpotensi mengawal paras gula, mengatasi komplikasi diabetes juga untuk menyokong usaha anda bagi membebaskan diri dari penyakit ini. 

#3 Kulit Pokok Kayu Pain


Sejak zaman dahulu, masyarakat di negara Eropah dan Amerika telah menggunakan ekstrak dari pokok kayu pain untuk penyembuhan dan kesihatan tubuh badan. Pycnogenol merupakan bahan unik dari kulit pokok pain mengandungi kombinasi komponen antioksidan dari procyanidins, bioflavonoids dan asid fenolik berfungsi untuk membersihkan badan dari radikal bebas dan juga memiliki kesan memanjangkan telomere. 

Ia dibukti selamat digunakan dari lebih dari 400 kajian klinikal dan terbitan saintifik. Ia juga menghalang pembekuan darah, dan melindungi sel-sel dengan menenangkan dinding arteri dan membolehkan aliran darah melaluinya dengan mudah. Ia juga menggalakkan penghasilan sel badan yang normal dan sihat serta memberi kesan anti-radang yang kuat sekaligus membantu mereka yang mempunyai masalah 3 serangkai.

Ekstrak kulit kayu pain digunakan untuk merawat pelbagai penyakit alahan, asma, masalah peredaran darah untuk mencegah strok dan penyakit jantung. Ia juga digunakan untuk melambatkan proses penuaan dan meningkatkan daya tahan tubuh. 

#4 Astaxanthin (Algae Hijau)


Alga ini mengandungi sejenis karotenoid (atau pigmen semulajadi) yang dinamakan sebagai astaxanthin. Ia merupakan antioksidan yang paling kuat di dunia dengan kuasa ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau kuasa melawan radikal bebas yang paling tinggi sekitar 28,222. Manakala ia berpotensi melebihi dari kuasa antioksidan Vitamin C sebanyak 6000x ganda. 

Ia selamat digunakan dan mempunyai kesan perlindungan dari radikal bebas serta stres oksidatif yang paling tinggi di samping turut mempunyai kuasa anti-radang yang hebat. Astaxanthin bersifat bipolar, larut lemak dan air. Ini membuatkan keupayaan astaxanthin melindungi badan dengan lebih menyeluruh, luar dan dalam sel. 

Astaxanthin juga merupakan antioksidan yang berupaya melindungi organ mata dan otak dengan lebih berkesan kerana keupayaan menembusi penghalang darah dan otak.

#5 Buah Delima 


Jus delima mengandungi kandungan antioksidan yang amat tinggi iaitu 3x ganda lebih tinggi dari wain merah dan teh hijau. Sebatian punicalagin memberikan 50% dari kesan antioksidan di dalam delima. Selain itu bahan seperti gallic, ellagic, oleanolic, uallic, asid ursolic serta polyphenol (anthocyanin dan tannin) memberikan kombinasi terbaik bagi mengatasi stres oksidatif.

Bukan itu saja, kajian menunjukkan pengambilan delima mampu meningkatkan penghasilan antioksidan semulajadi badan seperti glutathione sebanyak 141%. Terkini, delima turut mendapat liputan meluas sebagai buah yang amat berfaedah bagi pesakit diabetes. 

#6 Beri Biru 


Beri biru adalah salah satu ahli keluarga beri yang amat popular dan sedap rasanya. Ia kaya dengan Vitamin A dan C, zink, potassium, zat besi, kalsium, magnesium dan pelbagai fitonutrisi seperti flavonoids dan sebatian polifenol iaitu quercetin, kaempferol, myricetin, chlorogenic acid terutamanya anthocyanins yang memberi warna biru kepadanya. 

Kajian dari USDA Human Nutrition Center meletakkan beri biru di tangga pertama sebagai buah yang memiliki antioksidan tertinggi berbanding dengan 40 jenis buah dan sayuran yang lain. Beri biru didapati sangat baik dalam meningkatkan kesihatan mata.

Kajian makmal membuktikan dengan penambahan beri biru sebanyak 2% dari jumlah diet selama 90 hari, ia dapat mengurangkan lemak abdomen, menurunkan trigliserida dan kolestrol, mengawal paras gula dan merendahkan rintangan insulin. Ia juga dapat mempengaruhi aktiviti gen berkaitan pembakaran penyimpanan lemak yang memberikan kesan pelangsingan badan. Selain dari berfaedah kepada pesakit diabetes, beri biru juga baik bagi mengatasi kanser, meningkatkan kesihatan minda, mengurangkan keradangan dan penjagaan kesihatan kardiovaskular. 

#7 Acai Beri 


Acai beri ini didapati dari pohon Euterpe oleracea memiliki kuasa antioksidan yang tinggi (Nilai ORAC setinggi 18,400) dari bahan aktif anthocyanin dan flavone nya. Ia kaya dengan pelbagai jenis vitamin serta sejenis bahan anti-radang yang berpotensi tinggi dinamakan velutin. 

Kesan acai beri amat berfaedah mengatasi gejala stres oksidatif, bertindak sebagai anti-kanser, berupaya menstabilkan tahap kolesterol serta memberi perlindungan kepada kesihatan mental. Kandungan acai beri yang tinggi dengan antioksidan ini di dapati amat berfaedah bagi pesakit diabetes kerana keupayaannya menurunkan paras gula serta mengatasi gejala insulin tinggi dalam darah. Ia juga rendah indeks glisemik dan boleh membantu mengawal selera makan. 

#8 Ekstrak Teh Hijau 


Bahan aktif yang diekstrakkan dari teh hijau mempunyai kuasa perlindungan terhadap kesihatan telomere. Kajian yang dibentangkan dalam majalan British Journal of Nutrition menunjukkan ukuran panjang telomere bagi mereka yang gemarkan minuman teh hijau ini adalah 0.46 kilobases lebih panjang yang diumpamakan pelanjutan usia selama 5 tahun.

#9 Roselle 


Roselle adalah sejenis pohon yang sama spesis dengan bunga raya. Ia dikenali secara saintifik sebagai Hibiscus sabdariffa Linn. Ia sering diamalkan sebagai teh yang rendah kalori dan bebas kafein. Di samping mempamerkan kesan anti-radang yang berkesan dan kaya dengan Vitamin C, Roselle juga menunjukkan potensi bagi membantu mengawal tekanan darah tinggi dan paras kolesterol, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mencegah kanser, merawat masalah hati, meningkatkan metabolisma dan membantu pelangsingan badan secara semulajadi. 

Kesan positif terhadap sistem kardiovaskular amat membantu bagi mencegah komplikasi pada pesakit diabetes. Kajian telah menunjukkan Roselle amat berfaedah bagi pesakit diabetes secara langsung dengan mengawal paras gula dan mengatasi rintangan insulin. 

#10 Tomato


Tomato kaya dengan sejenis karotenoid bersifat antioksidan iaitu lycopene yang baik bagi mencegah kanser terutamanya kanser prostat. Ia memiliki pelbagai fitonutrisi berfaedah seperti Vitamin C, Vitamin E, karotenoid iaitu lycopene dan lutein yang memelihara kesihatan mata dan sistem imun dan flavonoid dan antioksidan. 

Pelbagai kajian dijalankan menunjukkan khasiat tomato bagi mengawal keradangan dengan menurunkan bahan keradangan seperti interleukin 8 dan TNF. Pengurangan keradangan ini berfaedah bagi membantu pesakit diabetes terutama apabila digabungkan dengan kesan antioksidannya dapat memelihara kesihatan kardiovaskular. 

#11 Kranberi 


Sejenis beri yang tidak kurang hebatnya dari beri biru ialah kranberi. Ia sering ditonjolkan bagi mencegah jangkitan kuman pada saluran air kencing kerana kandungan proanthocyanidin yang menyukarkan keupayaan bakteria untuk melekat di dinding sel.

Kranberi kaya dengan flavonoids dan polyphenols yang lain, masing-masing memiliki keupayaan anti radang yang kuat serta kesan anti kanser. Bagi pesakit diabetes, banyak kajian yang dilakukan menunjukkan kesan positif kranberi secara langsung bagi meningkatkan kepekaan insulin dan memperbaiki kawalan paras gula. 

Kesan positif lain termasuklah membantu kawalan tekanan darah, merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol baik HDL, mengatasi stres oksidasi serta menurunkan bahan keradangan (C reactive protein, homocycteine dan cytokine) yang semuanya amat berfaedah bagi kesihatan sistem kardiovaskular. 

#12 Durian belanda 
Durian belanda mempunyai potensi tinggi sebagai buah bersifat anti-kanser. Ia juga berfaedah bagi pelbagai penyakit lain seperti diabetes. Khasiat antioksidannya seperti tannins, saponins, phytosterols, flavonoids dan anthraquinones mempamerkan kesan mengawal paras gula dalam darah, menghalang enzim yang meningkatkan gula dalam darah dan merendahkan rintangan insulin. 

Kajian makmal menunjukkan durian belanda mampu menumbuhkan semula sel Beta pancreas, mengawal stres oksidasi terhadap sel hati serta menstabilkan paras kolesterol. Terdapat juga kajian etnografik yang menonjolkan durian belanda sebagai rawatan bagi mengawal diabetes dan tekanan darah tinggi di kawasan di Afrika, Kepulauan Caribbean (Trinidad & Tabago) dan Amerika Selatan. 

Jom Baca Testimoni : PN PAULIZAH MOHAMED ARSHAD (48, Royal Rendang Tok, Pasir Putih) 

KEBAS, PENAT SIKIT NAK TIDUR RASA KEBAS DAN PENAT BERPANJANGAN MUNGKIN PETANDA GEJALA KENCING MANIS 

Ramai menyangka bahawa rasa kebas dan penat berpanjangan hanyalah disebabkan terlalu banyak bekerja dan tak cukup rehat. Tetapi rupa-rupanya, ia adalah simptom kepada penyakit yang lebih teruk dan boleh membawa mudarat iaitu kencing manis. Kak Liza, seorang wanita yang masih dalam kategori muda tetapi berasa sangat pelik kerana mengalami kepenatan yang luar biasa. 


Di dalam usia 48 tahun, beliau tidak mampu membuat kerja rumah yang ringan. Keadaan penat dan letih beliau sama seperti orang tua berumur 90 tahun saja lagaknya. Hendak mengemas satu bilik saja akan mengambil masa 2 jam sehingga langsung tidak mampu menyiapkan kerja kerana sentiasa ingin terbaring saja di depan televisyen. 

Untuk solat pun Kak Liza menghadapi masalah tidak boleh rukuk serta sukar sangat untuk khusyuk. Kak Liza berasa sangat tertekan dan cemburu melihat orang lain boleh melaksanakan semua rukun solat dengan sempurna sedangkan beliau hanya mampu bersolat dengan duduk di bangku. Sebenarnya, sudah bertahun Kak Liza menanggung derita iaitu bermula daripada selepas melahirkan anak yang pertama. 

Kesannya pada kaki sebelah kanan dahulu. Beliau kerap sangat rasa kebas tangan dan kebas di hujung jari kaki yang berpanjangan. Pergerakan menjadi sangat terbatas dek menanggung sakit yang mencucuk di tapak kaki dan pergelangan tangan yang langsung tidak boleh memegang sesuatu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tidak selesanya menjalani kehidupan seharian. 


Setiap hari, anak-anak pula yang menjadi mangsa lambat ke sekolah. Bukan sebab anak yang lewat, tetapi sebaliknya emak mereka yang lambat bersiap hendak menghantar anak. Bersyukur sangat kerana anak-anak sangat prihatin dengan masalah emak mereka. Setiap kali Kak Liza mengadu sakit, pasti anak-anak akan membantu memicit dan menyapukan minyak di tempat yang sakit. Kak Liza bukannya tidak berusaha mendapatkan rawatan. Setiap kali berjumpa doktor, beliau hanya diberikan ubat tahan sakit. Naik jemu makan ubat tahan sakit setiap hari sedangkan kesakitannya masih lagi berterusan. Sakit beliau akan datang balik selepas 6 jam kesan tahan sakit tu hilang. 

Penat makan ubat, Kak Liza mencuba rawatan tradisional herba akar kayu pula. Namun, jantung beliau terasa berdegup laju dan berpeluh-peluh apabila makan akar kayu. Semakin teruk pula sakit yang dialami dan membuatkan Kak Liza menjadi semakin buntu. 

Suatu hari, seorang rakan mengesyorkan Kak Liza untuk mencuba Eskayvie Phytax. Tertarik dengan perkongsian tentang manfaat dan kebaikan Eskayvie Phytax, Kak Liza sanggup mencuba sebab ini adalah ikhtiar terakhir bagi mengatasi masalah yang dialaminya.
 

Selepas 2 minggu pengambilan Eskayvie Phytax, Kak Liza perasan ada perubahan yang ketara. Jika dahulu Kak Liza sangat cepat letih dan penat. Hendak bawa motor pun tidak boleh kerana tangan tidak kuat hendak memegang pemegang motor. Tetapi kini badan Kak Liza terasa sangat segar dan bertenaga. 

Kak Liza juga sudah boleh membawa motor dan tangannya tidak lagi berasa sakit seperti selalu. Kak Liza sangat bersyukur mendapat tenaga dan semangat baru sebegini. Beliau mulai seronok untuk bersenam berdasarkan saranan doktor. Kalau dulu, setiap kali kawan-kawan dan anak-anak ajak berjoging, pelbagai alasan diberi kerana terlalu penat dan berasa tidak sihat. 


Kini, Kak Liza bertekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Beliau tidak mahu lagi menanggung derita kebas dan sakit bisa badan yang dialami seperti sebelum ini. 

Di usia yang masih muda ini, beliau ingin terus menikmati kehidupan yang lebih bererti bersama keluarga. Jangan pandang remeh dengan kebas dan rasa penat yang berpanjangan. Ia adalah salah satu simptom kencing manis yang jika tidak dirawat serta dikawal secara proaktif, anda mungkin menghidap kencing manis dan berisiko kehilangan anggota kaki serta penyakit kritikal lain seperti buta dan komplikasi buah pinggang yang perlukan dialisis.

Boleh lihat video Kak Liza di sini : "DERITA KEBAS! Naik muak dah kena makan ubat.."

Kini Lebih Mudah Dengan Eskayvie Phytax Phytax!!

Adalah lebih mudah dan nyaman untuk mengamalkan bahan aktif yang telah diekstrakkan dari bahagian tersebut dalam bentuk suplemen. Korang tidak perlu berpenat lelah untuk dapatkan kesemua 12 ramuan bahan tadi.  Untuk mempermudahkan, suplemen yang terdiri dari pelbagai kombinasi bahan bahan di atas sudah tentu lebih mudah dan praktikal untuk diamalkan pada sukatan yang efektif secara berterusan. 

Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga  Eskayvie Phytax , boleh layari www.phytax.com.my . BONUS : Korang juga boleh mendapatkan konsultasi dan bimbingan secara PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis . Info lanjut mengenai program ini boleh layari www.kawalkencingmanis.com .


Untuk sebarang info Phytax, korang boleh tekan link pautan yang disediakan di bawan ini :

Laman Web Phytax : www.phytax.com.my
Laman Web Kawal Kencing Manis : kawalkencingmanis.com
Facebook : eskayviemalaysia
Instagram : @eskayviemalaysia











1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya : Edisi Khas Nak Ubah Hidup | Assalamualaikum & hi semua! Berita baik untuk dikongsikan dengan korang semua. Kalau korang follow rapat dengan Sis Gee di Instagram dan Facebook sudah pasti sedia maklum, Sis Gee antara mereka yang pernah sertai program beliau ini. 

Nak tahu perkhabaran apa yang mahu Gee sampaikan kali ini? Apa yang best adalah ia sangat berkait rapat dengan perjalanan norma baharu kita pada hari ini. Ada yang terpaksa mulakan bisnes disebabkan terpaksa dibuang kerja, ada yang menerima gaji yang lebih rendah dari sebelumnya, ada juga yang sedang berkecamuk emosi kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.

Masa berlalu dengan pantas, pejam celik saja sudah setahun lebih kita menjalani kehidupan norma baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia dengan ratusan ribu telah diberhentikan kerja seterusnya hilang punca pendapatan, ada juga dipotong elaun atau gaji, diarahkan untuk bercuti dan pelbagai situasi lain.

Kesusahan dihadapi sebahagian daripada rakyat ini memang benar contohnya kes yang tular di mana seorang suri rumah ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu. Ini hanyalah salah satu daripada kes yang di ketengahkan dan pastinya ada lagi yang berdepan dengan tekanan hidup ekoran pandemik ini.

Mereka ini juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama soal kesihatan mental yang boleh menjadikan kemurungan atau kegelisahan jika tidak dapat diuruskan dengan baik. Bahkan, satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Trend serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Isu kesihatan mental ini sebenarnya sangat penting yang mana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara. Jika dilihat pada 2018, isu kesihatan mental di tempat kerja dianggarkan menelan belanja RM14.46 bilion. Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu.

Pelawaan RichWorks Menerusi Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini.

RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana.

Buat pengetahuan anda, program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi.

RichWorks Lahirkan Ramai Jutawan Bumiputera

Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit.

Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan.

Daftar Sekarang : Nak Ubah Hidup 2021

Tidak kisah siapa pun korang, bisnes apa pun yang korang lakukan atau tahap mana pun bisnes korang. Apa yang lebih penting, korang NAK UBAH HIDUP dengan mempelajari ilmu serta pengalaman-pengalaman mereka yang sudah terbukti 'proven results' telah berjaya. Hanya 1 hari lagi korang berpeluang hadir ke Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup yang akan berlangsung paa Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

Korang boleh juga layari ke laman web www.BinaBisnesBerjaya.com untuk mendaftar sekarang!

Badan Lebih Sihat Bila Amalkan Bio-Life MaxX Fish Oil | Assalamualaikum & hi semua! Pada entry kali ini, Sis Gee nak kongsikan dengan korang salah satu suppliments best yang sangat membantu kesihatan Gee dan juga rumet. Rasanya, kami start consume Bio-Life suppliments ni bermula dari tahun lepas or 2 tahun lepas camtu. Kesan yang paling ketara pada rumet adalah bila beliau drive untuk satu jarak yang jauh, dia terasa badan lebih segar dan tidak mengantuk!

Walau seharian bekerja, kalau malam tu nak kena drive, badan elok je. So, kami fikir, memang baguslah untuk recommend pada orang yang sedang cari suppliments. Apa yang penting, Bio-Life memang trusted brand, dikenali dan juga tidak memberi kesan sampingan yang negatif. 

Apa Itu Fish Oil / Minyak Ikan?

Seringkali kita dengar orang perkatakan tentang kebaikan minyak ikan. Tapi, tahukah korang apa itu minyak ikan? Heeeee. Jom Gee share serba sedikit ya! Minyak ikan merupakan minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Menariknya adalah, minyak ikan ini mengandungi asid lemak omega-3 di mana ia dapat membantu merawat pelbagai masalah kesihatan dan juga penyakit. 

Sekiranya setiap hari korang tak dapat makan ikan yang segar untuk menikmati zat dan khasiatnya, maka, pengambilan suppliments minyak ikan ini akan dapat menampung keperluan badan korang dan memberikan zat yang sepatutnya korang dapat. 

Ya! Nak dapatkan ikan segar agak sukar sebab sibuk bekerja, tak sempat ke pasar dan juga tak cukup masa untuk memasak. Nah! Apa susah? Korang telan je Bio-Life MaxX Fish Oil ni, selesai masalah badan yang selalu penat, lenguh-lenguh badan dan kurang bertenaga itu. 

Bagaimana Bio-Life MaxX Fish Oil Membantu Untuk Dapatkan Badan Yang Lebih Sihat?


◉ EPA dan DHA merupakan asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Namun, ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Oleh yang demikian, EPA dan DHA ini boleh diperolehi daripada diet harian yang kita amalkan.

◉ Untuk pengetahuan korang, EPA dan DHA ini merupakan struktur penting dalam membran sel yang boleh membantu fungsi-fungsi badan seseorang. 

◉ Disebabkan itu, korang memerlukan Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ini kerana setiap kapsul membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3 yang berkonsentrasi tinggi, 360mg EPA dan 240mg DHA.

Apa Istimewa Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength EPA & DHA?

Sudah pasti korang nak tau kenapa Gee recommend sangat untuk korang consume suppliment Bio-Life MaxX Fish Oil ini kan? 

Setiap kapsul mengandungi :

→ Minyak ikan di dalam bentuk trigliserida yang membekalkan asid lemak omega-3 : 1000mg

→ Asid Eikosapentaenoik (EPA)                                                                                     : 360mg

→ Asid Dokosaheksaenik (DHA)                                                                                    : 240mg


Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength melalui proses penyulingan molekul bagi menyingkirkan hampir semua kotoran dan bahan cemar yang terdapat di dalam minyak ikan. Minyak ikan yang dipilih adalah berasaskan sumber daripada ikan bilis, iaitu salah satu ikan laut yang kecil tetapi kaya dengan asid lemak omega-3. Kekuatan kuasa dua digambarkan kerana suppliment ini mengandungi 2 kali omega-3 EPA dan juga DHA.

Amal Sekarang Dan Nikmati Kesan Yang Positif Pada Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Cara pengambilan kapsul Bio-Life MaxX Fish Oil ini sangat mudah kerana korang hanya perlu ambil 1 kapsul 2 kali sehari seperti disarankan. Pengambilan yang konsisten akan dapat dilihat pada perubahan tahap kesihatan korang nanti. Antara manfaat yang diperolehi adalah :

  • Membantu dapatkan kulit yang lebih lembab dan licin.
  • Membantu menurunkan berat badan kepada berat badan yang ideal.
  • Meningkatkan kesihatan tulang.
  • Menguatkan jantung.
  • Meningkatkan fungsi otak.
  • Baik untuk ibu hamil dan juga bayi di dalam kandungan ibu.
  • Membantu mengurangkan masalah asma.
  • Baik untuk kesihatan mata.
Boleh Dapatkan Sekarang Untuk Badan Yang Lebih Sihat!


Sis Gee dah buat stok 3 botol! Al maklumlah rumet pun consume sekali. Korang juga boleh dapatkannya sekarang, jangan tunggu lama-lama sebab memang terbukti keberkesanan fish oil Bio-Life ni tau! Nak walk in boleh terus ke farmasi yang berdekatan dengan korang. Heeee! Nak mudah, korang boleh beli dalam talian je, semua dihujung jari! Jimat masa dan tenaga!


Harga : RM190 ( 3 botol x 100 kapsul )

Atau korang boleh terus klik pautan yang Gee dah sediakan kat bawah ini :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab