Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Mudahnya untuk menanggalkan kotoran muka dan make up dengan IMAAN SUCI WIPES! Orang perempuan bila keluar rumah, paling basic pun mesti memakai cream dan bedak asas atau pun hanya memakai bedak asas sahaja. Ada juga yang suka make up siap dengan foundation, mascara, eye liner, pemerah pipi, lipstick dan sebagainya. 



Bagi Gee, cara make up atau penampilan wajah adalah bergantung kepada seseorang individu itu untuk lebih berasa selesa dan confident. Apa yang lebih penting adalah penjagaan wajah yang teratur supaya kulit wajah sentiasa bersih daripada segala kotoran. 

Sikap sambil lewa untuk menjaga kebersihan wajah akan mengundang masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kering, kulit berminyak serta tona yang tidak sekata. Walaupun korang membersih muka setiap hari tetapi sekiranya kotoran di wajah masih ada, ini juga akan memberi kesan buruk kepada kulit wajah.

TISU MUKA IMAAN SUCI PRODUK PALING LAKU!!

Memperkenalkan Imaan Suci Wipes yang menjadi salah satu produk hot paling laris daripada Imaan Suci World ( ISW ). Paling membanggakan adalah koleksi tisu lembab Imaan Suci tanpa alkohol berstatus HALAL ini merupakan produk pertama keluaran Bumiputera di Malaysia.


Untuk pengetahuan korang, produk keluaran Imaan Suci World ini dikeluarkan di kilang yang bertaraf GMP serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ). Disebabkan itu Gee berpendapat ramai wanita yakin untuk menggunakan rangkaian produk mereka tanpa was - was.

KENALI IMAAN SUCI WIPES

Imaan Suci Wipes juga dikenali sebagai pencuci muka express ini semakin menjadi keperluan wanita. Pencuci muka tanpa bilas ini sememangnya sangat memudahkan aktiviti seharian kita. Size poket yang comel memudahkan kita membawanya ke mana sahaja kita pergi. Lagi pula, sebagai seorang muslimah, nak solat mestilah nak muka sebersih - bersihnya tanpa solekan supaya solat kita sah.


Imaan suci wipes ini berfungsi untuk menanggalkan kotoran dan make up di wajah kita tau!! Sangat mudah kerana hanya perlu sapu dan tekapkan helaian tisu ke seluruh wajah. So kalau nak solat memang tak perlu nak hangkut pencuci muka korang sebab tisu basah Imaan Suci ni semestinya dapat membersihkan keseluruhan wajah korang.

KENAPA IMAAN SUCI WIPES SANGAT BAGUS?



Sebelum mencuba sesuatu produk kecantikan korang mestilah ambil tahu apa kelebihan produk tersebut. Ini dapat mengelakkan kita tersalah guna produk yang boleh merosakkan kulit muka kita di kemudian hari. Jom Gee share antara kelebihan menggunakan tisu lembab Imaan Suci ini.

1. Berfungsi Sebagai Pembersih Wajah


Imaan Suci Wipes sangat memudahkan korang apabila korang tak perlu nak bawak pencuci muka yang botol besar tu ke mana sahaja korang pergi. Korang hanya perlukan sehelai tisu lembab dari Imaan Suci ini untuk membersih wajah dari segala kotoran dan make up korang.

2. Formula Aloe Vera dan Vitamin E


Kandungan tisu lembab Imaan Suci ini sememangnya halal dan tidak mengandungi alkohol. Korang bukan sahaja dapat menanggalkan kotoran dan make up malah dalam masa yang sama dapat membantu korang dapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

3. Mempunyai Pelbagai Fungsi Untuk Kulit


Dengan menggunakan tisu lembab Imaan Suci, ia bukan sahaja berfungsi sebagai pencuci muka malah bertindak sebagai pelembab dan penyegar muka. Walaupun korang tertinggal set penjagaan wajah ketika travel, anda masih dapat menjaga kulit wajah dengan adanya Imaan Suci Wipes.

4. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


Korang tidak perlu risau sekiranya anda mempunyai masalah kulit seperti kulit berminyak. Ini kerana Imaan Suci Wipes sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering, kulit berminyak serta kulit sensitif.

JOM LIHAT TESTIMONIAL

Imaan Suci Wipes ini bukan sahaja menjadi keperluan para wanita malah kaum lelaki juga menggunakan Imaan Suci Wipes bagi menanggalkan kotoran pada kulit wajah. Jom lihat apa kata mereka yang dah mencuba Imaan Suci Wipes ini.










SIS GEE SUKA IMAAN SUCI WIPES!!


Bagi Gee, semua wanita wajib ada tisu lembab Imaan Suci ni. Gee suka travel dan keluar bersama keluarga. Bila dah solat di mana - mana ni, tisu lembab Imaan Suci ni sangat membantu! Bila nak bersihkan make up dan kotoran muka sebelum solat, guna je Imaan Suci Wipes. Halal dan nak solat pun takde was - was make up dah bersih - sebersihnya. Gee suka sizenya yang mudah selit dalam handbag. Mudah dibawa dan sangat berkesan untuk tanggalkan make up!!


VIDEO TUTORIAL IMAAN SUCI WIPES



JADIKAN IMAN SUCI WIPES TEMAN KARIB!!

Gee dah jadikan Imaan Suci Wipes keperluan wajib ada dalam handbag. Korang pun boleh dapatkan Imaan Suci Wipes ini di pasaran sekarang. Untuk ketahui maklumat lanjut, korang boleh hubungi info di bawah.



IMAAN SUCI WIPES

LAMAN WEB : https://www.imaanworld.com/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/imaansuciworld/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/imaan.suci.world.hq/



Singapore merupakan salah satu negara yang paling mudah dan selesa untuk semua pengunjung dari seluruh dunia. Walaupun negaranya kecil namun Singapore sangat mementingkan kebersihan dan mempunyai teknologi moden yang serba canggih. Banyak daya tarikan Singapore yang unik dan tersendiri seperti Marina Bay Sands, Singapore Botanic Gardens, Singapore Flyer, Singapore Chinatown, Pulau Sentosa, dan Universal Studios Singapore.


Dengan jarak Singapore dengan Malaysia yang terlalu dekat, ia membuatkan kebanyakan pelancong Singapore terdiri daripada rakyat Malaysia. Tambahan pula, kini tiket penerbangan dan kos penginapan ada pelbagai tawaran dengan harga yang sangat murah. Gee sendiri suka sangat mengintai - ngintai harga penerbangan ke Singapore sebab berbaloi pergi dengan flight dari Terengganu ni. Badan tak penat sangat bila dah sampai sana dan sedia untuk explore SEEngapore!!

Suka Aplikasi Traveloka Yang Updated!!


Kalau korang nak tahu, Gee suka mengintai - ngintai di laman web Traveloka atau di aplikasi mudah telefon Traveloka. Segala - galanya di hujung jari!! Gee boleh check harga hotel dan penerbangan pada mana - mana tarikh yang kita nak dengan pelbagai pilihan hotel yang ada. Bukan itu sahaja, Traveloka pun selalu buat promosi penurunan harga, so kenalah selalu check mana tahu ada double saving untuk Gee and family untuk eksplorasi SEEngapore. Sebab itulah Traveloka sememangnya pakar dalam merancang perjalanan serta percutian korang yang menarik di Singapore atau di mana sahaja percutian idaman korang!!


Pemilihan hotel pun siap dengan details tau!! Traveloka memberi pilihan lebih 100,000 hotel seluruh dunia untuk korang pilih. Percutian korang ke Singapore boleh menjadi percutian bulan madu, keluarga atau bersama rakan karib. Korang boleh pilih hotel yang bersesuaian dengan budget korang serta boleh membaca juga ulasan serta komen mereka yang mempunyai pengalaman di hotel tersebut. Semestinya ia akan membantu korang untuk membuat pilihan yang lebih bijak!

Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code!


Woww!! Ada promosi diskaun hebat terbaru dari Traveloka!! Traveloka sememangnya terkenal dengan 'one stop travel app' yang menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian ke Singapore. Bila dah ada promo code itu bermaksud harga akan menjadi lagi murah daripada harga biasa. Wah! Jimat berganda tu, sebab nanti akan ada extra budget untuk shopping!!! Jangan tak tahu, Singapore merupakan syurga membelah belah juga!!

Menariknya, korang boleh merancang percutian korang sekarang dan pilih mana - mana tarikh yang korang suka. Korang boleh pilih nak bercuti ketika perayaan, ketika cuti sekolah atau bila - bila masa sahaja. Korang hanya perlu tempah di dalam tempoh promosi iaitu dari 1 September 2018 hingga 30 September 2018.

Diskaun Hebat Dari Traveloka!!

Sekarang impian korang akan menjadi kenyataan dengan tawaran hebat dari Traveloka ini. Traveloka akan memberikan RM50 diskaun flat rate untuk penerbangan pergi - balik dari mana - mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore. Korang boleh tempah melalui laman web atau aplikasi di telefon dengan menggunakan kupon GOSG.


Jangan lepaskan peluang untuk percutian menarik ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka Promo Code !!

Diskaun 20% Untuk Hotel di Singapore

Bukan sahaja diskaun RM50 untuk tiket penerbangan pergi - balik dari Malaysia ke Singapore, malah Traveloka juga menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% tanpa memerlukan code kupon. Tiket penerbangan dah jimat budget, hotel pun korang akan dapat dengan lagi murah dengan tempahan melalui Traveloka. 

Cara Untuk Dapatkan Kupon




Terma dan Syarat Membuat Tempahan

Traveloka bukan sahaja menawarkan harga penerbangan dan hotel yang murah, malah tiada caj - caj lain yang tersembunyi yang anda akan bayar di kaunter. Harga yang dinyatakan di laman web atau aplikasi Traveloka adalah harga yang betul walaupun anda akan merasakan harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding anda walk in sendiri ke hotel.


Jom kita lihat apakah terma dan syarat untuk anda nikmati penjimatan berganda apabila bercuti ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code :

1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi - balik dari mana - mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID.

2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran.

3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.

4. Tempoh tempahan : 1 September 2018 hingga 30 September 2018 ( Subject to change ).

5. Tempoh Perjalanan: Bila - bila masa sahaja!

Jom Tempah Sekarang!
Cepat - cepat cari tarikh yang bersesuaian dan tempahlah sekarang percutian ke SEEngapore!! Korang jangan tunggu lama - lama tau!! Impian menjadi kenyataan ni! Jom rancang perjalanan dan percutian menarik ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka Promo Code !!








I love bagsss!!! Siapa ada minat yang sama kita geng!! Tapi Gee suka bag yang mur mur sahaja. Asalkan sedap mata memandang dan juga selesa untuk diusung ke hulu ke hilir. Haha!

Kali ni Gee nak share dapat hadiah sling bag daripada geng blogger yang baru Gee kenali iaitu Sha dari blog  <<< www.shfyqhazhr.com >>> . 



Kisahnya, ni rezeki Gee menang giveaway blog yang dianjurkan oleh Sha di blog beliau beberapa bulan yang lepas. Masa join tu dah berbunga - bunga dah hati ni tengok gift untuk pemenang. Haha! Bila Sha umumkan Gee menang dapat sling bag harus lompat bintang kesukaan! Kehkehkeh!

Jom Berkenalan Dengan Blogger Shafyqah Azahar!!

Sha ni muda sangat lagi tau! Bertuahnya muda - muda dah pandai cari income melalui blogging. Hakak jugak yang rugi! Haha! Bila masuk dalam blog Sha, korang dapat baca article beauty products, ada banyak makanan best yang korang mesti cuba, ada review movies, drama, lirik lagu dan banyakkk lagi perkongsian best dari Sha. 

Terjah blog Shafyqah Azahar :

 <<< www.shfyqhazhr.com >>> 



Untuk Sha!! Thank you so much bagi beg shomel shantiq ini!! I love it! Semoga Sha sentiasa sukses dalam blogging dan dipermudahkan segala urusan. Amin.



'PROUD TO BE MALAYSIAN' merupakan kempen terbaru yang dilancarkan oleh Sunway Lagoon bersempena kemerdekaan Malaysia yang ke 61. Baru - baru ini, kebetulan Gee holiday dengan family di Kuala Lumpur, Gee sempat menghadiri event pelancaran kempen 'Proud To Be Malaysian' ini. Pada majlis tersebut, Sunway Lagoon juga memperkenalkan 7 patung unik yang diberi nama 'ONE', di cipta oleh Infantino Fernandes.


Bersempena majlis pelancaran ini, Sunway Lagoon menawarkan pelbagai aktiviti yang membuatkan korang teruja dan gembira berganda - ganda apabila datang ke Sunway Lagoon pada 17 Ogos 2018 hingga 16 September 2018. Pelbagai aktiviti menarik bakal mengujakan anda seperti persembahan tarian budaya, silat serta permainan tradisi congkak, sepak raga dan batu seremban. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat sayangkan Malaysia di antara kita. 



Gee dan keluarga terutamanya anak - anak teruja sungguh melihat pelbagai jenis tarian daripada penari - penari profesional mereka. Bila persembahan silat dimulakan, bertambah - tambah teruja si sulong Arsyad tu. Kalau korang nak join pun boleh tau! Nanti diaorang ajar step by step macam mana. Hehe. 



Untuk 'anak merdeka', korang akan dapat special gift tau daripada Sunway Lagoon kalau korang datang pada 31 Ogos 2018! Cara dia korang hanya perlu buktikan dengan menunjukkan Mykad korang di kaunter pembelian tiket. Gee pun tak tahu apakah hadiah istimewa tersebut sebab tiada antara kami 'baby merdeka'. Hahahahha!


Kalau nak tahu blogger Kak Limah pun ada sama ketika event tu. Ni kali ke dua kami jumpa selepas beramah mesra di Bukit Gambang Resort. Haha. Kami pun mencuba juga permainan tradisi yang ada dan yang paling best adalah dapat main congkak gergasi! Kenapa congkak gergasi? Sebabnya korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni. Haha!

 
Pada 16 September 2018 korang kena datang beramai - ramai tau sebab ada persembahan bonus pada hari tersebut. Korang dapat menyaksikan uniknya persembahan seni Teh Tarik dan Roti Canai. Mesti nanti ada pelbagai aksi menarik cara menarik teh tarik dan aksi - aksi lucu menebar dan melambung roti canai. Haha! 



Ada lagi aktiviti menarik yang menunggu korang pada 31 Ogos 2018 dan 16 September 2018 tau! Untuk pengunjung muda mudi korang akan dapat layanan istimewa dengan menerima LIMITED EDITION tatoo 'Proud To Be Malaysian' serta lain - lain goodies yang special. Wah best sangat dah ni kan!



Ada juga aktiviti makan - makan tau!! Bermula 17 Ogos 2018 hingga 9 September 2018, cabaran mingguan 'Man VS Food : 61 sec ' akan menguji ketahanan dan selera makan korang! Kebetulan Gee ke Sunway Lagoon tu ada cabaran makan mee kari. Haa terus Gee paksa adik join sekali sebab yang lain dah kenyang. Haha. Siap dibekalkan sambal lagi tau!! Semangkuk mee kari kena habiskan dalam tempoh masa 61 saat. Pemenang dikira berdasarkan yang mana makan banyak. Haha. Syok juga tengok! Berpeluh - peluh diaorang makan mee kari yang panas + pedas! Agak - agak korang nak join tak? Hehe.


Selain tu, korang boleh juga merasa keenakkan makanan dan minuman istimewa yang terdapat di bazar dan gerai makanan yang ada bagi melengkapkan ' Malaysia Bazaar Bingo Card Game'. Gee pun sempat merasa nasi lemak, ais kacang, ice blended, kuew tiaw goreng, char kuew tiaw, mee kari dan kebab.


“Put on the map as Malaysia’s top theme park destination by visitors from all over the world, we are celebrating Malaysia and unity with our guests through this very special campaign that embodies Malaysia as a whole. We have also incorporated notable and cultural elements of the country into the campaign which makes us proud to be Malaysians,” kata Sean Choo, General Manager Sunway Lagoon.



Beliau juga mengatakan, “What guests will especially be excited to see is the 7 Bison sculptures, entitled “One” which carry a meaningful message which we hope to share. Although these 7 sculptures are all different in sizes and outlook, they are united as one, in relation to Malaysia’s multicultural background. Adding to our long list of accolades, we are looking to get ‘One’ on The Malaysia Book of Records in the “Most Number of Metal Sculptures in a Single Collection by a Solo Artist” category.”

Pengalaman Pertama Yang Sangat Awesome!!!

Kalau korang nak tahu, ni merupakan pengalaman pertama Gee dan anak - anak berkunjung ke Sunway Lagoon. Pertama kali menjejakkan kaki di dalam Sunway Lagoon Gee seakan terlupa hakikatnya aku berada di tengah tengah bandaraya! Terasa seperti lupa kesibukan kota serta rutin harian yang membosankan dan stress! Haha! 

Kalau nak datang, datang ramai - ramai baru syok dan meriah. Selepas majlis pelancaran 'Proud To Be Malaysian', Gee dan keluarga terus mulakan eksplorasi kami di Sunway Lagoon. Nak datang sini mesti datang seawal gate Sunway Lagoon buka tau! Nanti tak sempat korang nak pulun semua games! 


Pulun Games Dewasa Dahulu!!

Ni tips adik lelaki Gee yang share. Tapi memang ada logiknya! So kalau korang nak pulun games, start main games extreme dulu. Korang jangan risau sebab kat games extreme ada je waterpark playground untuk the kiddos. So memang tak risau nak tinggal anak kat situ sebab untuk extreme games air, ada ketinggian tertentu je yang boleh main. Memandangkan Gee ada baby so haritu adik ipar Gee tolong jagakan semua anak - anak sementara kami pulun games. Nasib baik adik ipar dah biasa masuk Sunway Lagoon. Thank you Mira!!! Kalau dia takde memang tak merasa lah i ols! Haha. 

Bila ada peluang yang jarang ada, Gee pulun mana games yang sempat! Haha! Pelampung terbang, masuk terowong, dan semua yang Gee rasa macam best nak buat. Haha. Seriusly release stress!! Anak - anak dah seronok tak ingat kita dah kat playground main air. Jangan risau, air kat kids area sangat cetek dan Aqil yang umur 2 tahun pun boleh dibiarkan bermain sendiri. Cuma perlu pengawasan orang dewasa risau kes culik anak ke, ada yang terlanggar anak kita ke. Kalau risaukan lemas memang tak kot. Hehe.



Dah settle semua games air dewasa baru korang gi kat spongebob punya playground. Kat situ lagi besar tau waterpark untuk anak - anak. Kita yang dewasa pun syok main. Kat situ Gee spend masa lebih sikit bagi kepuasan maxima kat anak - anak. Aqil siap tertido kepenatan. Kerusi dan meja pun banyak so kalau nak makan - makan sambil tengok anak main pun boleh. 



Lepas waterpark, kami tukar baju kering untuk balik. Perjalanan keluar tu korang boleh main outdoor games pulak. Gee main juga beberapa outdoor games termasuk roller coaster dan masuk rumah hantu. Memang syok habis!! Siap kena tipu lagi dengan asben dengan adik kata diaorang konon rumah hantu tak seram sebab naik train, rupa - rupanya jalan kaki oiii!!!! Dah lah kena separate into small groups! Adeh! Nasib tak lebam tangan incik suami jadi mangsa pelukan bini dia. Hahahahhahaha!

Korang layankan je lah gambar yang sempat Gee snap kat Sunway Lagoon ni. Hehe.










Promosi Terbaru Sunway Lagoon!!


Bermula 17 Ogos 2018 hingga 16 September 2018, pengunjung dapat menikmati offer diskaun sebanyak RM 61 untuk tiket masuk dengan menunjukkan Mykad apabila membeli tiket secara online. Warga emas dibenarkan masuk secara percuma!! 


Untuk lagi promosi dan maklumat lanjut korang boleh ke lawan web www.sunwaylagoon.com atau hubungi 03 5639 0000.






















Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab