Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review


Hasil incik suami berendam air lumpur Jumaat yang lepas, maka adalah rezeki kami untuk merasa lokan ni. Gee rasa tak pernah makan lokan sebabnya seingat Gee, kalau kerang, lala. etok-etok pernahlah makan. Lokan? Rasanya ni first time kot dapat merasa. 

Di sebabkan stok di dapur tak berapa nak ada, Gee pun cubalah tanya encik google apakah resipi mudah untuk lokan. Encik google tak membantu mana sebab resipi lokan sangatlah sedikit. Banyak resipi memerlukan bahan yang Gee takde stok seperti santan.

Nak tahu macam mana Gee masak lokan ni? Meh Gee kongsi resipi yang mudah dan cepat.


RESIPI LOKAN MASAK HALIA


BAHAN-BAHANNYA :

  • Lokan 
  • Sebiji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • Halia muda ( kalau suka banyak, sila bubuh banyak )
  • 3 batang serai
  • asam keping
  • garam secukup rasa
  • cili untuk yang suka pedas ( gee tak letak sebab nak bagi anak-anak makan )

CARA-CARANYA :

1. Bersihkan lokan dari segala pasir dan lumpur.

2. Masukkan lokan dalam kuali atau periuk dan masak lokan selama 5 hingga 15 minit. ( TANPA MINYAK ) lokan masih hidup akan terbuka dan digunakan untuk memasak. buang yang tertutup sebab lokan tu dah mati.

3. Matikan api dan asingkan lokan yang hidup. Simpan air dari lokan sebab nanti boleh guna untuk masak lokan.


Air dari lokan itu sendiri digunakan untuk memasak lokan
Lokan yang hidup akan terbuka
4. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris.

5. Setelah kekuningan masukkan air lokan.

6. Masukkan serai yang diketuk.

7. Masukkan asam keping, garam kasar dan perisa. ( Gee tak letak gula )

8. Setelah mendidih masukkan lokan tadi.

9. Gaul sebati dan siap!!

** untuk yang suka pedas boleh masukkan cili yang dihiris halus**

TIPS NAK LOKAN TAHAN LAMA
 *** lokan boleh bertahan sehari sekiranya beli hari ini dan masak keesokannya sebab lokan ada menyimpan air dalam cengkerangnya. 
*** JANGAN simpan lokan dalam peti ais. 
*** JANGAN letak di kawasan suhu yang panas.
*** Sekiranya lokan di rendam dalam air paip, nanti lokan tak sedap ( lokan akan bersalin air dari cengkerang dengan air paip yang direndam )

Jangan lupa tau asingkan lokan hidup dan mati sebelom memasak sebab lokan yang mati akan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.

Selamat mencuba semua!!

Baru-baru ni Gee dan blogger HUSNIEY pergi ber 'me time' di Reveuse Medispa. Gee dan husniey dan macam adik kakak dah. Yes, of course i kakak u ols, i dah nak masuk kategori makcik makcik dah. Hahahahaha. Sebelum ni kami pernah pergi ke Event Anniversary Reveuse Medispa bersama. Masa tu ketik ketik kami tengok pakej medispa yang ditawarkan. Hahahaha. 

BACA SINI << Event Anniversary Reveuse Medispa >>

Front Desk Reveuse Medispa
MENIKMATI SUASANA TENANG DAN RILEKS DI REVEUSE MEDISPA

Sesampainya Gee dan Husniey di Reveuse Medispa, beberapa butiran peribadi diperlukan untuk tujuan merekod bagi pihak Reveuse Medispa. Sementara menunggu apa yang perlu kami lakukan, Gee dan Husniey sempat meninjau di sekitar ruang hadapan Reveuse Medispa. Susun atur dan dekorasi sangatlah menenangkan jiwa mereka yang memandang, di tambah pula deretan bahan ilmiah berkenaan kecantikan juga disediakan untuk para pengunjung. 




Di satu rak ada juga diletakkan pelbagai produk kecantikan untuk mereka yang ingin mencuba. Setiap satu produk yang ditawarkan adalah produk yang selamat dan diuji makmal untuk memastikan keberkesanan penggunaan kepada pengguna. Yang menariknya dengan memiliki beberapa produk tersebut, korang boleh berspa di rumah juga nanti. Ya mereka akan ajarkan cara penggunaan yang betul untuk setiap produk tersebut. Menarikkan?



PERTEMUAN BERSAMA PERUNDING KECANTIKAN REVEUSE MEDISPA BUATKAN GEE TERPAKU

Setelah selesai sesi pendaftaran kami di suruh untuk berjumpa dengan perunding kecantikan Reveuse Medispa terlebih dahulu. Gee dan Husniey diberi penerangan yang sangat teliti setelah kami membuat skin analisis. Skin analisis ni tersangatlah penting u ols!! Gee tak pernah buat sebelum ni. Tapi bila dah buat Gee terpaku seketika! Terlalu details mesin tu boleh kesan masalah kulit kita! Kita nampak mereka yang kulit licin takde masalah kulit kan? Salah sebenarnya anggapan kita tu. Mereka yang kulit licin di luar berkemungkinan mereka mengalami tanda penuaan dari dalam kulit, kesannya dalam jangka masa panjang akan keluar segala jeragat, tompok hitam dan sebagainya. Kulit yang berjerawat pula ada yang mempunyai tona kulit yang sempurna dan juga tiada tanda penuaan. Kalau Gee nak terangkan memang terlalu details!! 



Kulit Gee dari luar takde masalah yang kronik tapi hakikatnya keputusannya buat Gee termenung seketika. Antara masalah yang Gee alami adalah masalah kulit kering kesannya akan naik segala jeragat, kedutan di muka melebihi usia yang sebenar, tona kulit tak sekata, parut jerawat yang banyakkk ( boleh nampak parut jerawat lama yang takde di luar kulit, so memang banyak! ), dan beberapa lagi masalah kulit yang Gee sendiri dah lupa sebab banyak sangat. Untuk ketahui kulit yang sihat, bacaan peratus kulit kita mesti sama atau hampir dengan paras bacaan normal kulit yang sihat. Apabila bacaan peratus kulit kita terlebih atau terkurang maka itu sebenarnya apa yang perlu lakukan persediaan dalam menggunakan mana-mana rangkaian penjagaan wajah.


MELAKUKAN RAWATAN SILK PEEL 

Setelah diteliti masalah kulit yang Gee hadapi, perunding kecantikan mencadangkan kaedah rawatan SILK PEEL THERAPY yang mengambil masa satu jam lebih. Gee di bawa ke sebuah bilik yang sangat selesa untuk memulakan rawatan muka kaedah SILK PEEL THERAPY ini.


Fungsi - fungsi rawatan SILK PEEL THERAPY

1. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit.
2. Menghilangkan blackhead dan whitehead
3. Membantu mengurangkan parut jerawat
4. Mengurangkan pigmentasi kulit
5. Melembabkan dan melicinkan kulit

Nak tahu details cara rawatan silk peel ni? nantikan entry REVEUSE MEDISPA seterusnya wokeh! Serius Gee bagitau memang best dan kulit muka sungguh nampak glowing dan licin sebab segala biji-biji whitehead dan blackhead dah takde.


HARGA YANG MURAH DAN BERBALOI UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT

Rupa-rupanya rawatan di medispa tidaklah mahal seperti yang kita bayangkan. Mungkin ramai yang beranggapan medispa mahal sebab harga yang dinyatakan adalah untuk satu jumlah sesi yang perlu kita lakukan. Setiap sesi adalah hari yang berbeza so kulit kita akan dirawat dan dipantau sepanjang tempoh sesi rawatan yang kita ambil.

Promosi yang masih berjalan sempena Tahun Baru Cina
 TERIMA KASIH TEAM REVEUSE MEDISPA

2 jam berada di Reveuse Medispa sangat menenagkan jiwa Gee dan Husney. Layanan yang diberikan oleh semua staff sangatlah baik dan peramah. Siap bagi tips penjagaan muka lagi tau! Hehe. Terima kasih semua!


Korang yang berada di Terengganu boleh lah cuba rawatan medispa untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat. Lokasi REVEUSE MEDISPA seperti gambar di bawah :

Sumber : Facebook REVEUSE MEDISPA TERENGGANU


Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi REVEUSE MEDISPA di :

Facebook : https://www.facebook.com/Reveusemedispaterengganu/

Instagram : https://www.instagram.com/reveusemedispa_terengganu/

Telefon : 016 3384886

Alamat : Reveuse Medispa, PT 35450 Tingkat Bawah, 
Dataran Austin Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu





Alhamdulillah rezeki sungguh dengan blog Sis Hawa kali ni. Nasib baik Sis Hawa buat undian melalu cabutan secara live. Dah lah masa cabutan ni Gee ada sebelah sebab masa tu Gee pergi Kota Bharu jumpa Hawa dan Mek Yunie. Live video ada di blog Sis Hawa. Korang boleh check it out di blog www.sishawa.com wokeh!


Nak tahu apa yang Gee menangi? Korang click je banner kat atas tu k! Lalalalalalaaaa....

Tahniah juga untuk semua yang lain! 

Terima kasih pada Sis Hawa dan juga semua sponsor Giveaway.  

GEE KENAL RAPAT KE DENGAN SIS HAWA?

Gee kenal Sis Hawa dari make over blog, disusuli dengan tempahan domain. Kalau korang nak tahu, nama Sis Gee ni sebenarnya datangnya dari idea Sis Hawa lah sebab semasa pemilihan domain, semua nama yang Gee berikan dah empunya. Dari nama sendiri, nama pendek, nama panjang sehinggakan nama bunga yang Gee berikan semua tak available! Hahahahaa. Bila nama Sis Gee available terus Gee sambar! Jenuhlah nak pikir nama! Hahahahaa.

Daripada situ Gee sentiasa rujuk pada Sis Hawa sekiranya ada yang Gee tak paham dan tak tahu pasal blogging. Lama kelamaan kami jadi semakin serasi! Hahaha! Sehinggalah Sis Hawa menyatakan idea ingin menubuhkan Team Blogger dari Pantai Timur. Daripada idea tulah kami kumpul ahli team blogger pantai timur sekarang. 

BLOG TEAM << www.bloggerpantaitimur.com >>

Alhamdulillah hari ini, rakan blogger Gee semakin bertambah. Banyak juga Gee bertanyakan pada mereka pasal blogging dan syoknya mereka tak kedekut ilmu langsung! Thank you korang! Walaupun kita tak pernah jumpa, tapi persahabatan sesama blogger boleh terjalin dengan mesra kan?

Alhamdulillah. 


Assalamualaikum semua!

Siapa pernah berhijrah? Entry kali ni bukan sebab Sis Gee nak tukar profession jadi cikgu atau ustazah tapi cuma hanya sekadar menulis dari sudut pandangan serta pengalaman sendiri. Okey berhijrah ni terlalu umum kan? Ada yang terpaksa berhijrah ( berpindah ) ke tempat lain demi keluarga, demi anak-anak, demi kerjaya. Namun berhijrah dari aspek penampilan dan perwatakan, apa pendapat korang? Maksud Gee berhijrah ke arah kebaikan, bukan makin tumbuh tanduk! Hahahaha. Bagi Gee itu merupakan penghijrahan terbesar juga kan? Berhijrah untuk menjadi yang lebih baik.


Tiada sorang manusia pun yang sempurna. Kena ingat tu! Penghijrahan bukan untuk jadikan mereka sempurna tapi untuk menjadikan mereka lebih baik daripada sebelumnya. Kenapa perlu berhijrah? Bagi Gee perubahan seseorang akan terjadi apabila datangnya waktu ketika yang kita sendiri tak reti nak explain pada mereka yang bertanya. Ianya datang dari hati.

Jangan persoalkan! Gee hairan kenapa perlu persoalkan penghijrahan yang dibuat oleh seseorang. 

Andai dia pernah mencuri, kenapa perlu bertanya seperti sekarang dah tak mencuri ke? 
Andai dulu dia seorang perokok kenapa perlu memerli tak merokok sebab isteri marah ke?
Andai dia berjubah, bertudung labuh, kenapa perlu persoalkan kenapa warak sangat sekarang ni?
Dan bla bla bla bla bla..

Kenapa sentiasa ada yang tidak berpuas hati tentang kebaikan yang orang lain lakukan? Kenapa perlu letakkan mereka di tempat yang mereka rasa serba salah? Bukan ke lebih baik hanya membalas dengan senyuman dan memberi kata-kata inspirasi untuk mereka?

Gee sebenarnya letih melayan kerenah manusia yang sejenis tak pernah rasa puas. Ya mereka takkan pernah rasa puas mungkin disebabkan rasa cemburu, sombong atau benci. Ataupun sekadar menjadikan kita sebagai boneka bahan lawak mereka.

Kadang-kadang Gee terfikir seperti hidup ni tiada tujuan hidup. Sampai bila? Kenapa dah tahu salah tapi masih nak buat benda yang sama? Tapi bukan senang nak berhijrah. Ada banyak dugaan dan cabarannya. Jiwa dan iman sentiasa diuji walaupun kita mahu berubah. Namun apa yang perlu kita lakukan? Istiqamah! Yakin dengan apa yang kita lakukan. Jangan malu! Sekiranya ada mata yang memandang dan juga suara yang membisik. Sesungguhnya, penghijrahan kita dipandang mulia oleh pencipta kita walaupun sebesar zarah!

Alhamdulillah. Gee dipertemukan dengan rakan-rakan yang sangat memberi inspirasi untuk menjadi manusia yang lebih baik. Syukur. Semakin lama hubungan sesama keluarga semakin baik dan semakin dekat antara satu sama lain.

Sentiasa doakan yang baik-baik. Fikirkan yang baik-baik.

Kita ada terlalu banyak pilihan. Banyak rancangan. 

Plan A gagal ada lagi Plan B. Plan B tak menjadi ada lagi Plan C.

Jangan penat mencuba. Jangan penat usaha. 

Love,
Sis Gee
Hi semua! Kalau sebut makanan laut semua terbayangkan hidangan shell out yang terbentang di atas meja kan? Dengan seafood di tompok-tompokkan di hadapan mata, memang menggiurkan sungguh! Tapi kalau semua tu tak segar memang takde maknanya nak menikmati semua tu! 

Ni ada tempat makan best Gee nak share andai korang datang ke Kota Bharu, Kelantan. Kalau tak pergi rasanya sangatlah rugi sebab di sini merupakan tempat wajib artis-artis datang lepak dan makan. Jangan risau di sini harga memang sangat berpatutan! Nak tahu kat mana? 



JL FARA CRAB RESTORAN CANTIK, MEWAH ALA ALA ENGLISH GARDEN

Bila pertama kali Gee sampai kat depan JL FARA CRAB terus Gee jatuh cinta dengan dekorasi luaran kedai. Terdapat beberapa meja makan untuk mereka yang ingin menikmati udara segar di luar restoran. Bila menjejak kaki di dalam restoran Gee terus terpaku!! Eh rasa macam bukan dalam restoran pulak. Nak kata kedai pengantin, ada banyak pulak meja makan. Nak kata kedai bunga, bunga di letak cantik di setiap sudut sahaja bukan di keseluruhan kedai. Suasana restoran yang berhawa dingin memberikan keselesaan yang maksimum kepada semua pengunjung restoran. 




Semua susun atur meja di hias dan di didekorasi dengan teliti. Gee rasa pergi ke Restoran JL FARA CRAB ni kita dah tak perlu nak pilih seat yang cantik untuk ambil gambar sebab semua seat mempunyai keunikan dan dekorasi yang memuaskan. Bangunan Restoran JL FARA CRAB ni 2 tingkat tau! Bahagian atas pun sama di susun dengan teliti mengikut meja untuk 2 orang, 4 orang, 8 orang atau pun sekumpulan yang ramai. 


MENU ISTIMEWA SHELL OUT YANG FRESH!

Kalau nak bershell out haruslah yang segar dan semestinya sedap! Buat pertama kali incik suami Gee merasa shell out di JL FARA CRAB, terus jatuh hati dengan hidangan shell out ni. Hidangan shell out dihidangkan dengan pelbagai makanan laut seperti ketam, udang, sotong dan lala. Tak lupa juga jagung manis berkrim yang dihidangkan juga bersama makanan laut yang lain. Anak-anak teruja sungguh makan semua hidangan sebab rasa dia tak pedas sangat. 




Licin semuanya!!Mau tak licin kan?? Sambil-sambil sembang dengan keluarga 2 blogger dari Team Blogger Pantai Timur sampai tak perasan semua dah licin! Meriah sungguh makan petang Gee dan keluarga bersama keluarga SIS HAWA dan juga keluarga MEK YUNI di JL FARA CRAB. 

Kami sempat bergambar di photo booth JL FARA CRAB

LOKASI TERBAIK UNTUK MERAIKAN SESEORANG

Pasti si dia tersenyum gembira dan teruja sekiranya diraikan di JL FARA CRAB. Dengan hidangan makanan seafood yang segar dalam suasana kedai yang sangat kondusif semestinya pilihan yang dibuat adalah pilihan yang bijak sekali. Ramai juga pelanggan JL FARA CRAB meraikan majlis hari jadi, buat kejutan ulangtahun perkahwinan, meraikan ibu tersayang serta membuat pelbagai majlis lagi di sini. Korang hanya perlu membuat tempahan awal supaya pihak JL FARA CRAB dapat menyusun atur tempat mengikut bilangan tetamu anda nanti. Mesti seronokkan?

Bib yang diberikan untuk mengelakkan kesan kotoran pada baju
Lokasi JL FARA CRAB sangatlah dekat dengan hotel yang Gee menginap iaitu Holiday Villa Hotel di Wakaf Che Yeh. Memang strategik sungguh kan? Sambil-sambil nak pergi jalan-jalan di pasar malam Wakaf Che Yeh boleh jamu selera di JL FARA CRAB sekali. 


Sempat bergambar dengan tenaga kerja di JL FARA CRAB

Pekerja JL FARA CRAB yang murah senyuman dan sangat friendly!
Terima kasih kepada Puan Fara dan semua tenaga kerja JL FARA CRAB yang menyajikan hidangan yang sedap dan segar serta memberikan layanan yang sangat memuaskan. Kami berharap team JL FARA CRAB terus sukses dan dapat membuka lebih banyak lagi cawangan di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi mereka atau terus ke lokasi kedai untuk membuat sebarang tempahan.

Instagram : https://www.instagram.com/jlfaracrab/

Facebook : https://www.facebook.com/jlfaracrab/
Lokasi Kedai : JL FARA CRAB ( Bersebelahan D'Klasik Wakaf Che Yeh )

Waktu operasi : Setiap hari ( 12 tengahari hingga 12 malam )

Untuk tempahan : 013 9334545









Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab