Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review

Badan Lebih Sihat Bila Amalkan Bio-Life MaxX Fish Oil | Assalamualaikum & hi semua! Pada entry kali ini, Sis Gee nak kongsikan dengan korang salah satu suppliments best yang sangat membantu kesihatan Gee dan juga rumet. Rasanya, kami start consume Bio-Life suppliments ni bermula dari tahun lepas or 2 tahun lepas camtu. Kesan yang paling ketara pada rumet adalah bila beliau drive untuk satu jarak yang jauh, dia terasa badan lebih segar dan tidak mengantuk!

Walau seharian bekerja, kalau malam tu nak kena drive, badan elok je. So, kami fikir, memang baguslah untuk recommend pada orang yang sedang cari suppliments. Apa yang penting, Bio-Life memang trusted brand, dikenali dan juga tidak memberi kesan sampingan yang negatif. 

Apa Itu Fish Oil / Minyak Ikan?

Seringkali kita dengar orang perkatakan tentang kebaikan minyak ikan. Tapi, tahukah korang apa itu minyak ikan? Heeeee. Jom Gee share serba sedikit ya! Minyak ikan merupakan minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Menariknya adalah, minyak ikan ini mengandungi asid lemak omega-3 di mana ia dapat membantu merawat pelbagai masalah kesihatan dan juga penyakit. 

Sekiranya setiap hari korang tak dapat makan ikan yang segar untuk menikmati zat dan khasiatnya, maka, pengambilan suppliments minyak ikan ini akan dapat menampung keperluan badan korang dan memberikan zat yang sepatutnya korang dapat. 

Ya! Nak dapatkan ikan segar agak sukar sebab sibuk bekerja, tak sempat ke pasar dan juga tak cukup masa untuk memasak. Nah! Apa susah? Korang telan je Bio-Life MaxX Fish Oil ni, selesai masalah badan yang selalu penat, lenguh-lenguh badan dan kurang bertenaga itu. 

Bagaimana Bio-Life MaxX Fish Oil Membantu Untuk Dapatkan Badan Yang Lebih Sihat?


◉ EPA dan DHA merupakan asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Namun, ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Oleh yang demikian, EPA dan DHA ini boleh diperolehi daripada diet harian yang kita amalkan.

◉ Untuk pengetahuan korang, EPA dan DHA ini merupakan struktur penting dalam membran sel yang boleh membantu fungsi-fungsi badan seseorang. 

◉ Disebabkan itu, korang memerlukan Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ini kerana setiap kapsul membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3 yang berkonsentrasi tinggi, 360mg EPA dan 240mg DHA.

Apa Istimewa Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength EPA & DHA?

Sudah pasti korang nak tau kenapa Gee recommend sangat untuk korang consume suppliment Bio-Life MaxX Fish Oil ini kan? 

Setiap kapsul mengandungi :

→ Minyak ikan di dalam bentuk trigliserida yang membekalkan asid lemak omega-3 : 1000mg

→ Asid Eikosapentaenoik (EPA)                                                                                     : 360mg

→ Asid Dokosaheksaenik (DHA)                                                                                    : 240mg


Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength melalui proses penyulingan molekul bagi menyingkirkan hampir semua kotoran dan bahan cemar yang terdapat di dalam minyak ikan. Minyak ikan yang dipilih adalah berasaskan sumber daripada ikan bilis, iaitu salah satu ikan laut yang kecil tetapi kaya dengan asid lemak omega-3. Kekuatan kuasa dua digambarkan kerana suppliment ini mengandungi 2 kali omega-3 EPA dan juga DHA.

Amal Sekarang Dan Nikmati Kesan Yang Positif Pada Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Cara pengambilan kapsul Bio-Life MaxX Fish Oil ini sangat mudah kerana korang hanya perlu ambil 1 kapsul 2 kali sehari seperti disarankan. Pengambilan yang konsisten akan dapat dilihat pada perubahan tahap kesihatan korang nanti. Antara manfaat yang diperolehi adalah :

  • Membantu dapatkan kulit yang lebih lembab dan licin.
  • Membantu menurunkan berat badan kepada berat badan yang ideal.
  • Meningkatkan kesihatan tulang.
  • Menguatkan jantung.
  • Meningkatkan fungsi otak.
  • Baik untuk ibu hamil dan juga bayi di dalam kandungan ibu.
  • Membantu mengurangkan masalah asma.
  • Baik untuk kesihatan mata.
Boleh Dapatkan Sekarang Untuk Badan Yang Lebih Sihat!


Sis Gee dah buat stok 3 botol! Al maklumlah rumet pun consume sekali. Korang juga boleh dapatkannya sekarang, jangan tunggu lama-lama sebab memang terbukti keberkesanan fish oil Bio-Life ni tau! Nak walk in boleh terus ke farmasi yang berdekatan dengan korang. Heeee! Nak mudah, korang boleh beli dalam talian je, semua dihujung jari! Jimat masa dan tenaga!


Harga : RM190 ( 3 botol x 100 kapsul )

Atau korang boleh terus klik pautan yang Gee dah sediakan kat bawah ini :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE

The Haven All Suite Resort Ipoh | Pilihan Staycation Terbaik Untuk Keluarga | Excited dan tak sabar nak berkongsi destinasi percutian episod #sisgeejalanjalan December Trip. Ada yang dah nampak sharing di IG Stroy cuma Gee tak story mory details di IG Story. Yeah! Dan ramai juga yang bertanyakan info lanjut berkenaan The Haven ni sejak hari pertama Gee check in. Balik dari The Haven, tak tunggu lama terus nak siapkan entry ni bagi tatapan semua! Heeeee.


Percutian 3 Hari 2 Malam di The Haven All Suite Resort Ipoh

Sampai di Ipoh sedang elok timing untuk check in. Perjalanan dari Kuala Terengganu agak memenatkan dengan 6 ke 7 jam pemanduan santai - santai. Di pintu masuk utama, ternyata sekuriti di sini sangat ketat juga dan memberi persepsi tahap kawalan keselamatan di The Haven agak meyakinkan. Hanya kenderaan berdaftar sahaja dibenarkan masuk dan hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh melalui entrance dengan mudah. 

Sampai di lobby, urusan check in sangat mudah dan cepat! Memang semua tak sabar nak rest dan explore The Haven terutamanya anak - anak. Bertemakan minggu cuti Krismas, lobby juga dihiaskan dengan pokok krismas yang menarik perhatian anak - anak. 

2+1 Bedroom Lakeview Central Suite

The Haven menawarkan korang pilihan suite bermula dari suite untuk 2 orang sehinggalah untuk anda yang datang dalam jumlah yang besar. Suite Gee dan keluarga punya 3 bilik dan 3 bilik air. 

Bilik tidur utama punya satu bilik air beserta bath tub. Moment best bila dapat baring atas katil dengan view tasik, kelihatan tebing batu kapur serta pohon yang menghijau, memang sangat mendamaikan. 

Bilik tidur kedua juga punya view yang sama. Langsir diselak bagi memberi pemandangan yang cantik dan tenang dari bilik. Bilik ke dua juga punya bilik air di dalam bilik. Bagi Gee, ini sudah memberi lebih dari keselesaan sekiranya mahu menginap bersama ahli keluarga atau rakan travel yang lain.

Bilik tidur ketiga juga cukup selesa! Bilik air juga ada diluar bilik. Sememangnya pilihan terbaik untuk korang datang dengan ahli keluarga yang ramai. Malah, korang juga boleh request untuk dapatkan extra tilam.


Kemudahan Suite Serba Lengkap

Masuk sahaja suite kami, terus sahaja terasa tenang dengan susun atur perabot yang kemas dan ringkas! Ruang makan cukup selesa, ruang tamu dilengkapi dengan sofa dan televisyen pasti akan jadi port lepak kami anak beranak. Owh! dalam bilik tidur utama pun ada dilengkapi televisyen, so tak perlu berebut siaran ya!

Ruang dapur, agak luas juga. Siap dilengkapi dengan peti sejuk yang besar, mesin air Coway, microwave, dapur, dan juga perkakas kelengkapan yang lain. 

Ruang ampaian juga disediakan di satu ruang khas di dapur. Maka tiada masalah untuk sidai baju renang dan towel untuk satu family yang besar! Menarik bukan?

Free snacking!!!Dan free 1 kali restock setiap satu snack untuk percutian 3 hari 2 malam di The Haven! Dan paling awesome adalah, mesin kopi pada penggemar kopi! Gee juga restock capsule coffee secara percuma! Cuma perlu dial room service, semua akan tersedia! 

Buat kopi, terus ke balkoni suite. Wow!! Sangat mendamaikan dengan view tasik, nampak size kolam renang yang berbentuk kuda laut, pemandangan tebing batu kapur serta kehijauan alam semulajadi di sekeliling The Haven.

Staycation Sambil Beraktiviti di The Haven All Suite Resort

Bercerita tentang aktiviti yang boleh dilakukan di sini, boleh dikatakan the best place to go lah! Pada Gee dan keluarga, bercuti di Ipoh kali ini, kami memang tak nak explore tempat - tempat crowded, tak nak jalan jalan cari makan, tak nak beratur. tak nak risikokan diri di tempat yang sesak. Kami hanya nak quality times bersama anak - anak sambil reward diri. Hehe!

Tarikan utama pada anak - anak seharusnya kolam renang yang berbentuk kuda laut yang besar itu. Kolam renang The Haven punya 5 level yang berbeza mengikut kesesuaian peringkat umur dan keterujaan yang berbeza. Kolam dibuka sehingga ke 10 malam tau! Memang recommend juga layan view malam di The haven yang sangat tenang dan mendamaikan jiwa.

Kolam pertama : Boleh berjakuzi dan menikmati me time sambil menikmati pemandangan hijau yang indah. Kalau malam pula, lagi best dapat tengok bintang! 

Kolam kedua : Boleh bebas bermandi manda, cantik juga dapat bergambar di hujung kolam yang punya cermin lutsinar, ada air pancut juga bagi keseronokan pada anak - anak.

Kolam ketiga : Lap pool! Bolehlah acah - acah perenang negara berenang. Dan anak - anak terjun berkali - kali kat sini, tapi bagi anak yang belum boleh berenang kena standby pelampung dan pastikan sentiasa di bawah pengawasan ibu ayah ya.

Kolam keempat : Ada slide! Yeah! Mau tak seronok anak - anak dapat  naik slide! Kedalaman juga sesuai untuk kanak - kanak. Owh yea! Bapak - bapak pun join slide sama dengan alasan bawa anak, padahal diaorang yang teruja nak slide juga! 

Kolam kelima : Kids pool! Kolam ni lebih cetek berbanding kolam yang lain. Mak - mak boleh bersembang sambil layan anak - anak bermain di kolam ini. Hehe.

Morning walk di The Haven! Yes! Jangan lepaskan peluang untuk berjalan atau jogging di sekeliling Tasik The Haven. Kami buat morning walk pada hari kedua, selepas sarapan pagi. Anak - anak teruja nak explore flora dan fauna di sekeliling The Haven. Kalau berpeluang, boleh jumpa monyet juga tapi jangan bagi makan pula ya! Nanti sampai bilik, monyet tu ikut!Hihi.

Hilang penat anak - anak berjalan bila jumpa dengan Dinasour yang besar. Ya! Size Dinasour agak besar, dan memberikan keterujaan pada anak - anak untuk menyentuh dan bergambar bersama Dinasour seolah - olah dikejar Dinasour! Hahahah!

Di tepi tasik, kelihatan juga ikan - ikan yang ada di situ. Ada cebisan makanan boleh lah bagi makan, meriah tengok semua ikan - ikan sambar makanan yang diberikan. Tapi, keselamatan anak - anak harus diutamakan ya! Semua aktiviti mesti dilakukan di bawah pengawasan ibu ayah atau orang dewasa.

Seterusnya, nampak pula rumah arnab yang sangat comel. Tak kan mahu tengok sahaja! Anak - anak terus bagi arnab makan dengan makanan arnab yang telah disediakan. Terus si bongsu Aqil request nak bina rumah rabbit satu! Hahaha!

Dah berpeluh - peluh, boleh redakan sedikit penat di dalam Junior Playroom. Kat sini, ada banyak aktiviti yang anak - anak boleh buat! Ada mini library, ada games room, ada mini playgroud, boleh main karom, dam, dan banyak lagilah! Boleh lah mereka spend masa dalam Junior Playroom ni sejam dua. 

Hari ketiga kami di The Haven, kami manfaatkan aktiviti outdoor yang ada di The haven All Suite Resort. Rugi tak cuba aktiviti memanah di sini. Anak - anak pun boleh join tau! Siap ada sesi briefing lagi pada diaorang, supaya mereka boleh memanah dengan cara yang betul dan tidak membahayakan diri mereka dan orang lain. 

Amani nampak lebih berminat sebab dia dapat target markah yang bagus juga. Yeah! Bila ada minat, bolehlah cuba pupuk lagi nanti. Agaknya ikut jejak ayah dia, samalah naik syok nak try dan try lagi. Ibunya pula sekadar satu, dua kali saja cuba sebab berat kot nak pegang lelama! Hahahahhaha!

Bersebelahan archery, korang boleh buat aktiviti feeding pony. Mau tak seronok anak - anak kan? Disebabkan musim pandemic ni, diaorang tak buat pony ride. Tapi still okay sebab boleh bagi pony makan!

Akses ke gym secara percuma! Tak kan nak tengok saja! Kami sempat juga buat beberapa rutin kat gym The Haven. Yang bestnya, view memang terbaik tau dari dalam gym! Memang dapat release stress dan rehatkan minda. Kalau tak minat gym, korang boleh main ping pong, badminton, tenis, dan lagi aktiviti sukan yang lain. Amacam? Banyakkan? 

Owh ya! Datang bercuti nak reward diri kat spa pun boleh!!! Ada banyak juga pakej menarik di The Haven Spa. Sesekali manjakan diri di spa, sementara anak di Junior Playroom, macam best je kan?

Menikmati Sarapan Pagi dan Lunch di Cuisines

Setiap masakan di Cuisines The Haven ini tidak menggunakan sebarang MSG dan juga pewarna tiruan. Semua masakan adalah halal dan freshly prepared untuk semua tetamu The Haven. Gee dan keluarga sempat menikmati 2 kali sarapan pagi dan juga lunch di Cuisines.

Setiap kali sarapan, mesti ambil Ommelette ni siap minta extra cheese!
Menu sarapan hari kedua di The Haven

Menu sarapan pagi agak banyak pilihan ye. Makan pula ala buffet. Korang pasti tak akan bangun selagi perut tidak memboyot kekenyangan! Hahahaha! Antara menu sarapan pagi yang disediakan adalah menu tempatan nasi lemak, bubur, mee goreng dan juga menu ala barat iaitu pasta. Ada juga pilihan desserts, kuih muih, salad, serta hidangan sampingan yang lain. 

Kami sempat menikmati lunch di Cuisines selepas check out dari The Haven. Bila dah isi perut, tak perlu nak cari kedai lain kat luar, dan mungkin nak kena merempuh kesesakan orang ramai untuk lunch. Masih lagi memikirkan pandemic, kami membuat keputusan untuk lunch sahaja di Cuisines. Harga juga berbaloi untuk resort punya 5 bintang ini.

Menariknya, setiap portion adalah besar juga, boleh berkongsi dengan anak - anak. Anak - anak boleh makan dengan berselera, selesa dan yang paling kami suka penyediaan makanan adalah dari bahan yang segar. 

Owh ya! Menu - menu ni memang tak sama dengan menu yang kami makan sebelum ni ya! Tidak sama sekali dan hanya boleh dapat di The Haven sahaja! 

The Godfather

Singapore Laksa

Grilled Romesco Chicken

Haven Chicken Rice

Tabbouleh



Tonton Full Video di You Tube


Enjoy 20% Discount Untuk Kesayangan Semua!!

Part paling best!! Sis Gee nak belanja korang 20% discount special untuk followers Sis Gee sahaja! Starting January 2021, korang boleh guna code discount ini bila booking suite The Haven di website rasmi. 

P R O M O   C O D E : GEE2021

Highly recommended untuk korang nak bercuti tanpa perlu keluar hotel! Banyak aktiviti boleh explore di The Haven bersama yang tersayang. Bawa anak staycation untuk lebih dekat dengan nature, sesekali mesti best!! 

Website : www.thehavenresorts.com

Facebook : The Haven All Suite Resort, Ipoh

Instagram : @thehavenresorts


Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu | Ramai yang tidak tahu, Negeri Selangor juga sebuah negeri yang dekat dengan nature. Pada kebiasaannya, hakak sendiri sedia maklum kalau berjalan ke Selangor, sudah terbayangkan shopping mall! Malah, banyak juga tempat - tempat menarik di Selangor di salah anggap sebagai lokasi di Kuala Lumpur! Seperti lapangan terbang KLIA, dikatakan di Kuala Lumpur, tidak dihebohkan sebagai lokasi di Selangor. 


Oleh yang demikian, pihak Tourism Negeri Selangor, telah mengambil langkah dan rancangan untuk memperkenalkan balik Negeri Selangor di mata semua penduduk Malaysia. Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan satu promosi hebat bagi memberi 'branding' baru kepada negeri Selangor. 


Program Jelajah Promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam Memperkasa Sektor Pelancongan Domestik Pasca Pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia tanpa diduga telah memberikan impak kepada industri pelancongan Negara. Namun, pembukaan semula sektor pelancongan domestik sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seakan memberi sinar baharu kepada industri yang terjejas teruk ini.
 

Dalam menyemarakkan usaha proaktif ke arah penetapan semula industri pelancongan Negeri Selangor atau visi “reset tourism”, Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sedang giat menggerakkan sebuah Kempen Promosi Pelancongan Domestik; Pusing Selangor Dulu. Tourism Selangor mengorak langkah pasca pandemik Covid-19 dengan penganjuran Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Edisi ‘Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu’ ke Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 September 2020. 


Program ini disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri dari wakil daripada Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor. 

Program Jelajah Pesona Selangor ke Negeri Terengganu menerima kerjasama baik dari pihak MATTA Terengganu dan Tourism Terengganu. Program Jelajah ini turut menerima sokongan dari pihak MOTAC Terengganu dan Tourism Malaysia Wilayah Timur. Program Jelajah ini dimulakan dengan sesi Government-to-Government atau G2G sebelum diteruskan dengan sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor. 


Program pada hari tersebut turut menyaksikan penglibatan oleh 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon, Sunway Resort Hotel & Spa, Farm in the City, Chocolate Museum, GM Klang, Sky Mirror Tour & Travel, Persatuan Homestay Selangor, Selangor Fruit Valley dan JumpStreet Asia. Program Jelajah Pesona Selangor ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2020 di Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. 

Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik Covid-19. 


Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata : 
“Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada”. 
“Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”
Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn; Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan sebuah penambahan yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia. 

Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan. 


Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif.

Laman Web : www.selangor.travel

Facebook : TourismSelangor

Instagram : discoverselangor

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab