Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI HOTEL. Kenapa tidak? Terasa macam orang kayo pulaks bila baca balik tajuk tu padahal kami ni orang biasa-biasa aje. Jangan salah faham ye cik adik kakak abang mak cik pak cik semua. Meh sini nak cerita kisahnya.


Minggu lepas, Gee & family pergi menginap kat Grand Puteri Hotel kat area Kuala Terengganu ni jugak. Nak holiday jauh, kos sangatlah tinggi sekarang ni kan. Makanya, pilih destinasi di kampung sendiri aje ler.

CERITA SELANJUTNYA <<< TEKAN SINI >>> . 

Kisah yang sambut besday anak kat hotel tu sebab kebetulan birthday anak Gee ke 2 Amani pada 7 November, anak yang ke 3 Ardini pada 12 November. Gee fikir boleh juga bagi hadiah dengan tidak memberi hadiah berupa barang an tapi bagi mereka kenangan yang best pada ulangtahun mereka. Memang kami tak beli hadiah pun. Gee cuma beli sebiji kek RM 15 untuk meraikan mereka berdua. 


Walaupun kek tu kecik tapi mereka excited tau! So misi kek berjaya! Ardini paling seronok bab memotong kek. Gambar takde sebab kalau ibu pegang phone memang habis kek tu 'dipotong' oleh si Ardini. Adeh!


Rasanya tahun depan nak buat macam ni juga lah. Pergi holiday kat mana-mana dan semestinya bergantung pada bajet, pastu beli kek, makan-makan dan spend time sama-sama. Bukan tak boleh nak buat kat rumah, cuma saja buat special sikit buat kat tempat luar. Ni pun Gee cari hotel area bandar tu je. Rezeki sungguh dapat harga murah & hotel pun siap ada kolam renang. Bertambah seronok anak-anak sesekali tidur hotel kan. Haha.

Untuk hotel, Gee booking last minit tau! Hari yang sama Gee check in. Gee booking hotel melalui :

>>>> BOOKING.COM <<<<

Seronok sangat si Amani tu sampai ke harini takde pulak dia mintak hadiah. Hahaha. Alhamdulillah mereka betul-betul enjoy dengan mini vacation ni. 

Ada rezeki nak pergi bercuti lagilah! Bestkan keluar dari rutin biasa, tenangkan fikiran, hilangkan stress. Moga bertambah-tambah rezeki kita semua ye. Amin.. Next punya birthday lambat lagi lah! Mac tahun depan birthday big bos! Haaaa...nak check in mana pulaks tu??? Kita tunggu je ler.. Hahahaha. 


Dear Amani & Ardini. One day, Amani & Ardini akan baca blog ibu ni. Begitu juga dengan Arsyad & Aqil. Ibu cuma nak anak-anak ibu tahu, yang ibu & ayah akan sentiasa buat yang terbaik untuk kamu semua. Setiap kali kamu tersenyum, ketawa, itulah rasa kepuasan dari ibu & ayah. Jadilah orang yang sentiasa berbakti, berpegang kepada agama islam & sayangi semua orang di sekeliling kamu. Akan ada mereka yang akan berkata buruk tentang kita walaupun 1000 bakti kita berikan kepada mereka. Abaikan sahaja mereka, jangan buang masa, teruslah berbakti. Kami sayang kamu semua! 


Assalamualaikum..
Hi semua!


Balm TASNEEM NATURAL semakin viral? Perasan tak ramai yang share berkenaan balm TASNEEM NATUREL di Facebook dan Instagram? Bila Gee sendiri guna, barulah tahu memang patut la orang viralkan BALM TASNEEM NATUREL ni. Untuk Gee, ibu yang mempunyai 4 orang anak kecil, rasanya BALM TASNEEM NATUREL ni dah jadi keperluan pulak. Ibu naik stress tau bila sorang mengamuk nak tidur, sorang sakit perut sembelit, sorang duk meragam..Aish pening ibu nak handle semua. 

Alhamdulillah dengan adanya BALM TASNEEM NATUREL, ibu boleh kembali tenang untuk menguruskan anak seharian. Menariknya BALM TASNEEM NATUREL merupakan produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak ( Essential Oil ) yang asli. Ianya selamat digunakan untuk bayi seawal usia baru lahir sehinggalah dewasa. Tekstur BALM TASNEEM NATUREL sangat lembut dan tidak berangin sehingga pedih di mata. Sebab itu ianya selamat digunakan untuk bayi.


BALM TASNEEM NATUREL terdiri daripada 4 jenis balm yang diperbuat mengikut keperluan dan masalah  yang sering di alami oleh anak-anak kita. 

  1. Tummy Time ( kuning )
  2. Calm Time ( hijau )
  3. Sleep Time ( ungu )
  4. Coughflu Time ( merah jambu )



TUMMY TIME
"Ease Tummy Discomfort"



RAMUAN : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavendar.

TUMMY TIME BALM ni sangat menjadi keperluan untuk Gee. Nak tau kenapa? Anak Gee yang bongsu si Aqil tu baru-baru ni sembelit. Bila datang rasa nak membuang, dia menangis. Rupanya sembelit. Gee sapu Tummy Time Balm ni kat perut dia setiap kali selepas mandi. Alhamdulillah dah tak sembelit dan Aqil pun senang nak membuang. Lega sungguh hati si ibu ni. Hehe.

KELEBIHAN TUMMY TIME BALM :
  • Membuang angin dalam perut
  • Membantu melegakan perut sebu dan kembung
  • Membantu masalah sembelit
  • Melegakan perut yang loya

CARA PENGGUNAAN : Sapu pada perut dan tapak kaki.


CALM TIME
"Promote Whole Body Relaxation"


RAMUAN : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavendar, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsence, Bergamot, Roman Chamomile.

CALM TIME BALM sangat membantu Gee dalam menguruskan anak-anak. Menjadi kebiasaan anak-anak tantrum disebabkan keletihan, stress dan juga apabila berasa tidak selesa. Ibu mana tak stress bila anak meragamkan? Bila disapu balm ni, mereka menjadi lebih tenang dan juga selesa. Gee pun suka sapu balm ni kat pergelangan tangan Gee sendiri. Bau dia sangat lembut, sungguh menenangkan. 

KELEBIHAN CALM TIME BALM :
  • Memberikan keselesaan pada bayi
  • Mengurangkan keletihan dan tekanan
  • Membantu anak untuk lebih tenang

CARA PENGGUNAAN : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.


SLEEP TIME
"Support Restful Sleep"


RAMUAN : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavendar, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot, Ylang-Ylang.

SLEEP TIME BALM memberikan anak-anak Gee untuk tidur dengan lebih lena. Bukan si kecik dua orang tu je Gee sapu, Si sulong Arsyad 7 tahun dan Amani 6 tahun tu pun Gee sapukan balm ni. Sleep Time Balm membantu mereka untuk tidur dengan lena so esoknya mudah sikit ibu nak kejut bangun pergi sekolah. Kalau diaorang tak tidur lena atau tidur lewat susah tau pagi-pagi nak melayan drama liat bangun awal pagi. 

KELEBIHAN SLEEP TIME BALM :
  • Membantu anak untuk mudah tidur dengan lebih lena
  • Membantu anak untuk bangun tidur dengan mood yang ceria
  • Memperbaiki kualiti tidur

CARA PENGGUNAAN : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan.

COUGHFLU TIME
"Soothe Cough and Flu"



RAMUAN :  Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalytus, Lavendar, Cypress, Tea Tree, Frankinsence.

COUGHFLU TIME BALM membantu Gee di kala anak demam, selsema dan batuk. Musim yang tidak menentu menyebabkan anak-anak Gee mudah sangat demam. Bila dah demam dan selsema mulalah tak selesa dengan hidung tersumbatnya kan. Kalau si Aqil tu bila selsema dia jadi susah nak menyusu. Coughflu Time Balm ni bila di sapu pada hidung, selesa sikit nak bernafas. 

KELEBIHAN COUGHFLU TIME BALM :
  • Membantu mengurangkan selsema dan mencairkan kahak
  • Membantu melegakan asma
  • Mengurangkan suhu ketika demam
CARA PENGGUNAAN : Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada.




Menarikkan ke semua empat jenis balm daripada TASNEEM NATUREL ni? Untuk pengetahuan korang, produk keluaran TASNEEM NATUREL ni mendapat kelulusan dari KKM serta diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi sahaja. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil seperti Gee, balm TASNEEM NATUREL sangat membantu dan memudahkan kita untuk menguruskan anak-anak. Bila anak-anak dapat membesar dengan tenang dan sihat, ibu pun terasa nak melompat gembira kan? Hehe. 


Gee nak cadangkan untuk ibu dan bakal menjadi ibu untuk menjadikan BALM TASNEEM NATUREL sebagai kelengkapan wajib untuk anak-anak. Jom kita membantu anak-anak untuk membesar dengan lebih tenang dan ceria!


Untuk sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut berkenaan produk keluaran TASNEEM NATUREL ini, korang boleh menghubungi :

WEBSITE :
https://www.tasneemnaturel.com/

FACEBOOK:
https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq/

INSTAGRAM :
https://www.instagram.com/tasneemnaturel/

HOTLINE : 011-20964665 ( order ) 010-8453469 ( daftar agent & stokis )


Assalamualaikum semua..

Sekolah lagi seminggu je lagi, nanti bermula cuti sekolah selama sebulan lebih. Si sulong Arsyad tu dah ajak siap-siap pergi tengok wayang bila cuti sekolah nanti. Katanya ada cerita kartun tengkorak kat wayang. Tengkorakk?? haaa... Anak dah besar kan, dia pulak lebih tahu daripada kita. Haha.


Sebelum ni Gee pernah keluar dengan Incik Suami serta Geng 4A ni tengok wayang cerita Cars 3. Sejak ada 4 orang anak itulah pertama kali kami berenam keluar tengok wayang.

CERITA SELANJUTNYA >>> BACA SINI <<<

Bila dah ada pengalaman sendiri bawa anak-anak kecil masuk panggung wayang ni, terasa nak share sedikit tips kot dapat membantu mereka yang merancang nak bawak anak tengok wayang nanti. Harap-harap membantulah ye. Hehe.

7 TIPS UNTUK MEMBAWA ANAK KECIL TENGOK WAYANG

1. PILIH MOVIE UNTUK KANAK-KANAK

Ni paling utama kita kena fikirkan tau. Nak bawak anak kecik kenalah pilih genre movie yang sesuai dengan umur anak-anak. Misal kata anak bising dalam wayang taklah rasa bersalah sangat sebab semua sedia maklum cerita budak-budak kan. Kalau pilih movie seram kang sebelum hantu munculkan diri, mak bapak budak jadi hantu marahkan anak bising. Hahaha.

2. PILIH SEAT YANG SESUAI

Gee suka pilih seat jauh dari orang. Kalau kebetulan movie tu tak ramai yang tengok dapatlah kan memilih seat selang 2, 3 baris dengan yang dah booked. Kena standby kot lah anak buat bising ke kan, kalau boleh tak nak mengganggu orang lain nak tengok wayang.

3. JANGAN BELI MAKANAN SEBELUM MASUK KE PANGGUNG

Masa tengok Cars 3 tu, budak-budak ni dah bising nak beli air & popcorn waktu lalu depan kedai makanan kat wayang tu. Si ayah tak melayan pun, terus masuk panggung. Haha. Bila dah 45 minit wayang bermula, si Ardini dah mula mengira tangga. Adeh. Bila ayah dia sampai takleh concentrate the movie, terus bawak keluar Ardini. Haha. Bila masuk balik, tengok penuh tangan beli popcorn & air. So selamatlah untuk jam terakhir movie tu. Dia duduk makan, minum sambil tengok muvie. Anak-anak lain pun sama.

4. BAWAK BAJU SEJUK, SELIMUT, PAKAIKAN KASUT SERTA STOKIN

Tidak semua wayang sejuk tahap menggigil. Tapi anak-anak kita tu kita tak boleh nak jangka. Kadang orang sejuk, diaorang panas berpeluh menitik. So untuk mengelakkan anak mengamuk kesejukan, standby je siap-siap selimut dan baju sejuk. Nanti sarungkan aje kalau kesejukan.

5. IBU MENYUSU BUAT PERSEDIAAN

Dalam panggung wayang tu mestilah ada cctv kan. So untuk ibu menyusu kena standby siap-siap nursing cover ataupun kain yang agak besar untuk menyusu. Nak mencari bilik menyusu tak pasti ada ke tidak, baik siap sedia je awal-awal. Kalau kita menyusu, kebarangkalian anak kecik tu untuk tidur adalah tinggi. Bila si kecil tidur boleh lah nak melayan movie dengan tenang sikit kan. Tapi trick tu tak menjadi pun kat si Aqil. Cerah je mata walaupun kita menyusu dia dalam panggung wayang yang gelap tu. Hahahha.

6. JANGAN MASUK AWAL SANGAT DALAM PANGGUNG WAYANG

Bukanlah bermaksud masuk panggung bila movie dah start ye. Sebabnya kalau masuk ke panggung terlalu awal bimbang nanti si kecil tu cepat bosan. Bila cerita dah start dia dah bosan. Haha. Tapi jangan masuk terlalu lambat pulak. Macam Gee anak 4 ni kalau masuk lambat sangat kang menyusahkan orang lain sebab bising duk atur tempat duduk. Hahahahaha.

7. AJAR ANAK PERATURAN DALAM PANGGUNG WAYANG

Ni Gee dan incik suami cuba terangkan pada dua yang besar Amani (6tahun) & Arsyad (7tahun). Kami bagitahu mereka untuk tidak membuat bising, duduk dengan elok tanpa mengganggu pandangan orang lain serta makan minum dengan elok dalam keadaan lampu yang gelap. Kira okey diaorang boleh paham so takdelah kita nak warning je manjang. Cuma Ardini (3tahun) masih dalam dunia explore dia so agak mencabar lah nak bagi dia paham. Dia tetap main tangga tapi nasib baik lah mulut tu diam aje. Haha. Si Aqil baru setahun lebih kami riba je. Mana dia nak reti rules bagai kan so kita mak ayah lah kena cari cara untuk diamkan. Tapi kalau cerita budak-budak biasanya okey je diaorang tengok.


Seronok tengok mereka happy bila dapat outing tengok wayang. Dah lah cerita kegemaran si Arsyad, bertambahlah excited tuan punya badan. Dia follow cerita Car tu dari Cars 1 lagi so semua watak lama yang ada dia tahu dah. Kami laki bini pun sama siap hafal karakter yang dia duk selalu sebut tu. Haha.

So bila Gee google movie kartun kat cinema yang terbaru bulan November ni rupa-rupanya ada sungguh hantu tengkorak tu. Haha.


Arsyad dan Amani memang suka cerita seram. Ibunya je kureng sket sebab penakut. Hahahaha. Ni nasib cerita kartun, kalau ada rezeki boleh pergi tengok. Kalau cerita hantu Indon ke, Korea ke, Thailand ke memang tak lahhh..Hahahaha.

Done for now! Harap tips tak seberapa itu dapat membantu semua yang pertama kali nak bawak anak pergi tengok wayang. Nanti update eh korang tengok wayang cerita apa dengan anak-anak atau dengan adik-adik korang k! Daaaa...


Assalamualaikum..
Hi semua!
Terima kasih kerana sudi singgah baca blog yang baru nak mencecah usia 3 bulan ni. Sejak buat blog baru, tukar yang lama ganti yang baru ni kan , Gee rasa semakin seronok dengan pekerjaan SEBAGAI BLOGGER ini. Semakin hari, semakin banyak rasa ingin tahu berkenaan blogging. Semestinya perasaan ingin tahu untuk jana pendapatan melalui blog itu sangat tinggi.

Bila di tanya pada mereka yang berpengalaman dalam dunia blog ni, rupanya banyak cara bagaimana blogger dapat tambah pendapatan. Tapi sebenarnya bukan mudah nak jadi seorang blogger yang kental dan juga nempunyai income sendiri. POKOK PANGKALNYA ADALAH KERAJINAN UNTUK UPDATE BLOG DAN JADI DIRI SENDIRI APABILA BERKONGSI SETIAP ENTRY DI BLOG.

Seorang blogger mungkin akan di pandang serong sebabnya ada yang menyangka kami ni suka menunjuk-nunjuk. Makan situ nak update, pergi jogging nak bagitahu, masak mee goreng pun nak kongsi resipi, anak makan biskut pun nak kongsi biskut apa dan banyak lagilah.

Ramai tak tahu kenapa kami blogger update macam-macam perkara di media sosial seperti facebook dan instagram. Meh sini Gee tolong senaraikan untuk bagi mereka faham kenapa dan mengapa blogger suka update status di media sosial.

KENAPA BLOGGER SUKA BUAT STATUS DI MEDIA SOSIAL

1. SUMBER PENDAPATAN UTAMA - Perasan tak ramai juga surirumah menjadi seorang blogger. Termasuklah Gee! Ni salah satu cara kami usaha cari duit dengan menulis blog sambil-sambil jaga anak kat rumah. Kami tak bekerja di office buat akaun, masuk meeting TAPI seorang blogger kena buat entry dan status untuk naikkan peluang dapat sesuatu job yang memberikan kami pendapatan. 

2. DIPANDANG OLEH BRAND / SYARIKAT - Sebenarnya, banyak brand di Malaysia menggunakan khidmat blogger untuk mempromosikan produk mereka. Blogger diberikan bayaran, produk percuma ataupun apa-apa ganjaran untuk setiap job yang diberikan. Brand ni diaorang nak blogger yang aktif tau, follower ramai. Maka sebab itu kami blogger harus buat status setiap hari untuk memastikan kami ada peluang yang tinggi untuk bekerjasama dengan brand di Malaysia.

3. TUNTUTAN KERJA - Maksudnya bila seseorang blogger mendapat sesuatu tawaran daripada sesebuah syarikat, event atau brand maka seseorang blogger terikat untuk melakukan posting berdasarkan syarat yang ditentukan oleh mereka. Dulu kerja bidang audit kena buat kerja audit penyata kewangan syarikat. Kini tuntutan kerja Gee sebagai blogger, Gee harus mengikut kehendak client yang nak Gee mempromosikan produk mereka dan sebagai ganjaran Gee dibayar ataupun diberi ganjaran dalam bentuk barang.

4. UNTUK DIKENALI - Semestinya bila dah jadi blogger orang nak tahu siapa kita. Kalau update status sebulan sekali ataupun seminggu sekali, ada tak orang perasan kewujudan kita? So kalau orang tak perasan, apatah lagi syarikat yang besar? Pastu macam mana nak dapat income bila status sunyi sepi, takde follower?

5. NAIKKAN FOLLOWER - Nie salah satu sebab Gee selalu update status. Nak naikkan follower. Bila bertambah follower, peluang nak cari job lagi tinggi. Sebabnya ada sesetengah job di letakkan minima follower. So kenalah kasi menarik sikit media sosial kita untuk orang follow. Hehe.


Nampak tak macam mana seorang blogger bekerja? Kalau dapat pergi event pun sama nak kena share di media sosial. Tapi Gee tak pernah lagi attend event sebab kat Ganu takde buat. Banyak jemputan di luar Terengganu so kita tengok dari jauh je lah. Hehe.

Jangan kecam blogger selalu update status sebab nak show off ye. Kalau tak suka unfollow je. Tak payah nak tengok langsung kan. Hehe. So dah faham kot kan kenapa blogger keep sharing? Hehe. Kalau korang selalu follow blogger otai lagi best tau sebab banyak info best diaorang share. Ada tips travel, tips kecantikan, tips kesihatan dan macam-macam lagi tips. Gee ni kategori blogger berudu kecik lagi so banyak lagi ilmu nak dicari gali. Hehe. Mohon tunjuk ajar Gee ye.

Thank you semua sudi baca!!
Assalamualaikum..
Hi semua!


Seronok sungguh Geng 4A tu.. Padahal bercuti di kampung sendiri je tu. Haha. Al kisahnya Jumaat lepas, Gee lah yang gatal tangan duk search hotel kat area Kuala Terengganu ni haa. Agaknya sebab dah lama tak pergi ke mana-mana, kepingin nak pergi bercuti toksah cakap lah. Sekarang tak macam dulu kalau cuti sekolah boleh je plan ke KL sebab kos holiday dulu lain dengan sekarang. Adeh semua dah naik harga! Makanya, Gee pun cuba-cuba intai hotel kat area sini je sekurang-kurangnya boleh merasa kenikmatan holiday lepaskan segala kepenatan, stress dan juga reward diri sendiri. Hehe. 


KENAPA GRAND PUTERI HOTEL?

Sebab dapat harga murah!!Masa Gee nak booked tu harga offer untuk hari tu RM 115. Harga tu untuk Superior King Room tanpa breakfast. Dengan harga tu boleh juga bermandi manda di swimming pool hotel. Memang Gee nak cari yang ada kolam pun sebab Geng 4A ni memang suka yang amat mandi kolam. Haha.


Kolam renang di asingkan untuk lelaki dan perempuan. Tapi waktu kami nak bermandi manda tu, kolam lelaki tutuplah pulak. So semua mandi kat kolam perempuan.


Alhamdulillah cuaca elok je so bolehlah Geng 4A ni mandi manda sepuasnya. Kolam renang ni dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7 malam. Seronok sungguh mereka! Siap tak nak naik bilik lagi. Hahaha. So kena bagi ayat memujuk lepas ni kena datang lagi. Hehe.


Booking dari mana dapat murah?Gee tak expert mana bab booking hotel ni. Tapi haritu bila compare dengan website lain, harga paling murah kat BOOKING.COM . Rezeki kami sekeluarga kot kan. Hehe.


Lobi Hotel Grand Puteri sangat luas sampaikan budak-budak ni boleh berlari-lari. Adeh! Designnya pun simple dan minimalis. Paling best layanan staff mereka yang sangat friendly. Masa nak check in, salah sorang staff tolong bawak Arsyad pergi toilet. Biasalah budak-budak tu, tak kira tempat nak membuang. hadoi.


Bila masuk bilik teruja lah semua Geng 4A tu. Bilik pun luas je sebab boleh diaorang buat ruang masing-masing dalam bilik tu. Pastu siap susun mainan kat ruang sendiri. Haha. Aah Gee dah standby mainan, buku, makanan kot lah mereka kepuasan kat bilik. Nama pun bercuti di kampung sendiri. Memang ibunya nak menikmati je suasana tenang dalam bilik so kenalah bersiap sedia awal-awal kan. Hehe. 


Buku agama, quran, sejadah, tuala ada 3 helai disediakan oleh pihak hotel. Selain itu ada juga disediakan seterika beserta iron board, hair dryer, kelengkapan mandi, air mineral, kettle dan juga beberapa packet kopi serta teh. Owh peti sejuk mini pun ada tau! Rancangan tv pun ada channel movies & kartun. So bolehlah baring-baring layan movie kan.


Amacam korang? Best tak holiday Gee? Jimat minyak, jimat kos kan? Husband pun jimat cuti tak perlu apply cuti tapi boleh quality time dengan anak-anak. Hehe. Yang penting anak-anak suka. Siap request nak datang lagi! Haha. Kena bekerja keras lagi ni!Haha.

Nanti Gee update PART 2 berkisah sambutan harijadi si puteri puteri Gee kat Hotel Grand Puteri ni.

Korang nak cuba jeling-jeling hotel di kampung korang sila terjah :

>> BOOKING.COM <<

SELAMAT MEMILIH DESTINASI PILIHAN!!

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab