Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Rasa macam tak kena je kan kalau tak simpan memories raya dalam blog. Al maklumlah, simpan dalam blog ni takkan terpadam sampai ke anak cucu selagi kita tak tekan delete. So bagus juga simpan kenangan dalam ni untuk tatapan generasi akan datang. Hihi. ( jauhnya sis gee fikir )

Raya seminggu raya sakan sungguh kami sekejap rumah mertua, sekejap rumah bonda Gee. Macam nilah kalau kahwin dengan orang dekat, jarak rumah mak dengan mertua dalam 30 ke 40 minit je! Sebab tu raya kami di mana - mana sahaja kami ada. Hahahaha!

Raya Pertama di Rumah Mertua!



Walaupun dekat, kami tetap buat sistem turn beraya kat mana dahulu. Kami fikirkan, hati orang tua mesti nak beraya pagi tu dengan anakande mereka walaupun hanya di pagi raya. So di awal perkahwinan, terus bincang raya puasa dan raya haji kita mesti buat turn. Alhamdulillah, incik suami faham kehendak Gee yang ini. Hehe.


Tahun ni lagi sekali Gee tak dapat sembahyang raya di masjid. Aqil masih kecil so dengan sayu hati tengok je mereka - mereka yang boleh sembahyang raya di masjid. Hantar wakil je tahun ni, kakak Amani dah besar so dapatlah ikut Tok Ma sembahyang raya. Arsyad pula ikut ayahnya dan Tok Abah. Bertabah je lah ibu ada anak kecil ni. Huhu.

Tahun ni mak mertua bawa Gee jenjalan ke rumah sanak saudara di Besut. Belah pagi kami beraya di sekitar jiran mertua dan rumah nenek incik suami serta saudara mara. Lepas solat jumaat, kami gerak ke Besut pula sehinggalah petang baru balik.

Raya ke Dua Bersama Bondaku pula!!



Raya ke dua padat aktiviti beraya bersama keluarga Gee pula. Dari pagi hingga ke petang mana yang sempat kami pergi, kami singgah untuk beraya. Best juga sebab boleh jumpa sepupu sepapat yang jarang - jarang boleh jumpa. Boleh dekatkan mana yang dah jauh tu. Hihi.

Raya ke 3 buat mini BBQ pulak!!



Aktviti BBQ ni dah jadi rutin wajib adik beradik Gee. Haha! Tambah - tambah kalau the one and only adik lelaki Gee balik kampung, memang dia suka sangat buat bakar bakar ayam, ikan, makan ramai-ramai. Syokkkk wooo...hihi..

Petang raya ke tiga dah balik semula ke rumah mertua untuk beraya dengan adik incik suami yang baru balik beraya. Tahun ni turn belah family isteri dia, tu yang balik raya ke tiga.

Raya ke Empat!!!



Raya ke empat sempat juga beraya di rumah kawan - kawan incik suami. Pastu kami bawa adik beradik ipar duai pergi beraya di Pantai Teluk Ketapang. Hajatnya nak bawak mereka makan sotong celup tepung tapi apakan daya keadaan dalam kedai sesak yang amat!! So buat aktiviti di sekitar pantai je. Seronok juga anak - anak boleh naik kereta kuda berhias, main playground, main dengan rabbit setelah beberapa hari asyik pergi rumah orang beraya je kan. Hehe!!


Amacam story raya Gee? Tu baru raya ke empat tau!! Kalau nak tahu seminggu raya memang Gee ke hulu ke hilir dengan kenduri kat situ, jamuan raya kat sini. Semuanya undangan dari rumah saudara mara. Rumah sendiri balik untuk tukar isi bag je. Hahahahhaha!!

Di entry ini Gee nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang sedang baca entry raya ni. Maaf zahir dan batin sekiranya Gee pernah terkasar bahasa atau terguris hati. Moga kita semua sentiasa di dalam rahmat Nya. Amin.


Perasan tak ramai yang tergesa - gesa untuk nampak cantik tapi tak berfikir panjang untuk dapatkan kulit yang sihat terlebih dahulu. Kulit muka yang sihat akan menampilkan make up yang sekata dan juga tahap keyakinan diri yang tinggi.

Gee sendiri naik rimas dengan datangnya jerawat, parut - parut lama, serta kulit yang berminyak bila keluar dari rumah. Nak make up tutup segala cela memang boleh tapi sementara je. So untuk mendapatkan kulit yang sihat walaupun muka ber make up, Gee dapatkan produk - produk kecantikan dari MARY KAY! 
CC CREAM MARY KAY BUATKAN KULIT SELESA SEPANJANG HARI!!
Sebelum kita nak mulakan make up harian untuk ke tempat kerja atau keluar bersama rakan - rakan, semestinya kita nak calit dulu cream muka atau foundation sebagai basic make up. Make up ni tidak bermakna korang mesti tempek bedak sampai 4 inci dan juga warnakan mata seperti nak keluar dinner di hotel! Bagi Gee make up ni, cukuplah sekadar memakai cream muka yang boleh melindungi kulit wajah, sapu bedak dan juga make up mata yang nipis agar tidak nampak muka terlalu suram. Hehe. 

Penggunaan CC CREAM MARY KAY sangatlah jimat!! Sekali picit pada hujung jari dah boleh cover seluruh muka korang tau!! Caranya, setelah dipicit pada hujung jari, korang sapu rata je ke seluruh kulit wajah. Setelah di sapu CC Cream ni, korang boleh terus keluar rumah atau pakai bedak asas. 

Gee pakai bedak asas dari Mary Kay jugak iaitu Translucent Loose Powder. Bedak ni pun best!! Sebab korang hanya perlu dap dap dap dan ratakan ke seluruh muka untuk kesan yang sangat best selepas pemakaian cc cream tadi.

Gee ada kongsikan tutorial penggunaan CC Cream Mary Kay di You Tube :



Antara keistimewaan CC CREAM MARY KAY adalah :

** Membantu kulit yang mengalami tanda - tanda penuaan.
** Melembabkan kulit sepanjang hari tanpa rasa melekit dan berminyak.
** Mempunyai spf 15 di mana dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari.
** Menutup cela serta memelihara kulit yang berjerawat.
** Membantu masalah kulit tona yang tidak sekata.
** Membantu masalah kulit yang berparut serta kulit yang kemerahan.


Menarikkan bila pakai cc cream Mary Kay ni, kulit korang juga akan terpelihara walau di bawah sinaran matahari. Bila kulit dilindungi, barulah kulit akan sentiasa sihat dan bersih.

Terdapat 4 tona untuk CC CREAM MARY KAY ini iaitu Very Light, Light to Medium, Medium to Deep dan Deep. Gee punya Light to Medium! hehe. Korang pilih tona ni ikut warna kulit muka korang ye dan Gee suggestkan untuk kulit orang Asia, ambil tona light to medium atau medium to deep. 

Kenapa korang mesti cuba CC CREAM MARY KAY??

Sebab pakai cc cream Mary Kay kulit korang akan nampak natural je sepanjang hari tanpa rasa berminyak dan melekit! Tompok tompok pada muka pun tak de tau! Memang kulit muka nampak licin sekata je. Kalau nak ambil wuduk, cc cream Mary Kay memang mudah untuk dicuci dengan air biasa. 


Korang boleh dapatkan CC Cream Mary Kay ini daripada SIS EMA. Kalau nak dapatkan produk Mary Kay yang lain, beliau boleh juga jelaskan dengan lebih lanjut. 

FACEBOOK : https://www.facebook.com/zulhima.husain
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/zulheymahusain/
WHATSAPP : 013 9800049
Assalamualaikum & hi semua! Dashing sekali lagi datang memenuhi keperluan jejaka - jejaka untuk memudahkan rutin penjagaan harian mereka. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Memperkenalkan keluaran terbaru Dashing iaitu Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber. 


Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik je pautan kat bawah ini :

LAMAN WEB : http://www.dashing.com.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Dashing.MY/

























Eh dah tak lama nak jumpa dengan Syawal kan? Lagi seminggu! Korang mesti dah siapkan baju raya untuk keluarga dah kan? Gee ni selalu last minit walaupun sentiasa berazam nak settle baju raya awal - awal namun apakan daya. Memang akan jadi last minit jugak!!


Korang tema warna apa tahun ni? Beberapa hari lepas di kala kebosanan, saja je Gee google tengok warna - warna tema ni. Bila jumpa rasa makin syok pulak. Mungkin warna ni salah satu terapi stress or minda or whatever lah, tu pasal lama - lama makin seronok duk menggoogle warna yang cantik - cantik ni.


Yang menariknya, nama warna tu pelik - pelik sangat!!! Kita nampak pink, peach, biru, hijau je kan. Tapi tengok gambar yang Gee share tu. Hahhahaha! Ada Rose Quartz, Pantone Serenity, Snorkel Blue dan macam - macam nama!! 

Nampak macam unik kan warna - warna ni? Kalau buat tema kawen pun cantik! Tapi hakak dah kawen lah dik..Anak hakak dah 4 orang! Hahaha! Takpe korang ambil buat inspirasi buat theme colour birthday party ke, anniversary celebration ke, farewell party ke, kenduri aqiqah ke.. Asyik duk tema warna sama je kan, sesekali cari colour yang rare sikit baru gempaq!! haha!


Tema raya Gee dan family tahun ni Mix & Match Colours! So nantikan update Gee di Instagram dan Facebook di pagi raya nanti! Hehe. Hopefully menjadi teknik matching warna yang berbeza ni. Bosan jugak warna sama sedondon je tiap - tiap tahun. So kita buat lain macam sket tahun ni. Hehe.


Sejuk tak mata memandang tengok gambar - gambar ni? Hehe. Korang nak tengok lagi warna - warna yang rare? Pi google wokeh! Terapi stress! Hahahha! 


Korang team warna apa tahun ni?
Sekejapnya Ramadhan kali ni, tinggal lagi 2 minggu je lagi nak sambut aidilfitri. Agak - agaknya sebab anak dah ramai, aktiviti seharian sibuk menguruskan mereka, so terasa masa sangat cepat berlalu. Sembang - sembang nak dekat raya ni, korang dah prepare ke biskut raya? Ke buat sendiri kat rumah bersama anak - anak? Wah! Rajinnya korang buat sendiri. Gee pun ada terselit jugak cita - cita dan impian nak buat projek biskut raya, tapi sampai ke harini habuk biskut pun yillekk! Haha!


Kalau korang nak tahu, Gee nie hantu biskut tau! Hantu pun boleh sebab kalau pergi beli barang dapur, mesti ada je biskut yang dimasukkan ke dalam troli. Kalau pergi beraya, mata ni melilau je mencari biskut raya yang menarik untuk dicuba. Meh Gee kongsikan dengan korang beberapa Tips Memilih Biskut Raya Kegemaran Ramai. 

1. Wajib ada biskut perisa coklat

Biskut berperisa coklat ni memang ramai yang mencari - cari ketika datang beraya. Termasuklah Gee sendiri! Hehe. Golongan si cilik pun semestinya suka biskut berwarna coklat berbanding biskut berwarna kuning!! Nak biskut raya korang laris? Sila hidangkan biskut ala - ala chipsmore, biskut almond london, atau pun tart coklat cadbury yang viral sekarang ni!

2. Cantik Luar dan Dalam

Korang jangan ingat manusia aje nak cantik luar dan dalam. Biskut pun mesti nak nampak cantik dan kemas di luar. Hiasan yang menarik akan membuatkan tetamu yang datang terasa nak menjamah biskut korang. Kalau dah cantik hiasannya, rasa biskut tu mestilah rasa yang wow!! Biar tetamu makan tak berhenti baru syok raya! Hahaha!

3. Pilih biskut yang berkualiti

Ramai juga yang tertipu dengan kualiti biskut ni. Nak tahu kualitinya bagus ke tidak, mestilah korang kena rasa. Ramai yang terpedaya dengan harga biskut yang murah tapi bila biskut korang tak laku, cakap tetamu sombong tak sentuh biskut yang korang hidang. Ada juga biskut mahal tapi rasa macam biskut raya tahun lepas. Hahahaha! Nak selamat, sila minta tester terlebih dahulu sebelum korang order dalam kuantiti yang banyak.

4. Beli biskut yang baru dibuat 

Fresh from the oven! Kalau biskut yang dah berbulan - bulan dibuat risau juga nanti akan mempengaruhi rasa. Korang cuba periksa dulu tarikh biskut itu dibuat dan bila tarikh luputnya. Kang ada yang makan biskut lemau di pagi raya. Haha!

5. DAPATKAN BISKUT RAYA FRESH FROM THE OVEN DARIPADA BLOGGER HUDA HALID!!

Dalam pada tengah duk mencari - cari tu ternampak Blogger Huda Halid ada post pasal biskut raya ni. Dah lah biskut yang memang Gee nak sangat iaitu coklat chips dan biskut viral kekacang tuh. Haa apa nak tunggu lagi? Terus Gee pm tepi beliau. Lagi pun dia duk area Kuala Terengganu ni jugak. So mudah juga nanti nak buat urusan COD dengan beliau. 

Ada 2 pilihan biskut yang Huda sendiri buat. Ya!! Homemade punya cookies ni tau! Di bakar dengan penuh kasih sayang gitewww....

GOLDEN ALMOND CRUNCHY


Sangat mewah dengan kekacang!! Pertama kali Gee makan, ingat nak try satu je. Tapi!! Lepas satu - satu ku habiskan! Hahahhah! Boleh buat snek sambil layan movie! Incik suami Gee bukan penggemar kacang. So Gee suruh dia ambil satu rasa. Hmmm seperti yang ku sangka, dia boleh komen sedap pastu ambil lagi dan lagi! Hahahhaha!


Rasa Golden Almond Crunchy tidak terlalu manis jadikan rasa kacang dia sangat penuh rasa! Serius kalau korang nak order, sila order minima 2 bekas sebab satu untuk bulan puasa, lagi satu untuk pagi raya. Tapi petang raya dah habis! Sebab memang sedap gila! haha!


BISKUT CHOCOLATE CHIP



Biskut ni wajib ada di dalam pilihan biskut raya korang! Tapi kebanyakan yang jual harga sangat mahal! Alasan mereka, bahan - bahan yang digunakan merupakan bahan premium so tak dapat lah nak pertikaikan! TAPI!! Dengan biskut chocolate chip Huda ni, seketul korang makan, korang akan rasa nak makan lagi berketul - ketul!

Chocolate chip tu rasa tau sebiji - sebiji! Biskut pulak tak hancur dan rasa coklat tu rasa seperti coklat yang mahal. Peliknya harganya sangat murah!! Ni merupakan favourite anak - anak Gee. Seronok kalau biskut raya murah dan sedap ni kan? Baru syokkk raya!


SEDAP KE????

Serius sedap gila biskut raya Huda ni. Tu je testimonial jujur Gee yang perlu korang tahu! Hahahahah! Tak sabar nak share di blog tahap kesedapan biskut ni. Al kisahnya Gee memang tercari - cari biskut untuk raya kali nie. Rancangnya nak beli sekali untuk rumah bonda dan juga bonda mertua. Tapi duk fikir - fikir nak beli kat pasaraya ke nak beli dengan online shop. Finally, jumpa biskut raya yang SEDAP DAN MURAH!!!! 

HARGA :

GOLDEN ALMOND CRUNCHY : RM 20

BISKUT CHOCOLATE CHIPS : RM 15

Sangat murah kan???

Korang nak order tak?? Sengaja Gee share harini sebab last Huda ambil order ialah HARI ESOK!!! ( 3 JUN 2018 ). Dah pi cepat - cepat terjah details kat bawah ni untuk order wokeh!! 

BLOG : http://www.ceritahuda.com/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/hudahalid212

WHATSAPP : 011 5104 4632
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab