Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Lagi tempat menarik di Langkawi yang Gee nak kongsikan di blog Sis Gee ini. Bila ada blog, rugi tak simpan kenangan-kenangan holiday dalam ni kan? Boleh buat rujukan untuk mereka yang merancang nak ho ho holiday di Langkawi dan juga untuk tatapan anak-anak nanti. Hehe. 

Siapa sukakan alam semulajadi silalah datang ke sini, Sky Cab Langkawi. Sky Cab Langkawi terletak di  Oriental Village, Burau Bay, Langkawi. Tapak stesen Sky Cab ni terletak di kaki Gunung Machincang. Daripada kaki gunung kita akan dibawa ke puncak Gunung Machincang dengan menaiki kereta kabel. Pemandangan hutan yang berusia 550 juta tahun akan memukau pandangan korang di tambah dengan pemandangan indah lautan serta pulau-pulau yang kelihatan. 


Pengalaman pertama ke SKY CAB LANGKAWI!

Semestinya ini merupakan pengalaman pertama Gee dan juga keluarga ke sini. Bertambah seronok pengalaman pertama kami ini apabila keluarga Sis Hawa pun ada bersama. Untuk pengetahuan korang, Sky Cab Langkawi di buka secara rasmi pada 1 November 2002 di mana tempoh kerja untuk membina Sky Cab ini hanya mengambil tempoh masa 1 tahun 6 bulan sahaja. 

Jarak perjalanan :

* 12 km dari Airport / 17 minit dengan kereta.
* 18 km dari Cenang / 24 minit dengan kereta.
* 29 km dari Pekan Kuah / 34 minit dengan kereta.


Sky Cab Langkawi terbahagi kepada 3 station iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station. Base station adalah di kaki Gunung Machincang. Perjalanan dari Base Station hingga ke Middle Station adalah sepanjang 1700 meter dan paras ketinggian Middle Station pula adalah 650 meter dari aras laut. Kalau korang nak tahu, panjang kabel dari Base Station hingga ke Top Station adalah 4400 meter panjangnya. 

Di Base Station, setelah selesai urusan pembelian tiket dan juga group photo ( wajib! ), tentunya anak - anak semakin teruja untuk mengalami pengalaman pertama menaiki kereta kabel. Satu gondola dapat memuatkan 6 orang ( 480 kg ) kecuali VIP gondola hanya boleh memuatkan 3 orang sahaja. 


Layanan istimewa untuk berkerusi roda

Ya! Untuk pengunjung yang berkerusi roda, akan ada pekerja Sky Cab akan membantu serta gondola  akan diperlahankan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada mereka. Mereka yang berkerusi roda tidak digalakkan untuk berhenti di Middle Station kerana di Middle Station tidak terdapat kemudahan yang sesuai. Maka, mereka akan terus ke Top Station di mana di Top Station, mereka boleh pergi ke Sky Boutique dan Sky Bistro. 

Perjalanan ke Top Station
Memandangkan keluarga kami agak besar, maka Gee dan family menaiki gondola yang berbeza dengan Sis hawa dan keluarga. Kami mengambil pakej 'express lane' di mana waktu menunggu untuk menaiki gondola tidak terlalu lama. Al maklumlah anak-anak Gee dan Sis Hawa ni kecil-keci lagi, maka sangat berbaloi untuk mengambil pakej 'express lane' ni. Untuk dapatkan keistimewaan 'express lane' ni, korang perlu tambah bayaran RM50 sahaja. Masa menunggu dapat dijimatkan dan ragam anak-anak kita dapat kawal. Memang berbaloi!

Big family!!
Terdapat 3 pilihan gondola yang boleh kita pilih dengan tawaran harga pakej yang berbeza.

1. Normal Gondola : Boleh memuatkan 6 orang ( 480kg ). Keseluruhannya terdapat 35 unit gondola biasa ini.

Harga RM 40 ( dewasa ) RM 30 ( kanak-kanak )

2. Bottom Glass Gondola : Boleh memuatkan 6 orang. Dapat melihat keseluruhan panorama 360 darjah!! Korang akan dapat  'express lane' dengan pilihan gondola ini.

Harga RM 105 ( dewasa / kanak-kanak ) 

3. VIP Gondola : Boleh memuatkan 3 orang sahaja. Antara keistimewaannya 'express lane', dan refreshment di Sky Bistro. Sambil menikmati view, korang boleh dengar alunan muzik juga di dalam gondola!

Harga RM 550 per gondola


Tunggu!!! Harga di atas bukan harga cable car je tau!! Sekali pakej dah korang boleh masuk Sky Cab, Sky Dome, Sky Rex dan 3D Art Museum!!! Tunggu next entry Gee share pengalaman di 3D Art Museum wokeh!

Panas tapi angin sejuk sepoi sepoi bahasa! Ceeewahhh! Thank you kids for this awesome pose and coorporation!! Hahaha!
Dari Base Station hingga ke Top Station kami menaiki gondola biasa. Sampai di Top terasa sejuk je angin walaupun cuaca ketika itu sangat panas!!! Korang pun sedia maklum kan cuaca di utara memang panas. So jangan lupa standby air mineral dan juga sunglasses! ( self reminder kalau repeat lagi lepas ni )

Pemandangan Pulau Langkawi di belakang pengunjung itu. hehe.
Peringatan untuk semua!! Kalau ternampak monyet, jangan di bagi makanan pulak ye!! Sebab nanti akan makin meriah kehadiran geng-geng mereka nak jamu makanan korang. Hahahaha!


Pemandangan SKY BRIDGE dari Top Station
Dah sampai di Top Station, takkan nak tengok saja Sky Bridge kan? Sky Bridge diiktiraf sebagai The Longest Free Span and Curved Bridge In The World. Syoknya Sky Bridge kita berada di tengah - tengah jambatan tu. Gayat? Haa memang ada je pengunjung yang gayat tau dari dalam cable car sehingga ke Sky Bridge ni. Siap tour guide bagitahu ada yang pengsan! Tapi, they make it walaupon gayat! Salute lah!

Ada beberapa petak cermin di Sky Bridge. Shoes off kalau nak pijak cermin tu.

Korang boleh BACA SINI untuk lebih info Sky Bridge.

Nak ke Sky Bridge, korang boleh pilih nak menaiki Sky Glide atau meneroka sendiri berjalan kaki di laluan yang disediakan. Kalau mereka bersama anak-anak kecil dan warga tua, Gee sarankan korang naik je Sky Glide ni. Tiket Sky Glide hanya boleh di beli di Top Station sahaja. 

Menunggu Sky Glide
Sky Glide ni macam lift bergerak gitu untuk kita ke Sky Bridge. Dah sampai ke Sky Bridge, bertambah seronok bila dapat berjalan di atas jambatan dan melihat pemandangan hutan, laut dan juga kepulauan yang ada termasuk juga kepulauan Thailand. Dah habis berjalan di Sky Bridge korang kena naik Sky Glide semula untuk ke Top Station balik. Di Top Station ada Sky Bistro dan juga Sky Boutique. So bolehlah nak melepak minum - minum dan membeli apa-apa yang berkenan di Sky Boutique! 

Panas merelit posing di Sky Bridge
Bertuahnya kami bila tour guide memberi kami merasa sendiri pengalaman menaiki Glass Bottom Gondola untuk perjalanan balik dari Top Station ke Base Station. Glass Bottom Gondola ni tak banyak tau so siapa-siapa ambil pakej glass bottom gondola memang akan dapat 'Express Lane'.

Aqil asyik tengok bawah je! Haha
Semestinya pengalaman menaiki Glass Bottom Gondola sangat berbeza! Korang akan dapat view lagi cantik hutan-hutan belantara kat bawah tu. Anak-anak ada juga sebut, tak pecah ke ibu? Hahahahah! 

Paling best bila kami nak menuruni dari Top Station yang agak curam. Terasa seperti naik roller coaster pulak!! Tak caya sila masukkan dalam list travel korang wokeh!! Haha!


Setelah sampai di Base Station, kami teruskan explore ke 3D Art Museum. Tapi tunggu next entry pulak wokeh!! 

Untuk sebarang pertanyaan dan info berkenaan Sky Cab Langkawi ini, korang boleh hubungi :

LAMAN WEB :http://www.panoramalangkawi.com/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/langkawiskycab/

TELEFON : 04 959 4225
Bersempena mood nak pilihanraya ni kan, rajin pula daku buat senarai Pemimpin Idaman ni. Kalau nak bercerita bab politik, i ols tak berapa minat tapi bila bercerita bab pemimpin tahulah i nak pemimpin camane. Kikiki. 

Untuk pengetahuan korang, ni kali ke dua Gee mengundi. Haaaa boleh agak dah kan usia Sis Gee ni ? Akak dah tua lah dik dik oi.. Hahahaha!

Jomlah kita tengok agak-agaknya apakah ia 12 Ciri Pemimpin Idaman daripada Sis Gee ni ye?

1. Sporting

2. Pemurah

3. Suka Travel

4. Warak

5. Kaya

6. Penyabar

7. Family First

8. Low Profile

9. Pembersih

10. Rajin

11. Menepati masa

12. Baik Hati

Tak perlu nak huraikan dah ciri - ciri tu kan?Semua mesti dah faham dan sedia maklum apakah benefit yang kita dapat sekiranya diberikan pemimpin yang mempunyai ciri - ciri tersebut. hahaha!

Korang balik kampung tak mengundi nanti? Bagi korang lah kan, kebanyakan kita pilih parti atau pemimpin eh? Eh terbicara politik pulaks! Haha!

Apa apa pun undi kita, jangan sampai pecah belahkan hubungan kita sesama manusia. Yang drive balik kampung, semoga korang selamat sampai ke destinasi. Yang balik dengan public transport, jaga diri sepanjang masa wokeh! Peace!

Bertuah rasanya harini, 25 April 2018, Gee berpeluang untuk mengikuti Program Tanggungjawab Bersepadu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Setiu, Terengganu. Misi utama program ini adalah menyatukan lembaga hasil dengan masyarakat sekeliling melalui pelbagai aktiviti serta pencerahan yang lebih jelas berkenaan maklumat percukaian.  

Bersama blogger Sis Hawa dan blogger Husniey Husain

Persembahan Koir
Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu (dua dari kiri), Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM (satu dari kiri), Puan Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu (dua dari kanan), Encik Mohamad Rosli Mamat, Timbalan Pengarah Cawangan LHDNM Kuala Terengganu (satu dari kanan) semasa merasmikan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM 

Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) diteruskan dengan penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu iaitu : 

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik

2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap

3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong

4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya

5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong






Bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat. 

Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat
Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”. Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


Sebagai rekod, pada tahun ini sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, diikuti dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan, seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah, penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini. 

Bersama Membangun Negara #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL

Be a Responsible Tax Payer
#HASIL #malaysiahasil #ezhasil #lhdnmcsr #lhdnmsocialmedia#lhdnmbloggers #lhdnmlongestwalk #sayangmalaysia
Rugi tak grab peluang jarang-jarang ada dari LAZADA ni. Manalah tahu ada peluang Sis Gee menang lagi seperti contest yang lepas. Hehe.


Bersempena dengan anniversary Lazada ke 6 ni, Lazada telah melancarkan " The Birthday Festival Sale "( https://www.lazada.com.my/birthday-sale/ ) bermula 25 hingga 27 April 2018 di mana korang boleh menikmati lebih dari 1000 flash deals, diskaun sehingga 90% atas pembelian pelbagai jenama dan produk, eksklusif vaucher dan pelbagai lagi!

Untuk menyertai contest ini, ada 4 soalan blogger mesti jawab! Jom Gee share dengan korang apa yang akan Gee lakukan sekiranya Gee diberi peluang menjadi party planner untuk Lazada's 6th Birthday Party.

1. Which location would you pick for Lazada's birthday party?

Lokasi yang Gee pilih adalah sebuah pulau. Memandangkan, sambutan harijadi hanyalah setahun sekali tak salah sesekali lari dari kesibukan kerja sekejap. Pulau yang menjadi pilihan hati adalah Pulau Perhentian, Terengganu. 



2. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue.

Tema party ' Beach Party '. Untuk buat party di tepi pantai, Gee bayangkan akan penuh belon atas pasir yang putih bersih, semua having fun dengan aktviti pantai seperti bermain bola tampar pantai, duduk di tepi pantai sembang-sembang, lupa segala kepenatan kerja. 

Antara props yang mesti ada untuk dekorasi birthday party Lazada ini adalah :

Welcoming all the guest to the party!!

Balloons!!

Photo Booth Props Kits!
Ada pelbagai pilihan party goodies di Lazada!
3. Which birthday cake will be served and which products on Lazada can help you prepare it?

Colourful Cake for the celebration!
Terdapat pelbagai rangkaian produk dan jenama di Lazada yang boleh membantu Gee menyediakan kek bersempena Lazada birthday party ini. Antaranya adalah :

Basic untuk baking cake!
Piping Beg!


Cake Toppers!
4. Time to shine, pick your outfit on Lazada!


pemilihan kasut atau selipar yang tepat.

Baju yang simple dan sesuai dengan aktiviti di pantai.
pemilihan tudung yang selesa!

Amacam okey tak kalau Gee jadi party planner? Haha! Korang dah join ke contest ni? Jom ramai-ramai meriahkan lagi Lazada Birthday Festival Blogger Contest!









Eh eh tetiba teringatkan pengalaman bersalinkan Geng 4A tu. Ada la tu yang fikir kot Sis Gee nak tambah A ke 5 pulak kan... Rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari. Tapi rezeki A ke 5 belum ada lagi so kita refresh buat throwback je la ye pengalaman bersalinkan Arsyad, Amani, Ardini dan Aqil. Hehehe. #sisokeyjeanakramai Hahahaha!


Meh Gee share apa 9 barang keperluan bayi yang sangat penting untuk si ibu dan si ayah sediakan supaya nanti tak de drama kekalutan ke pasaraya last minute mencari keperluan bayi. Heheheh!

9 KEPERLUAN BAYI YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL

1. Pampers

Sedia maklum bayi yang baru lahir sangat memerlukan pampers yang banyak. Untuk mengelakkan ruam, disarankan untuk menukar pampers baby sebaik sahaja mereka membuang. Kulit bayi sangat sensitif so lebih baik kita berjaga-jaga sebelum ruam yang teruk terjadi pada kulit mereka.

2. Pakaian Bayi

Untuk newborn, memadai sediakan baju sahaja kerana baju pun dah besar untuk mereka. Tambahan pula, nanti kita akan membedung mereka untuk lebih selesa. Gee akan sediakan 3 helai baju lengan pendek dan 3 helai lengan panjang.

3. Stokin Bayi

Stokin bayi sangat penting untuk mengelakkan mereka daripada kembung perut. Seperti ibu berpantang, pemakaian stokin sangat penting kan? Belikan stokin yang material cotton dan tidak terlalu tebal serta tidak terlalu nipis. Memadai sediakan 4 pasang stokin untuk di bawa ke hospital.

4. Barut Bayi

Pemakaian barut bayi yang konsisten serta terletak elok pada perut bayi dapat mengelakkan perut bayi kembung. Ikatan barut jangan terlalu ketat sehinggakan menyukarkan bayi untuk bernafas. Material barut mestilah kain cotton yang sejuk. Untuk ke hospital, barut boleh disediakan 5 ke 6 helai.

5. Kain Bedung

Kain bedung ni boleh dijadikan selimut juga sebabnya size yang besar. Gee guna kain bedung untuk alas tidur baby dalam cot baby, dibuat kain bedung dan juga dijadikan selimut. Mudahkan? Alas bayi perlu kerana ada ketika bayi muntah susu atau terkena poo poo.

6. Kain Lampin

Kain lampin merupakan keperluan juga untuk kita si ibu ketika menyusu dan susu terlalu banyak. Susu ibu bila terkena kulit bayi yang sensitif akan menyebabkan ruam. Selepas menyusu, basahkan kain lampin dan lap sekitar pipi dan mulut bayi untuk memastikan mereka tidak terkena ruam susu. Memadai bawa kain lampin 4 helai untuk kegunaan 2 hari 1 malam di hospital.

7. Tisu Basah

Paling penting untuk memudahkan ibu membersihkan poo poo bayi. Keadaan ibu selepas bersalin agak sukar untuk bergerak sendiri. Makanya bila bayi poo poo, mudah untuk kita guna tisu basah untuk bersihkannya. Sediakan je 1 pack kecil tisu basah untuk dibawa ke hospital.

8. Kelengkapan Mandi

Bayi mandi tak macam anak yang berusia setahun. Hehe. Nak mudah, beli travel pack toilettaries yang ada sabun mandi, shampoo, lotion dan bedak. Semuanya pack kecil so amat mudah untuk selit je dalam beg hospital nanti.

9. Minyak Telon

Sangat penting!! Minyak telon di sapu di bahagian perot, belakang badan, tapak kaki dan belakang betis untuk mengelakkan kembung perut. Minyak telon tak perlu beli yang panas sehingga boleh pedihkan kulit dan mata bayi. Cari minyak telon yang sesuai untuk bayi serta produk lulusan KKM wokeh!

Perkara yang paling dirindui adalah saat ketika bermulanya sakit contraction sehinggalah baby keluar. Sangat rindu! Alhamdulillah Geng 4A semuanya keluar secara normal dan hanya Amani ayahnya tak sempat nak masuk labour room. Setiap anak, tahap kesakitan sangat berbeza dan tempoh sakit yang berbeza.

Si sulong Arsyad sakit agak lama..Masuk hospital raya ke dua pagi..Tapi lahirkan Arsyad raya ke 3 tengah hari. Lama kan?

Amani pulak pagi Raya Haji ke dua, sakit selepas subuh, 8.30 pagi dah buka mata tengok dunia.

Ardini paling sakit!! Haha! Tapi Ardini langsung takde demam kuning.

Aqil pulak Gee tak reti nak meneran. Adeh! Tepuk dahi doktor yang ada. Sakit selepas subuh, Kul 10 gitu selamat semuanya.

Lain anak, lain cara Allah bagi tahap dugaan dan cabaran nak melahirkan. Apa apa pun doakan yang baik-baik je, In syaa Allah dipermudahkan semuanya. Amin...
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab