Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum dan hello semua!!


Bila sebut je resdung rasa macam risau dah kot tiba-tiba datang si resdung tu. Gee dari sekolah lagi selalu sangat gatal-gatal mata, telinga, dan tekak. Bila gatal-gatal tu, mata siap sedia berair pastu bersin tak berhenti. Lagi satu bila Gee sapu rumah atau buang habuk mesti tak lama lepas tu pakej resdung ni datang. Seksa juga lah sebab nak menunggu reda tu makan masa berejam jugak. 

Mak Gee pun dah faham bila Gee start bersin nonstop, dia mesti cakap mula lah tu bila main habuk... Hahahaha! Gee pernah buat sekali perubatan yang asapkan kat kawasan muka tu tapi lupa dah tahun bila dan di mana. Memang banyak habuk-habuk putih keluar lepas buat rawatan tu. Kata mereka, kalau banyak habuk putih tu, maka masalah resdung dia agak kronik. Risau juga ketika tu tapi Gee tak pulak ambil apa-apa ubat atau supplements untuk resdung ni. Hehe.


TABLET RESDUNG TOK MELAH PRODUK YANG MUDAH DIAMALKAN

Tablet Resdung Tok Melah merupakan produk resdung istimewa di mana ianya diformulasi khas dalam bentuk tablet supaya mesra kanak-kanak. Ya! Kanak-kanak seawal usia 6 tahun boleh mula mengamalkan Tablet Resdung Tok Melah ni. Korang mesti fikir apa kandungan tablet ini hinggakan kanak-kanak pun boleh makan. Tablet Resdung Tok Melah ini tidak mempunyai kesan sampingan kerana ianya mengandungi bahan semulajadi iaitu habatussauda, kulit kayu manis, epal, delima, rasberi, kurma, oren dan vitamin C.

Sebab tu Gee makan tablet ni rasa masam manis beri gitu. Sedap! Memang anak-anak suka pun sebab rasa dia seakan makan gula-gula. Selain kanak-kanak, Tablet Resdung Tok Melah ini juga sangat elok diamalkan oleh lelaki dan perempuan, ibu menyusu ( selepas pantang 2 bulan ), ibu mengandung ( usia kandungan 6 bulan ke atas ), yang ada G6PD dan juga mereka yang tiada penyakit kronik serta masalah buah pinggang.


Terdapat cara dan waktu pengambilan Tablet Resdung Tok Melah iaitu :
*** Ambil sebelum tidur.
*** Atau Ambil sebelum sarapan pagi.
*** Atau ketika diserang resdung contohnya ketika hidung tersumbat, bersin tak berhenti, gatal atau bengkak muka akibat alahan makanan laut.

Cara pengambilan : 
** 6 tahun - 1 tablet setiap 2 hari
** 7 - 9 tahun - 1 tablet setiap hari
** 10 - 12 tahun - 1 atau 2 tablet setiap hari
** Remaja dan dewasa - 2 tablet sehari atau ketika perlu sahaja

Gejala-gejala resdung
 Antara 8 khasiat Tablet Resdung Tok Melah adalah :

1. Menghentikan kegatalan hidung, telinga, mata, tekak serta badan.
2. Menghentikan kekerapan bersin dan melegakan hidung tersumbat.
3. Meningkatkan prestasi imunisasi badan dan sistem pernafasan.
4. Anti radang serta melegakan selsema.
5. Mencegah serangan asma .
6. Mengurangkan kolestrol dan anti toksid.
7. Merawat jerawat di wajah dan badan akibat resdung.
8. Membantu mengurangkan masalah kelemumur berkerak.

DAPATKAN SABUN RESDUNG TOK MELAH UNTUK MANFAAT BERGANDA


Korang akan memperolehi kesan berganda sekiranya mengamalkan juga Sabun Resdung Tok Melah ini. Sabun ini dirumus khas dari bahan semulajadi seperti kulit kayu manis, essential oil cengkih dan ekstrak kunyit. 

Kebaikan Sabun Resdung Tok Melah :

*** Dapat mengurangkan masalah kegatalan di muka, hidung dan mata.
*** Mencerah dan melembabkan kulit wajah.
*** Menghaluskan dan menganjalkan kulit wajah.
*** Mengecutkan jerawat.
*** Mengembalikan kulit ke tona asal.
*** Mengurangkan cela pada wajah.
*** Mencegah kedutan dan kulit kusam.


Bila Gee buka plastik Sabun Resdung Tok Melah ni semerbak bau cengkih. Segar sungguh! Gee guna juga untuk bersihkan muka. Buih sabun ni sangat lembut dan Gee guna diseluruh wajah. Kesan dia? Selepas di bilas, kulit muka terasa licin dan bersih je. Tak rasa pedih pada kulit muka dan juga kulit jadi sangat lembut!

TESTIMONI PENGGUNA

Alhamdulillah, produk Tablet Resdung Tok Melah dan juga Sabun Resdung Tok Melah berjaya merawat dan mengubati masalah resdung bagi mereka yang dah mencuba dengan yakin dan konsisten. Meh Gee share beberapa maklum balas daripada mereka.






Jom dapatkan Tablet Resdung Tok Melah dan juga Sabun Resdung Tok Melah. Beli sebotol tablet dan seketul sabun boleh dikongsi guna untuk seluruh keluarga. Jimat kan? 

Harga :

Tablet Resdung Tok Melah 
RM 49.00 ( WM )
RM 59.00 ( EM )

Sabun Resdung Tok Melah
RM 29.90 ( 50g )
RM 15.90 ( 20g )

>>> PROMOSI TERHAD 2000 UNIT : Setiap pembelian Tablet Resdung Tok Melah, anda yang terawal akan diberikan PERCUMA Sabun Resdung Tok Melah yang bernilai RM 15.90 <<<



Untuk sebarang maklumat lanjut serta urusan pembelian, korang boleh hubungi pautan di bawah ni :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/sashalynn1818
FACEBOOK PAGES : https://www.facebook.com/tabletresdungtokmelah/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/hq_tokmelah_chewable_tablet/
TELEFON :  013 4942566






Assalamualaikum dan hi semua!


Siapa suka pergi bercuti bersama keluarga? Satu keluarga? 2 keluarga? atau 5 keluarga? Mesti korang terfikir-fikir kan nanti tempat menginap, kos penginapan sebab bilangan keluarga yang ramai dan juga aktiviti yang nak dilakukan. Al maklumlah kalau bercuti dengan keluarga yang besar mesti buat paling kurang 1 aktiviti untuk mengelakkan daripada kebosanan. Hahahaha!

Kalau ke Perlis, Gee ada cadangan korang mesti cuba menginap di sini iaitu di KTH Homestay & Cottage di mana ianya terletak di Kampung Mata Ayer, Perlis. Secara umumnya, homestay di sini sesuai untuk mereka yang datang dalam bilangan yang ramai dan ada juga bilik yang sesuai untuk backpackers. 



KTH Homestay & Cottage menawarkan homestay dan juga chalet yang banyak sebab tu bila Gee sampai kat sini terasa bercuti di kampung je dengan suasana rumah kampung homestay serta chalet yang berdekatan dengan setiap homestay. 

Antara pilihan homestay dan chalet yang disediakan ialah : 

*** KTHA mempunyai 2 bilik ( 1 bilik aircond ) RM 110
*** KTHB mempunyai 3 bilik ( 2 bilik aircond ) RM 140
*** KTHD mempunyai 3 bilik ( 2 bilik aircond ) RM 160
*** KTH Cottage mempunyai 11 unit standard chalet ( katil double , bilik aircond ) RM 85

Amacam? Kan Gee dah bagitahu awal-awal tadi sekiranya korang merancang untuk bercuti bersama pasangan sahaja atau pun keluarga yang besar, semestinya KTH Homestay & Cottage menjadi pilihan korang. Menariknya KTH Homestay & Cottage menawarkan pelbagai rangkaian bilik serta homestay yang sangat affordable. 


PENGINAPAN YANG SELESA 

Pada awalnya, Gee menginap di sini bersama lagi 2 blogger dari team #bloggerpantaitimur iaitu Sis Hawa dan juga Mek Yunie. Gee check in di homestay 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik ( 2 bilik aircond ). Memandangkan blogger KAK SHEILA berbesar hati untuk datang berjumpa kami dari Pantai Timur ni, so kami ajak kak sheila sekali untuk bermalam bersama. Owh ya kak sheila juga merupakan ahli dari team #bloggerpantaitimur . Gee dan Kak Sheila menginap di homestay yang sama manakala blogger SIS HAWA dan blogger MEK YUNIE menginap di chalet bersebelahan dengan homestay.

Homestay yang Gee check ini ni sangatlah besar dan luas! Walaupun ada 3 bilik, namun di ruang tingkat atas dan juga ruang tamu masih mempunyai ruang yang luas untuk bentang toto dan tikar. Hahaha! Gee rasa kalau 5 keluarga masih boleh muat dalam homestay yang Gee duduk ni. Antara kelebihan di homestay ini ialah kemudahan untuk memasak, peti sejuk, seterika, toto ada disediakan, tuala, mesin basuh, televisyen, wifi, 2 bilik berhawa dingin, ampaian dan juga tempat parking di hadapan dan juga bersebelahan homestay. 





MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN

Percutian yang paling bermakna dan terindah adalah percutian yang mempunyai pengisian aktiviti yang menarik bersama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di KTH Homestay & Cottage pada waktu malam dan juga di siang hari. Antara aktiviti yang sempat kami lakukan adalah ber BBQ sambil berkongsi cerita sesama blogger. Hehehehe. Peralatan BBQ juga ada disediakan oleh pihak homestay bagi memudahkan tetamu yang datang. 


KEMUDAHAN KOLAM UNTUK KANAK-KANAK


Salah satu daya tarikan KTH Homestay & Cottage adalah kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak. Boleh je kalau orang dewasa nak join sama cuma paras air kolam hanya sesuai dan selamat untuk anak-anak bermandi manda. Malam BBQ tu, anak-anak kami pakat terjun kolam dah walaupun air sejuk tapi seronok tak terhinggalah mereka mandi kolam depan rumah! Untuk pengetahuan korang KTH Homestay & Cottage mempunyai 2 buah kolam mini yang dikelilingi chalet dan berdekatan dengan homestay. So sangat mudah kita mak ayah nak meninjau keadaan anak-anak ketika mandi kolam sambil berehat di bilik. 


Laluan ke chalet ada juga ditanam pokok anggur yang berjaya mencuri perhatian para tetamu yang datang menginap di KTH Homestay & Cottage. Selain itu, dekorasi laman dan juga perkarangan homestay dan chalet sangat bersesuaian dengan suasana kampung. 



KOMEN SIS GEE

Kat sini Gee akan memberi ulasan ringkas supaya pihak KTH Homestay & Cottage akan terus maju dan juga menjadi tumpuan para pelancong dalam serta luar negeri untuk datang menginap di sini. 

Sejujurnya, idea untuk menginap di sini adalah satu pengalaman yang sangat best kepada kami dengan menikmati suasana kampung yang tenang, aman dan damai. 

Untuk penambahbaikan, Gee nak cadangkan supaya pihak homestay lebih menitik beratkan kebersihan dalam homestay dan chalet sebelum tetamu check in seperti menyapu lantai terlebih dahulu serta membersihkan kelengkapan pinggan dan cawan. 

Selain dari itu, semuanya terbaik!!
 

Pengalaman dan suasana kampung di KTH Homestay & Cottage takkan Gee dan family lupa. Bertambah indah kenangan apabila dapat menginap di sana bersama 3 keluarga blogger Kak Sheila, Sis Hawa dan juga Mek Yunie. Anak-anak memang teruja menginap kat sini sebab mereka bebas nak bergerak dan bermain. 

LOKASI DAN MAKLUMAT LANJUT KTH HOMESTAY & COTTAGE


Korang boleh guna waze atau google maps untuk ke KTH Homestay & Cottage dan lihat landmark SMK Syed Sirajuddin dan Sekolah Kebangsaan Oran.


Untuk mereka yang merancang nak mencari penginapan di Perlis korang boleh hubungi pautan yang Gee sediakan kat bawah ni :

BLOG : http://home-stayperlis.blogspot.my/
FACEBOOK : KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer, Perlis
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/kth_homestay/
TELEFON : 019 5638475
ALAMAT : KTH Homestay & Cottage, No 21,
Belakang Sekolah Kebangsaan Oran,
Kg Hutan Temin,
02500 Perlis.


BACA SINI <<< PENGALAMAN SIS HAWA DI KTH HOMESTAY & COTTAGE >>>

BACA SINI <<< PENGALAMAN MEK YUNIE DI KTH HOMESTAY & COTTAGE >>>



Assalamualaikum semua!


Bagi mereka yang dah friends di facebook dan instagram Gee mesti sedia maklum dah Gee dan family ada buat trip holiday bersama lagi 2 keluarga Blogger Pantai Timur iaitu Sis Hawa dan juga Mek Yunie..Mesti korang cemuih kan tengok fb feeds dan instagram update Gee! Hahahahahaha. 

Sebenarnya trip ke utara ni kami dah merancang awal-awal lagi sebabnya tarikh nak pergi adalah cuti sekolah so paham-paham jer ler crowded macam mana kan. Bila Gee dan Sis Hawa up di group #bloggerpantaitimur siapa nak follow, maka Mek Yunie pm tepi nak join jugak sebab tu terjadinya family trip team Blogger Pantai Timur ni. Haha. 


Selfie satu kemestian dah!Hahahaha. Okey trip Gee bermula Jumaat, 16 Mac 2018 . Selepas solat Jumaat Gee ada undangan ke Majlis Aqiqah baby kawan sekolah Gee, Yong. Yong ni Gee kenal dari sekolah menengah dulu lagi sehinggalah sekarang masih lagi contact. Gee dulu sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman ( SMKSS ). Berjumpa jodoh pun kat sekolah tu jugak sebab incik suami pun ex  SMKSS. Eh! Tu story lain! Hahahaha!


Ada gambar Geng 4A ni je kat kenduri. Gee pun lupa nak selfie dengan Yong dan baby Aadamiy. Biasalah kawan lama kalau jumpa sesekali ni nyembang aje sampai lupa dah semua. Haha!

By the way Yong! Kalu mung baca entry ni, terima kasih banyok deh jemput aku & family menghuru-harakan majlis Aqiqah Aadamiy. Haha! Back drop memang lawo tu yang suruh askar-askar posing tuh! Kikiki. 


Perjalanan Gee bermula dari rumah mertua di Kg Sg Tong, Setiu. Gee bertolak tengah malam ke Penang sebab incik suami ada nak jumpa bos dia kat sana. Plan awal nak konvoi dengan Sis Hawa dan Mek Yunie dari Kelantan, akan tetapi terpaksa di cancelkan. Huhu. 

Pagi Sabtu, 17 Mac 2018 kami sampai di Penang. Kami bersiap mandi semua kat rnr je. Hahaha. Kalau tak silap nama Rnr tu RNR PERANTING. Solat subuh kat situ, rehat-rehat pastu mandi kat situ. Tandas bersih, bilik mandi pun okey. 


Kami cari makan selepas incik suami meeting dengan bos dia. Sebab senang kan nanti tak perlu nak makan cepat-cepat dengan anak-anaknya lagi. Hahaha. Bila lambat makan, mereka tu mulalah tak sabar. Nak tau kami makan apa kat Penang? Kami makan kepci!!Adehhh.... Gee ingat nak makan nasi kandar ke alih-alih kepci juga menjadi pilihan sebab dah tak menyempat nak cari kedai makan. Anak oh Anak. 

Perjalanan dari Penang diteruskan ke utara iaitu Perlis. Nak tahu cerita selanjutnya kita tunggu PART TWO pulak! Hehehe. 

Lalalalalalaaaaa....
Walaupun ni kali ke tiga Gee dan suami datang bermalam di Cameron, namun ni baru pertama kali berpeluang untuk melihat sendiri betapa luas dan indahnya Ladang Tea Boh. Biasanya Gee pergi ke Ladang Teh yang ada tepi jalan tu je iaitu Bharat Tea Plantation tu. Tu pun dah ternganga tengok pemandangan yang menenangkan. Tapi kalini tak mampu nak berkata-kata apabila melihat Ladang Teh Boh yang seluas mata memandang!

Berlatar belakangkan bukit yang penuh dengan pokok teh!
Kat tempat parking kereta pun pandangan dah memukau mata
Perjalanan untuk ke Ladang Teh Boh ni agak menggerunkan juga sebenarnya sebab laluan dia agak sempit di tambah pula jalan di tepi lereng bukit bukau. Ramai juga yang ambil peluang untuk bergambar di atas bukit walaupun tempat parking kereta agak terhad kerana perlu memberi keutamaan untuk kenderaan lalu lalang. 

Dari tempat parking, ada siap sedia jalan bertangga kayu untuk ke tempat utama pengunjung. Semua perlu mendaki untuk ke tempat utama. Penat juga tapi sangat berbaloi sebab pemandangan kat atas lagi lawa dan memukau sungguh! Cuma kena extra carefull untuk warga tua, wanita mengandung dan juga kanak-kanak kerana ada struktur jalan yang tidak sekata dan agak licin.

Jalan kayu untuk ke atas bukit.
Gee gayat nak bergambar kat tepi bukit ni. Sempat asben bergambar dengan tok abah dan cucu-cucu. Hehe.
Kat atas bukit ada restoran juga tapi kami tak pergi jenguk pun sebab masing-masing semua dah makan. Maybe trip lepas ni Gee nak cuba makan kat restoran tu pula. Kikikiki. Kat atas ramai yang mengambil gambar yang pastinya berlatarbelakangkan seluas mata memandang pokok teh. Seriusly Gee jatuh cinta tengok! Ada juga kedai jualan teh di mana di jual pelbagai jenis teh jenama Boh. Siap ada tester air lagi! Anak-anak apa lagi ambil kesempatan lah merasa. Bercawan-cawan pulak tu, nasib baik promoter dia baik hati layankan je lah. 

Gee tertarik tengok limited edition punya Black Tea yang di letak di dalam bekas yang sangat exclusive. Harganya agak mahal tapi berbaloi kalau nak beli bagi sourvenirs nak kawan-kawan dan saudara mara. Gee mampu ambil gambar saja! Untuk kenang-kenangan. Hehehehe. 

Harga sebekas ni RM 28 hingga RM 32++ gitu bersama Black Tea kat dalam.
Rupa-rupanya kat atas tu kita boleh masuk ke kilang Teh Boh. Boleh tengok macam mana teh di hasilkan. Bau kat kilang tu sangat best sebab bau teh yang menyegarkan dan agak kuat baunya. Duk lama kat dalam tu pening bau teh! Tapi Gee suka! Hahaha. 


Keadaan dalam Kilang Teh Boh

Sempat kakak Amani berselfie dengan Aqil di depan kilang teh
Sebelum balik, semestinya Gee takkan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemandangan yang takkan Gee jumpa kat tempat lain. Terasa tenang, damai dan juga mengasyikkan! Haahhahaha..

Incik suami bersama si bongsu Aqil
My sis in law, Cik Li
Gee dan biras, Aini. Ramai kata muka kami sama. Sama kah? hihi
Baju sejuk melekat je! Ibu posing dengan si sulong Arsyad & my no 3 Ardini
Korang datang cameron, wajib singgah sini tau!! Kalau datang sini rasa puas hati sungguh datang Cameron. Tak beli teh pun takpe asalkan korang menikmati pemandangan kat sini. Jauh dari jalan utama tapi korang takkan menyesal datang! Hehe.

Done for PART TWO story mory. PART THREE?? Ada lagi kisah tapi soon wokeh!

BACA PART ONE << BACA SINI >>








Kulit yang sihat sangat diidamkan oleh semua orang tidak kiralah mereka tua, muda malah seawal usia bayi lagi kita mahukan anak kita berkulit sihat dan sempurna. Namun ada juga yang tidak dapat mengelak menghadapi masalah kulit sensitif dan eczema. Masalah kulit sensitif dan eczema ini sekiranya dibiarkan, ianya tidak akan sembuh sendiri malah akan menjadi lebih parah lagi. Bila kulit menjadi semakin teruk ianya akan mendorong kepada masalah-masalah kulit yang kronik pula. 

Pada hari ini, teknologi perubatan serta penyelidikan sudah berkembang maju dan canggih. Pelbagai produk dan penyelidikan telah dibangunkan bagi mencari penyelesaian setiap masalah kulit terutamanya kulit sensitif dan eczema ini. 


RENOSKIN Medic Serum merupakan produk generasi terkini hasil penyelidikan saintifik khas untuk merawat eczema dan kulit sensitif. Umum dah ketahui rasanya penggunaan produk pada kulit mestilah menggunakan produk yang di luluskan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) demi menjamin kebersihan dan cara pembuatan yang betul. Renoskin Medic Serum didaftarkan di bawah kilang bertaraf GMP dengan nombor pendaftaran KKM : NOT 161106450K.

Antara kegunaan dan fungsi Renoskin Medic Serum adalah :

****  Membantu meredakan eczema dan psoriasis.
****  Melembabkan kulit badan dan muka.
****  Merawat dan mencegah ruam lampin.
****  Merawat jangkitan kulat dan bakteria.
****  Merawat luka melecur.
****  Membantu menyuburkan rambut.
****  Menghilangkan regangan kulit.
****  Memudarkan pigmentasi.
****  Memudarkan parut.
****  Merawat gatal-gatal, merah dan alahan pada kulit.


Menariknya Renoskin Medic Serum di hasilkan dari bahan-bahan semulajadi campuran herba bersama bahan aktif ekstrak Vitamin E dan A, menjadikan ia lebih berkesan 70-80 kali ganda berbanding vitamin sintetik. Ianya kaya dengan pelembab semulajadi. 

Antara khasiat istimewa yang terkandung dalam Renoskin Medic Serum adalah :

EKSTRAK BUAH ZAITUN 

>>>  Merawat dan membuang sel kulit mati.
>>>  Menghilangkan tanda-tanda penuaan kulit kerana kaya dengan anti oksidan.
>>>  Mengatasi masalah kulit berminyak kerana ia mengawal aktiviti kelenjar sebum.

HERBA ROSEMARY

>>>  Melindungi kulit dari cahaya matahari.
>>>  Menggantikan sel kulit yang baru.
>>>  Mempunyai bau aroma terapi yang menenangkan minda pengguna.

EKSTRAK KELAPA ASLI

>>>  Merpercepatkan proses baik pulih kulit.
>>>  Sangat elok untuk mereka yang berkulit kering serta masalah kelemumur.

AGEN PELEMBAB SEMULAJADI

>>>  Penggunaan setiap sapuan akan bertahan sehingga 6 jam untuk mengelakkan kulit gatal-gatal dan kering menggelupas.

ANTI RADANG

>>>  Membantu mengurangkan masalah kulit keradangan kemerahan dan bengkak secara semulajadi.

ANTI BAKTERIA DAN ANTI KULAT

>>>  Membantu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat secara semulajadi.


Renoskin Medic Serum telah mendapat pelbagai testimoni yang positif dari pelbagai lapisan dan golongan pengguna. Cara penggunaan pun sangat mudah iaitu hanya perlu menyapu nipis pada kulit yang bermasalah. Sekiranya tidak merah dan gatal, maka korang bolehlah teruskan penggunaan dengan konsisten setiap 2 kali sehari selepas mandi. 

Jom Gee share beberapa testimonial yang berjaya hasil dari penggunaan yang konsisten. Serum ini selamat untuk jangka masa panjang kerana ianya diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia.








Untuk maklumat lanjut produk, korang boleh hubungi :

WEBSITE : https://www.renoskin.com.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/RenoSkinHQ/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/renoskin_official/

ALAMAT : RENOSKIN CARE RESOURCES (HQ)
No. 148 (A), Jalan Teluk Mahang 2,
Batu 5, 25150 Kuantan, Pahang.

TELEFON : 016-490 7155 
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab