Sis Gee
  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review

Happy Malaysia Day To All Malaysian! | Belum terlambat untuk Sis ucapkan Selamat Hari Malaysia untuk korang semua! Jarang-jarang muncul, bukan bermakna tiada, cuma hanya memerlukan kekuatan untuk kembali menulis. Rasa rindu bila teringat kawan-kawan blogger semua, tak kisahlah yang pernah jumpa atau hanya di dalam social media sahaja. 

Malaysia Day korang pergi mana je? Kalau Sis yang kat Ganu ni, kena apply cuti Ahad untuk dapat long weekend. So, sis dapatlah cuti Jumaat sampai Selasa, boleh lah rehat lama sikit & spend time masa lebih dengan family. Anak-anak dah besar, macam-macam kena plan untuk mengisi hari cuti diaorang. Tambah-tambah anak Sis ada 2 orang yang duduk asrama, so terasa sangat perlu bawak diaorang healing, keluar berjalan santai-santai.

Memandangkan Kuala Terengganu full house time cuti sekolah, so Sis decide bawak family sis bercuti di Kemaman & Kuantan. Kebetulan, cuti kalini Sis tak booking hotel awal, so sis cari tempat yang harga penginapan offer harga biasa, bukan harga kayangan untuk booking last minit. Trip kalini, Sis dapat check in 3 hari 2 malam dengan harga bilik biasa di Kemaman. 

Aktiviti kami pun hanya jalan-jalan Mall di Kuantan dan tengok wayang. So, trip kalini memang santai betul, booking tiket wayang pun sesampai di Mall. Haha! Kami tengok The Conjuring. Cuma, bila tak prepare, adalah sikit buruknya sebab tak prepare selimut or sweater untuk stay dalam Panggung Wayang. Solutions dia, keluar sekejap, beli Hot Chocolate, jagung manis & sosej panas untuk anak-anak. Haha!

Hmmm...Since memang tak plan untuk update story mory dalam blog, so gambar memang kuranglah untuk disimpan dalam ni. Just amek gambar untuk IG Story je. Ni pun update sebab Sis terlalu rindu untuk menulis. Macam ada rasa kepuasan bila dapat buat posting. Tak tahulah, ada lagi yang sudi singgah baca, tapi Sis ucapkan jutaan terima kasih kalau ada yang sudi menyinggah.

Owh! Nama blog Sis pun dah bertukar, nantilah Sis story mory kalau ada yang nak tahu. Even dah tukar domain baru, Sis masih rindu & mengharapkan dapat balik domain lama. 😓

So, done for now..

Till we meet here again 💕


 Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petaling Jaya, Selangor | Seronoknya! Hi korang! Entry blog kalini sis nak share berkenaan Aestetics Clinic dan juga merupakan ‘Skin Specialist’ yang sangat terkenal di Petaling Jaya, Selangor. Apa yang menarik untuk Sis Gee kongsi adalah klinik ini adalah one stop centre di mana mereka menawarkan banyak rawatan kecantikan dan kesihatan untuk semua lapisan umur dan juga jantina.


Jom kita ketahui apa perkhidmatan yang ditawarkan di Dermlaze ini! Sudah pasti semua rawatan ini dikendalikan oleh pakar kecantikan dan mempunyai pensijilan yang sah!

Servis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Dermlaze

·    Rawatan Kulit Berjerawat

Ramai yang tidak yakin sekianya kulit mengalami masalah jerawat yang kronik. Apa kata korang cuba rawatan kulit berjerawat di Dermlaze ini. Pakar mereka menggunakan ‘microdermabrasion’ dan juga rawatan laser untuk merawat masalah jerawat. Korang bukan sahaja boleh merawat jerawat di wajah sahaja malah, rawatan juga boleh dilakukan ke bahangian badan lain seperti jerawat di belakang badan, leher ataupun pada kulit kepala.

 

Rawatan Pemutihan Kulit

Ramai yang tidak tahu, rawatan pemutihan kulit ini bukanlah memutihkan kulit kepada warna putih yang luarbiasa, tetapi rawatan ini lebih kepada mengsekatakan tona warna kulit yang tidak sekata dan merawat kulit yang kusam yang menjadikan warna kulit lebih gelap. Rawatan pemutihan kulit di Dermlaze Petaling jaya ini akan membantu mengurangkan pengeluaran atau kepekatan melanin, pigmen yang terdapat pada kulit di mana ianya akan membantu melindungi kulit dari cahaya matahari.


Teknologi Penyingkiran Lemak ( Vaser Liposuction Malaysia)

Ini yang paling menarik untuk korang yang mahu kurus nak sedut lemak tapi nak cuba teknologi yang selamat. Sistem Vaser ini menggunakan teknologi penyingkiran lemak yang paling canggih dan berkesan. Berbanding kaedah secara tradisional, kaedah ini tidak akan membuatkan kecederaan dalaman badan. Kaedah Vaser ini hanyalah menggunakan penguatan getaran tenaga untuk memecahkan sel lemak dalam badan.


Nose Thread Lift (Non-Surgical)

Yeah! Korang nak mancungkan hidung pun boleh! Tanpa membuat pembedahan tau!!  Cara yang pakar akan lakukan nanti adalah menggunakan benang yang akan diselitkan pada batang hidung untuk membantu mendapatkan bentuk hidung yang korang mahukan. Prosedur pun tidak lama, hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja atau lebih.

Rawatan Keguguran Rambut

Terdapat banyak factor yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Antaranya factor usia, cuaca, penjagaan harian, pemilihan produk rambut, tekanan, penyakit dan sebagainya. Rambut diibaratkan seperti mahkota seseorang wanita. Di Dermlaze, ada beberapa kaedah rawatan rambut gugur yang ditawarkan iaitu PRP Hair Loss Treatment dan juga Hair Transplant. Korang boleh cuba nanti!

Ada Lebih 10 Rawatan Di Dermlaze Medispa, Petaling Jaya

Kalau korang nak tahu, ada lebih 10 rawatan kecantikan dan kesihatan yang ditawarkan di Dermlaze Medispa, Petaling Jaya. Selain yang sis senaraikan di atas tadi, ada juga rawatan untuk Anti Aging, mencantikkan bibir, dark eyes circle, stretch marks dan banyak lagi. Sudah tentu korang akan diteliti dan rundingan akan dibuat bagi mengenalpasti teknik rawatan yang akan dijalankan.

Tempah Slot Sekarang Untuk Dapatkan Jadual Konsultansi Daripada Doktor Dermlaze

Untuk memudahkan korang, korang boleh terus hubungi mereka bagi mendapatkan penerangan dan juga konsultansi selanjutnya. Korang jangan risau kerana Doktor Pakar di Dermlaze mempunyai pengalaman sudah hamper 25 tahun dalam bidang ini. Malah, kepakaran mereka juga mendapat pensijilan di peringkat antarabangsa .


Untuk selanjutnya, korang boleh terjah website Dermlaze kat bawah ini.

WEBSITE : https://www.dermlaze.com.my/

Hallu! Assalamualaikum.. Hi korang! Jarang-jarang Sis Gee muncul di sini. Kalau perasan, nama blog pun dah bertukar. Tapi malas lah nk story pasal tu. Its sokay, start new branding kan? Eh!! Sis terlambat ke follow up trend paling latest ni? LEMON8 ni kalau tak silap macam baru lagi kan? 2024 mungkin eh?

Korang dah download ke apps Lemon8? Sebelum ni ada naik notification kat Tik Tok, friends upload post kat Lemon8, biasanya ignore je.. Hari ni sis rasa  rajin pula nak download dan create account di Lemon8. Actually, korang tak perlu create account yang beria pun, sebab Lemon8 ni linked dengan Tik Tok. So, just klik saja account Tik Tok korang, the already ada profile.

Cuma Lemon8, at first korang kena tekan interest korang apa, tapi boleh je nak tekan semua interest yang ada disenaraikan. Satu lagi, boleh create nama lain kalau taknak nama sama di Tik Tok. 

Sis tak sampai lagi 24 jam menggodek Lemon8, tapi apa yang sis nampak, Lemon8 ni sesuai untuk korang yang suka amek gambar Aesthetic, suka Pinterest, suka edit gambar dan suka update feed yang cantik. Yang paling best adalah, korang boleh terus edit gambar korang guna template yang sedia ada dalam Lemon8. Template pun lawo lawo tau! 

Dan template boleh pilih based on korang punya gambar. Contoh gambar coffee sis edit ni, semua words tu suggestion Lemon8, sis tinggal edit word yang kita nak tulis. Superb!

Sis dah terjebak ni, semoga korang pun sama terjebak! Hihi..

Done for now korang! Till next posting! ⋆˙⟡♡ 




Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ▼  2025 (3)
    • ▼  September (1)
      • Happy Malaysia Day To All Malaysian!
    • ►  April (1)
      • Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze, Petal...
    • ►  January (1)
      • Lemon8? Korang Dah Create Account?
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab