Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Kulit Bebas Bintik Hitam dan Lebih Lembut Dengan Safi Expert Solution | Bila kulit wajah dah semakin ke arah masalah penuaan ni, mula risau juga sebenarnya. Bukan tak boleh terima hakikat usia dah meningkat cuma kalau boleh selagi boleh rawat muka untuk kelihatan awet muda, mestilah nak kan? Hehe. Gee dah mula sedar, muka dah mula tunjuk tanda - tanda awal penuaan seperti munculnya bintik - bintik hitam sekitar pipi. Kalau zoom lebih dekat, parut jerawat pun banyak juga!! Itulah, zaman muda remaja suka sangat kan picit jerawat. Sekarang tanggung sendiri!

Safi Expert Solution Penyelemat Terbaik Untuk Dapatkan Kulit Wajah Kekal Muda



Terbaru daripada Safi!! Memperkenalkan Safi Expert Solution iaitu set penjagaan wajah yang dapat mengembalikan keremajaan kulit dengan merawat kulit korang dari dalam. Gee sendiri dah pun mencuba rangkaian penjagaan wajah Safi Expert Solution ni. Pertama kali lihat kotak, memang nampak sangat eksklusif dan istimewa produk keluaran Safi kali ini. 

Pertama kali Gee guna pada kulit, memang terasa perbezaannya. Baru sekali guna, kulit dah terasa lebih lembut dan segar!! Kulit Gee jenis kulit kering, tona tak sekata dan juga ada bintik - bintik hitam. Yang bestnya, bila amalkan dengan konsisten nampak perubahan kulit semakin sihat. So, semestinya Gee nak share kat blog Sis Gee apa yang best sangat dengan Safi Expert Solution ni!!

Safi Expert Solution Intensive Ampoules | Anti Hyper Pigmentation

Safi Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation merupakan 2 langkah penjagaan wajah yang diformulasikan daripada bahan aktif yang sangat berkhasiat tinggi daripada DN Age Technology. Kombinasi bahan aktif ini dapat menembusi sehingga ke lapisan dalam kulit bagi merawat masalah bintik - bintik hitam pada wajah, memberikan kelembapan maksima pada wajah dan juga menggalakkan proses pembaharuan kulit yang baru. 


Untuk pengetahuan korang, Safi Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation sangat selamat dan berkesan untuk digunakan. Ia tidak mengandungi minyak mineral, tiada alkohol, tiada silikon, tiada paraben serta tidak melibatkan ujikaji ke atas binatang.

Malah, bagi menguji keberkesanan Safi Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation, ujian klinikal telah dilaksanakan dan ia telah menunjukkan :

◉ 85.7% bintik - bintik hitam berkurang.
◉ 100% membantu pembaharuan kulit.
◉ 100% membantu keanjalan kulit wajah.
◉ 91.7% menjadikan kulit lebih tegang dan licin.
◉ 100% membantu memperbaiki masalah tona kulit.

CARA PENGGUNAAN SAFI INTENSIVE AMPOULES ANTI HYPER PIGMENTATION

Step 1 : Renewal Hydra Complex


Titiskan ampoules pada tapak tangan dengan menggunakan dropper yang disediakan. Kemudian, dengan perlahan - lahan korang tepuk pada kulit wajah agar Renewal Hydra Complex dapat meresap masuk ke dalam kulit. Teruskan step 2.

Step 2 : Supreme Anti - Spots Complex


Titiskan ampoules pada tapak tangan dengan menggunakan dropper. Kemudian, sapu pada kulit wajah dengan teknik urutan ke atas. 

Disarankan pemakaian yang konsisten untuk kedua - dua langkah supaya dapat kesan yang lagi best pada kulit. Amalkan setiap pagi dan malam selepas muka dicuci dengan bersih.

Safi Expert Solution Milk Drop Serum | Anti Dehydrated Skin

Seterusnya Gee nak kongsikan produk terbaru Safi iaitu pelembab yang mampu memberi kelembapan pada wajah korang sehingga 280%. Wow! Sememangnya Gee sangat perlukannya sebab kulit Gee sentiasa kering. 



Safi Expert Solution Milk Drop Serum diperkaya dengan NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid bagi mengaktifkan keupayaan mengembalikan kelembapan pada kulit wajah. Ia juga mempunyai formulasi hebat Hydra-Boost Capsules di mana akan merubah serum menjadi titisan air susu bagi memudahkan dan mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit wajah.

Menariknya, Safi Expert Solution Milk Drop Serum terbukti secara klinikal tidak mempunyai alkohol, tiada minyak mineral, tiada paraben dan juga tidak melibatkan ujian ke atas binatang. 


Berikut antara kesan - kesan yang diperolehi daripada pemakaian Safi Expert Solution Milk Drop Serum secara konsisten :

► 280% meningkatkan kelembapan segera pada wajah.
► Membekalkan lembapan berterusan selama 72 jam.
► 92.5% meningkatkan ketahanan kulit.
► Membantu mencerahkan kulit seawal sebulan pemakaian yang konsisten.
► Meningkatkan keanjalan kulit wajah setelah sebulan pemakaian yang konsisten.

CARA PENGGUNAAN SAFI EXPERT SOLUTION MILK DROP SERUM 


Step 1 : 

Sapukan serum pada kulit wajah dan leher yang telah dibersihkan.

Step 2 :

Urutkan secara lembut dan perlahan - lahan sehingga bertukar menjadi titisan air susu. Teruskan urutan sehingga serum meresap dengan sempurna ke dalam kulit wajah.

Kulit Lebih Lembab dan Licin!


Bila sendiri dah mencuba dan amalkan, sememangnya Gee terus jatuh cinta!! Kulit Gee dulu kering dan tona tidak sekata. Setelah Gee mencuba Safi Expert Solution ni, memang ia dapat merawat kulit Gee dari dalam dan mula nampak keberkesanannya pada kulit wajah. 

Jom Dapatkan Safi Expert Solution di Pasaran!!


Korang pun dah boleh mencuba produk terbaru Safi ni tau!! Sekarang ada promo best tau!!! Kalau korang beli mana - mana Safi Expert Solution di Guardian, korang akan dapat RM5 OFF!! Promosi ni berlangsung sehingga 29 April 2019 sahaja. Jom dapatkannya sekarang!!

Promo Code : IX745PM8OUASSA
Tempoh Promo : 2 April 2019 hingga 29 April 2019
Pembelian : Guardian




Karnival Kewangan Kuala Terengganu Penuh Informasi Untuk Seluruh Lapisan Masyarakat | Baru - baru ini. Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan telah menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu bermula 4 hingga 6 April 2019 di TH Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu. Karnival ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah. 


Semestinya, sebagai warga tetap Kuala Terengganu, Gee turut datang bersama suami dan anak - anak ke Karnival Kewangan tersebut. Seperti di hebahan sosial media, sememangnya terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, orang dewasa malah warga emas. 


Karnival yang bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan, celik kewangan dan memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat.


Satu siri jerayawara yang diberi nama “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” telah diadakan sebelum berlangsungnya Karnival sebagai usaha untuk mempromosikan Karnival ini. Melalui jerayawara itu, masyarakat tempatan tanpa mengira usia ditawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan seperti tip mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia, amalan pengurusan kewangan yang baik, pembukaan akaun bank, cetakan laporan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS. Jarak perjalanan sejauh 1,200km yang meliputi 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memberikan manfaat kepada lebih 3,000 orang.


Pada 4 April 2019, Karnival ini dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Semasa lawatan Y.A.B Dr. Ahmad, pelancaran laman sesawang MyWakaf dan Gerbang Pembayaran MyWakaf oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) juga berlangsung.


Di samping itu, BNM mengadakan beberapa sesi dialog dengan perniagaan tempatan, komuniti kewangan, agensi-agensi kerajaan dan pelajar-pelajar universiti yang dipengerusikan oleh Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid. Melalui sesi dialog tersebut, maklum balas positif, cabaran dan pendapat mengenai perkembangan yang memberikan kesan kepada wilayah Pantai Timur turut dikongsi.


Karnival Kewangan Terengganu menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 18,000 pengunjung dari Pantai Timur. Karnival ini disertai lebih 40 institusi kewangan dan agensi kerajaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing serta menyediakan khidmat nasihat kewangan dan akses pembiayaan. Seramai 1,800 pengunjung telah mencetak laporan CCRIS untuk menyemak status kredit dan mendaftar perkhidmatan eCCRIS. Karnival ini turut merekodkan lebih 16,000 khidmat nasihat kewangan dan kira-kira 4,000 transaksi kewangan bernilai lebih RM25 juta telah berjaya disempurnakan. 


Para pengunjung mendapat manfaat daripada taklimat tentang topik-topik seperti pembiayaan PKS, Skim Cepat Kaya, pengurusan hutang yang berkesan pada perspektif Islam, e-pembayaran, perlindungan insurans/takaful, Forum Perdana Ehwal Islam serta sesi perkongsian bersama usahawan berjaya seperti Caprice, Yaya Kuih Bulan dan Raw Denim House.


Karnival Kewangan ini adalah satu kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri kewangan, dan merupakan salah satu batu loncatan yang penting bagi meningkatkan lagi tahap celik kewangan di Malaysia.

Gee personally mencadangkan agar Karnival Kewangan sebegini sentiasa diadakan di Kuala Terengganu bagi terus memberi info kewangan terkini buat seluruh masyarakat tempatan. Ia merupakan inisiatif terbaik yang perlu dikekalkan. 

#KarnivalKewangan
#KarnivalKewanganKualaTerengganu
#KualaTerengganu
#KarnivalKewanganKT







































Kisah Disebalik Perkahwinan Siti Jamumall Mendapat Tajaan Sehingga RM500 Ribu | Untungnya seorang wanita cantik kecil molek yang bernama SURIANI atau lebih dikenali sebagai JAMUMALL ini. Berita perkahwinan beliau semakin tersebar di sosial media. Ia berkenaan perkahwinan beliau dan pasangan mendapat tajan sehingga RM 500 ribu! 


Pada mulanya, Siti Jamumall hanya mahu mengadakan majlis perkahwinan secara bersederhana sahaja. Namun, setelah beliau memuat naik status berkenaan perkahwinan yang bakal dilangsungkan di sosial media, terus ramai pihak yang menghubungi untuk sponsor perkahwinan beliau. Antaranya adalah founder produk, pemilik kedai dan pelbagai lagi pihak yang telah menghubungi beliau.


Kalau korang nak tahu, hampir 100 syarikat daripada pelbagai jenis produk termasuklah mereka yang baru berjinak - jinak dalam perniagaan ingin menawarkan tajaan mereka untuk perkahwinan Siti Jamumall.


Siti Jamumall sebak dan terharu kerana menerima terlalu banyak tajaan untuk perkahwinan yang disangkakan mahu diadakan secara sederhana sahaja. Ini merupakan hasil penat lelah dan berkat usaha beliau selama 3 tahun menjadi seorang promoter iaitu sebagai host untuk jamumall.com, menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan juga makanan.


Artis dan selebriti tempatan juga pernah menggunakan servis Siti Jamumall untuk mempromosikan produk mereka seperti Che Ta, Faizal FBI, Shuib, Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Shahrul Ridzuan dan juga Lana Nordin.


Kalau dahulu, Siti Jamumall membantu produk - produk baru untuk dikenali dan sehingga menjadi viral. Kini, perkahwinan beliau pula menjadi viral dek kerana sponsor yang datang bertalu - talu untuk majlis nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis sanding sehinggalah pakej berbulan madu. 

Berikut merupakan 13 top sponsor yang terlibat dalam majlis perkahwinan Siti Jamumall :

◉ Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
@weddingsbyemma

◉ Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
@mahligai_dlia_jane_bridal

◉ Grand Cake dari Mad About Cake
@madaboutcake_official

◉ VIP Menu dari Rumpun Selera
@rumpunselera

◉ Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
@anazahrabeautyhq

◉ Jamu dari Seri Lady Empire Resources
@seriladyofficialhq

◉ Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
@gallerybawal_galeri_bawal

◉ Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
@irah_sukri

◉ Telekung dari Pretty Aini
@prettyainiumrahhaji

◉ Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
@kenitzcosmetic

◉ Scarft dari Scarft By Mehrun
@scarfbymehrun

◉ Printed Box dari Art Creation Printing
@artcreationprintingmoq50pcs

◉ Perfume dari Luxe Essencia Resources

◉ Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
@arwanaperhentianresort


Tahniah buat Siti Jamumall dan pasangan! Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke jannah.. 💛
#sitijamumallwedding

Buat pertama kali jejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur. Sejak si sulong sekolah, Menara Kuala Lumpur antara wishlist dia juga. Selalu sangat dah Arsyad duk sebut - sebut ajak pergi Menara Kuala Lumpur. Mungkin kat sekolah, cikgu pun dah beri pendedahan awal. Rezeki kerjaya ibu sebagai blogger, Gee ada dapat pass untuk visit Menara Kuala Lumpur bulan Februari yang lepas. So, kebetulan cuti raya cina yang agak lama pula tuh. Apa lagi terus on ke KL alang - alang cuti sekolah seminggu. Hihi.

Explore Menara Kuala Lumpur Bersama Blogger Rodiah Amir & Mek Yunie

Kali ni Gee & family explore Menara Kuala Lumpur bersama rakan blogger Rodiah Amir & Mek Yunie & semestinya bersama suami dan anak-anak mereka. Hehehehe!!


Bagaikan rombongan, bila masing - masing punya anak kecil dan of course me paling ramai anak, terasa meriahnya suasana! Haha!! Bila ada anak kecil, waktu paling sesuai untuk mulakan eksplorasi adalah waktu pagi selepas sarapan pagi. Untuk mudahkan perjumpaan kami 3 family, kami jumpa di restoran berhampiran Menara Kuala Lumpur dan breakfast je kat situ. Sampai sana cari parking, pastu breakfast dan boleh terus mulakan eksplorasi. Hehe!! 



Recommendation!! Korang wajib bergambar kat depan Menara Kuala Lumpur ni sebelum korang mulakan eksplorasi korang. Especially yang ada anak kecil. Trust me! Hahahahaha!

Dah bergambar, seterusnya barulah korang boleh terus ke lobi atau kaunter tiket untuk bayaran masuk Menara Kuala Lumpur. Untuk membeli tiket, korang boleh beli di kaunter tiket atau kiosk yang disediakan di lobi. Kalau nak mudah lagi, korang boleh je beli tiket secara online! Lagi mudah kan?

Online Ticketing : << CLICK HERE >>

  
Owh ya! Untuk tiket, Menara Kuala Lumpur juga ada tawarkan harga tiket mengikut pakej tau!! Pakej digabungkan dengan tempat-tempat menarik lain yang ada disekitar Menara Kuala Lumpur iaitu Mini Zoo, Blue Coral, XD Theatre dan Upside Down House.


Jom Ketahui Daya Tarikan Menara Kuala Lumpur

◉ Sky Deck

Sky Deck ni 'open air' tau! So korang boleh melihat pemandangan Kuala Lumpur dari ketinggian 300 meter dari aras tanah secara terbuka. Ada yang suka lihat panorama di malam hari. Kalau nak nampak bangunan - bangunan di Kuala Lumpur dengan jelas, korang haruslah datang pada siang hari.

◉ Sky Box

Di Sky Box nilah korang wajib ambil gambar! Sebabnya Sky Box ni berlantaikan dan berdindingkan cermin tau! Kalau gayat, korang better jangan tengok bawah. Hehe. Sky Box ada dua iaitu Sky Box Pink dan Sky Box Blue.


Sky Box Pink paling ramai orang que sebabnya view KLCC. Sky Box Blue pulak view bangunan - bangunan lain di Kuala Lumpur.


Nak bergambar, korang kena ambil nombor giliran. Limit masa hanya 2 minit untuk satu sesi bergambar di Sky Box. Kalau tak puas 1 sesi, korang boleh ambil banyak nombor. Hahaha! Di Sky Box dah ada tau professional photographer. Diaorang akan ajar macam - macam gaya nanti. Gambar korang boleh beli kat kaunter gambar. Tapi dont worry, nak ambil gambar dengan phone sendiri pun boleh. Hehe.

◉ Sky Cafe


Dah penat bergambar dan melihat panorama Kuala Lumpur, korang boleh singgah di Sky Cafe. Sky Cafe ni pun cantik kalau nak lepak sambil sejukkan badan dengan air cond sebabnya view Sky Cafe pun KLCC. Sedia maklum harga agak pricey sebab lokasi Cafe yang berada di atas Menara Kuala Lumpur plus view yang cantik. Haha. Gee beli jugak buat syarat merasa.. Hahahahah!

◉ Sky Deck


Sky Deck, korang boleh melihat panorama Kuala Lumpur dari dalam bangunan yang berhawa dingin. Kerusi pun banyak disediakan untuk korang berehat seketika. Paling mengujakan adalah apabila anak - anak dapat menggunakan teropong yang disediakan untuk melihat bangunan dengan lebih dekat lagi.

Rancang Percutian Bersama Keluarga ke Menara Kuala Lumpur!!

Kalau ada anak - anak yang tengah seronok untuk explore benda baru, Gee sarankan korang boleh bawak diaorang datang ke Menara Kuala Lumpur. Anak - anak Gee duduk atas cermin tu langsung tak gayat malah mulut asyik bertanyakan itu ini dengan ayah diaorang. Sorry ibu gayat, so takleh fokus apa diaorang tanya. Hahaha!


Sememangnya, trip ke Menara Kuala Lumpur memang terbaik! Thank you geng blogger RODIAH dan MEK YUNIE sebab sama - sama join trip kali ni. So next!! Kemana kita nak terjah pula? Jeng Jeng Jeng....

Untuk lihat info lanjut berkenaan Menara Kuala Lumpur, korang boleh terus ke sini :

www.menarakl.com.my

#sisgeejalanjalan











McDonald's Kuala Terengganu Meraikan Hari Autism Sedunia di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 | Hari Autism Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April di seluruh dunia. Kebanyakkan sekolah dan pusat - pusat pendidikan pasti membuat sambutan bagi meraikan anak - anak istimewa ini. 

Baru - baru ini, Gee berkesempatan untuk menghadiri sambutan Hari Autism Sedunia di Sekolah Rendah Seri Budiman 2, Kuala Terengganu. Sambutan ini diadakan dengan kerjasama stesen radio Manis FM dan juga penaja makanan dari McDonald's Kuala Terengganu.


Seawal jam 8 pagi Gee sudah sampai di perkarangan kelas pelajar - pelajar Pendidikan Khas Sekolah Rendah Seri Budiman 2 bersama lagi 2 rakan blogger iaitu blogger Huda Halid dan suaminya Afiz Latif. Team McDonald's Kuala Terengganu bersiap sedia dengan menyediakan belon, set Happy Meal beserta mainan dan juga maskot bagi menceriakan pelajar - pelajar istimewa di sini.


Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada ustaz. Kemudian, anak - anak istimewa di bawa keluar daripada kelas bagi memulakan aktiviti bersempena sambutan Hari Autism Sedunia. Aktiviti menyanyi dan berjoget sangat menghiburkan. Tambahan pula, Mat Dan turut diundang sebagai artis jemputan bagi menceriakan lagi anak - anak istimewa di sini.


Gee pun teruja tengok mereka bergembira menyanyi dan berjoget mengikut muzik lagu Chicken Dance dan Baby Shark. Sporting sungguh anak - anak istimewa ini melakukan aktiviti bersama Mat Dan, DJ - DJ Radio Manis FM, Maskot McDonald's, team McDonald's, guru - guru serta semua rakan mereka yang lain. 


Bagi merasmikan Hari Sambutan Autism Sedunia, pihak Stesen Radio Manis FM turut menyediakan 2 biji kek yang berwarna biru yang sememangnya warna tema sebagai tanda sokongan kepada komuniti autism seluruh dunia.
Majlis perasmian dan acara memotong kek dilakukan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Budiman2 disertai bersama guru - guru lain dan semua pelajar kelas pendidikan khas sekolah ini. 
Anak - anak istimewa dijamu dengan set Happy Meal beserta mainan daripada McDonalds Kuala Terengganu. Seronok mereka bersama maskot McDonalds dan juga team McDonalds yang turut serta bemesra bersama mereka.


Sesi makan sangat meriah!! Al maklumlah setiap seorang dapat makan McDonalds kemudian diberikan pula mainan beserta dengan belon. Semua excited nak buka toys!! 
Menurut guru di sini, ini merupakan sambutan Hari Autism paling besar dan meriah di adakan di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2. Semua guru berasa sangat seronok apabila melihat anak - anak didik istimewa mereka diraikan dengan penuh istimewa daripada Stesen Radio Manis FM dan juga McDonald's Kuala Terengganu.
Team Manis FM dan McDonalds sungguh - sungguh komited dan sporting untuk menghiburkan anak - anak istimewa pada hari tersebut. Personally, Gee rasa collaboration diaorang memang terbaik bagi meraikan insan istimewa yang terkadang ramai antara kita lupa tentang kewujudan mereka. Salute team Manis FM & McDonalds!!
Kat sini, Gee pun nak war - warkan kepada warga Kuala Terengganu yang ingin mengadakan sebarang event, majlis atau apa - apa sambutan yang melibatkan anak - anak sekolah, orang tua, anak - anak yatim, golongan kurang upaya dan sebagainya, korang boleh dapatkan servis team McDonald's Kuala Terengganu untuk sponsor air, makanan atau apa - apa yang munasabah yang boleh mereka berikan. Program ini dipanggil Program Komuniti McDonald's & RMHC di mana McDonald's sedia untuk turun padang bagi menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan oleh komuniti setempat.
Keperihatinan McDonalds Kuala Terengganu terhadap komuniti memang patut dipuji. Seronok melihat senyuman terukir di wajah anak - anak istimewa ini. Tahniah diucapkan kepada Pengurus McDonald's Kuala Terengganu iaitu Encik Wan Muhairyzal di atas inisiatif yang dilakukan bagi memberi kegembiraan anak - anak istimewa bersempena sambutan Hari Autism Sedunia di seluruh negara.
All the best team McDonald's Kuala Terengganu!!!


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab