Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Kunjungan ke Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan | Oktober trip yang lepas, aku dan keluarga sempat juga berkunjung ke Rumah Ronald McDonald di Hospital USM di Kubang Kerian. Sebenarnya, dah lama aku teringin untuk melihat sendiri setelah rumah tersebut siap sepenuhnya dan dirasmikan pada bulan Ogos yang lepas oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.


Rumah Ronald McDonald di HUSM ini merupakan Rumah Ronald McDonald ke dua di Malaysia selepas Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini, maka ia dapat memenuhi keperluan keluarga pesakit yang datang dari luar Kota Bharu.

Kos Penginapan Hanya RM5 Untuk Satu Malam 

Rumah Ronald McDonald ini merupakan program utama Ronald McDonald House Charities (RMHC) di mana misi utama penubuhannya adalah untuk membantu kanak - kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik dalam 3 kategori utama iaitu kesihatan, pendidikan dan juga kebajikan. 


Kos penginapan bagi keluarga pesakit di Rumah Ronald McDonald ini hanya RM5 untuk satu malam. Dengan harga penginapan yang murah, ia dapat membantu keluarga pesakit sentiasa berada dekat dengan pesakit yang sentiasa memerlukan sokongan emosi dari keluarga. 


Sebelumnya, keluarga pesakit perlu menumpang di rumah saudara, berulang alik dari rumah, dan juga menyewa rumah tumpangan atau hotel yang semestinya menelan kos yang besar. Kini, dengan adanya Rumah Ronald McDonald, mereka dapat meluangkan lebih masa bersama anak - anak yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit di Hospital Universiti Sains Malaysia ini.

Kemudahan Penginapan di Rumah Ronald McDonald HUSM

Dengan harga yang murah, keluarga yang menginap di sini boleh dikatakan seperti tidur di rumah sendiri. Rumah Ronald McDonald menyediakan kemudahan penginapan yang serba lengkap di dalam kawasan hospital untuk keluarga pesakit kanak - kanak yang sedang menjalani rawatan di HUSM. 

Berikut merupakan antara fasiliti yang disediakan di Rumah Ronald McDonald HUSM :

◈ Bilik Tidur (18 unit)



◈ Ruang Tamu

◈ Dapur


◈ Ruang Makan


◈ Bilik Dobi


◈ Bilik Mainan


◈ Taman Permainan


◈ Bilik Sensori Ronald McDonald





Ketahui Syarat Untuk Memohon Penginapan di Rumah Ronald McDonald HUSM

◈ Umur pesakit tidak melebihi 18 tahun.
◈ Hanya ibubapa atau penjaga yang sah layak memohon.
◈ Keutamaan diberikan kepada keluarga yang datang dari luar Kota Bharu.

Rumah Ronald McDonald Menjadi Tempat Sokongan Keluarga Pesakit

Bukan senang untuk berada di tempat keluarga pesakit terutamanya ibu atau bapa kanak - kanak ini. Melihat mereka yang kuat dan tabah sudah terasa beban dibahu kita apatah lagi mereka yang menanggung.


Aku sempat juga bersembang dengan salah satu keluarga yang menginap di Rumah Ronald McDonald ini. Mendengar si ibu bercerita, aku terasa sebak dan menangis dalam diam. Ya Allah betapa tabahnya ibu ini. 


Beliau berkongsi tentang penyakit anaknya yang berumur 2 tahun. Sebelum ini anak ini mengalami demam yang lama, kemudian setelah pelbagai cara dan jalan ikhtiar dilakukan, kini anak mereka menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia untuk jalan ikhtiar terakhir. 

Terlalu banyak terma yang disebut oleh si ibu sehinggakan aku merasakan seperti bercakap dengan seorang doktor. Walhal si ibu hanyalah surirumah tangga sahaja. Namun, disebabkan keadaan anak mereka sekarang membuatkan mereka suami isteri perlu membuat kajian juga untuk lebih memahami penyakit anak mereka.


Si ibu meluahkan rasa bersyukur dapat menginap di Rumah Ronald McDonald HUSM ini. Terkadang beliau merasa sangat lemah dan berputus asa, namun apabila berjumpa dengan keluarga lain yang menginap di sini, ia memberi suntikan semangat yang baru untuk terus kuat demi anak kecil yang tersayang. 

Aku speechless dan dalam masa yang sama aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan ibu ayah yang hebat ini. Banyak juga aku pelajari tentang nikmat kesyukuran itu.


Sumbangan Anda Sentiasa DiPerlukan di Rumah Ronald McDonald

Rumah Ronald McDonald yang direalisasikan ini datangnya daripada sumbangan RMHC Malaysia, McDonald's Malaysia, rakan - rakan niaga, serta pelanggan - pelanggan McDonald's yang menyumbang melalui tabung RMHC di kaunter Restoran McDonald's seluruh negara.


Untuk korang yang berminat untuk menyumbang secara peribadi pun boleh juga. Sumbangan boleh di dalam bentuk apa sahaja seperti berupa barangan, duit tunai, makanan atau apa sahaja. Untuk sumbangan atau pertanyaan lanjut berkenaan Rumah Ronald McDonald HUSM ini korang boleh terus hubungi Puan Wahida Harun 016 921 1327 (Pengurus Rumah Ronald McDonald di Hospital USM).

Nikmati Hadiah Birthday Dari Travel Buddy di Jewels Hotel Kota Bharu | Korang yang tahu dan ingat bulan kelahiran Sis Gee jangan terkejut pula. Ye lah, bulan kelahiran aku adalah Ogos, dah kenapa lepas beberapa bulan dapat hadiah lagik? Hahaha! Itu namanya rezeki dong! Kahkahkah!


Sebenarnya, ni semua hadiah pemberian daripada travel buddy Mek Yunie. Dia yang teringin nak belanja free stay hotel untuk aku dan family. Bila aku beritahu yang teringin nak jalan-jalan Kelantan bulan Oktober, so dia tawarkan aku hadiah untuk aku menginap di Jewels Hotel Kota Bharu. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Mek dan keluarga. 


Perancangan ke Kota Bharu boleh dikatakan last minute juga. Kebetulan dapat tahu cuti perayaan Deepavali untuk budak sekolah adalah selama 5 hari iaitu Jumaat hingga Selasa. Kemudian, berkebetulan pula ada job review di Kelantan, sebab itu Mek Yunie tawarkan aku hadiah menginap di sini. So, semestinya aku akan buat perkongsian di blog tempat penginapan aku dan keluarga selama berkampung di Kota Bharu Oktober yang lepas. Manalah tahu bermanfaat untuk korang yang ingin merancang percutian ke Kelantan nanti.

Ketahui 9 Daya Tarikan Menginap di Jewels Hotel Kota Bharu

#1 Lokasi Jewels Hotel di Tengah Bandar Kota Bharu

Sampainya kami di Jewels Hotel, ada 2 buah bas yang membawa rombongan dari negeri luar Kelantan. Aku agak terperanjat sebegitu ramai untuk menginap di Jewels Hotel, pastinya Jewels Hotel bukanlah hotel yang biasa-biasa. Kalau korang check harga bilik standard di Jewels Hotel pun boleh tahan juga dalam lingkungan RM 100 hingga RM150 semalaman. 


Bila diberitahu oleh Mek Yunie, lokasi Jewels Hotel adalah di tengah - tengah bandar Kota Bharu, baru aku faham kenapa begitu ramai suka menginap di sini. Lokasi Jewels Hotel sangat strategik untuk korang yang nak explore Kota Bharu. Korang akan jimat banyak masa, tenaga dan kos juga untuk ke satu tempat yang berlainan pada hari yang sama. 

#2 Pakej Bilik Termasuk Sarapan

Untuk bilik Superior King yang Gee menginap, breakfast adalah percuma untuk 2 orang dewasa. Manakala kanak - kanak berumur 5 tahun dan ke bawah adalah percuma. Semestinya, hidangan breakfast merupakan juadah tradisi Kelantan iaitu nasi kerabu. Yang bestnya, nasi kerabu ni kita boleh adjust sendiri untuk letak bahan - bahannya seperti ulam-ulaman, kerabu dan sambal. 



Ada lagi pilihan menu yang lain seperti bihun goreng, ayam goreng, kentang goreng, cereals, kuih muih, roti bakar dan buah-buahan. 

#3 Kemudahan Bilik Lengkap


Bila menginap di hotel, semestinya kemudahan bilik menjadi satu perkara yang paling diutamakan. Menginap di bilik Superior King Jewels Hotel ini selesa juga. Ruangan bilik pun luas untuk 2 extra bed memandangkan anak - anak i ramai. Haha! 


Bilik aku ada kemudahan telefon, sejadah, water heater, kettle, televisyen ( Astro channel ), free wifi dan juga towels. Kemudahan iron ada juga disediakan di luar bilik. Keadaan bilik dan tandas juga bersih, so memang selesa nak bermalam kat sini bersama keluarga.

#4 Pusat Fitness Percuma Untuk Tetamu Hotel


Benda free dah ada kenapa nak bayar? Hahaha! Alang - alang dapat free access ke gym, mestilah guna peluang yang ada. Selepas breakfast, aku & rumet gunakan 30 minit waktu bersama di gym. Anak - anak kami biarkan berehat di bilik saja. Hehe. Seronok juga sesekali berdua dengan incik suami sambil menikmati kemudahan pusat fitness hotel dengan percuma. Hehe.

#5 Mempunyai 3 Dewan Serbaguna Untuk Pelbagai Acara



Kalau korang berhajat nak mengadakan sebarang seminar, majlis, jamuan atau acara yang melibatkan bilangan orang yang ramai, korang boleh sewa dewan yang ada di Jewels Hotel. Boleh ambil terus pakej makanan di sini. Untuk yang nak bermalam pun boleh juga! 

#6 Suasa Restaurant Tawarkan 6 Menu Utama Untuk Makan Tengahari


Suasa Restaurant di Jewels Hotel menawarkan 6 pilihan main course untuk hidangan makan tengahari. Harga setiap main course adalah RM18 sahaja. Untuk jimatkan waktu dan tenaga, kami sempat lunch bersama di Suasa Restaurant selepas check out hotel. Aku memilih Oxtail Asam Pedas, rumet semestinya menu kegemaran Spaghetti Lamb dan anak - anak pula Chicken Chop.


Oxtail Asam Pedas adalah ekor lembu yang dimasak asam pedas. Memang terangkat wei! Terasa kepedasan dan dalam masa yang sama rasa masam dan manis kuahnya seiring dengan rasa pedas kuah yang agak pekat. Rasa nak hirup kuahnya walaupun pedas! Hahahaha! 


Hidangan Oxtail Asam Pedas bersama nasi putih, sambal, ulam dan keropok. Portion Oxtail Asam Pedas agak besar boleh juga nak kongsi 2 orang cuma korang kena mintak extra nasi.



Spaghetti Lamb merupakan menu berkembar yang dihidangkan di atas satu pinggan. Kata rumet, spaghettinya sedap tapi dengan resipinya yang tersendiri. Agak berlainan dengan spaghetti yang dirasa sebelum ini. Lamb? Memang sedap bagi penggemar daging kambing!! Aku kurang sikit lamb, so memang review aku pass pada rumet dan Mek Yunie. Hahahaha!



Untuk anak - anak memang highly recommended Chicken Chop. Chicken Chop tak pedas dan portion agak besar juga. Bahagian luar sedap dengan crispynya dan isi ayam bahagian dalam sangat lembut. 


Lunch aku, Mek Yunie dan family turut disertai oleh geng travel baru iaitu Wahida. Hehhehe. Beliau bukan seorang blogger tapi seorang yang suka jalan jalan cari makan jugak macam kami. Hahaha! Tapi tak tahulah soon Wahida akan jadi blogger jugak! Hehe!


Sekali lagi Mek Yunie surprisekan aku dan Wahida dengan menempah brownies istimewa bersempena birthday aku dan Wahida ( walaupun dah lepas!Haha ). Kami tiga memang hantu brownies sebenarnya so maybe lepas ni setiap kali meet up wajib ada signature food iaitu brownies. Hahahahahaha!

#7 Parking Percuma

Korang boleh request untuk menggunakan parking percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Parking disediakan di hadapan hotel dan sangat selamat juga. Seperti biasa, nanti korang kena maklumkan kepada receptionist nombor plat kereta untuk tujuan keselamatan.

#8 Nikmati Pelbagai Makanan Viral Untuk Dinner

Meriahnya suasana di sebelah Jewels Hotel pada waktu malam. Korang buka je pintu lobi hotel, terdapat seperti satu pesta menjual makanan, minuman, pakaian dan juga pelbagai games untuk anak - anak. Sangat meriah! 


Ada banyak makanan viral Kelantan korang boleh dapatkan di Bazar Food Truck ini seperti Teh Tarik Madu Pak Mat Pulau Pisang, Ikan Bakar, Seafood Bakar, Aneka Sup, Sosej Cheese Tarik, Sosej Bakar, Oden, dan banyak lagi makanan yang ada. 


Kerusi dan meja juga ada disediakan so memang boleh santai - santai makan sampai kenyang! Sambil itu, boleh juga anak - anak bermain permainan yang ada. Memang seronok lah diaorang! 


#9 Gift Shop Ice Watch


Jewels Hotel ni dahulunya dikenali sebagai Habib Hotel. Sebut sahaja nama dah terbayangkan Habib Jewels. Hahaha! Lain macam gift shop di Jewels Hotel, korang boleh dapatkan jam tangan berjenama Ice Watch di Butik Ice Watch berdekatan dengan Jewels Hotel. Boleh lah korang beli sebagai tanda kenangan menginap di Jewels Hotel Kota Bharu. 



Harga yang dipamerkan belum diskaun tau! Kalau nak tahu berapa diskaun, korang kenalah datang singgah sini kalau ke Kelantan nanti!!


Nikmati Percutian di Tengah Bandar Kota Bharu Dengan Penginapan di Jewels Hotel


Kalau korang nak mencari hotel yang selesa dan strategik di Kota Bharu, korang boleh cuba menginap di Jewels Hotel ni. Korang boleh membuat tempahan di aplikasi tempahan online hotel yang ada atau boleh juga hubungi 09 7474 788. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh juga terjah di link media sosial Jewels Hotel kat bawah ni.

WEBSITE  |  INSTAGRAM  |  FACEBOOK  |  MAPS  

#sisgeejalanjalan
#reviewbysisgeedotcom
#JewelsHotel

Sekolah Kebangsaan Atas Tol Terima Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah Dari RMHC & McDonald's | 29 Oktober yang lepas, aku berpeluang untuk bersama - sama team McDonald's Terengganu dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) untuk satu program Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Sekolah Kepada 30 pelajar yang kurang berkemampuan.


McDonald's Malaysia yakin dan percaya pendidikan merupakan aspek yang sangat penting untuk semua kanak - kanak. Memahami perbelanjaan menyediakan keperluan sekolah adalah sangat tinggi maka McDonalds mengharapkan perlaksanaan program 'Kembali ke Sekolah' dapat memberikan suntikan semangat untuk kanak - kanak ini agar berjaya mencapai impian mereka.


Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Atas Tol sangat meriah dengan kehadiran Guru Besar, Guru - Guru Penolong Kanan, Guru - Guru, Ibu Bapa, Waris dan Murid - Murid yang terlibat. Pasukan McDonald's Malaysia pula diwakili oleh Operation Consultant Terengganu Md Fazli Razali, Restaurant General Manager bagi setiap cawangan Terengganu, Pengurus RMH di HUSM Puan Wahida, dan juga crew lain yang terlibat sama. 


Dalam ucapan Guru Besar, beliau mengucapkan setinggi penghargaan buat pasukan McDonald's dan RMHC di atas sumbangan yang diberikan di mana ia dapat meringankan beban keluarga untuk persekolahan tahun 2020 nanti. Dalam masa yang sama juga penduduk tempatan dapat mengenali McDonald's dengan lebih dekat lagi.



Setiap kanak - kanak yang terlibat akan menerima sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah yang nilai sumbangan RM100 setiap seorang. Perlaksanaan program 'Kembali ke Sekolah' pada tahun ini merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh McDonald's Malaysia dengan nilai tajaan lebih RM3 juta. 


Dalam ucapan wakil McDonald's, Md Fazli Razali selaku Operation Consultant Terengganu, beliau menyatakan program sumbangan pek 'Kembali ke Sekolah' ini merupakan salah satu cabang McDonald's untuk mengukuhkan aktiviti dan tanggungjawab sosial kepada warga tempatan.


Malah, aktiviti sebegini merupakan nilai teras McDonald's Malaysia dan sumbangan juga turut dihulurkan oleh oleh rakan - rakan niaga, para francaisi, warga kerja serta para pelanggan McDonald's.


Penyampaian pek 'Kembali ke Sekolah' ini akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's yang merangkumi pelbagai program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan.


Tahniah pasukan McDonald's & RMHC!!!

Untuk korang yang memerlukan info lanjut mengenai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald boleh layari : RMHC MALAYSIA 


Sate Wakaf Bharu Kelantan VS Sate Lanang Jabi Terengganu  | Jarang kita dengar mereka yang kurang menggemari sate. Rasa rempah sate pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur baik kita yang dewasa mahupun kanak-kanak. Anak-anak aku sendiri kalau diberitahu nak makan sate semua pakat bersorak riang. 

Pada kebiasaannya, sate dijadikan hidangan makan malam, minum petang, juadah sambutan hari lahir atau apa-apa sambutan yang melibatkan tetamu yang ramai. Aku boleh dikatakan penggemar sate juga. Walaupun harga sate sudah semakin mahal namun jika berbaloi dengan rasa sate itu, aku sanggup beratur panjang! Haha!

Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam di Kelantan


Trip Oktober aku pada hari pertama, aku dan keluarga di bawa oleh travel buddy Mek Yunie untuk merasa kesedapan sate di Restoran Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam. Sebelum ini, aku pernah bawa Mek Yunie merasa Sate Jabi. Seperti kunjungan balas, Mek Yunie inginkan aku dan family merasa sate tersohor di Kelantan pula.

Dinner di Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam turut disertai oleh Wahida (travel buddy baru 😜 ) bersama 2 anak beliau. Agak meriah dinner kami sehinggakan gambar pun sempat snap beberapa keping sahaja. Masing-masing asyik pegang lidi sate instead of pegang handphone! Hahahahah!


Harga sate ayam adalah RM1 manakala sate daging RM1.20. Ni harga untuk sate yang kami order sahaja. Ada lagi pilihan sate lain seperti sate daging kambing. Rasa sate kat sini lebih kurang kesedapannya macam Sate Jabi cuma size sate di Wakaf Bharu Hjh Mek Yam ini lebih besar. So, aku kira memang padan dengan harga yang lebih tinggi daripada sate jabi.

MAPS SATE WAKAF BHARU

Sate Lanang Jabi Popular di Terengganu

Kalau ke Besut, korang wajib singgah di Sate Lanang Jabi ini. Jabi merupakan nama tempat atau kawasan di mana ia sangat terkenal dengan restoran yang menjual sate. Namun, kalau tersalah pilih kedai, rasa menyesal juga! Tapi, kalau korang tak nak menyesal, korang mesti singgah ke Restoran Sate Lanang Jabi ni.


Kemeriahan dalam restoran sangat lain macam. Pekerja - pekerja semuanya friendly seperti rakan baik. Menariknya, sate kat sini sangat murah iaitu hanya 60 sen sebatang. Harga untuk sate ayam dan sate daging adalah sama. Amacam? Murah gila kan?

Part murah memang tersangat murah! Part kesedapan tu, memang tak boleh bawak bincang! Hahahahh! Aku suka sate daging sebab rasa manis daging tu lagi wow! Kuah kacang pula pekat dan sedap juga. Anak - anak pun kalau makan kat sini memang berbaloi-baloi sebab diaorang makan banyak.

MAPS RESTORAN LANANG JABI

Sate Wakaf Bharu VS Sate Jabi
Rarenya Sate di Restoran Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam adalah dihidangkan bersama roti banggali. Rotinya sangat lembut dan gebu tau! Bila tengok memang kebanyakkan orang mesti order sekali roti banggali ini. Cara makannya adalah cicah dengan kuah kacang. 

Sedap juga sebenarnya. Cuma agak rare sebabnya aku belum jumpa kedai sate di Terengganu yang hidangkan roti bersama sate. Kebiasaannya, hidangan sate hanya dihidangkan bersama kuah kacang, nasi impit serta timun dan bawang. 


Tahap kesedapan kedua - dua restoran sate ini mempunyai resipi rempah sate yang sedap belaka. Cumanya, disebabkan size sate Wakaf Bharu yang agak besar makanya bilangan lidi yang korang makan mungkin akan sedikit berbanding Sate Jabi. Aku makan tak sampai 10 cucuk, dah terasa kenyang! Haha!

So, korang yang travel ke Terengganu dan Kelantan boleh cuba kedua-dua restoran sate ini. Nanti boleh kongsi pengalaman korang pulak!!

#sisgeejalanjalan
#satelanangjabi
#satewakafbharu

Ini Kesannya Setelah Selama Setahun Lebih Amalkan Serum Dr Beau | Mengamalkan produk kecantikan secara konsisten bukan sesuatu yang mudah bagi seorang Sis Gee. Al maklumlah komitmen dengan anak - anak kecil serta rutin sebagai fulltime housewife. Kalau stay kat rumah memang agak kemalasan nak menempek muka dengan produk kecantikan walaupun dengan hanya pelembab muka.


Bila usia sudah melebihi angka 30, kulit muka sudah tidak sama seperti usia 20-an. Tanda - tanda penuaan mula keluar seperti jeragat, bintik - bintik hitam, kulit mudah kusam dan juga kering. Aku bukan sejenis yang terlalu suka menjaga cuma bagi aku sudah memadai sekiranya kulit wajah sentiasa bersih tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Bagaimana Kesan Serum Dr Beau Pada Kulit Sis Gee?

Keberkesanan sesuatu produk kecantikan adalah tidak sama bagi setiap individu. Ada yang berkesan dalam tempoh 2 minggu percubaan dan ada juga mengambil masa selama 3 bulan. Setahun yang lepas, apabila aku mencuba serum Dr Beau ini, aku terus sukakan tekstur serum yang tidak kering dan mudah serap pada kulit.


Kulit aku adalah sejenis kulit kering, jerawat juga muncul cuma tidak pada tahap yang kronik namun masih meninggalkan kesan parut pada muka terutamanya kawasan dahi. Kulit kering ni, yang tak bestnya bila nak sapu bedak, ia akan jadi tidak sekata. Memang tak best!


Apabila mula memakai serum Dr Beau, kulit seakan bertambah baik terutamanya masalah kulit kering. Kalau pakai sebelum keluar rumah pada awal paginya, korang akan dapat rasa kulit melembab je sepanjang hari. 

Ketahui Lagi Manfaat Serum Dr Beau Pada Kulit Wajah

Selain Serum Dr Beau telah merawat masalah kulit aku yang kering, Serum Dr Beau juga mampu merawat pelbagai lagi masalah kulit yang kronik. Jom lihat lagi manfaat Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini.

◈ Merawat masalah jerawat dan jeragat.
◈ Mengurangkan lebam di bawah mata.
◈ Membantu masalah pori terbuka.
◈ Membantu masalah biji kolestrol.
◈ Membantu masalah kedutan dan penuaan.
◈ Merawat masalah eczema.
◈ Mengurangkan masalah bintik hitam.


Cara Penggunaan Yang Mudah Untuk Diamalkan Setiap Hari

Serum Dr Beau atau Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini boleh diamalkan setiap waktu malam sebelum tidur atau boleh juga dijadikan make up primer sebelum membuat solekan wajah. Aku suka guna sebelum sapu cc cream pada muka. Sebabnya, nanti sapuan cc cream akan lebih mudah sekata dan tampak lebih licin.


Fungsi sebagai make up primer ini juga dapat memberikan lembapan pada kulit wajah sepanjang hari. Kalau nak guna sebelah malam pula, korang boleh membuat sapuan serum Dr Beau sebelum tidur. Dengan bauan serum Dr Beau yang wangi ini pasti membuatkan tidur korang lena sepanjang malam. 

Dr Beau Pure Natural Skin Oil Produk Kelulusan KKM

Perkara utama yang wajib dikenalpasti untuk produk kecantikan adalah produk tersebut selamat untuk digunakan. Kita sebagai pengguna juga boleh semak sendiri status sesuatu produk itu. Aku bertambah yakin bila mendapat tahu serum Dr Beau ini adalah produk lulus KKM. Bukan apa, aku risau juga pemakaian produk yang salah akan memberi kesan yang lebih teruk pada kulit muka.


Dr Beau Pure Natural Skin Oil menggunakan formulasi bahan - bahan semulajadi sahaja tanpa melibatkan bahan kimia yang merbahaya. Sebab itu kesan pemakaian semakin lama semakin baik. Serum Dr Beau ini mengandungi bahan utama iaitu Wheatgerm Oil, Almond Oil, Apricot Kernel, Evening Primrose, Moroccan Argan Oil dan Rosehip Oil.

Dr Beau Pure Natural Skin Oil Menjadi Pilihan Makeup Artis dan Artis Tempatan

Semakin lama, semakin ramai artis yang menggunakan serum Dr Beau ini. Malah makeup artis pun memilih Dr Beau sebagai makeup primer sebelum memulakan solekan. Jom lihat testimoni di bawah ini.






Miliki Serum Dr Beau Dan Bawa Ke Mana Sahaja

Aku memang sentiasa membawa serum Dr Beau sebabnya sizenya sangat mudah untuk dimasukkan dalam handbag. Tambah pula ketika travel, kulit sangat cepat kering dan sinaran matahari akan menjadikan kulit mudah terbakar. Sapuan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini akan membantu kulit kekal lembab sepanjang hari serta melindungi kulit daripada sinaran matahari jugak!


Bagi korang yang berminat nak mencuba, aku sangat recommendkan. Korang boleh cuba pakai secara konsisten dan lihat keberkesanan pada kulit wajah korang macam mana. Untuk sebarang info lanjut dan tempahan, korang boleh hubungi mereka pautan kat bawah ini :

WEBSITE  |  FACEBOOK  |  INSTAGRAM  |  YOU TUBE

TELEFON : 016 963 3443


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab