Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Salam 1 Ramadhan semua! Macam mana dengan sahur pertama korang? Mesti gempak gempak kan menu sahur? Hehe. Al kisahnya Gee terlupa nak keluarkan ayam malam tadi sebelum tidur, makanya sahur pertama Gee sediakan 1 menu yang mudah, senang dan cepat iaitu TELUR MASAK KICAP!!

Ni menu kalau korang malas sangat dan tak tahu nak masak apa dah untuk sahur kalau terlajak tidur sebab penyediaannya sekejap je tak sampai setengah jam. 


RESEPI TELUR MASAK KICAP

BAHAN - BAHANNYA : 

1. Telur
2. 3 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Asam keping
7. Gula dan perasa

CARA - CARANYA :

1. Goreng telur terlebih dahulu ( Gee buat 2biji telur mata dan 2 biji telur dadar kosong ). Ketepikan. 

2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus. 

3. Bila bawang dah keperangan tu, masukkan 1 sudu sos tiram dan juga kicap. 

4. Masukkan air sebanyak mana untuk korang jadikan kuah.

5. Masukkan asam keping.

6. Masukkan gula dan perasa.

7. Tutup api bila dah didih. Curahkan kuah atas telur goreng tadi.

8. SIAP!

Amacam mudah kan? Kalau nak buat menu berbuka pun sedap! Makan dengan nasi panas- panas. Mau bertambah oi! Hahahaha!

Korang makan apa sahur tadi? Mana tau boleh bagi idea untuk hari-hari esok pulak. Hehe..

Mencari tempat riadah terbaik bersama keluarga dan anak-anak?First time datang melancong ke Kuala Terengganu dan buntu nak bawa family jalan-jalan? Haaaaa meh sini baca entry Gee kali ni nak share tempat best beriadah, bersantai dan melepak dengan family dan juga kawan-kawan. 


Pantai Teluk Ketapang yang berdekatan dengan Airport merupakan tempat yang paling happening di hujung minggu. Tak kira orang luar mahupun orang tempatan macam Gee sendiri, memang suka ke Pantai Teluk Ketapang ni. Ada pelbagai agenda tau korang boleh buat kat sini. Jangan terkejut pulak kalau musim cuti sekolah jalan area Pantai Teluk Ketapang ni memang jem! 


Pertamanya, korang kena merasa makan sotong celup tepung ganu style! Ni menu wajib! Ada banyak kedai kat tepi tepi pantai ni cumanya Gee biasa makan di kedai kedua sebelah pagar airport. Yang viral kedai Pok Nong kan? Tapi kat situ crowded gila dan tak sesuai lah ngan Gee yang anak berderet ni. Hehe. Lagi korang kena order ikan celup tepung, udang celup tepung, dan semualah yang dicelup tepung! Haha! Untuk minuman, mestilah minum air kelapa buah, air batu campur (abc) atau air batu jagung (abj). 


Dah penuh perut tu, bolehlah buat aktiviti riadah dengan anak-anak. Yang mesti korang cuba berkuda atau menaiki kereta kuda berhias atau keduanya sekali. Kali ni Gee pergi, Amani je nak naik kuda. Harga untuk kuda kecil RM 3 sorang kanak-kanak. Kalau naik 2 orang harganya RM 5.. Harga kuda besar pula RM 5 untuk  sorang kanak-kanak dan RM 8 untuk dewasa. Murah kan? Memang berbaloi bagi anak-anak merasa sebab berkuda ni salah satu terapi juga tau untuk perkembangan anak-anak. Hehe. 

Anas in action! ( my anak sedare. hihi )

Lagi, anak-anak pun boleh main playground. Tapi ada aktiviti lagi best dan jarang dapat anak-anak main! Anak-anak korang mesti teruja bila dapat bermain, bergambar dan bagi si comel arnab makan! Masuk dalam tempat arnab di lepaskan tu hanya bayar RM 2. Nanti dapat bagi arnab tu makan, belai-belai, kejar-kejar. Hahahahaha! 


Ada banyakkk lagi aktiviti yang korang boleh lakukan di Pantai Teluk Ketapang ni. Seronok juga tengok ada yang berkelah, main layang-layang.. Nanti boleh repeat buat aktiviti lain pulak. Hehe.

Ardini..Arsyad..Aqil..Anas..Amani..
Tak cukup korum balik pru baru-baru ni.. Lagi 2 family adik-adik Gee tak balik Ganu. Kalau balik, ada lagi 2 orang anak sedara Ariana dan Aira..

Korang pernah datang Pantai Teluk Ketapang? Amacam best tak?
Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.


Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan  wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA.  Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar. 

SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.  


Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri. 

SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.


Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. 

Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut  syampu  Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.


Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan. 

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan. 

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat. 

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik : 

Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)

SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja.

SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan – Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam 
berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol – Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak – Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.


Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur
SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol 
SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol 
SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)

Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)

Juga terdapat dalam dua variasi. Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:

Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.

Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.

Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.

Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.

SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu :


SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.

SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.


Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.  SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari. 

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia .
Susahnya nak cari shawl raya yang labuh, bidang besar, kain tak jarang dan terbentuk elok pada muka. Semestinya Gee salah seorang dari mereka yang suka memakai shawl / selendang panjang. Kalau pakai shawl lagi cepat Gee bersiap sebab mudah dan lagi mudah kalau menggayakan THALIA MERMAID CHARMING SERIES keluaran exclusive daripada SOFEAROSE.


INSPIRASI THALIA MERMAID

Populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil.  Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. 

SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. " Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium. "


Bagi membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. 

Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung.

LAHIRNYA KOLEKSI TUDUNG SERTA PAKAIAN RTW DARI SOFEAROSE

Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!

Gee telah mencuba koleksi tudung berinspirasikan ikan duyung ini yang diberi nama Thalia Mermaid Charming Series. Sangat exclusive Thalia Mermaid ini apabila sampai di tangan dengan kotak yang sangat elegan! Walaupun beli shawl bukan harga 3 angka, tapi packagingnya mengalahkan tudung berharga ratus-ratus! 


Box dari SofeaRose ini sangat cantik dan sesuai juga dihadiahkan untuk yang tersayang. Riben exclusive dengan nama SofeaRose sangat cantik tersimpul memberi elemen kejutan dan moment yang sangat indah bagi si penerimanya. 


Tudung bercetak dari SofeaRose ini juga dilengkapi dengan Charm Exclusive pada sudut tudung. Memang lain dari yang lain sungguh tau!! 


Apa yang menjadi Gee jatuh cinta pada koleksi tudung dari SofeaRose ini adalah materialnya yang diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Bila kita pakai, di bahagian muka memang tidak membulat! Haha! Kemudian, korang akan terasa wowww bila lihat kain dia terjatuh cantik bila kita melilit.


Terdapat 3 koleksi yang berinspirasikan Puteri Duyung ini. Pertama seperti yang Gee pakai iaitu Thalia Mermaid Charming Series, keduanya diberi nama Diona Mermaid Enchanted Series dan ketiganya adalah Merlissa Mermaid Bawal Pleated Diamond.


Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose  merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air >>>  https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk 

Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear ( RTW ) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi.


MEMBELI SAMBIL MENDERMA

Dengan setiap pembelian koleksi Mermaid SofeaRose ini, korang juga secara tidak langsung telah membantu dalam kempen memulih dan memelihara penyu ini.

Koleksi Mermaid SofeaRose ini berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.


Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

Untuk urusan pembelian serta sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi :

LAMAN WEB : www.sofearose.com
FACEBOOK : www.facebook.com/sofearose.my
INSTAGRAM : www.instagram.com/sofearose_hq
TWITTER : www.twitter.com/sofearose_hq
TELEFON : 019 – 635 0313 (Teha)

ALAMAT : SofeaRose, Wisma Qzara, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam, 40300, Selangor

PASTA SPIRAL GORENG adalah menu ringkas yang biasa Gee sediakan untuk anak-anak. Anak-anak Gee memang suka pasta so si ibu harus pelbagaikan resipi untuk tidak memberi kebosanan pada mereka. Yang bestnya menu pasta nie boleh juga dijadikan juadah waktu berbuka puasa nanti sebab ianya sungguh mengenyangkan dan juga berkhasiat!

Masa penyediaan lebih kurang 30 minit je. Sebab tu nama dia menu ringkas. Hehe.



RESIPI PASTA SPIRAL GORENG

BAHAN - BAHAN UTAMA :

1. Pasta ( di celur dengan sedikit minyak dan ditoskan ).
2. Isi ayam dipotong kecil.
3. 1 Bawang besar di potong dadu
4. Mixed Herbs
5. Sos Tomato

CARA - CARANYA : 

1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian goreng isi ayam.
2. Kemudian masukkan bawang besar dan goreng bersama isi ayam tadi.
3. Masukkan mixed herbs secukup rasa yang korang nak.
4. Masukkan pasta. Kacau.
5. Masukkan sos tomato.
6. Masukkan garam, gula, perasa.

SIAP!

Nota : Gee masak main campak-campak, so tak dapat nak bagi anggaran yang tepat. Korang pun campak-campak tu agak-agak sedap tu, menjadilah tu! Namapun masakan air tangan sendiri kan... Hehe..

SELAMAT MENCUBA!!

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab