Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Korang penggemar kuih tradisional tak? Kalau suka, korang suka kuih apa ye? Gee ni bukan penggemar kuih sangat sebab kebanyakkan kuih tradisional sangat manis ting ting ting gitu. Haaa gitu. TAPI kalau ada kuih yang dibuat manis dia seiring dengan rasa lemak memang Gee suka sangat!! Nak tahu kuih apa yang Gee selalu beli dan incik suami pun dah sedia maklum kalau nak belikan kuih untuk isteri dia yang satu ni. Eh satu ke? Oittttt! Hahahaha!


Senarai kuih favourite Sis Gee :

● Onde Onde / Gula Melaka
● Kuih Talam
● Nona Manis
● Kuih Gulung / Ketayap
● Seri Muka
● Kuih Koci
● Tepung Pelita
● Dan banyak lagi!

Kuih - kuih tu semua Gee suka dengan bersyarat tak terlalu manis. Kalau bulan puasa, itu antara kuih yang Gee selalu beli. Nak buat sendiri tu teringin jugak, tapi kerajinan tu belum datang menjengah. Hahaha! Agak - agaknya kena seru banyak sikit, kot tahun depan tak perlu beli kuih dah untuk berbuka. Wish me luck! haha!

Detik Perkenalan Dengan Kak Ina, Owner Eyzaina Bakery

Kisahnya, masa gi Bangi Wonderland tu, Gee dan Mek dapat jemputan dari Kak Ina ni untuk datang makan tengah hari kat rumah beliau. Siapa Kak Ina? Detik perkenalan dengan Kak Ina ni ketika Gee dan ahli dari Team Blogger Pantai Timur ke Bukit Gambang Resort pada Julai 2018 yang lepas. Masa tu Encik Nasir selaku Head Sales Manger di Bukit Gambang Resort City turut membawa isteri dan anak bongsu beliau datang bercuti bersama kami. Dari situlah moment perkenalan kami sehinggakan Kak Ina jemput kami makan dirumah beliau. So mesti korang boleh teka personaliti Kak Ina ni macam mana kan? Yes! Beliau sangat friendly okay! Boleh buat geng sembang! Haha!



Sepatutnya kami datang lunch, tapi apakan daya bila dah datang Kuala Lumpur untuk berjalan - jalan, masa tu rasa cepat je berlalu. Kami datang rumah Kak Ina untuk dinner selepas Train Trip Ke KLCC . Kedatangan kami memang ditunggu - tunggu oleh Kak Ina dan family. Segan pulak rasanya. Tapi lain pulak yang jadinya. Kami dapat rasakan aura mereka layan kami as a family. Langsung tak kekok nak bersembang termasuk anak - anak Kak Ina yang sporting! Kami di jamu diner lauk pauk penuh meja! Ada ikan bawal masak steam, ayam masak nona ( rasanya itu nama dia dan asben siap suruh mintak resipi!), ayam goreng, sayur sampur dan kuih muih yang menjadi hero dan topik utama kami bersembang. 

Kuih Tradisional Sedap Dari Air Tangan Kak Ina Sendiri

Baru Gee tahu yang Kak Ina ni berniaga kuih dan sedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis kuih tradisional. Semua jenis kuih Gee sebut malam tu, Kak Ina tunjukkan gambar yang beliau buatkan untuk tempahan pelanggan! Tak terkira jenisnya. Malam tu Gee dapat merasa 2 jenis kuih yang kebetulannya kedua-dua kuih ni adalah favourite Gee. Macam tau tau je kan! Hehe! 


Kami dapat merasa Kuih Ketayap dan Kuih Seri Muka. Gee memang duk makan banyak jugak sebab rasa dia tak manis. Kata Kak Ina, kalau orang nak resipi, dia takdenya nak kedekut ilmu ke apa. Cuma jangan ubah resipi walaupun hanya setitik air sebab semua tu akan mempengaruhi rasa kuih itu sendiri. Biasa penjual dia tak nak share resipi, tapi berbeza pula dengan pendirian Kak Ina ni kan? 

Ada banyak lagi kuih muih yang Kak Ina sedia menerima tempahan. Antaranya adalah :

Kuih Koci

Kek Pisang
Tepung Gomak

Sri Muka Durian
Kuih Cara Berlauk

Puding Milo Oreo

Kuih Lapis
Sri Muka
Kuih Ketayap
Istimewa untuk korang yang berada di Salak Tinggi atau berhampiran, korang boleh menempah pelbagai jenis juadah kuih muih dari Kak Ina. Jangan risau, harga memang murah dari pasaran sebabnya Kak Ina akan pastikan kita dapat menikmati kuih dengan rasa yang asli TAPI pada harga yang berpatutan. Kepuasan Kak Ina adalah rasa kuih yang asli bukan pada harga yang tinggi melambung. Serius sangat recommended kalau nak tempah untuk majlis keraian, kenduri kahwin, hantaran perkahwinan dan sebagainya. 

Baca story Mek Ayuni < SINI >


Thank you so much Kak Ina & family sudi luangkan masa dan terima kehadiran kami. In syaa Allah ada jodoh, boleh jumpa lagi. Amin.

Untuk hubungi Kak Ina personally, korang boleh berhubung dengan beliau pada info kat bawah ni.

Facebook : Hazrina Hassan

Instagram : hazrina_hasan

Hubungi : 018 363 3016



Lepak di Ikea Cheras Bersama Blogger Mek Yunie dan Mommy Cici | For the first time Gee dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan blogger Mommy Cici. Al kisahnya trip Gee bersama blogger Mek Yunie haritu, kami merancang nak makan - makan di Ikea lepas bersuka ria di Bangi Wonderland Waterpark. Since jadual pun kosong, dan kami adalah peminat meatball Ikea plus Ikea pulak segan segan nak buka cawangan di Pantai Timur, maka kami decide nak lepaking je kat Ikea makan - makan sembang - sembang. Terfikir jugak lagi bagus kalau dapat jumpa blogger lain kat Ikea tu. Tapi ramai yang tidak berkelapangan. Cuma sorang aje yang free iaitu Mommy Cici yang dikatakan agak rapat jugak dengan Mek Yunie.



Sampai di Ikea Cheras, as usual, tempat makan wajib full house! Tambah - tambah kami pergi Sabtu. So sedia maklum weekend di Ikea memang crowded tapi dont worry lah. Masa menunggu tak sama dengan kita menunggu order nasi goreng yang sejenis menunggu sejam baru siap tuh. Gee dari dulu salute sistem order makanan kat Ikea tuh. Sistematik!

Berkenalan dengan Ikea masa umur Arsyad baby dulu, since tahun 2010. Selalu kami pergi Ikea Damansara, cuma kalini cuba Ikea Cheras pulak. Environment sama je rupanya. Hehe.


Dah jumpa Mommy Cici, kami cari meja dan incik suami beratur untuk belikan makanan. Gee pun join beratur kononnya nak pilih kek, alih alih anak yang menang dapat pilih kek stoberi. Boleh je nak order kek favourite Gee iaitu kek coklat, cuma fikir balik tahan je nafsu selagi boleh. Haha! 



Kami makan meatball, chicken wing, spagetti bolognesse, dan strawberry cheese cake. Lama tak pekena!!



Sambil makan, sambil bersembang dengan Mek Yunie dan Mommy Cici. Cuma, tak dapat nak sembang rancak sangat bila ada anak - anak kecik kat kawasan ramai orang ni. Kena fokus kat anak jugak. Nak handle diaorang makan lagi. Nak spend quality times dengan mereka lagi. Tapi semuanya berjalan dengan lancar walaupun Ardini hampir sesat!! Yes! Ardini buat hal sebab dia gi main kat mini playground dalam restoran ikea tu sengsorang. Adeh! Alhamdulillah Gee jumpa dia kat tepi playground dengan sorang kakak yang jaga dia dan staff Ikea yang hampir - hampir nak buat announcement kat kaunter servis. Syukur!



Done makan dengan nikmat dan kenyang, kami pun nak start window shopping dalam Ikea. ( Kononnya!). Kan Mek? Hahahahahah! So kami split. Bila terjumpa balik tengok masing - masing bawak troli Ikea yang berisi. Eh! #sistakkuat . Hahahahaha!


Nice meeting you Mommy Cici!! Thank you sudi luangkan masa untuk kami di Ikea! Next time datang Ganu, jangan lupa roger - roger wokeh!! Boleh lepaking makan sotong celup tepung dengan keropok lekor pulak! Siapa nak join sila pm tepi. Eh! Haha! 

Thank you Mek Yunie & Mommy Cici! 💜


TRAIN TRIP KE KLCC | Baru - baru ni kami short holiday ke Kuala Lumpur. Boleh dikatakan juga sebagai Birthday Trip sebabnya Amani dan Ardini lahir pada bulan November. Bila Mek ajak ke Bangi Wonderland dan incik suami kebetulan free so kami ON ke Kuala Lumpur. Kalau ke Kuala Lumpur bab penginapan memang takde masalah sebabnya Gee ada sorang kakak dan adik lelaki yang memang stay kat sana. Cerita pasal naik train ni, Gee dan husband memang suka bawak anak - anak naik train kalau ke KL sebabnya kat Ganu takde train! Haha! Kami pula style suka anak - anak rasa pengalaman travel dengan pelbagai jenis public transport. Bukan apa, bagi kami, pendedahan ni sangat penting jugak untuk perkembangan minda mereka. Biar mereka nampak dan rasa sendiri pengalaman tu.



Kali ni specialnya dapat buat trip bersama Mek Yunie dan family. Lagi meriah sebabnya 2 keluarga yang punya anak - anak kecik travel bersama. Travel dengan anak kecik ni lain macam sikit caranya. Ada ketika mereka akan meragam, berebut tempat duduk, lapar, nak susu, dahaga, nak mainan, nak dukung, dan macam - macam lagi kerenah ada. Nasib masing - masing dah faham bila anak Gee meragam, anak - anak Mek sangat behaved dan sebaliknya. Meriah!!

Perjalanan kami bermula dari Putrajaya Sentral. Bila dah jumpa baru decide macam mana nak plan trip kami ke KLCC, dan dari KLCC ke Putrajaya balik. Gee ni memang tak berapa nak fokus sangat so serahkan aje pada incik suami yang lebih mengetahui. Dia dulu pernah study dan kerja kat KL so baik aku turutkan aje idea beliau nanti. Haha!



Dari Putrajaya kami naik ERL ( Ekspress Rail Link ). ERL ni kendalikan KLIA Transit dan juga KLIA Ekspress di laluan KLIA - KL Sentral. Yang laju berdesup non stop dari KLIA itu namanya KLIA Ekspress. Yang kami naiki adalah KLIA Transit iaitu keretapi komuter yang berhenti di 6 hentian. Boleh tahan juga laju ERL ni dan kerusi serta keluasan train sangat selesa. Kami naik ERL hingga ke Stesen Bandar Tasik Selatan sebabnya malas nak berhimpit di KL Sentral. Hehe. 

Tiket ERL Putrajaya - Bandar Tasik Selatan : RM 8 adult / RM 3.60 kids

Kami naik LRT dari Stesen Bandar Tasik Selatan ke Masjid Jamek. Seronok tengok anak - anak boleh naik turun train. Cuma kita mak bapak ni kena extra cares lah sebab anak - anak kecil agak bahaya bila duk kat stesen keretapi. Mulut ni jenuh warning jangan lepas border warna kuning. Seram bila anak - anak ramai ni. Yang kecil macam umur Aqil & Ardini ni lagilah belum faham apa - apa. So tak boleh leka langsung!

Tiket LRT Bandar Tasik Selatan - Masjid Jamek : RM 3.20 



Dari Masjid Jamek kami tukar train LRT ke KLCC pulak. Kalini anak - anak boleh merasa naik train bawah tanah. Haha! Tapi memang bawah tanah ke? Atau bawah bangunan? Eh samalah bawah bangunan kalau bawah tanah. Haha!

Tiket LRT Masjid Jamek - KLCC : RM 1.90


Yeay dah sampai KLCC! Trip kalini takde pun nak shopping ke apa cuma nak anak - anak merasa naik train. Last naik train tahun lepas kot. Aqil pun dah besar, so dia punya reaksi berbeza daripada sebelum ni. Dah sampai KLCC kami menuju ke kedai idaman Mek Yunie dulu sebabnya itu merupakan dia punya wish list ke KLCC. Hakak pun apa lagi? Window shopping lah di Marks & Spencer! Anak - anak sama naik window shopping dan siap try baju winter lagi tau! Takpelah nak, amek aura dulu. Mana lah tahu ada rezeki tahun depan boleh tengok salji pulak. EH!Kikikiki.

Aqil Dengan Pilihan Bajunya!
Ardini pun nak cuba jugak!
Bila dah banyak window shopping, perut pun lapar lah hoi! Al maklumlah travel dengan anak - anak. Bila sorang dah bagi hint kelaparan tu, makanya kita kena terus get ready cari kedai makan untuk di singgah. Kalau ke KLCC, Gee dan incik suami mesti makan di foodcourt atas KLCC. Lupa floor berapa. 

Orang yang pertama kali bawak kami makan sini adalah kakak Gee. Dialah yang bawak kami makan dan kami terus jatuh cinta dengan food yang kami dah cuba. Harga pun taklah mahal sangat. Contoh sepinggan spagetti bolognesse + meatball tak sampai 10 hengget pun. Banding dengan foodcourt kat Ganu ni, harga dah lah belas belas ringgit pastu kuah macam masak tomato. Adeh! Keciwe daku! 

Anak - anak menikmati spagetti. Ardini tunggu dia punya spagetti. Hehe.
So menu luncheon kami di KLCC pada hari tersebut adalah seperti berikut. Hahaha! Anak - anak kami belikan menu kegemaran sepanjang masa spagetti bolognesse + meatball. Harga lupa nak tulis sebab lapor! Haha! Tapi for sure tak sampai RM10 sepinggan. 

Beef Teppanyaki
Incik suami masih lagi setia dengan nasi putih + daging goreng atau dikenali Beef Teppanyaki. Menu tu simple gitu je tapi sedap! Harga kalau tak silap Gee tak sampai RM 10. Untuk Gee, disebabkan lama dah tak pekena, makanya aku masih setia dengan burger Fuel Shack Original. Ini abang ipar Gee yang patut dipersalahkan sebab perkenalkan burger sedap nih! Serius! Daging dia sangat lembut dan terasa originalnya! Harga dalam RM16 - 20 satu set sekali dengan fries dan air. Mana nak cari Fuel Shack kat Ganu nih!! Kah!

Original Shack
Dah semua dah kenyang! Kami teruskan window shopping kami. Hehe. Nasib baik jiwa kuat tau! Sebabnya banyak juga sale sempena 11/11 haritu. Kental jiwa raga. Haha! Maybe next time!

Us after luncheon!! Cukup korum dalam gambar tapi pelbagai aksi ada. Haha!
Puas berjalan, kami pun nak say good bye to KLCC. Haritu hujan, so tak dapat nak melepak depan KLCC. Its okay maybe next time. Haha! 

Since semua dah penat, dan drama sinetron keletihan pun dah bermula, maka kami ambil train yang paling mudah dan cepat! Seperti dirancangkan oleh incik suami. Nak balik baru amik direct train cuma stop di KL Sentral untuk tukar train.

Dari KLCC naik LRT ke KL Sentral. Masa dalam LRT ni Aqil dah mula drama dia. Ditendang kaki kakak kakak cun yang duduk sebelah. Dia dah terlalu mengantuk dan nak susu. Di pujuk, tak menjadi. Berkali - kali Gee minta maaf pada diaorang sebab Aqil bising. Haha! Lama - lama Aqil pun terlelap dengan sendirinya. Hehe. 

Tiket LRT KLCC - KL Sentral : RM 2.40

Bergambar di KL Sentral. Aqil dan Ardini dah touch down dah. Penat sungguh! Haha!
Dari KL Sentral kami naik ERL ke Putrajaya. Tak sabar nak naik ERL sebabnya boleh rehat selesa sikit. Arsyad memang dah lama nak naik ERL tu. Tercapai juga hajat dia. Dalam ERL Gee siap terlelap 2 minit. Sambil riba si Aqil, ibu pun lelap sama sebab memang selesa. Seat pun banyak kosong masa tu. Patutlah harga tiket ERL mahal sikit, maybe sebab keselesaan tu kita bayar extra. Kalau naik KLIA Express punya mesti lagi syok sebab laju berdesup! Okey maybe next time.Hahaha!

Tiket ERL KL Sentral - Putrajaya  : RM 14 Adults / RM 6.30 Kids


Tamatlah perjalanan kami ke KLCC dengan public transport LRT dan ERL. Seronok tengok kepuasan anak - anak bila dapat naik train. So lain kali kalau ke Kuala Lumpur, kita buat lagi trip dengan train ni. So alang - alang buat trip dengan kiddos, meh Gee share beberapa tips untuk buat trip naik train dengan anak - anak kecil ni. 

Tips Travel By Train With Kiddos


1. Pastikan bawa air mineral / air kosong untuk bagi anak - anak minum. Gee akan make sure semua akan teguk air setiap kali sampai ke destinasi atau sementara tunggu train.

2. Ibu sila pakai sling bag! Tangan kita mesti free untuk pimpin anak - anak. 

3. Pakaikan baju yang paling selesa untuk anak - anak. Gee suka pakaikan seluar panjang dan shoes cuma kalini kasut lupa bawa lah pulak. Ardini je berkasut, lagi 3 pakai selipar je. Kikikiki.

4. Bawa bekal coklat untuk standby bila anak - anak lapar dalam train untuk mengelakkan perut masuk angin. Coklat boleh bagi energy kat diaorang dan kita jugak!

5. Terangkan pada anak - anak yang dah faham seperti Arsyad dan Amani tentang pentingnya berdiri di dalam petak kuning, alert bila train sampai, dan tidak berlari di stesen ketika menunggu.

6. Make sure anak usia 6 tahun ke bawah sentiasa di pimpin terutamanya di stesen train.


Done sharing apa yang perlu korang buat. Nanti kalau ada lain, Gee updates lagi. Apa - apa pun enjoy your quality times with the kids. Lepas ni Gee dan incik suami nak buat trip naik ETS pulak! Its a long journey! In syaa Allah ada rezeki. Joms siapa nak join?







Siapa tak sukakan kejutan dari orang tersayang bukan? Baik yang tua, dewasa apatah lagi kanak - kanak riang termasuk anak - anak Gee. Sebelum ni Gee ceritakan story mory surprisekan anak - anak dengan bawak mereka ke Bangi Waterpark. Kisahnya ada di << SINI >> . Trip kami ke Bangi Waterpark haritu boleh juga dikatakan Birthday Trip untuk Amani dan Ardini sebabnya kedua puteri kami kongsi birthday pada bulan yang sama. Gee juga ada maklumkan pada Mek Yunie memandangkan trip ni dia pun ada sekali. Tapi tak sangka aunty Mek diaorang aturkan surprise delivery masa kami di Bangi Waterpark. Wah! Melompat keriangan lah puteri - puteri itu. Haha. Nak tahu apa yang aunty Mek surprisekan?


3 Suprises For 3 Princess!!

Mek dah maklumkan pada Gee dan suami yang dia ada aturkan surprise delivery untuk besday gurls dan juga untuk si puteri Mek sendiri. Wah!! 3 surprises for 3 princess! Kami decide nak surprisekan bila nak check out dari Bangi Waterpark. Team Bangi Waterpark sporting habis sebab tolong simpankan di kaunter pendaftaran lobi supaya bila kami check out, mudah untuk ambil dan surprisekan mereka. 


Bila semua semua dah check out, ibu dan mummy ke kaunter pendaftaran untuk ambil surprise bouquet untuk diberikan pada puteri - puteri kami. Ayah dan Papa pulak siap sedia dengan phone untuk shoot video dan gambar serta make sure semua dalam kawalan al maklumlah anak ramai. Haha! Bila puteri - puteri tengok di tangan ibu ada jambangan coklat yang dihias cantik, terus masing - masing tersenyum sipu dan muka excited nak ambik! Haha! And Alhamdulillah Amani, Ardini dan little Amani suka surprise kami! Yeayyyy!!

Terima Surprise Delivery Daripada MY BALLOON

Kadang - kadang buntu nak buat surprise untuk anak - anak, suami, isteri, bonda atau rakan karib. Bukan apa, bila nak surprisekan orang. ada banyak benda nak fikirkan termasuklah tempat, kos untuk dekorasi, pembelian hadiah, masa, serta jambangan surprise yang ingin diberikan. Untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, MY BALLOON boleh membantu korang untuk membuat surprise delivery serta dekorasi majlis untuk meraikan mereka yang tersayang.


Gubahan untuk surprise delivery, korang boleh pilih atau request nakkan dalam lingkungan budget korang. Nak belon ke taknak belon ke. Nak coklat sahaja atau coklat beserta bunga segar. Mahukan teady bear bersama coklat. Atau apa sahaja yang korang mahukan, team MY BALLOON akan realisasikan impian surprise korang tu. Kalau takde idea, pun takde hal lah! Bagitahu je tema yang korang mahukan kemudian, MY BALLOON akan settlekan semuanya. Mudahkan?

3 Sebab Kenapa MY BALLOON Menjadi Pilihan Ramai


Gee dengan Mek memang suka servis penghantaran daripada MY BALLOON. Bila kami request untuk menghantar ke Bangi Waterpark, terus mereka bersetuju mengikut lokasi yang kami tetapkan serta masa yang diberikan. Gee sangat recommendkan servis surprise delivery diaorang sebabnya bila tengok gambar kat Instagram dan Facebook, ada banyak sangat pilihan bentuk surprise yang korang boleh pilih. 


Jom Gee kongsikan 3 sebab utama kenapa korang kena gunakan servis daripada MY BALLOON ni :

1. Customize Tulisan Pada Belon


Pasti lebih bermakna kalau namaku ditulis pada belon surprise itu. Eh! Tu contoh. Hahaha! Korang boleh request tau nak tulis apa kat belon. Biasanya kita tulis kat kek kan? Tu dah lapuk dah. Kahkah! Sekarang, belon pun boleh customize tulisan. Menarikkan?

2. Boleh Delivery ke Kuala Lumpur, Selangor, Melaka & Negeri Sembilan


Jarang - jarang kita dengar surprise delivery cover kawasan sampai 3 ke 4 negeri! So kalau kita duk jarak jauh, boleh je hantar MY BALLOON untuk surprisekan yang tersayang. MY BALLOON menyediakan servis penghantaran ke Kuala Lumpur, Senawang, Melaka, Shah Alam, Putrajaya serta lain - lain kawasan disekitarnya dengan caj yang berpatutan.

3. Boleh Request Mengikut Budget


Yang ni paling best! Tak semua ada budget banyak nak buat gubahan surprise yang besar besar. Tapi walau ada budget yang sedikit, korang pun boleh buat surprise untuk mereka tersayang dengan servis daripada MY BALLOON ni. Serendah RM 30, pasti si dia gembira menerima surprise dari korang. 


Ramai Yang Sudah di Surprisekan Oleh MY BALLOON!!






Servis Yang Mantap Untuk Kumpulan dan Organisasi Yang Besar!






Surprisekan Yang Tersayang Dengan MY BALLOON!


Terbaik servis surprise delivery dari MY BALLOON! Korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan boleh mendapatkan servis mereka daripada maklumat yang Gee nyatakan kat bawah ni ye. Thank you MY BALLOON and Mek Yunie untuk surprisekan birthday Amani dan Ardini. They love it so much!!


Facebook : https://web.facebook.com/BelonGasOrangKampung/

Instagram : https://www.instagram.com/myballoon_hqsenawang/

Email : bgok_rich@yahoo.com.my

Hubungi : 016 - 291 9242

Phuket terkenal di serata dunia sebagai tempat pelancongan yang sangat cantik serta menarik untuk dikunjungi. Phuket mempunyai pantai yang cantik, pulau - pulau yang menarik, makanan yang pelbagai jenis serta pelbagai lagi tempat menarik yang boleh mengisi jadual percutian korang nanti. Pertama kali Gee menjejakkan kaki ke Phuket pada tahun 2007 dulu, Gee memang jatuh cinta bila melihat pulau - pulau di Phuket yang sangat cantik serta dikelilingi air laut yang jernih berwarna biru kehijauan.


Bila dah terasa rindu, terfikir juga macam best ni kalau repeat dengan keluarga pula. Anak - anak Gee memang suka main pantai. Lagipun Phuket antara destinasi luar negara yang dikira murah sebabnya lokasi Phuket yang berhampiran dengan Malaysia. Cuti sekolah dah nak dekat! Boleh juga risik - risik harga dulu sebabnya Gee ni travel untuk 6 orang. So, soal budget mesti nak kena diutamakan. Kalau lagi banyak boleh jimat, pasti ada lagi banyak duit untuk shopping di sana nanti. Haha!


Gee pun mulakan proses mencari dan menyelidik di Traveloka. Kenapa Traveloka? Untuk pengetahuan korang, Traveloka ni sangat friendly user! Yang paling best dan korang mesti grab adalah Traveloka sentiasa mengadakan promosi coupon diskaun di mana korang akan dapat lebih murah dengan potongan diskaun yang diberikan. Bila mulakan proses pencarian, baru Gee tahu rupa - rupanya dengan Traveloka kita boleh tempah tiket flight sekaligus dengan penginapan hotel!  


Pakej Kombo Flight + Hotel Hanya di Traveloka



Dengan Traveloka kini korang bukan sahaja boleh menempah hotel pada harga yang murah malah korang juga boleh menempah tiket flight beserta hotel bagi tempoh percutian korang nanti. Ini pasti lagi memudahkan kita sebabnya boleh selesaikan 2 hal yang utama sekaligus. Tambahan pula, terdapat pelbagai pilihan hotel yang boleh dipilih berdasarkan kesesuaian budget dan boleh terus melihat semua info hotel yang bakal dipilih itu nanti. Pakej kombo flight dan hotel ini korang boleh lihat di laman web Traveloka dan juga aplikasi android yang di download di apps store.


Semuanya sangat mudah untuk Gee nak tempah flight dan hotel bila nak bercuti ke Phuket nanti. Bila ada pakej kombo flight dan hotel ni, masa pun dapat dijimatkan sebabnya boleh terus tempah dan bayar sekaligus untuk flight dan penginapan kami. Gee hanya perlu masukkan tarikh bertolak ke Phuket, tarikh untuk penginapan serta bilangan yang akan pergi nanti. Kemudian dalam sekelip mata Gee boleh pilih nak hotel dan penerbangan yang mengikut kesesuaian budget.

Untuk percutian Gee bersama keluarga ke Phuket, urusan tempahan flight dan hotel menjadi lebih mudah dengan adanya pakej kombo ni. Phuket Tour Packages membolehkan Gee memilih hotel dan penerbangan dalam masa yang sama. Sangat mudah bukan?



Wah! Ada banyak pilihan hotel dan penerbangan yang boleh kita pilih. Salah satu pilihan yang menarik adalah seperti gambar di atas. Gee suka Traveloka sebabnya dengan Traveloka tiada harga tersembunyi. Harga yang dinyatakan adalah harga yang kita perlu bayar tanpa perlu menambah kos atau caj yang lain.

Kenapa Perlu Tempah Pakej Kombo Flight dan Hotel Dari Traveloka?



Pasti ada yang bertanya kenapa kena grab pakej kombo istimewa flight dan hotel Traveloka ni? Untuk percutian Gee ke Phuket bersama keluarga, Gee dapat menempah flight dan penginapan di Phuket berdasarkan apa yang Gee inginkan samada inginkan bilik yang luas, tambahan sarapan pagi, pilihan hotel yang mempunyai kolam renang, hotel yang berdekatan dengan bandar dan sebagainya. Jom Gee kongsikan kenapa korang perlu tempah pakej kombo ini berbanding tempah secara berasingan.

1. Lebih Menjimatkan Kos Untuk Melancong

Pakej kombo flight dan hotel boleh menjimatkan kos untuk melancong. Harga yang ditawarkan untuk pakej kombo adalah lebih murah dan menjimatkan. Ini kerana korang boleh ubah dan pilih hotel yang mengikut budget korang dan harga tiket penerbangan yang paling murah antara pilihan yang ada.

2. Boleh Memilih Pelbagai Rangkaian Hotel 

Korang boleh pilih penerbangan dari pelbagai jenis rangkaian beserta hotel yang pelbagai jenis pilihan hotel yang korang mahukan. Malah, dengan pakej kombo flight dan hotel Traveloka ini, korang boleh memilih penerbangan yang lebih murah.

3. Memilih Cara Bayaran Sendiri

Hanya dengan Traveloka korang boleh memilih cara bayaran yang korang suka. Korang boleh memilih cara pembayaran secara tunai atau tanpa tunai. Korang pun boleh grab peluang bercuti dengan 0% pelan ansuran.

Nikmati Pelbagai Promosi Penjimatan Berganda di Traveloka



Traveloka ada banyak promosi penjimatan berganda untuk belian tiket penerbangan samada dalam negara mahupun ke luar negara. Bukan itu sahaja, Traveloka juga membuat tawaran diskaun bagi tempahan hotel di seluruh dunia. Pilihan penerbangan dan hotel pula korang boleh pilih mengikut budget serta tarikh yang diinginkan.

Tempah Pakej Kombo Flight dan Hotel Sekarang!



Dengan menempah percutian bersama Traveloka bukan sahaja cepat malah semuanya menjadi mudah tambahan pula harga yang ditawarkan juga murah. Korang dah ada tarikh pilihan? Cepat - cepat tempah penerbangan beserta penginapan di hotel idaman korang di https://www.traveloka.com/en-my/packages .

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab