Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Salam Ramadhan semua!! Harini, 6 Ramadhan, kita off dapur, dan incik suami pun memahami isterinya yang ketidaksempatan untuk memasak. Thank you asben! Hehe. 

Maka, bila ditanya mahu makan apa, semestinya jawapan si isteri, "ikut je mana - mana pun, tapi kalau makan chicken chop sedap jugak! " Haha!


Setelah 2 kedai yang kami pergi tutup, maka kami pun ke kedai ke tiga cadangan incik suami. Masih lengang dan bertenang ketika kami sampai di Terowong Corner walaupun jam dah pun 6.30 petang.

Muka tak sabar nak ngap! Alhamdulillah masih bertahan puasa penuh 6 Ramadhan

Ni bukan kali pertama kami datang dinner kat sini. Cuma, menu western belum cuba lagi. Terowong Corner ada pelbagai pilihan masakan yang korang boleh cuba. Ada masakan panas, masakan omputih dan juga sate.

Beaf Steak Pilihan Incik Suami
Menu pilihan Gee adalah Chicken Chop sama juga untuk Amani dan Ardini. Arsyad pula menu kegemaran sepanjang masa spagetti bolognesse. Incik suami memilih stik daging. Aqil si bongsu menumpang je ke semua menu yang kami order. Gee pun order sate daging dan ayam 10 cucuk. Al maklumlah nafsu berpuasa, semua rasa nak ngap! Hahaaha!

Chicken Chop Crispy Rangup!
Sedap ke tidak?

Beaf steak kat sini sedap juga sebab dagingnya sangat lembut! Sos pun banyak! Gee bagi 5 bintang penuh! Hehe. Chicken chop, Gee rasa macam ada yang kurang je. Ceewahhh memandai je kan? Haha! Tapi portionnya besar juga! Gee bagi 4 bintang! Spagetti bolognesse Gee tak sempat nak merasa sebab Arsyad habiskan semuanya! Agak - agaknya sedap sangat kot sampai licin dia habiskan. Hehe. Sate, sedap dan manis! So sangat recommend kalau makan kat sini, order je 5-6 batang sate untuk merasa sebab boleh tahan juga rasanya! Gambar sate lupa nak snap! Kikiki.

Spagetti Bolognesse
Kalau nak datang dengan bilangan yang ramai pun sesuai kat sini sebab kawasan sangat lapang dan selesa. Cuma baik booking awal - awal so nanti mereka boleh aturkan tempat makan untik korang terlebih dahulu.

Lokasi restoran :


So kalau nak berbuka puasa atau dinner sangat recommended di Terowong Corner. 

Boleh terjah juga di facebook mereka untuk melihat apa komen pelanggan yang dah datang ke sini << FACEBOOK TEROWONG CORNER >> .

Korang berbuka menu apa harini?


Siapalah yang tak suka pergi SPA rambut kan? SPA rambut memang bagus sebenarnya untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambut. Ianya sangat penting tau walaupun rambut kita ditutupi dengan tudung. 

TAPI, pergi ke SPA rambut banyak yang harus difikirkan seperti kos SPA yang agak mahal, masa yang perlu diperuntukkan, SPA yang selesa dan pelbagai lagi. Al maklumlah sekarang ni dah dekat nak raya, jangan nak cantik punya pasal, nanti bajet untuk duit raya pula takde. Hehehehe.


Kenapa perempuan memerlukan SPA rambut? Ianya adalah untuk memberikan kesihatan pada kulit rambut, mengawal masalah rambut gugur, mengawal masalah kelemumur, memberikan tekstur rambut yang sihat serta menyegarkan kulit kepala. 

Antara masalah rambut yang Gee alami sekarang adalah masalah rambut gugur. Orang tua - tua kata apabila ibu menyusu, rambut akan keguguran. Eh fakta ke auta tu? Haaaa...Sebelum nak pasrah dengan petua orang lama, baik kita ikhtiar dulu jalan penyelesaiannya. Hehe. Maka, setelah membaca testimonial satu produk rambut ni, Gee terpanggil untuk mencuba. Tak salah nak mencuba lagi pula produk rambut ini menggunakan bahan - bahan semulajadi je so takde lah nak risau bagi kesan tak elok pada rambut. 


Memperkenalkan SENMY SHAMPOO PATI HALIA yang diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuh - tumbuhan serta selamat digunakan pada kanak - kanak dan ibu yang hamil. Bau Senmy shampoo ni sangat menyegarkan dan terasa seperti membuat spa di rumah. Hehe. 


Antara bahan yang terkandung di dalam Senmy Shampoo dan kebaikannya :

1. Halia Mentah 
** Mengurangkan kelemumur.
** Menggalakkan pertumbuhan rambut dan meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala.

2. Lemon
** Menguatkan rambut dari akarnya.
** Mengatasi masalah rambut gugur.
** Rambut lebih lurus dan berkilau.
** Menghilangkan sel kulit mati pada kulit kepala.

3. Macadamia Intergrifolia Seed Oil
** Mencegah rambut daripada kering.
** Mencegah kerosakan pada rambut.

4. Daun Salam
** Membolehkan rambut dicuci dengan bersih.
** Mengandungi vitamin A dan C.
Bahan - bahan yang terkandung di dalam Senmy Shampoo ini sangat bagus untuk merawat masalah - masalah rambut seperti rambut kering, rambut mudah kusut, hujung rambut yang kasar dan juga masalah rambut bercabang.



Dah siap rambut di basuh dengan bersih, semestinya conditioner sangat memainkan peranannya. Perkenalkan Senmy Masker yang sangat akan membuatkan rambut korang :

>>> Lembab sepanjang hari.
>>> Rambut menjadi lembut dan licin.
>>> Rambut jadi lebih berkilau.
>>> Rambut semakin mudah untuk diuruskan.


Cara Penggunaan Senmy Shampoo dan Conditioner 

Cara penggunaannya tak rumit pun. Letakkan sedikit shampoo dan sedikit air. Kemudian mula membasuh rambut dengan shampoo tadi. Sambil - sambil tu gosokkan sekali kulit kepala supaya shampoo rata ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Seterusnya gunakan Senmy Masker atau perapi rambut. Ratakan perapi ke seluruh helaian rambut supaya setiap helaian dapat khasiat daripadanya. Biarkan selama 3 ke 5 minit sebelum bilas dengan air bersih.



Harga? Tahu dah mesti korang nak tahu harganya kan..

Senmy Shampoo RM 62
Senmy Conditioner RM 62
<< Pembelian 3 set ( shampoo + conditioner ) dan ke atas diberi harga ahli!!! >>


Untuk sebarang info dan maklumat lanjut berkenaan Senmy Products ini, korang boleh hubungi :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/chuaichia

TELEFON : 01119902165









Terujanya Gee akhirnya penyelesaian untuk mencari idea hadiah harijadi untuk anak - anak dah jumpa! Bosan juga bila tiap kali birthday, nak kena belikan mainan, alatulis sebab itu je yang mudah dibeli di pasaraya. Tu pun kena spend masa untuk keluar ke pasaraya sehinggakan nak surprisekan pun tak menjadi. Haha!!

Sekarang, semuanya sangat mudah!! Ada pelbagai pilihan hadiah yang boleh dipilih, menjimatkan masa, menjimatkan duit belanja dan yang paling best adalah korang boleh customizekan hadiah korang!! Amacam? Menarik dan meletop tak? Jom terjah laman web PRINTCIOUS sekarang!!


<<< BIRTHDAY GIFT IDEAS >>> 


KENALI LAMAN WEB PRINTCIOUS

Untuk pengetahuan mereka yang masih buntu fikirkan hadiah birthday, hadiah anniversary, surprise gift dan apa - apa hadiahlah untuk mereka yang tersayang, korang belum terlambat! Hehe. PRINTCIOUS ni dah memudahkan 100% kerja korang. Hadiah pulak siap boleh design sendiri lagi. Antara pilihan hadiah yang ada ialah mug, bantal, t-shirt, mouse pad, beg, apron, puzzle, canvas dan macam - macam lagi ada. Memang banyak kalau nak listkan semua. Hehe.

Memang kena sangat tagline PRINTCIOUS iaitu "Precious Gift From Your Heart". 



Gee dah lama sebenarnya nak beli bantal untuk travel yang tertulis nama mereka. Mesti nampak comel nanti. Dengan PRINTCIOUS semuanya sangat mudah hanya dihujung jari je. 

Harga pun sangat murah! Serendah RM 39.90 sahaja u ols bantal ni!! Siap boleh design sendiri lagi mengikut citarasa kita. Bila lagi nak tunjuk bakat kreatif kan? Hihi.

Beli untuk diri sendiri pun okey jugak kan? Gee berkenankan apron di PRINTCIOUS ni. Mana tahu bila pakai apron yang customize nama sendiri, jadi lagi semangat nak masak! Hahaha! I hope so! Kalau nak bagi hadiah pada ibu, adik dan kakak pun sesuai! Sebab apron memang orang guna so tiap kali mereka guna, mestilah ingatan sentiasa ada untuk kita. Bagusnya!!

<<< BIRTHDAY PRESENT FOR BESTFRIEND >>>



Sangat mudah caranya!!

1. Korang pilih hadiah apa yang korang suka. Memang banyak sangat pilihan yang ada!


2. Dah pilih hadiah, korang boleh customizekan pulak mengikut apa yang korang suka. Boleh letak gambar dan designkan sendiri!! 

3. Nak tulis kata ucapan? Pon bolehlah! Tulisan pun boleh pilih nak jenis dan size apa. 

4. Submit order dan tunggu je PRINTCIOUS hantar hadiah tersebut pada orang tersayang atau pun diri sendiri. Hehe.

Memang surprise menjadi lah nanti kan? Pihak PRINTCIOUS akan menghantar hadiah yang korang design sendiri tu pada alamat yang korang berikan nanti tanpa kita perlu bersusah payah memikirkan nak surprisekan mereka. Hehe. 

PROMOSI BEST DARI PRINTCIOUS

Menariknya, di PRINTCIOUS akan ada pelbagai promosi yang best best. Sekarang tengah ada sale 30% dan kos penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM 50. Korang perlu bayar harga produk sahaja! Jimat sangat dah ni. LAGI!! Sempena Hari Bapa, PRINTCIOUS menawarkan pelbagai pilihan hadiah yang sangat sesuai di berikan kepada kaum bapa ni. Tak perlu susah - susah nak tulis kad ucapan dah, korang hanya tulis ucapan korang di hadiah yang bakal diterima oleh mereka nanti. Menarikkan?


Mesti korang dah dapat idea kan nak bagi hadiah untuk mereka yang tersayang? Agak - agaknya korang nak bagi apa? Kalau bagi mug pun menarik sebab boleh guna di rumah dan juga di tempat kerja. 

Sekiranya korang nak cari Mug Printing di Malaysia, sila contact diaorang wokeh!!
Atau sekiranya korang nak mengadakan parti harijadi dan ingin kawan-kawan tertarik dengan parti korang, Birthday Party Photobooth adalah pilihan yang terbaik!

Untuk info PRINTCIOUS, korang boleh ke :

LAMAN WEB : https://www.printcious.com

FACEBOOK : https://www.facebook.com/printcious/

Menu ayam percik antara menu yang hot kat Bazar Ramadhan kan? Tapi harga Gee tak pasti sebab dah lama tak pergi bazar. Al maklumlah anak - anak kecik akak berderet dik, kalau pergi bazar berhimpit - himpit macam tak sanggup je. Haha.

Menu berbuka dan sahur Gee dan family pada 4 Ramadhan adalah Nasi putih + Ayam Percik + Paprik Sotong dan Sayur + Air Tebu. Meh Gee kongsikan cara Gee masak AYAM PERCIK MUDAH kat sini. Masakan Gee semuanya simple dimple sebab anak - anak ramai, so nak bersilat kat dapur tak boleh lama - lama sangat. Hehe 


AYAM PERCIK

BAHAN - BAHANNYA :

1. 8 ketul ayam.
2. Garam dan Kunyit ( untuk ayam panggang )
3. 8 ulas bawang merah.
4. 5 ulas bawang putih.
5. Halia.
6. Kunyit.
7. 4 batang serai.
8. Santan 1 kotak.
9. Asam keping.

CARA - CARANYA :

PANGGANG AYAM TERLEBIH DAHULU

1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian panggang ikut cara masing - masing. Nak guna kuali ajaib ke, kuali hitam ke, kuali terbang ke tak kisah lah, asalkan korang kena paham konsep panggang macam mana wokeh! Hehe.
Ayam Panggang dalam proses nak bagi garing sket. Hehe.
MULA BUAT KUAH PERCIK

2. Blend bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan 2 batang serai.

Bahan Blend
3. Tumiskan 2 batang serai. Kemudian, masukkan bahan blend tadi. ( tak nak tumis pun takpe )

4. Dah masak bahan blend tadi, terus masukkan santan sekotak.

5. Isikan air penuhkan kotak santan tadi. Air tak perlu banyak sangat ye sebab nanti kuah lambat nak memekat. Hehe.

6. Masukkan asam keping, garam, gula dan perasa.

7. Masak dan kacau sehingga pekat mengikut yang korang nak.

8. Siap. Sedia untuk dicuahkan ke atas ayam panggang tadi.

Mudahkan? Ada banyak cara masakan percik ni sebenarnya. Ada yang guna rempah ratus, ada yang panggang ayam setelah ayam dimasak bersama kuah dan macam - macam cara lagi.

Tak kisah cara yang macam mana pun, asalkan ianya memudahkan korang semua. hehe.

Selamat mencuba!!
Hi semua! Entry kalini merupakan perkongsian produk berkaitan dengan produk kesukaan incik suami Gee. Seronok sungguh incik suami bila dapat surprise daripada DASHING SPORT. Hujung bulan ni anniversary kami, so ni kira hadiah istimewa juga untuk dia setelah 9 tahun bergelar seorang suami. Hehe.



DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. Memang sesuai dengan pekerjaan incik suami seharian di site dan malamnya aktif bersukan badminton atau futsal.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.


Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.   

DASHING SPORT Golden Boot
Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 

DASHING SPORT Hitman
DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING HITMAN Eau De Toilette
Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

DASHING GOLDEN BOOT Eau De Toilette
Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Untuk sebarang info dan maklumat lanjut : 

LAMAN WEB : http://www.dashing.com.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Dashing.MY/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/dashing_my/








Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab