Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Rasanya dah lama Gee dan incik suami tak berkunjung ke Pesta Buku. Last pergi rasanya beberapa tahun yang lepas ketika Arsyad dan Amani berusia lingkungan 2 ke 4 tahun macam tu. Sekarang Arsyad dah pun berumur 8 tahun manakala Amani 7 tahun. Kalau menyopping buku pun kami banyak membeli di kedai buku atau pasaraya. 

Gee dapat tahu tentang pesta buku di Perpustakaan Negeri Terengganu ni daripada Amani dan Arsyad. Yang paling teruja adalah Amani! Bila cikgu kat sekolah maklumkan berkenaan pesta buku ni, dia lah paling excited!



Dia siap ingat pelan tempat yang diberitahu oleh cikgu di sekolah. Setiap pagi, petang dan sebelum tidor mesti dia ingatkan si ibu ni untuk bawa dia ke pesta buku ni. Hahahaha. Bila si ayah tengok pamplet yang dia bawa balik dari sekolah, si ayah bersetuju untuk bawa anak-anak ke pesta buku ni. Nasib baik kebetulan ayahnya tak sibuk, maka dapatlah melayan mereka nanti. Kalau harapkan ibu memang tak lah, susah nak handle si kecik 2 orang tu lagi. 



Owh ya!! Sebenarnya Amani terlalu teruja tu sebab nak join pertandingan mewarna kat sana nanti. Tu yang tak sabar-sabar nak pergi. Tambahan pula cikgu yang bagitahu kan, mesti anak-anak ni dengar lebih menarik lagi untuk pergi. Haha. 

Jom kita tengok lebih lanjut lagi berkenaan pesta buku ini!


Pesta Buku @ PPAT 2018 ini berlangsung selama seminggu iaitu bermula 31 Mac 2018 hingga 7 April 2018. Korang jangan risau andai tak sempat nak pergi sebabnya pesta buku ni bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam. Tempat pula adalah di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. 



KUNJUNGAN KALI PERTAMA ANAK-ANAK KE PERPUSTAKAAN NEGERI

Ini merupakan kali pertama mereka berkenalan dengan perpustakaan negeri Terengganu. Bagus juga pemilihan lokasi dan juga penganjuran pesta buku sebegini di perpustakaan sebabnya kita boleh bagi pendedahan awal kepada anak-anak berkenaan perpustakaan. Mana tahu selepas berkunjung buat pertama kali, mereka teringin untuk explore lebih lagi apa yang ada dalam library ni. 

Ni juga pengalaman pertama Arsyad dan Amani memasuki pertandingan mewarna secara terbuka. Pertandingan mewarna ni diadakan beberapa saringan so ada banyak tempoh masa diberikan sekiranya ingin membawa anak-anak ke sini. Pemenang setiap saringan akan bertanding lagi pada hari Sabtu (7 April). 

Gee dan incik suami takdelah target nak mereka menang. Cuma nak mereka have fun dan juga dapat pengalaman baru. 



Kecewa dengan penganjur sebab tidak menitik beratkan original lukisan yang di warna oleh peserta. Kebetulan akak sebelah Gee bagitahu dia tengok je ada family member tolong warnakan adik punya. Adeh!! Gee sempat snap gambar sebagai bahan bukti tapi Gee malas nak buat aduan ke apa ke cuma sekadar nak berkongsi di blog. Bagus ke buat macam tu? Kesian tau anak-anak, adik-adik yang lain bertungkus lumus siapkan cecantik sebab nak menang. Gee memang tak tekankan kat anak-anak menang ke kalah ke tapi orang lain? Yang datang dari jauh, usaha bukan main lagi. Allahu stop this please!! 



Banyak aktiviti sepanjang pesta buku ini tau antaranya persembahan buskers di perkarangan library, food truck, badut memberi belon percuma, demo memasak daripada chef, lelongan buku, dan sebagainya!!

Lepas selesai aktiviti mewarna dan pengumuman pemenang untuk saringan pertama, kami melepak kat perkarangan library pula. Dan seperti biasa si bongsu Aqil tu membuat parut baru di lututnya!! Adeh! Layankan je lah ye gambar kujungan pertama anak-anak ke perpustakaan negeri ni. Hihi..

Kenangan..

Gambar sebelum kejadian. Haha.

Kakak rasmi buku baru! Tak sabar sungguh oh anak..
Bapak rileks je kalau ibu mulut tak berhenti pot pet! Kiki.
Berebut juga nak bergambar dengan phone ni! Haha

Hasil tangkapan first visit. hehe. #DemimuAnak
REZEKI MENJADI PENGUNJUNG BERTUAH KE 5000 PADA KUNJUNGAN KALI KE 2


Gee ajak incik suami pergi untuk kali dua sebab nak belikan kamus untuk Arsyad dan Amani. Kita dulu darjah 1 mana kenal kamus lagi kan? Budak - budak sekarang, ayat English dah macam kita UPSR dulu tau! So disebabkan hari sekolah, malas nak ajak diaorang datang malam sekolah. Lagipun nanti nak bersesak lagi dengan orang ramai, adeii...

Terkejut bila pak cik guard terik tangan incik suami. Gee ingatkan nak kena daftar ke apa ke..Rupa-rupanya kata dia, ni adalah pengunjung bertuah ke 5000. Semangat pak cik guard iring kami ke urusetia. Sampai je kat urusetia, diaorang announce dah ada pengunjung bertuah ke 5000. Kamilah tu oi! Terpinga-pinga pulak laki aku tu. Kikikiki..


Dapat 1 bag goodies yang berat!! Bila diintai-intai meriah wei hadiahnya..Dapat 2 novel, 1 kamus bergambar, 1 buku nota dan sebatang pen. Alhamdulillah rezeki anak..Sebab anak-anak juga kami ke sini buat kali ke 2. Hehehe.

Terima kasih PPAT2018 untuk hadiah ni!
Kami teruskan misi mencari kamus untuk anak-anak. Lepas dapat kamus, eh nak beli buku membaca lah pulak untuk anak-anak. Tergugat wei kalau pergi ke pesta buku. Rasa nak beli semua walaupun tak tahu nak baca bila. Kikikikiki. 

Tak boleh beli 1 nanti berebut. Beli sorang satu nanti habis baca, tukar pulak! Hehe.

Kamus pun kena 2 ketul! Haha
Sebelum tengah hari dah kena balik sebab nak ambil anak-anak sekolah pulak. Esok-esok rasa nak pergi lagi je tapi bukan nak beli buku tapi nak membeli di food truck. Hari sekolah full house dengan rombongan sekolah. Tak dapat nak menyelit membeli makanan kat situ. Sedap ke idok? Heheheheh.

Sesak!
Untuk sebarang info lanjut dan juga pertanyaan korang boleh hubungi :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/pbatppat2018/

Haluuu semua!!Kemain kan tajuk entry blog Sis Gee kalini..Marathon Dominos Pizza??? Apa tu?


Al kisahnya, Gee menang tempat pertama giveaway yang di anjurkan oleh rakan blogger SIS HAWA  yang lepas. Nak tahu hadiah apa yang Gee menangi? Gee menang hadiah wang tunai RM 50 + baucer dominos pizza. Menarikkan hadiahnya?Berbaloi-baloi Gee join dan menang. Hahahaha.

KISAHNYA << BACA SINI >>


Gee dapat 4 keping baucer 50% ala carte pizza di Dominos Pizza. Memang jimat lah kan dapat beli 4 biji pizza dengan separuh harga sahaja. Gee dah selamat me'redeem' 2 baucer dengan 2 pizza dan berkongsi makan dengan mak Gee, dan lagi 2 baucer Gee guna untuk bawak balik 2 biji pizza lagi ke  rumah mertua. Syok sungguh marathon makan pizza Dominos ni! Hahahahaa.


Sponsor baucer dari rakan team #bloggerpantaitimur

Pada mulanya Gee ingatkan hadiah baucer dominos ni daripada Sis Hawa sendiri sebabnya beberapa bulan yang lepas, team #bloggerpantaitimur ada dapat jemputan dari salah satu cawangan Domino's Pizza di Kelantan untuk review pizza kat sana. Kot lah Sis Hawa dapat baucer semasa event tu. Hehe.

Rupa-rupanya salah andaian ku! Kikikikiki.

Sehari selepas Gee terima surat berupa baucer dominos ini daripada abam pos, blogger Cik Mar dari http://www.shalimaryusof.com ada whatsapp Gee. Kami memang dah biasa saling berbalas wasap memandangkan kami satu team dalam #bloggerpantaitimur . Bila Cik Mar tanyakan berkenaan baucer dominos dah sampai ke, terus Gee fikir EH!!CIK MAR RUPANYA BAGI BAUCER TU!! Malu gila wei! Hahahahahaha.

Gee pun masa tu sibuk apa ntah lupa nak update kat Sis Hawa baucer dominos dah sampai. Hahaha.


Korang yang belum berkenalan dengan Cik Mar boleh terjah ke blog Cik Mar <<< www.shalimaryusof.com >>> . Entry Cik Mar pun best - best je baca. Ada banyak info terkini yang Cik Mar update, resipi-resipi, kisah travel cik mar dan macam-macam lagi! Gi follow lekaih! Hihi..

Thank you Cik Mar sponsor 4 keping baucer dominos nie. Alhamdulillah seronok kanak-kanak riang tu makan. Haha.

Korang nak tahu jenis pizza apa yang kami santap? Sebenarnya Gee pun tak tahu nama dia sebab incik suami yang masuk tapaukan. Anak-anak ada yang ketidoran dalam kereta. Bagus kan Blogger Sis Gee ni?? Tulis entry pizza tapi nama pizza pun tak tahu menahu.. #jangankecam hahahahaha!

Sebenarnya Gee nak bagitahu kesemua pizza yang incik suami beli sedap-sedap belaka. Roti dia pun lembut, makan cenggitu je tak perlu cicah cili sos sebab sebelum ni Gee suka makan pizza dengn sos cili. Kikikiki.




Korang nak tahu lebih lanjut berkenaan dominos pizza terjah je website dominos : 

https://www.dominos.com.my/


SELAMAT BERDOMINOS KORANG!!!

Trip ke utara Gee dan lagi 2 blogger dari team #bloggerpantaitimur bertambah indah apabila kami dapat menginap di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis. Memandangkan rumah bonda Sis Hawa pun dekat je dengan hotel maka Sis Hawa membuat keputusan untuk tidur di rumah bondanya sahaja manakala Gee dan Mek Yunie menginap di Putra Brasmana Hotel.



Kalau di Terengganu, salah satu sebab orang ke pantai di awal pagi adalah untuk melihat pemandangan matahari terbit atau sunrise. Tapi sekiranya korang berada di sekitar pantai sebelah negeri-negeri barat ni, jangan lepaskan peluang untuk menikmati suasana sunset dan mengagungi kebesaran Dia Yang Esa dengan pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik!

PUTRA BRASMANA HOTEL MENJADI TARIKAN PARA PELANCONG

Kalau ke Perlis korang mesti check in di Putra Brasmana Hotel at least for one night untuk menikmati meriahnya suasana di Kuala Perlis di petang hari serta melihat pemandangan sunset yang sangat cantik hanya dari beranda bilik kita sendiri. Menginap di sini korang tak perlu risau untuk jalankan misi jalan-jalan cari makan korang sebabnya di sepanjang pantai di Kuala Perlis ini ada banyak sangat pilihan kedai makan dan juga tempat melepak sekiranya korang membungkus makanan di gerai-gerai. 


Bilik yang luas dan selesa

Putra Brasmana hotel mempunyai 6 pilihan bilik iaitu :

1. Standard ( Town View )
*** 2 single beds or 1 double bed.

2. Standard ( Sea View )
*** 2 single beds or 1 double bed.

3. Deluxe ( Town View )
*** 2 single beds or 1 double bed.

4. King Deluxe ( Sea View )
*** 1 king bed.

5. King Deluxe ( Town View )
*** 1 king bed.

6. Family 
*** 1 single bed and 1 double bed.

Bilik Gee & keluarga..
Gambar wajib geng 4A! Hahaha
Kemudahan yang pelbagai untuk keselesaan pengunjung hotel

Gee ni kalau check in mana-mana hotel mesti nak ada kemudahan seterika, sejadah ( sebab kadang-kadang travel bawak telekung je ), water heater ( sebab bilik aircond dan sejuk so anak-anak punya alasan malas mandi tu peningkan ibu je! ), coffee ( im a coffee lover ) dan juga kettle. Meh Gee share apa yang Putra Brasmana Hotel ni sediakan untuk keselesaan mereka yang menginap di sini.

Kemudahan di dalam bilik :

>>> Semua bilik ada penghawa dingin.
>>> Coffee and tea makers.
>>> Percuma air mineral.
>>> Ironing facilities.
>>> Mini bar.
>>> Peti sejuk.
>>> Siaran TV astro.
>>> Telefon.
>>> Toilettaries.

Kemudahan lain di luar bilik :

>>> Tempat parking kereta.
>>> Perkhidmatan dobi.
>>> Tempat merokok.
>>> Restoran.
>>> Wifi.
>>> Lift.


Beranda di setiap bilik melengkapkan percutian di Putra Brasmana Hotel

Gee memang suka kalau dapat bilik hotel ada beranda luar ni sebabnya Gee boleh keluar dari bilik untuk menikmati suasana pemandangan dari bilik hotel. Tambah-tambah ada anak-anak, kalau ada beranda diaorang lagi seronok duduk kat luar melihat apa yang ada TAPI kita mak ayah kena tengokkan juga takut pagar terlalu jarang dan tidak sesuai untuk baby berada di situ.

Sliding untuk melepak di beranda bilik

Memandangkan bilik Gee merupakan town view dan bilik Mek Yunie sea view, sempat lagi Gee melepak di bilik Mek Yunie untuk melihat pemandangan sunset yang sangat cantik di beranda bilik. Thank you Mek! Hihihi.
  
Selfie di beranda hotel
Lokasi hotel sangat strategik untuk mereka merancang bercuti ke Langkawi

Kalau korang merancang untuk bercuti di Langkawi Gee sangat sarankan korang menginap dulu di Putra Brasmana Hotel untuk berehat. Tambah - tambah lagi mereka yang dah drive sepanjang hari seperti Gee ni dari Terengganu. Bukan apa, pihak hotel menawarkan tempat parking yang lebih selamat untuk mereka yang menginap di sini dan ingin pergi ke Langkawi untuk beberapa hari. Caj bayaran untuk parking pula sangat murah berbanding tempat parking lain iaitu hanya RM 10 sehari semalam. 

Aqil posing di pintu masuk utama Putra Brasmana Hotel
Nak tahu apa lagi kemudahan yang berdekatan dengan Putra Brasmana Hotel? Jom Gee kongsikan dengan korang!

Antara kemudahan yang berdekatan Putra Brasmana Hotel :

** Terminal Bas Kuala Perlis ( 220m )
** Jeti Kuala Perlis 
** Stesen Keretapi Arau ( 15.9km )
** Kedai Serbaneka 7 Eleven ( 490m)
** Mesin ATM ( 580m )

Posing tertonggek dari Ardini. hahaha!
Kalau korang nak ke Langkawi dan parking kereta di Putra Brasmana Hotel, korang hanya perlu jalan kaki sahaja untuk ke jeti. Memang dekat sangat dah sebab tu untung parking kereta kat hotel lagi daripada parking kat tempat lain yang semestinya caj bayaran lagi mahal. Pihak hotel pun ada security untuk menjaga keselamatan kenderaan kita. 

Restoran hotel sangat luas dan boleh muatkan ramai pengunjung

Kami menginap di Putra Brasmana Hotel sekali pakej dengan sarapan pagi so sangat mudah untuk kami yang ada anak-anak kecil ni. Sarapan pagi bermula seawal jam 7 pagi. So kalau mereka dah booking tiket feri yang awal masih sempat untuk bersarapan di hotel. 

Selfie bersama Mek Yunie dan baby boy yang photogenic sebelum breakfast.
Restoran di Putra Brasmana Hotel ni sangat selesa sebabnya terdapat banyak ruang untuk anak-anak bergerak. Gee ni kalau di restoran risau juga anak-anak berlegar-legar sebab risau terlanggar meja sebelah ke, terlanggar pelayan atau pelanggan lain ke...

Berlatar belakangkan sebahagian ruang makan restoran
Antara menu sarapan yang ada semasa kami pergi adalah nasi goreng, nugget ayam, cereals dan susu, buah tembikai, kuih popia bersama sos, kek cawan coklat, bubur, air kopi dan juga air oren. Anak-anak Gee kalau nampak buah tembikai mestilah itu menjadi pilihan utama mereka. Lepas makan buah, mereka makan cereals pulak. Berselera sungguh! 

Menu sarapan pagi pilihan Gee. Meriahkan?Haha
Apa komen Sis Gee?


Dari segi lokasi memang terbaik sebabnya, Putra Brasmana Hotel sangat dekat dengan pelbagai kemudahan di mana kalau kita pertama kali datang, proses mencari tu takkan ambil masa yang lama. Haha. Deretan kedai makan pun banyak di depan hotel selain daripada gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. 

Keadaan bilik sangat memuaskan Gee dan keluarga terutama anak-anak yang sangat seronok dan selesa berada di dalam bilik yang luas. Ruang lobi hotel juga sangat luas cuma untuk penambahbaikan, lagi elok sekiranya pihak hotel menambah sofa atau kerusi untuk ruang menunggu.

Selain itu, andai Putra Brasmana Hotel mempunyai kolam renang untuk pengunjung hotel rasanya hotel ini akan jadi lagi sempurna. Semestinya warga tempatan juga akan mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga di sini. 

Sesekali selfie syok sendiri depan cermin bilik hotel. Haha
Untuk mereka yang ingin menginap di Putra Brasmana Hotel atau inginkan maklumat lanjut korang boleh hubungi :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/PBHKualaPerlis/

PHONE : 04 - 985 5900

#PutraBrasmanaHotel
#PutraBrasmanaHotelKualaPerlis



BACA JUGA APA KATA SIS HAWA DAN MEK YUNIE BERKENAAN PUTRA BRASMANA HOTEL :

SIS HAWA << MENJENGUK KE HOTEL PUTRA BRASMANA KUALA PERLIS >>

MEK YUNIE << PUTRA BRASMANA HOTEL KUALA PERLIS - Transit sebelum ke Langkawi >>





Apabila kita wanita berdepan dengan masalah jerawat walaupun sebiji yang singgah mesti terasa serba tak kena walaupun muka dah ditutup dengan foundation atau make up. Jerawat ni juga boleh menyebabkan kulit muka akan lagi bermasalah apabila tangan dah menggatal nak picit sehingga meninggalkan kesan parut. Bertambah teruk lagi, pengguna akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya tanpa usul periksa bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit menjadi semakin kering. 

Bagi mengatasi dan menghindari masalah jerawat ini menjadi semakin teruk, Gee menyahut cabaran Bebas Jerawat selama 14 hari dengan menggunakan Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment di mana ianya merupakan salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia.


Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment ini diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan untuk mengurangkan jerawat dalam tempoh masa hanya 2 minggu tanpa mengeringkan kulit. 

Formula yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada :

**** 10 % Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA, BHA dan PHA yang membantu memperbaharui kulit muka, membersihkan pori, mengurangkan bakteria yang menyebabkan jerawat serta menanggalkan sel kulit mati.

**** Licochalcone A, merupakan bahan anti radang yang boleh mengurangkan kemerahan pada wajah.

**** Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 merupakan pelembab yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit serta melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.



Cara penggunaan Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment adalah pada waktu malam setelah muka dibersihkan sebelum tidur. Kulit muka Gee mempunyai masalah jerawat-jerawat kecil di sekitar pipi dan dahi serta masalah bintik-bintik hitam di bawah hujung mata. Jerawat besar ada juga sesekali singgah cuma tidaklah sekerap jerawat kecil ni. Gee sapu Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment di sekitar jerawat-jerawat kecil dan juga bintik-bintik hitam. Bau dia tidaklah terlalu kuat dan tekturnya sangat ringan di kulit serta tidak melekit. 

Gambar tanpa filter atau sebarang make up.
Minggu pertama Gee mencuba Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment, jerawat-jerawat kecil mula menghilang dan jerawat baru tidak pula datang menyinggah di muka. Sehinggalah tiba ke hujung cabaran hari ke 14, bila Gee lihat perbezaan kulit muka Gee sebelum dan selepas menggunakan Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment ini, bintik-bintik hitam dah semakin pudar serta kulit muka terasa lagi sihat.



Dengan kesan positif yang Gee dapat daripada cabaran bebas jerawat menggunakan Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment ini, Gee ingin mengajak korang semua untuk menyertai cabaran ini juga!!

Pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembab terbaru untuk kulit berjerawat ini dan menyertai Cabaran Bebas Jerawat Eucerin 14 Hari melalui dua langkah mudah :

** Langkah Pertama : Ambil gambar kulit muka korang pada hari pertama dan juga hari ke 14 selepas penggunaan selama 14 hari.

** Langkah Kedua : Poskan gambar ' sebelum dan selepas ' korang dan kongsi pengalaman korang menggunakan produk ini di Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE .


Pemenang berpeluang memenangi hadiah yang sangat lumayan iaitu :

>>> Hadiah Utama : Produk Eucerin bernilai RM 5,000.
>>> Tempat Kedua : Produk Eucerin bernilai RM 2,000.
>>> 5 Pemenang Bertuah : Produk Eucerin bernilai RM 1,000 setiap seorang.

Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembab, scrub, serum dan pelembab siang. 

Bagi mereka yang nak mencuba Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment ini, korang boleh dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga RM 62. Produk ini berserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.


Jom kita rawat masalah kulit berjerawat dengan Eucerin ProACNE Solution A. I. Clearing Treatment. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMy . 


Assalamualaikum semua!

Bagi yang pernah membaca entry utara trip part one DI SINI << PART ONE UTARA TRIP >> , ni merupakan sambungan story mory dari situ ye. 

Sabtu, 17 Mac 2018, perjalanan Gee dan keluarga dari Penang diteruskan untuk misi utama iaitu menuju ke utara tanah air dan berjumpa dengan lagi 2 keluarga blogger SIS HAWA dan MEK YUNIE. 

Bersama Sis Hawa menikmati juadah kenduri di Perlis
Gee dah set untuk berjumpa dengan Sis Hawa di RNR Gurun sebelum meneruskan perjalanan ke Perlis. Mek Yunie pula kami akan terus jumpa di Perlis. Bila kami jumpa di RNR Gurun, semua ambil masa untuk berehat sekejap sebab Sis Hawa dah drive berejam dari Kelantan dan  Incik Suami Gee pula semalaman tak tidur sebab drive dari Terengganu malam tu. Setelah semua dah berehat, solat dan urusan tandas, kami konvoi bersama-sama ke Arau, Perlis. 

Sebenarnya, Gee ada dapat jemputan ke 2 kenduri rakan dan keluarga Sis Hawa di Perlis iaitu kenduri kahwin di rumah keluarga Sis Hawa dan kenduri bersunat di rumah rakan Sis Hawa. Ni haruslah gara-gara Sis Hawa bagitahu mereka yang Gee dan Mek Yunie akan follow dia balik kampung. Terima kasih pada tuan rumah kedua-duanya menjemput Gee dan keluarga datang menjamu selera masakan orang utara. Siap ada menu laksa perlis dan cendol lagi u olss!! Semestinya lah sedap oi!

Rindu Pada Utara 
Gee sangat teruja sebenarnya sebab terlalu rindu pada tempat mencari ilmu. 5 tahun Gee berkampung di utara iaitu setahun di Perlis dan 4 tahun di Kedah. Banyak suka, duka, manis, masin sepanjang berada di utara ni. Hahaha! Untuk semua kawan-kawan Gee yang stay di utara, Gee mintak maaf yang mana Gee tak sempat nak jumpa. In syaa Allah next trip ada rezeki dan jodoh dapatlah kita berjumpa. 

Bermalam di KTH Homestay & Cottage, Mata Ayer, Perlis
Selepas selesai makan-makan di kenduri, kami segera bergerak ke penginapan kami pada malam itu iaitu di KTH Homestay & Cottage. Mek Yunie dah sampai awal dah di homestay bersama lagi sorang blogger dari team #bloggerpantaitimur dan keluarganya . Nak tahu siapa dan best ke tidak kami menginap di KTH Homestay & Cottage? 

BOLEH BACA SINI << MENIKMATI SUASANA KAMPUNG DI KTH HOMESTAY & COTTAGE >>

Ahad, 18 Mac 2018 kami merancang aktiviti untuk berjalan-jalan di sekitar Perlis. Kami keluar pagi lagi dari KTH Homestay & Cottage untuk memulakan aktiviti eksplorasi kami di Perlis. 



























Teruja dengan harga jualan di NAT POKOK GETAH, ARAU
Gee pernah sampai sekali di Nat Pokok Getah ni masa belajar di Arau dulu sebabnya rumah kawan baik Gee belakang pasar tu je. Jalan kaki pun dah sampai. Tapi dulu tak banyak pula orang berniaga dan tidaklah sesak mana sehinggakan sekarang siap mereka sediakan satu kawasan yang luas untuk parking kereta. Orang yang datang memang ramai sampaikan kami terpaksa set tempat untuk jumpa semula sebab susah juga nak bergerak sekali dengan 4 keluarga besar ni. Hahaha. So, misi mencari makanan Perlis bermula!!


Semua murah!!! Tak tahulah kot rezeki Gee terjumpa semua murah atau memang standard harga kat situ memang murah. Gee beli nasi tomato ( lupa nak snap gambar sebab lapor! ), incik suami beli pasembor, anak-anak makan ayam goreng dan juga Gee beli kuih talam yang sangat murah iaitu hanya RM 1 untuk sepotong yang besar! Ada pelbagai jenis dan perisa antaranya jagung, berempah, sekaya dan sebagainya lah!!

Nampak tu size yang adik penjual potong? Haa itu hanya RM 1 je!
Sedap yang amat! Menyesal beli sikit! Haha.
Kebetulan!! Kawan baik Gee yang tinggal di Arau, belakang pasar Nat Pokok Getah ni ada balik. Nama dia Ejah, dia kerja di Shah Alam tapi kebetulan balik kampung hantar anak-anak untuk stay kat kampung sepanjang cuti sekolah. Gee jumpa dengan Ejah di Nat Pokok Getah dan dia pelawa rombongan kami untuk singgah makan di rumah mak dia. Alangkah terujanya Gee sebab boleh Gee sembang lama sikit dengan  Ejah sebab bertahun juga tak jumpa. Maka kami menjamu selera segala makanan yang dibeli di rumah Ejah. Anak-anak lagi teruja sebab ada mainan yang berlambak kat rumah Ejah. Sorry Ejah habis sepah rumah! Hahaha. Thank you so much ye Ejah & family sudi menerima kunjungan tak di rancang dari team #bloggerpantaitimur . Lain kali jumpa lagi in syaa Allah..

Setelah mengisi perut di rumah Ejah, kami bergerak ke hujung Negeri Perlis iaitu Padang Besar. Padang Besar ni sangat terkenal dengan jualan pelbagai jenis barang dari Thailand iaitu bersebelahan je dengan Padang Besar. Kalau nak cari jersey, blouse, pakaian sukan, mainan dan pelbagai jenis makanan Thailand, kat sinilah tempatnya untuk korang peruntukan sedikit bajet untuk menyopping. kahkahkah!

Gambar ni menunjukkan betapa panasnya cuaca di Utara Semenanjung Malaysia. Panas cheng cheng oi!
Pengalaman pertama Incik Suami di Padang Besar, Perlis
Datang ke Perlis memang tak sah kalau tak datang ke Padang Besar ni. Tambah-tambah pula negeri Gee takde tempat menyopping seperti di Padang Besar, Perlis atau Rantau Panjang, Kelantan. Lagilah teringin dan teruja nak berjalan di deretan kedai di Padang Besar ni walaupun keadaan cuaca terlalu panas merelit! Incik suami pula baru pertama kali sampai sini so kami ambil masa juga berjalan-jalan dan menyopping sedikit barang. Hehe. 

Keseluruhannya takde la murah sangat barang kat sini cuma seronok bila ada pelbagai jenis pilihan yang kita boleh pilih. Kalau pandai tawar dan rezeki berjumpa kedai yang murah, tu kira nasib baik sungguh la sebab rata-rata menetapkan harga yang sama antara mereka. 

Dari Padang Besar, kami teruskan teroka kami ke Gua Kelam iaitu tempat yang paling anak-anak Gee sangat teruja dan tak sabar-sabar sungguh nak explore! Anak oh anak!


Pengalaman meneroka Gua Kelam sangat menyeronokkan!
Kalau nak masuk hutan teroka gua dengan anak-anak kecil macam tak je kan! Tapi di Perlis korang boleh buat aktiviti teroka gua bersama anak-anak kecil di Gua Kelam. Arsyad dan Amani paling teruja untuk masuk ke Gua Kelam sebabnya ni pengalaman pertama mereka. Sampaikan si Arsyad hilang dari radar sepanjang berada dalam gua. Tapi bukan bermaksud dia hilang ke apa cuma dia bersama rakan sebaya dia iaitu anak-anak Sis Hawa. Ye  anak-anak Gee dan anak-anak Sis Hawa dah jadi BFF sepanjang trip ni sebab mereka sebaya je. Bertambah seronok lah holiday diaorang sebab ada kawan. Hahahaha!


Si Ardini tu pulak gayat sepanjang berjalan di atas jambatan kayu dalam Gua Kelam. Haha! Mata dia asyik tengok kat bawah jambatan dan juga lubang-lubang kayu jambatan. Hadoi Ardini oh Ardini. Aqil si bongsu? Cool and rilex je si bujang bongsu tu. Seronok la sebab boleh jalan-jalan sendiri. Hahaha.

Di kawasan luar Gua Kelam ada anak sungai dan merupakan port berkelah bagi warga Perlis dan juga pelancong dari luar. Anak-anak request juga untuk mandi manda tapi disebabkan keadaan air ketika itu agak keruh ( musim kemarau ) maka kami tidak benarkan mereka bermandi manda kat situ. Risau juga air tak bersih kang masalah gatal-gatal kulit pula. Dah la mood holiday kan! hahahaha.    


Padat aktiviti kami seharian di Nat Pokok Getah, Padang Besar dan juga Gua Kelam. Hari pun dah petang dan kami semua di bawa oleh Sis Hawa ke rumah bondanya untuk berehat sebelum pergi ke tempat penginapan kami pada malam itu. 

Tempat penginapan malam ke 2 kami di Perlis sangat best sebab boleh tengok pemandangan sunset yang sangat cantik!!Nak tahu di mana? Tunggu PART THREE pula ye...

BACA SINI CERITA SIS HAWA DI NAT POKOK GETAH <<< MENCARI MAKANAN DI NAT POKOK GETAH, PERLIS >>>

BACA SINI PENGALAMAN MEK YUNIE MASUK KE GUA KELAM <<< GUA KELAM : TEMPAT TARIKAN SEMULAJADI DI PERLIS >>>








Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab