Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
GRAND OPENING WISMA FELLERA BEAUTY di Kuala Terengganu telah diadakan pada 29 dan 30 Disember 2017 ( Jumaat dan Sabtu ) yang lepas. Seminggu pertama di tahun baru sangat sibuk menguruskan perihal anak-anak masuk sekolah, ni baru berkesempatan untuk update Event Fellera Beauty yang Gee hadiri.

UNDANGAN DARI KAWAN BAIK

Gee dapat jemputan dari kawan baik Gee, Ida yang merupakan dropship produk Fellera Beauty. Ada banyak aktiviti menarik yang diadakan bersempena pembukaan rasmi Wisma Fellera Beauty. Antara aktiviti yang di adakan di sepanjang 2 hari tersebut ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah, slot selfie bersama artis undangan dan sebagainya.


MOMENTS GRAND OPENING WISMA FELLERA BEAUTY

Pengasas Fellera Beauty atau dikenali sebagai Madam Khyra telah menjemput artis drama hot sekarang iaitu Shafiq Kyle pada hari ke dua majlis tersebut. Nasiblah si Syafiq Kyle tunggu Gee tau untuk selfie. Walaupun I ols sampai petang tapi Syafiq tetap sabar menunggu i ols! kahkahkah!! Jom layan beberapa moments yang sempat Gee snap dan juga perkongsian dari Ida sepanjang event tersebut.









JOM KENALI PRODUK DARI FELLERA BEAUTY

Terdapat pelbagai rangkaian produk keluaran Fellera Beauty! From head to toe semua lengkap! Setiap satu produk mereka mempunyai keunikan tersendiri. Meh Gee share apa yang ada.

SKINCARE

  • Face Relaxing Treatment ( Scrub )
  • Daisy Face Bar ( Cleanser )
  • Grebea Masker ( Face Masker )
  • Scar Powder
  • Jadore Whity Flash ( Face Serum )
  • Beau'Aimer Skincare ( Cleanser, Toner, Mosturizer, Night Cream )
BODYCARE
  • Scrub Beras Soya ( Body Scrub )
  • Slimming Scrub ( Body Scrub )
  • Bianca Body Bar ( Body Soap )
  • Terra Body Butter ( Body Lotion )
  • Lady'Vierge ( Feminine Wash )
SUPPLEMENT
  • Bell'Rossa Premium ( For Women )
  • Juvent ( For Men )
  • Faire'Amour ( For Whitening )
COSMETICS
  • Parfait Sponge ( Foundation )
  • Ladymour Spray ( For Glowing )
  • Hermosa ( Loose Powder )
  • Vanessa ( Lip Matte )
PERFUME
  • Feel The Aura
  • Come Closer

Sekiranya korang berminat untuk mengetahui info lanjut berkenaan produk Fellera Beauty, korang boleh click je pautan yang Gee sediakan kat bawah ni ye. Jangan lupa bagitahu korang dari reader BLOG SIS GEE tau!!Mana tahu ada rezeki dapat hadiah istimewa nanti kan.. Hehe..

FACEBOOK : << IDA NSH >>

INSTAGRAM : << IDA_NSH >>



THANK YOU
AND
CONGRATULATIONS FELLERA BEAUTY!!



Entry kalini Gee nak berkongsi dengan korang tentang pembekal sandwich di Kuala Lumpur iaitu ASHRIN FOOD. Gee ni penggemar sandwich tau! Kalau ada sekitar Kuala Terengganu harus dah order ni buat makan bersama keluarga kat rumah. 


JOM KENAL ASHRIN FOOD

Ashrin Food merupakan pembekal sandwich terbaik di Kuala Lumpur kerana menjanjikan kualiti dan kepuasan untuk setiap pelanggan mereka. Produk Ashrin Food merupakan produk bumiputera so memang terjamin bersih dan halal. 

KENAPA PERLU MEMILIH SANDWICH ASHRIN FOOD?

Terdapat 10 pilihan jenis Sandwich Ashrin yang anda wajib cuba!

1. Tuna
2. Ayam/Chicken 
3. Sardin 
4. Fish 
5. Crab 
6. Prawn 
7. Egg Mayo/Telur 
8. Vege 
9. Coeslow 
10. Cheese/Keju

Korang boleh pilih kategori Sandwich yang korang suka iaitu:
  • Mini(Box) 
  • Normal (Box) 
  • SuperBig (Box) 
  • Ala-carte



KEISTIMEWAAN SANDWICH ASHRIN FOOD
  • Boleh pilih atau request nak sayur, tanpa sayur, nak pedas atau pun normal.
  • Roti yang sedap dan tebal, tidak keras dan tidak terlalu lembut.
  • Inti dimasak terlebih dahulu mencapai citarasa anda.
  • Inti tebal dan sedap sehingga makan berkali-kali.
  • Kotak sandwich & packaging yang berkualiti dan menarik.
  • Mempunyai ketahanan / tarikh luput. Tidak akan was-was dan ragu-ragu jika jual ditempat anda.
  • Free notes/wishes jika anda mahu hantar kepada seseorang.
  • Free gift |other menu| jika pembelian melebihi RM100 ke atas.

CARA PEMBELIAN


1. Korang boleh terus whatsapp 0124746867

ATAU

2. Email : ashrinfood@gmail.com

ATAU

3. Pembelian menerusi Facebook : ASHRIN FOOD


JANA PENDAPATAN BERSAMA ASHRIN FOOD

Untuk mereka yang berminat untuk menjana pendapatan, pihak Ashrin Food sangat mengalu-alukan korang untuk menyertai team mereka. Untuk belian borong serta jualan kepada agent, Ashrin Food menawarkan kadar harga yang lagi murah dan berbaloi-baloi. Untuk keterangan lanjut, korang boleh hubungan mereka atau boleh juga layari lawan web Ashrin Food serta pautan sosial media yang lain.

LAMAN WEB : ASHRIN FOOD

FACEBOOK : https://www.facebook.com/PembekalSandwich/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/ashrin_food/
Sesekali mengenangkan zaman bergelar blogger syok sendiri suatu ketika dahulu. Yes! I am a blogger yang syok sendiri tau suatu ketika dahulu!! Kalau tengok kat archive blog Sis Gee, blog ni lahir pada Ogos 2017 kan? Sebelum tu Gee dah bergelar blogger since 2009 macam tu. Tapi disebabkan beberapa masalah memandai-mandai edit code template, bila nak make over blog jadi ke problem pulak. Plus bila fikirkan nak start a new life dengan blogging so blog lama simpan je dulu. Sekarang Gee fokus pada blog ni sahaja. Memang sayang, tapi berbaloi lah pulak bila Gee betul-betul focus blogging dengan cara yang betul.


Nak tahu kenapa Gee gelarkan diri sendiri sebagai BLOGGER SYOK SENDIRI? Aku dahulu sangat berbeza dengan sekarang! Kalau nak selamat jangan buat apa yang Gee lakukan suatu ketika dahulu ni ye. Haha!

BLOGGER MESTI JAUHI 5 PERKARA INI

1. TULIS DIARY SETIAP HARI

Seandainya kita ni public figure mesti ramai yang nak tahu apa aktiviti kita sepanjang hari. Silap Gee  dulu, Gee suka buat blog macam diary! Macamlah retis kan! Sebab tu macam syok sendiri! Hahaha! Suka berkongsi aktiviti yang takde manfaat untuk pembaca. So orang cuma singgah sekali je baca entry tu. Sebaliknya sekiranya entry seperti diary tapi kita buat seperti berkongsi info, manfaat kepada readers maka orang akan kerap baca entry kita itu. 

2. BERKAWAN DENGAN BLOGGER

Sejujurnya dulu Gee lone ranger dalam blogging! Langsung takde contact dengan blogger lain. Rupa-rupanya penting juga untuk kita berkawan dengan blogger kerana dari sini kita dapat tahu pelbagai ilmu blogging yang kita langsung tak tahu!!Owh ruginya kan! Bila ada blogger bagi pendapat tentang blog kita, cuba ubah mana yang elok untuk blog kita. Yang untung blog kita juga nanti. So berkawanlah seramai mana blogger yang boleh ye. Hehehe.

3. TULIS ENTRY PENDEK

Nak jadi blogger yang hebat kena rajin menulis, menaip. Gee dulu suka juga guna short forms, bercerita dengan ringkas, dan pendek! Salah rupanya cara sebegitu! Sepatutnya, apa yang kita tulis perlu mempunyai maklumat yang lengkap, huraian yang padat serta gambaran yang jelas. Biar sampai orang tertarik untuk terus membaca entry kita seterusnya dan seterusnya.

4. BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENDAPAT

Salah satu tugas seorang blogger adalah memberitahu atau menyampaikan maklumat kepada pembaca samada pembaca itu datang dari carian google atau pun daripada media sosial facebook dan instagram. Kesilapan seorang blogger adalah hanya menulis tentang sesuatu tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Setiap entry perlu di kaji juga tau!! Seperti contoh entry kita pergi holiday dengan keluarga di sebuah pulau. Untuk bercerita di blog, kita perlu buat kajian senarai kemudahan yang disediakan, aktiviti di pulau, apa yang perlu di bawa, perancangan kewangan dan sebagainya. Ini akan memberi maklumat kepada mereka yang bakal pergi ke pulau itu juga nanti. Seorang blogger yang hebat bukan sekadar menulis cerita pengalaman sendiri sepanjang di pulau tapi berkongsi maklumat dan pendapat yang berguna untuk pembaca.

5. MALAS BLOGWALKING

Ini aku dahulu tau!! Jangan ikot perangai Gee ni.. Sebab tu tulis blog, pv tak sampai 50 sehari. Malu wei! Haha.. Tak siapa nak menyinggah kalau dah kita malas nak menjenguk ke rumah orang. Ni kes untuk blogger baru nak up macam Gee ye. Nak orang kenal kita, kita kena perkenalkan diri sendiri dahulu. Ada masa terluang, cuba blogwalking at least ke 5 blog sehari, dari blogwalking ni akan terjalin satu hubungan baik sesama blogger tau!   

Gee dapat inspirasi nak kongsi tips ni apabila rakan blogger dari Team Blogger Pantai Timur, Sis Hawa ada berkongsi berkenaan TIPS MENULIS REVIEW DI BLOG. Thank you awa sudi share tips yang bagus dan berguna untuk blogger baru macam Gee!

BACA SINI << SERVIS REVIEW PRODUK DI BLOG DAN CARA MENULISNYA >> 

Apa pendapat korang pasal BLOG SIS GEE? Adakah daku masih blogger syok sendiri?? Gee sedia terima pendapat yang membina tau!! No heart feeling! Haha!
Minggu lepas, Gee dan family pergi ke Giant nak beli keperluan sekolah Arsyad dan Amani. Tengah duk belek-belek barang, si Amani mengadu sakit dada. Ni kali ke dua jadi macam ni. Dia tolak troli kereta mainan tu, si Aqil duduk dalam kereta tu. Mungkin dia duk main tolak troli laju-laju ke pastu jadi mengah gitu. 

Terus suruh Amani duduk je dalam troley, bagi phone suruh dia tengok video. Kononnya nak bagi dia cool sebab tak fikirkan sakit tu. Hahaha. Tak menjadi phsycologiku! 

Tetiba Gee teringat movie omputeh kat HBO atau FOX MOVIES lupa dah tajuk apa. Dalam movie tu anak si ibu ni kena culik. Tiba-tiba anak dia kena asma, pastu penculik call si ibu. Si ibu menyuruh penculik bagi dia hidu kopi ke bagi minum (pun dah lupa!) kat anak dia. Tujuannya untuk melegakan serangan asma sementara bekalan ubat diberi.


KOPIKO PENYELAMAT AMANI

Memandangkan masa tu husband dah pun settle bayar kat kaunter, Gee pun cuba cari coklat kopi kat kaunter customer services Giant. Mujurlah ada beberapa ketul je lagi coklat kopiko tu. terus beli dan bagi Amani makan. Anak yang lain mau tak sibuk?Semua pakat nak jugak laaaa... Adeh.. Lepas makan seketul, dalam 15 minit tu dia dah rasa sedikit lega. Sakit dada pun dah berkurang dan semput pun dah takde. Gee bagi lagi seketul. Tak lama tu dia rasa okey sepenuhnya. Alhamdulillah.

Kat rumah, anak-anak Gee memang tak minum air kopi. Kami memang tak bagi sebab kafein kopi agak tinggi kan. Kalau tanya memang nak lah sebab budak-budak ni benda yang kita tak bagi, itulah yang dia nak sangat!

Anak-anak sedang membesar ni makin banyak ragam dia. Betullah orang kata makin besar seorang anak, makin besar dugaan mak ayah.

Nanti nak kena check up Amani kat klinik untuk tahu dia ada asma atau tak. Doakan kesihatan anak-anak kita semua. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa. Amin..
Assalamualaikum..

Hi semua!


Wow sangat entry yang Gee nak kongsikan kalini. Siapa tak rasa WOW bila dapat peluang BUAT DUIT SECARA PERCUMA!!! Dahlah tanpa mengeluarkan satu sen modal, pastu hasil jualan 100% hak milik kita!!

JOM BERKENALAN DENGAN WOW SKIN SERUM

Wow Skin Serum merupakan serum yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana ianya diformulasikan tanpa bahan terlarang seperti mercury atau hydroquinone. Ianya digunakan pada wajah dan boleh juga di sapu pada bahagian kulit yang lain. Gee sangat tertarik apabila serum ini sangat selamat di gunakan oleh kaum ibu yang hamil dan juga ibu yang menyusu. 

Selain itu, untuk mereka yang suka make up, Wow Skin boleh menjadikan make up korang tahan lama serta membantu melembabkan kulit wajah. Serum Wow Skin ni juga sangat ringan pada wajah tanpa rasa melekit dan berminyak sepanjang hari.

SET SERUM WOW SKIN

Set Serum Wow Skin terdiri daripada DAY SERUM dan NIGHT SERUM di mana serum ini dilengkapi dengan Vitamin A, B3, C, D dan E yang disarankan oleh pakar kulit terkemuka. 


DAY SERUM

Day Serum Wow Skin digunakan pada waktu pagi. Ianya mengandungi Vitamin B3, C dan E.

Manfaat untuk kulit daripada pemakaian Day Serum :

Vitamin B3 :

  • Membantu menghilangkan kemerahan akibat dari keradangan kulit ataupun jerawat.
  • Membantu meningkatkan ketahanan sistem imun kulit wajah anda.
  • Membantu mengehadkan penghasilan radikal bebas pada kulit yang menjadi punca kulit tidak sihat.
  • Membantu memastikan wajah anda semakin glowing secara semulajadi.
Vitamin C :
  • Membantu meningkatkan penghasilan kolagen kulit anda secara semulajadi.
  • Membantu memperbaiki tekstur kulit anda agar semakin rata.
  • Membantu memastikan kelembapan kulit berada di tahap optimum.
Vitamin E :
  • Membantu memudarkan kesan gelap pada wajah dengan berkesan.
  • Membantu menegangkan kulit yang semakin kendur akibat faktor penuaan.
  • Membantu menghilangkan kesan sunburn yang anda alami akibat cuaca terik.


NIGHT SERUM

Night Serum Wow Skin pula digunakan pada waktu malam. Ianya mengandungi Vitamin A dan D.

Manfaat untuk kulit daripada pemakaian Night Serum :

Vitamin A :

  • Membantu melambatkan proses penuaan kulit anda dengan berkesan.
  • Membantu menjadikan kulit anda semakin lembut dan gebu.
  • Membantu memastikan kulit anda tidak kering selepas seharian anda terkena cahaya matahari.
  • Membantu mengurangkan kadar penghasilan sebum atau minyak pada wajah anda.
Vitamin D :
  • Membantu mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat.
  • Membantu memastikan sel kulit anda sentiasa diperbaiki pada kadar lebih optimum.
  • Membantu mengurangkan keradangan kulit yang anda alami.



Berikut Gee kongsikan cara penggunaan Wow Skin ini. Dengan penjagaan dan aturan yang betul, korang akan rasa perbezaannya seawal 2 bulan penggunaan.



TESTIMONI PENGGUNA YANG SANGAT WOW!








CARA MUDAH DAPAT DUIT PERCUMA!

Dah berkenalankan dengan Wow Skin. So Gee nak share apa yang duk viral sangat pasal duit percuma tu..Wow Skin Malaysia sekarang  sedang mengadakan contest #makeMONEYchallenge tau! Nak tahu caranya?


Berikut merupakan details mengenai contest #makeMONEYchallenge ini.

Terma & Syarat CONTEST #makeMONEYchallenge :

1. WAJIB jual harga diskaun WOWSKIN (RM62 + RM8) = TOTAL RM70 per unit.
2. Wang RM70 WAJIB di transfer kepada HQ terlebih dahulu untuk memastikan tiada aktiviti yang tidak sihat seperti "MAIN HARGA".
3. Wang "SALES" peserta akan di pulangkan semula pada 30.01.2018.
4. RM8 postage yang di charge kepada pelanggan tidak akan di kembalikan kepada peserta.
5. Sales SAH bermula pada 05.01.2018.
6. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia termasuk agen, dropship, dan stokis sedia ada.
7. Anda tidak perlu simpan stok, hanya submit order di sistem kami. HQ akan poskan serta update tracking no untuk anda.
8. Anda boleh promosi gunakan apa jua cara asalkan tidak menyalahi etika dan undang-undang.
9. Untuk video atau gambar WOWSKIN, anda boleh dapatkan di :
Instagram : @wowskin.official
Fanpage: WOWskin HQ
#makeMONEYchallenge
#wowskin
#flawlesswithvitamins
10. Peserta harus mendaftar di link system OFFICIAL WOWSKIN : dropship.wowskin.my/register
11. Bagi yang pernah mendaftar dahulu, sila daftar semula pada link yang diberikan.

Kalau korang tengok video yang Gee sertakan ni lagi mudah korang faham contest #makeMONEYchallenge ini.





Amacam menarik tak? Jom ajak kawan-kawan, keluarga semua ambil peluang untuk menyertai contest #makeMONEYchallenge. Nak beli untuk diri sendiri pun boleh, nak hadiahkan kat mereka tersayang pun boleh!! Nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh klik pautan kat bawah ni ye.

WEBSITE : WOWSKIN MALAYSIA

FACEBOOK : WOWSkin HQ

INSTAGRAM : @WOWSKIN.OFFICIAL








Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab