Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Amal Pynocare Mampu Rawat Pigmentasi Dengan Selamat dan Berkesan | Pigmentasi? Apa tu? Pigmentasi ni antara masalah kulit yang semua wanita bahkan lelaki juga ingin dielakkan sekiranya boleh. Haha! Well, siapa nak nampak tua dari usia bukan? Tambah pula zaman sosial media, selfie dan wefie! Kalau reunion bersama rakan sekolah, pasti semua mahu kelihatan muda. Kalau kita sorang nampak berusia, pasti rasa tak selesa sepanjang perjumpaan dengan kawan lama.


So entry kalini aku nak kongsi sedikit fakta tentang pigmentasi. Umum semua ketahui, nak nampak awet muda, nak kena selalu makan ulam ulaman, amalkan gaya hidup yang sihat serta lakukan senaman ringan setiap hari. Semua itu adalah benar belaka okey! Aku sendiri sejak nak masuk usia pertengahan 30an ini, baru nak berjinak - jinak dengan amalan gaya hidup yang sihat. Better now than never. Hahaha!

Bagaimana Pigmentasi Terjadi Pada Luaran Kulit?

Pigmentasi ni akan memberi kesan pada kulit kita samada keluar bintik - bintik hitam, jeragat. garis - garis halus, kulit mudah kusam atau tona kulit yang tidak sekata. Ia terjadi apabila bahagian kulit kita terdedah kepada sinaran matahari tanpa pemakaian pelindung matahari yang sepatutnya.


Kita dapat merawat pigmentasi ini namun ia bukan mengambil tempoh masa yang pendek. Kaedah rawatan akan mengurangkan size pigmentasi serta menghalang pigmentasi berlaku lagi pada kulit. Apabila pigmentasi ini boleh terjadi secara berulang - ulang, maka kaedah rawatan perlu diambil secara konsisten. Andai selepas rawatan, satu hari kulit didedahkan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan, ia akan merosakkan kembali kulit yang telah dirawat.


Pigmentasi ini juga boleh disebabkan oleh gaya hidup seseorang dan juga persekitaran sekeliling. Gaya hidup merangkumi cara pemakanan yang betul serta mengamalkan senaman ringkas setiap hari. Faktor persekitaran pula datang dari udara dan juga habuk debu sekeliling. Haaa...so sekarang dah boleh tahu antara punca - punca kenapa wajah tampak tua dari usia bukan?

Adakah Boleh Pigmentasi Ini Dirawat?

Walau apa kaedah rawatan setiap jenis masalah kulit, penyakit dan kesihatan semestinya memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Apa yang lebih penting adalah kita perlu memilih kombinasi supplement yang betul kesihatan dalaman dan juga pengalaman penggunaan penjagaan wajah yang selamat. Penjagaan dalaman dan luaran yang betul akan membantu mengawal kelebihan pengeluaran melanin dan juga mempercepatkan proses pembaharuan kulit.

Pynocare : Rawatan Pigmentasi Secara Oral Semulajadi Pertama di Pasaran



Memperkenalkan Pynocare iaitu kaedah rawatan secara oral semulajadi pertama di pasaran yang selamat dan berkesan untuk masalah pigmentasi. Pynocare mampu melambatkan proses penuaan secara semulajadi yang disebabkan sifat - sifat antioksidan yang kuat. Korang jangan risau kerana Pynocare ini sangat selamat di amalkan.

Pynocare ini merupakan alternatif untuk merawat pigmentasi secara semulajadi dari dalam. Ia sesuai untuk semua jenis kulit bahkan orang lelaki pun boleh amalkan. Dengan adanya Pynocare, korang dah tak perlu sapu losyen atau sebarang krim anti penuaan.

Formulasi Pynocare Telah Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan di Banyak Negara

Pynocare merupakan produk selamat digunakan kerana telah menjalani ujian klinikal di Institut SpinControl Perancis dan juga HUKM Malaysia. Dalam ujikaji dan penyelidikan yang dijalankan, Pynocare adalah selamat dan terbukti keberkesanannya. Oleh yang demikian, Pynocare merupakan produk yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan di banyak negara termasuklah Malaysia!




Pynocare ini di datangkan di dalam bentuk MSCC Complex Actisome iaitu satu formulasi yang menggabungkan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan juga ekstrak rumpai laut. Formulasi ini menjadikan sumber antioksidan sangat kuat dengan sifat anti radang yang kuat 50 kali lebih daripada vitamin C dan E. 



Formulasi Pynocare ini terbukti berkesan terhadap pigmentasi apabila ujian klinikal telah pun dijalankan kepada wanita Asia. Malah ia dapat mengurangkan size kawasan pigmentasi tanpa memberi kesan sampingan yang buruk.

Amalkan Pynocare Secara Konsisten Setiap Hari

Setiap pengalaman supplements atau produk apa sekalipun, keberkesanannya adalah bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Cara penggunaan : Makan 1 kapsul 2 kali sehari. Korang akan nampak kesan setelah 8 minggu pengamalan Pynocare. Memandangkan Pynocare adalah produk natural, so semua proses tidaklah terlalu cepat seperti diharapkan. Kalau proses cepat, kesan jangka panjang yang buruk, takot juga kan?


Selepas beberapa bulan korang amal Pynocare, permukaan pigmentasi (epidermis) akan bertindak balas dengan lebih baik. Pada ketika ini juga pigmentasi di bahagian dalam kulit (dermal) akan mula berkurangan.

Sebab itu pengamalan Pynocare secara konsisten dan disiplin akan membantu melambatkan proses penuaan serta merawat pigmentasi sedia ada di kawasan kulit.

Jom Rawat Pigmentasi Dengan Pynocare!!



Nak muda dengan selamat tak? Jom amalkan Pynocare ni! 1 kotak ada 50 kapsul Pynocare. Owh lagi satu! Makan Pynocare selepas korang makan okey! Kalau pagi selepas sarapan pagi dan malam selepas makan malam. Kalau korang nak cuba, korang boleh dapatkan Pynocare di semua farmasi terkemuka seluruh Malaysia atau boleh juga dapatkan secara online di :

Lazada : http://biolife.2.vu/Lazada-Pynocare

CARiNG : http://biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare

Watsons : http://biolife.2.vu/Watsons-Pynocare

#biolifemalaysia
#MegaBIOLIFE
#pynocare
#reviewbysisgeedotcom


Kunjungan ke Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan | Oktober trip yang lepas, aku dan keluarga sempat juga berkunjung ke Rumah Ronald McDonald di Hospital USM di Kubang Kerian. Sebenarnya, dah lama aku teringin untuk melihat sendiri setelah rumah tersebut siap sepenuhnya dan dirasmikan pada bulan Ogos yang lepas oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.


Rumah Ronald McDonald di HUSM ini merupakan Rumah Ronald McDonald ke dua di Malaysia selepas Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini, maka ia dapat memenuhi keperluan keluarga pesakit yang datang dari luar Kota Bharu.

Kos Penginapan Hanya RM5 Untuk Satu Malam 

Rumah Ronald McDonald ini merupakan program utama Ronald McDonald House Charities (RMHC) di mana misi utama penubuhannya adalah untuk membantu kanak - kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik dalam 3 kategori utama iaitu kesihatan, pendidikan dan juga kebajikan. 


Kos penginapan bagi keluarga pesakit di Rumah Ronald McDonald ini hanya RM5 untuk satu malam. Dengan harga penginapan yang murah, ia dapat membantu keluarga pesakit sentiasa berada dekat dengan pesakit yang sentiasa memerlukan sokongan emosi dari keluarga. 


Sebelumnya, keluarga pesakit perlu menumpang di rumah saudara, berulang alik dari rumah, dan juga menyewa rumah tumpangan atau hotel yang semestinya menelan kos yang besar. Kini, dengan adanya Rumah Ronald McDonald, mereka dapat meluangkan lebih masa bersama anak - anak yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit di Hospital Universiti Sains Malaysia ini.

Kemudahan Penginapan di Rumah Ronald McDonald HUSM

Dengan harga yang murah, keluarga yang menginap di sini boleh dikatakan seperti tidur di rumah sendiri. Rumah Ronald McDonald menyediakan kemudahan penginapan yang serba lengkap di dalam kawasan hospital untuk keluarga pesakit kanak - kanak yang sedang menjalani rawatan di HUSM. 

Berikut merupakan antara fasiliti yang disediakan di Rumah Ronald McDonald HUSM :

◈ Bilik Tidur (18 unit)



◈ Ruang Tamu

◈ Dapur


◈ Ruang Makan


◈ Bilik Dobi


◈ Bilik Mainan


◈ Taman Permainan


◈ Bilik Sensori Ronald McDonald





Ketahui Syarat Untuk Memohon Penginapan di Rumah Ronald McDonald HUSM

◈ Umur pesakit tidak melebihi 18 tahun.
◈ Hanya ibubapa atau penjaga yang sah layak memohon.
◈ Keutamaan diberikan kepada keluarga yang datang dari luar Kota Bharu.

Rumah Ronald McDonald Menjadi Tempat Sokongan Keluarga Pesakit

Bukan senang untuk berada di tempat keluarga pesakit terutamanya ibu atau bapa kanak - kanak ini. Melihat mereka yang kuat dan tabah sudah terasa beban dibahu kita apatah lagi mereka yang menanggung.


Aku sempat juga bersembang dengan salah satu keluarga yang menginap di Rumah Ronald McDonald ini. Mendengar si ibu bercerita, aku terasa sebak dan menangis dalam diam. Ya Allah betapa tabahnya ibu ini. 


Beliau berkongsi tentang penyakit anaknya yang berumur 2 tahun. Sebelum ini anak ini mengalami demam yang lama, kemudian setelah pelbagai cara dan jalan ikhtiar dilakukan, kini anak mereka menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia untuk jalan ikhtiar terakhir. 

Terlalu banyak terma yang disebut oleh si ibu sehinggakan aku merasakan seperti bercakap dengan seorang doktor. Walhal si ibu hanyalah surirumah tangga sahaja. Namun, disebabkan keadaan anak mereka sekarang membuatkan mereka suami isteri perlu membuat kajian juga untuk lebih memahami penyakit anak mereka.


Si ibu meluahkan rasa bersyukur dapat menginap di Rumah Ronald McDonald HUSM ini. Terkadang beliau merasa sangat lemah dan berputus asa, namun apabila berjumpa dengan keluarga lain yang menginap di sini, ia memberi suntikan semangat yang baru untuk terus kuat demi anak kecil yang tersayang. 

Aku speechless dan dalam masa yang sama aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan ibu ayah yang hebat ini. Banyak juga aku pelajari tentang nikmat kesyukuran itu.


Sumbangan Anda Sentiasa DiPerlukan di Rumah Ronald McDonald

Rumah Ronald McDonald yang direalisasikan ini datangnya daripada sumbangan RMHC Malaysia, McDonald's Malaysia, rakan - rakan niaga, serta pelanggan - pelanggan McDonald's yang menyumbang melalui tabung RMHC di kaunter Restoran McDonald's seluruh negara.


Untuk korang yang berminat untuk menyumbang secara peribadi pun boleh juga. Sumbangan boleh di dalam bentuk apa sahaja seperti berupa barangan, duit tunai, makanan atau apa sahaja. Untuk sumbangan atau pertanyaan lanjut berkenaan Rumah Ronald McDonald HUSM ini korang boleh terus hubungi Puan Wahida Harun 016 921 1327 (Pengurus Rumah Ronald McDonald di Hospital USM).

Nikmati Hadiah Birthday Dari Travel Buddy di Jewels Hotel Kota Bharu | Korang yang tahu dan ingat bulan kelahiran Sis Gee jangan terkejut pula. Ye lah, bulan kelahiran aku adalah Ogos, dah kenapa lepas beberapa bulan dapat hadiah lagik? Hahaha! Itu namanya rezeki dong! Kahkahkah!


Sebenarnya, ni semua hadiah pemberian daripada travel buddy Mek Yunie. Dia yang teringin nak belanja free stay hotel untuk aku dan family. Bila aku beritahu yang teringin nak jalan-jalan Kelantan bulan Oktober, so dia tawarkan aku hadiah untuk aku menginap di Jewels Hotel Kota Bharu. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Mek dan keluarga. 


Perancangan ke Kota Bharu boleh dikatakan last minute juga. Kebetulan dapat tahu cuti perayaan Deepavali untuk budak sekolah adalah selama 5 hari iaitu Jumaat hingga Selasa. Kemudian, berkebetulan pula ada job review di Kelantan, sebab itu Mek Yunie tawarkan aku hadiah menginap di sini. So, semestinya aku akan buat perkongsian di blog tempat penginapan aku dan keluarga selama berkampung di Kota Bharu Oktober yang lepas. Manalah tahu bermanfaat untuk korang yang ingin merancang percutian ke Kelantan nanti.

Ketahui 9 Daya Tarikan Menginap di Jewels Hotel Kota Bharu

#1 Lokasi Jewels Hotel di Tengah Bandar Kota Bharu

Sampainya kami di Jewels Hotel, ada 2 buah bas yang membawa rombongan dari negeri luar Kelantan. Aku agak terperanjat sebegitu ramai untuk menginap di Jewels Hotel, pastinya Jewels Hotel bukanlah hotel yang biasa-biasa. Kalau korang check harga bilik standard di Jewels Hotel pun boleh tahan juga dalam lingkungan RM 100 hingga RM150 semalaman. 


Bila diberitahu oleh Mek Yunie, lokasi Jewels Hotel adalah di tengah - tengah bandar Kota Bharu, baru aku faham kenapa begitu ramai suka menginap di sini. Lokasi Jewels Hotel sangat strategik untuk korang yang nak explore Kota Bharu. Korang akan jimat banyak masa, tenaga dan kos juga untuk ke satu tempat yang berlainan pada hari yang sama. 

#2 Pakej Bilik Termasuk Sarapan

Untuk bilik Superior King yang Gee menginap, breakfast adalah percuma untuk 2 orang dewasa. Manakala kanak - kanak berumur 5 tahun dan ke bawah adalah percuma. Semestinya, hidangan breakfast merupakan juadah tradisi Kelantan iaitu nasi kerabu. Yang bestnya, nasi kerabu ni kita boleh adjust sendiri untuk letak bahan - bahannya seperti ulam-ulaman, kerabu dan sambal. 



Ada lagi pilihan menu yang lain seperti bihun goreng, ayam goreng, kentang goreng, cereals, kuih muih, roti bakar dan buah-buahan. 

#3 Kemudahan Bilik Lengkap


Bila menginap di hotel, semestinya kemudahan bilik menjadi satu perkara yang paling diutamakan. Menginap di bilik Superior King Jewels Hotel ini selesa juga. Ruangan bilik pun luas untuk 2 extra bed memandangkan anak - anak i ramai. Haha! 


Bilik aku ada kemudahan telefon, sejadah, water heater, kettle, televisyen ( Astro channel ), free wifi dan juga towels. Kemudahan iron ada juga disediakan di luar bilik. Keadaan bilik dan tandas juga bersih, so memang selesa nak bermalam kat sini bersama keluarga.

#4 Pusat Fitness Percuma Untuk Tetamu Hotel


Benda free dah ada kenapa nak bayar? Hahaha! Alang - alang dapat free access ke gym, mestilah guna peluang yang ada. Selepas breakfast, aku & rumet gunakan 30 minit waktu bersama di gym. Anak - anak kami biarkan berehat di bilik saja. Hehe. Seronok juga sesekali berdua dengan incik suami sambil menikmati kemudahan pusat fitness hotel dengan percuma. Hehe.

#5 Mempunyai 3 Dewan Serbaguna Untuk Pelbagai Acara



Kalau korang berhajat nak mengadakan sebarang seminar, majlis, jamuan atau acara yang melibatkan bilangan orang yang ramai, korang boleh sewa dewan yang ada di Jewels Hotel. Boleh ambil terus pakej makanan di sini. Untuk yang nak bermalam pun boleh juga! 

#6 Suasa Restaurant Tawarkan 6 Menu Utama Untuk Makan Tengahari


Suasa Restaurant di Jewels Hotel menawarkan 6 pilihan main course untuk hidangan makan tengahari. Harga setiap main course adalah RM18 sahaja. Untuk jimatkan waktu dan tenaga, kami sempat lunch bersama di Suasa Restaurant selepas check out hotel. Aku memilih Oxtail Asam Pedas, rumet semestinya menu kegemaran Spaghetti Lamb dan anak - anak pula Chicken Chop.


Oxtail Asam Pedas adalah ekor lembu yang dimasak asam pedas. Memang terangkat wei! Terasa kepedasan dan dalam masa yang sama rasa masam dan manis kuahnya seiring dengan rasa pedas kuah yang agak pekat. Rasa nak hirup kuahnya walaupun pedas! Hahahaha! 


Hidangan Oxtail Asam Pedas bersama nasi putih, sambal, ulam dan keropok. Portion Oxtail Asam Pedas agak besar boleh juga nak kongsi 2 orang cuma korang kena mintak extra nasi.



Spaghetti Lamb merupakan menu berkembar yang dihidangkan di atas satu pinggan. Kata rumet, spaghettinya sedap tapi dengan resipinya yang tersendiri. Agak berlainan dengan spaghetti yang dirasa sebelum ini. Lamb? Memang sedap bagi penggemar daging kambing!! Aku kurang sikit lamb, so memang review aku pass pada rumet dan Mek Yunie. Hahahaha!



Untuk anak - anak memang highly recommended Chicken Chop. Chicken Chop tak pedas dan portion agak besar juga. Bahagian luar sedap dengan crispynya dan isi ayam bahagian dalam sangat lembut. 


Lunch aku, Mek Yunie dan family turut disertai oleh geng travel baru iaitu Wahida. Hehhehe. Beliau bukan seorang blogger tapi seorang yang suka jalan jalan cari makan jugak macam kami. Hahaha! Tapi tak tahulah soon Wahida akan jadi blogger jugak! Hehe!


Sekali lagi Mek Yunie surprisekan aku dan Wahida dengan menempah brownies istimewa bersempena birthday aku dan Wahida ( walaupun dah lepas!Haha ). Kami tiga memang hantu brownies sebenarnya so maybe lepas ni setiap kali meet up wajib ada signature food iaitu brownies. Hahahahahaha!

#7 Parking Percuma

Korang boleh request untuk menggunakan parking percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Parking disediakan di hadapan hotel dan sangat selamat juga. Seperti biasa, nanti korang kena maklumkan kepada receptionist nombor plat kereta untuk tujuan keselamatan.

#8 Nikmati Pelbagai Makanan Viral Untuk Dinner

Meriahnya suasana di sebelah Jewels Hotel pada waktu malam. Korang buka je pintu lobi hotel, terdapat seperti satu pesta menjual makanan, minuman, pakaian dan juga pelbagai games untuk anak - anak. Sangat meriah! 


Ada banyak makanan viral Kelantan korang boleh dapatkan di Bazar Food Truck ini seperti Teh Tarik Madu Pak Mat Pulau Pisang, Ikan Bakar, Seafood Bakar, Aneka Sup, Sosej Cheese Tarik, Sosej Bakar, Oden, dan banyak lagi makanan yang ada. 


Kerusi dan meja juga ada disediakan so memang boleh santai - santai makan sampai kenyang! Sambil itu, boleh juga anak - anak bermain permainan yang ada. Memang seronok lah diaorang! 


#9 Gift Shop Ice Watch


Jewels Hotel ni dahulunya dikenali sebagai Habib Hotel. Sebut sahaja nama dah terbayangkan Habib Jewels. Hahaha! Lain macam gift shop di Jewels Hotel, korang boleh dapatkan jam tangan berjenama Ice Watch di Butik Ice Watch berdekatan dengan Jewels Hotel. Boleh lah korang beli sebagai tanda kenangan menginap di Jewels Hotel Kota Bharu. 



Harga yang dipamerkan belum diskaun tau! Kalau nak tahu berapa diskaun, korang kenalah datang singgah sini kalau ke Kelantan nanti!!


Nikmati Percutian di Tengah Bandar Kota Bharu Dengan Penginapan di Jewels Hotel


Kalau korang nak mencari hotel yang selesa dan strategik di Kota Bharu, korang boleh cuba menginap di Jewels Hotel ni. Korang boleh membuat tempahan di aplikasi tempahan online hotel yang ada atau boleh juga hubungi 09 7474 788. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh juga terjah di link media sosial Jewels Hotel kat bawah ni.

WEBSITE  |  INSTAGRAM  |  FACEBOOK  |  MAPS  

#sisgeejalanjalan
#reviewbysisgeedotcom
#JewelsHotel

Sekolah Kebangsaan Atas Tol Terima Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah Dari RMHC & McDonald's | 29 Oktober yang lepas, aku berpeluang untuk bersama - sama team McDonald's Terengganu dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) untuk satu program Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Sekolah Kepada 30 pelajar yang kurang berkemampuan.


McDonald's Malaysia yakin dan percaya pendidikan merupakan aspek yang sangat penting untuk semua kanak - kanak. Memahami perbelanjaan menyediakan keperluan sekolah adalah sangat tinggi maka McDonalds mengharapkan perlaksanaan program 'Kembali ke Sekolah' dapat memberikan suntikan semangat untuk kanak - kanak ini agar berjaya mencapai impian mereka.


Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Atas Tol sangat meriah dengan kehadiran Guru Besar, Guru - Guru Penolong Kanan, Guru - Guru, Ibu Bapa, Waris dan Murid - Murid yang terlibat. Pasukan McDonald's Malaysia pula diwakili oleh Operation Consultant Terengganu Md Fazli Razali, Restaurant General Manager bagi setiap cawangan Terengganu, Pengurus RMH di HUSM Puan Wahida, dan juga crew lain yang terlibat sama. 


Dalam ucapan Guru Besar, beliau mengucapkan setinggi penghargaan buat pasukan McDonald's dan RMHC di atas sumbangan yang diberikan di mana ia dapat meringankan beban keluarga untuk persekolahan tahun 2020 nanti. Dalam masa yang sama juga penduduk tempatan dapat mengenali McDonald's dengan lebih dekat lagi.



Setiap kanak - kanak yang terlibat akan menerima sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah yang nilai sumbangan RM100 setiap seorang. Perlaksanaan program 'Kembali ke Sekolah' pada tahun ini merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh McDonald's Malaysia dengan nilai tajaan lebih RM3 juta. 


Dalam ucapan wakil McDonald's, Md Fazli Razali selaku Operation Consultant Terengganu, beliau menyatakan program sumbangan pek 'Kembali ke Sekolah' ini merupakan salah satu cabang McDonald's untuk mengukuhkan aktiviti dan tanggungjawab sosial kepada warga tempatan.


Malah, aktiviti sebegini merupakan nilai teras McDonald's Malaysia dan sumbangan juga turut dihulurkan oleh oleh rakan - rakan niaga, para francaisi, warga kerja serta para pelanggan McDonald's.


Penyampaian pek 'Kembali ke Sekolah' ini akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's yang merangkumi pelbagai program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan.


Tahniah pasukan McDonald's & RMHC!!!

Untuk korang yang memerlukan info lanjut mengenai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald boleh layari : RMHC MALAYSIA 


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab