Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review

Jom Rancang Percutian ke Terengganu | Entry kali ni kena semangat lebih sikit sebabnya nak promote negeri sendiri. Haha! Ada lagi ke kawan - kawan yang belum sampai di tanah Terengganu? Sis Gee seronok juga kalau dapat bawa kawan - kawan jalan - jalan sini, makan sedap - sedap dan lepak - lepak di tempat menarik di Terengganu. Kalau datang roger je! Hihi.

Apa Sis Gee Paling Suka Tentang Terengganu

Ada orang kata orangnya, makanannya, dan juga budayanya. Tapi kalau korang tanya apa perkara paling utama yang paling aku sendiri suka Terengganu adalah pantai! Pantai kat Terengganu tak sama dengan pantai di Johor, di Langkawi atau di mana - mana. Sekali datang pasti jatuh cinta. Nak lagi best pantai kat Pulau di Terengganu! So far aku pernah sampai di Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. 

Pantai Pulau Kapas tu rasa dah lawa, tapi kat Perhentian lagi lawa gila! Kata orang kat Redang lagi cantik. Hurm since Sis Gee belum sampai Redang tak dapat nak review lagi. Haha! My wishlist untuk 2020, salah satunya adalah Pulau Redang. 

Selain pantai, semestinya banyak lagi best -  best kat Terengganu ni. Ada banyak local food yang semestinya membuatkan makan menjilat jari! Tempat lepak dan santai pun banyak kat Terengganu. So, memang sangat sesuai untuk datang dengan keluarga atau berdua berbulan madu atau berseorangan untuk mencari ketenangan. Tenang dan damai itu ada di sini.

Rancang Percutian Menarik Dengan Calendar of Events 2020 Terengganu

Memandangkan korang nak kena apply cuti dan anak - anak sekolah, apa kata rancang dulu percutian korang. Al maklumlah kalau datang Terengganu setakat 2 hari sahaja memang tak cukup nak enjoy! Hihi. Paling kurang 3 hari! Hahahaha!


Kat bawah ni ada kalendar event yang bakal berlangsung di Terengganu sepanjang tahun 2020 ini. So, kalau korang merancang nak ke Pulau, bulan yang terbaik adalah pada awal bulan April bersempena Karnival Candat Sotong 2020. Bulan September akan ada Terengganu Beach Carnival 2020 di Pantai Batu Buruk, so mesti banyak aktiviti pantai yang best - best nanti!


Korang boleh tengok video yang memberikan gambaran berkenaan event best di Terengganu sepanjang tahun ini. 


Datang Terengganu jangan lupa roger Sis Gee wokey! In syaa Allah kalau berkelapangan, boleh jumpa! 

#TourismTerengganu
#Terengganu
#VisitTerenggan2020

My First #ootd For 2020 | First of all, HAPPY NEW YEAR GUYS! Welcome 2020! Selamat Tahun Baru! Hamboi, ramai pulak yang penuhkan timeline facebook dengan video kereta terbang. Kah! Aku dulu tergolong juga di antara mereka yang melukis kereta terbang bila cikgu suruh lukis bertemakan wawasan 2020. Bukan kereta je terbang, keretapi, motosikal pun ada ikut laluan udara. Hampeh! 

Apa - apa pun, itu imaginasi kita. Tak perlu dah kita ungkitkan tentang apa yang jadi dan apa yang tidak menjadi. Yang lebih penting, siapa kita pada tahun 2020 ini? Lebih baik? Atau disebaliknya?

Princess Out Of Mood Sebab Tertinggal Kasut Kaca, Terpaksa Pakai Sepatu Adiknya. 😂

Aku belum rasa aku boleh dikategorikan seorang yang berjaya. Tapi aku bersyukur, boleh dikatakan semua wishlist 2019 aku dapat dipenuhi. Alhamdulillah. Dan untuk tahun 2020, aku akan tetapkan wishlist yang lebih besar. Well kita semua boleh membuat impian yang indah, merancang, mencuba. Selebihnya kita serahkan pada Dia. 

Eh! Dia punya intro! Tajuk entry lain! Haha! Okey, apa aku buat pada 1st January 2020? 

Tahun 2020, si abang Arsyad dah darjah 4, kakak Amani darjah 3 dan Ardini 6 tahun. Ketiga - tiga bersekolah di sekolah yang sama. Cuma si bongsu Aqil ada berkepit je ni haaa. Haha! Tahun depan its your turn Aqil!

1 Jan 2020, anak - anak dah mulakan sesi persekolahan. Alhamdulillah, tahun ni ada 2 pegawai berbaju biru. Abang dah senior pengawas, kakak baru je dilantik. Semoga anak - anak ibu dapat berkhidmat dengan baik di sekolah ye. 

Jalan - jalan Kenyir! Petang tu, rumet ajak pergi Tasik Kenyir atas urusan kerja beliau. Aku dan anak - anak excited mengikut! Dan maka terjadilah my first ootd untuk tahun 2020. Hahahaha! Tapi aku agak seram tengok paras air tasik yang melimpah tebing tasik. Serius! Dalam pada seram sempat juga ambil gambar.


Apa yang best kat Tasik Kenyir?

Dah lama juga tak pergi Tasik Kenyir. Tapi kalau korang just day trip sahaja boleh je sewa bot kat jeti Tasik Kenyir untuk round pulau - pulau di Tasik Kenyir. Ada banyak juga tarikan kat Tasik Kenyir cuma aku tak berkesempatan untuk explore. Lagi, kalau ada bajet lebih boleh juga sewa house boat untuk bermalam di Tasik Kenyir. Cuma, untuk ada anak kecil aku macam kurang recommendkan sebab pagar houseboat tu macam seram je untuk anak - anak kecil macam aku ni. Hahahaha!

Done for now! Thanks for reading. 

HAPPY NEW YEAR!! SEMOGA TAHUN BARU MEMBERI KITA SEMUA LEBIH REZEKI, LEBIH KEKAYAAN DAN KESIHATAN YANG LEBIH BAIK. AMIN.

❤ Sis Gee ❤



Pakej Perfume Jenama Sendiri Serendah 50 Unit Sahaja | Wow rendahnya minimum order untuk tempahan perfume jenama sendiri!!! Yesza ini bukan omong kosong ye kawan - kawan. Ini adalah peluang emas bagi korang yang sudah lama teringin nak ada produk jenama sendiri pada permulaan modal yang rendah. 


Sedia maklum kalau nak ada produk jenama sendiri, permulaan modal haruslah 5 angka tambah - tambah pula produk minyak wangi. Nak kena fikirkan modal minyak wangi, packaging botol lagi, kos design, minima order lagi yang mau mencecah ribu unit yang belum tentu lagi habis terjual dan banyak lagi kos yang perlu dikeluarkan. Jom tengok mana nak tempah perfume jenama sendiri serendah 50 unit sahaja ini. 

Esyamz Perfumes Tawarkan Pakej Perfume Jenama Sendiri Serendah 50 Unit Sahaja


Esyamz Perfumes merupakan salah satu rangkaian syarikat Esyamz Group Of Companies yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Terdapat pelbagai pakej dan pilihan minyak wangi untuk korang pilih. Malah, tempahan untuk goodies dan cenderamata juga diterima dengan Esyamz Perfumes.

Berikut antara pakej perfume jenama sendiri yang boleh korang pilih :




Boleh Pilih Botol dan Kotak Perfume Yang Eksklusif

Walaupun dengan permulaan modal yang rendah, namun korang tetap dapat memilih botol perfume yang eksklusif. Ada banyak pilihan botol perfume untuk isi kandungan minyak wangi 35ml dan 40ml. Korang pun boleh letak design jenama sendiri pada botol perfume jenama korang sendiri nanti. Untuk menampakkan lebih eksklusif, kotak perfume juga disertakan juga mengikut branding perfume korang. Amacam? 

Tempah Doorgift Perfumes Bajet Serendah RM1.80 Sahaja


Pasti nampak eksklusif goodies majlis korang nanti dengan tempahan doorgift perfumes daripada Esyamz Perfumes. Ada banyak juga pilihan perfumes 5ml sahaja untuk dijadikan doorgift atau cenderamata. Tempahan perfumes doorgift hanyalah 100 unit sahaja untuk minima order. Korang boleh pilih bau, botol dan packaging juga. Doorgift perfumes sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan, persaraan, jamuan akhir tahun, dinner korporat atau apa sahaja majlis. 

Berikut antara doorgift perfumes yang pernah dikeluarkan oleh Esyamz Perfumes :






Keistimewaan Tempahan Perfume Jenama Sendiri Dari Esyamz Perfumes

◈ Minimum order hanya 50 unit sahaja.
◈ Pilihan pakej yang ditawarkan sudah termasuk dengan packaging.
◈ Bau perfumes tahan sehingga 18 jam.
◈ Minyak wangi keluaran Esyamz Perfumes adalah sah untuk di bawa solat.
◈ Pakej lengkap bersama flyers dan bantuan pemasaran digital.
◈ Nikmati margin untung sehingga 200%

Bermula Langkah Jutawan Perfume Jenama Sendiri Sekarang!


Sis Gee pun terdetik nak kumpul modal ni! Sebab macam sangat rendah untuk modal permulaan. Kemudian, satu pakej tu semuanya dah termasuk! Best tu!! Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi Esyamz Perfumes pada pautan kat bawah ini.


ESYAMZ PERFUMES

WEBSITE  |  INSTAGRAM  |  013 638 9353



Jalan Jalan Kuala Lumpur : Ikea Damansara | Ikea dan aku berpisah tiada. Sebenarnya bukan aku je suka jalan-jalan kat Ikea ni, tapi memang semua family members suka buat site visit kat Ikea. Haha! Kadang-kadang bukanlah membeli sangat, kadang-kadang aku beli alas kaki je, dan kalau ada bajet lebih bolehlah belanja sikit beli apa yang perlu.


Seingat aku, pertama kali aku jejakkan kaki ke Ikea Damansara masa tu umur Arsyad belum cukup setahun. Tahun 2010 rasanya first time datang Ikea Damansara. Masa tu pinggang aku boleh lagi muat kebaya zaman muda remaja dulu. Hahahahahaa! Sekarang pun muat je nak pakai kebaya, cuma size kena kasi kembang sket la. Kahkahkah!


Kenapa aku suka Ikea? Dulu, aku paling suka kek daim dia. Sedap gila! Tapi sekarang dah takde kan kek daim tu? Selain kek daim, macam biasalah meatball. Pastu aku suka design perabot dan semua kelengkapan yang Ikea jual. Ada juga membeli serba sedikit untuk rumah cuma bila tinggal kat rumah sewa ni bab membeli dan mendeko agak terbatas. Huhu.


December Trip merupakan trip bersama Sis Gee Familia ke Kuala Lumpur. Aku stay di KL lebih kurang 2 minggu menghabiskan sisa - sisa cuti sekolah. Haha! Tapi rumet dan families aku yang lain dari Ganu stay 3 hari je sebab masing-masing bekerja so takleh nak stay lama.


First weekend aku di KL, haruslah mengikut kaki dan keinginan bonde. Hihi. Yes bondeku suka juga jenjalan dan makan-makan di Ikea. Silap-silap troley dia lagi penuh dari troley kami. Tapi memang betul pun trip Ikea kali ni! Dan baru aku perasan takde pun gambar proper bonde sempat aku snap. Nampak nau bonde busy shopping kannn. Hehe.


Sedikit tips untuk korang yang first time datang Ikea untuk shopping. Aku rasa kalau memang niat hati nak shopping baik scroll online katelog Ikea dulu. Sebab barang dalam store memang banyak gila! Taknak la nanti dah terbeli, pastu ternampak yang lain dah termenyesal pula. Kalau setakat barang belas-belas ringgit okey lagi, kalau barang ratusan ringgit baik pilih dan go tru web dulu.


Kalau korang style suka mendeko dan mencari idea deko cantik dengan menggunakan produk Ikea, bolehlah korang spend masa untuk berjalan di ruang pameran Ikea. Memang ada banyak gila kot design ikut citarasa dan tema yang berbeza.


Aku kurang gemar berjalan kat area pameran ni sebab rasa macam buang masa. Hahahhahahha! Al maklumlah sis anak ramai, habis semua ruang diaorang nak duduk, baring, meniarap! Haha!


Kalau ikut style Sis Gee yang sejenis membeli sambil cuci mata boleh terus ke floor jualan barang. Sambil berjalan, ada yang berkenan terus ambil. Hehe! Pilihan yang ada terlalu banyak!! Terlalu banyak!! Siap repeat tu! Hihi. So, sambil berjalan tu, sambil berzikir agar dapat control bajet. Hahahah!


Sekarang Ikea dah ada 4 store kat Malaysia iaitu Ikea Damansara, Ikea Cheras, Ikea Tebrau di Johor dan Ikea Batu Kawan di Penang. So, korang suka jalan - jalan Ikea tak?

#sisgeejalanjalan
#sisgeefamilia
#IkeaDamansara
Pengalaman Si Sulong Arsyad Berkhatan | Alhamdulillah. 3 Dec 2019, Selasa, permata sulong dah selamat berkhatan di Klinik Famili, Kuala Terengganu.

Memang ada bersembang dengan rumet untuk sunatkan Arsyad lepas balik daripada public transport trip November yang lepas. Cuma, sekadar bersembang je la tanpa buat sebarang carian klinik atau survey. Haha!

Selepas Kejadian..Menunggu Ubat..
Sebenarnya, pekerjaan rumet sekarang banyak kena travel. Kerja projek, macam nilah. Bini dah hadam lama dah. Ada time busy, cuti raya pun semput! Haha! Kebetulan awal cuti sekolah, rumet kena gi meeting kat Kota Bharu. So berbelah bahagi juga kalau booking date untuk Arsyad berkhatan  sebabngnya kang bapaknya pulak takde. Ibu is luluh jiwa untuk handle bab bersunat nih! Hahahahaha!

So, kami biarkan dahulu rumet setelkan urusan di Kota Bharu, baru call klinik untuk booking. 

Buat Sedikit Research Dan Carian Klinik Terbaik Tapi Mampu Bayar

Dari Arsyad kecik, aku dah sound kat rumet, nanti sunat guna je kaedah paling cepat baik sebab I is tak sanggup! Haha! Bila tiba masanya, sukar juga untuk membuat keputusan klinik mana, teknik & kaedah sunat apa, laser tu macam mana, gunting macam mana pulak?

So, dengan bantuan google, aku buatlah sedikit research secara kasar. First, aku nak tahu harga. Kemudian klinik mana yang tawarkan servis perubatan untuk berkhatan. Aku memang tak sempat nak round dari satu klinik ke satu klinik. Pilihan yang ada adalah carian online sahaja dan bantuan pengalaman rakan-rakan yang dah selamat sunatkan anak mereka.

Secara kasar aku dapat tahu kaedah sunat sekarang dah dimodenkan dengan teknik laser. Tapi sebenarnya bukanlah laser, tu hanya panggilan bahasa mudah sahaja. Sebenarnya, kaedah ni doktor guna satu alat besi, kemudian dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk proses berkhatan. 

Ada juga kaedah smart clamp. Korang boleh google untuk lebih info. Tapi yang aku baca teknik smart clamp lagi berisiko. Apa - apa pun, depends pada parents nak pilih yang mana. Nak faham lebih jelas, korang google je, ada banyak info tersedia. Hihi.

Berkhatan RM150 Sahaja di Klinik Famili Kuala Terengganu

Bila bertanya pada rakan-rakan, ada beberapa yang cadangkan 2 klinik ini iaitu Klinik Famili atau Klinik Ar Rijal. Cuma bila bandingkan harga, kami memilih Klinik Famili sebab hanya RM150 termasuk kos berkhatan, ubat-ubatan, rawatan susulan selepas 3 hari dan juga siap dapat free gift untuk si hero. Hehe. 
Mulanya nak date 1 Dec tapi penuh pula. So dapat 3 Dec 2019, Selasa, jam 8 malam. Bagus juga buat malam sebab bila balik rumah tinggal nak tidur je kan. Hehe. 

Sepanjang perjalanan sehingga menunggu turn, cool je Arsyad sambil main games kat phone. Mungkin dia pun dah tahu sudah tiba masanya untuk dia berkhatan. So, pasrah jelah. Haha! Bila tiba giliran, aku tak dapat masuk sebab Aqil ada sekali. So ayah dan anak je masuk. 


Nerbes dan luluhnya rasa hati seorang ibu bila dengar jeritan anak. Ye! Aku dengar Arsyad menjerit aduh aduh aduh. Aish gabra aku kat luar. Cepat-cepat peluk Aqil untuk hilangkan rasa nerbes. Haha!

Tak lama lepas tu, semua sunyi sepi. Aish! Suspen juga! Mulut dah terkumat kamit baca doa. Mintak dipermudahkan untuk Arsyad. Hehe. 


Dalam 30 minit kot, pastu keluar si abang yang dah selamat di sunatkan. Haha! Nampak lebih matang! Hahahaha! Rupa-rupanya sakit dia menjerit tu disebabkan sakit nak cucuk ubat bius. Hahahaha! 

Alhamdulillah semua dah selesai. Harini dah hari ke lima. Dari hari pertama, memang ayahnya yang handle semua. Ibu tolong sediakan ubat minum je. Hehe. Mandi, sapu ubat semua ayahnya buatkan. Ibu tak kuat! Haha!

Semalam ke klinik untuk follow up doktor. Alhamdulillah semua okey. Kena teruskan berpantang sampai luka jahitan sembuh. 


Dear Arsyad, ibu bangga dengan abang hari ni. Ibu sangka ibu muda, zaman remaja lagi. Sekali ibu dah ada anak bujang! Haha! (ibu sila sedar diri!) hahahahaa! Semoga ni menjadi titik permulaan abang menjadi umat yang berguna pada agama. Semoga abang membesar dengan sihat, dengan akal fikiran yang bijak. Jangan lupa besar nanti bawak ibu gi holiday! Hahahahahaha!

Done for now. Sesekali berkongsi kisah personal di blog. Boleh buat tatapan anak-anak bila diaorang dah besar nanti! Korang ada pengalaman anak berkhatan? Boleh kongsikan di ruangan komen supaya dapat menjadi info & tips untuk parents yang lai juga! ❤

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab