Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Ramadhan Buffet di Palm Terrace Cafe dan Dynasty Restaurant, The Grand Renai Kota Bharu Hotel | Buat pertama kali Sis Gee dapat memenuhi undangan daripada pihak hotel untuk Preview Ramadhan Buffet. Sebelum ini, pernah juga mendapat undangan, namun takde rezeki untuk join. Alhamdulillah Preview Ramadhan Buffet Sis Gee kali ni adalah di The Grand Renai Kota Bharu Hotel.


Bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ini, The Grand Renai Hotel akan menyediakan hidangan bufet Ramadhan yang bertemakan "Kembara Ramadhan" yang akan diadakan di Palm Terrace Cafe. Bagi korang yang berminat dengan masakan cina, Dynasty Restaurant turut menyediakan hidangan berbuka puasa bermula minggu ke dua Ramadhan yang bertemakan "Citarasa Chinese".


Tema "Kembara Ramadhan" ini akan menampilkan menu - menu berbuka puasa dari seluruh pelusuk Malaysia seperti Kambing Golek, Bubur Lambuk Daging Rusa, Daging Bakar Air Asam Manjong, Sotong Sambal Petai, Kerutuk Serati, Ikan Keli Masak Lemak Pucuk Kadok dan pelbagai lagi hidangan yang disediakan nanti. 


Deretan lauk - pauk tradisi dan terkini turut disediakan bagi memenuhi selera setiap pengunjung. Ada masakan ikan patin masak tempoyak, daging rendang hitam, masakan kambing, udang, sotong, ketam dan pelbagai lagi jenis lauk pauk yang ada. 






Kalau dah nama Negeri Kelantan, masakan kerabu sudah sinonim bagi penduduk tempatan. Gee sendiri sempat mencuba semua kerabu yang disediakan di Ramadhan Buffet The Grand Renai Hotel baru - baru ni. Al maklumlah Gee memang suka makanan yang masam, manis dan pedas!






Paling mengujakan anak - anak adalah dessert table yang penuh dengan kuih - muih tradisional, buah - buahan segar, deretan kek, puding dan sebagainya. Nak berbuka, tak ada kuih atau makanan manis mesti tak lengkap. So, kalau desserts lover, Gee sangat recommendkan korang datang cuba keenakkan pelbagai pilihan desserts di Ramadhan Buffet di The Grand Renai Hotel ini.








Aneka sup ada!! Kelantan terkenal juga dengan sup keting. Selain sup keting, ada juga sup ayam, sup ekor, sup perut, sup daging serta pelbagai lagi pilihan sup. Kuah sup pun sedap dan rasa sup berempah.  


Boleh belajar makan Mieng Kum!! Gee pun tak pernah cuba sebelum ni. Ia merupakan makanan tradisi negara Thailand, maka agak sinonim dengan Kelantan yang sudah sebati dengan makanan tradisi daripada negara jiran Thailand ini.


Harga Iftar Ramadhan Buffet di The Grand Renai Hotel

Dewasa : RM 69
Kanak - Kanak : RM 29

Sepanjang Ramadhan 1440H | 6.30 petang hingga 10.30 malam

Harga Tempahan Awal Hanya RM 62 Sahaja!! 
( Tempah Sebelum 5 Mei 2019 )


Jom Iftar Ramadhan Buffet Bersama Keluarga di The Grand Renai Hotel


Ramadhan Buffet di The Grand Renai Hotel ada pelbagai pilihan menu untuk kanak - kanak juga. Lihat anak - anak Gee boleh makan, rasa sangat puas kalau beriftar di The Grand Renai Hotel. Nak lagi jimat, korang kena tempah awal sebelum 5 Mei 2019 okay!


Untuk tempahan, korang boleh hubungi :

09 - 746 2233 ext. 3315
011 - 3137 3186 ( En. Izhar )

Website : www.grandrenai.com

#TheGrandRenai
#reviewbysisgeedotcom
#sisgeejalanjalan



























Nasi McD Kuah Kari, Nasi McD Lagi Puas!! Wah McDonald's keluarkan menu terbaru!! Korang dah rasa Nasi McD Kuah Kari? Ni kali kedua Gee makan Nasi McD Kuah Kari ni. Sebelum ni makan dengan anak - anak, si sulong habiskan semua! Haha! So kali kedua, Gee order lagi nak merasa sendiri kesedapan Nasi McD ni. 

Gee dapat tahu, ramai yang berikan komen positif kepada menu baru McDonald's kali ni. Ada yang bagitahu, "rasa kuah kari pior", "pedas tapi sedap!", dan pelbagai lagi komen positif. So, kita pun nak tahu jugak tahap kesedapan tu bagaimana kan...Hehehehe!


Nasi McD : Nasi Bersama Ayam Goreng, Kuah Kari dan Coleslaw 

Nasi McD bukan rasa macam putih tau! Rasa macam nasi ayam tapi mempunyai aroma yang boleh membangkitkan selera korang untuk makan, makan, dan makan lagi! Hahahahah! Hidangan set Nasi McD disertakan bersama seketul ayam goreng, coleslaw campuran sayur, kuah kari dan juga iced lemon tea. Kali ni Gee tukarkan iced lemon tea kepada McCafe Ice Latte. Hehe.


Kuah Kari Paling Win!!! Kuah kari tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Rasa kuah kari tak berminyak dan yang paling best adalah rasa kari yang pior! Rasa pedas kuah kari buatkan Nasi McD ni ada wowww! Serius korang kena cuba!

Korang kena makan sekali nasi bersama ayam dan coleslaw!! Sebabnya akan rasa crunchy ayam goreng McD dan juga crunchy salad coleslaw. Pastu kuah kari jangan lupa! Haaa...baru korang dapat merasa kesedapan gabungan set Nasi McD ni. 

Jadi Antara Yang Terawal Merasa Nasi McD di McDonald's Kuala Terengganu


Untuk pengetahuan korang, menu baru Nasi McD ni ada di beberapa cawangan McDonald's je tau!! Kalau di Terengganu, hanya store McDonald's Kuala Terengganu dan store McDonald's Kemaman sahaja korang boleh dapatkan menu baru Nasi McD Kuah Kari ini. Ini adalah kerana, sekarang pihak McDonald's sedang lakukan proses kajian dan feedback awal dari pelanggan untuk menu baru yang bakal dikeluarkan nanti.

Nasi McD Kuah Kari Dikeluarkan Pada 22 April 2019


Bermula 22 April 2019, menu baru McDonald's Nasi McD Kuah Kari boleh didapati diseluruh cawangan McDonald's seluruh Malaysia. Serius korang mesti cuba dan merasa sendiri kuah kari original yang dikeluarkan kali ni. Dengan harga RM 13.95 + RM 1.50, korang dapat makan dengan kenyang 1 set nasi berserta 1 ayam goreng, coleslaw, kuah kari dan juga iced lemon tea.

Ada yang dah cuba? Apa komen korang?

#reviewbysisgeedotcom
#McDonaldsKualaTerengganu













Tenang dan Nyaman Dapat Menginap Chalet Tepi Pantai di Ce'Wer Chalet 2, Marang, Terengganu | Seronoknya dapat lari daripada rutin biasa seharian yang semestinya sering dilanda stress dan kepenatan. Walaupun Gee hanya surirumah, namun kerja menulis artikel membuatkan Gee perlu keluar juga untuk kembalikan mood baru dan lebih tenang. 


Hujung minggu baru - baru ini, geng blogger Mek Yunie ada merancang untuk berkunjung ke Kuala Terengganu untuk membawa anak - anak menonton wayang filem terbaru Upin & Ipin. Berkebetulan pula ada beberapa event di Kuala Terengganu ketika itu. Terus Gee ajak Mek Yunie untuk join sekali event. Idea untuk mencari chalet di tepi pantai adalah sebab Gee memang dah lama teringin nak staycation di chalet tepi pantai.


Bila Gee google, terus terjumpa sebuah chalet yang kelihatan menarik untuk di tempah bersama keluarga Mek Yunie. Yang buatkan Gee tertarik adalah lokasi chalet penginapan sangat hampir dengan pantai! Terus Gee contact owner untuk urusan tempahan bilik. Alhamdulillah ada 2 bilik kosong ketika itu sebabnya Ce'Wer Chalet 2 sebenarnya sentiasa penuh di tempah oleh pengunjung luar. Mungkin mereka pun jatuh cinta seperti Gee dengan lokasi chalet yang berdekatan dengan pantai.

Tenangnya Suasana Damai di Ce'Wer Chalet 2, Marang

Sampai sahaja kami di perkarangan Ce'Wer Chalet 2, semua tergamam melihat keindahan dan kecantikan laut yang membiru. Walaupun dah orang Terengganu, Gee sendiri sangat cintakan pantai dan laut! Deretan chalet sangat hampir dengan pantai, sehinggakan kalau korang buka pintu bilik, terus nampak pantai. Anak - anak mula teruja bila lihat pasir yang putih dan mula merancang agenda mereka untuk keluarkan mainan pasir yang Gee bawa dari rumah.


Bilik Gee merupakan bilik yang sesuai untuk keluarga. Terdapat 1 katil Queen dan 1 katil single. Selain itu, terdapat juga kelengkapan lain seperti kettle, iron, televisyen, sejadah, extra toto dan juga extra bantal. Keluasan bilik sangat luas sehinggakan Gee boleh hampar toto untuk anak - anak baring dan bermain.


Dengar Bunyi Ombak Daripada Dalam Bilik



Malamnya, dapat dengar bunyi ombak dari dalam bilik. Nampak juga lampu - lampu bot yang bercandat sotong. Al maklumlah sekarang musim bercandat di Terengganu. Owh! dari pantai pun nampak tau Pulau Kapas. Memang view dari Ce'Wer Chalet 2 sangat cantik dan mendamaikan!

Lihat Sunrise Di Tepi Pantai 



Yang paling ditunggu adalah apabila ketika terbitnya matahari di waktu pagi. Selepas subuh, buka pintu bilik terus dapat bau air laut dan menghirup udara yang sangat segar! Terus merasa nak membina rumah sendiri di tepi pantai! Hahahahaha! Disediakan juga kerusi, meja dan pondok di tepi chalet yang berhampiran dengan pantai untuk kemudahan korang yang menginap di Ce'Wer Chalet 2. Anak - anak buka mata terus ke pantai sebab tak sabar nak main pasir pantai. Haa diaorang main sampai matahari naik kot!! Puas hati sungguh!!

Ce'Wer Chalet 2 Berhampiran Dengan Kedai Runcit, Restoran dan Bandar Kuala Terengganu



Kalau korang stay kat Ce'Wer Chalet 2 ni, ada banyak pilihan restoran dan kedai makan untuk diterjah. Nak ke bandar Kuala Terengganu hanya mengambil masa 15 hingga ke 20 minit sahaja. Gee recommendkan korang merasa lempeng di Restoran Lempeng yang berhampiran dengan Ce'Wer Chalet 2. Bermula makan tengahari sehingga ke malam ada pelbagai pilihan makanan untuk korang. Selain itu, ada banyak lagi deretan kedai makan yang berhampiran.

Teringin Untuk Repeat Lagi!!



Sememangnya Gee masih tak puas dapat stay 2 hari 1 malam di Ce'Wer Chalet 2. So pasni, kalau ada masa hujung minggu yang free, nak ajak incik suami repeat lagi. Best dan tenang je dapat duduk chalet tepi pantai. Hehe. Untuk korang yang datang travel ke Terengganu atau korang yang sememangnya stay di Terengganu, Gee sangat recommendkan Ce'Wer Chalet 2 ni! Kalau ada anak - anak kecil, siap sedia bawa mainan pasir tau! Cuma kalau anak - anak nak mandi, setakat tepi tu boleh lagi. Tu pun wajib pengawasan orang dewasa setiap saat wokey!


Untuk tempahan dan maklumat lanjut korang boleh hubungi :

CE'WER CHALET 2, KG RUSILA, MARANG

Telefon / Whatsapp : 013 - 923 5452 ( Kak Lah )

#sisgeejalanjalan
Kulit Bebas Bintik Hitam dan Lebih Lembut Dengan Safi Expert Solution | Bila kulit wajah dah semakin ke arah masalah penuaan ni, mula risau juga sebenarnya. Bukan tak boleh terima hakikat usia dah meningkat cuma kalau boleh selagi boleh rawat muka untuk kelihatan awet muda, mestilah nak kan? Hehe. Gee dah mula sedar, muka dah mula tunjuk tanda - tanda awal penuaan seperti munculnya bintik - bintik hitam sekitar pipi. Kalau zoom lebih dekat, parut jerawat pun banyak juga!! Itulah, zaman muda remaja suka sangat kan picit jerawat. Sekarang tanggung sendiri!

Safi Expert Solution Penyelemat Terbaik Untuk Dapatkan Kulit Wajah Kekal Muda



Terbaru daripada Safi!! Memperkenalkan Safi Expert Solution iaitu set penjagaan wajah yang dapat mengembalikan keremajaan kulit dengan merawat kulit korang dari dalam. Gee sendiri dah pun mencuba rangkaian penjagaan wajah Safi Expert Solution ni. Pertama kali lihat kotak, memang nampak sangat eksklusif dan istimewa produk keluaran Safi kali ini. 

Pertama kali Gee guna pada kulit, memang terasa perbezaannya. Baru sekali guna, kulit dah terasa lebih lembut dan segar!! Kulit Gee jenis kulit kering, tona tak sekata dan juga ada bintik - bintik hitam. Yang bestnya, bila amalkan dengan konsisten nampak perubahan kulit semakin sihat. So, semestinya Gee nak share kat blog Sis Gee apa yang best sangat dengan Safi Expert Solution ni!!

Safi Expert Solution Intensive Ampoules | Anti Hyper Pigmentation

Safi Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation merupakan 2 langkah penjagaan wajah yang diformulasikan daripada bahan aktif yang sangat berkhasiat tinggi daripada DN Age Technology. Kombinasi bahan aktif ini dapat menembusi sehingga ke lapisan dalam kulit bagi merawat masalah bintik - bintik hitam pada wajah, memberikan kelembapan maksima pada wajah dan juga menggalakkan proses pembaharuan kulit yang baru. 


Untuk pengetahuan korang, Safi Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation sangat selamat dan berkesan untuk digunakan. Ia tidak mengandungi minyak mineral, tiada alkohol, tiada silikon, tiada paraben serta tidak melibatkan ujikaji ke atas binatang.

Malah, bagi menguji keberkesanan Safi Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation, ujian klinikal telah dilaksanakan dan ia telah menunjukkan :

◉ 85.7% bintik - bintik hitam berkurang.
◉ 100% membantu pembaharuan kulit.
◉ 100% membantu keanjalan kulit wajah.
◉ 91.7% menjadikan kulit lebih tegang dan licin.
◉ 100% membantu memperbaiki masalah tona kulit.

CARA PENGGUNAAN SAFI INTENSIVE AMPOULES ANTI HYPER PIGMENTATION

Step 1 : Renewal Hydra Complex


Titiskan ampoules pada tapak tangan dengan menggunakan dropper yang disediakan. Kemudian, dengan perlahan - lahan korang tepuk pada kulit wajah agar Renewal Hydra Complex dapat meresap masuk ke dalam kulit. Teruskan step 2.

Step 2 : Supreme Anti - Spots Complex


Titiskan ampoules pada tapak tangan dengan menggunakan dropper. Kemudian, sapu pada kulit wajah dengan teknik urutan ke atas. 

Disarankan pemakaian yang konsisten untuk kedua - dua langkah supaya dapat kesan yang lagi best pada kulit. Amalkan setiap pagi dan malam selepas muka dicuci dengan bersih.

Safi Expert Solution Milk Drop Serum | Anti Dehydrated Skin

Seterusnya Gee nak kongsikan produk terbaru Safi iaitu pelembab yang mampu memberi kelembapan pada wajah korang sehingga 280%. Wow! Sememangnya Gee sangat perlukannya sebab kulit Gee sentiasa kering. 



Safi Expert Solution Milk Drop Serum diperkaya dengan NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid bagi mengaktifkan keupayaan mengembalikan kelembapan pada kulit wajah. Ia juga mempunyai formulasi hebat Hydra-Boost Capsules di mana akan merubah serum menjadi titisan air susu bagi memudahkan dan mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit wajah.

Menariknya, Safi Expert Solution Milk Drop Serum terbukti secara klinikal tidak mempunyai alkohol, tiada minyak mineral, tiada paraben dan juga tidak melibatkan ujian ke atas binatang. 


Berikut antara kesan - kesan yang diperolehi daripada pemakaian Safi Expert Solution Milk Drop Serum secara konsisten :

► 280% meningkatkan kelembapan segera pada wajah.
► Membekalkan lembapan berterusan selama 72 jam.
► 92.5% meningkatkan ketahanan kulit.
► Membantu mencerahkan kulit seawal sebulan pemakaian yang konsisten.
► Meningkatkan keanjalan kulit wajah setelah sebulan pemakaian yang konsisten.

CARA PENGGUNAAN SAFI EXPERT SOLUTION MILK DROP SERUM 


Step 1 : 

Sapukan serum pada kulit wajah dan leher yang telah dibersihkan.

Step 2 :

Urutkan secara lembut dan perlahan - lahan sehingga bertukar menjadi titisan air susu. Teruskan urutan sehingga serum meresap dengan sempurna ke dalam kulit wajah.

Kulit Lebih Lembab dan Licin!


Bila sendiri dah mencuba dan amalkan, sememangnya Gee terus jatuh cinta!! Kulit Gee dulu kering dan tona tidak sekata. Setelah Gee mencuba Safi Expert Solution ni, memang ia dapat merawat kulit Gee dari dalam dan mula nampak keberkesanannya pada kulit wajah. 

Jom Dapatkan Safi Expert Solution di Pasaran!!


Korang pun dah boleh mencuba produk terbaru Safi ni tau!! Sekarang ada promo best tau!!! Kalau korang beli mana - mana Safi Expert Solution di Guardian, korang akan dapat RM5 OFF!! Promosi ni berlangsung sehingga 29 April 2019 sahaja. Jom dapatkannya sekarang!!

Promo Code : IX745PM8OUASSA
Tempoh Promo : 2 April 2019 hingga 29 April 2019
Pembelian : Guardian




Karnival Kewangan Kuala Terengganu Penuh Informasi Untuk Seluruh Lapisan Masyarakat | Baru - baru ini. Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan telah menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu bermula 4 hingga 6 April 2019 di TH Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu. Karnival ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah. 


Semestinya, sebagai warga tetap Kuala Terengganu, Gee turut datang bersama suami dan anak - anak ke Karnival Kewangan tersebut. Seperti di hebahan sosial media, sememangnya terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, orang dewasa malah warga emas. 


Karnival yang bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan, celik kewangan dan memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat.


Satu siri jerayawara yang diberi nama “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” telah diadakan sebelum berlangsungnya Karnival sebagai usaha untuk mempromosikan Karnival ini. Melalui jerayawara itu, masyarakat tempatan tanpa mengira usia ditawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan seperti tip mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia, amalan pengurusan kewangan yang baik, pembukaan akaun bank, cetakan laporan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS. Jarak perjalanan sejauh 1,200km yang meliputi 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memberikan manfaat kepada lebih 3,000 orang.


Pada 4 April 2019, Karnival ini dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Semasa lawatan Y.A.B Dr. Ahmad, pelancaran laman sesawang MyWakaf dan Gerbang Pembayaran MyWakaf oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) juga berlangsung.


Di samping itu, BNM mengadakan beberapa sesi dialog dengan perniagaan tempatan, komuniti kewangan, agensi-agensi kerajaan dan pelajar-pelajar universiti yang dipengerusikan oleh Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid. Melalui sesi dialog tersebut, maklum balas positif, cabaran dan pendapat mengenai perkembangan yang memberikan kesan kepada wilayah Pantai Timur turut dikongsi.


Karnival Kewangan Terengganu menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 18,000 pengunjung dari Pantai Timur. Karnival ini disertai lebih 40 institusi kewangan dan agensi kerajaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing serta menyediakan khidmat nasihat kewangan dan akses pembiayaan. Seramai 1,800 pengunjung telah mencetak laporan CCRIS untuk menyemak status kredit dan mendaftar perkhidmatan eCCRIS. Karnival ini turut merekodkan lebih 16,000 khidmat nasihat kewangan dan kira-kira 4,000 transaksi kewangan bernilai lebih RM25 juta telah berjaya disempurnakan. 


Para pengunjung mendapat manfaat daripada taklimat tentang topik-topik seperti pembiayaan PKS, Skim Cepat Kaya, pengurusan hutang yang berkesan pada perspektif Islam, e-pembayaran, perlindungan insurans/takaful, Forum Perdana Ehwal Islam serta sesi perkongsian bersama usahawan berjaya seperti Caprice, Yaya Kuih Bulan dan Raw Denim House.


Karnival Kewangan ini adalah satu kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri kewangan, dan merupakan salah satu batu loncatan yang penting bagi meningkatkan lagi tahap celik kewangan di Malaysia.

Gee personally mencadangkan agar Karnival Kewangan sebegini sentiasa diadakan di Kuala Terengganu bagi terus memberi info kewangan terkini buat seluruh masyarakat tempatan. Ia merupakan inisiatif terbaik yang perlu dikekalkan. 

#KarnivalKewangan
#KarnivalKewanganKualaTerengganu
#KualaTerengganu
#KarnivalKewanganKT







































Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab