Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review

Pada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu yang lepas, telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) buah pihak yang sememangnya telah dikenali di Malaysia. Dua pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bukit Gambang Resort City dan juga McDonald's.


Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak - anak tahfiz iaitu seramai 74 orang anak - anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al - Hidayah Ad - Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik - adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing - masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Sekolah Agama Rakyat KAFA Al - Hidayah Ad - Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang
Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik - adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam sahaja perjalanan di antara keduanya. Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak - pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat.

Sedikit info ringkas mengenai majlis riadah setengah hari antara Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah , Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia. 

Kehadiran adik-adik comel di BGRC

Kehadiran adik - adik ini telah di nanti oleh wakil BGRC yang bertugas sejak daripada jam 9 pagi lagi dan turut sama pada ketika itu adalah wakil daripada pihak bloggers dari Pantai Timur yang telah siap sedia dari awal pagi lagi untuk meraikan kedatangan adik - adik ini di pintu utama bahagian Waterpark. Setelah tiba, perkara pertama yang diambil kira adalah soal tiket masuk dan syukur alhamdulillah pihak BGRC sudi menaja tiket masuk untuk semua dengan murah hati. Terima kasih banyak pihak BGRC!


Senyuman yang terukir di wajah adik - adik ini sangat - sangat bernilai untuk semua yang terlibat dan makin bermakna apabila pihak BGRC sudi juga membantu adik - adik ini dengan wakil crew mereka di sepanjang aktiviti riadah ini berlangsung dari awal hingga akhir. 


Adik - adik ini bebas bermain di mana - mana bahagian yang mereka inginkan dengan di kawal tahap keselamatan oleh pihak BGRC yang berwajib. Jika anda ke Kuantan, silalah singgah ke BGRC ini kerana di sana ada pelbagai aktiviti bermain air yang sangat best! Ada ombak buatan, ada slide dan bermacam jenis lagi aktiviti yang sesuai dengan mengikut usia dari kanak - kanak hingga dewasa.




Apabila di tanya, masing - masing sangat berpuashati dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh pihak BGRC ketika berada di sana. Wajah penuh senyuman dengan layanan yang ramah daripada pihak BGRC melalui staff staff yang bertugas juga amat terbaik sekali. Tiada apa yang kurang malah terlebih pula rasanya. 

Kedatangan Happy Meal McDonald's Meriahkan Suasana

Ketika pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) sedang bertungkus lumus meraikan adik - adik ini di kawasan waterpark, pihak McDonald's pula sedang berusaha untuk menyiapkan makanan tengahari untuk diedarkan di pintu keluar. Setelah mereka selesai aktiviti bermain air itu nanti akan ada sebuah kejutan istimewa kedatangan Happy Meal McDonald's untuk menggembirakan lagi hati adik - adik yang seramai 60 orang ini. 


Persiapan makanan tengahari adalah di dalam bentuk Happy Meal sengaja di pilih kerana sesuai dengan usia adik - adik ini dan persiapan ini dilakukan secara terus melalui McDonald's cawangan Jalan Gambang dengan di pantau oleh pihak Manager yang bertugas sepenuhnya. Meskipun jumlah yang perlu disiapkan agak banyak namun staff yang bertugas tetap tampak relaks, cekap dan tersusun dalam melakukan kerja mereka dari awal hingga akhir.


Semangat berpasukan sebegini sememangnya sudah lama dipraktikkan di kalangan semua staff McDonald's kerana sebelum dibenarkan bertugas melayan para pelanggan mereka sebenarnya telah pun di latih dengan asas yang cukup. Walaupun sibuk perlu melayani pelanggan secara terus namun staff yang bertugas tetap terus mempercepatkan tugas mereka menyediakan segalanya sambil sesekali membalas senyuman untuk pelanggan lain yang ada di premis.


Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan

Meskipun majlis ini tampak biasa namun sebenarnya ia amat bermakna dan sangat luar biasa untuk adik - adik ini. Kehadiran maskot daripada Bukit Gambang Resort City telah menambahkan lagi keceriaan di wajah adik - adik ini. Masing - masing terus tersenyum lebar meskipun hakikatnya telah penat bermain dengan sepuas hati tadi.


Setiap pertemuan ada perpisahan dan ketika salaman terakhir di beri, pihak BGRC dan McDonald's tukarkan saat sedih berpisah ini dengan set Happy Meal untuk terus mengukir senyuman di wajah mereka sehingga ke akhirnya. Semoga ingatan setengah hari bersama BGRC dan McDonald's ini akan terus tersemat di ingatan dan moga - moga dapatlah hendaknya kembali ke sini lagi di lain kali bersama keluarga masing - masing. 


Senyuman manis di wajah semua adik - adik comel ini teramat mahal untuk dinilaikan dengan wang ringgit.



Wakil Blogger Turut Hadir Dengan Layanan Bagaikan Keluarga

Menyentuh isu tentang blogger, suka untuk diceritakan serba ringkas mengenai blogger ini kerana hakikatnya masih ramai lagi yang belum mengenali apakah tugas blogger itu sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, blogger ini ada komunitinya yang tersendiri dan tidak semua blogger itu hanya tahu untuk menulis berita panas, viral dan hot tanpa tahu asal usul demi untuk meraih perhatian pembaca. Bak kata pepatah, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Hakikat sebenarnya, di kalangan blogger ( penulis blog ) ini masih ramai yang aktif membuat amal dengan berada bersama masyarakat untuk memberi bakti sedaya yang termampu dalam bentuk penulisan bagi merapatkan ukhwah antara mana - mana syarikat dengan masyarakat dalam bentuk menjayakan aktiviti amal, menghebohkan berita - berita baik yang patut diketahui umum dan sebagainya.


Kerana itu tidak mustahillah mengapa pihak BGRC dan McDonald's sendiri dengan penuh rasa gembira, sangat suka untuk menerima kehadiran para penulis blog ini untuk pelbagai acara dari dulu hingga kini demi untuk memberikan lebih banyak info yang sepatutnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Bagi pihak blogger pula, kesudian pihak - pihak ini menerima kewujudan kami sejak dulu hingga kini dengan ikatan bagaikan sebuah keluarga amatlah dihargai dengan penuh rasa terima kasih dari hati.

Keprihatinan BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji

Harapan di masa akan datang semoga akan ada lebih banyak pihak yang akan mengikut jejak langkah BGRC dan McDonald's ini. Siapa sangka meskipun ke dua - duanya ada nama yang agak besar di Malaysia namun masih sudi untuk terlibat dengan projek amal sebegini. Bagi yang masih tercari - cari destinasi untuk bercuti, singgahlah ke Bukit Gambang Resort City kerana segala - galanya ada di sana dan pada yang sedang tercari - cari menu yang sedap untuk dinikmati bersama keluarga, jejakkan kaki ke McDonald's di mana - mana cawangan yang berhampiran dengan anda. Sambil itu jangan lupa juga untuk menderma melalui tabung yang disediakan supaya dapat turut sama berbakti untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald's di HUSM yang sedang dalam pembinaan sekarang ini.

Terima Kasih BGRC , Terima Kasih McDonald's Malaysia !! 

Bukit Gambang Resort City

Laman Web : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/

FB Pages : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/

McDonald's Malaysia

Laman Web : https://www.mcdonalds.com.my/

FB Pages : https://www.facebook.com/My.McDonalds/













Assalamualaikum 💚

Domino's Pizza tak pernah mengecewakan! Tahun ni, cuti perayaan Deepavali lama juga iaitu 3 hari ditambah dengan hujung minggu Terengganu Jumaat dan Sabtu jadinya cuti anak - anak sekolah ni selama 5 hari. Bila cuti lama, mulalah si ibu fikir nak bawa anak - anak ke mana. Tiba - tiba teringatkan Domino's!! Budak - budak ni memang suka Domino's Pizza, siap ada favourite pizza lagi! Haha!



Mudahnya Domino's Pizza adalah, kita boleh tempah awal - awal di laman web Domino's Pizza, kemudian boleh set masa nak datang ambil. Pilihan di website adalah take away atau delivery. Memandangkan rumah Gee tidak termasuk di dalam range delivery, pilihan untuk Gee adalah take away. Korang jangan risau walaupun take away tapi boleh je nak makan dalam Domino's. Tempat makan pun selesa, banyak tempat duduk serta dilayan staff yang mesra. 

Jom Gee kongsikan secara ringkas macam mana nak tempah Domino's Pizza Daripada Laman Web Domino's. 
STEP 1 : Buka laman web https://www.dominos.com.my/

STEP 2 : Klik pada Start Order 
STEP 3 : Korang kena sign up dulu tau! Simple steps je. Gee dah sign up so terus sign in dengan email dan password.



STEP 4 : Pilih samada nak Delivery atau Take Away. Kemudian korang isi sahaja maklumat yang diperlukan seperti cawangan Domino's untuk pick up, waktu, alamat dan sebagainya.
STEP 5 : Dah boleh mula pilih pelbagai menu dan promosi yang berlangsung di Domino's. 
STEP 6 : Confirmkan jumlah bayaran.

STEP 7 : Dah comfirm korang klik pada Confirm.
STEP 8 : Korang boleh klik pada troli shopping tu dan boleh lihat details order untuk proceed bayaran.

STEP 9 : Klik Checkout untuk teruskan proses pembayaran.

STEP 10 : Klik Buy Express Card untuk menikmati faedah sepanjang tahun bersama Domino's Pizza.


Yeay dah boleh order Domino's Pizza!! Memang mudah dan cepat kalau order Domino's Pizza. Sampai Domino's Pizza kita dah siap sedia untuk ngap pizza! So tak perlu nak tunggu order, nak fikir menu dan sebagainya. 

Tambah - tambah kalau family macam Gee yang punya anak kecil ni. Memang mudah hanya order melalui laman web Domino's kemudian bila tiba waktunya, pergi ambil je. Kalini Gee pilih pick up tapi kami makan di Domino's. Tak sabar dah semuanya nak ngap!


Untungnya kalau order online adalah boleh grab FREE PIZZA tau!! Nanti dalam akaun Domino's korang akan dapat notification dapat free pizza ni. So bila kita buat pembelian, boleh extra pizza free! Sebab tu Gee suka order online! Tak perlu nak beratur kalau kebetulan ramai yang walk in. 

Antara Pizza Kegemaran Anak - Anak adalah Smoky Pepperoni Mushroom, Beef Pepperoni dan juga Tuna Temptation. Pastu kalau pilihan cheese diaorang suka Cheddar Cheese Tarik atau Mozzarella Cheese Tarik sebabnya anak - anak suka bila makan panas - panas dan tarik cheese tu panjang - panjang. Haha!! 


Sebab tu kalau order Domino's mesti nak kena Dine In sebabnya diaorang tak sabar nak tarik cheese tu! Bertuah sungguh. Gee pun suka makan pizza panas - panas. Dia punya feel dan kepuasan tu lain macam. Tambah pulak dengan Domino's Pizza! Lokasi Domino's Pizza kami serbu kali ni adalah Cawangan Kuala Terengganu Air Jernih. 

Alhamdulillah staff Domino's Pizza kat sini semuanya baik. Bila Gee bagitahu nak makan kat situ terus diaorang ambilkan pizza dan letakkan di meja kami. Siap tanya keperluan berapa pinggan, cawan dan keselesaan tempat duduk. Keep it up Domino's Kuala Terengganu!

Jom Gee kongsikan order kami pada hari tersebut!

Smoky Pepperoni Mushroom with Cheddar Cheese Tarik
Meatasaurus with Classic Hand Tossed
Tuna Temptation with Classic Hand Tossed
Breadstick 
Sekarang Domino's sedang mewarwarkan tentang Kempen It's All About You. Korang boleh ketahui detailsnya << SINI >>> .

It's All About You merupakan kempen terbaru daripada Domino's Pizza bagi meraikan dan menghargai semua pelanggan dan pengikut setia Domino's Pizza selama 21 tahun. Ya! Dominos's Pizza telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1997 lagi tau! Congratulations Domino's!!

Thank you Domino's kerana sentiasa upgrade servis kepada kami dan juga mempelbagaikan menu pizza dari masa ke semasa. Semestinya, kami akan repeat and repeat untuk quality time bersama keluarga di Domino's Pizza!! Korang yang belum cuba berDomino's boleh terjah ke laman web https://www.dominos.com.my/ atau boleh walk in ke cawangan Domino's Pizza yang berhampiran.



#ItsAllAboutYou
#DominosMy

Assalamualaikum 💛

TEMPAH DAN DESIGN BISNES KAD MURAH DARI BG DESIGN | Sebenarnya dah lama Gee nak tempah bisnes kad ni. Sebelum ni incik suami design dan printkan untuk Gee. Design yang lama tu bertemakan template sebelum ni. So bila dah tukar template dan kebetulan pula bisnes kad pun dah lama habis, Gee pun mencari lah servis design bisnes kad yang murah. 



Kenapa Gee perlu bisnes kad? Walaupun aku hanya seorang surirumah biasa, macam pelik pulak siap nak bisnes kad kan? Sebenarnya, kerjaya seorang blogger ni memang perlu sekeping bisnes kad bagi memudahkan owner, brand atau sesiapa yang mungkin perlu khidmat review atau kerjasama nanti. Bila nak guna? Biasanya Gee akan bagi bisnes kad ni bila join event, pergi review restoran, bila check in mana - mana hotel atau ketika travel. 



So bila ada bisnes kad ni, lagi mudah orang nak hubungi Gee sekiranya mereka berminat untuk guna khidmat Gee untuk review. Tak perlu lah Gee nak tulis kat kertas nota atau suruh diaorang save nombor phone dan link blog kan? Kan mudah ada sekeping kad, semua details ada dan terus pass pada mereka yang berkenaan. 

Tempah Bisnes Kad Murah Dari BG Design

Kisahnya, Gee memang kenal owner BG Design ni sebabnya mereka juga blogger dan Gee pernah jumpa mereka ni di satu event dan juga review restoran. Bila dah tahu ada kawan yang buat bisnes kad terus Gee usha tanya harga. Mestilah nak dalam lingkungan budget al maklumlah Sis Gee ni surirumah sahaja. Hehe.


BG Design menawarkan pelbagai servis percetakan dengan harga yang sangat berpatutan. Yang menariknya korang boleh request design macam mana mengikut kesukaan dan citarasa sendiri. Gee designkan bisnes kad bertemakan template blog Gee so mereka akan designkan mengikut apa yang Gee nak. Kalau takde idea atau tak tahu nak design macam mana pun tak kisah sebab BG design boleh reka design special untuk korang. Design pula memang eksklusif tau, takde nak tiru orang lain punya okey! 

Produk Percetakan Yang Pelbagai Daripada BG Design

Sebenarnya bukan bisnes kad je tau BG Design buat malah ada banyak lagi produk percetakan yang ditawarkan oleh BG Design. Jom Gee kongsikan dengan korang manalah tahu kot korang dalam pencarian nak cari servis percetakan yang murah kan?

1. Banner dan Bunting


2. Flyers


3. Bisnes Kad


4. Servis Design Logo


5. Tempahan Kad Kahwin


6. Tempahan Sampul Duit Raya


Terbaru!! Dapatkan Kalendar 2019 Daripada BG Design


Bersempena nak masuk tahun baru 2019, BG Design mengadakan promosi sepanjang November untuk tempahan kalendar 2019. Semestinya, korang boleh design sendiri kalendar tersebut mengikut citarasa sendiri atau boleh juga menempah untuk kegunaan pejabat. Kalendar 2019 keluaran BG Design ada pelbagai variasi tau! Memang menarik kesemuanya. Antaranya design kalendar 2019 dari BG Design adalah :
Hanging Kalendar
Poster Kalendar
Table Kalendar
Diary 2019
Ramai Berpuas Hati Dengan Servis BG Design






Suka Kad Bisnes Bertemakan Blog Sendiri!

Gee bagitau BG Design untuk designkan kad bisnes bertemakan template blog Gee. Bila diaorang design, terus in love!!! Gee bagitahu nak simple dan tema blog dan hasilnya korang boleh tengok sendiri. Amacam okey tak? Hehe. Material kad tu Gee tak berapa arif sangat cuma permukaan kad Gee pilih yang glossy maksudnya berkilat memandangkan kad dah simple, so rasa pilih yang glossy lagi elok. Thank you BG Design!!!



Korang nak tempah bisnes kad, atau apa - apa produk Gee sangat recommendkan BG Design sebabnya harga mereka sangat berpatutan dan tempoh yang disiapkan juga sangat singkat. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan korang boleh hubungi mereka pada info yang dinyatakan kat bawah. 


Laman Web : http://bgdesignresources.com/

Facebook : https://web.facebook.com/bgdesign/

Email : bgdesign.biz@gmail.com

WhatsApp : 010 - 795 0473






Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab