Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Siapa peminat cadar patchwork??Gee dulu-dulu lagi memang suka sangat cadar patchwork ni tau!!Design dan warna memang memikat kalbu sungguh! TAPI bila Gee beli macam beli cadar biasa je, tak seperti di gembar gemburkan! Pastu Gee pelik lah kan kenapa orang duk viral sangat dengan cadar patchwork ni? Rupanya-rupanya ada banyak jenis tau cadar patchwork ni. Kualiti sangat berbeza dan sebab itulah ada yang menjual pada harga yang tak masuk akal! 

PATCHWORK DARI SYAQIST

Haa kalau nak tahu ada dijual sebenarnya produk patchwork yang berkualiti premium pada harga yang berpatutan. SYAQIST Patchwork ni menyediakan pelbagai produk patchwork yang sangat cantik dan juga berkualiti tinggi. Antara produk patchwork yang mereka tawarkan ialah cadar, karpet size besar, karpet size kecil, toto bayi, alas kaki, bantal bunga dan pelbagai lagi. Menariknya semua design cantik-cantik dan warna yang sangat menawan kalbu lah!


SET PREMIUM CADAR  PATCHWORK SYAQIST

Gee nak kongsikan berkenaan set cadar Syaqist ni dengan korang. Kalau tengok pilihan yang ada memang rambang mata tengok. MATERIAL CADAR SYAQIST ni 100% cotton. Sekiranya ada yang beli dan kualiti material bukan cotton, korang boleh kembalikan dan dapatkan yang baru. Jaminan kualiti cadar Syaqist ni memang tip top! JENIS cadar pula adalah jenis cantum tampal atau sulam tampal. Ini membezakan patchwork asli dengan palsu tau! Set cadar ni mengandungi 3 item iaitu 1 CADAR QUILT YANG TEBAL dan 2 SARUNG BANTAL BERZIP.


KELEBIHAN CADAR PATCHWORK SYAQIST


  • Jahitan lebih halus dan kemas
  • Material kain pure cotton berkualiti tinggi
  • Lebih tebal dari cadar yang biasa
  • Kain sejuk dan selesa dipakai
  • Melekap dan terletak di atas katil
  • Jahitan corak bunga nampak timbul
  • Bilik akan nampak lebih eksklusif, mewah dan bergaya
  • Mudah diurus dan di basuh dengan mesin basuh
  • Tebal dan boleh di pakai lama
  • Menambah keempukan tilam
  • Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang
  • Boleh dijadikan sebagai cadar pengantin


PELUANG MENYERTAI TEAM SYAQIST

Syaqist juga menyediakan peluang untuk kita menikmati faedah yang berbaloi-baloi dengan mereka. Syaqist menawarkan MEMBERSHIP & LOYALTY PROGRAM untuk kita menikmati pelbagai kelebihan. Antara faedah yang diperolehi dari program ini ialah
  • Diskaun semua item termasuk item promo
  • Hadiah hari jadi
  • Rebate RM50 untuk belian ke 11
  • Tidak perlu memperbaharui keahlian
YURAN KEAHLIAN hanya RM30 seumur hidup dan TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA.



PROMOSI KOSONG KEDAI

Syaqist dalam proses berpindah ke kedai baru so untuk memudahkan urusan, mereka sedang buat promosi BERMULA 27hb JANUARI HINGGA 31hb JANUARI 2018 SAHAJA. Korang bolehlah grab peluang harga promosi ni untuk miliki cadar patchwork premium dari Syaqist ni!

HARGA BIASA RM 195
HARGA PROMOSI RM 185
FREE POSTAGE KE SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK RM 15


CARA UNTUK DAPATKAN PRODUK PATCHWORK SYAQIST

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/patchworkmurahdanmenarik/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/patchworkmurahdanmenarik/

WHATSAPP : 018 3733749
Korang perasan tak sekarang anak-anak kecil mudah sangat terkena batuk, demam dan selsema. Kat rumah Gee ni ada 4 Geng A nak kena selalu monitor tahap kesihatan mereka. Bila pakej demam ni datang, waktu tidur mereka pun akan sama terganggu. Alhamdulillah dengan adanya Balm yang berasaskan bahan semulajadi ini, urusan Gee bertambah mudah untuk menguruskan kesihatan mereka dengan lebih baik.

Jom gee share info yang sangat best berkenaan  BALM BAYI TOK SYED . 


JOM KENALI BALM BAYI TOK SYED

Balm Bayi ini dikeluarkan oleh TOK SYED DISTRIBUTION ( TSD ). TSD mengeluarkan balm bayi ini kerana kesedaran mereka terhadap produk ibu dan anak yang banyak mengandungi bahan kimia yang merbahaya seperti paraben. Mereka telah melakukan beberapa kajian dan pembangunan produk untuk mengeluarkan produk yang selamat dan bagus untuk kegunaan bayi, kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

TSD sangat mementingkan kualiti serta mutu setiap produk yang dihasilkan. Ianya bermula dengan bahas asas yang digunakan sehinggalah penghasilan produk akhir yang dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP.


KEISTIMEWAAN BALM BAYI TOK SYED

Balm Bayi Tok Syed ini merupakan keperluan pada semua keluarga kerana ianya dapat membantu MELEGAKAN BATUK, SELSEMA DAN HIDUNG TERSUMBAT. Balm ini bukan untuk digunakan pada bayi sahaja malah ianya SELAMAT DIGUNAKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR. Bertambah istimewanya balm ini, bahan-bahan yang terkandung di dalam balm ini dapat memberi kesan yang baik bagi mereka yang mengamalkannya.

ANTARA BAHAN UTAMA BALM BAYI TOK SYED

1 )   BEESWAX ATAU LILIN LEBAH
  • Merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu masalah radang kulit.
2 )   MINYAK KELAPA DARA
  • Mempunyai pelbagai khasiat untuk dalaman serta luaran tubuh badan.
3 )   MINYAK BUNGA MATAHARI
  • Diekstrak dari bijinya yang kaya dengan nutrien yang seimbang.
4 )   PATI MINYAK LAVENDER
  • Menjadi agen utama yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan serta wangiannya yang menenangkan.



CARA PENGGUNAAN

Penggunaan balm bayi tok syed ni sangat jimat tau! Hanya sapu dan urut perlahan-lahan di kawasan yang Gee nyatakan di bawah ini :


  1. Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki.
  2. Urutan perlahan pada belakang badan.
  3. Urutan perlahan di bahagian dada.
  4. Boleh juga disapu sedikit di bahagian ' T ' muka.
TESTIMONIAL GEE SENDIRI

Beberapa hari yang lepas, Aqil terganggu tidurnya. Dia seperti tak selesa dan ada juga sedikit batuk. Gee ambil BALM BAYI TOK SYED dan urut perlahan di tapak kaki, belakang badan dan juga bahagian dada. Lepas tu Gee tidurkan Aqil macam biasa. Alhamdulillah lena tidurnya sampai ke pagi. 



PELUANG PERNIAGAAN


Tok Syed Distributions juga ada menyediakan peluang pekerjaan bagi surirumah, pelajar atau mereka yang berminat untuk jana pendapatan tambahan. TSD membina konsep rakan niaga untuk mereka yang berminat di mana konsep ini merangkumi satu sistem pengedaran yang lengkap yang dipantau oleh pihak Tok Syed Distributions. Untuk memudahkan rakan niaga, pihak TSD akan menyediakan fasiliti serta bahan pemasaran yang lengkap di samping menyediakan juga bonus tambahan sebagai galakan untuk rakan niaga untuk terus bersemangat. 

CARA UNTUK DAPATKAN BALM BAYI TOK SYED

Terdapat pelbagai cara untuk memudahkan para pelanggan atau bakal rakan niaga untuk mendapatkan info lanjut berkenaan produk BALM BAYI TO SYED ini. Korang boleh klik mana-mana pautan yang Gee kongsikan di bawah ini ye :

LAMAN WEB UTAMA : http://www.toksyed.com/

INFO BALM BAYI TOK SYED : http://www.toksyed.com/product/balm-bayi

SENARAI PENGEDAR : http://www.toksyed.com/stockist

FACEBOOK : https://www.facebook.com/toksyedori/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/toksyedori/

YOU TUBE : https://www.youtube.com/channel/UCp_nMwkF4a8kOshiZV9-48A

NO TELEFON : 016 8262990



TAHUKAH ANDA? DENGAN MENGAMBIL KAYLIZ GRANOLA 30 MINIT KE 1 JAM SEBELUM BEKERJA, BOLEH MENINGKATKAN PRESTASI KERJA ANDA!! Wow tak? Dah lah kualiti kerja tip top, kualiti pemakanan kita pun terjaga dengan elok. 


Bila pertama kali kita dengar pasal OAT, semestinya kita dah fikir rasanya yang tawar, lepas tu fikir nak makan dengan apa nak bagi rasa sedap, siap google resipi oatlah sebab ketandusan idea kan cara nak makan oat. Korang perasan tak sepatutnya oat ni menu yang sihat kan, tapi bila kita masak dengan pelbagai cara maka khasiat oat itu sendiri dah berkurang!!NO!NO!NO!

Semua tahu khasiat oat itu sendiri sangat bagus untuk sistem dalaman badan kita. Sebab itulah adanya produk bumiputera keluaran CARE LIZ RESOURCES yang beroperasi di Negeri Sembilan ini sejak 16 September 2015 ini. Istimewanya KAYLIZ GRANOLA OAT ini, kita boleh buat seperti makan snek harian! Khasiat yang terkandung dalam Kayliz Granola Oat sangat membantu Gee dan kita semua untuk mengamalkan diet yang sihat serta semestinya boleh menjadi makanan utama untuk mereka yang nak kurus!! 


RAMUAN UTAMA KAYLIZ GRANOLA OAT

OAT
Mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink  dan vitamin E berbanding bijirin yang lain.

SWEET POTATO ( Ubi Keledek Ungu )
Ubi keledek ungu ni sangat bagus tau untuk semua lapisan umur kerana khasiatnya dapat melindungi tubuh dari kerosakan hati serta menghindari dari terkena serangan jantung dan stroks.

CHIA SEED
Merupakan bijirin hebat yang mengandungi kalori dan karbohidrat yang baik untuk tenaga dan stamina. Ianya mengandungi vitamin A, B12, C serta sangat baik untuk sistem ketahanan sistem imunisasi tubuh.

MADU
Sebagai pengganti kepada gula yang dapat menurunkan risiko penyakit diabetes dan mengendalikan kadar gula dalam darah.


CARA MAKAN KAYLIZ GRANOLA OAT ini sangat mudah dan semestinya sangat sedap! Terujanya Gee bila sampai je Kayliz Granola Oat ni, terus Gee buka dan rasa. Makan macam tu pun sedap! Anak-anak Gee pun suka, mereka makan macam makan kacang! haha. Gee cuba makan dengan susu. Korang mesti cuba sebab rasanya lemak berkrim beserta crunchy di dalam mulut. Sedap yang amat! Serius! 

CADANGAN CARA PENGAMBILAN KAYLIZ GRANOLA OAT :
  • Makan begitu sahaja seperti snek harian.
  • Di tambah dengan susu segar.
  • Di makan bersama buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry, epal dan buah lain mengikut selera korang.
  • Di makan bersama buah-buahan kering seperti kismis.
  • Di campur bersama yogurt perisa asli atau berperisa buah-buahan.
  • Di buat seperti overnight oat ( simpan dalam peti semalaman bersama susu segar dan yogurt ). 


ANTARA KEBAIKAN MENGAMALKAN KAYLIS GRANOLA OAT

Kaylis Granola Oat membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan, menyihatkan jantung, seimbangkan kadar gula dalam darah, memberi tenaga serta membina tulang yang sihat.

NAK DAPATKAN DI MANA?

HARGA : RM 17.90 ( SALE RM 15.90 )

FACEBOOK : https://www.facebook.com/kaylizHQ/

WHATSAPP : 011-10906902 / 019-6255010

DIKILANGKAN OLEH :

CARE LIZ RESOURCES,
No. 1723, Lorong 40 Taman Villa Lavender Height
70450 Seremban,
Negeri Sembilan.



Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.



Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. 


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara. 
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.





Sejak usia dah masuk 3 series ni kan, Gee selalu fikirkan nak kulit sentiasa sihat dan awet muda. Siapalah yang tak nak untuk nampak sentiasa muda kan? Ish ish ish.. Selain daripada mengamalkan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat, korang tahu tak BIO OIL juga menjadi faktor pendorong untuk kita dapatkan kulit yang sihat serta cantik!

Zaman muda remaja dulu, jerawat suka benor datang menyinggah. Sekarang pun sama bila beberapa hari sebelum datang bulan tu, mesti ada seketul dua jerawat menyinggah. Singgah sahaja takpe lagi tapi masalahnya si jerawat tu siap tinggal jejak parut lagi! Kalau dibiarkan nanti akan jadi bintik-bintik hitam pulak kat atas dahi. Huhu. Tapi kan mujurlah BIO OIL dapat membantu memperbaiki kesan parut samada parut baru atau lama. Sambil sapu BIO OIL di parut jerawat boleh juga sapu kat parut jatuh basikal zaman kecik-kecik dulu. Haha! Senangkan!



Memandangkan i ols ni anak dah empat, haruslah kalau tidak banyak pun, mesti ada sedikit stretch marks atau regangan kulit di bahagian perut dan peha. Pada mereka yang belum berkenalan dengan si stretch marks di kulit badan mereka, lebih baik sekiranya korang ambil langkah penjagaan yang awal. Untuk ibu mengandung, korang boleh mulakan sapuan BIO OIL dari permulaan trimester ke dua. Sapukan BIO OIL di sekitar perut dan peha di mana ianya merupakan bahagian yang sangat mudah terjadinya regangan kulit. 

Kenapa perlu menggunakan BIO OIL dari awal mengandung lagi? Ini kerana BIO OIL membantu mengurangkan kemungkinan kesan regangan yang terbentuk semasa mengandung, tempoh tumbesaran remaja yang cepat dan pertambahan berat badan yang mendadak serta membantu memperbaiki kesan regangan kulit yang sedia ada. 


Selain itu, BIO OIL juga membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata sama ada untuk kulit cerah ataupun kulit gelap. Sapuan nipis BIO OIL mampu melicinkan dan menegangkan kulit yang mengalami proses penuaan serta kedutan di muka dan badan serta membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Rumusan formulasi BIO OIL sangat dijamin kualitinya tau kerana hanya menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan juga vitamin-vitamin daripada asas minyak asli.  Ia mengandungi ramuan unggul  PurCellin Oil™, yang mengurangkan ketumpatan formulasi dan menjadikan ianya mudah serap, ringan dan tidak berminyak.


CARA SAPUAN : SAPUKAN DUA KALI SEHARI BAGI TEMPOH MINIMUM TIGA BULAN. Kesan mungkin berbeza bergantung pada individu. So kalau nak result yang baik, cadangan Gee korang mesti konsisten pakai okeh!!

Kat mana nak beli? Mudahnya BIO OIL ni korang boleh je beli di mana-mana farmasi seperti Guardian dan Watsons di seluruh Malaysia. Bio Oil ni ada 3 size tau! 
  
60ml = RM 34.95
125ml = RM 58.25
200ml = RM 79.45

3 pilihan size BIO OIL memudahkan untuk kita bawa pergi travel, simpan di rumah dan semestinya boleh digunakan oleh semua ahli keluarga. Gee pun sapu BIO OIL pada parut anak-anak yang jatuh basikal lah, biasalah kan anak-anak sedang membesar! Selain itu Gee juga guna BIO OIL sebagai medium pelembab pada kulit kami sekeluarga. Menarikkan?

Korang pernah cuba BIO OIL? 
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab