Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum 💙

14 Daya Tarikan Ada di Bangi Wonderland Waterpark yang terletak di Bangi Avenue, Kajang. Baru - baru ni Gee dan suami surprisekan Geng 4A dengan membawa mereka ke Bangi Waterpark. Mereka sangkakan kami dah nak balik ke Kuala Terengganu setelah semalaman di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Bangi Waterpark ni seperti nak ke Cameron Highlands seperti yang diteka oleh anak - anak Gee. Mungkin disebabkan mereka nampak kehijauan pokok dan kawasan berbukit sebab itu mereka teka kami akan ke Cameron Highlands.
 

Anak - anak semakin teruja bila daripada jalan besar dah nampak pelbagai jenis slides di Bangi Wonderland ni. Dah masuk pintu utama baru mereka betul - betul menjerit kesukaan dan surprise kami menjadi! Kecoh dan bisinglah dalam kereta dengan pertanyaan baju mandi, pelampung, nak main gelongsor, bla bla bla. 4 orang semuanya bersuara dengan teruja! Pastinya pengalaman ini Gee kongsi bersama blogger Mek Yunie dan keluarganya sekali. Dah sampai semua teruja dan Gee dan Mek terus ke kaunter tiket yang terletak di lobi Bangi Wonderland Waterpark untuk urusan pembelian tiket.


Dapatkan Tiket Untuk Yang Ketinggian 90cm Ke Atas. Di Bangi Wonderland Waterpark, tiket masuk dicajkan berdasarkan ketinggian korang. Yang mana ketinggian bawah 90cm tiada bayaran masuk dikenakan. Dah selesai urusan pembelian tiket, bolehlah mula explore Bangi Wonderland Waterpark. Jom Gee share apa yang best kat Bangi Wonderland Waterpark ni.

14 Rides / Games Bangi Wonderland Themepark



1. Kids Adventure


Tempat pertama kami tuju semestinya Kids Adventure. Pertama kali tengok, terus rasa wowwwnya Kids Adventure ni. Siap ada slides yang pelbagai jenis dan ada banyak! Kiranya, mak ayah nak join main dengan anak sekali pun memang best dan boleh tahan juga mencabar slides yang di tingkat yang tinggi. Untuk babies, ada juga gelongsor yang turut dikawal rapi oleh Life Guard Bangi Wonderland. 

2. Pirate's Bay

Kalau nak merasa dilambung ombak, korang kena lepak - lepak di Pirate's Bay ni. Kebetulan kami semua duk sembang - sembang sambil anak - anak main air tiba - tiba terasa badan seperti ditolak. Sebelum tu ada siren dibunyikan tapi kami blur! Kedalaman Pirate's Bay ni semakin ke tengah semakin dalam. Rupa - rupanya siren tu sebagai tanda nak bagitahu diaorang nak mulakan ombak kat Pirate's Bay. Semakin lama semakin kuat dan Aqil dah berpeluk atas riba dah. Badan ni semakin ke depan dengan ombak yang semakin kuat. Serius terumbang ambing mereka yang berlampung tuh. Memang terbaiklah Pirate's Bay!

3. Meander River


Yang ni korang boleh merasai pengalaman seperti menyusuri sungai yang kecil gitu. Air pun cetek dan selamat untuk anak - anak kecil. Ada yang berjalan, ada juga yang menggunakan pelampung. Gee tak berkesempatan nak cuba yang ni. Korang boleh baca review mek sebabnya Mek dan family naik pelampung di Meander River ni. 

4. Spiralax


Kami beranikan diri demi merasai sendiri pengalaman menaiki Spiralax ni. Masing - masing dah baca doa macam - macam dah disebabkan takot punya pasal. Haha! Agak panjang juga Spiralax ni dan ternyata sangat best dan boleh release stress jugak tau! Menjerit tak hingat dah kami dua! Memang terasa kepuasan selepas naiki Spiralax ni. 

5. Body Slide


Body Slide ni Gee tak berani tapi incik suami dan si Amani selamba je slides. Kalau Spiralax kena slides dengan pelampung tapi yang Body Slide ni kita je kena turun. Ui Gerun kot! Life Guard dah siap - siap dah kat depan tu untuk tolong sekiranya perlu terutamanya Amani yang kategori kanak - kanak. Proud of you lah Kakak Amani!

6. Insane Racer


Insane Racer sememangnya buat jiwaku insane hokey!! Gee memang tak pernah ada keberanian nak naik slides jenis meniarap ni. Tapi masa tu mungkin tengok Amani dan Arsyad pun nak buat sekali so acah - acah berani ikot incik suami dan 2 ketul tu naik atas. Bila dah diajar cara meniarap, life guard siap kira sebab nama pun Insane Racer kan! 3 beranak tu helok je gelongsor meniarap turun. Aku? Hahahahahaha. Aku masih disitu wei!! Jiwa tak kuat dan tak reti nak meniarap gelongsor dengan alas dia tuh. Walaupun dah diajar namun masih tak kuat untuk turun. So dengan selamba Gee turun balik dengan tangga. Adoyai! Tapi anak - anak memang seronoklah siap bagitahu ibu rugi sebab tak main Insane Racer tu. Next time pun ibu akan fikir 100kali. Haha!

7. Anaconda Trail


Anaconda Trail best walaupun nampak lurus je berbanding dengan Spiralex. Gee naik tube dengan Mek juga yang ni dan jeritan kami tetap bergegar sampai bawah dengar suara kami. Hahahaha! Tak sempat nak repeat dua kali yang ni! Walaupun hakikatnya hakak dua orang ni nervous bagai nak rak! Haha!

8. The Fall



Bila tengok slides purple tu terus terasa luruh dah jantung Sis. Tu belum naik lagi dan memang Gee tak naik pun The Fall ni. Dalam gambar tu incik suami yang main. Gee mampu tengok saja. Haha!

9. Wonder Loop


Kalau berani sangat korang mesti cuba Wonder Loop ni. Permainan dimulakan dengan korang akan dilepaskan untuk slides ke bawah secara menegak. Ni lagi dasyat daripada The Fall sebabnya platform Wonder Loop lebih tinggi dan dan turun secara menegak dengan sangat laju!

10. Magic Funnel


Magic Funnel yang berbelang biru dan merah ini mesti dinaiki oleh 4 orang untuk 1 tube. Kami tak dapat nak main sebab tak cukup korum bila Arsyad dan Amani tak lepas had ketinggian untuk Magic Funnel. So korang nanti mesti merasa Magic Funnel ni wokeh!

11. Boomeriang



Games yang Arsyad sangat teringin nak main tapi kami dah kesuntukan masa untuk main. Kalau tengok slide Boomeriang ni agak mencabar juga sebabnya kita akan slides turun dengan pelampung dengan kelajuan yang maksima kemudian jantung mesti kecut bila slides hingga ke hujung dan slides  ke bawah dengan laju. Next time repeat mesti cuba yang ni pulak!

12. Green Pearl



Satu kerugian buat Gee sebabnya tak sempat nak merasai Green Pearl ni. Gee dapat rasakan kejutan berganda apabila kita slides dalam gelap kemudian jatuh dalam lingkungan bulatan Green Pearl. Korang mesti cuba yang ni tau!

13. Water Cannon



Mesti cuba keunikan dan kelainan Water Cannon. Games ni memang menguji denyutan jantung korang! Cara gamesnya korang kena duduk di atas lorong air yang sedikit condong.


Kemudian korang akan ditembak dengan pancutan air yang kuat sehingga jatuh melompat ke dalam kolam yang kedalamannya 2.8meter. Kolam memang dalam sebabnya untuk mereka yang mempunyai berat badan yang lebih berat, kesannya akan tenggelam lagi dalam ke dalam air.



Life Guard dah siap sedia untuk memberi bantuan. Setiap pemain diwajibkan memakai life jaket untuk langkah berjaga - jaga. Macam best tapi Gee takde kekuatan nak main! Haha!

14. Pirate's Spa


Pirates spa ni lebih tenang sebabnya kolamnya seperti kolam renang dan hanya boleh berendam dan berenang kat sini. Bila korang dah main semua games, mesti terasa penat dan nak cool down balik, so kat Pirate's Spa ni lah tempatnya untuk korang berenang dengan tenang sebelum tukar ke baju kering.

5 Keistimewaan Bangi Wonderland Waterpark Yang Patut Dipuji



◉ Life Guard Yang Cekap dan Fokus Untuk Menjaga Keselamatan Pengunjung

Setiap rides dan slides akan ada life guard yang akan membantu untuk memulakan sesuatu games dan menunggu apabila kita dah selesai. Kalau area Kids Adventure lagi ramai Life Guard yang ditugaskan di setiap rides kat atas. Life Guard bukan duduk saja memerhati je tau, tapi memang nampak mereka fokus pada pengunjung yang bermain setiap games yang ada.


◉Kebersihan Tandas dan Bilik Persalinan

Bila memperkatakan isu kebersihan pasti kita semua mahu menikmati kemudahan yang bersih sebabnya kebersihan ni akan menjadikan satu kepuasan yang maksima apabila kita berkunjung ke taman tema air seperti Bangi Wonderland Waterpark ini. Tandas dan bilik persalinan sangat bersih dan cukup selesa untuk bilangan pengunjung yang ramai.

◉Kebersihan dan Keselesaan di Surau

Kemudahan surau juga disediakan kerana korang mesti habiskan masa semaksima yang boleh di Bangi Wonderland Waterpark ini. Telekung sembahyang serta sejadah banyak disediakan di surau yang berkeluasan agak besar dan luas di Bangi Wonderland Waterpark.

◉Cabana Yang Selesa


Untuk mereka yang berkeluarga terutamanya mempunyai anak - anak yang kecil serta warga emas, korang boleh menyewa Cabana yang cukup selesa dan mempunyai privasi. Cabana juga dilengkapkan dengan kipas serta langsir bagi memberi keselesaan maksima untuk penyewa.



Harga Yang Berbaloi Untuk Percutian Bersama Keluarga



Setiap masa Bangi Wonderland Waterpark akan membuat promosi penurunan harga yang jauh lebih murah daripada harga asal seperti gambar di atas. Untuk maklumat promosi harga korang boleh lihat di sini : Promosi Harga Tiket Bangi Wonderland Waterpark


Pengalaman Hujung Tahun Yang Indah dan Recommended!



Kalau ada peluang dan rezeki, teringin nak repeat lagi berkunjung di Bangi Wonderland Waterpark ni. Boleh habiskan rides dan slides yang belum pulun lagi tu. Haha! Gee sangat recommendkan Bangi Wonderland Waterpark untuk korang luangkan masa bersama keluarga. Kemudahan bagi keselesaan korang memang lengkap tersedia di Bangi Wonderland Waterpark. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi info di bawah ni.


BANGI WONDERLAND THEMEPARK & RESORT

Laman Web : http://www.bangiwonderland.com.my/

Facebook : https://web.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/

Instagram : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland/

Email : sales@bangiwonderland.com.my

Telefon : +603 8912 8333













Penjagaan di kawasan Miss V antara bahagian badan yang paling perlu diberi perhatian yang lebih. Tambah lagi sekiranya kulit di sekitar kawasan intim kita lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain. Pasti buatkan kita tercari - cari jalan penyelesaian yang terbaik kan? Lambakan produk kat pasaran pula pasti buatkan kita buntu sebabnya kita tak tahu apakah ramuan yang terkandung demi menjaga Miss V kita. Kalini Gee nak kongsikan satu produk yang sangat bagus untuk penjagaan Miss V samada untuk kulit di sekitar Miss V dan juga kebersihan Miss V kita. 


Berita baik untuk semua wanita - wanita termasuk Sis Gee juga! Kita tak perlu bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V kita. 


Pasti ramai yang berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim. Sudah pastinya bukan korang seorang saja kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor - faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali kita akan berasa diri kita kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri kita. 


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit. 

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam lingkungan pH normal feminin iaitu di antara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.


Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra. 

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragama Islam, Sumber Ayu 3X WhiteningPearly White diiktiraf halal.


Apabila ramuan - ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.


SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

Assalamualaikum💚

Korang ingat lagi tak Gee pernah share trailer Filem Operasi X di entry sebelum ni? Filem Operasi X, arahan Sandosh Kesavan ini menampilkan ramai pelakon hebat tanah air. Boleh baca preview dan lihat video trailer kat < SINI > . Haaa bila dah tengok trailer, terus terasa nak tengok lakonan gandingan hero malaya iaitu Dato Awie dan Dato Aaron Aziz. Gee pun terus check tiket wayang online di LFS Cinema Kuala Terengganu. 


Mudah je kalau nak tengok wayang sebabnya ada sistem online yang sangat memudahkan kita. Gee suka tempah tiket wayang online sebabnya tak perlu nak beratur panjang dan boleh terus pilih seat mana yang kita suka. Bila dah ada waktu dan ketika yang sesuai, Gee terus booked tiket Filem Operasi X untuk Gee, incik suami dan anak - anak.  

Filem : Operasi X

Pengarah : Sandosh Kesavan

Terbitan : Dream Pictures Production

Genre : Action

Antara barisan pelakonnya adalah Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima dan Zaidi Omar.

Suka Dengan Watak Dato Awie Yang Bersahaja


Dalam Filem Operasi X ni, Gee tak expect tau filem ni sesantai begitu. Pada mulanya, Gee fikirkan filem ni agak serius dan terfikir juga kot kurang sesuai untuk anak - anak. Tak salah Gee pilih filem untuk kami sekeluarga, sebabnya anak - anak bukan main lagi tau ketawa dengan lawak bersahaja daripada Dato Awie yang membawa watak sebagai Ketua Geng Belut iaitu penjenayah tersohor. 

Kisahnya, Dato Aaron iaitu watak ESP Redzuan merupakan pegawai polis yang baru sahaja kematian kawan baiknya disebabkan satu operasi yang juga melibatkan kematian adik Belut. ESP Redzuan yang sedang becuti di sebuah pulau tiba - tiba dipanggil oleh ibu pejabat untuk menggerakkan operasi menumpaskan Geng Belut iaitu Operasi X. 


Nak story lagi macam tak bestlah nanti korang nak pergi tengok kan? Hehe. Seriusly filem Operasi X memang best sebab ada banyak unsur komedi bersahaja daripada Dato Awie. 

Filem Operasi X Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Gee boleh bagi rating 4/5 stars untuk filem Operasi X ini. Nak bawak anak - anak pun okey sebab takde aksi yang heavy pun. Korang dah tengok? Boleh ajak rakan rakan dan kaum keluarga sama tau. Memang sesuai ditonton untuk semua lapisan umur. hehe.


 #OperasiXTheMovie
#OperasiX 
#DreamPicturesProduction






Pada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu yang lepas, telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) buah pihak yang sememangnya telah dikenali di Malaysia. Dua pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bukit Gambang Resort City dan juga McDonald's.


Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak - anak tahfiz iaitu seramai 74 orang anak - anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al - Hidayah Ad - Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik - adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing - masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Sekolah Agama Rakyat KAFA Al - Hidayah Ad - Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang
Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik - adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam sahaja perjalanan di antara keduanya. Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak - pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat.

Sedikit info ringkas mengenai majlis riadah setengah hari antara Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah , Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia. 

Kehadiran adik-adik comel di BGRC

Kehadiran adik - adik ini telah di nanti oleh wakil BGRC yang bertugas sejak daripada jam 9 pagi lagi dan turut sama pada ketika itu adalah wakil daripada pihak bloggers dari Pantai Timur yang telah siap sedia dari awal pagi lagi untuk meraikan kedatangan adik - adik ini di pintu utama bahagian Waterpark. Setelah tiba, perkara pertama yang diambil kira adalah soal tiket masuk dan syukur alhamdulillah pihak BGRC sudi menaja tiket masuk untuk semua dengan murah hati. Terima kasih banyak pihak BGRC!


Senyuman yang terukir di wajah adik - adik ini sangat - sangat bernilai untuk semua yang terlibat dan makin bermakna apabila pihak BGRC sudi juga membantu adik - adik ini dengan wakil crew mereka di sepanjang aktiviti riadah ini berlangsung dari awal hingga akhir. 


Adik - adik ini bebas bermain di mana - mana bahagian yang mereka inginkan dengan di kawal tahap keselamatan oleh pihak BGRC yang berwajib. Jika anda ke Kuantan, silalah singgah ke BGRC ini kerana di sana ada pelbagai aktiviti bermain air yang sangat best! Ada ombak buatan, ada slide dan bermacam jenis lagi aktiviti yang sesuai dengan mengikut usia dari kanak - kanak hingga dewasa.




Apabila di tanya, masing - masing sangat berpuashati dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh pihak BGRC ketika berada di sana. Wajah penuh senyuman dengan layanan yang ramah daripada pihak BGRC melalui staff staff yang bertugas juga amat terbaik sekali. Tiada apa yang kurang malah terlebih pula rasanya. 

Kedatangan Happy Meal McDonald's Meriahkan Suasana

Ketika pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) sedang bertungkus lumus meraikan adik - adik ini di kawasan waterpark, pihak McDonald's pula sedang berusaha untuk menyiapkan makanan tengahari untuk diedarkan di pintu keluar. Setelah mereka selesai aktiviti bermain air itu nanti akan ada sebuah kejutan istimewa kedatangan Happy Meal McDonald's untuk menggembirakan lagi hati adik - adik yang seramai 60 orang ini. 


Persiapan makanan tengahari adalah di dalam bentuk Happy Meal sengaja di pilih kerana sesuai dengan usia adik - adik ini dan persiapan ini dilakukan secara terus melalui McDonald's cawangan Jalan Gambang dengan di pantau oleh pihak Manager yang bertugas sepenuhnya. Meskipun jumlah yang perlu disiapkan agak banyak namun staff yang bertugas tetap tampak relaks, cekap dan tersusun dalam melakukan kerja mereka dari awal hingga akhir.


Semangat berpasukan sebegini sememangnya sudah lama dipraktikkan di kalangan semua staff McDonald's kerana sebelum dibenarkan bertugas melayan para pelanggan mereka sebenarnya telah pun di latih dengan asas yang cukup. Walaupun sibuk perlu melayani pelanggan secara terus namun staff yang bertugas tetap terus mempercepatkan tugas mereka menyediakan segalanya sambil sesekali membalas senyuman untuk pelanggan lain yang ada di premis.


Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan

Meskipun majlis ini tampak biasa namun sebenarnya ia amat bermakna dan sangat luar biasa untuk adik - adik ini. Kehadiran maskot daripada Bukit Gambang Resort City telah menambahkan lagi keceriaan di wajah adik - adik ini. Masing - masing terus tersenyum lebar meskipun hakikatnya telah penat bermain dengan sepuas hati tadi.


Setiap pertemuan ada perpisahan dan ketika salaman terakhir di beri, pihak BGRC dan McDonald's tukarkan saat sedih berpisah ini dengan set Happy Meal untuk terus mengukir senyuman di wajah mereka sehingga ke akhirnya. Semoga ingatan setengah hari bersama BGRC dan McDonald's ini akan terus tersemat di ingatan dan moga - moga dapatlah hendaknya kembali ke sini lagi di lain kali bersama keluarga masing - masing. 


Senyuman manis di wajah semua adik - adik comel ini teramat mahal untuk dinilaikan dengan wang ringgit.



Wakil Blogger Turut Hadir Dengan Layanan Bagaikan Keluarga

Menyentuh isu tentang blogger, suka untuk diceritakan serba ringkas mengenai blogger ini kerana hakikatnya masih ramai lagi yang belum mengenali apakah tugas blogger itu sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, blogger ini ada komunitinya yang tersendiri dan tidak semua blogger itu hanya tahu untuk menulis berita panas, viral dan hot tanpa tahu asal usul demi untuk meraih perhatian pembaca. Bak kata pepatah, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Hakikat sebenarnya, di kalangan blogger ( penulis blog ) ini masih ramai yang aktif membuat amal dengan berada bersama masyarakat untuk memberi bakti sedaya yang termampu dalam bentuk penulisan bagi merapatkan ukhwah antara mana - mana syarikat dengan masyarakat dalam bentuk menjayakan aktiviti amal, menghebohkan berita - berita baik yang patut diketahui umum dan sebagainya.


Kerana itu tidak mustahillah mengapa pihak BGRC dan McDonald's sendiri dengan penuh rasa gembira, sangat suka untuk menerima kehadiran para penulis blog ini untuk pelbagai acara dari dulu hingga kini demi untuk memberikan lebih banyak info yang sepatutnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Bagi pihak blogger pula, kesudian pihak - pihak ini menerima kewujudan kami sejak dulu hingga kini dengan ikatan bagaikan sebuah keluarga amatlah dihargai dengan penuh rasa terima kasih dari hati.

Keprihatinan BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji

Harapan di masa akan datang semoga akan ada lebih banyak pihak yang akan mengikut jejak langkah BGRC dan McDonald's ini. Siapa sangka meskipun ke dua - duanya ada nama yang agak besar di Malaysia namun masih sudi untuk terlibat dengan projek amal sebegini. Bagi yang masih tercari - cari destinasi untuk bercuti, singgahlah ke Bukit Gambang Resort City kerana segala - galanya ada di sana dan pada yang sedang tercari - cari menu yang sedap untuk dinikmati bersama keluarga, jejakkan kaki ke McDonald's di mana - mana cawangan yang berhampiran dengan anda. Sambil itu jangan lupa juga untuk menderma melalui tabung yang disediakan supaya dapat turut sama berbakti untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald's di HUSM yang sedang dalam pembinaan sekarang ini.

Terima Kasih BGRC , Terima Kasih McDonald's Malaysia !! 

Bukit Gambang Resort City

Laman Web : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/

FB Pages : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/

McDonald's Malaysia

Laman Web : https://www.mcdonalds.com.my/

FB Pages : https://www.facebook.com/My.McDonalds/













Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab