Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Sekarang kalau pergi travel ke negeri lain mesti tempat makan best yang kita mula-mula sekali nak google kan? Kalau check in mana-mana hotel memanglah ada disediakan pakej bilik bersama menu makan akan tetapi Gee yakin ramai yang lebih suka cari makanan tempatan yang sedang viral berbanding makanan di hotel. 

MR CRAB KELANTAN SEMAKIN TERKENAL


Gee tertarik sungguh dengan restoran MR CRAB KELANTAN ni tau!! Bertambah-tambah geram bila tengok mereka selalu buat live di facebook. Haa memang diaorang suka buat live menu-menu special pastu mesti ada contest yang simple simple je dapat menang. Bila dah selalu buat live memang semakin terkenallah Restoran Mr Crab Kelantan ni. Ramai ingin mencuba menu-menu yang best termasuklah Gee!! Hahaha.




Dekorasi Shell Out

MENU SHELL OUT DAN MAGGI KETAM SPECIAL

Antara menu yang wajib korang cuba kat Restoran Mr Crab Kelantan ini ialah SHELL OUT dan MAGGI KETAM SPECIAL. Ada banyak makanan laut mereka hidang untuk Shell Out ni antaranya ketam, udang, sotong dan lala. Menariknya di Mr Crab Kelantan korang boleh pilih tau cara masakan untuk shell out ni sama ada korang nak masak kari, masak lada hitam atau pun masak 3 rasa. 

Jangan lupa tau cuba MAGGI KETAM SPECIAL yang ada kat sini! Semangkuk tu cukup Gee 1 family makan! Isi seafood dalam tu banyak, padat, mewah dan  semestinya sangat sedap. Kuahnya pekat dan sesedap rasa pedasnya sebab anak-anak Gee boleh makan jugak. Nampak tu gambar kat bawah ni semangkuk penuh dengan seafood! 

Maggi Ketam Special 


ADA BANYAK LAGI MENU BEST

Kalau korang nak cuba menu lain pun ada tau! Macam-macam ada kat Restoran Mr Crab Kelantan ni. Antara menu lain yang menjadi kegemaran pelanggan di sini ialah udang goreng kunyit, ketam masak lada hitam, ketam masak stim halia dan juga ketam masak 3 rasa. Selain itu menu masakan panas yang lain pun ada seperti nasi goreng dan mee goreng. 




Untuk minuman pula ada pelbagai jenis minuman yang disediakan termasuk juga air buah. Malam tu Gee cuba AIR TEH BENG JEBOK!! Anak-anak pula minum air buah.



SEDIA MENERIMA TEMPAHAN AWAL


Untuk mereka yang nak datang bersama keluarga dan kawan-kawan yang ramai, korang boleh juga tempah terlebih dahulu dengan mereka. Bukan apa takut nanti tak cukup tempat duduk dan juga memudahkan pekerja untuk menyediakan menu masakan yang banyak. Jangan risau semua pekerja baik-baik belaka. Hehe. Korang boleh request nak makan dalam kedai atau pun menikmati angin petang atau malam di luar kedai.


Sebahagian daripada pekerja Restoran Mr Crab Kelantan
BERPUAS HATI DENGAN MENU DAN LAYANAN DARI MR CRAB KELANTAN


Semestinya Gee akan repeat lagi lepas ni sekiranya datang ke Kelantan. Menu masakan Shell Out dan Maggi Ketam Special memang terbaiklah!! Dah lah ketam besar-besar! Seronok sungguh anak-anak Gee makan sampai habis licin semuanya. Hahaha. 

Alhamdulillah Gee berpeluang menikmati makan malam di Mr Crab Kelantan bersama 2 lagi blogger dari Team Blogger Pantai Timur iaitu << SIS HAWA >> dan juga << MEK YUNI >> . Masing-masing datang bersama suami dan juga anak-anak serta ibu mertua Sis Hawa pun ada. Seronok juga sesekali berjumpa dengan blogger ni sambil berkenalan dengan lebih mesra lagi. hehe. 

Arsyad siap sedia nak ketuk si ketam yang besar tu!
Menikmati sungguh! Haha!

Sempat lagi bergambar dengan banner Restoran Mr Crab Kelantan

LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN


Lokasi Restoran Mr Crab Kelantan terletak lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari hotel Gee menginap iaitu di Wakaf Che Yeh. Korang boleh guna aplikasi waze atau google je maps untuk ke lokasi Restoran Mr Crab Kelantan ni. 



Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan korang boleh hubungi :

FACEBOOK : MRCRAB KELANTAN

ALAMAT : LOT 616, KG KUTAN, JALAN KUTAN KE PASIR MAS, 16250 WAKAF BHARU, KELANTAN

TELEFON : 09 7190616 / 013 9880001

WAKTU OPERASI : 2 PETANG HINGGA 12 MALAM

Assalamualaikum dan hi semua!!

Bila kali terakhir korang jejak kaki ke Muzium??Jangan cakap kali terakhir pergi zaman sekolah rendah ye, hakak cubit kan! Walaupun hakak Gee ni pun sama! Hahahaha! Eh dah kenapa guna nama hakak tu?? Sebenarnya, Gee baru je pergi Muzium Negeri Kelantan pada 10hb Januari yang lepas. Menarik dan tertariknya Gee dan keluarga pergi bersama 2 lagi Blogger Pantai Timur serta keluarga masing-masing iaitu Blogger SIS HAWA dan Blogger QUEEN BEE .

Apa yang kita tak tahu, Muzium Negeri Kelantan sangat sesuai tau untuk kita bawa anak-anak untuk mengisi masa yang berkualiti bersama keluarga. Macam Gee ni kiranya pelancong luar so bila travel ke negeri lain buntu juga fikirkan destinasi yang sesuai untuk aktiviti bersama anak-anak. Al maklumlah bila anak-anak dah masuk sekolah, kena lah fikirkan juga aktiviti ilmiah untuk mereka. 



PAMERAN PENDIDIKAN PERDANA III KEGEMILANGAN CIPTAAN SAINTIS ISLAM

Kebetulan minggu Gee berkunjung ke Kelantan beberapa hari lepas, Muzium Negeri Kelantan sedang berlangsungnya Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam. Pameran ni dah lama tau bermula iaitu pada 1 November 2017 dan akan berakhir pada 1 Mac 2018. So ada banyak masa lagi sekiranya korang nak merancang untuk membawa keluarga ke Muzium Negeri Kelantan.

Sekiranya korang merancang nak datang ke Muzium selepas 1 Mac 2018, pameran ini akan digantikan dengan pameran yang lain pula sehinggalah ke tempoh masa yang ditetapkan. Setahun akan ada 3 atau 4 pameran yang berbeza yang akan di langsungkan di Muzium Kelantan ini. Menarikkan? So takdelah anak-anak bosan setiap kali datang ke muzium tengok pameran yang sama je. 



  
Pameran Ciptaan Saintis Islam ni mempamerkan bukti-bukti wujudnya saintis terawal islam yang menggunakan teknologi sains. Bidang perubatan merupakan salah satu pameran yang Gee sangat tertarik untuk lihat lebih lanjut. Walaupun apabila membayangkan situasi pesakit dengan alat-alat perubatan yang dipamerkan membuatkan Gee berasa gerun namun ianya memberi kita ilmu dan persepsi yang bagus berkenaan perubahan teknologi perubatan dulu dan kini. 



Anak-anak seronok tengok pelbagai replika yang disediakan oleh pihak Muzium Kelantan bagi memberikan bayangan yang sebenar kepada pengunjung. Setiap replika ini ada diberikan penerangan yang jelas dan terperinci bagi memudahkan para pengunjung menggali ilmu ciptaan saintis islam dulu. Setiap pameran ada juga beberapa orang pekerja muzium yang akan memberi taklimat dan penerangan sekiranya diperlukan. 



AKTIVITI MENARIK SEPANJANG TEMPOH PAMERAN

Pertandingan Melukis Mewarna
Kebetulan hari yang kami berkunjung itu ada aktiviti pertandingan mewarna. Walaupun anak-anak tak sempat untuk menyertainya namun kami dapat melihat kemeriahan acara penutup aktiviti tersebut dengan kehadiran EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kelantan iaitu YB Dato' Mejar (B) Hj Md Anizam bin Ab Rahman dan Datin Nor Ashikin bt Ahmad.

Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 2 petang bagi sesi pemberian hadiah dan juga cabutan bertuah kepada pengunjung yang datang.

Sesi Pendaftaran Pengunjung
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sesi Pendaftaran Pengunjung
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan
Jom Gee jamu mata korang antara gambar sekitar pertandingan mewarna dijalankan. Sambutan penyertaan sangat menggalakkan! Ramai juga yang mengambil bahagian dan mungkin sebab inisiatif pihak muzium yang menyediakan hadiah yang agak lumayan. Terbaik Muzium Kelantan!

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan
Kemuncak upacara adalah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan melukis dan mewarna yang disempurnakan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj Md Anizam bin Ab Rahman ( EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kelantan ) dan Datin Nor Ashikin bt Ahmad.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan
Peraduan Teka Silang Kata

Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang beberapa bulan tempoh pameran adalah teka silang kata.  Incik suami Gee pun sempat menyertai peraduan teka silang kata kerana tarikh akhir peraduan adalah pada 1 Mac 2018. Jawapan yang betul bagi peraduan ini akan melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah. Peserta yang layak akan dimaklumkan melalui facebook Muzium Kelantan.

Menariknya, soalan teka silang kata adalah berdasarkan Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam ini. Apa yang bestnya, anak-anak Gee boleh bonding ngan ayahnya masa jawab teka silang kata ni. Seronokkan boleh luang masa bersama keluarga dan dalam masa yang sama boleh tambah ilmu pengetahuan kita dan anak-anak juga.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan
ISTIMEWANYA MUZIUM NEGERI KELANTAN
  1. Terdapat 9 buah muzium di Kelantan yang mana ianya mempunya jenis pameran yang berbeza. 9 buah muzium tersebut ialah Muzium Negeri, Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ( Istana Jahar ), Muzium Diraja, Muzium Perang ( Bank Kerapu ), Muzium Islam, Muzium Kraftangan, Balai Seni Lukis Kelantan, Muzium Wau dan Muzium Kuala Krai.
  2. Muzium Negeri Kelantan mempunyai 3 atau 4 pameran yang berbeza pada setiap tahun.
  3. Mempunyai 1 bilik tayangan di mana pengunjung dapat melihat video-video berkaitan pameran yang dijalankan.
  4. Demi misi dan motif untuk berkongsi ilmu pameran, pihak muzium tidak melarang untuk pengunjung mengambil gambar replika serta pameran sepanjang berada di dalam muzium.
  5. Keluasan muzium sangat selamat untuk membawa anak-anak kecil kerana kita tidak perlu bimbang anak-anak hilang ataupun sesat.




TERIMA KASIH MUZIUM KELANTAN

Sepanjang berada di Muzium Kelantan Gee dan keluarga terutamanya anak-anak seronok meluangkan masa bersama. Akan datang kami akan singgah ke 8 lagi Muzium di Kelantan yang belum kami kunjungi. Dengan menetapkan harga tiket yang berpatutan, Gee rasa semua yang berada di Kelantan dan juga pengunjung dari luar patut datang dan lihat sendiri apa yang bestnya ada di Muzium Kelantan ini. 

SENARAI HARGA TIKET :

KANAK-KANAK : RM 3
DEWASA : RM 5
KELUARGA : RM 15




Korang semua jangan lupa datang Muzium Kelantan tau!! Untuk sebarang info lanjut dan pertanyaan korang boleh klik di pautan kat bawah ni :

LAMAN WEB : http://www.muzium.kelantan.gov.my/

FACEBOOK : Muzium Negeri Kelantan



#BloggerPantaiTimur
#TeamBPT








Gee ni kan kalau bersiap dengan tudung bawal lagi lama daripada pakai shawl. Tabik springlah wanita-wanita yang masih lagi setia dengan tudung bawal! Dah lah tudung bawal sekarang ada macam - macam design yang lawo-lawo! Warna pulak toksah cakap, memang rambang mata! Cuba korang search kat google atau instagram atau facebook 'TUDUNG BAWAL', haaa baru tau betapa viralnya tudung bawal sekarang.
Year 2015

NAK CEPAT JADI LAMBAT

Hati tu kan teringin benor berbawal. Hahaha. Tapi kan setiap kali cuba tudung bawal, entah kenapa dari 10 minit tempoh bersiap dah jadi ke 20 minit! Tak habis setakat tu je tau! Dalam kereta asyik duk baiki ke tudung bawal tu haaa... Perasaan tudung tu kembanglah, membulat, senget tepi, rasa terlalu ke belakanglah, aishh serba tak kena! Hahaha! Nasiblah incik suami tak pernah tegur tangan duk baiki ke tudung. Kikiki.

Year 2015

PAKAI BAWAL SEPERTI SHAWL 

Disebabkan pakai bawal makan masa yang agak lama dan keinginan tu pun membuak-buak maka Gee pakailah bawal dalam bentuk shawl. Hahaha. Bahagian muka tak perlu nak baiki setiap saat, pastu cepat sikit bersiapnya.

Year 2014

Tapi sesekali pakai bawal syok pulak..Walaupun tak berapa expert tapi best jugak bila berbawal ni. Tambahan pula, sekarang memang trend pakai tudung bawal dengan membulat kat bahagian muka. Hahahahaha..

Feb 2018
Korang suka pakai tudung bawal tak? Ada banyak kan trend tudung bawal sekarang. Bawal apa yang best eh? Kalau harga berpatutan dengan kualiti okey jugak! Haaa cuba korang yang suka berbawal tu tolong listkan. Hehehehe. 
Buat pertama kali Gee dengar nama GLOW GELENGGANG ni. Pada mulanya Gee ingatkan produk pemutih kulit tau, rupa-rupanya produk ni lagi bagus fungsinya untuk kulit. Jom Gee kongsikan apa yang best pasal GLOW GELENGGANG ni.

GLOW GELENGGANG merupakan produk herba organik di mana ianya diperbuat daripada 100% daripada bahan semulajadi terpilih. GLOW GELENGGANG dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah kulit seperti gatal-gatal, eczema, bisul, panau, kudis buta dan kurap.    


BAHAN-BAHAN PREMIUM GLOW GELENGGANG

GELENGGANG - Merupakan agen anti bakteria dan anti kulat. Gelenggang dikenali sebagai penawar untuk hilangkan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh eczema, ruam, kudis, kurap dan lain-lain masalah kulit.

HABBATUS SAUDA - Untuk mengurangkan keradangan pada kulit serta menyembuhkan luka luaran kulit.

MINYAK ARGAN - Berupaya melembutkan dan melicinkan kulit.

MINYAK ZAITUN - Berfungsi untuk memberi kelembapan yang lama pada kulit.

SUSU KAMBING - Untuk mencerah, melembut, melembab serta mencegah kulit kusam dan kering.

CRYSTAL MENTOL - Untuk menyejukkan kulit.

CIRI - CIRI SABUN DAN MINYAK HERBA GLOW GELENGGANG

Diformulasi daripada 100% bahan semulajadi. Ianya bebas daripada bahan kimia terlarang yang boleh memudaratkan kulit pengguna. Ianya juga sesuai untuk jenis kulit yang sensitif.

Itchy Skin Relief kerana gelenggang itu sendiri berfungsi sebagai agen anti bakteria yang kuat untuk menghilangkan gatal-gatal dan merawat penyakit kulit. 

Mewah dengan kandungan ekstrak bahan premium yang banyak, untuk kesan yang lebih efektif.

Tidak memedihkan kulit serta tidak berbau busuk. 


DAUN GELENGGANG
SET SABUN DAN MINYAK GLOW GELENGGANG

Set GLOW GELENGGANG mempunyai 2 item iaitu sabun herba dan juga minyak herba. Sabun herba bertekstur scrub ( lulur ) boleh digunakan pada muka dan badan. Menariknya, sabun herba ni kita tak perlu dah nak potong kecil-kecil kerana sabun ini tidak mudah cair dan tidak lembik. Namun, korang kena pastikan sabun ini tidak direndam dalam bekas air ye. Apa yang korang perlu lakukan, selepas guna korang perlu menyimpan di tempat yang kering. 

Minyak herba pulak boleh di sapu pada kawasan kulit yang bermasalah. Gee pun guna pada kulit Aqil sebab kulit dia sangat kering, lepas tu jadi gatal-gatal. Untuk minyak herba ini, cara penyimpanan tak boleh di tempat yang panas kerana sinaran matahari boleh mengurangkan khasiat minyak herba ini.


CARA PENGGUNAAN SABUN DAN MINYAK HERBA GLOW GELENGGANG

Semua masalah kulit di cadangkan mengambil 1 set GLOW GELENGGANG ini iaitu sabun dan minyak. Untuk masalah ruam susu pada bayi, sudah memadai menyapu minyak herba sahaja. Untuk masalah resdung pula, di cadangkan memakai sabun untuk mencuci muka sahaja. Sekiranya mengalami kegatalan pada kulit, boleh sapu dengan minyak herba.

CARA PENGGUNAAN :

  1. Guna sabun herba ketika mandi, boleh digunakan pada wajah dan badan.
  2. Picit dan sapu minyak herba selepas mandi sebelum tidur atau ketika kulit berasa gatal. 
  3. Guna set GLOW GELENGGANG secara konsisten 2 hingga 3 kali sehari untuk hasil yang optimum.
SET GLOW GELENGGANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH :
  • Lelaki dan perempuan
  • Kanak - kanak
  • Dewasa
  • Warga tua
  • Wanita hamil
HARGA

Sabun Herba ( 50gm ) 

1 Unit RM 47 
2 Unit RM 70 ( JIMAT RM 24 )
4 Unit RM 140 + FREE 1 Unit ( JIMAT RM 95 )

Minyak Herba ( 30ml )


1 Unit RM 47 
2 Unit RM 70 ( JIMAT RM 24 )

Set Sabun Herba + Minyak Herba

1 Set  RM 70 ( JIMAT RM 24 )
2 Set  RM 140 + FREE 1 Unit Sabun Herba ( JIMAT RM 95 )

*** Setiap pembelian akan menerima FREE GIFT dari Glow Gelenggang ***





CARA UNTUK DAPATKAN PRODUK GLOW GELENGGANG

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut produk GLOW GELENGGANG ini di bawah :

LAMAN WEB : http://glowgelenggang.com/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/glowgelenggang/

TELEFON : 014-544 5951


HAPPY ANNIVERSARY REVEUSE MEDISPA!!! Bersempena sambutan ulang tahun REVEUSE MEDISPA pada 27hb Januari yang lepas, Gee dan semua Team Blogger Pantai Timur di jemput untuk meriahkan majlis mereka. Alhamdulillah Gee dan rakan blogger HUSNIEY HUSAIN dapat memenuhi undangan daripada mereka. Gee bawa juga incik suami dan anak-anak manakala Husniey datang bersama suaminya. 


PERTAMA KALI DATANG KE REVEUSE MEDISPA KUALA TERENGGANU

Reveuse Medispa ni ada 3 cawangan tau iaitu dia Kuala Terengganu, Seremban dan juga Kota Bharu. Sebelum ni Gee tak pernah pergi ke medispa. Bila sekali pergi terasa nak pergi lagi je! Bukannya apa, Gee tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh Reveuse Medispa dalam merawat kulit wanita mahupun lelaki. Ye! Kaum lelaki pun boleh dapatkan rawatan kesihatan dan kecantikan di Reveuse Medispa. 


MERIAHNYA MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN REVEUSE MEDISPA

Majlis ulangtahun diserikan dengan kedatangan artis-artis tempatan yang sangat sporting dan best iaitu Nabila Razali dan As'ad Motawh. Kami juga disajikan dengan celoteh hos yang sangat nakal dan riuh iaitu Aiman Hashim dan juga Tengku Kamal. Paling bertenaga dan gempak adalah persembahan tarian daripada Thdrawks sehinggakan anak-anak Gee tak berkedip mata tengok persembahan tarian mereka. Haha!




APA SERVIS YANG DISEDIAKAN DI REVEUSE MEDISPA?

Di Reveuse Medispa, mereka menawarkan pelbagai pakej yang sesuai dengan masalah yang kita hadapi. Setiap pakej pulak akan dibuat beberapa sesi tau! Nak dapatkan kulit sihat dan cantik bukan hanya dalam tempoh sehari ye. Semuanya bermula dengan skin analisis terlebih dahulu daripada pakar. Sebelum nak rawat nak kena kenal pasti punca-punca masalah kulit yang dihidapi. Adakah kulit kita kering yang menyebabkan jeragat atau kulit berminyak menyebabkan jerawat selalu je menyinggah atau kulit normal tapi masalah tona tak sekata pulak! 


Antara servis rawatan kecantikan dan kesihatan muka yang ditawarkan di Reveuse Medispa adalah : 
  • Vshape Muka
  • Rawatan untuk naikkan seri muka atau nak bagi glowing
  • Carbon Peel
  • 24k Gold Therapy
  • Skin Therapy
  • Shinning Bright Therapy
  • Masalah jeragat
  • Clarity Facial untuk hilangkan blackhead dan whitehead
  • dan sebagainya



REVEUSE MEDISPA MEMPERKENALKAN PRODUK SENDIRI : CRYSTAL CLEANSER

Untuk permulaan pengeluaran produk baru Crystal Cleanser ini, pihak Reveuse Medispa menawarkan harga yang jauh lebih murah dari biasa. Pada hari event berlangsung, Gee dan beberapa tetamu yang bertuah ada diberikan  percuma satu Crystal Cleanser yang diletakkan di dalam goodies bag yang comel. Meh Gee share apa yang best Crystal Cleanser ni.

KELEBIHAN CRYSTAL CLEANSER REVEUSE SKINCARE

  1. Sesuai untuk semua jenis kulit ( Normal to oily skin )
  2. Mencuci sehingga ke liang pori : Membantu untuk menyegarkan kulit dan mengurangkan sebum atau minyak yang tersumbat dari dalam pori
  3. Bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan
  4. Mengandungi Hydroxy Acid yang sangat berkesan untuk membantu membuang sel-sel kulit mati, minyak berlebihan dan boleh juga dibuat sebagai make up remover
  5. Kulit lebih lembut, segar dan nampak lebih sihat




Untuk maklumat lanjut mengenai Reveuse Medispa, korang boleh terus pergi ke Reveuse Medispa sendiri atau hubungi mereka di pautan yang Gee kongsikan di bawah ni :


ALAMAT : PT 35450 TINGKAT BAWAH DATARAN AUSTIN GONG BADAK, KUALA TERENGGANU

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Reveusemedispaterengganu/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/reveusemedispa_terengganu/

EMAIL : reveusemedispa@gmail.com

TELEFON : 016-338 4886










Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab