Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Ramai juga buntu apabila memikirkan tempahan t shirt untuk jumlah yang banyak. Sekarang, t shirt design sendiri ni bukan sahaja digunakan semasa hari keluarga, malah ketika majlis kenduri kahwin dan majlis makan - makan pun ramai yang tempah untuk di pakai oleh pasukan kerja kenduri atau ahli keluarga. 



Selain itu, ramai juga yang suka memakai t shirt design sendiri ini ketika bercuti bersama keluarga atau rakan - rakan, ketika majlis formal atau tidak formal, konvoi, dan sebagainya. T shirt design sendiri ini semestinya akan lebih menarik apabila kualiti kain yang sangat selesa serta harga yang berbaloi - baloi.

TIPTOPTEE PRINTING BAJU DESIGN SENDIRI MURAH


Pasti ramai yang akan terkejut harga tshirt di Tiptoptee Printing serendah RM 11.50 sahaja. Tiptoptee Printing beroperasi di Kuala Lumpur dan sedia menerima tempahan dari seluruh negara melalui tempahan online whatsapp. Semuanya sangat mudah dan cepat apabila team Tiptoptee Printing sangat komited untuk menyiapkan design yang dikehendaki oleh pelanggan dalam tempoh masa yang cepat.

Apa Istimewanya Tiptoptee Printing?



Pasti ramai yang ingin tahu apa lebihnya Tiptoptee Printing ini kan? Jom gee kongsikan dengan semua.

1. Harga yang murah

Dengan harga serendah RM11.50 korang dah boleh sehelai tshirt yang di designkan mengikut citarasa korang. Cuba kalau tempah untuk satu kumpulan yang besar, mesti kadar penjimatan yang berganda - ganda. 

2. Kualiti kain yang sejuk

Kualiti kain memang terbaik! Anak - anak pakai seharian pun masih selesa tak panas dan tidak bebau. Kalau nak pakai untuk aktiviti luar di bawah panas terik pun sangat digalakkan sebab memang korang akan selesa sepanjang hari.

3. Design terkini mengikut citarasa pelanggan

Menariknya, Tiptoptee Printing sangat mementingkan citarasa pelanggan mereka. Korang boleh request design, warna tulisan, logo atau apa - apa bentuk design yang korang nak. Sekiranya anda buntu, team Tiptoptee Printing akan reka design berdasarkan apa kehendak korang. Sangat mudah bukan?

4. Tempoh masa yang cepat

Walaupun anda menempah dengan kuantiti yang banyak, team Tiptoptee Printing akan berusaha untuk menyiapkan dalam tempoh yang segera. Siap cepat bukan bermakna kualiti kain tiada ye, tetapi apa yang korang dapat memang kepuasan yang maksima.

5. Size yang pelbagai

Korang boleh tempah size baju seawal bayi baru lahir sehingga ke size XXXXL! One stop centre!! Korang satu family boleh tempah baju yang sama di Tiptoptee Printing untuk pelbagai jenis size. Sangat mudah untuk mereka yang ingin menempah baju untuk hari keluarga di mana ahli - ahli keluarga terdiri daripada pelbagai size badan.


Ramai Yang Berpuas Hati!

Nak tempah t shirt design sendiri yang murah hanya di Tiptoptee Printing. Ramai pelanggan sangat berpuas hati dan sudah repeat order berkali - kali. Buat apa nak cari yang lain sedangkan yang terbaik dah ada kan? Jom kita lihat gambar mereka yang menempah t shirt dengan team Tiptoptee Printing.







Tempah T shirt Design Anda Sekarang!

Anda belum terlambat! Segera hubungi team Tiptoptee Printing dan realisasikan design yang korang mahukan pada sehelai baju t shirt. Korang hubungi maklumat di bawah untuk info lanjut.



DESIGN BAJU MURAH | TIPTOPTEE PRINTING

Facebook : https://web.facebook.com/tiptoptee.printing

Instagram : https://www.instagram.com/tiptopteeprinting/

WhatsApp : 019 9009837






Pengalaman menyusukan anak merupakan pengalaman yang tidak ternilai bagi seorang ibu. Ramai para ibu sanggup menyusukan anak sehingga ke usia 2 tahun kerana mereka menyedari betapa penting dan bagusnya penyusuan ibu selama 2 tahun. Ini termasuklah ibu yang bekerja sepenuh masa, mereka berkorban masa dan tenaga bagi memastikan anak dapat susu ibu selama 2 tahun.


Pernah tak anda merasa tidak selesa ketika susu terlalu banyak hinggakan basah baju yang dipakai? Atau bila anak menyusu di sebelah kanan, di sebelah kiri basah dek kerana susu yang terlalu banyak keluar. Sebenarnya itu bagus kerana ia bermakna korang mempunyai supply yang cukup untuk baby. Tapi adakah korang selesa?

SHAPEE DISPOSABLE NURSING PAD memberi keselesaan kepada ibu menyusu tidak kira di mana sahaja anda berada. Haa..kali ni Gee nak share tentang nursing pad yang sangat berguna untuk semua ibu menyusu tak kira anda bekerja mahupun seorang surirumah. Ia merupakan produk dari Korea yang mempunyai rekaan 3D supaya memberikan keselesaan pada si ibu walaupun susu terlalu banyak keluar.


Untuk memberi keselesaan maksima pada si ibu, nursing pad Shapee ini hanya 1mm tebal setiap satu. Walaupun design ultra thin 1mm, namun setiap nursing pad mampu menampung susu yang keluar sehingga 55ml. Memang nipis dan terasa kering berjam - jam lamanya.

Cara Pemakaian SHAPEE Disposable Nursing Pad

Jom lihat cara pemakaian nursing pad SHAPEE ini. Caranya sangat mudah dan sangat selesa apabila dipakai.

1. Buka pembalut plastik mengikut arah yang ditunjukkan.

2. Tanggalkan pelekat yang telah disediakan dibelakang nursing pad dan lekatkan pada permukaan bra.

3. Masukkan dengan perlahan - lahan nursing pad di hadapan niple. Pastikan ianya berada di tengah - tengah antara bra dan breast supaya tidak berlaku kebocoran. 
Memang best pakai SHAPEE Disposable Nursing Pad ni sebab memang selesa sepanjang hari. Design 3D dan nipis memberi extra comfort pada Gee dan korang mesti cuba juga! Nak bekerja di office atau keluar beraktiviti luar pun tak payah nak risau fikirkan baju basah kerana limpahan susu yang keluar.

Korang boleh dapatkannya dengan harga pengenalan RM 13.90 sahaja ( harga jualan RM 18.90 ). Dalam 1 kotak ada 30 nursing pad. Memang murah dan berbaloi - baloi!

Untuk urusan pembelian di butik bayi yang berhampiran dengan korang, boleh check di sini >>> http://www.theshapee.com/where-to-buy/.

Istimewa untuk readers blog Sis Gee!!

Korang boleh dapatkan extra discount 10% untuk pembelian SHAPEE Disposable Nursing Pad ini dengan memasukkan kod diskaun di bawah :

<< 10dnpblogger20 >>

Jom dapatkan sekarang untuk memberikan pengalaman menyusu yang sangat bermakna buat ibu dan anak. Untuk mereka yang berminat untuk dapatkan nursing pad daripada Shapee ini boleh hubungi info di bawah. 


Laman Web :

https://www.theshapee.com/

Facebook :

https://web.facebook.com/shapeeMY/

Instagram :

https://www.instagram.com/shapeeMY/









Bila ada sesuatu majlis atau acara bersama ahli kumpulan yang besar semestinya kita mahukan banner sebagai satu bukti sesuatu acara itu. Banner juga digunakan untuk memaparkan senarai sponsor sesuatu acara dengan meletakkan logo perniagaan sponsor atau nama sponsor itu sendiri.



Ini menunjukkan penggunaan banner sangatlah penting. TAPI! Kualiti banner juga harus diambil kira kerana ianya akan memberi pandangan orang ramai yang melihatnya nanti. Bagi Gee, kualiti banner atau apa - apa jenis percetakan bergantung kepada cara ianya direka, mainan warna yang menarik serta perkataan yang jelas supaya ia nampak simple tapi menarik.

TRI PRINT PUSAT PRINTING NO 1 KOTA BHARU


TRI PRINT SDN BHD merupakan kedai printing yang terbaik di Kota Bharu, Kelantan. Hampir kesemua jenis printing ada di sini. One Stop Centre!! Team dari Tri Print Sdn Bhd akan melakukan servis mereka dalam masa yang paling pantas, paling memudahkan pelanggan serta mempunyai pelbagai servis yang terkini.  


Antara servis percetakan yang ada di Tri Print Sdn Bhd adalah :

>> Print banner banting.
>> Cetak backdrop.
>> Display booth.
>> Kaunter lipat.
>> Signboard ( siap pasang ).
>> Cetak baju dan jersi.
>> Cetak non woven bag.
>> Tempahan rubberstamp siap hantar.
>> Cetak sticker label, semua jenis sticker, flyers, pamplet, buku resit, buku bil.
>> Cetak bisnes kad / kad nama.
>> Sulam baju berkomputer.
>> Cenderahati.
>> Medal / Plaque / Lanyard.
>> Cetak I. D kad.
>> Print letterhead.
>> Cetak kad kahwin.
>> Cetak payung.
>> Laser print di pen.


Setiap jenis percetakan akan dilakukan di premis perniagaan Tri Print Sdn Bhd. Sekiranya korang sibuk dan jauh dengan lokasi premis, korang boleh membuat urusan pembelian dengan hanya melalui whatsapp sahaja. Ini dapat memberi kemudahan bagi pelanggan yang berada di luar Kota Bharu yang ingin menggunakan servis percetakan daripada Tri Print Sdn Bhd. 


ANTARA PRODUK DI TRI PRINT SDN BHD







BANNER #TEAMBPT BERSAMA TRI PRINT SDN BHD


Terima kasih di atas kesudian team Tri Print Sdn Bhd dengan servis banner yang cepat serta design banner yang meletup!! Apa yang kami inginkan, dari pemilihan warna, info event dan maklumat sponsor lain yang perlu ada, semuanya direalisasikan dengan hasil yang terbaik. Semua ahli Team Blogger Pantai Timur sangat berpuas hati dengan banner dari Tri Print Sdn Bhd. 


DAPATKAN SERVIS PERCETAKAN BERSAMA TRI PRINT SEKARANG!!

Kalau korang seorang yang tak sabar nak tengok hasil tempahan percetakan, Tri Print lah tempatnya kerana servis yang dibuat memang sangat pantas dan berkualiti. Soal harga korang jangan risau kerana team Tri Print akan sentiasa mengutamakan budget pelanggan terlebih dahulu. Apa - apa permintaan masih boleh dibincang dengan team mereka. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi info di bawah :
SERVIS PERCETAKAN MURAH KELANTAN 

Facebook : 
https://web.facebook.com/triprint/

Instagram : 
https://www.instagram.com/triprintsdnbhd/

Email :
triprintmart@gmail.com

Telefon :
014 5265054 / 09 7471710



Terkejut incik suami apabila tiba - tiba ada sekuntum bunga rose dihias cantik diberikan oleh si isteri. Aduh! Manis ting ting ting tak? Sesekali sweet manis sweet dengan incik suami, apa salahnya. Eh! Entah - entah korang lagi sweet daripada kita tak? Jangan tak ngaku!


Ketika Gee  pergi trip ke Kota Bharu beberapa minggu yang lepas bersama rakan blogger Sis Hawa dan Mek Yunie, kami terfikirkan idea nak surprisekan incik suami sebagai tanda mereka support sepenuhnya kerjaya kami sebagai blogger. Kebetulan masa tu kami 3 family menginap di Kondo Pelangi Kota Bharu, sebab tu ada tiga kuntum rose yang dihias berasingan. Hehe. Nak tahu apa reaksi incik suami kita? 

SURPRISE MENJADI!!!


Ya! Semestinya mereka tak menyangka apabila semua buat seperti biasa dah sorokkan awal - awal jambangan bunga. Apabila mereka sedang menikmati dinner, kami para isteri mithali ni masuk kat dalam bilik kononnya nak discuss pasal blog. Ada mereka kisah? Hahahhaha! Pastu kami serentak bagi jambangan bunga pada incik suami. Haaa terkujat juga mereka bertiga dengan muka cover macho. Haha!

ANAK - ANAK SAMA TERUJA NAMPAK JAMBANGAN BUNGA

Anak - anak Gee terutamanya yang gegirls sama teruja bila tengok ibu berikan bunga pada ayah. Nampak sangat sesuatu yang jarang ibu dia buat! Si penerima bunga langsung tak dapat pegang pada mulanya disebabkan anak terlebih excited. Next time ye kids! Hehe.


SURPRISE DELIVERY MURAH DI KELANTAN

Mana nak cari surprise delivery murah dan mengikut bajet sebab kebanyakkannya meletakkan harga yang agak mahal kemudian ditambah pula kos delivery. Makin bertambah lah harga surprise delivery tu nanti. Pastu nanti pening nak mikirkan budget untuk kek pulak! 

CIKYA COOKIES & CAKE menyediakan servis surprise delivery yang sangat berpatutan. Korang boleh request nak surprisekan dengan jambangan bunga sekuntum, 10 kuntum, 100 kuntum? Boleh sangat mengikut kesesuaian budget korang. Tiada minimum harga yang ditetapkan. Sekiranya budget anda RM 20 sahaja maka Cikya Cookies & Cake akan memberi idea surprise yang sesuai dengan budget anda RM 20. Menarikkan?



KEK COKLAT CIKYA COOKIES & CAKE SANGAT SEDAP!!

Wajib order wokey! Gee sememangnya chocolate cake lover! Muffin coklat, kek coklat, semua dessert yang berperisa koko mesti akan ada dalam pinggan. Haha. Untuk melengkapkan surprise kami, kami pun order kek coklat moist dari Cikya Cookies & Cake. 

Menariknya, incik suami yang bukan penggemar kek coklat boleh pulak makan bertambah. Biasanya kalau kek coklat dia akan ambil 1 slice kecik aje. Tapi kalini banyak kali juga dia makan. Haha! Rasa kek chocolate dia tak pahit dan tidak terlalu manis. Dan tak muak! So boleh makan lagi dan lagi dan lagi! Hahahaha!


BANYAKNYA PILIHAN KEK DAN DESSERT DI CIKYA COOKIES & CAKE!!

Terlalu banyak produk makanan yang disediakan oleh Cikya Cookies & Cake. Korang jangan risau sebab harga memang sangat murah dan berpatutan. Antaranya Choc Moist Cake beserta Choc Berlys Ganache, Hokkaido Cup Cake, Creampuff, Paitee, Brownies, Cheese Tart, Macaroni Bakar dan pelbagai lagi ada. 






APA KATA MEREKA?






DAPATKAN KHIDMAT SURPRISE DELIVERY TERMURAH DI KELANTAN

Bagi mereka yang berada di sekitar Kota Bharu boleh dapatkan khidmat surprise delivery daripada Cikya Cookies & Cake dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk yang berada di luar Kelantan, sila save dan take note siap - siap contact mereka wokeh! Mana lah tahu nanti ada kelapangan datang jalan - jalan ke Kelantan, boleh juga korang buat surprise delivery buat yang tersayang,


Boleh baca juga story blogger Sis Hawa dan Mek Yunie dengan servis surprise delivery daripada Cikya Cookies & Cake ni.

<< www.sishawa.com >>

<< www.mekyunie.com >>

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi info di bawah.


CIKYA COOKIES & CAKE | SURPRISE DELIVERY MURAH KELANTAN

Fecebook :

https://web.facebook.com/cikyacookiescake/

Instagram :

cikyacookiescake

WhatsApp :

018 9054460 | 014 5152753

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membina sebuah Rumah Ronald McDonald di dalam kawasan Hospital USM. Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini merupakan yang kedua di Malaysia dan pembinaannya bertepatan dengan misi untuk meringankan beban keluarga pesakit pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan anak mereka yang menjalani rawatan perubatan di hospital.


Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina pada tahun 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Rumah Ronald McDonald di PPUKM merupakan yang pertama di Asia dan telah menjadi rumah persinggahan untuk lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini.


Apabila siap dibina pada awal tahun 2019 kelak, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan menjadi tempat tinggal sementara untuk keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital. Rumah ini bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil setiap bilik. Setiap bilik turut dilengkapi dengan bilik air sendiri.

Selain bilik keluarga, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga bakal menawarkan kemudahan seperti ruang makan, ruang TV dan istirahat, dapur, bilik mesin basuh dan juga taman permainan. Selain itu, Rumah ini turut menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas.


“MoU pada hari ini dengan USM merupakan satu lagi detik bersejarah bagi RMHC Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dapat direalisasikan. Ia dijangkakan bersedia mengalu-alukan kehadiran keluarga pesakit pediatrik pada awal tahun hadapan. Kami komited untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka,” kata Azmir Jaafar, Presiden RMHC.


“Kami amat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Hospital USM dan kami percaya kemudahan ini dapat memberi banyak manfaat kepada keluarga dan anak-anak mereka yang sedang mendapatkan rawatan di hospital ini,” tambah Azmir yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Melalui MoU ini, Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald manakala RMHC pula akan membina rumah ini yang siap dengan kelengkapan dan perkakasan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta. Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung bersama oleh kedua-dua belah pihak.


Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM berkata, “USM menyambut baik kerjasama strategik bersama RMHC, sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial.”

Pembinaan Rumah Ronald McDonald akan membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya mereka dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM. Sebagai contoh, dalam tempoh enam bulan pertama (Januari hingga Jun 2018), Hospital USM menerima sejumlah 3,015 pesakit di wad pediatrik, yang datang dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit, serta pihak-pihak yang berkepentingan dengan USM. Selain daripada itu, ianya turut memperkukuhkan jenama USM amnya dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar serta menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur selain membuka pelbagai pintu kerjasama yang lebih luas dan strategik bagi kedua-dua belah pihak. Hal ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.


“Kami kini dalam usaha kearah mewujudkan kerjasama menerusi sokongan dana kewangan bagi projek perubatan komuniti seperti pembedahan sumbing bibir dan lelangit selain peluang kerjasama sokongan dana bagi projek penyelidikan berkaitan kanak-kanak yang boleh diterokai bagi memberikan peluang dan kehidupan yang lebih selesa kepada pesakit kanak-kanak di seluruh negara. Ini adalahseiring dengan visi USM ‘Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok’,” kata Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM.

Semasa majlis menandatangani MoU ini, USM telah diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, manakala RMHC diwakili oleh Azmir Jaafar.



Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM dan Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman, yang mewakili Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus Kesihatan USM dan Hospital USM.


Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan lain-lain cara untuk membuat sumbangan, sila layari https://rmhc-malaysia.my.







Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab