Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Ku gagahkan diri untuk update entry kali ni sebabnya aku nak berkongsi dengan semua betapa sakitnya bila terkena gastrik. Bermula 8 Oct, Isnin aku di duga dengan badan yang tak berapa sihat, kepala pun sakit, disusuli dengan sakit perut. Aku tidaklah demam, selsema atau batuk. Cuma permulaan tu aku rasa tak sedap badan. Macam serba tak kena, tekak pun macam tawar je kurang berselera.


Hari ke 2 esoknya pun sama. Cuma ada sedikit rasa sakit perut beserta loya. Kekadang datang sendawa yang agak kuat termasuk angin dari bawah jugakkk (malu!🙈). Rasa macam orang alahan mengandung!Ngeri bila teringat. Hahaha. Tapi korang jangan excited sangat ye sebab aku tak mengandung pun. Hehe.

Hari ke 3, Selasa sebelah pagi aku okey lagi. Mungkin sebab aku terlalu teruja sebab anak ke duaku Amani ada buat persembahan di sekolah maka aku buat tak tahu je pasal sakit perut. Selepas zohor sakit makin kuat lah pulak. Sekali datang rasa macam contraction kot!Habis satu badan lenguh, sekali pakej loya nak muntah. Kepala berdenyut sekali. Aku banyakkan baring je kalau ada masa terluang. Siap masak, uruskan anak-anak makan & mandi aku baring je dalam bilik. Tapi bila ada anak-anak kecik ni takde istilah nak rehat lama pun. Sekejap-sekejap kena bangun ada je yang nak kena buat. #bertabahlahibu Hahahaha.

Hari ke 4, Rabu, kali ke dua husband aku ajak pergi check up kat klinik. Aku ni bila tak rasa sakit, malas pun ada nak pergi klinik. Tapi bila rasa sakit tu datang menyerang, terasa nak terus pergi ke emergency hospital! Haha! So petang Rabu aku pergi check up kat klinik 1 Malaysia. Doctor cakap aku kena gastrik. Kalau berlarutan, lagi 3 hari aku kena datang balik. Atau semakin teruk mungkin kena refer pada pakar. Hopefully sakit ni cepat-cepatlah baik. Merana sungguh rasanya.

Hari ni, Jumaat 13 Oct masih lagi sakit. Doakan aku cepat sembuh!Banyak review yang aku tertangguh. Bila tulis sikit dah sakit perut. Tak dapat nak fokus langsung!Hadoyaii...

Kat sini aku kongsi tanda-tanda sekiranya terkena GASTRIK. Harap membantu kalian di masa hadapan.

TANDA-TANDA TERKENA GASTRIK

1. Sakit perut antara pusat dan dada. Bila di tekan makin sakit rasanya.

2. Rasa mual, loya dan muntah.

3. Hilang selera makan.

4. Kembung perut, sendawa yang kerap & juga kentut yang kerap.

5. Perut terasa senak, pedih, berangin

Tu semua tanda-tanda yang aku sendiri alami. Kalau sehari tahan lah jugak kan. Tapi sekiranya berlarutan seperti aku sila segera ke klinik ye.

Di entry lain aku akan update lagi berkenaan gastrik ni ye. Tak larat nak menaip panjang lebar. Hehe.

Harap esok tak perlu nak pergi check up lagi dah. Doakan aku!

Thank you korang sudi baca!

Assalamualaikum semua!

Eh teruja aku nak berkongsi entry kali ni. Korang ingat tak aku pernah review kek lapis sedap dan murah kat << SINI >> . Rupa-rupanya ramai juga blogger pencinta kek lapis Sarawak. Yelah, kek lapis Sarawak ni kan susah nak dapat kat Semenanjung ni. Kalau ada pun, rasanya belum tentu sama dengan yang asli punya. Kebetulan kawan gee & adik beradik dia buat bisnes kek lapis ni kat Kedah. Gee pun share kat blog dan tak sangka ramai yang berminat. Hehe. 
Kek Lapis Masam Manis & Nutella Peanut Butter
Bila aku publish entry aku di blog & juga di facebook, ramai yang berminat nak cuba sebabnya susah nak dapat kek lapis Sarawak sedap di Semenanjung ni. Bila kek yang aku order sampai, terus aku buka dan rasa. Owh sedapppp!Sama macam yang aku beli di Kuching masa tahun 2013 dulu. Kek lembut & perisa yang aku order tu nutella, terasa coklat nutella. Perasa masam manis tu pula terasa masam asam dia. Patutlah sedap, penjual dah bagitau awal-awal mereka menggunakan resipi asli turun temurun dan kek akan di buat berdasarkan permintaan. 

Rupa-rupanya ada blogger terus order kek lapis Sarawak dari seller ni. Cepat sungguh korang bertindak ya!Diaorang siap buat review dah pasal kek lapis ni. Korang boleh terjah kat 2 blog blogger otai ini ye. Apa kata mereka agak-agaknya kan. 

<< SIS HAWA >>

<< CCL >>

Kalau dah hantu kek kan, tak kan tunggu lama terus order nak merasa. Tunggu depan pintu je posmen hantarkan. Hehe. 

Eh terbayang-bayang pulak aku kek lapis aku order tu. Nak makan, habis dah semua. Kena order lagi nampaknya ni!Wink!Wink!
Assalamualaikum & hi semua!

Jumaat, 6 Oktober baru ni, aku dapat undangan perkahwinan daripada bekas pelajar aku semasa aku jadi guru ganti suatu ketika dahulu. Bunyi macam dah lama kan, suatu ketika dahulu. Hahaha. TAHNIAH ATIENA & SUAMI!Semoga bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin.


CERITANYA BEGINI..
Selepas aku resign February 2012, aku ada apply untuk jadi guru ganti untuk cikgu yang cuti bersalin. Prosedur sangat mudah untuk apply. Cuma perlu isi borang di Pejabat Pendidikan Daerah serta lampirkan beberapa dokumen yang diperlukan sahaja. Kemudian mereka akan telefon sekiranya terdapat kekosongan mengikut subjek yang bersesuaian dengan bidang kita. Kalau nak cepat, kita boleh juga deal dengan pihak sekolah untuk masukkan nama kita sebagai nama cadangan guru ganti. 

So dalam bulan April 2012 gitu aku dapat call untuk jadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu. Aku dikehendaki mengajar subjek Sejarah dan Bahasa Melayu Tingkatan 4. Sangat terkejut aku sebab ada beberapa orang cikgu dari sekolah lama aku dulu. Segan pun ada sebab ada yang suruh aku panggil dengan panggilan kakak. Hehe.

Owh ye!Tempoh mengajar antara 2 bulan ke 3 bulan gitu. Bergantung kepada cuti cikgu yang bersalin itulah. Gaji dibayar berdasarkan hari kita datang mengajar. Untuk rate pemegang diploma lain dan ijazah pula lain.

Tahun 2013, aku masih lagi bergelar fulltime housewife. Haha. Maka aku pun isi lagi job guru ganti ni. Kali ni aku dapat Sekolah Rendah Teluk Menara, Kuala Terengganu. Istimewanya kali ni aku dapat mengajar anak-anak dari kelas pendidikan khas untuk subjek English dan Matematik. Aku ingat lagi first day aku nak daftar sekolah tu, aku jumpa dengan Guru Besar sekolah. Guru besar tu seakan-akan tak yakin takut aku tak mampu nak handle anak-anak istimewa ni. Aku cuba yakinkan beliau. Alhamdulillah sepanjang aku mengajar anak-anak istimewa itu, aku rasa sangat kasih & sayang pada mereka. Aku bertuah sangat sebab boleh mendekati mereka walaupun untuk beberapa bulan. Rindu pada anak-anak itu. Semoga Allah memudahkan kehidupan mereka dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin.

Tahun 2015 sekali lagi aku dapat tawaran mengajar sebagai guru ganti. Kali ni ibu saudara aku yang recommend kat dalam borang guru ganti sekolah. Aku dikehendaki mengajar Tingkatan 4 untuk Subjek Sejarah dan Perdagangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Kuala Terengganu. Masa aku sekolah dulu, ni antara subjek yang aku sangat lemah sebab tak suka subjek membaca. Haha. Kali ni bila kena mengajar, aku kena belajar balik tau!Aku bukak buku teks, cuba paham silibus yang kena mengajar. Aku jadi seronok mengajar!Bila diaorang paham dan bagi respon yang bagus aku jadi bertambah teruja!Haha!

Alhamdulillah sampai sekarang kalau terserempak dengan bekas pelajar, diaorang masih menegur aku dengan panggilan cikgu!Siapa sangka kan cita-cita yang tidak kesampaian namun Allah bagi aku merasa walaupun hanya untuk seketika.

Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Aku sangat suka jadi pendidik namun Dia bagi aku kerjaya terbaik untukku buat masa sekarang iaitu surirumah. Bukan aku tak usaha, namun semua dah tertulis bukan rezeki aku.

Alhamdulillah.. Bersyukur untuk apa yang aku dapat hari ini. Hari esok? Doakan yang baik-baik sahaja. Fikirkan yang elok-elok. In syaa Allah Dia sentiasa bersama kita.


Assalamualaikum..
Hi semua!

Eh Eh bila masuk umur 30an kan, aku perasan kulit jadi mudah naik jeragat, bintik-bintik hitam & kulit mudah sangat jadi kusam. Kalau tak betul-betul jaga dari awal, masalah kulit ni akan menjadi semakin teruk & semakin susah untuk diubati. Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan kulit adalah pemakanan yang seimbang, persekitaran yang sihat dan juga amalan gaya hidup setiap hari.  

Namun, kita semua ada pilihankan untuk merawat & mencantikkan kulit kita. Asalkan apa yang kita pakai sesuatu yang tidak akan memudaratkan kita pada hari esok. 

PRODUK LULUS KKM 

Aku nak kongsi dengan korang apa yang bestnya pasal Cream M-Gee ni. Firstly, Cream ni korang boleh mix dengan apa jua skin care yang korang pakai sekarang. Sangat mudah bila kita tak perlu nak bertukar apa-apa set penjagaan muka kan?Hanya perlu tambah Cream M-Gee dalam rutin sebelum tidur.

DIPERBUAT DARIPADA APPLE STEMCELL TERPILIH DARI SWITZERLAND 

Cream M-Gee dihasilkan daripada Stemcell Apple yang terpilih aje tau!Stemcell ini bertindak balas dalam keadaan gelap sahaja atau senang cerita stemcell ni bekerja waktu malam sahaja. Sebelum tidur, calit-calit kat muka pastu tidur. Esok bangun korang boleh rasa perbezaannya pada kulit wajah korang. 

TESTIMONIAL KULIT WAJAH SEMAKIN GEBU!

PENGGUNAAN CREAM M-GEE untuk 3 minggu pertama haruslah digunakan secara berterusan pada setiap malam. Selepas 3 minggu, korang boleh selang seli dengan krim malam korang. Caranya, 4 malam dengan Cream M-Gee dan 3 malam guna cream malam korang. Sangat jimat kot! Dah kalau memang takde cream malam lain, teruskan je pakai Cream M-Gee setiap malam! The Results will be awesome!! In syaa Allah.. Seminggu pemakaian akan nampak kesan parut serta jeragat semakin pudar dan jerawat mula mengecut!

CREAM M-GEE MAMPU MENGURANGKAN MASALAH KULIT JERAGAT 

MACAM MANA NAK PAKAI?

Mulakan dengan mencuci muka, sapukan toner mengikut produk penjagaan muka korang. Selepas itu, sapu nipis Cream M-Gee pada kulit yang bermasalah kemudian ratakan pada seluruh wajah. Pakai sebelum tidur tau!Hehe. 

TIADA LAGI MASALAH KULIT KUSAM

Cream M-Gee adalah keluaran bumiputera, 100% halal & mendapat kelulusan dari KKM. Tiada bahan-bahan merkuri yang merbahaya, tiada kesan penggelupasan pada kulit wajah sebabnya cream ini diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi. 

PARUT JERAWAT PUN SEMAKIN PUDAR
Untuk yang berminat korang boleh contact Mama Hot Suzila ni tau!Sekarang dia ada buat offer. Boleh jugak korang risik-risik produk M-Gee yang lain. Dengarnya ada sabun ajaib untuk hilangkan gelap di celah-celah badan. Wah!!

FACEBOOK : SUZILA AHMAD

WHATSAPP : TEKAN SINI

PROMOSI & CONTACT NUMBER!
NOTA : Produk ni bukan produk aku tau!Kebetulan nama sama!Haha!

Sekejap aje masa berlalu. Lagi beberapa bulan, dah nak masuk tahun baru 2018. Apa yang aku inginkan & target untuk tahun 2017 tercapaikah? Hari ni dah 1st October. Masih belum terlambat untuk aku capai apa yang aku nak untuk tahun 2017 ni.

September banyak kisah gembira aku. Antaranya sambutan hari jadi si sulongku Muhammad Arsyad. Gembiranya si anak dapat diraikan bersama kawan-kawan & keluarga.
 << ARSYAD TURNS 7 >>

Aku jadi semakin teruja menjadi seorang blogger apabila TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR ditubuhkan. Banyak info berguna & tips untuk menjadi seorang blogger yang mempunyai pendapatan sendiri. Dan sekarang aku dah kenal ramai rakan blogger walaupun dalam alam maya je. Aku dapat rasakan hubungan antara blogger sesama blogger. So ini salah satu pencapaian yang sangat awesome untuk diri aku untuk tahun 2017 berbanding tahun lepas-lepas. Thank you korang!You know who you are!!

September bulan yang menggembirakan jugak buat anak ke 2 ku Nur Amani. Dengan bantuan dari kawan aku Ziera, Amani dapat masuk pertandingan baju bendera di sekolah sempena sambutan hari kemerdekaan. Bertambah seronok Amani bila dapat hadiah no 2. Thank you semua cikgu & pembantu pra terutamanya Teacher Ramlah & Mummy Su.

<<AMANI MASUK PERTANDINGAN BAJU BENDERA>>

Selain itu, aku juga teruja sebabnya dapat join contest, segmen & giveaway dari rakan blogger. Alhamdulillah ada yang aku dapat masuk bloglist mereka. Seronok dapat tambah kenalan di kalangan blogger. 

Namun, ada kisah duka diuji kepada keluarga aku. AQIL TERKENA JANGKITAN VIRUS HFMD . Alhamdulillah Aqil sembuh sepenuhnya dalam tempoh seminggu. Syukurlah, virus itu tak merebak pada anak-anak yang lain. 

Setiap dari kita pasti diuji dengan berita gembira, berita sedih. Semua itu adalah merupakan peringatan kepada kita untuk terus bersyukur dengan apa yang kita ada, & terus berjuang untuk menjadi yang lebih baik untuk hari esok. Walaupun kita tersungkur, menangis & menjerit sekuat hati sekalipun. Kalau bukan kita tak berubah, takkan ada satu pun perubahan yang lebih baik akan datang. Peringatan untuk diri sendiri sebabnya aku harus berfikir yang aku berhak mendapat kegembiraan pada hari ini berbanding hari kelmarin. 

Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya. Amin.

Love,
Sis Gee.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab