Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Kenapa Blog Berhabuk / Bersawang??? Tajuk itu sebenarnya sudah ditujukan kepada si penulis itu sendiri. Hahahahaha! Maafkan beliau ye. Setiap blogger mempunyai alasan mereka sendiri yang menyebabkan blog sepi tiada entry. Kalau setahun sepi, tu dah macam nak kena masuk icu dah tu. Tapi kalau nampak sepi seminggu dua tu, mungkin blogger tersebut mengalami masalah kesihatan atau urusan yang lebih penting yang perlu diselesaikan.


Sis Gee ni bukanlah blogger lama yang otai. Blog lama dulu buat 10 tahun lepas kot! Sebelum si sulong lahir. Sulong pun dah umur 9 tahun dah pun. Cuma ketika itu, takde kawan dalam blog maka terjadilah blog syok sendiri takde arah tuju. Hahahahaha! Kemudian bermula serius balik sejak Ogos 2017. Masa tulah lahirnya domain Sis Gee Dot Com ini. Kisah kelahiran domain ni, ada di entry awal - awal dulu, korang scroll cari eh kalau nak baca. Hihi. 

Kat sini Gee cuma nak merepek, kenapa blog seseorang blogger itu sunyi dan sepi. Haaa joms lihat kebarangkalian yang ditulis daripada pengalaman diri sendiri. Haha!

Kenapa Blog Berhabuk / Bersawang???

#1 Blogger Seorang Pelajar Yang Sibuk Dengan Homework / Assignment


Ramai juga blogger yang masih bersekolah dan belajar di kolej / universiti. Maka priority semestinya pada tugasan dari guru / pensyarah. Mereka ni jadikan medium blog sebagai tambahan pendapatan dan juga hobi bagi mengurangkan stress belajar. Ada juga yang suka menulis berkongsi pengalaman dan perjalanan sebagai seorang pelajar. Hakak salute adik - adik dah bijak berblog seawal usia korang. Hehe.

#2 Blogger Seorang Housewife Sibuk uruskan Hal Keluarga


Ini akulah ni! Hahahaha! Ada housewife yang juga buat bisnes online dari rumah. Blog pula hanya untuk bisnes dan hobi. So, kalau blog mereka bersawang tu, percayalah mereka tak redha tu. Jiwa nak update blog, tapi masa mencemburui. Bila selesai urusan memasak, mengemas rumah, badan dah kepenatan. Nak menatap blog pun menguap - nguap. Hahahahha!

#3 Terlalu Banyak Kerja Bertangguh


Jangan tangguh terlalu banyak kerja. Ini pun aku jugak! Kat rumah, kalau nampak baju yang belum berlipat tu menggunung, mood menulis memang kelaut. Idea seperti susah je nak keluar. So, kerja yang tertangguh kena selesaikan dahulu. Kemudian, baru boleh menulis dengan aman dan tenteram. 

#4 Masalah Internet 


Again its me!! Rumah yang baru sewa setahun ni, line dia ya ampun! Sedih! Yang peliknya kat luar rumah helok pulak! Sebab tu kerja update blog jadi lambat dan lambat. Ada juga blogger yang pakai internet prepaid. Bila dah kehabisan kuota, mulalah line menyiput kan. Haha!

#5 Mengalami Kerosakan Laptop

Tidak semua blogger suka update blog dengan telefon pintar. Tidak mencapai kepuasan! Sebab itu ada blog sendu entry sebabnya diaorang mungkin mengalami masalah laptop atau komputer. Kalau tengok list entry yang diaorang plan mesti panjang sebabnya lama sangat peram tak dapat update blog! 

#6 Sibuk Travel 


Ada yang suka update travel terus ke blog. Ada yang suka menikmati percutian dahulu, kemudian akan update di blog selepas balik dari destinasi percutian tersebut. Sis Gee yang mana satu? Personally Gee sangat suka kalau dapat update terus dalam blog bila keluar travel. Namun, komitmen dengan anak - anak dan suami mesti didahulukan, so menjadikan entry travel jadi entry peram jugak. Hahaha!

#7 Blog Mengalami Masalah Coding


Ini paling tak suka tau! Dan Gee sangat berharap Blog Sis Gee tak mengalami masalah coding. Leceh kot!! Ada blogger yang mengalami masalah coding yang menjadikan mood mereka nak update blog pun ke laut dalam. Kesian kan? Huhuhu

#8 Ketandusan Idea
Seorang blogger semestinya kena menulis. Takkan nak masukkan point - point utama sahaja bukan? Haha! Terkadang kalau ketandusan idea, Blog Sis Gee pun jadi ketiadaan entry. On laptop, klik new post. Tapi duk krik krik krik. Shutdown! Hahahahahha!


Walau apa alasan seorang blogger, namun jangan buat yang satu ini! Mencuri idea atau penulisan orang lain. Kalau takde idea, cubalah cari inspirasi. Bukan cari penulisan untuk ditiru. Kesian orang perah idea, masa yang dikorbankan untuk menulis. Tapi, kita senang lenang copy idea mereka. Lainlah korang minta kebenaran dan buat reference sumber mana yang korang ambil tu. 

So korang rasa patut ke isu curi idea untuk hasilkan entry baru di blog? Demi menunjukkan beliau blogger yang aktif menulis walhal penulisan dari orang lain. What say u olls?



Awak Suka Coffee Sejuk Atau Panas? Eh! Sebelum tu, awak penggemar coffee atau tidak? Kalau nak kata Gee ni penggemar coffee, boleh la.. Tapi belum sampai level 'addicted to coffee'. Masa Gee awal - awal come back dalam blogging dengan blog baru, minuman coffee memang dah jadi peneman setiap hari! Yes! Gee suka minum coffee yang 3 in 1 tuh laa.. Sebab tu badan macam di pam pam jerk. ( salahkan coffee! Kah! )

Sekarang, untuk coffee 3 in 1 masih lagi buat stok kat rumah. Cumanya, Gee minum selang beberapa hari atau seminggu sekali atau rasa teringin sangat. Gee dah lupa bila ntah berkenalan dengan Mc Cafe. Haa bermula perkenalan dengan Mc Cafe itulah Gee dah semakin kurang minum coffee 3 in 1 tu. Tapi bukan kata Gee gi minum coffee kat Mc Cafe hari - hari sebagai pengganti. Cuma, jarang - jarang pekena coffee di Mc Cafe tu, kepuasan dia lain macam tau! Hahahahhahahah!

Pilihan Coffee Favourite Sis Gee di Mc Cafe McDonald's


Pertama kali Gee cuba adalah Hot Hazelnut Latte. Terus macam wow! Nikmatnya minum kopi  lemak berkrim panas - panas wei. Tambah lagi kalau order waktu breakfast. Lagi rasa macam kepuasan berganda dapat minum coffee di pagi hari. Haha! Pernah juga order Caramel Latte tapi rasanya Hazelnut Latte lagi ummphh kot! 

Pernah Juga Cuba Iced Latte Tapi..


Serius Gee lebih suka Hot Latte compare yang sejuk punya. Banyak kali juga order yang sejuk tapi kepuasan dia tak sama tau minum yang panas! Hahahhahaha! Ramai juga yang buat sharing sukakan iced latte ni tapi kalau nak kepuasan Gee nak yang panas. Haha! Iced latte banyak jugak ada offer kat Aplikasi McDonalds. Ada offer beli murah untuk 2 iced latte dan ada juga 50% deals on wednesday. Tapi offer ni akan sentiasa berubah - ubah dan di updates, so kalau nak lihat latest offer, korang kena check dalam aplikasi McDonalds.

IG Story Survey : 80% Sukakan Coffee Yang Sejuk


Tiba - tiba rasa nak buat survey di IG Story berkenaan penggemar coffee sejuk atau panas. Dan semestinya Sis Gee vote untuk hot! Namun, rupa - rupanya tak ramai geng aku rupanya. Hahahahha! Lebih 80% yang jawab survey sukakan Coffee yang sejuk. Congrats korang sebab menang majoriti penuh! Hahahaha!

So Korang Team Mana? Iced Latte or Hot Latte?

Gee masih setia dengan hot latte. Biasanya Gee akan order Hot Hazelnut Latte. Perghh release stress sebentar! Haha! Di Mc Cafe bukan ada Coffee Latte je. Ada banyak lagi pilihan minuman di Mc Cafe. Antaranya adalah Cappuccino, Iced Americano, Iced Chocolate, Iced Blended Mocha, dan banyak lagi pilihan yang ada. 


Sedap pulak duk bayangkan coffee panas - panas ni. Takde yang nak belanja Sis Gee mengopi ke?

#CoffeeLovers
#McCafeMcDonalds
#McDonaldsKualaTerengganu
#reviewbysisgeedotcom


Homestay Melayu 3 Bilik Cameron Highlands | Bestnya kalau setiap bulan dapat pergi Cameron Highlands. Lagi best kalau dapat beli sebuah apartment di sana dan boleh datang bila - bila masa sahaja. Eh! Terberangan pulak! Berangan tidak salah, kata - kata ibarat doa, mana tahu dimakbulkan nanti. Hehe. Gee bukan apa berangan tu, cuma kalau bercuti di Cameron Highlands mesti nak cari penginapan yang selesa dan bersih. Anak - anak ramai, maka banyak faktor nak dipertimbangkan. Hehe.


Antaranya adalah keselamatan tempat penginapan, kemudahan extra toto / tilam, keluasan penginapan yang sesuai, kemudahan yang diperlukan serta harga yang berpatutan. Tambah pula cuaca di Cameron yang sejuk, maka penginapan yang selesa pasti memberi bonus untuk anak - anak kecik supaya diaorang dapat berehat dengan selesa dan bermain dengan baik.


Bulan puasa yang lepas, Gee dan family sempat weekend getaway ke Cameron Highlands. Semuanya berkebetulan dengan urusan keluarga. Gee ada buat sharing di IG & FB gambar homestay penginapan kami. Dan ramai juga yang bertanyakan details harga serta lokasi homestay berkenaan. So, ni baru sempat buat sharing kat blog. Kalau ada merancang nak ke Cameron Highlands, boleh pertimbangkan homestay yang Gee dah menginap satu malam ini!

Marissa Homestay 2 | Homestay Melayu Bersih dan Murah


Pertama kali masuk Marissa Homestay 2, Gee terus terpegun dengan dekorasi di dalam homestay. Semestinya kalau kita check in homestay ataupun hotel, persepsi pertama adalah dekorasi! Kemudian kita akan periksa kebersihan pula! Hehe! Syukur, bonda Gee pun tertarik dengan Marissa Homestay 2 ini. Haa kalau bawak mak-mak ni, mestilah nak cari penginapan yang selesa dan bersih. Dan kalau mereka senyum meleret tu, tandanya menepatilah tu citarasa mereka! Hehe!

Mempunyai 3 Bilik Beserta 2 Bilik Air


Bilik Tidur Utama
Marissa Homestay 2 mempunyai 3 buah bilik dan juga 2 bilik air di mana satu bilik air berada di dalam bilik tidur utama. 2 buah bilik dilengkapi katil bersize double manakala 1 bilik lagi mempunyai 1 katil single. Size bilik cukup selesa kerana mempunyai ruang untuk meletakkan beg serta ruang solat.

Bilik Tidur Ke Dua
Bilik Tidur Ke Tiga
Dilengkapi Pelbagai Kemudahan dan Kelengkapan



Ruang tamu dan ruang makan di asingkan dengan tirai yang cantik. Jangan risau sebabnya itu hanyalah dekorasi sahaja. Kalau datang ramai, tirai langsir boleh diikat dan menjadikan ruang lebih luas untuk bentangkan toto. Owh! Toto, bantal dan selimut extra juga digunakan! Selain itu, Marissa Homestay juga mempunyai kelengkapan dapur untuk memasak, cerek elektrik, water heather, seterika, sejadah, sepasang telekung, peti sejuk, serta televisyen.


Yang paling anak - anak Gee suka adalah ruang beranda yang sangat selesa! Yang penting, beranda di pasang gril bagi memastikan keselamatan para tetamu di homestay ini. Ruangan beranda sangat cantik dan santai dengan adanya meja kopi beserta 2 kerusi. Gee berangan nak mengopi dengan incik suami, namun anak - anak pulak jadikan jajahan mereka dengan buat aktiviti mewarna. Haha!


Kemudahan Di Sekitar Homestay 

Kalau korang menginap di Marissa Homestay, ia ibaratkan korang menginap di sebuah pekan yang serba lengkap. Turun sahaja lift siap ada dobi layan diri. Bersebelahan dobi ada pula kedai runcit. Selain itu, ada banyak restoran termasuklah restoran nasi kandar, steamboat, warung biasa dan juga restoran yang lain. Kedai runcit pula bukan satu je tau! Ada banyak kot! Siap ada salon dan kedai toys! Hahahahah! Semuanya di bangunan apartment Marissa Homestay 2 dan berhampiran.

Lihat Video Marissa Homestay 2 dan kemudahan yang ada di sekitar homestay :


Pengalaman Bercuti di Cameron Highlands Ketika Bulan Puasa

Kami sampai ke Cameron Highlands dah petang. Selesai solat Asar di homestay, kami terus ke bazar Ramadhan di Tanah Rata yang bersebelahan dengan Restoran Taman Apple Cameron. Kat bazar ni rasanya semua orang melayu yang menjual. Berbeza kalau di Pasar Malam ada pelbagai bangsa yang berniaga. Masa agak suntuk dan kami beli je makanan apa yang menarik untuk berbuka. Sempatlah berbuka di homestay.

Bazar Ramadhan Bersebelahan Restoran Taman Apple Cameron, Tanah Rata, Cameron
Untuk aktivti malam kami tak pasti samada pasar malam buka ke tak untuk bulan puasa. So daripada memerap, bonda pun on untuk keluar. So, sampai di tapak pasar malam, nampak kemeriahan lampu penjual namun kesesakan kereta dan manusia memang lengang! Sangat berbeza dengan kunjungan kami sebelum ini.


Best kot sebab parking sangat mudah! Lagi best semua makanan sangat murah!! Biasa strawberry coklat tu sebekas RM5 tau! Tapi kalini RM10 dapat 3 bekas. Buah strawberry tak payah cakap lah! Satu tray penuh tu belas - belas ringgit je. Hahahahahaha! Kami macam teruja dan menahan nafsu untuk memboros! Hahahahahah!


Keesokannya, kami dah bersedia untuk memborong di Kea Farm. Sebelum balik, wajib singgah di Kea Farm. Dan semestinya bulan puasa semua jadi murah disebabkan kekurangan pengunjung di Cameron Highlands. Sayur RM10 dapat 7 ke 8 paket. Strawberry semua lelong belas belas ringgit. Memang kami beli banyak untuk berikan pada family yang lain. Cuma rasa strawberry ni sedikit masam bila dan kena dengan suhu kita kat bawah ni. Kalau makan kat atas Cameron Highlands tu, memang bestlah tak masam sangat. Kalau yang petik, makan fresh tu lagi sodap!! Terasa lemak manis masam strawberry. Hihi. (Telan air liur jap)

Nak Bercuti di Cameron Highlands Jadi Pengalaman Yang Best?

Kalau nak pengalaman yang best bila bercuti di Cameron Highlands, korang kena elak daripada datang ketika cuti umum atau cuti sekolah. Kalau weekend biasa pun okay sebab crowded under control lagi. TAPI! Kalau cuti umum walaupun cuti umum sehari sahaja, memang sah dan comfirm Cameron Highlands akan penuh sesak. So, harga barang akan mahal. Dan juga harga penginapan akan lebih tinggi.


Pengalaman korang akan lagi best kalau dapat stay di homestay yang cukup selesa, tenang, mendamaikan dan mestilah bersih! Semestinya Gee recommendkan Marissa Homestay 2 ini. Homestay cantik, kemas, lengkap dan bersih! Harga pun murah dan berbaloi - baloi!

Harga :

Weekdays : RM 200 / night
Weekend : RM 250 / night
Public Holiday : RM 280 - RM 300 / night


Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :

FACEBOOK | INSTAGRAM | MAPS

Call / Whatsapp : 019 447 3176 ( Puan Nura )







Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti | Ada pembaca blog Sis Gee yang sememangnya pengguna tegar Rempah Ratus Mak Siti? Raya baru - baru ni, ramai pulak orang share kat social media tentang rempah ratus Mak Siti ni. Ada yang beri komen rempah menjadi, terserlah rasa asli masakan, tetamu memuji masakan di hari raya dan pelbagai lagi komen positif. Sehinggakan Gee teringin nak tahu, siapa Mak Siti ni sebenarnya eh?? Kalau korang pun nak tahu juga, jom baca kisah disebalik kejayaan Rempah Ratus Mak Siti ni.


Kisah Di Sebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung - kampung dan bandar - bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali. 

40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada di dalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet. 


Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya. 

Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang. 

Terpaksa Bergelut Untuk Kembangkan Bisnes Milik Keluarga

Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal. 

Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir - lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini. 


Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya 

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi - lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti. 

Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia. 

Bermulanya Penjenamaan Baru Rempah Mak Siti

Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol. 


Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai - kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin). 

Kepelbagaian Produk Rempah Mak Siti


Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk - produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Pengalaman Awal Puan Siti Khawa | Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.

Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka. 


Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi. 

Sewaktu mula - mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata - rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu. 


Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walau bagaimanapun, pengalaman - pengalaman ini yang mendewasakan Siti Khawa. Atas sebab itu, Siti Khawa bertekad untuk benar - benar mempelajari ilmu dan selok - belok perniagaan walau apa pun terjadi. 

Persaingan produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “Adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun sebelumnya”. 

Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya” Ujarnya. 


Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa. 

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah). 


Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”. 

Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya. 

Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disitulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal. 

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti di jalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba. 


Ladang dan kilang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR). 

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran. “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti 


Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar. 

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri. 

Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan. 


“Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. 

“Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya. 

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli. 

Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu.
 

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin. 

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan. 


“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. 

Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini. 

Dapatkan Rempah Ratus Mak Siti di Pasaran Hari Ini!

Bagi korang nak mencuba sendiri kesedapan Rempah Ratus Mak Siti, korang boleh beli di pasaraya dan kedai runcit seluruh Malaysia seperti Mydin, Giant, Sabasun Hyper Runcit, Jusco, AEON Big dan banyak lagi pasaraya. 


Untuk maklumat lanjut :

WEBSITE | FACEBOOK  | INSTAGRAM

#maksiti 
#anakrempahmaksiti



Kulit Bebas Jerawat Dengan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Jerawat? Kulit kusam? Nak sapu bedak jadi bertompok? Semua itu adalah berpunca daripada kulit yang dilanda masalah jerawat, kulit kering, dan juga kulit berminyak. Kalau korang nak tahu, sebelum kita guna apa - apa produk penjagaan wajah, perkara asas yang perlu diketahui adalah produk yang bebas kimia atau tidak.

Produk yang mengandungi bahan kimia akan menjadikan kulit korang lebih buruk daripada sepatutnya. Konon nak cantik segera, sehinggakan sanggup mengeluarkan belanja ratusan ringgit. Namun, tak sampai 7 hari kulit terus berubah menjadi lebih berminyak dan berjerawat!! Gerun kot! Nanti berparut pula! Sudah!


Bukan Sis Gee nak takutkan awak semua. Cuma sebagai peringatan agar awak semua lihat dahulu maklumat lanjut setiap produk yang awak nak beli di pasaran. Kalau malas nak survey, meh baca review produk pencuci muka yang Gee dah amalkan lebih sebulan ini. 


Aloe AC Clean Bubble Cleanser Produk Keluaran Hansaegee Nature Terbaik Untuk Kulit Berjerawat


Sebelum ini, Gee pernah review CC Cream dari Hansaegee Nature di Blog Sis Gee ini. Korang boleh baca kat SINI . Kali ni Gee nak share satu pencuci muka best keluaran Hansaegee Nature ni jugak. Untuk pengetahuan korang, Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan pelbagai lagi produk keluaran Hansaegee Nature diperbuat di Korea. Bahan - bahan yang dipilih pula adalah terdiri daripada bahan - bahan semulajadi yang selamat untuk kulit kita. Sebab itu kalau tengok kulit muka wanita Korean, kagum dengan kulit mereka yang bersih walaupun tanpa sebarang solekan. 



Bila dapat tahu Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini diperbuat daripada bahan semulajadi, makanya makin berkobar - kobar Gee nak mencuba sendiri. Masalah kulit muka Gee adalah kulit kering dan jerawat sekitar dahi dan pipi. Kulit kering akan membuatkan bedak bertompok dan muka rasa tak best.

Ketahui Ramuan Semulajadi Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Penting tau untuk ketahui ramuan di dalam setiap produk yang korang nak guna. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini diformulasikan daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Ramuan utama Aloe AC Clean Bubble Cleanser pula adalah menggunakan Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil.


Dua bahan utama ini sememangnya bahan semulajadi terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil sangat baik untuk kulit bagi membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, memudarkan parut serta memberikan kulit wajah yang lebih sihat.

Rawat Jerawat Dengan Cepat Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Ramuan utamanya Tea Tree Oil menjadikan kulit bebas jerawat dengan cepat. Bukan itu sahaja tau! Ada banyak lagi manfaat Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Antaranya adalah :

◈ Membantu mengawal minyak pada wajah.
◈ Memberikan kelembapan pada kulit.
◈ Menanggalkan kotoran di wajah.
◈ Merawat masalah jerawat.
◈ Mengatasi bakteria pada kulit yang menyebabkan jerawat.
◈ Melembutkan dan menghaluskan kulit.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit. Tidak kira korang mempunyai kulit kering, berminyak atau kombinasi. Amalan mencuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser akan seimbangkan ph muka kulit korang. Best kan?

Suka Tekstur Cleanser Berbentuk 'Foam' Yang Gebu



Menariknya adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini bukan dalam bentuk cecair atau krim atau scrub. Teksturnya adalah dalam bentuk 'foam' apabila korang pump keluar untuk digunakan. 'Foam' ini sangat lembut pada kulit dan terasa sangat best!

Lihat video cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser kat bawah ni.


Cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser :

1. Basahkan muka dan tapak tangan.

2. Pump Aloe AC Clean Bubble Cleanser pada tapak tangan.

3. Urut muka perlahan - lahan dengan buih daripada Aloe AC Clean Bubble Cleanser secara lembut dan pergerakan secara membulat.

4. Bersihkan muka dengan air yang bersih.

Apa Komen Sis Gee?




Selain tekstur buih yang gebu itu, Gee suka baunya yang sangat menyegarkan pada kulit wajah. Apa yang Gee perasan, jerawat cepat mengecut! Tak perlu nak merana berhari - hari dek kerana Miss J yang singgah itu. Bila dah cuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, kulit takde rasa tegang semacam. Malah terasa kulit lebih bersih dan lebih lembut. So kalau korang yang mempunyai masalah kulit jerawat, berminyak, kulit kering dan sebagainya, Gee sangat recommendkan korang cuba sendiri Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini.

Nak Beli Kat Mana?

Bagi korang yang berminat nak mencuba sendiri, urusan pembelian boleh dilakukan di laman web Hansaegee Nature atau boleh hubungi mana - mana contact kat bawah ini.



Harga : RM 65 ( 150ml )


Beli di sini : Aloe AC Clean Bubble Cleanser

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | BLOG | TWITTER | YOU TUBE







Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab