Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Auchh CURANG? Siapa sahaja lelaki atau perempuan yang bercinta, berkahwin, dah beranak pinak sangat takutkan perkataan ni. Nak membayangkannya pun dah rasa takut dan gerun. Jap! Ke ada yang tak kisah pun? Like DO I CARE? Takpe abaikan golongan tersebut. Memandangkan Sis Gee perempuan ( of course la! ), maka Gee nak kongsi dari sudut perasaan dan pandangan terhadap istilah curang ni.

Sumber gambar dari Google

Personally, I DO CARE dengan masalah curang ni tau! Walaupun tidak terkena pada batang hidung sendiri ( mintak simpang! ), namun kalau dapat tahu siapa-siapa menjadi mangsa curang ni rasa nak marah je! Bertambah amarah apabila yang di aniaya itu kawan atau keluarga sendiri.

Dari pandangan seorang wanita, terdapat beberapa keadaan yang boleh di kategorikan berlakunya curang ni. Jom baca adakah anda suami atau kekasih di kategorikan berlaku curang pada pasangan korang.

1. PERBUALAN MESRA DENGAN WANITA LAIN

Terdapat segelintir wanita yang tidak kisah suami atau kekasih duduk sembang bertampar-tampar, mencubit-cubit, mencuit-cuit perempuan lain. Namun harus anda ingat ada beza tau perbualan biasa dengan perbualan mesra. Rasanya tak perlu nak mencuit pipi, mencubit manja lengan si teman tu ketika bersembang. Perlu ke nak bersentuhan dengan orang lain sedangkan isteri atau kekasih langsung tidak melakukan perkara tersebut dengan orang lain malah lebih menjaga batas pergaulan mereka.

2. BERMESRA DI ALAM CYBER

Hamboiii tak dapat depan mata, dalam telefon pun jadilah ye. Ish ish ish..Sedih sungguh la. Dah kenapa nak melayan message manja-manja, jiwang-jiwang dengan orang lain. Adeh! Dengan isteri pernah ke korang layan message macam tu? Pernah ke say i love you, i miss u masa kat tempat kerja? Kalau tak pernah, dah kenapa nak jiwang dengan orang lain? Inilah orang kata, ada akal tapi letak kat lutut. Isteri dah memang hak milik so tak perlu nak message tanya khabar, luah rasa sayang sebab hari-hari jumpa. Gitu eh? Perempuan lain bukan main lagi take care tanya dah makan ke belum ke. Adakah perlu semua tu? Si isteri kat rumah tu yang tak sempat nak masak pun ada korang tanya? Cuba fikir sendiri akal fikiran yang Allah dah bagi.

3. KELUAR BERSUKA RIA DENGAN PEREMPUAN LAIN

'I keluar pergi minum je dengan Kelly, i tak buat apa-apa pun!'
Tak semua wanita open minded yang tak kisah pasangan mereka keluar dengan wanita lain. Tak kisah lah keluar teman beli barang ke, teman ke bengkel kereta ke, teman minum ke, pergi bersukan ke.. Jangan cari pasal. Rasanya lebih baik kita fikirkan cara untuk perbaiki hubungan dengan pasangan daripada menolong orang yang mungkin akan memberi masalah pada kita dan pasangan. Dengan erti kata lain daripada membantu wanita lain dengan teman minum apakata bawak isteri keluar minum bersama. Bukan kah itu yang lebih baik?

4. PANDANGAN MATA

Selalu dengar tak ustaz-ustaz pesan suruh jaga pandangan mata. Kalau bab bermadu, bab isteri tak layan nafsu suami sesedap je kan bagi dalil dari ustaz. Tapi kalau bab jaga pandangan mata, jaga kelakuan takde pulak nak hadam dalil apa yang ustaz bagi! Dah kalau perempuan seksi meksi lalu depan mata tu cukuplah dapat rezeki sekali pandang ajeee..Ni dah sampai tak perasan bini kat depan buat apa sebab mata terlalu asyik dengan pandangan syaitonn tu. Ish ish ish! Jagalah kelakuan seperti mana anda mahukan pasangan anda juga melakukan perkara yang baik-baik sahaja.

5. BERDUA-DUAAN KE MANA SAHAJA

Asyik berdua aje. Mungkin ni kategori bff forever and ever! Nak keluar makan, pergi kerja, balik kerja, pergi out station ke mana sahaja dengan si teman rapat tapi mesra tu. Jangan lupa, isteri korang kat rumah tu pun pernah ada teman tapi mesra tau sebelum kahwin. Tapi selepas kahwin mereka lebih fikirkan cara untuk jaga hubungan dengan tidak meneruskan hubungan teman tapi mesra tu. So fikir-fikirkanlah apa kebaikan yang korang dapat dari teman tapi mesra tu ye.

BELUM TERLAMBAT UNTUK JADI KETUA KELUARGA YANG BAIK

Pernah dengar tak pepatah ' Bapak Borek, Anak Rintik' . Kita nak ke anak-anak buat perkara yang tak elok seperti kesalahan yang kita lakukan? Anak-anak cermin ibu bapa. Apa yang kita buat harini merupakan rujukan tedekat bagi mereka. Sayangilah isteri seperti mana perasaan ketika lafaz ijab dan qabul dahulu. Sayangi dan sentuhlah anak-anak seperti mana saat kita mengidamkan seorang anak ketika dahulu. Ingatlah kembali detik si isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Adakah layak mereka diberi layanan seperti mana mereka perolehi sekarang?

NOTA :
1. Entry ni tiada kaitan dengan sesiapa sahaja. Ianya ditulis atas rasa sedih dan simpati melihat kejadian-kejadian suami curang terhadap isteri yang tidak bersalah.

2. Entry ni adalah berkaitan suami yang curang. Jangan nak komen ' dah  tu isteri curang takpe ke?' . BACA TAJUK ENTRY YE.

Terima kasih sudi baca!!

Semoga suami -suami dan bakal suami kita adalah tergolong daripada golongan yang menghargai wanita. Amin.


Assalamualaikum & hi semua!!

Lagi 2 minggu je lagi nak masuk tahun 2018 kan? Tahun 2018 Gee dan incik suami merancang nak bawak anak-anak pergi bercuti memandangkan tahun ni banyak mereput kat rumah je. Hahahah! Kami ni kaki jalan jugak sebenarnya tapi dengan syarat jangan sampai tahap kena ikat perut. Kalau ada budget lebih memang incik suami suka bawak jenjalan luar dari Terengganu. 

Pulau Perhentian 2013

Snorkelling di Pulau Perhentian 2013

Kenangan di Kuching, Sarawak pada September 2013
Memandangkan anak-anak dah ramai maka untuk pergi bercuti sangat memerlukan perancangan yang rapi serta budget yang teliti. Apatah lagi tahun 2018 anak Gee dah 2 orang masuk sekolah. So kalau nak bercuti kena pilih tarikh cuti sekolah untuk mengelakkan kes ponteng sekolah. 
No! No! No!

PULAU REDANG, KUALA TERENGGANU

Sudah ketahui seluruh rakyat Malaysia bahawa Pulau Redang antara pulau tercantik di Malaysia. Gee ni nama je orang Terengganu tapi tak pernah jejak kaki lagi kat sana. Pulau kat Terengganu yang kami pernah pergi hanyalah Pulau Perhentian. So tahun 2018 Gee harap termakbul impian untuk sampai ke Pulau Redang pulak.

Sumber dari google
Untuk merancang percutian idaman haruslah kena teliti senarai hotel yang ada pada tarikh yang kita merancang nak pergi. Gee kalau nak booked hotel mesti nak yang ada swimming pool dan sekali pakej makan! Anak-anak suka sangat mandi pool lepas tu kalau ada pakej makan kan senang bila waktu makan takdelah nak kena fikir nak makan kat mana kan. Nama pun percutian idaman. Haha.

sumber dari google
Bila godek-godek senarai hotel Gee tertarik dengan REDANG ISLAND RESORT. Pertamanya sebab ada swimming pool! Tu keutamaan untuk anak-anak. Hehe. Keutamaan ke dua ialah harga hotel termasuk sarapan pagi dan juga free wifi!! Bolehlah nanti buat live video untuk share kat kawan-kawan yang merancang nak datang Pulau Redang kan!

Terdapat 2 jenis pilihan bilik / chalet yang masih available pada tarikh yang Gee nak pergi nanti. Gee boleh pilih sama ada nak stay di RAINFOREST CHALET dengan pemandangan hijau  atau di SEAVIEW CHALET dengan pemandangan biru air laut dari balkoni chalet. Setiap chalet mempunyai kemudahan yang sama antaranya ialah bilik ada penghawa dingin, kipas, kelengkapan mandi, pengering rambut, telefon dan juga 24 jam kemudahan servis bilik. Menariknya kita boleh juga nak request extra bed dan juga tilam untuk bayi. Semuanya dah termasuk dalam harga bilik yang kita bayar! Menarik sungguh!

Selain daripada kemudahan kolam renang, Redang Island Resort pun ada menyediakan pusat fitness dan juga spa. Gee dah bayangkan dah ni ketika anak-anak mandi manda di kolam renang boleh lah ibu ber 'me time' seketika di spa. Hehehe.

BANDAR MELAKA

Ni salah satu tempat bercuti yang Gee idamkan juga untuk tahun 2018. Kenapa pilih Melaka? Gee rasa Melaka banyak sangat daya tarikan untuk pelancong dari luar datang ke Melaka. Antaranya Zoo Melaka, Taman Buaya, Bangunan Bersejarah, Taman Tema Melaka, dan sebagainya. Maka untuk Gee yang ada anak-anak kecil ni rasanya Melaka banyak tempat yang sesuai untuk kami jadikan aktiviti melancong sambil belajar bersama anak-anak.

Sumber gambar : Laman web Swiss Garden Hotel
Bila Gee cari hotel yang sesuai dengan budget, tarikh dan tempat yang ingin di lawati rupanya ada banyak pilihan untuk kami pilih. Adeh! Hahahaha. Bila di bandingkan harga dan tawaran yang di berikan Gee sangat tertarik dengan SWISS GARDEN HOTEL MELAKA. Lokasi hotel yang terletak di pusat bandar Melaka menjadikan hotel ni sangat strategik untuk Gee dan keluarga untuk keluar melakukan aktiviti luar nanti. Kami hanya perlu berjalan kaki untuk ke tapak bangunan bersejarah, menaiki river cruise, beca berhias dan juga ke kompleks membeli belah.

Sumber gambar : Laman web Swiss Garden Hotel

Sumber gambar : Laman web Swiss Garden Hotel
Kemudahan taman permainan dalam kolam renang sangat menarik perhatian Gee. Boleh bayangkan dah macam mana terujanya anak-anak bila tengok nanti. Hahaha. Itu baru satu aktiviti boleh dibuat di Swiss Garden Hotel Melaka tau! Ada banyak lagi aktiviti yang boleh Gee dan keluarga cuba nanti antaranya fitness centre, spa dan juga bermain tenis.

Wah makin teruja pulak nak bercuti tahun depan ni!       

RANCANG AWAL LAGI MENJIMATKAN

Untuk menjadikan percutian idaman di realisasikan maka Gee perlulah membuat perancangan dari awal. Gee dan suami perlu mengambil kira budget yang diperlukan untuk menginap di hotel idaman dan juga senarai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian kami nanti. Semuanya menjadi mudah untuk Gee apabila terdapat satu laman web dalam talian serta aplikasi ringkas untuk kita merancang percutian idaman kita.

Gee hanya perlu masukkan tarikh, bilangan orang yang bakal menginap dan semestinya lokasi percutian kami nanti. Terdapat pelbagai pilihan yang ada tau! Gee pilih berdasarkan kadar review yang tinggi dari mereka yang telah menginap di hotel berkenaan. Sangat mudah kan?

Jom ho ho ho holiday di Pulau Redang tahun depan dan korang tempahlah Redang Island Resort dengan Traveloka di https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/laguna-redang-island-resort-1000000550940.

Jom rancang percutian idaman kita dengan Traveloka!

Lets ho ho ho holiday!!
Kemain seronok kan bila dah ada space untuk tulis blog walaupun banyak je update blog guna phone. Kikiki. Dalam keadaan seorang ibu punya anak 4 yang masih kecil rasanya agak sukar untuk fokus menulis blog di hadapan laptop atau pc. Melainkan ada waktu yang sangat terluang untuk fokus depan pc atau stay up di tengah malam baru rasa puas blogging dengan menggunakan pc or laptop. 


Nak tahu kisah di sebalik mini opis ni wujud? Jangan bosan sudah bacanya k! Hehe.

PAID REVIEW PERTAMA

Paid review ni bermaksud ulasan berbayar. Setiap blogger menulis ulasan terhadap sesuatu produk dan mereka diberi bayaran yang telah dipersetujui antara blogger dan pihak pembayar. Pihak pembayar tu boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan khidmat blogger untuk tujuan pemasaran produk mereka. 

Blog Sis Gee ni sebenarnya baru berusia hampir 4 bulan. Alhamdulillah, walaupun usia blog masih tahap berudu namun Blog Sis Gee dah dapat kepercayaan daripada owner produk untuk membuat ulasan berbayar beserta hadiah produk. Masa Gee dapat job berbayar pertama ni, laptop rosak. Skrin gelap gulita dan keyboard asyik duk keluar huruf i je manjang. Hahahahaha. 

Incik suami pun offer nak pinjam monitor kat opis yang dah tak guna. So Gee pun terus setuju! Senang sikit nak hantar draf entry nanti. Setakat nak update entry di blog, Gee okey je guna phone. Semua berjalan dengan lancar dengan kehadiran monitor sementara dari incik suami. Kikiki. Puas sikit nak blogging kalau dengan pc ni. Kalau dengan phone setakat tulis entry dan blogwalking boleh la sikit-sikit tapi kalau nak main coding kat template baik tak payah. Hancuss semuaanyaaa kang! Hahaha.

PAID REVIEW KEDUA

Alhamdulillah rezeki Blog Sis Gee ada lagi dalam blogging. Eh eh terasa baru je serius dalam blog tapi alhamdulillah dipermudahkan olehNya. Kerjaya seorang blogger nampak mudah, hanya menulis di blog namun orang tak tahu masa dan apa yang kita korbankan untuk keep update blog supaya blog tak sepi diam seribu bahasa. Hahaha. 

Bila Gee dapat tawaran ke dua untuk job review yang berbayar, incik suami dah semakin nampak kerjaya baru si isteri. Ada ketika Gee sibuk nak snap gambar, dia tolong jagakan anak-anak. Ada juga incik suami kena dera ambilkan gambar. Hahaha. Nasib beliau paham kerjaya seorang blogger. Tapi dalam masa yang sama Gee selalu terangkan apa yang seorang blogger ni buat dan kena buat untuk dapat job. Kikiki. 

Harap maklumlah ye kalau tengok Gee selalu update pasal makanan, tempat yang Gee pergi, produk yang Gee guna dan semua update status di Facebook dan juga Instagram Gee. Kalau menyampah sila unfollow. Eh! Bukan marah cuma tak semua orang suka kita yang kerja kena selalu buat update status ni, so daripada dapat dosa free baik unfollow sahaja. Okeh tu kisah lain! Hahahaha. 

SOKONGAN SUAMI

Sokongan ni bukan dalam bentuk i support u, u suport i. Sokongan ni perlu melalui perbuatan. Untuk surirumah seperti Gee lagilah memerlukan support sepenuhnya dari teman serumah iaitu incik suami. Incik suami dah sedia maklum kalau Gee tak sempat nak kemas rumah, nak masak sebab dia tahu ada ketika Gee terpaksa hadap blog dan semestinya anak-anak keutamaan Gee. Mereka pun perlukan Gee untuk bermain dan bermanja. Lagi pun Gee buat blog untuk tambah pendapatan keluarga juga maka incik suami kenalah memahami dan juga bertolak ansur. 

IDEA MINI OPIS

Kat rumah takde meja study dan apa-apa meja yang tinggi daripada tahap ketinggian si bongsu tu. Monitor incik suami Gee buh atas meja makan. Korang paham-pahamlah kalau meja makan selalu ada je makhluk-makhluk kecil tu kan. Risau juga kalau masuk dalam monitor, laptop semua habislah...

Gee pun bagi idea nak beli meja untuk letak komputer. Incik suami tak menghalang sebab Gee guna duit sendiri hasil daripada tulis blog dan juga bisnes online yang lain. Seronok lah si isteri ni kan! Hehe. Bila buat mini opis untuk ibu maka haruslah buat mini playschool untuk anak-anak jugak. Seronok si Ardini main cikgu-cikgu sementara yang bongsu tu asyik kena marah je sebab jadi pengacau! Hahaha. 


Harap-harap bertambah lagi rezeki dalam blogging ni. Mood pun silalah datang menjelma selalu ye. Mini opis tu ada lagi banyak idea nak letak itu nak letak ini namun kita tunggu next job kalau ada rezeki lebih boleh tambah item lagi untuk mini opisku ni. Hehehe.

Doakan kita sesama blogger sentiasa success dalam blogging dan juga hubungan kita sentiasa diberkati olehNya. Amin..

Siapa-siapa datang Terengganu jangan lupa roger Sis Gee tau!

Thanx semua yang sudi baca coretan Gee !
Assalamualaikum & hi semua!

Last Call! Last Call! Last Call! Blogger mana yang belum join lagi tu jom kita ramai-ramai memeriahkan LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST ni. Kalau takde email invitation pun boleh je join macam Gee ni hah! Geram-geram je tengok blogger lain join kan, nanti tengok diaorang menang lagi bertambah geramnya! Hahaha.

Syarat yang ditetapkan sangat simple dimple tau! Contest berlangsung dari 1 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Yes! Harini merupakan hari terakhir namun tak salah mencuba kan? Mana lah tahu ada rezeki Sis Gee menang contest besar seperti Lazada ni. Boleh terjah kat banner bawah ni untuk ketahui syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lazada.

<< CLICK BANNER >>
Untuk menyertai contest ini, terdapat 4 soalan yang perlu kita jawab dan story mory. So simple kan?

1. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 

Product dari Lazada yang pertama Gee miliki adalah sehelai seluar jeans biru! Ye betul dan seluar jeans tersebut sampai ke harini merupakan seluar kegemaran Gee. Ingatkan beli seluar online tak menepati citarasa rupanya sebaliknya yang berlaku. Pada pendapat Gee kalau nak membeli pakaian melalui jualan dalam talian ini, kita perlu meneliti setelitinya ukuran size badan kita dengan produk pakaian yang hendak dibeli. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah saiz yang tidak betul.

2. Which types of products would you prefer buying online? 

Bagi Gee yang mempunyai anak kecil 4 orang ni semestinya barang kelengkapan anak-anak merupakan keutamaan Gee. Antaranya pampers, baju serta kelengkapan yang lain. 

3. What to you love about online shopping?

Apa yang Gee suka berkenaan dengan online shopping? Semestinya menjimatkan masa dan juga duit! Sangat menjimatkan masa sebab semua produk yang nak dibeli di hujung jari sahaja. Tak perlu dah nak pusing shopping mall nak cari barang yang nak dibeli. Dengan anak kecilnya lagi kan! Menjimatkan duit semestinya disebabkan dengan membeli di atas talian ni kita dapat membandingkan harga dengan lebih cepat dan mudah. 

4. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

Like i said before, my priority is my kids stuff. Makanya Gee merancang untuk membeli set meja tulis yang comel ni yang sangat sesuai untuk Arsyad yang berumur 8 tahun dan juga Amani 7 tahun. Mereka dah sekolah so meja tulis memang sangat penting untuk bagi mereka keselesaan menulis, membaca serta mewarna. 

Lazada online revolution bermula dari 1 November 2017 lagi dan akan berakhir pada hari ini iaitu 14 Disember 2017. Terdapat pelbagai tawaran istimewa dan penjimatan berganda. Jom cepat-cepat klik link sini untuk ketahui lebih info lanjut  >>> https://www.lazada.com.my/online-revolution <<<
Wah ada laman web online shopping baru lah korang!! Sekarang semuanya di hujung jari kan! Senaraikan barang nak di beli, buka aplikasi dalam talian, bayar dan tunggu je barang sampai di depan pintu rumah. Bertambah jimat sebabnya tak perlu beratur membayar, dengan keadaan anak-anak kecil macam Gee ni lagilah kan!


KENALI BIGGLE

Biggle merupakan salah satu laman web yang menawarkan pembelian produk secara online buat semua pengguna. Dengan menggunakan aplikasi Biggle ini, pembeli dapat menikmati pelbagai faedah di antaranya ialah tawaran diskaun yang hebat!! Selain itu dengan menggunakan aplikasi Biggle ini kita dah tak perlu nak screenshot produk untuk berkongsi dengan rakan kerana Biggle menyediakan semua alternatif yang terbaik yang diperlukan oleh pengguna.


TERUJA DENGAN TAWARAN PELBAGAI PRODUK DAN JENAMA

Dalam aplikasi Biggle ni ada pelbagai jenama dan produk yang di tawarkan. Gee cuma perlu taip sahaja jenis produk dan tekan butang carian. Bertambah teruja apabila Biggle juga ada menyediakan diskaun tambahan dan ini dapat memberikan pengguna penjimatan yang lebih banyak!

Gee suka tengok barangan kanak-kanak memandangkan ada anak ramai kan!Haha! Bila buat carian kids terdapat serba serbi barangan kanak-kanak yang ada di tawarkan dengan harga yang sangat berbaloi. Gee berkenan sungguh meja study tu. Dah lah ada fungsi untuk simpan barang malah nak guna untuk buat kerja pun selesa.  

TAWARAN HADIAH PERCUMA

Dapatkan hadiah percuma bersempena pelancaran laman web Biggle ini. Korang tak perlu beli apa-apa barang pun tau!!Tawaran ini tamat pada 21hb Disember 2017. Korang hanya perlu layari laman web Biggle dan dapatkan promocode untuk hadiah percuma ni ( bernilai RM 28 ).

CARA -CARA NAK DAPAT HADIAH PERCUMA :

1. Daftar kat link ni >>> https://biggleapp.com/gifts <<<

2. Dapatkan kod promo.

3. Paste kod promo di page 'Checkout Page'.



TAWARAN LAZADA 12% KOD PROMO

Selain itu jangan lupa dapatkan juga tawaran istimewa Lazada 12% storewide promo code untuk sebarang item. Untuk promo ini tiada syarat pembelian minima juga tau! Masih sempat lagi nak grab sebab tawaran ini sah sehingga 14 Disember 2017 sahaja!!


UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH CLICK LINK DI BAWAH INI :

LAMAN WEB : WWW.BIGGLEAPP.COM

FACEBOOK : BIGGLEAPP



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab