Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Syukur alhamdulillah. Hari ini sudah 2019. Bila masuk tahun baru, kita akan terfikir, kat mana aku sekarang ni? Adakah sudah tercapai apa yang diimpikan atau sebaliknya? 

2018 Gee penuh dengan memories. Suka, duka, tawa, riang, semuanya ada. Dan Gee syukur apa yang Gee ada pada saat ini. Sebelum Gee open mission 2019, korang kena baca dulu mission Gee untuk 2018 lepas kat sini < Impian 2018 > 


2018 and my dreams

Alhamdulillah. Allah perkenankan impian Gee nak buat road trip seluruh Malaysia untuk tahun 2018. Dia tak bagi sekali harung semua. Hehe. Dia bagi dengan travel dengan kawan - kawan blogger, family, family in laws. Sedar tak sedar tahun 2018 Gee dah buat road trip hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Melaka dan Negeri Sembilan je tak jejak. Haha. 

2018 Gee dapat kenal hati budi rakan - rakan blogger jugak. Ada yang Gee dapat jumpa in person. Ada yang dapat jumpa bila gathering ramai - ramai. Ada yang tak pernah jumpa, tapi sangat rapat di media sosial dan whatsapp. Syukur korang semua terima Gee dan sudi berkawan dengan saya. Hihi.

Something to share here. Tapi tak dapat story lebih details. Cuma sekadar nak meluahkan untuk memories dalam blog. Hujung 2018 Gee ada sesuatu yang sangat membuatkan Gee sedih. Sangat! Tapi keputusan tetap dibuat demi sesuatu yang Gee rasa perlu untuk ambil keputusan tersebut. Gee tahu, pasti ada sebab dan hikmah semua ni terjadi. Semoga keadaan menjadi lebih baik untuk 2019. I need your support. Because i am nobody. eh dah kenapa tetiba tulis omputih. Haha!


2019, please be nice to me. Haha! So apa mission Sis Gee pulak untuk 2019? Gee teringin nak buat public transport trip pulak!! Naik bas, ets, flight..Feri pun!! Grab! Hahahaha! Moga impian yang ini akan terlaksana 2019 ni. Ada yang nak follow tak? Joms! Dengan syarat waktu cuti sekolah sebabnya ada 3 ketul dah masuk sekolah tahun 2019. Cabaran disitu, bila cuti sekolah, harga melambung plus orang ramai. Makanya, tabung kena kasi penuh dulu. Hahaha!

Ada banyak lagi mission untuk 2019. Moga semuanya dipermudahkan oleh Dia.

All the best to all of us!!!
Ladies semua! Kita ada barang best nak dikongsi kat sini. Kalau bukan ladies, yang mana gentleman pun boleh baca dan take note untuk si isteri atau ibu atau girlfriend korang okey. Orang kata, barang baik tak elok disimpan dipendam. Nak kena kongsi sama untuk orang lain. Orang kata lagi, kalau nak beli baju, skirt atau pakaian mesti beli yang kita suka dan selesa untuk dipakai. Bukan dibeli hanya sekadar untuk tujuan #ootd sahaja. Membebel pulak Sis Gee nih!

Baru - baru ni Gee berjalan - jalan di Instagram. Hajat dihati untuk memenuhi waktu terluang untuk scroll baju - baju cantik yang mur mur. Senang cerita nak survey baju raya hajatnya. Eh awalnya nak raya! Haha! Nama pun survey tu kan! Kemudian terjumpalah dengan apa yang Gee jumpa ni. 

Terjumpa dan terjatuh cinta dengan koleksi Abyadh Couture!!



Bila jumpa Instagram Abyadh, Gee terus naik syok. Semakin galak tangan ini duk scroll dan scroll dan scroll. Hahahahaha! Dan tiba - tiba..tersampai parcel Abyadh kat rumah. Ceewahhh magic tak? (padahal dipendekkan cerita) haha!

Suka sangat dengan Ironless Bloom Skirt!! Ini skirt baru tau!!! Yang paling best adalah Bloom Skirt ini ironless. Maksudnya tak perlu gosok pun takpe. So, skirt ini akan jadi teman di kala travel nanti. Lipat masuk dalam beg, dan boleh terus pakai!



Jom Gee kongsikan antara keistimewaan Bloom Skirt daripada Abyadh Couture ini :

◉ Skirt tak perlu digosok.
◉ Material prada jacquard yang sangat sejuk dan selesa dipakai.
◉ Free size fit until my size iaitu L. Rasanya boleh pergi ke XL.
◉ Ada banyak warna pilihan untuk dipilih dan dipadankan dengan blouse, kemeja atau t shirt.
◉ Jahitan sangat kemas dan design yang cantik.


I feel so comel dengan Rossa Peplum Kurung! Maafkan saya sebab saya terperasan sekejap bila pakai Rossa Peplum Kurung dari Abyadh Couture ni. Outfit kedua dari Abyadh Couture yang super duper selesa ini nama dia Rossa Peplum Kurung. Peliknya, peplum ini cutting dia bukan seperti peplum di pasaran yang agak seksi (for me) dan tak berapa sesuai untuk saya. Hehe.


Material Rossa Peplum Kurung adalah cromo crepe dan juga lycra. Cutting tak seksi, tak jarang, dan sangat selesa walaupun Gee pakai ke playground untuk family times bersama anak - anak. Baju Rossa Peplum Kurung ini mesra wuduk kerana dibuat bukaan zip yang terselindung di sebalik jahitan lengan. Gee suka bahagian hujung lengan yang just nice yang tidak terlalu besar. So kalau kita angkat tangan, memang hujung lengan terletak je kat situ tidak jatuh ke siku.


Design baju Rossa Peplum Kurung ni kembang tau!! So kalau preggy pun boleh pakai. Tapi bila pakai kita tak nampak macam pregnant pun. Sebab kain dia akan jatuh cantik je ikut badan korang. Tapi jangan salah faham tau sebab baju ni tak ketat tapi longgar je. Rossa Peplum Kurung ni boleh dikatakan peplum muslimah yang sesuai dipakai untuk ke mana - mana tempat seperti majlis kahwin, riadah di taman, travel, majlis keraian dan sebagainya.


Suka dengan design unik ropol - ropol pada baju dan kain. Nampak lain dari yang lain design Rossa Peplum Kurung ni. Jahitan pun sangat kemas.


Boleh tengok betapa best dan selesanya material Bloom Skirt dan Rossa Peplum Kurung dari Abyadh Couture ini!


Jom Lihat Lagi Design dan Koleksi Dari Abyadh Couture

Kalau nak tahu, ada banyak lagi tau koleksi dari Abyadh Couture ni. Yang pasti semua design sangat menarik dan rare!! Tapi cantik! Malas cakap banyak, jom Gee kongsikan gambar untuk tatapan korang.

Azura Kurung
Qaira Kurung

Suri Kurung

Princess Skirt
Bubble Blair Skirt
Khadijah Blouse
Sila Rambang Mata!!

Amacam? Menarik tertarik tak koleksi Abyadh Couture tu? Tu baru sikit tau Gee up gambar. Next nak shopping lagi tapi tunggu cik gaji dululah. Hehe. So korang kalau sign up kat website Abyadh Couture, korang akan dapat diskaun RM5 tau!! Sekarang diaorang duk buat sale kaw kaw tu. Baik gi terjah cepat sebab nanti warna dan design yang korang nak kehabisan stock. 



Untuk maklumat laman web dan info lanjut, korang boleh klik je pautan kat bawah ini!

ABYADH COUTURE 

Laman Web : https://abyadhcouture.com/

Facebook : https://web.facebook.com/Abyadhcouture/

Instagram : https://www.instagram.com/abyadh/






LAGU : REAL FRIENDS
PENYANYI : CAMILA CABELLO


No, I think I'll stay in tonight
Skip the conversations and the "Oh, I'm fines"
No, I'm no stranger to surprise
This paper town has let me down too many times
Why do I even try? Give me a reason why
I thought that I could trust you, never mind
Why all the switching sides? Where do I draw the line?
I guess I'm too naive to read the signs

I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town

Oh, oh
Oh, ah

I stay up, talkin' to the moon
Been feelin' so alone in every crowded room
Can't help but feel like something's wrong, yeah
'Cause the place I'm livin' in just doesn't feel like home

I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town

Lookin' for some new friends

Oh, oh
Oh, ah

I just wanna talk about nothin'
With somebody that means somethin'
Spell the names of all our dreams and demons
For the times that I don't understand
Tell me what's the point of a moon like this
When I'm alone again
Can I run away to somewhere beautiful
Where nobody knows my name?

I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
And I let somebody in
But I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town, yeah

Oh, oh
Oh, ah


Kenapa suka lagu ni? First time dengar lagu ni, muzik dia macam best. Santai je. So kalau bosan - bosan especially time buat housecores, Gee suka dengar lagu ni. Bila menaip entry blog Gee takleh dengar muzik. Haha. Kalau blogwalking takpe. Korang pernah dengar lagu ni? Adakah favourite song kita sama?

Best Nine Instagram 2018 | Sis terjebak juga nak tengok best nine 2018! Apa best nine ni? Setiap kali hujung tahun, ramai yang suka buat best nine sebagai rumusan gambar apa yang paling banyak likes dan komen sepanjang tahun 2018 ni.

Kalau nak buat wajib ada akaun instagram lah. Cara dia mudah je sebab tak perlu nak download aplikasi pun. Cara ni pun Gee tahu daripada entry geng blogger Rodiah Amir. Mulanya ingatkan kena download aplikasi kat playstore. Kah! Rupa - rupanya lagi mudah dari tu. 

Nampak more to personal posting Gee punya best nine ni kan? Gambar dengan incik suami ada 3. Gambar job blogger ada 3. Gambar quality times dengan family ada 3. Eh! adil dan saksama!! Hahahaha. Terselit kat situ gambar dengan family blogger Lea Azleeya. 

Nak tahu steps buat Best Nine boleh baca sini : Cara Buat Best Nine by Rodiah Amir 

Get Ready For 2019!! Korang dah bersedia ke? 2019 untuk Gee agak mencabar. Tough juga 2019 ni. Semua berkait rapat dengan family dan kerjaya sebagai seorang blogger. Harap-harap semua dipermudahkan untuk Gee. Amin. 

#2018bestnine
Jom Cuba Macarons di McCafe McDonald's | Berita baik untuk semua penggemar desserts!! Including me! Kini, McDonalds ada menu desserts baru di McCafe iaitu Macarons! Gee tahu, desserts ni ada follower yang tersendiri. Tapi sebut desserts macam terlalu umum juga. Sebabnya seorang individu tak mungkin akan suka ke semua jenis desserts disebabkan setiap daripada desserts ini mempunyai tahap kemanisan yang berbeza, perasa yang berbeza serta tekstur yang berbeza.



Gee ni penggemar kek coklat, dan segala cookies atau biskut perasa coklat. Tapi perasa coklat itu sendiri ada banyak jenis rasa bergantung pada sukatan gula melebihi koko atau kandungan koko yang mewah. Perasa koko pula ada yang jenis manis, pahit atau rasa berlemak. Haaa banyaknya details kan?hahahah!

Gee pernah merasa macarons suatu ketika dahulu. Beberapa tahun lepas ketika macarons ni agak viral. Masa tu tekak tak dapat terima sebab tahap kemanisan dia tak sesuai dengan Gee. Yes! Gee sukakan dessert tapi tak suka yang terlalu manis. So masa tu terus banned macarons sebab tak leh terima kemanisan dia. Haha!


Bila dapat tahu McCafe McDonald's ada menu baru Macarons, Gee pun saja lah nak cuba sebab tengok warna dia mengancam sungguh!! Siap rasa semua perisa pulak tu! 

So bila dah merasa boleh lah Gee kongsikan apa menariknya Macarons McCafe McDonald's ini. Sedap ke tak? Kena baca sampai habis okey.

Macarons McCafe McDonald's

1. Terdapat 6 Perisa Macarons



Nampak colourful kan? Tapi bukan setakat warna je tau berbeza. Rasa Macarons pun berbeza setiap satu. So bolehlah beli mengikut perasa yang korang suka. Kalau first time nak merasa, better ambil setiap perisa satu so nanti baru boleh tahu perasa apa yang mengena dengan taste korang. Macarons McCafe ni ada 6 perisa iaitu Caramel Biscuit, Pistachio, Vanilla, Rasberry, Lemon dan Chocolate. 

2. Tahap Manis Seimbang Dengan Setiap Perisa


Rasa kemanisan Macarons McCafe bukan diibaratkan seperti meratah gula. Haha! Kalau yang perisa coklat, terasa juga pahit coklat tu. So bagi Gee, balanced. Bagus juga sebab kalau manis sangat memang ramai kurang gemar nanti. 

3. Suka Rasa Rangup, Cair di Mulut dan Chewy


Macarons ni bukan biskut dan bukan juga kek. Kulit dia rasa rangup kemudian tekstur dalam bukan seperti biskut tapi bila korang makan terasa sedikit chewy. Makan satu, kemudian ambil lagi satu, sampai berebut juga dengan anak - anak. Tak sangka diaorang pun suka. Hehe.

4. Kotak Cantik Untuk Hadiahkan Pada Sidia



Dah menjadi kebiasaan kalau berkasih - sayang ni, pasangan akan bagi kek, coklat atau cookies yang dibalut cantik. Bila tengok kotak Macarons ini terus terbayangkan idea untuk berikan hadiah. Sangat menarik! Tinggal hanya korang ikat dengan riben untuk nampak lebih istimewa.

5. Boleh Beli Satu Atau Lebih Jimat Dengan Belian 3 Macarons


Jangan beli satu nanti rugi sebab sedap!! Sebiji Macarons berharga RM 3.95 sahaja. Tapi kalau korang beli 3 biji Macarons ni, ia cuma berharga RM 10 sahaja. So jimat banyak tu kan? Takpe, sorang pun boleh habiskah 3 ketul Macarons tu! Tak perasan pun masa mana ngap nanti. Hehe.

Bole Cuba Macarons di McCafe Sekarang!


Sementara Macarons ada promosi 3 biji RM 10 ni, baik korang cepat serbu McCafe McDonalds berhampiran sekarang. Nak drive tru pun boleh. Tapi Gee lebih suka dine in sebab boleh makan burger favourite dan kentang yang panas baru digoreng. Hehe. Kalau coffee McCafe Gee suka Hot Coffee Latte Almond.  


I vote for Chocolate Macarons!! Sedap yummeh sangat yang coklat dia. So next time nak repeat tapi nak yang coklat je. Haha! Korang dah cuba tak? Korang suka flavour apa?





Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab