Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum💗

NAK DETOX CEPAT DAN BERKESAN? Korang tahu tak detox itu sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan kita? Detox ini merupakan proses untuk membuang toksin serta kotoran yang ada dalam tubuh badan kita. Pada kebiasaannya pembuangan toksin ini terjadi melalui sistem pembuangan dan juga melalui aktiviti senaman yang mengeluarkan peluh.


Namun, kegagalan bersenam serta masalah sembelit akan membuatkan berat badan semakin bertambah, tubuh badan menjadi lesu, kulit yang tidak sihat serta mudah dijangkiti penyakit. Selain itu, cara pemakanan seseorang juga mempengaruhi kadar toksin di dalam badan. So kalau korang nak dapatkan berat badan yang ideal korang kena jaga pemakanan atau ikuti tips mudah kurus seperti di bawah ni.

5 Tips Kurus Dengan Cepat dan Berkesan

1. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Cara terbaik untuk detox kotoran di dalam badan adalah dengan meminum air kosong sekurang - kurangnya 8 gelas sehari. Korang bukan sahaja dapat kuruskan badan malah akan peroleh kulit yang cantik dan lembab. Dengan meminum air kosong yang mencukupi korang juga dapat mengelakkan sembelit. Pasti korang kurus dengan cepat sekiranya proses pembuangan yang lancar serta toksin dapat dikeluarkan secara semulajadi daripada tubuh badan. 

2. BANYAK MAKAN BUAH - BUAHAN


Buah - buahan mempunyai 1001 khasiat dan manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Untuk kurus dengan cepat, korang boleh juga gantikan buah sebagai snek ringan ketika anda lapar. Salad buah merupakan menu yang sedap dan menyihatkan kerana korang boleh campur pelbagai jenis buah - buahan di dalam satu mangkuk. Pasti rasanya lebih enak dengan pelbagai perisa masam dan manis buah - buahan.

3. ELAKKAN MAKANAN YANG BERAT PADA WAKTU MALAM


Tabiat makan pada waktu malam ini boleh mendatangkan masalah kegemukan. Ini kerana badan memerlukan sekurang - kurangnya 4 jam untuk melakukan proses penghadaman. Korang kena rancang untuk makan malam selewat - lewatnya jam 7 petang supaya apabila korang tidur, makanan  sudah pun diproses dan bukan menjadi lemak dalam badan. 

4. MENGAMALKAN SENAMAN RINGAN SETIAP HARI


Korang nak cepat kurus mestilah mengamalkan senaman ringan setiap minggu. Rutin senaman ini sangat penting untuk melancarkan peredaran darah, menyihatkan jantung serta menghilangkan tekanan kerja. Namun ramai yang tidak mempunyai waktu untuk bersenam dan kesannya badan menjadi lesu dan mengundang penyakit yang tidak diingini.

5. MENGAMALKAN IMAAN FRUITEA DAILY DETOX


Kalau korang nak tahu Gee dah habiskan beberapa uncang teh detox daripada Imaan Suci World. Sejak mengamalkan Teh Detox Zero Belly ini, nak membuang pun mudah. Takde dah sembelit sampai 3 hari. Harap - harap pasni mudah lagi nak turunkan berat badan. Hehe. Jom Gee share lebih details tentang Zero Belly daripada Imaan Suci World ini.

Apakah Zero Belly Fruitea Detox?

Zero Belly Fruitea Detox ini merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh Imaan SUci World yang halal dan selamat untuk diamalkan. Bahan - bahan yang terkandung di dalam Imaan Fruitea Daily Detox ini adalah 100% daripada gabungan dauh teh serta buah - buahan terpilih iaitu Mulberry, Passion Fruit, Soursup dan Candle Bush.



Zero Belly Fruitea Detox menjadi pilihan ramai wanita kerana baunya yang wangi, rasa yang sedap serta sangat membantu untuk mendapatkan berat badan idaman. Dengan mengamalkan Zero Belly ini badan korang akan melakukan proses detox dengan mudah dan dalam masa yang sama badan korang juga menikmati khasiat - khasiat yang terkandung di dalam Zero Belly ini.

Khasiat Yang Terkandung di Dalam Zero Belly Fruitea Detox



Zero Belly Fruitea Detox daripada Imaan Suci World ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) serta disahkan selamat oleh Melaka Biotechnology Corporation. Pelbagai manfaat dan khasiat yang korang dapat nikmati dengan pengamalan Zero Belly ini secara konsisten. Antaranya ialah :

➤ Membantu mengempiskan perut yang buncit.

➤ Membantu menyelesaikan masalah obesiti.

➤ Melawaskan perut dan menjadikan badan berasa ringan.

➤ Membantu menyelesaikan masalah sembelit.

➤ Membantu membuang angin dalam badan.

Cara Penggunaan Zero Belly Fruitea Detox


Zero Belly Fruitea Detox sangat mudah diamalkan. Caranya hanya rendamkan uncang teh di dalam cawan atau mug yang berisi air panas. Cara pengamalannya adalah seperti berikut :

⟶ Tujuan Pencernaan : 1 uncang sehari.

⟶ Tujuan Menurunkan Berat Badan : 2 uncang sehari.

⟶ Tujuan Mengekalkan Berat Badan : 3 kali seminggu.

Zero Belly Fruitea Detox tidak digalakkan untuk wanita yang mengandung. Ibu yang menyusu pula dibenarkan untuk mengamalkan Zero Belly. Usia yang boleh mengamalkan teh detox ini adalah 7 tahun ke atas.  

Jom lihat video Gee share cara untuk minum Zero Belly Fruitea Detox ini.




Testimonial Mereka Yang Dan Mencuba!








Jom Amalkan Zero Belly Sekarang!!

Gee dah mula mengamalkan Zero Belly Fruitea Detox daripada Imaan Suci World ni. Selepas lahirkan anak ke 4 agak susah nak turunkan berat badan. So lepas ni tak perlu risau dah toksin dalam badan sebabnya Gee ada teh detox Zero Belly ni untuk mudahkan proses detox setiap hari. Korang yang ingin mencuba atau perlukan maklumat lanjut boleh hubungi info di bawah.



LAMAN WEB : https://www.imaanworld.com/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/imaansuciworld/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/imaan.suci.world.hq/

TELEFON : 019 286 2828 | 013 234 4848







Assalamualaikum ❤

Kalau nak bagi hadiah, souvenir atau tanda kenang - kenangan, mestilah nak cari sesuatu yang cantik, sempurna dan memenuhi citarasa. Kadang - kadang buntu juga apabila fikirkan gift apa yang best dan akan membuatkan orang akan simpan sampai bila - bila. 



Sebut je hadiah, mesti korang fikirkan mug, frame gambar, minyak wangi dan mungkin juga perhiasan rumah seperti pasu. Semua dah menjadi kebiasaan bukan? Apa kata sesekali berikan hadiah yang berbentuk hand craft. Mesti mempunyai nilai sentimental yang tinggi. 

HandCraft Comel Daripada CIK RENEX


Mungkin sudah ramai mengenali Cik Renex ni kan? Gee mengenali Cik Renex hampir setahun kot melalui blogging dan Cik Renex juga salah seorang ahli Team Blogger Pantai Timur. Walaupun tak pernah bersua muka, tapi kami pernah juga chat kat whatsapp dan support komen di media sosial. Mata ni tak tahan sungguh melihat hasil tangan beliau membuat sendiri craft yang pelbagai jenis. Sangat kreatif Cik Renex ni tau!!! 

Produk by CIK RENEX



Bila tengok, korang pasti rambang mata dibuatnya. Haha! Trust me! Antara produk yang Cik Renex buat adalah keychain, fridge magnet, bantal, bubble talk dan pelbagai lagi hasil tangan yang Cik Renex buat sendiri. Kalau korang tempah, korang boleh request design dan warna tau!! Sebab tu Gee kata sangat menarik kalau nak bagi hadiah pada yang tersayang. Bila berikan hadiah yang tertulis nama mereka, pasti hadiah tersebut mempunyai sentimentalnya tersendiri.

Sedia Menerima Tempahan Yang Banyak


Cik Renex juga buka order untuk tempahan yang banyak seperti doorgift untuk perkahwinan, majlis pertunangan, sambutan harijadi dan sebagainya. Pasti tambah menarik doorgift tu nanti kan? Cuma untuk tempahan yang banyak korang mesti inform awal supaya semua kraft dapat dibuat dengan baik. 

Produk Cik Renex Untuk #teamBPT


Gee sendiri dah tengok produk Cik Renex ni. Walaupun kami tempah dalam tempoh yang singkat dengan kuantiti yang banyak, namun Cik Renex dapat memenuhi permintaan kami dengan memberikan hasil kraf fridge magnet yang sangat berkualiti. Terima kasih Cik Renex sudi sponsor team kita ketika Team Blogger Pantai Timur jelajah Bukit Gambang Resort City baru - baru ini. 

Tempah Handmade Craft Murah Cik Renex Sekarang!


Craft daripada Cik Renex ni bukan sahaja murah malah sesuai diberikan untuk sesiapa sahaja. Korang boleh design nama, logo dan gambar korang pada produk dari Cik Renex ini. Pening nak hadiahkan sempena Hari Guru, birthday, anniversary atau doorgift? Hubungi makumat di bawah untuk sebarang tempahan dan info lanjut.

BLOG : http://bycikrenex.blogspot.com/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/bycikrenex/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/bycikrenex/

WHATSAPP : 017 794 4891
Sesekali lepak homestay bersama keluarga pun syok juga! Tambah syok bila ada keluarga lain juga turut serta. Korang pernah tak rancang percutian bersama rakan - rakan, tetapi aktiviti cuma melepak je dalam homestay? Gee dah merasai pengalaman itu bersama geng blogger Sis Hawa dan Mek Yunie! Serius korang kena cuba bercuti cara begini juga sesekali.


Kami sememangnya ingin merancang percutian yang damai dan tenang dengan keluarga. So kami decided untuk mencari sebuah homestay yang boleh muatkan keluarga kami. Aktiviti kami nak memerap je kat homestay sebab malas nak berasak kat luar. Namapun percutian yang damai kan? So guna aje servis delivery yang ada. Nak tahu lanjut homestay pilihan kami? Korang mesti baca sampai habis okey!

QAS HOMESTAY DI PELANGI CONDOMINIUM, KOTA BHARU

QAS HOMESTAY merupakan salah satu unit condominium di Pelangi Condominium Kota Bharu. Kedudukan kondominium nie sememangnya strategik sebab terletak di tengah bandaraya Kota Bharu. Kalau strangers macam Gee ni memang mudah nak ke tempat - tempat menarik sekitar bandar Kota Bharu seperti Pasar Siti Khadijah, Muzium Kelantan, Shopping Mall dan sebagainya. 



QAS HOMESTAY terletak di tingkat 11 di mana korang akan dapat lihat pemandangan cantik bandaraya Kota Bharu. Ada lagi satu pemandangan yang bakal membuatkan anak - anak korang excited sepertimana anak - anak Gee iaitu pemandang kolam renang!! Tak duduk diam diaorang bila nampak pool ada kat bawah tu je. Jom kita lihat apa yang best pasal QAS HOMESTAY ini.

KELEBIHAN MENGINAP DI QAS HOMESTAY

1. Mempunyai Ruang Yang Besar


Seluruh homestay sangat luas termasuklah ruang dapur. Anak - anak nak main pun tak menghalang kami geng papa mama yang nak membawang. Hehe. Ada banyak ruang untuk hampar toto kalau bilik tidak mencukupi.

2. Mempunyai 3 Bilik Yang Berhawa Dingin



Kesemua bilik mempunyai aircond. Bilik pertama dilengkapi 1 katil queen, bilik ke dua dilengkapi 1 katil queen dan 1 katil single manakala bilik ke tiga dilengkapi 1 katil single. Setiap bilik mempunyai almari pakaian masing - masing.

3. Mempunyai 2 Tandas



Setiap tandas dilengkapi dengan air mandi pancuran dan sinki beserta cermin. Tandas pertama di dalam bilik tidur utama manakala tandas ke dua terletak berhampiran dengan 2 bilik tidur yang lain.

4. Mempunyai Kaunter Bar 


Gee sangat suka design dapur yang ada kaunter bar untuk ngopi. Haha! Sememangnya kaunter bar di Qas Homestay sangat mencuri hati kami. Nak sembang, nak update blog pun rasa best dan selesa! Hehe. 

5. Mempunyai Kelengkapan Memasak, Dapur, Peti Sejuk, Cerek dan Sebagainya



Korang dibenarkan untuk memasak di Qas Homestay. Pasar Siti Khadijah pun dekat, so boleh lah korang plan nak masak dan jamu seluruh keluarga. Atau nak mudah order je delivery seperti kami! Hehe.

6. Mempunyai Kemudahan Seterika, Sejadah, Baby Cot 


Kemudahan seterika sememangnya menjadi keperluan bagi setiap wanita. Seperti keperluan sejadah juga sangat memudahkan untuk kita solat walaupun tidak membawa sejadah dari rumah. Apa yang menariknya baby cot ada juga disediakan. Jarang kan homestay sediakan tapi Qas Homestay ada semuanya untuk menjadikan percutian korang lebih mengujakan.

7. Kolam Renang Yang Luas



Daya tarikan utama Condominium Pelangi ini adalah kolam renangnya yang besar. Bukan itu sahaja size kolam untuk kanak - kanak pun luas. Sememangnya menginap di Qas Homestay akan menjadikan pengalaman percutian terbaik anda di Kota Bharu, Kelantan.

8. Sistem Keselamatan Pintu Masuk Kondominium



Kondomium ini mempunyai sistem sekuriti yang terkawal. Hanya mereka yang mempunyai kad akses rumah sahaja yang boleh masuk ke bangunan Kondominium Pelangi ini. Setiap pintu masuk pula akan ada pengawal keselamatan yang sedia mengawal keselamatan di pintu masuk. Qas Homestay juga menitikberatkan keselamatan mereka yang menginap di sini dengan memasang grill di pintu serta tingkap kondo.

HOMESTAY TERBAIK UNTUK BERCUTI BERSAMA KELUARGA

Semestinya perancangan kami adalah terbaik untuk anak - anak. Mereka sangat gembira apabila dapat luangkan masa untuk bermain Saidina bersama rakan - rakan, boleh mandi kolam sepuasnya serta tak perlu bersesak di kedai makan. Ternyata percutian walaupun bermalasan di dalam homestay sahaja buatkan mereka rasa lebih tenang dan gembira.


Baca sini kami dinner DOMINO'S

Baca sini servis delivery POPIA VIETNAM ROLLS



BERDEKATAN DENGAN PASAR BESAR SITI KHADIJAH



Pasar Siti Khadijah merupakan syurga membeli - belah bagi warga tempatan serta pengunjung dari luar Kelantan. Di sini korang dapat mencari 1001 barang, pakaian serta makanan yang korang nak. Ada pelbagai jenis pakaian batik, sutera, makanan tradisi Kelantan, pelbagai jenis bahan - bahan masakan, deretan kedai makan yang mempunyai pelbagai menu menarik dan sebagainya.

TEMPAH QAS HOMESTAY SEKARANG!

Gee sangat suka ke Negeri Kelantan sebab makanannya yang pelbagai dan murah, lambakan kedai yang pelbagai serta banyak tempat menarik yang boleh dkunjungi. Korang kalau nak rancang percutian ke Kelantan boleh cuba menempah QAS HOMESTAY ini. Size homestay sangat besar dan juga selesa. 


Untuk info lanjut :

FACEBOOK : Nurul Hakimah

CALL / WHATSAPP : 014 5067552
Dah lama mengidamkan Movie Hantu Kak Limah ni sebenarnya. Tapi duk tertangguh - tangguh mengajak roommates! And finally ada alasan kukuh untuk layan movie ni!!


Bila blogger Mek Yunie bagitahu dia mengidamkan Pulang, Gee pun ajak lah dia tengok wayang kat Ganu sebab kebetulan kami mengidam benda yang sama cuma genre and movie yang berbeza. Hahahaha!

So Mek bagitahu dia and family nak buat trip ke Ganu. Gee pun excited lah sebab boleh daku tengok citer Kak Limah tu! Plannya, kami tengok movie lain tapi nak beli tiket timing yang sama. Baikkk punya planning kan? Haha!


Bila check tiket rupa-rupanya movie yang Mek mengidam sememangnya sudah Pulang!! Hahahaaha! Kesian sungguh! Mek pun redho dan pasrah layan movie yang incik suami beliau idamkan iaitu Hantu Kak Limah!!

Yes! We watched the same movie! Hahahah! Ini merupakan movie date yang pertama dengan Geng Blogger. Gee ajak juga Geng yang lain tapi semua ada komitmen yang lain dan ada juga yang dah tengok. Hehe!

Maybe next time! 


SIS GEE REVIEW MOVIE HANTU KAK LIMAH

Gee ni sejenis yang suka genre movie romantic comedies so kalau cerita seram ni tengok celah jari boleh lah. Haha! Movie Hantu Kak Limah terbaik untuk ditonton dengan anak - anak sebab Arsyad ngan Amani tu pecah perut juga diaorang gelak. Ada juga beberapa part macam krik krik krik krik...

Tapi kemunculan Abam Zul Ripin tu memang terbaikkkk! Bila scene menyanyi dalam rumah tu ku gelak sampai sudah! Hahahaha!

OVERALL Gee rating 4.2 / 5 stars. 


To Mek! Thank you for the birthday prezzie!! You know my favourite! Hahahaha! Next trip mu mari Ganu kita layan movie lain pulok! Hahaha!

So korang yang dah tengok Hantu Kak Limah amacam? Best ke idok?
Mudahnya untuk menanggalkan kotoran muka dan make up dengan IMAAN SUCI WIPES! Orang perempuan bila keluar rumah, paling basic pun mesti memakai cream dan bedak asas atau pun hanya memakai bedak asas sahaja. Ada juga yang suka make up siap dengan foundation, mascara, eye liner, pemerah pipi, lipstick dan sebagainya. 



Bagi Gee, cara make up atau penampilan wajah adalah bergantung kepada seseorang individu itu untuk lebih berasa selesa dan confident. Apa yang lebih penting adalah penjagaan wajah yang teratur supaya kulit wajah sentiasa bersih daripada segala kotoran. 

Sikap sambil lewa untuk menjaga kebersihan wajah akan mengundang masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kering, kulit berminyak serta tona yang tidak sekata. Walaupun korang membersih muka setiap hari tetapi sekiranya kotoran di wajah masih ada, ini juga akan memberi kesan buruk kepada kulit wajah.

TISU MUKA IMAAN SUCI PRODUK PALING LAKU!!

Memperkenalkan Imaan Suci Wipes yang menjadi salah satu produk hot paling laris daripada Imaan Suci World ( ISW ). Paling membanggakan adalah koleksi tisu lembab Imaan Suci tanpa alkohol berstatus HALAL ini merupakan produk pertama keluaran Bumiputera di Malaysia.


Untuk pengetahuan korang, produk keluaran Imaan Suci World ini dikeluarkan di kilang yang bertaraf GMP serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ). Disebabkan itu Gee berpendapat ramai wanita yakin untuk menggunakan rangkaian produk mereka tanpa was - was.

KENALI IMAAN SUCI WIPES

Imaan Suci Wipes juga dikenali sebagai pencuci muka express ini semakin menjadi keperluan wanita. Pencuci muka tanpa bilas ini sememangnya sangat memudahkan aktiviti seharian kita. Size poket yang comel memudahkan kita membawanya ke mana sahaja kita pergi. Lagi pula, sebagai seorang muslimah, nak solat mestilah nak muka sebersih - bersihnya tanpa solekan supaya solat kita sah.


Imaan suci wipes ini berfungsi untuk menanggalkan kotoran dan make up di wajah kita tau!! Sangat mudah kerana hanya perlu sapu dan tekapkan helaian tisu ke seluruh wajah. So kalau nak solat memang tak perlu nak hangkut pencuci muka korang sebab tisu basah Imaan Suci ni semestinya dapat membersihkan keseluruhan wajah korang.

KENAPA IMAAN SUCI WIPES SANGAT BAGUS?



Sebelum mencuba sesuatu produk kecantikan korang mestilah ambil tahu apa kelebihan produk tersebut. Ini dapat mengelakkan kita tersalah guna produk yang boleh merosakkan kulit muka kita di kemudian hari. Jom Gee share antara kelebihan menggunakan tisu lembab Imaan Suci ini.

1. Berfungsi Sebagai Pembersih Wajah


Imaan Suci Wipes sangat memudahkan korang apabila korang tak perlu nak bawak pencuci muka yang botol besar tu ke mana sahaja korang pergi. Korang hanya perlukan sehelai tisu lembab dari Imaan Suci ini untuk membersih wajah dari segala kotoran dan make up korang.

2. Formula Aloe Vera dan Vitamin E


Kandungan tisu lembab Imaan Suci ini sememangnya halal dan tidak mengandungi alkohol. Korang bukan sahaja dapat menanggalkan kotoran dan make up malah dalam masa yang sama dapat membantu korang dapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

3. Mempunyai Pelbagai Fungsi Untuk Kulit


Dengan menggunakan tisu lembab Imaan Suci, ia bukan sahaja berfungsi sebagai pencuci muka malah bertindak sebagai pelembab dan penyegar muka. Walaupun korang tertinggal set penjagaan wajah ketika travel, anda masih dapat menjaga kulit wajah dengan adanya Imaan Suci Wipes.

4. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


Korang tidak perlu risau sekiranya anda mempunyai masalah kulit seperti kulit berminyak. Ini kerana Imaan Suci Wipes sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering, kulit berminyak serta kulit sensitif.

JOM LIHAT TESTIMONIAL

Imaan Suci Wipes ini bukan sahaja menjadi keperluan para wanita malah kaum lelaki juga menggunakan Imaan Suci Wipes bagi menanggalkan kotoran pada kulit wajah. Jom lihat apa kata mereka yang dah mencuba Imaan Suci Wipes ini.










SIS GEE SUKA IMAAN SUCI WIPES!!


Bagi Gee, semua wanita wajib ada tisu lembab Imaan Suci ni. Gee suka travel dan keluar bersama keluarga. Bila dah solat di mana - mana ni, tisu lembab Imaan Suci ni sangat membantu! Bila nak bersihkan make up dan kotoran muka sebelum solat, guna je Imaan Suci Wipes. Halal dan nak solat pun takde was - was make up dah bersih - sebersihnya. Gee suka sizenya yang mudah selit dalam handbag. Mudah dibawa dan sangat berkesan untuk tanggalkan make up!!


VIDEO TUTORIAL IMAAN SUCI WIPES



JADIKAN IMAN SUCI WIPES TEMAN KARIB!!

Gee dah jadikan Imaan Suci Wipes keperluan wajib ada dalam handbag. Korang pun boleh dapatkan Imaan Suci Wipes ini di pasaran sekarang. Untuk ketahui maklumat lanjut, korang boleh hubungi info di bawah.



IMAAN SUCI WIPES

LAMAN WEB : https://www.imaanworld.com/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/imaansuciworld/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/imaan.suci.world.hq/



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (3)
    • ▼  September (1)
      • Happy Malaysia Day To All Malaysian!
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab