Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review

Sejak usia dah masuk 3 series ni kan, Gee selalu fikirkan nak kulit sentiasa sihat dan awet muda. Siapalah yang tak nak untuk nampak sentiasa muda kan? Ish ish ish.. Selain daripada mengamalkan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat, korang tahu tak BIO OIL juga menjadi faktor pendorong untuk kita dapatkan kulit yang sihat serta cantik!

Zaman muda remaja dulu, jerawat suka benor datang menyinggah. Sekarang pun sama bila beberapa hari sebelum datang bulan tu, mesti ada seketul dua jerawat menyinggah. Singgah sahaja takpe lagi tapi masalahnya si jerawat tu siap tinggal jejak parut lagi! Kalau dibiarkan nanti akan jadi bintik-bintik hitam pulak kat atas dahi. Huhu. Tapi kan mujurlah BIO OIL dapat membantu memperbaiki kesan parut samada parut baru atau lama. Sambil sapu BIO OIL di parut jerawat boleh juga sapu kat parut jatuh basikal zaman kecik-kecik dulu. Haha! Senangkan!



Memandangkan i ols ni anak dah empat, haruslah kalau tidak banyak pun, mesti ada sedikit stretch marks atau regangan kulit di bahagian perut dan peha. Pada mereka yang belum berkenalan dengan si stretch marks di kulit badan mereka, lebih baik sekiranya korang ambil langkah penjagaan yang awal. Untuk ibu mengandung, korang boleh mulakan sapuan BIO OIL dari permulaan trimester ke dua. Sapukan BIO OIL di sekitar perut dan peha di mana ianya merupakan bahagian yang sangat mudah terjadinya regangan kulit. 

Kenapa perlu menggunakan BIO OIL dari awal mengandung lagi? Ini kerana BIO OIL membantu mengurangkan kemungkinan kesan regangan yang terbentuk semasa mengandung, tempoh tumbesaran remaja yang cepat dan pertambahan berat badan yang mendadak serta membantu memperbaiki kesan regangan kulit yang sedia ada. 


Selain itu, BIO OIL juga membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata sama ada untuk kulit cerah ataupun kulit gelap. Sapuan nipis BIO OIL mampu melicinkan dan menegangkan kulit yang mengalami proses penuaan serta kedutan di muka dan badan serta membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Rumusan formulasi BIO OIL sangat dijamin kualitinya tau kerana hanya menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan juga vitamin-vitamin daripada asas minyak asli.  Ia mengandungi ramuan unggul  PurCellin Oil™, yang mengurangkan ketumpatan formulasi dan menjadikan ianya mudah serap, ringan dan tidak berminyak.


CARA SAPUAN : SAPUKAN DUA KALI SEHARI BAGI TEMPOH MINIMUM TIGA BULAN. Kesan mungkin berbeza bergantung pada individu. So kalau nak result yang baik, cadangan Gee korang mesti konsisten pakai okeh!!

Kat mana nak beli? Mudahnya BIO OIL ni korang boleh je beli di mana-mana farmasi seperti Guardian dan Watsons di seluruh Malaysia. Bio Oil ni ada 3 size tau! 
  
60ml = RM 34.95
125ml = RM 58.25
200ml = RM 79.45

3 pilihan size BIO OIL memudahkan untuk kita bawa pergi travel, simpan di rumah dan semestinya boleh digunakan oleh semua ahli keluarga. Gee pun sapu BIO OIL pada parut anak-anak yang jatuh basikal lah, biasalah kan anak-anak sedang membesar! Selain itu Gee juga guna BIO OIL sebagai medium pelembab pada kulit kami sekeluarga. Menarikkan?

Korang pernah cuba BIO OIL? 
GRAND OPENING WISMA FELLERA BEAUTY di Kuala Terengganu telah diadakan pada 29 dan 30 Disember 2017 ( Jumaat dan Sabtu ) yang lepas. Seminggu pertama di tahun baru sangat sibuk menguruskan perihal anak-anak masuk sekolah, ni baru berkesempatan untuk update Event Fellera Beauty yang Gee hadiri.

UNDANGAN DARI KAWAN BAIK

Gee dapat jemputan dari kawan baik Gee, Ida yang merupakan dropship produk Fellera Beauty. Ada banyak aktiviti menarik yang diadakan bersempena pembukaan rasmi Wisma Fellera Beauty. Antara aktiviti yang di adakan di sepanjang 2 hari tersebut ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah, slot selfie bersama artis undangan dan sebagainya.


MOMENTS GRAND OPENING WISMA FELLERA BEAUTY

Pengasas Fellera Beauty atau dikenali sebagai Madam Khyra telah menjemput artis drama hot sekarang iaitu Shafiq Kyle pada hari ke dua majlis tersebut. Nasiblah si Syafiq Kyle tunggu Gee tau untuk selfie. Walaupun I ols sampai petang tapi Syafiq tetap sabar menunggu i ols! kahkahkah!! Jom layan beberapa moments yang sempat Gee snap dan juga perkongsian dari Ida sepanjang event tersebut.









JOM KENALI PRODUK DARI FELLERA BEAUTY

Terdapat pelbagai rangkaian produk keluaran Fellera Beauty! From head to toe semua lengkap! Setiap satu produk mereka mempunyai keunikan tersendiri. Meh Gee share apa yang ada.

SKINCARE

  • Face Relaxing Treatment ( Scrub )
  • Daisy Face Bar ( Cleanser )
  • Grebea Masker ( Face Masker )
  • Scar Powder
  • Jadore Whity Flash ( Face Serum )
  • Beau'Aimer Skincare ( Cleanser, Toner, Mosturizer, Night Cream )
BODYCARE
  • Scrub Beras Soya ( Body Scrub )
  • Slimming Scrub ( Body Scrub )
  • Bianca Body Bar ( Body Soap )
  • Terra Body Butter ( Body Lotion )
  • Lady'Vierge ( Feminine Wash )
SUPPLEMENT
  • Bell'Rossa Premium ( For Women )
  • Juvent ( For Men )
  • Faire'Amour ( For Whitening )
COSMETICS
  • Parfait Sponge ( Foundation )
  • Ladymour Spray ( For Glowing )
  • Hermosa ( Loose Powder )
  • Vanessa ( Lip Matte )
PERFUME
  • Feel The Aura
  • Come Closer

Sekiranya korang berminat untuk mengetahui info lanjut berkenaan produk Fellera Beauty, korang boleh click je pautan yang Gee sediakan kat bawah ni ye. Jangan lupa bagitahu korang dari reader BLOG SIS GEE tau!!Mana tahu ada rezeki dapat hadiah istimewa nanti kan.. Hehe..

FACEBOOK : << IDA NSH >>

INSTAGRAM : << IDA_NSH >>



THANK YOU
AND
CONGRATULATIONS FELLERA BEAUTY!!



Entry kalini Gee nak berkongsi dengan korang tentang pembekal sandwich di Kuala Lumpur iaitu ASHRIN FOOD. Gee ni penggemar sandwich tau! Kalau ada sekitar Kuala Terengganu harus dah order ni buat makan bersama keluarga kat rumah. 


JOM KENAL ASHRIN FOOD

Ashrin Food merupakan pembekal sandwich terbaik di Kuala Lumpur kerana menjanjikan kualiti dan kepuasan untuk setiap pelanggan mereka. Produk Ashrin Food merupakan produk bumiputera so memang terjamin bersih dan halal. 

KENAPA PERLU MEMILIH SANDWICH ASHRIN FOOD?

Terdapat 10 pilihan jenis Sandwich Ashrin yang anda wajib cuba!

1. Tuna
2. Ayam/Chicken 
3. Sardin 
4. Fish 
5. Crab 
6. Prawn 
7. Egg Mayo/Telur 
8. Vege 
9. Coeslow 
10. Cheese/Keju

Korang boleh pilih kategori Sandwich yang korang suka iaitu:
  • Mini(Box) 
  • Normal (Box) 
  • SuperBig (Box) 
  • Ala-carte



KEISTIMEWAAN SANDWICH ASHRIN FOOD
  • Boleh pilih atau request nak sayur, tanpa sayur, nak pedas atau pun normal.
  • Roti yang sedap dan tebal, tidak keras dan tidak terlalu lembut.
  • Inti dimasak terlebih dahulu mencapai citarasa anda.
  • Inti tebal dan sedap sehingga makan berkali-kali.
  • Kotak sandwich & packaging yang berkualiti dan menarik.
  • Mempunyai ketahanan / tarikh luput. Tidak akan was-was dan ragu-ragu jika jual ditempat anda.
  • Free notes/wishes jika anda mahu hantar kepada seseorang.
  • Free gift |other menu| jika pembelian melebihi RM100 ke atas.

CARA PEMBELIAN


1. Korang boleh terus whatsapp 0124746867

ATAU

2. Email : ashrinfood@gmail.com

ATAU

3. Pembelian menerusi Facebook : ASHRIN FOOD


JANA PENDAPATAN BERSAMA ASHRIN FOOD

Untuk mereka yang berminat untuk menjana pendapatan, pihak Ashrin Food sangat mengalu-alukan korang untuk menyertai team mereka. Untuk belian borong serta jualan kepada agent, Ashrin Food menawarkan kadar harga yang lagi murah dan berbaloi-baloi. Untuk keterangan lanjut, korang boleh hubungan mereka atau boleh juga layari lawan web Ashrin Food serta pautan sosial media yang lain.

LAMAN WEB : ASHRIN FOOD

FACEBOOK : https://www.facebook.com/PembekalSandwich/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/ashrin_food/
Sesekali mengenangkan zaman bergelar blogger syok sendiri suatu ketika dahulu. Yes! I am a blogger yang syok sendiri tau suatu ketika dahulu!! Kalau tengok kat archive blog Sis Gee, blog ni lahir pada Ogos 2017 kan? Sebelum tu Gee dah bergelar blogger since 2009 macam tu. Tapi disebabkan beberapa masalah memandai-mandai edit code template, bila nak make over blog jadi ke problem pulak. Plus bila fikirkan nak start a new life dengan blogging so blog lama simpan je dulu. Sekarang Gee fokus pada blog ni sahaja. Memang sayang, tapi berbaloi lah pulak bila Gee betul-betul focus blogging dengan cara yang betul.


Nak tahu kenapa Gee gelarkan diri sendiri sebagai BLOGGER SYOK SENDIRI? Aku dahulu sangat berbeza dengan sekarang! Kalau nak selamat jangan buat apa yang Gee lakukan suatu ketika dahulu ni ye. Haha!

BLOGGER MESTI JAUHI 5 PERKARA INI

1. TULIS DIARY SETIAP HARI

Seandainya kita ni public figure mesti ramai yang nak tahu apa aktiviti kita sepanjang hari. Silap Gee  dulu, Gee suka buat blog macam diary! Macamlah retis kan! Sebab tu macam syok sendiri! Hahaha! Suka berkongsi aktiviti yang takde manfaat untuk pembaca. So orang cuma singgah sekali je baca entry tu. Sebaliknya sekiranya entry seperti diary tapi kita buat seperti berkongsi info, manfaat kepada readers maka orang akan kerap baca entry kita itu. 

2. BERKAWAN DENGAN BLOGGER

Sejujurnya dulu Gee lone ranger dalam blogging! Langsung takde contact dengan blogger lain. Rupa-rupanya penting juga untuk kita berkawan dengan blogger kerana dari sini kita dapat tahu pelbagai ilmu blogging yang kita langsung tak tahu!!Owh ruginya kan! Bila ada blogger bagi pendapat tentang blog kita, cuba ubah mana yang elok untuk blog kita. Yang untung blog kita juga nanti. So berkawanlah seramai mana blogger yang boleh ye. Hehehe.

3. TULIS ENTRY PENDEK

Nak jadi blogger yang hebat kena rajin menulis, menaip. Gee dulu suka juga guna short forms, bercerita dengan ringkas, dan pendek! Salah rupanya cara sebegitu! Sepatutnya, apa yang kita tulis perlu mempunyai maklumat yang lengkap, huraian yang padat serta gambaran yang jelas. Biar sampai orang tertarik untuk terus membaca entry kita seterusnya dan seterusnya.

4. BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENDAPAT

Salah satu tugas seorang blogger adalah memberitahu atau menyampaikan maklumat kepada pembaca samada pembaca itu datang dari carian google atau pun daripada media sosial facebook dan instagram. Kesilapan seorang blogger adalah hanya menulis tentang sesuatu tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Setiap entry perlu di kaji juga tau!! Seperti contoh entry kita pergi holiday dengan keluarga di sebuah pulau. Untuk bercerita di blog, kita perlu buat kajian senarai kemudahan yang disediakan, aktiviti di pulau, apa yang perlu di bawa, perancangan kewangan dan sebagainya. Ini akan memberi maklumat kepada mereka yang bakal pergi ke pulau itu juga nanti. Seorang blogger yang hebat bukan sekadar menulis cerita pengalaman sendiri sepanjang di pulau tapi berkongsi maklumat dan pendapat yang berguna untuk pembaca.

5. MALAS BLOGWALKING

Ini aku dahulu tau!! Jangan ikot perangai Gee ni.. Sebab tu tulis blog, pv tak sampai 50 sehari. Malu wei! Haha.. Tak siapa nak menyinggah kalau dah kita malas nak menjenguk ke rumah orang. Ni kes untuk blogger baru nak up macam Gee ye. Nak orang kenal kita, kita kena perkenalkan diri sendiri dahulu. Ada masa terluang, cuba blogwalking at least ke 5 blog sehari, dari blogwalking ni akan terjalin satu hubungan baik sesama blogger tau!   

Gee dapat inspirasi nak kongsi tips ni apabila rakan blogger dari Team Blogger Pantai Timur, Sis Hawa ada berkongsi berkenaan TIPS MENULIS REVIEW DI BLOG. Thank you awa sudi share tips yang bagus dan berguna untuk blogger baru macam Gee!

BACA SINI << SERVIS REVIEW PRODUK DI BLOG DAN CARA MENULISNYA >> 

Apa pendapat korang pasal BLOG SIS GEE? Adakah daku masih blogger syok sendiri?? Gee sedia terima pendapat yang membina tau!! No heart feeling! Haha!
Minggu lepas, Gee dan family pergi ke Giant nak beli keperluan sekolah Arsyad dan Amani. Tengah duk belek-belek barang, si Amani mengadu sakit dada. Ni kali ke dua jadi macam ni. Dia tolak troli kereta mainan tu, si Aqil duduk dalam kereta tu. Mungkin dia duk main tolak troli laju-laju ke pastu jadi mengah gitu. 

Terus suruh Amani duduk je dalam troley, bagi phone suruh dia tengok video. Kononnya nak bagi dia cool sebab tak fikirkan sakit tu. Hahaha. Tak menjadi phsycologiku! 

Tetiba Gee teringat movie omputeh kat HBO atau FOX MOVIES lupa dah tajuk apa. Dalam movie tu anak si ibu ni kena culik. Tiba-tiba anak dia kena asma, pastu penculik call si ibu. Si ibu menyuruh penculik bagi dia hidu kopi ke bagi minum (pun dah lupa!) kat anak dia. Tujuannya untuk melegakan serangan asma sementara bekalan ubat diberi.


KOPIKO PENYELAMAT AMANI

Memandangkan masa tu husband dah pun settle bayar kat kaunter, Gee pun cuba cari coklat kopi kat kaunter customer services Giant. Mujurlah ada beberapa ketul je lagi coklat kopiko tu. terus beli dan bagi Amani makan. Anak yang lain mau tak sibuk?Semua pakat nak jugak laaaa... Adeh.. Lepas makan seketul, dalam 15 minit tu dia dah rasa sedikit lega. Sakit dada pun dah berkurang dan semput pun dah takde. Gee bagi lagi seketul. Tak lama tu dia rasa okey sepenuhnya. Alhamdulillah.

Kat rumah, anak-anak Gee memang tak minum air kopi. Kami memang tak bagi sebab kafein kopi agak tinggi kan. Kalau tanya memang nak lah sebab budak-budak ni benda yang kita tak bagi, itulah yang dia nak sangat!

Anak-anak sedang membesar ni makin banyak ragam dia. Betullah orang kata makin besar seorang anak, makin besar dugaan mak ayah.

Nanti nak kena check up Amani kat klinik untuk tahu dia ada asma atau tak. Doakan kesihatan anak-anak kita semua. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa. Amin..
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab