Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Dapatkan Koleksi Diecast Jenama Terkenal, Murah dan Original di Malaysia | Mempunyai koleksi mainan diecast adalah menjadi kegilaan bagi peminat - peminat diecast sendiri. Mereka sanggup mengeluarkan belanja sehingga ribuan ringgit bagi mendapatkan koleksi diecast yang eksklusif dan berjenama. Namun, korang harus pastikan korang membeli daripada trusted seller supaya barangan yang diperolehi adalah diecast yang original dan harga yang sepatutnya.


Incik suami Gee sendiri sangat suka mengumpul mainan diecast ni, namun bila dah ada anak - anak, hobi itu berkubur macam tu je. Koleksi yang ada pun dah jadi koleksi anak - anak. Tu koleksi yang biasa - biasa je. Tapi di entry ni Gee nak kongsikan koleksi diecast yang luar biasa dan sangat istimewa!! Tokey ni dah menjadi seller favourite di kalangan pengumpul diecast di luar negara tau!! Memang trusted seller ni! Jom baca entry Gee seterusnya!


Ms Diecast Store Tawarkan Servis Jualan Diecast Original Daripada Pengeluar Luar Negara



Berita baik untuk peminat diecast di Malaysia, kini korang dah tak perlu buat tempahan koleksi diecast yang korang nak daripada penjual luar Malaysia. Nak jimat kos penghantaran, korang order je diecast original daripada Ms Diecast Store yang beroperasi di Kuala Terengganu, Terengganu. Ms Diecast Store menawarkan servis jualan pelbagai permainan hiasan jenama terkenal di dunia yang lebih dikenali sebagai diecast. 


Semua diecast adalah yang asli dan original daripada pengeluar yang sah di luar negara. Ya!! Semua stok adalah di order daripada direct pengeluar dari luar negara. Tapi korang jangan risau!! Kerja pengeposan untuk pelanggan Ms Diecast Store dibuat sendiri oleh pemilik perniagaan Ms Diecast Store. Ini bagi memastikan kualiti dan model yang di order adalah betul dan tidak mempunyai sebarang kerosakan sebelum dimiliki oleh pelanggan.

Terdapat Banyak Pilihan Brand Diecast Untuk Dipilih



Ada banyak koleksi diecast yang dijadikan stok untuk pengumpul koleksi diecast di Malaysia. Namun, sekiranya model diecast yang korang inginkan tiada dalam stok, Ms Diecast Store akan menguruskan proses pre order daripada pengeluar jenama tersebut sendiri. Sangat mudah! Antara pilihan jenama yang ada adalah Tomica, Sany, Tiny HK, Mammoet, WSI Models dan lain - lain lagi jenama yang ada. 

Reka Bentuk Diecast Unik dan Details


Kalau mainan biasa di pasaran, kereta mainan tu sekadar kereta saja kan? Kalau mainan Diecast berjenama antarabangsa ni, setiap model mempunyai ciri reka bentuk yang sangat unik. Setiap satu model di buat mengikut size dan skala tertentu. Skala ini diukur berdasarkan model kereta atau kenderaan yang sebenar. 


Berikut antara contoh skala diecast berdasarkan model yang ada :

● Skala kereta, van 1:76
● Skala Tomica 1:64
● Skala WSI 1:50
● Skala SANY 1:35


Setiap diecast mempunyai details yang berbeza seperti bukaan bonet depan dan belakang, bukaan pintu, dan sebagainya. Selain itu, ramai yang gilakan diecast adalah kerana setiap model diecast diperbuat seperti buatan asal cuma size yang berbeza. 

Antara Koleksi dan Harga Diecast Dalam Pasaran 


DIECAST BRAND TINY HK

◈ Mini Cooper MK : RM40
◈ Isuzu N Series : RM50
◈ Toyota Hiace Gogo Van : RM50
◈ HINO 300 Tow Truck : RM50

DIECAST BRAND LAIN 

◈ Honda Civic Type R (FK8R) : RM55 ( Pilihan warna merah, biru, putih, hitam )
◈ Tomica Limited Vintage : RM95
◈ Tomica Limited Vintage Lori : RM195
◈ Sany Single Drum Roller China Brand : RM290
◈ Green Light ( mini car from US ) : RM 35

RESIN HANDMADE MODEL

◈ One Model HONDA FD Mugen RR : RM150

Jom Lihat Testimoni Pelanggan DS Diecast Store






Jom Dapatkan Koleksi Diecast Original!!



Nak cari supplier Diecast murah dan boleh dipercayai? Jom dapatkan koleksi diecast daripada MS Diecast Store. Korang boleh buat pre order dulu mana - mana koleksi yang korang inginkan. Tempoh masa pre order hanya mengambil masa sekurang - kurangnya 10 hari sahaja! Semua diecast di order daripada direct pengeluar luar negara di mana terjamin kualiti dan standard diecast yang asli. Nak beli untuk diri-sendiri atau jadikan hadiah? Semua boleh diuruskan!!


Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, korang boleh hubungi maklumat di bawah ni :

MS DIECAST STORE | SUPPLIER DIECAST MURAH DI MALAYSIA

Facebook : Ms Diecast Store

Instagram : @msdiecaststore

WhatsApp : 017-9598929


Set Penjagaan Rambut Asmak Untuk Seisi Keluarga | Rambut merupakan aset yang penting bagi setiap individu. Tanpa penjagaan rambut yang betul, ia akan mengakibatkan rambut berbau busuk, kegatalan kulit kepala, masalah rambut kering, kelemumur, keguguran rambut, rambut bercabang dan pelbagai lagi masalah rambut bakal di hadapi. Gee sendiri selalu runsing sekiranya rambut bermasalah kerana nanti akan membuatkan stress dan tidak selesa sepanjang masa.


Bila anak - anak dah semakin membesar dan aktif, penjagaan rambut juga penting. Terutamanya Amani dan Ardini yang mempunyai rambut yang semakin panjang. Setiap pagi diaorang akan mandi dan basahkan rambut, kemudian pakai tudung sampai ke tengahari. Waktu petang pula diaorang aktif bermain di luar rumah. Kalau tidak memberi penjagaan rambut yang betul, risau rambut mereka rosak seawal usia mereka. 

Baru - baru ini Gee ketahui produk bayi yang tersohor iaitu Asmak telah mengeluarkan set penjagaan rambut yang boleh digunakan untuk seluruh ahli keluarga. Tidak semua produk rambut sesuai digunakan untuk semua peringkat umur kan? Jom Gee kongsikan lebih lanjut tentang produk penjagaan rambut Asmak ini.

Jom Kenali Jenama Asmak

MHAM Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif. Produk keluaran mereka merupakan produk yang berstatus halal dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi, penggunaan produk pada semua peringkat umur termasuklah bayi adalah selamat dan juga berkesan.

Suka Produk Penjagaan Rambut Asmak


Untuk mendapatkan rambut yang sihat, cantik dan terurus, Gee sangat sarankan menggunakan 3 produk ini. Gee sendiri dah guna dan rasa kesan yang best, so korang pun patut cuba juga! Jom Gee kongsikan 3 produk penjagaan rambut Asmak ini.

1. SHAMPOO BUNGA RAYA PLUS

Semerbak bau wangi dalam bilik air bila korang guna Shampoo Bunga Raya Plus ni. Bau dia memang best!! Ramuannya terdiri daripada bunga raya, coconut oil, babassu oil, tea tree oil jojoba oil dan juga acerola. 



CARA PENGGUNAAN :

◉ Basuhkan rambut sehingga basah kulit kepala.
◉ Picit Shampoo Bunga Raya Plus pada telapak tangan bergantung pada keperluan pengguna.
◉ Urutkan Shampoo Bunga Raya Plus pada rambut dan kulit kepala yang basah.
◉ Biarkan selama 2 minit supaya zat pada shampoo meresap pada rambut.
◉ Bilaskan dengan air sehingga bersih.

TIPS TAMBAHAN :

➜ Elakkan menyikat rambut dengan kasar.
➜ Sekiranya rambut sedang basah, balutkan dengan tuala dan biarkan dulu seketika.
➜ Selepas itu, barulah sikat dengan perlahan - lahan.

HARGA :

RM 49 ( Semenanjung )
RM 54 ( Sabah & Sarawak )
Isi kandungan : 500ml

TESTIMONI LAIN :




2. SEVENIS HAIR OIL

Tekstur rambut sangat best bila korang sapu Sevenis Hair Oil ni. Ia merupakan minyak rambut yang digunakan setelah rambut kering. Antara ramuan Sevenis Hair Oil adalah light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, castor oil, olive oil dan argan oil.



CARA PENGGUNAAN :

◉ Gunakan selepas rambut separa kering atau sudah kering, picit Sevenis Hair Oil ke tapak tangan dan gunakan hujung jari untuk mengurut dan ratakan le seluruh kulit kepala dan helaian rambut.

TIPS TAMBAHAN :

➜ Sapukan Sevenis Hair Oil pada rambut secara rata sebelum tidur dan balut sepanjang malam. 
➜ Keesokkan pagi, terus cuci rambut menggunakan Shampoo Bunga Raya Plus.
➜ Hasilnya, rambut korang akan lebih sihat, bersinar dan kuat.

HARGA :

RM 29
Isi kandungan : 150ml

TESTIMONI LAIN :




3. HAIR MOISTURIZER WITH SERUM

Rambut menjadi lebih sihat dengan penggunaan Hair Moisturizer With Serum. Penggunaan serum pada rambut sangat bagus bagi membekalkan keperluan nutrisi pada rambut korang. Antara ramuan yang terkandung di dalamnya adalah bunga raya, argan oil, olive oil, rose canina fruit oil dan juga coconut oil.


CARA PENGGUNAAN :

◉ Selepas korang menggunakan Shampoo Bunga Raya Plus, keringkan rambut dahulu kemudian picitkan sedikit Hair Moisturizer With Serum kat atas tapak tangan kemudian urutkan dari akar rambut sehingga ke hujung rambut.

TIPS TAMBAHAN :

➜ Gunakan serum 3 kali seminggu sekiranya korang menggunakan ke semua produk set penjagaan rambut Asmak seperti Shampoo Bunga Raya Plus, Sevenis Hair Oil dan Hair Moisturizer Serum.  

HARGA :

RM 80 ( Semenanjung )
RM 90 ( Sabah & Sarawak )
Isi kandungan : 300ml

TESTIMONI LAIN :




Ketahui Manfaat Amalkan Set Penjagaan Rambut Asmak

Gee sukakan ramuan yang terkandung di dalam set penjagaan rambut Asmak ini di mana ia terdiri daripada bahan - bahan semulajadi sahaja. Sebab itu set penjagaan rambut ni juga selamat untuk anak - anak. Antara manfaat mengamalkan set penjagaan rambut Asmak ini adalah :

➨ Menghilangkan masalah keguguran rambut.
➨ Merawat masalah kegatalan pada kulit kepala.
➨ Menghilangkan kelemumur.
➨ Boleh membantu melebatkan dan menghitamkan rambut.
➨ Boleh merawat luka pada kulit kepala.
➨ Merawat masalah rambut bercabang.


Di samping mempunyai haruman yang wangi, set penjagaan rambut Asmak memberi kesan seawal sekali penggunaan tau! Bila pertama kali pakai, rambut rasa lebih lembut dan terurus. Anak - anak pun guna dan diaorang memang suka baunya yang sangat wangi. Korang boleh tengok video kat bawah ni, Gee tunjukkan demo cara penggunaan set penjagaan rambut Asmak.


Jom dapatkan sekarang untuk dapatkan rambut yang sihat dan cantik terurus walaupun bertudung!! Sekarang walaupun seharian bertudung dan berpeluh, rambut masih berbau wangi dan segar. Untuk dapatkan info lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh terus klik link kat bawah ini.

SET PENJAGAAN RAMBUT ASMAK

Website : https://mham.com.my/

Facebook : @Shampoo Bunga Raya HQ

Instagram : @asmak.haircare

WhatsApp : Tekan Sini

Hotline : 019-9708897





Lirik Lagu Temberang, Ayda Jebat | Bila kali pertama anak - anak dengar lagu Temberang ni, diaorang seronok pulak menyanyi dan berjoget. Maybe sebab lirik dia yang Aduh Aduh Aduh tu plus muziknya yang rancak. Korang suka lagu ni tak? Jom karoks!!


LAGU : TEMBERANG
PENYANYI : AYDA JEBAT
KOMPOSER : HAEL HUSAINI & EZRA KONG
LIRIK : HAEL HUSAINI, EZRA KONG, AYDA JEBAT

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Bilang pada ku, Apa kau mahu,
Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu
Katakan saja, Ku yang kau punya
Janji bahagia, Jangan biar tunggu lama-lama
Kerna ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam - malam ku impikan kamu
Kerna ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang
Duh’ aduh aduh aduh aduh abang

Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)

Jangan kau temberang
Jangan kau temberang


Gee bukan seorang peminat Ayda Jebat. So so je. Setakat tengok drama beliau berlakon dan dengar lagu beliau di radio. Btw, sebenarnya Gee lebih suka tengok gambar Ayda Jebat bertudung. So kita up gambar bertudung. ❤
Buntu nak bawak anak - anak outing dihujung minggu? Bosan juga kalau selalu ke playground, shopping mall atau jalan - jalan di tepi tasik. Anak - anak tak boring, mak ayah pun mesti nak juga kelainan sesekali. Kalau Gee sendiri, Gee suka pelbagaikan aktiviti anak - anak supaya minda mereka lebih terbuka dan dapat pengalaman baru di tempat yang berbeza. 


Namun, dalam pada anak - anak melakukan aktiviti luar, kita mak ayah mempunyai peranan yang besar untuk memastikan mereka sentiasa bersih. Antara langkah pencegahan adalah membawa tisu basah dan juga menggunakan hand sanitizer. Gee bukan nak story bab kebersihan, tapi Gee nak share satu tempat best dan selamat untuk korang bawak anak - anak datang ketika cuti sekolah atau hujung minggu. 

Jom Explore Farm In The City!!

Nama pun menarik FARM IN THE CITY which means kebun di dalam bandar. Biasa kita dengar, budak bandar mana kenal ayam dan lembu. Tapi korang silap sebab anak - anak Gee sendiri yang tinggal kat kawasan kampung ni pun teruja bila tengok ayam dan lembu depan mata. Hahahaha! 



Cuti CNY baru-baru ni, Gee dan family berpeluang bawa anak - anak untuk merasai pengalaman di Farm In The City ni. Memandangkan bawa budak-budak, maka sangat digalakkan datang seawal pagi sebabnya waktu pagi ni, mood diaorang masih fresh. Kami sampai dalam jam 10 pagi dan kalini pengalaman ini sangat meriah tau dengan adanya family adik - adik Gee, anak - anak saudara dan juga travel buddy Gee yang biasa sangat dah kami travel bersama iaitu Mek Yunie. Kalau korang nak baca pengalaman Mek Yunie, korang boleh KLIK SINI.

Apa Yang Best di Farm In The City?

Farm In The City juga dikenali sebagai Petting Zoo di mana korang dapat sentuh, bermain, mengejar, memberi makan dan memegang kebanyakkan haiwan yang ada di sini. Bagi haiwan yang agak merbahaya seperti ular, ia ditempatkan di kawasan yang bertutup dan selamat untuk ditontoni dari luar sahaja. 



Anak - anak seronok apabila melihat kuda yang bersize kecil ini. Ia merupakan spesis kuda yang paling kecil di dunia. Kuda ni lebih kecil dari kuda poni dan tidak mempunyai tulang belakang yang kuat so memang tidak sesuai untuk dijadikan tunggangan. 

Kalau berkesempatan, anak - anak boleh buat aktiviti 'Pony Ride'. Mesti seronok mereka bila dapat tunggang poni yang comel. Geng 4A tak merasa sebabnya diaorang dah excited dengan haiwan yang lain. Maybe sebab diaorang dah pernah merasa tunggang kuda di Terengganu, so pandang sebelah mata je. Hahahah!


Terdapat 'Exhibition Hall' di mana korang boleh sentuh dan memegang pelbagai spesis haiwan yang ada. Tengok incik suami kemain pegang anak landak tu. Gee mampu snap gambar je. Hihi. Nak tengok blogger Mek Yunie berani pegang apa kat sini? Nanti korang layan video kat bawah nanti.


Longkang Fishing ni memang best untuk anak - anak. Dalam longkang tu ada banyak juga ikan besar dan kecil. Kalau dapat tangkap seronoklah diaorang. Kalau tak dapat sila usaha lagi. Hahahaha! Dah dapat tu jangan lupa lepaskan balik dalam longkang tu tau!! Hahaha!


Feeding Fish ni memang best sebab setiap sorang dapat bagi makan ikan dalam tasik. Tapi bukan ikan je tau yang datang, ada banyak spesis itik dan angsa berlumba-lumba datang untuk dapatkan makanan. Anak - anak memang seronok bila haiwan - haiwan makan makanan yang diberikan.


Soal kebersihan, korang jangan risau sebabnya di setiap station, ada diletakkan kemudahan sinki dan sabun. Selepas anak - anak sentuh dan memegang haiwan kat sini, mereka boleh terus basuh tangan dengan bersih. Owh! Kalau nak mudah, korang bawa tisu basah juga supaya boleh lap kotoran dengan segera. 


Yang bestnya adalah di Farm In The City, korang boleh lepaskan anak - anak kecil bermain tanpa perlu pengawasan yang terlalu ketat. Setiap bahagian tidaklah terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Disebabkan itu anak - anak dapat diperhatikan dengan baik walaupun mereka jalan sendiri.


Korang tengok movie Madagascar tak? Watak monyet kecik yang nakal tu, korang ingat tak? Haaa...tu Amani duk posing dengan monyet spesis tu lah. Tapi Gee lupa apa nama dia. Sebenarnya, monyet tu sememangnya nakal dan suka mengusik. So, cerita madagascar tu cipta watak yang mempunyai personaliti yang sama dengan haiwan yang asli.


Itik - itik tu antara haiwan yang paling comel kat sini. Sebab tu Gee ambil gambar comel tu untuk tatapan korang. Hehe. Kat sini, korang boleh letak makanan pada tapak tangan, kemudian naikkan ke atas dan burung akan datang makan makanan tersebut. Tapi kena cuba jaya juga sebab adik Gee sampai ke sudah burung tak datang kat dia, Hahahaha! Tapi Gee cuba juga bagi burung makan di ranting pokok. So burung tak perlu terbang ke atas tangan kita sebab kita hulurkan tangan di tempat burung itu berada. I am so excited dan jugak geli!! Buktinya korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Haha!


Meet the Giant Tortoise!! Ada banyak kura - kura gergasi dilepaskan begitu je. Korang boleh bagi makan dan sentuh juga. Bila anak - anak sendiri dapat melihat haiwan yang unik dan besar, ia sememangnya satu pengalaman yang sangat bagus untuk diaorang. Dan diaorang akan tahu, kura - kura ni suka makan apa, apa habitat mereka, bagaimana rasa sentuhan pada cengkerangnya dan sebagainya.


Jangan Lepaskan Peluang Melihat Animals Show


Perkara pertama untuk anda ketahui setelah sampai di Farm In The City ini adalah waktu Animal Shows akan diadakan. Pasti anak - anak lebih teruja apabila dapat melihat pelbagai haiwan beraksi. Antara Animals Show yang ada adalah Otter Feeding dan juga Parrots Show. Mudah apabila korang tahu waktu shows diadakan supaya tidak terlepas apabila sudah masuk ke station yang lain.

Tonton Video Pengalaman di Farm In The City


Tempah Tiket Online Untuk Jimat Lebih Masa


Korang kalau nak mudah dan malas beratur, boleh tempah siap - siap tiket secara online tau! Kat bawah ni Gee kongsikan harga tiket masuk Farm In The City :

Dewasa ( 12 tahun ke atas ) : RM39
Kanak - Kanak ( 11 tahun ke bawah ) : RM32
Warga Emas ( 60 tahun ke atas ) : RM32
Ketinggian Bawah 90cm : Percuma

Jom Rancang Cuti - Cuti Bersama Anak di Farm In The City!!

Bagi korang yang berada di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka atau Negeri Sembilan, Gee rasa okey je korang nak plan weekend gateaway di Farm In The City ni. Tempoh masa untuk round kat dalam lebih kurang 2 hingga ke 3 jam je. Kalau yang jauh macam Gee ni dari Terengganu, mesti nak kena plan datang ketika cuti sekolah atau cuti umum yang lama sebab perjalanan sahaja dah sehari suntuk. Hehe.


Keseluruhannya, Gee recommend sangat untuk korang bawak anak - anak kat Farm In The City ni. Tempat sangat selamat untuk anak kecil, tandas sangat bersih, persekitaran pun bersih dan staff yang friendly. Paling best adalah anak - anak dapat pengalaman sentuh dan mengenali haiwan - haiwan dengan lebih dekat.


Untuk info lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh klik pautan kat bawah ini : 

WEBSITE : https://www.farminthecity.my/

FACEBOOK : @FarmInTheCityMalaysia

ONLINE TICKETS : https://www.farminthecity.my/tickets/

CUSTOMER SERVICE : 03 - 8941 2099

MAPS : KLIK SINI



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab