Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum..
Hi semua!

Oh HELLO 2018!!! Goodbye 2017.. Hujung tahun yang sangat sibuk macam nak sambut aidilfitri! Yang nombor satu masuk Darjah Dua, yang nombor dua, masuk Darjah Satu.

Hari ni 1Januari 2018 dah bermula sesi persekolahan di Terengganu. Dari segi emosi, jiwa raga semua okey okey aje sebab Amani dah 2 tahun belajar kat Pra Sekolah ni. So memang takdelah drama air mata kat dalam kelas. Dia pun seronok sebab jumpa balik kawan-kawan masa di pra dulu.

Untuk tahun 2017, kisah suka dan duka biar menjadi kenangan dan pengajaran. Tahun 2018, Gee cuma berharap Gee boleh jadi ibu yang lebih baik untuk anak-anak dan semestinya isteri yang terbaik untuk incik suami.

Untuk blogging, Alhamdulillah Gee semakin teruja untuk terus menulis. Thank you semua yang sentiasa support Gee!!

2018!!!PLEASE BE NICE TO ALL OF US!!


Ramai blogger yang menang hadiah baucer shopping dari Lazada sempena Lazada Blogger Contest tu kan? Nak tahu blogger mana lagi menang boleh baca sini >>> SIS GEE MENANG CONTEST LAZADA <<<


Bertuahnya rasa bila pertama kali turut serta, ada rezeki dapat menang baucer shopping bernilai RM 100. Selepas ditilik, dikira, dihitung maka Gee pun submit order menggunakan baucer yang diberikan oleh Lazada. Nak tahu Gee beli apa?
Yang paling utama nak belikan adalah beg sekolah untuk si sulong Arsyad. Dia dah darjah 2 buka sekolah nanti. Amani dah ada beg sekolah masa grad pra haritu. So bolehlah berjimat sikit guna baucer kan. Maka bila dah pilih beberapa design beg sekolah, Arsyad pun pilih beg sekolah Ben 10 yang berharga RM 76.++. 

So selebihnya lagi Gee guna untuk beli wireless optical mouse dan juga Cushion untuk stroller. Kesemua harga barang RM 105  camtu. Maximize sungguh baucer yang diberikan oleh Lazada tu. Hahaha. Maka Gee cuma perlu bayar lebihan RM5.++ sahaja untuk kesemua barang yang di order.

LAZADA BUAT HAL

Selang beberapa hari selepas Gee submit order, team sales dari Lazada ada hantar message. Panjang sungguh messagenya! Diaorang silap nyatakan di web yang beg sekolah ben 10  tu in stock walhal selepas mencari memang dah takde stok!! Gee dah malas sebenarnya nak pilih lagi dan lagi. Rambang mata weii sebab ada banyakkk pilihan yang ada! 

Rupa-rupanya, team sales Lazada nak gantikan beg yang lain. Beg ben 10 jugak cuma yang ni kualiti beg lagi elok dari yang Gee pilih tu dan harga beg tu RM 149++. Korang rasa????

Yes! Harga beg tu lagi mahal dari apa yang sepatutnya Gee dapat dari Lazada tapi rezeki anak Gee kot, Gee tak perlu tambah bayaran pun untuk beg tu. Alhamdulillah..Seronokkk si sulong dapat beg tu!

TERIMA KASIH LAZADA!!
Baik hati sungguh team Lazada!! Ikutkan date delivery awal januari tau! Tapi beg dah selamat sampai 28hb lepas dah. 

Keadaan beg sangatlah baik, size tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Memang elok dah untuk budak darjah 2. 

Lagi 2 barang belum sampai lagi. Harap-harap barang tu elok-elok je!

Tahun depan harap ada rezeki lagi dengan lazada!

THANK YOU LAZADA AND TEAM!!
Nak masuk tahun baru ni kan semua dah set misi dan visi baru. Ada yang merancang nak kahwin, ada yang nak bertunang, ada yang nak pergi honeymoon, ada yang nak sambung belajar dan macam-macam lagilah! Gee pun ada banyak duk plan untuk majukan diri tapi ni ada satu plan untuk Gee dan family. Plan ke? Impian or angan-angan pun boleh rasanya. Haha.


NAK BUAT ROAD TRIP

Bila anak-anak dalam proses belajar ni kan rasa macam best je nak travel tapi dengan kereta. Kalau public transport lagi leceh rasanya so kita pakai kereta sendiri, pusing satu Malaysia. Kalau tak dapat satu Malaysia, separuh pun jadilah! Hehe.

Yang bestnya boleh roger-roger geng zaman belajar dulu. Harap ada jodoh dan rezeki nak berjumpa dengan mereka nanti. Tetiba rindu zaman belajar kat utara dulu.

PERSEDIAAN RAPI

Part ni nak kena selarikan dengan peruntukan dana dari Kementerian Kewangan iaitu Dato Incik Suami. Hiks! Travel dengan anak-anak kecil banyak benda nak fikirkan sebenarnya. Sebab dalam masa yang sama kena berjimat untuk hari esok juga. Makanan, pakaian dan kelengkapan lain perlu di susun serta di rancang betul-betul.

Menariknya Menteri Pelancongan juga Dato Incik Suami dah setuju nak buat road trip ni. Al maklumlah beliau pun kaki jalan sebenarnya. Hahaha. Cumanya kena buat tabung untuk road trip ni sementara si bongsu Aqil ni kecik lagi kan. Bila usia dia dah 2 tahun rasanya okey sikit nak travel lama-lama. Maknanya cuti sekolah hujung tahun depan boleh target dah buat road trip ni kan? Yeayyyyy! Sila start menabung ye Sis Gee... Hakss!


Agak-agak berapa banyak duit kena menabung tu ye? Kos makan, minyak, penginapan ( takde rumah sedara nak tuju ), makan lagi, tok tek tok tek ( ni banyak ni! ). Eh nanti boleh jumpa juga dengan Geng Blogger dari Team Blogger Pantai Timur dan juga Geng Blogger yang lain! Kalau korang sudilah! Hehehehhe...

Macam best je kan! Harap-harap semuanya menjadi kenyataan untuk tahun 2018. Amin..

Doakan yang baik-baik aje in syaa Allah semuanya dipermudahkan olehNya.

Lazada ni boleh bau kot nya kan??Bila nak masuk tahun 2018 ni, memang banyak nak pakai duit beli keperluan anak-anak sekolah. 


Alhamdulillah, merasa Gee hadiah tempat ke tiga. Hari Lazada announce pemenang, Gee sibuk kat dapur dan handphone ada kat anak-anak. So email dari Lazada memang Gee tak perasan lah. Settle masak petang tu baru Gee tengok phone. Terkezut sebab ada blogger tag Gee menang Lazada. Eh eh bila sekali pandang tak perasan ada nama Sis Gee. Dua kali pandang rasa macam ye ke aku menang? Ke Sis Gee lain? Hahahahaha!

Thank you WANI &  SIS HAWA tag Gee kat facebook! Tahniah wani juga menang contest lazada ni..Sis Hawa dah menang besar contest lazada sebelum ni so jangan sedih-sedih ye..kasi can kat kami pulaks merasa..kikikiki..

Rezeki anak-anak nak masuk sekolah. Boleh beli keperluan sekolah. Ada dah masuk dalam shopping cart tu. Nanti Gee update apa yang Gee kail dari Lazada. Haha.

Kalau nak tahu, Gee submit penyertaan hari terakhir contest dijalankan. Saja nak meriahkan contest dan dalam masa yang sama bagi idea untuk buat entry apa kat blog. Haha.

Baca sini entry contest lazada :
<< LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST >>

Tahniah untuk semua pemenang! Yang tak menang jangan sedih-sedih eh, contest lepas ni kita pakat meriahkan lagi. Thank you semua yang sentiasa support Gee dalam kejaya seorang blogger ni.

THANK YOU LAZADA KERANA BLOG SIS GEE MENANG!!Next contest pilih blog sis gee lagi eh..Lalalalaaa...

Hi korang! Korang pernah tak beli hadiah untuk diri sendiri? Hadiah ni seperti tanda penghargaan atau reward setelah bekerja keras melakukan sesuatu kerja. Mesti pernah kan? Gee dah lama tak reward diri sendiri tau! Tak payah nak sedih-sedih Gee oi, sekarang semuanya di hujung jari sahaja. Nak cari barang terkini dah tak susah dah walaupun tinggal jauh dari Kuala Lumpur yang serba mak nenek jenama ada. 

Cuba korang buka laman web atau aplikasi telefon ZALORA. Terdapat pelbagai pilihan jenama fesyen untuk lelaki dan juga wanita yang terkini tau. Gee terfikir nak rewardkan diri sendiri sunglasses memandangkan ianya sangat perlu untuk Gee pakai bila drive pada waktu siang. 


Untuk memilih sunglasses korang hanya perlu klik WOMEN → ACCESSORIES → SUNGLASSES. 

Zalora memang memudahkan kita dengan memberi pilihan untuk kita memilih sunglasses mengikut jenama atau kategori. So sangat senang kalau kita peminat sesuatu jenama terus klik je jenama yang kita nak. 





Mudahnya dengan Zalora kita dapat memilih produk mengikut anggaran harga yang kita nak serta spesifikasi sunglasses yang kita idamkan. Seperti Gee memilih kadar harga dari RM 39 hingga RM 300. Terdapat pelbagai pilihan serta design yang ada mengikut bajet yang Gee letakkan. Gee pun letak spesifikasi sunglasses yang lain seperti warna cermin, warna dan juga bentuk frame. 

Rambang sungguh mata memandang pilihan yang ada. Bila ada diskaun yang hebat lagilah terasa nak kaut semua!Haha. Menariknya kos penghantaran adalah percuma bagi pembelian minimum RM 75 untuk produk yang dijual oleh pihak ZALORA. Selain itu, cash on delivery juga disediakan untuk kawasan yang tertentu. 


Bila dah berkenan nak sunglasses yang mana korang klik sahaja di ADD TO BAG. 

Berkenan sungguh Sunglasses dari ZALORA ni. Tengok tu Gee siap Add To Bag dah. Haha. Owh kalau nak cancel dan nak pilih Sunglasses lain pun takde masalah. Bila dah puas hati boleh lah klik CHECKOUT NOW untuk proses pembayaran. Sangat mudah kan!


Jom shopping Sunglasses di ZALORA!! Owh kalau korang takut sunglasses tak sesuai dengan bentuk muka, jangan risau. ZALORA ada menyediakan tips jenis sunglasses mengikut bentuk muka. Nak tahu lanjut korang hanya perlu klik WOMEN SUNGLASSES di laman web atau aplikasi telefon ZALORA. 

Nota shopping Sis Gee :  Ada 2 ketul sunglasses dalam shopping bag tu..Nak pilih satu ke kedua-duanya sekali? Ish ish ishh rambang mata dibuatnya!    







Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab