Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Buat pertama kali jejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur. Sejak si sulong sekolah, Menara Kuala Lumpur antara wishlist dia juga. Selalu sangat dah Arsyad duk sebut - sebut ajak pergi Menara Kuala Lumpur. Mungkin kat sekolah, cikgu pun dah beri pendedahan awal. Rezeki kerjaya ibu sebagai blogger, Gee ada dapat pass untuk visit Menara Kuala Lumpur bulan Februari yang lepas. So, kebetulan cuti raya cina yang agak lama pula tuh. Apa lagi terus on ke KL alang - alang cuti sekolah seminggu. Hihi.

Explore Menara Kuala Lumpur Bersama Blogger Rodiah Amir & Mek Yunie

Kali ni Gee & family explore Menara Kuala Lumpur bersama rakan blogger Rodiah Amir & Mek Yunie & semestinya bersama suami dan anak-anak mereka. Hehehehe!!


Bagaikan rombongan, bila masing - masing punya anak kecil dan of course me paling ramai anak, terasa meriahnya suasana! Haha!! Bila ada anak kecil, waktu paling sesuai untuk mulakan eksplorasi adalah waktu pagi selepas sarapan pagi. Untuk mudahkan perjumpaan kami 3 family, kami jumpa di restoran berhampiran Menara Kuala Lumpur dan breakfast je kat situ. Sampai sana cari parking, pastu breakfast dan boleh terus mulakan eksplorasi. Hehe!! 



Recommendation!! Korang wajib bergambar kat depan Menara Kuala Lumpur ni sebelum korang mulakan eksplorasi korang. Especially yang ada anak kecil. Trust me! Hahahahaha!

Dah bergambar, seterusnya barulah korang boleh terus ke lobi atau kaunter tiket untuk bayaran masuk Menara Kuala Lumpur. Untuk membeli tiket, korang boleh beli di kaunter tiket atau kiosk yang disediakan di lobi. Kalau nak mudah lagi, korang boleh je beli tiket secara online! Lagi mudah kan?

Online Ticketing : << CLICK HERE >>

  
Owh ya! Untuk tiket, Menara Kuala Lumpur juga ada tawarkan harga tiket mengikut pakej tau!! Pakej digabungkan dengan tempat-tempat menarik lain yang ada disekitar Menara Kuala Lumpur iaitu Mini Zoo, Blue Coral, XD Theatre dan Upside Down House.


Jom Ketahui Daya Tarikan Menara Kuala Lumpur

◉ Sky Deck

Sky Deck ni 'open air' tau! So korang boleh melihat pemandangan Kuala Lumpur dari ketinggian 300 meter dari aras tanah secara terbuka. Ada yang suka lihat panorama di malam hari. Kalau nak nampak bangunan - bangunan di Kuala Lumpur dengan jelas, korang haruslah datang pada siang hari.

◉ Sky Box

Di Sky Box nilah korang wajib ambil gambar! Sebabnya Sky Box ni berlantaikan dan berdindingkan cermin tau! Kalau gayat, korang better jangan tengok bawah. Hehe. Sky Box ada dua iaitu Sky Box Pink dan Sky Box Blue.


Sky Box Pink paling ramai orang que sebabnya view KLCC. Sky Box Blue pulak view bangunan - bangunan lain di Kuala Lumpur.


Nak bergambar, korang kena ambil nombor giliran. Limit masa hanya 2 minit untuk satu sesi bergambar di Sky Box. Kalau tak puas 1 sesi, korang boleh ambil banyak nombor. Hahaha! Di Sky Box dah ada tau professional photographer. Diaorang akan ajar macam - macam gaya nanti. Gambar korang boleh beli kat kaunter gambar. Tapi dont worry, nak ambil gambar dengan phone sendiri pun boleh. Hehe.

◉ Sky Cafe


Dah penat bergambar dan melihat panorama Kuala Lumpur, korang boleh singgah di Sky Cafe. Sky Cafe ni pun cantik kalau nak lepak sambil sejukkan badan dengan air cond sebabnya view Sky Cafe pun KLCC. Sedia maklum harga agak pricey sebab lokasi Cafe yang berada di atas Menara Kuala Lumpur plus view yang cantik. Haha. Gee beli jugak buat syarat merasa.. Hahahahah!

◉ Sky Deck


Sky Deck, korang boleh melihat panorama Kuala Lumpur dari dalam bangunan yang berhawa dingin. Kerusi pun banyak disediakan untuk korang berehat seketika. Paling mengujakan adalah apabila anak - anak dapat menggunakan teropong yang disediakan untuk melihat bangunan dengan lebih dekat lagi.

Rancang Percutian Bersama Keluarga ke Menara Kuala Lumpur!!

Kalau ada anak - anak yang tengah seronok untuk explore benda baru, Gee sarankan korang boleh bawak diaorang datang ke Menara Kuala Lumpur. Anak - anak Gee duduk atas cermin tu langsung tak gayat malah mulut asyik bertanyakan itu ini dengan ayah diaorang. Sorry ibu gayat, so takleh fokus apa diaorang tanya. Hahaha!


Sememangnya, trip ke Menara Kuala Lumpur memang terbaik! Thank you geng blogger RODIAH dan MEK YUNIE sebab sama - sama join trip kali ni. So next!! Kemana kita nak terjah pula? Jeng Jeng Jeng....

Untuk lihat info lanjut berkenaan Menara Kuala Lumpur, korang boleh terus ke sini :

www.menarakl.com.my

#sisgeejalanjalan











McDonald's Kuala Terengganu Meraikan Hari Autism Sedunia di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 | Hari Autism Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April di seluruh dunia. Kebanyakkan sekolah dan pusat - pusat pendidikan pasti membuat sambutan bagi meraikan anak - anak istimewa ini. 

Baru - baru ini, Gee berkesempatan untuk menghadiri sambutan Hari Autism Sedunia di Sekolah Rendah Seri Budiman 2, Kuala Terengganu. Sambutan ini diadakan dengan kerjasama stesen radio Manis FM dan juga penaja makanan dari McDonald's Kuala Terengganu.


Seawal jam 8 pagi Gee sudah sampai di perkarangan kelas pelajar - pelajar Pendidikan Khas Sekolah Rendah Seri Budiman 2 bersama lagi 2 rakan blogger iaitu blogger Huda Halid dan suaminya Afiz Latif. Team McDonald's Kuala Terengganu bersiap sedia dengan menyediakan belon, set Happy Meal beserta mainan dan juga maskot bagi menceriakan pelajar - pelajar istimewa di sini.


Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada ustaz. Kemudian, anak - anak istimewa di bawa keluar daripada kelas bagi memulakan aktiviti bersempena sambutan Hari Autism Sedunia. Aktiviti menyanyi dan berjoget sangat menghiburkan. Tambahan pula, Mat Dan turut diundang sebagai artis jemputan bagi menceriakan lagi anak - anak istimewa di sini.


Gee pun teruja tengok mereka bergembira menyanyi dan berjoget mengikut muzik lagu Chicken Dance dan Baby Shark. Sporting sungguh anak - anak istimewa ini melakukan aktiviti bersama Mat Dan, DJ - DJ Radio Manis FM, Maskot McDonald's, team McDonald's, guru - guru serta semua rakan mereka yang lain. 


Bagi merasmikan Hari Sambutan Autism Sedunia, pihak Stesen Radio Manis FM turut menyediakan 2 biji kek yang berwarna biru yang sememangnya warna tema sebagai tanda sokongan kepada komuniti autism seluruh dunia.
Majlis perasmian dan acara memotong kek dilakukan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Budiman2 disertai bersama guru - guru lain dan semua pelajar kelas pendidikan khas sekolah ini. 
Anak - anak istimewa dijamu dengan set Happy Meal beserta mainan daripada McDonalds Kuala Terengganu. Seronok mereka bersama maskot McDonalds dan juga team McDonalds yang turut serta bemesra bersama mereka.


Sesi makan sangat meriah!! Al maklumlah setiap seorang dapat makan McDonalds kemudian diberikan pula mainan beserta dengan belon. Semua excited nak buka toys!! 
Menurut guru di sini, ini merupakan sambutan Hari Autism paling besar dan meriah di adakan di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2. Semua guru berasa sangat seronok apabila melihat anak - anak didik istimewa mereka diraikan dengan penuh istimewa daripada Stesen Radio Manis FM dan juga McDonald's Kuala Terengganu.
Team Manis FM dan McDonalds sungguh - sungguh komited dan sporting untuk menghiburkan anak - anak istimewa pada hari tersebut. Personally, Gee rasa collaboration diaorang memang terbaik bagi meraikan insan istimewa yang terkadang ramai antara kita lupa tentang kewujudan mereka. Salute team Manis FM & McDonalds!!
Kat sini, Gee pun nak war - warkan kepada warga Kuala Terengganu yang ingin mengadakan sebarang event, majlis atau apa - apa sambutan yang melibatkan anak - anak sekolah, orang tua, anak - anak yatim, golongan kurang upaya dan sebagainya, korang boleh dapatkan servis team McDonald's Kuala Terengganu untuk sponsor air, makanan atau apa - apa yang munasabah yang boleh mereka berikan. Program ini dipanggil Program Komuniti McDonald's & RMHC di mana McDonald's sedia untuk turun padang bagi menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan oleh komuniti setempat.
Keperihatinan McDonalds Kuala Terengganu terhadap komuniti memang patut dipuji. Seronok melihat senyuman terukir di wajah anak - anak istimewa ini. Tahniah diucapkan kepada Pengurus McDonald's Kuala Terengganu iaitu Encik Wan Muhairyzal di atas inisiatif yang dilakukan bagi memberi kegembiraan anak - anak istimewa bersempena sambutan Hari Autism Sedunia di seluruh negara.
All the best team McDonald's Kuala Terengganu!!!


MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 | Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan. 


Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”


“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.

Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”


“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal. 

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. 

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.

Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web :
 
https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019
Lirik Lagu Sambil, OST Jodoh - Jodoh Annisa | Siapa dah terjebak dengan drama rantaian bersiri yang panjang Jodoh - Jodoh Annisa? Gee ni bukanlah kaki drama sangat. Ada la layan beberapa drama yang sempat follow. Tapi kali ni, drama Jodoh - Jodoh Annisa keluar kat tv, memang follow rapat sungguh! Nasib kat rumah ada pvr so biasanya Gee rekod je dulu. Nak layan online macam tak berapa gemar. Mungkin tak biasa lagi layan drama secara online. So bila rekod, Gee akan layan time memang free tanpa gangguan anak-anak. Hahahahaha!


Lagu Sambil ni lagu tema drama Jodoh - Jodoh Annisa. Pada awalnya, Gee tak suka sangat lagu ni. Tapi bila dah seminggu layan drama ni, makin lama Gee rasa macam best pulak lagu Sambil ni.

Rupa-rupanya, lagu ni dendangan Amira Othman dan adiknya Irfan Haris. Wow! Memang gandingan yang mantap lah kalau dapat menaikkan lagu Sambil ni. 

Yang belum pernah dengar, boleh layan video kat sini : << Video Lagu Sambil >>

Kat sini Gee kongsikan liriknya sekali! Jom karoks!


Lagu : Sambil
Penyanyi : Amira Othman & Irfan Haris

Usaplah Airmata Di Pipimu
Hentikan Suara Sendu Tangismu
Kerna Aku Mula Sedar Segalanya
Maafkan Aku
Curangi Kamu

Cukuplah Kau Memujukku Kembali
Hatiku Tawar Takkan Manis Lagi
Sejujurnya Ku Juga Merinduimu
Namun Tak Mampu
Ku Maafkan Kesilapanmu

Sambil Ku Teringat Kamu
Sambil Ku nyanyikan Lagu
Sambil Itu Kau Melupakan Diriku
Sambil Engkau Sudah Tidak Punya Rasa
Sambil Aku Menangis

Andai Kau Temukan Penggantiku
Beruntungnya Dia Miliki Kamu
Sempurna Kamu
Bidadari Pun Cemburu

Sambil Ku Teringat Kamu
Sambil Ku Nyanyikan Lagu
Sambil Itu Kau Melupakan Diriku
Sambil Engkau Sudah Tidak Punya Rasa
Sambil Aku Menangis

Sambil Ku Teringat Kamu
Sambil Ku nyanyikan Lagu
Sambil Itu Kau Melupakan Diriku
Sambil Engkau Sudah Tidak Punya Rasa
Sambil Aku Menangis

Sambil Aku Menangis

Menangis…


#jodohjodohannisa

Tips Penjagaan Muka Untuk Kulit Kusam dan Nampak Natural Sepanjang Hari Dengan Gold Nano CC Cream | Siapa suka make up natural? Yeay kita geng! Gee antara mereka yang kategori malas bersiap. Al maklumlah anak ada 4, bawah umur pulak tu. Nak bersiap lama, nanti nak siapkan diaorang pulak! Kalau outing, Gee suka pakai make up se minima yang boleh! Tu pun sebab tak nak bagi nampak kulit terlalu kusam, parut - parut jerawat dan juga bintik - bintik hitam kelihatan. At least, takde lah orang kata walaupun dah kahwin dan dah ada anak, penampilan terus jadi huru hara. 


Kalau korang nak tahu, dah hampir sebulan Gee dipertemukan dengan CC Cream yang super duper best ni. Yang paling membuatkan Gee jatuh cinta adalah kesan selepas pakai CC Cream ni, kulit nampak natural walaupun tanpa solekan bewarna - warna. Maksud natural ni, kulit tidak kelihatan putih yang pelik, berminyak atau kelabu asap! Opps! Nak tahu CC Cream apa, jom Gee kongsikan di entry post kali ni.

Kulit Nampak Natural Dengan Gold Nano CC Cream


Gold Nano CC Cream merupakan salah satu daripada rangkaian produk Hansaegee Nature. Hansaegee Nature telah mengeluarkan pelbagai produk untuk kesihatan dan kecantikan kulit antaranya adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Aqua Whitening Cream dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, semua produk diperbuat daripada Korea dan Gold Nano CC Cream ini merupakan 'BEST PRODUCT' mereka setelah bertahun lamanya.

Gold Nano CC Cream merupakan krim siang yang meliputi pelbagai fungsi. Maka kalau korang memakai Gold Nano CC Cream, ia bukan sahaja boleh dijadikan alas solekan malah ia berfungsi untuk merawat kulit korang juga. Kalau korang perasan, di Gold Nano CC Cream ada tertulis 'Colour Control Cream' di mana ia bermaksud Gold Nano CC Cream ini fizikalnya adalah krim berwarna putih, namun setelah korang pakai dan blend pada kulit, warna Gold Nano CC Cream akan disesuaikan dengan warna kulit korang. Menarikkan?


Satu Gold Nano CC Cream boleh dipakai untuk semua jenis warna kulit!! Sangat mudah sebab bagi Gee sendiri, kalau krim di pasaran yang mempunyai pelbagai tona warna krim, sekiranya tersilap memilih warna, kulit kita akan menjadi terlebih putih atau terlebih gelap. 

Menariknya Gold Nano CC Cream ini, warna krim akan sesuaikan dengan warna kulit korang! Tak kisah kulit berwarna putih pucat, sawo matang, hitam manis atau sebagainya. 

Ketahui Ramuan Utama Terkandung di Dalam Gold Nano CC Cream

#1 Mineral Water

Mineral water akan memastikan keseimbangan PH kulit korang supaya kekal lembab sepanjang hari. Selain itu, ia juga membantu kulit menjadi lebih anjal dan sihat.

#2 Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Kulit yang bermasalah seperti jerawat dapat dirawat dengan penggunaan Gold Nano CC Cream ini. Ini kerana Gold Nano CC Cream akan bertindak sebagai penghalang kuman dan bakteria pada kulit yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

#3 Nano Gold

Nano Gold pula berfungsi sebagai agen anti penuaan pada kulit korang. Kulit akan menjadi lebih lembut dan awet muda.

Tekstur Gold Nano CC Cream Sangat Ringan Pada Kulit


Kalau krim siang semestinya Gee sukakan tekstur krim yang ringan pada kulit. Al maklumlah cuaca di Malaysia agak panas. Nanti muka nampak berminyak dan krim muka bertukar menjadi tompok - tompok di wajah. Namun tidak terjadi kejadian sebegitu apabila Gee memakai Gold Nano CC Cream. Tekstur Cream tidak melekit, tidak berminyak dan sangat ringan pada kulit. Kalau korang pakai dari awal pagi sehingga tengahari, kulit nampak sekata dan natural je tau!


Tekstur cream adalah berwarna putih seperti sapuan yang Gee buat pada kulit tangan Gee. Tapi korang tak perlu risau, takdenya cream ni akan menjadikan kulit putih yang pelik. Malah, bila korang blend dengan sekata, lama - kelamaan cream akan bertukar mengikut warna kulit korang. Lagi memudahkan adalah korang hanya perlu blend dengan jari sahaja!! Senang kan? Korang boleh tengok gambar kat bawah ni pulak.


Gambar kat atas Gee buat magik kat sehelai kertas putih. Bila kita blend dengan jari, warna akan bertukar menjadi warna kulit. Sebab itu satu Gold Nano CC Cream ni boleh digunakan pada kulit yang pelbagai tona warna.

Gold Nano CC Cream Mempunyai SPF 50 + PA +++


Gold Nano CC Cream mempunyai pelbagai fungsi. Kalau krim siang, semestinya nak ada perlindungan sinaran matahari untuk mengelakkan kulit rosak dan terbakar. Pemakaian Gold Nano CC Cream dapat melindungi kulit korang daripada sinaran matahari terik. So, kalau nak pergi bercuti ke pantai atau pulau, semestinya wajib bawa Gold Nano CC Cream ini. 

Cara Penggunaan Gold Nano CC Cream


Kulit Lebih Glowing dan Sihat Dengan Gold Nano CC Cream


Sememangnya Gold Nano CC Cream mempunyai pelbagai fungsi. Korang dah tak perlu nak apply make up primer, foundation atau make up based yang lain. Penggunaan Gold Nano CC Cream sudah memadai dapat menutup segala cela pada wajah termasuk parut jerawat dan juga bintik - bintik hitam. Tambahan pula, pemakaian Gold Nano CC Cream pada kulit wajah dapat merawat kulit yang bermasalah juga seperti masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, tona kulit tak sekata dan sebagainya. 

Untuk mendapatkan Gold Nano CC Cream ini, korang boleh hubungi atau klik pada pautan yang Gee sediakan kat bawah ini.


Company name: Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab