Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Tahniah untuk Kamal Adli juara Super spontan 2017!! 
Photo credited to Instagram era_fm

Aku dan incik suami suka melayan super spontan ni. Geli hati juga bila tengok aksi spontan mereka! Bagi aku Kamal Adli selalu juga curi perhatian dengan permainan dia. Ada je lawak spontan yang dia buat. Sebab tu dia menonjol dan layak ke Final. Siapa sangka kan seorang pelakon boleh mengalahkan pelawak lain dalam game show lawak spontan seperti Super Spontan Superstar ni. Cayalah!

Berikut senarai finalist pemain di peringkat akhir Super Spontan Superstar :

• Kamal Adli
• Fadh Bocey
• Achey Bocey
• Ozlynn
• Syuk
• Sharol Shiro
• Mamak Putih
• Sharif Zero

Nampaknya, lepas ni boleh lah Kamal Adli masuk Maharaja Lawak Mega pulak! 

Photo credited to Instagram astrogempak
Tamat kisah Super Spontan Superstar 2017.

Tahun depan kalau buat lagi, suruh otai-otai lawak masuk lagi best! Antaranya Zizan, Johan, Geng Sepahtu, Taukey. Cara mainan diaorang lagi best & sangat spontan! Kemunculan jozan di pentas akhir super spontan 2017 tadi pun ramai yang bersorak gembira dan teruja sebab dah lama mereka tak beraksi di pentas. 

Tahniah semua menjayakan game show super spontan superstar 2017!!

Sekali lagi TAHNIAH KAMAL ADLI!!
Rancak sungguh orang duk perkatakan isu bajet 2018 kan?Aku tak ambil tahu sebab rasa macam tak berapa nak ada kaitan je. Tunggulah nanti kot rasa nak jeling-jeling, intai-intai kan. Haha!

Apa yang aku duk fikirkan adalah cara nak menambah pendapatan aku sendiri sambil jaga 4 ketul si kenits ni. Buat masa sekarang, aku buat 3 bisnes kecil-kecilan. Hasil dari perniagaan sendiri ni, bolehlah buat topup belanja dapur ke, beli eskrim anak-anak, beli handbag baru ke. Hahahaha! Nak tahu apa dia?

1. SUTERA NUR

Ni salah satu perniagaan yang aku buat dengan menjual sutera dan batik di Instagram serta Facebook. Namun, disebabkan permintaan sutera pun dah semakin kurang dengan ekonomi sekarang ni kan so aku punya jualan pun agak slow. Pada bulan Mac 2015, aku tubuhkan team untuk dropship sutera. Mereka tak perlu keluarkan modal pun. Hanya perlu buat promosi dan urusan pos aku yang uruskan. Alhamdulillah, sampai sekarang group sutera aku masih lagi aktif walaupun hanya beberapa orang sahaja yang selalu buat sales namun aku tetap bersyukur dengan rezeki yang aku dapat dari team ini. 
Sebahagian sutera crepe yang di pos bulan September & Oktober 
Aku banyak fokus update design baru kat team aku so di Instagram & Facebook aku tak sempat nak upload. Untuk memperkasakan budget 2018 aku kena struggle lagi untuk bisnes sutera aku. Nak kenal-kenal dengan Sutera Nur? Boleh click link kat bawah ni :

INSTAGRAM : suteranur

FACEBOOK : suteranurterengganu

2. DEALER MINYAK KELAPA DARA ( VCO ) DARI TREENEA

Menjual vco adalah salah satu pendapatan sampingan aku juga. Aku bermula sebagai pengguna sahaja pada tahun 2012. Kemudian bila kesan vco tu sangat positif pada aku dan anak-anak, aku pun upgrade jadi agent. Misinya untuk dapatkan vco dengan lebih murah. Pada ketika aku jadi agent, ada juga kawan-kawan yang beli. Pada awal tahun 2016, aku upgrade menjadi Dealer. Kelebihan dealer daripada agent, nama kita tersenarai di setiap promosi yang dibuat oleh HQ. So sejak jadi Dealer vco Treenea, sales aku sentiasa ada walaupun aku tak buat promosi di media sosial. Kebanyakkannya, customer aku cod di sekitar Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, dan Marang. Kemaman pun ada jugak kalau kebetulan aku singgah kat situ. Hehe. Urusan pos pun ada aku buat. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Sebahagian stok vco sedia untuk di cod pada customer
Untuk perniagaan vco ni aku ada juga buat satu pages untuk promosi vco sahaja. Namun, disebabkan kekangan masa, aku jarang update juga. 

Untuk misi tahun 2018, aku rasa nak target jadi stokis pula. Modal lagi besar, kerja dan pengorbanan lagi banyak. Namun, sekiranya ini rezeki untuk aku & keluarga, aku harap Dia permudahkan urusan aku ni. Amin.

Nak tahu apa vco yang aku jual? Boleh click link kat bawah ni k :

FACEBOOK : treenea terengganu

3. BEAUTY CONSULTANT MARY KAY

Terbaru pada awal tahun 2017, aku buat keputusan untuk join Mary Kay. Aku ambil peluang sebagai pengguna Mary Kay dan juga membantu membina kerjaya aku di Mary Kay. Alhamdulillah beberapa bulan sahaja, aku dapat build up career aku sebagai senior beauty consultant. Menariknya dalam Mary Kay banyak ilmu tentang kesihatan & kecantikan kulit yang aku boleh praktikkan setiap hari. Di samping tu, aku juga suka slogan Mary Kay iaitu memperkayakan wanita. Bila aku bersama team aku dalam Mary Kay, aku rasa gembira sebab aku boleh ber 'me time'! Hahaha. Kami selalu buat free consultation, free spa muka, ada juga lipstick party, perfume party. Semuanya untuk bagi peluang orang lain merasakan sendiri pengalaman bersama produk Mary Kay dengan percuma. Best kan!
Antara reward yang aku capai!
KESIMPULAN

Berniaga kecil-kecilan online sebegini ibaratnya kau kais banyak, banyaklah kau dapat. Kalau kau tak kais langsung, memang takde apa lah yang kau dapat. 

Nak berniaga online, status di facebook atau instagram tak boleh sepi, diam seribu bahasa. Nak kena sentiasa update. Antara bahan-bahan yang aku terpaksa dengar :

- Asyik dengan handphone je.
- Bisnes apa kencang sangat duk update kat facebook?
- Wah! jadi bisneswoman dah sekarang ni.

Semua tu dengan nada perli bukannya seperti seorang yang memberi kata-kata semangat. Lantaklah! Apa ada hal kan!

Biar orang mengata. Yang penting, kita buat sehabis mampu kita. Hasilnya untuk kita bukan untuk mereka pun. Lama-lama senyaplah mereka tu. 

Apa pun, all the best untuk apa jua yang kita lakukan! Sedikit perkongsian diary hidup Sis Gee di blog. Hehe.



Assalamualaikum & hi semua..

Entry kalini aku sangat teruja nak berkongsi dengan korang semua terutamanya kaum ibu yang menyusu & juga bakal ibu. Untuk pengetahuan semua, aku masih lagi breasfeeding ( bf ) anak ke empat aku, Muhammad Aqil yang berumur setahun 2 bulan. Yelah, dah nama pun surirumah kan, haruslah gunakan peluang ni untuk fully bf anak-anak. Ye dok? Melainkan terdapat kekangan masalah yang memang tak dapat nak bf anak, so itu lain cerita lah kan.

Bila anak semakin besar, aku punya supply susu terasa semakin berkurangan (mind set tak boleh fikir susu kurang).  Mungkin disebabkan penat, stress & pemakanan yang tidak teratur. Maka aku kena bertindak!Takkan nak beli susu formula pulak. Dah lah kau tak kerja, nak tambah beban incik suamikah?owh no!

Meh sini aku share dengan korang!Ada biskut sedap untuk kasi boost susu supply!Alhamdulillah. Seminggu aku makan, nampak perbezaan supply susu. Sebelum ni Aqil selalu menyusu lama. Bila kita tarik, dia meragam. Aku rasa mungkin sebab susu sikit. So bila aku cuba biskut ni, aku perasan supply susu cepat penuh! Menyusu malam pun sekejap je. Dah kenyang dia sambung tidur balik. Sakit pinggang oi kalau duk menyusu berejam-rejam.

Nak tahu biskut apa?Tadaaaa...

MILKBOOSTER COOKIES TWELVE OUNCES


TWELVE OUNCES MILKBOOSTER COOKIES BAR

Biskut ini terdapat dalam 3 perisa iaitu :
1. Molasses Oats
2. Double Choc Chunkie
3. Very Berry Blast

Since aku penggemar coklat, aku suka perisa DOUBLE CHOC CHUNKIE. Rasa macam biskut choc chips tu tapi ni ada lagi tambahan rasa lain seperti kelapa ( minyak kelapa dara ) yang membuatkan biskut ni lagi umphhh!Sedap!

Perisa VERY BERRY BLAST pulak untuk bukan penggemar coklat sebab ada rasa masam strawberry. Tapi kan walaupun aku ni die hard fan coklat tapi cookies perisa berry ni pun rasa sedap jugak wei!! Awal-awal aku warning better amek 2 perisa ni kalau nak order! Haha!

Lepas ni aku nak rasa yang perisa MOLASSES OATS pulak! Nampak menarik jugak!

SNACK TIME!

Apa yang menjadikan biskut Twelve Ounces ni sebagai MILKBOOSTER? Ramuan dan bahan untuk sekeping biskut adalah bahan yang terbaik yang mempunyai pelbagai khasiat dan semestinya membantu menambahkan kualiti serta kuantiti susu badan.

ANTARA BAHAN-BAHAN PREMIUM DALAM MILKBOOSTER COOKIES TWELVE OUNCES

DRIED APRICOT - Mempunyai vitamin A dan vitamin E di mana zat-zat ini akan meningkat sebanyak 25% apabila dikeringkan.

OATS - Merupakan bahan utama dalam penghasilan biskut milkbooster Twelve Ounces kerana oats mempunyai protein dan nutrisi yang lengkap yang membolehkan perut kenyang lebih lama. Di samping itu, Oats juga membantu mengurangkan kadar kolestrol dan menjaga tekanan darah.

GULA PERANG - Mempunyai mineral yang penting seperti kalsium, kalium, magnesium dan juga zat besi.

HABBATUS SAUDHA - Menambah kepekatan dan juga kualiti susu ibu.

MINYAK KELAPA DARA - Membantu menambah pengeluaran susu ibu dan menambah immune system baby.

FLAXSEEDS - Kaya dengan omega 3 serta membantu menambah lemak & kuantiti pada susu. Ini juga sangat elok untuk otak baby.

Itu baru di antara bahan-bahan premium tau!Banyak lagi bahan-bahan lain yang semestinya bahan terpilih & terbaik sahaja untuk menghasilkan sekeping biskut milkbooster Twelve Ounces ini. Ala sekali tengok bahan dia pun korang dah tahu khasiat serta keaajaibannya kan!

CARA PENGAMBILAN BISKUT MILKBOOSTER TWELVE OUNCES

Untuk permulaan, dicadangkan ambil 4 keping biskut sehari. Aku ambil 2 keping masa breakfast dan 2 keping malam. Ni untuk boost susu supply so nanti akan nampak kesan dia. Ada yang terus nampak susu supply bertambah dan ada jugak yang susu bertambah selepas 5 hari.

Bila susu dah macam banyak, boleh lah kurangkan dose macam aku makan 2 keping sehari untuk maintain supply susu. Amek 2 keping masa breakfast pagi tu. Sebab kalau amek sebelum tidur kan basah kuyup baju sebab susu banyak sangat. Hehe.

TESTIMONI GEE SENDIRI

Part ni aku excited nak share sebabnya biskut ni Alhamdulillah sangat membantu aku untuk tambah supply susu untuk Aqil. Susu cepat penuh. Kalau Aqil lambat menyusu, atau dia dah kenyang makan nasi ke kan, aku mula rasa bengkak susu. Bengkak susu ni menandakan susu kita banyak so tercapailah hasrat aku nak pump dan bagi kat Aqil nanti. Kalau keluar ke boleh standby susu dalam botol in case takde tempat nak breastfeed kan. Sebelum ni susu tak banyak so tak dapat nak pump simpan dalam peti. Alhamdulillah TWELVE OUNCES MILKBOOSTER COOKIES ni bagi penyelesaian untuk aku. Hehe.


MACAM MANA NAK ORDER?

Sekarang semuanya di hujung jari je kan. Urusan cod dan juga pos disediakan untuk mereka yang berminat nak order. Tunggu depan pintu je. Korang boleh terjah Instagram dan Facebook ini :

INSTAGRAM : ej_stokis_twelveounces

FACEBOOK : loveliestyle

WHATSAPP : SINI

Assalamualaikum..
Hi semua!
Nasi Lemak Ayam Berempah
Pagi ni korang breakfast apa? Biasanya hujung minggu mesti semua extra rajin kan nak masak sarapan untuk family. 

Bangun subuh tadi aku pening jugak nak masak apa ye. Bihun, mee semua dah habis stok. Pastu tengok ada ikan bilis sikit, telor memang sentiasa ada, ayam ada pastu ada sekotak santan. Misi bernasi lemak lah aku pagi tadi. Misi berjaya sebab si kenits semua masih di buai mimpi. 

Kat entry ni aku nak share resipi ringkas, mudah, senang untuk masak NASI LEMAK GEBU GEBAS! haha.

RESIPI NASI LEMAK GEBU


BAHAN-BAHAN :

1. Beras 3 pot
2. Halia ( Ketuk )
3. Bawang putih ( Ketuk )
4. Serai ( Takde pun takpe )
5. Santan Free  Cholesterol AYAM BRAND 
6. Stok ayam 
7. Garam

CARA - CARANYA :

1. Basuh beras dan toskan airnya.
2. Masukkan SANTAN AYAM BRAND. Aku guna sekotak untuk 3 pot ni. 
3. Guna kotak santan tadi untuk penuhkan air ikut sukatan periuk dan beras. ( elakkan pembaziran sebabnya saki baki santan dalam kotak masih ada )
4. Masukkan halia, bawang putih dan serai. Ikut selera korang ye kalau suka bawang putih lebih bubuh je banyak-banyak. Hehe.
5. Masukkan stok ayam ( 1 kiub atau sesudu kecil ) dan garam untuk perasa nasi lemak. 
6. Kacau sedikit bagi sekata.
7. Masak nasi guna periuk elektrik. Kacau sekali masa nasi mula nak kering pastu biar je sampai masak.
SIAP!

Amacam simple kan?campak-campak je pastu ON periuk. Hehe. Lagi mudah kerja aku bila guna SANTAN AYAM BRAND ni. Boleh beli banyak pastu simpan je kat tempat kering. Tak perlu simpan dalam peti pun selagi kotak belum dibuka. Tak payah nak suruh husband pergi kedai pagi-pagi beli santan. Aku pun malas nak start enjin kereta pergi kedai. So baik buat stok SANTAN AYAM BRAND ni. Anytime rasa nak masak bersantan, boleh terus guna je. 

SELAMAT MENCUBA SEMUA!!

Aku rasa ramai sedia maklum mengetahui hakikatnya orang lelaki egonya lebih tinggi daripada orang perempuan. Bukanlah kata disebabkan menyebelahi kaum sendiri namun kebanyakannya orang lelaki ego mereka masih berada nung jauh meninggi walaupun pada zaman sekarang aku lihat sudah ramai kaum lelaki sudah terbiasa melakukan kerja wanita. 

Aku tidak merujuk kepada sesiapa pun, aku hanya berkongsi daripada apa yang aku lihat, daripada orang bercakap, daripada apa yang sering dibincangkan di media. 

Ego ni boleh dikatakan seperti bodoh sombong. Ada lelaki ego nak membantu kaum wanita terutamanya sebagai suami dan isteri. Aku tidaklah nak berkira atau kisahkan sekiranya si suami tidak membantu isteri disebabkan faktor kesihatan, dah seharian membanting tulang, memerah otak di tempat kerja. Maka suami seperti ini haruslah isteri memberi perhatian seperti selayaknya kerana mereka betul-betul penat bekerja. Balik kerja dihidangkan makanan, diberi ruang untuk berehat dan mungkin tidak dapat bermain dengan anak kerana kepenatan yang terlampau. 

Apa yang aku hairankan, ada sesetengah suami lebih pentingkan masa bersama gajet berbanding masa bersama isteri dan anak-anak. Aku tahu zaman dah berubah. Tapi sedarkah hakikatnya, tindakan sebegitu tidak langsung memberikan rasa bahagia untuk sesiapa yang memerhati. Ego tercabarkah apabila membantu isteri di dapur, menjaga anak, mandikan anak, melipat baju, menjemur baju dan sebagainya itu?Ataupun memang dah ditetapkan sememangnya tugas isteri menguruskan semua hal dalam rumah dan tugas suami hanya mencari rezeki?  Tidak ada langsung ke rasa kasihan pada isteri yang belum tentu sudah makan ataupun belum, sihatkah dia, cukupkah tidur dia? 

Aku merujuk kepada lelaki ego yang menggunakan masa yang ada untuk gajet semata-mata padahal ada perkara lain yang lebih penting yang boleh dilakukan. Andai kata isteri tidak kisah perilaku sedemikian silakan teruskan. Dah itu kebahagian yang ingin dikecapi. Namun, bertanyalah pada isteri sekiranya itu yang membuatkan mereka bahagia atau sebaliknya. Aku tidak terkejut walaupun sedikit sekiranya ada isteri merasa menyesal di atas perkahwinan tersebut. Nak tahu kenapa? Sebabnya, isteri jugak layak selayaknya ke atas diri mereka untuk berasa bahagia bukan sengsara menahan rasa. 

Pernah dengar ungkapan ' HAPPY WIFE, HAPPY LIFE '. Banyak betulnya ungkapan ini. Para suami boleh mencubanya dan lihat sendiri betapa ajaibnya seorang wanita itu apabila hidup mereka gembira dan bahagia. Tak perlu nak bersikap bodoh sombong di hadapan orang lain. Bersikaplah sebaliknya kerana itulah yang diidamkan oleh semua orang wanita. 

Aku tak tahu sekiranya ada yang bina mahligai perkahwinan hanya untuk mencari zuriat semata-mata ataupun hanya mahu memuaskan nafsu? Anda suami. Jagalah kualiti perkahwinan anda. Yang mana dirasakan elok, teruskan. Yang mana dah sememangnya tidak disenangi buanglah jauh-jauh. Orang akan perkatakan BAPAK BOREK, ANAK RINTIK. Tapi apa yang anak rintikkan daripada seorang ayah? Yup! Hanya seorang ayah yang tahu apa yang dia lakukan. Semua itu akan menjadi ikutan anak-anak. Apa yang mereka belajar daripada anda? 

Aku suka bila suami aku sendiri rapat dengan anak-anak. Aku terasa kami berkongsi nikmat kebahagian yang Allah berikan kepada kami. Aku cuma berharap dan berdoa kita & keluarga kita semua sentiasa di limpahkan kebahagian di dunia & akhirat. 

Aku menulis bukan untuk menunjukkan kami wanita tidak membuat silap. BUKAN! Namun, aku harap anda melihatnya dari sudut yang positif. Tak jatuh ego seorang lelaki apabila menjemur kain di laman rumah. kan?

Nak tahu suami yang diidamkan semua wanita?Kalau tak semua pun kebanyakkan wanita.

SUAMI YANG RAJIN & PENYAYANG KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK.

Simple je kan? Anda kategori tersebut? Tahniah!!Anda menjadi suami idaman setiap wanita!!!

Apa yang aku boleh simpulkan, kita suami isteri perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk family kita. Sama-sama jaga kualiti in syaa Allah anak-anak, keturunan kita pun berkualiti. Tidak perlu nak salahkan mana-mana pihak. Cuba audit hati & perilaku sendiri, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terbaikkah kita? Hanya Dia yang tahu. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mulut orang biarkan je bersuara, hakikatnya kita dan Allah sahaja yang tahu. 

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab