Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Game On : Highest Number of Repost Wins RM1,000 Shopee Cash Voucher | Shopee 9.9 Super Instagram Contest Starts Now! Be the lucky winner to win RM1,000 Shopee Cash Voucher when you join the Shopee 9.9 Super Instagram Contest. Just follow @shopee_my on Instagram and repost the Instagram post (https://www.instagram.com/p/B2BlJ-1Hs7A/) with the caption " Buy everything at Shopee! #Shopee99SuperShoppingDay #Shopee99SuperContest ".


The highest number of repost will win RM1,000 Shopee Cash Voucher. Fifty (50) winners will also win the consolation prize of RM50 Shopee Cash Voucher each. Contest starts now and ends on 9 September 2019, 11:59PM. Winners will be announced on Shopee MY's IG. Terms and conditions apply.

The contest is part of Shopee’s signature annual shopping event, 9.9 Super Shopping Day. Taking place from now until 9 September 2019, the campaign offers greater deals and discounts across categories from brands such as Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, MR DIY and Nestle. To enjoy further savings, Shopee is bringing down the minimum spend for free shipping to RM9.

Shopee also recently revealed its newest brand ambassador, Cristiano Ronaldo and he will be working with Shopee across its seven markets in a wide range of activities to engage and inspire people in the region.

Find out more about 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/m/99
Weekend Getaway Ke Asfa D'Village, Kemaman | #sisgeejalanjalan pada cuti Aidiladha baru - baru ni, hanya di lokasi dalam negeri sahaja. Memandangkan cuti sekolah selama seminggu, Gee dan travel buddy Mek Yunie kali ni merancang untuk bercuti di tempat menarik yang berhampiran sahaja. Awal cuti dah sibuk dengan penyediaan dan sambutan Hari Raya Aidiladha. Hujung cuti, baru kami gunakan untuk lakukan aktivit best bersama anak-anak.


Kalau aktiviti best bersama kanak - kanak ribena ni haruslah aktiviti bermandi manda. Kemudian, aktiviti ibu dan mummy pula adalah ber 'me' time walaupun untuk seketika. Hahahahah! 

Kenapa lokasi Kemaman? Sebabnya, Gee terpengaruh tengok sharing 'seorang sahabat' ni bila beliau bercuti di situ. Terus rasa macam best kalau bawa anak - anak menginap kat sana. Bila survey, dapatkan contact owner, kemudian Gee tanya pada Mek Yunie kot beliau terpengaruh ke idok. Hahahhahahahhahhah!

Tenang & Damai Suasana di Asfa D'Village, Kemasek, Kemaman.

Semestinya Mek Yunie terpengaruh sama! Kemudian kami menetapkan date 16hb Ogos yang lepas untuk kami check in 2 hari 1 malam di Asfa D'Village. Waktu check in jam 3 petang. Mudahnya, lepas selesai urusan pendaftaran dan ambil kunci di receptionist, korang boleh terus drive parking kereta ke depan pintu bilik korang. So, kalau bawak 10 beg pun orang tak akan perasan! Ibaratkan seperti parking di depan rumah sendiri!


Masuk ke dalam bilik terus terpaku dan terpukau dengan dekorasi bilik yang berkonsepkan simple dan moden. Kebanyakan kelengkapan dan perabot adalah dari Ikea so mesti korang boleh agak kan betapa cossynya penginapan di Asfa D'Village ni!

Terdapat 3 Jenis Pilihan Bilik Yang Berhadapan Dengan Kolam


Kami memilih Deluxe Room di mana terdapat 2 katil single. Tapi tak sangka bila masuk ada tambahan 1 katil double decker! Mau tak excited Geng 4A tuh! Semua berebut nak duk atas! Adoyai! Katil double decker ni dapat sebabnya kebetulan penginap sebelum datang secara berkumpulan. So, boleh request untuk extra katil dengan bayaran tambahan. So, rezeki kami lah masuk dapat extra bed secara percuma! Hehe.

Pada mulanya kami nak pilih Superior Room iaitu ada 1 katil King, tapi semua bilik penuh. Untuk harga, korang boleh refer pada akhir post ni wokeh!


Owh ada lagi satu pilihan bilik iaitu Family Room. Family Room mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single.


Jarak dari bilik ke pool hanya beberapa langkah sahaja! Bunyi air kolam pun boleh dengar dari bilik. Kalau nak betul - betul berhadapan dengan kolam, recommendation untuk korang pilih bilik Superior Room atau Family Room. Kedua - dua jenis bilik ni, buka je pintu terus nampak kolam. Best woooo!



Kolam Berkonsepkan Taman Permainan Di Dalam Air 


Firstly korang kena tahu, kalau harga bilik adalah untuk 2 pax so, korang akan dapat breakfast percuma untuk 2 orang dan juga 2 tiket masuk kolam percuma sepanjang korang menginap di Asfa D'Village.


Untuk Gee dan family, kami bayar bilik untuk 2 pax, so nak masuk kolam kena add on bayar tiket untuk Arsyad, Amani, Ardini. Tak silap Gee bawah 3 tahun free. Harga tiket masuk add on adalah RM10. Sama juga kalau datang ke Asfa D'Village untuk mandi kolam sahaja, korang perlu bayar tiket bagi setiap sesi.


Sesi kolam dibuka 3 kali sehari iaitu pagi, petang dan malam. Tapi tiket yang dibayar untuk 1 sesi sahaja tau! Nak masuk sesi petang korang kena beli balik tiket. 


Tempat Menarik Sekitar Asfa D'Village


Kalau nak menonton wayang, shopping, makan atau berjalan - jalan dalam mall korang boleh ke Mesra Mall. Jarak lebih kurang 3 minit je. Mallnya takdelah besar sangat tapi bolehlah nak jadikan tempat melepak sejam dua. Hehe.


Petang hari, korang boleh melepak juga di Pantai Kemasek sambil makan keropok lekor, sotong celup tepung, air kelapa, ABC, dan pelbagai lagi makanan yang ada. Pemandangan pantai memang lawa! Jangan lupa berselfie dan berposing di tepi pantai! Hehe!


Selamat Bercuti di Kemaman Dan Jangan Lupa Lajak Ke Kuala Terengganu!!

Korang yang merancang nak bercuti ke Kemaman, Kertih, Paka atau sekitarnya boleh lah merasai pengalaman bermalam di Asfa D Village ini. Berikut Gee kongsikan harga setiap bilik :

Harga Bilik :

Superior Room ( 1 King ) : RM200/night
Deluxe Room ( 2 Single ) : RM200/night
Family Room ( 1 Queen 1 Single ) : RM250/night

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan tempahan boleh hubungi :

FACEBOOK  | 019 987 8671 / 09 867 1010

Kelas Renang Swimrush Academy Untuk Muslimah dan Kanak - Kanak | Bestnya kalau pandai berenang. Tapi ya ampun, Sis Gee ni bukan ada fobia air ke trauma ke apa, cuma tak mampu nak belajar apungkan badan. Dah cuba banyak kali juga, tapi tak yakin! Dan maybe sebab fikirkan takut tenggelam pastu lemas. Haha!


Berita baik untuk korang yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur! Sekarang, tak pandai berenang, takde basic atau tiada masa bukan lagi masalahnya. Nak anak kecil pandai berenang pun boleh! 

Swimrush Academy : Kelas Renang Untuk Muslimah dan Kanak - Kanak

Swimrush Academy merupakan kelas berenang istimewa untuk wanita dan kanak - kanak. Menariknya, korang boleh memilih kelas berenang pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja. Bukan itu sahaja, sekiranya, korang terlalu sibuk, korang boleh aturkan jadual sendiri mengikut kelapangan dan berbincang dengan Swimrush Academy. Semuanya akan diaturkan untuk korang nanti.


Seawal anak usia 5 tahun dah boleh menyertai Swimrush Academy. Kita sebagai ibu ayah ni pun belum tentu yakin tau nak ajar anak kecil berenang. Tambah pula kalau macam Sis Gee ni yang tak pandai berenang, tapi nak ajar anak berenang. Camano tuh? Hahahaha!

Lebih baik hantarkan anak - anak untuk belajar bersama tenaga pakar yang lebih arif. Swimrush Academy mempunyai silibus pengajaran yang tersendiri tau! Tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman akan mengajar bermula dari peringkat basic.


Kalau anak yang takut mandi air kolam sebab tak yakin, mama papa dont worry! Swimrush Academy juga akan ajarkan pelbagai skills termasuklah water confidence program dan juga water survival skills.

Swimrush Academy Mempunyai 4 Cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor


Berikut merupakan senarai cawangan Swimrush Academy di Kuala Lumpur dan Selangor. So, korang boleh pilih cawangan yang terdekat!

➤ Kompleks Renang Seri Siantan, Batu Caves : Kelas berenang untuk kanak-kanak, wanita dan lelaki.

➤ Jalan Turi Bukit Bandaraya, Bangsar : Kelas berenang untuk kanak-kanak.

➤ Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras : Kelas berenang untuk kanak-kanak dan wanita.

➤ Seksyen 14, Shah Alam : Kelas berenang untuk wanita.

Boleh Daftar 'Private Class' Juga!

Kalau korang tidak mempunyai masa yang bersesuaian dengan kelas berenang yang disediakan, korang boleh request untuk kelas berenang secara peribadi. Menarikkan? Lagi menarik apabila kos pengangkutan tidak akan dicaj! Wow! 


Kenapa Korang Kena Belajar Berenang Dengan Swimrush Academy?

◉ Hanya tenaga pengajar wanita yang akan mengajar kelas berenang wanita.

◉ Kelas berenang akan diajar bermula dari basic : Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly.

◉ Kelas lelaki pun ada disediakan iaitu di Cawangan Batu Caves.

◉ Tenaga pengajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang banyak.

◉ Kelas gantian juga disediakan.

◉ Memperolehi swimming cap dengan percuma.


Cepat Daftar Kelas Berenang Dengan Tenaga Pakar Swimrush Academy!!


Kalau Gee stay area Kuala Lumpur or Selangor, laju je nih nak daftarkan anak-anak. Tapi Gee stay jauh di Kuala Terengganu. So korang jangan lepaskan peluang ini! Bagus tau bila anak pandai berenang! Untuk mendaftar, korang boleh hubungi info yang dinyatakan di bawah ini!

WEBSITE | FACEBOOK  | INSTAGRAM

#swimrush
#surecanswimwan
#kelasrenang
#kelasrenangmuslimah
#swimrushkl
#gengkotakhitam
#rm
#rushmedia
Rancang Percutian Luar Negara Yang Menjimatkan Dengan Traveloka Sale-Abration | Hi korang! Sis Gee nak merancang percutian ke luar negara? Uish kalau ada rezeki apa salahnya. Boleh bawa anak - anak mengenali negara luar Malaysia pula kan? Kalau korang perasan, kos travel dalam Malaysia lebih kurang je sebenarnya dengan kos travel ke luar negara. Sebagai contoh kalau korang travel ke negara Asia yang lain seperti Thailand, Hongkong dan Vietnam. Tiket penerbangan kadang - kadang tu lagi murah dari domestik. 


Kalau Gee yang ada anak ramai ni, bila ada lebih penjimatan untuk travel, baik Gee gunakan pilihan yang lebih jimat! Jika ditanyakan negara luar negara yang menjadi wishlist untuk melancong, Gee rasa Korea atau Jepun. Semestinya kerana nak main dengan salji! Anak - anak pun selalu bertanyakan negara yang ada salji ni. Hehe. 

Rancang Percutian Dengan Bijak!

Apa yang menjadi isu utama yang perlu difikirkan untuk merancang percutian ke luar negara adalah peruntukan bajet. Ada banyak benda nak kena fikirkan selain daripada tiket penerbangan. Antaranya penginapan, aktiviti sepanjang berada di negara luar, tempat makan yang halal bagi muslim, kos pengangkutan dan sebagainya. 

Percutian yang bijak adalah percutian yang terbaik tapi dapat membuat penjimatan yang berganda - ganda. Agak - agak boleh ke nak cutting kos ni kalau bercuti ke Jepun atau Korea? Mestilah boleh korang!! Kalau tak caya, jom Gee kongsikan promosi kaw kaw kaw untuk percutian yang menjimatkan!

Traveloka Saleabration Bakal Berlangsung Dengan Tawaran Harga Promosi Yang Murah!

Kebiasaannya, ramai juga yang suka berkunjung ke Matta Fair untuk melihat harga promosi yang ditawarkan untuk merancang percutian ke luar negara. Namun, tak semua yang berkesempatan untuk berkunjung ke Matta Fair termasuklah Sis Gee. So, kalau tak berkesempatan ke Matta Fair 2019, korang jangan risau! Traveloka kan ada! Di mana sahaja tak kira masa korang boleh access ke Traveloka website atau aplikasi Traveloka. 


Best ke Traveloka Saleabration ni? Kalau promosi biasa - biasa pun best apatah lagi promosi Saleabration ni! Masa ni adalah masa terbaik untuk korang merancang percutian ke luar negara! Sebabnya, Traveloka akan menurunkan harga kaw kaw kaw tau! 

Traveloka Saleabration ni meliputi promosi dan deals yang murah untuk flight promos, hotel, experience dan juga airport transfer. Masa nilah nak grab berholiday di luar negara! Lagipun, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk cuti sekolah yang panjang. Kalau bajet lebih, boleh pergi negara Eropah. Kalau bajet sikit, negara - negara Asia pun banyak tempat menarik yang boleh diterokai bersama keluarga!

Bila Kempen Traveloka Saleabration Bermula?

Tak sabar kan? Kempen Traveloka Saleabration bermula pada 26 Ogos 2019 hingga 27 September 2019. Tempoh sebulan tu promosi Traveloka Saleabration berlangsung! So, memang sempat korang search negara yang dalam lingkungan bajet korang dan mulakan perancangan percutian yang menyeronokkan! Rugi tau tak grab bila ada promo cenggini. Kalau dapat jimat pada harga tiket penerbangan dan penginapan, boleh lah spend lebih pada shoppinggg! Haha!

Selamat Merancang Percutian ke Luar Negara!!


Jangan lupa, tanda di kalendar atau reminder phone tarikh 26 Ogos 2019 nanti!!! Sekarang dah boleh mula membuat perancangan. Bila tiba hari promo Traveloka Saleabration, korang tinggal nak booking je. Hehe! Lagi cepat booking lagi bagus sebabnya kalau kehabisan tiket, melopong lah pulak tak dapat grab! 

Selamat merancang percutian ke luar negara! 

Mudahnya Cetak Baju Sendiri Hanya Dengan Custom.My | Satu idea yang bernas juga bila dapat buat produk atau pakaian seperti keluaran sendiri. Sebagai contoh beg terukir nama sendiri atau penjenamaan nama yang diinginkan. Ala! Macam beg ada ada tertulis nama Sis Gee. Haaaa macam rasa wowww je nak bawak beg bila ada nama sendiri ni!

Macam best tapi agak - agaknya mesti mahal kan? Yelah, customize jenama sendiri kot! Mau beribu dan mesti ada minimum order yang sah - sah kena banyak! 

Ada yang murah wei sebenarnya! Gee dah jumpa satu web ni, kita boleh tempah produk siap letak nama sendiri lagi! Pastu, kita sendiri yang boleh design! Tak perlu jumpa designer pun! Hanya dihujung jari sahaja!! Menarik kan?

Servis Printing Murah Dari CUSTOM.MY


Sekarang dah tak sukar kalau nak cari servis desin dan printing. Kalau dulu, mesti nak keluar cari kedai, kemudian nak survey harga, perbincangan bajet, bilangan minimum order, periksa kualiti produk dan banyak lagi nak kena fikirkan. Namun, sekarang, hanya dengan Custom My Printing korang dah boleh dapatkan semuanya hanya di hujung jari sahaja. Korang dapat menjimatkan banyak masa, tenaga dan juga duit korang!

Tempahan Tidak Memerlukan Minimum Order

Perseorangan pun boleh tempah dari Custom My Printing! Kebiasaannya, kalau nak tempah jenama sendiri, paling kurang pun nak kena 100 unit kuantiti minimum. Namun hanya dengan Custom My Printing, korang boleh membuat tempahan hanya serendah satu unit sahaja. Ni kalau nak tempah dan design untuk dijadikan surprise buat yang tersayang memang menjadi ni! Hehe.

CUSTOM.MY Tawarkan Puluhan Jenis Produk 


Pada kebiasaannya, kita selalu menempah t shirt atau baju dengan ukiran nama sendiri. Namun, di Custom My Printing, korang boleh menempah lebih 50 produk percetakan dengan design yang korang inginkan. Berikut merupakan kategori produk yang korang boleh pilih. Jangan rambang mata pulak! Hehe!

◈ T shirt & Polo
◈ Jacket & Hoodie
◈ Sportswear
◈ Mens Fashion
◈ Womens Fashion
◈ Kids & Baby Accessories
◈ Accessories
◈ Bag
◈ Pouch
◈ Home Decorations
◈ Hat
◈ Sticker & Marketing Material
◈ Dan Banyak Lagi!

Pilihan Yang Terbaik Untuk Doorgift, Cenderamata & Hadiah

Kalau berikan doorgift, cenderamata & hadiah yang terukir nama pasti lebih istimewa bukan? Korang boleh pilih ratusan pilihan produk di Custom My Printing! Barulah pemberian korang tampak lebih eksklusif dan lain dari yang lain. Kalau dah selalu sama, macam bosan juga nanti kan?

Banyak juga pelanggan Custom My Printing yang datang dari badan, agensi dan syarikat yang besar. Antaranya mereka telah menerima tempahan daripada Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), iFlix, CIMB Foundation, Universiti Selangor (UNISEL) dan banyak lagi!

Jom Tempah di CUSTOM.MY Sekarang!!

Benda mudah kenapa nak penat - penat fikir guna cara yang susah? custom.my kan ada! kalau korang nak walk in pun boleh, nak berhubung melalui telefon pun boleh, nak berwhatsapp pun boleh! Mana - mana cara yang boleh memudahkan korang lah ye. Untuk info lanjut, korang boleh terjah link kat bawah ini.

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM  

ALAMAT PERNIAGAAN :

Custom My Printing Sdn Bhd,
No 46A, Hala Taman Meru 11,
Meru 2B, 30020 Ipoh.

waktu operasi : 9 am - 6 pm ( Isnin - Jumaat )

TELEFON : 05 - 525 2144
WHATSAPP : 013 - 484 5800





Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab