Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu | Ramai yang tidak tahu, Negeri Selangor juga sebuah negeri yang dekat dengan nature. Pada kebiasaannya, hakak sendiri sedia maklum kalau berjalan ke Selangor, sudah terbayangkan shopping mall! Malah, banyak juga tempat - tempat menarik di Selangor di salah anggap sebagai lokasi di Kuala Lumpur! Seperti lapangan terbang KLIA, dikatakan di Kuala Lumpur, tidak dihebohkan sebagai lokasi di Selangor. 


Oleh yang demikian, pihak Tourism Negeri Selangor, telah mengambil langkah dan rancangan untuk memperkenalkan balik Negeri Selangor di mata semua penduduk Malaysia. Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan satu promosi hebat bagi memberi 'branding' baru kepada negeri Selangor. 


Program Jelajah Promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam Memperkasa Sektor Pelancongan Domestik Pasca Pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia tanpa diduga telah memberikan impak kepada industri pelancongan Negara. Namun, pembukaan semula sektor pelancongan domestik sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seakan memberi sinar baharu kepada industri yang terjejas teruk ini.
 

Dalam menyemarakkan usaha proaktif ke arah penetapan semula industri pelancongan Negeri Selangor atau visi “reset tourism”, Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sedang giat menggerakkan sebuah Kempen Promosi Pelancongan Domestik; Pusing Selangor Dulu. Tourism Selangor mengorak langkah pasca pandemik Covid-19 dengan penganjuran Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Edisi ‘Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu’ ke Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 September 2020. 


Program ini disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri dari wakil daripada Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor. 

Program Jelajah Pesona Selangor ke Negeri Terengganu menerima kerjasama baik dari pihak MATTA Terengganu dan Tourism Terengganu. Program Jelajah ini turut menerima sokongan dari pihak MOTAC Terengganu dan Tourism Malaysia Wilayah Timur. Program Jelajah ini dimulakan dengan sesi Government-to-Government atau G2G sebelum diteruskan dengan sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor. 


Program pada hari tersebut turut menyaksikan penglibatan oleh 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon, Sunway Resort Hotel & Spa, Farm in the City, Chocolate Museum, GM Klang, Sky Mirror Tour & Travel, Persatuan Homestay Selangor, Selangor Fruit Valley dan JumpStreet Asia. Program Jelajah Pesona Selangor ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2020 di Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. 

Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik Covid-19. 


Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata : 
“Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada”. 
“Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”
Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn; Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan sebuah penambahan yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia. 

Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan. 


Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif.

Laman Web : www.selangor.travel

Facebook : TourismSelangor

Instagram : discoverselangor

Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu | Hari ini hakak berkesempatan untuk menyertai Majlis Perasmian Kampung Budaya Terengganu bertempat di Muzium Negeri Terengganu. Terengganu cukup terkenal dengan produk - produk pelancongan seperti pulau-pulau, pantai yang cantik, makanan yang sedap serta seni warisan budaya penduduk di Terengganu.

Terengganu juga kaya dengan kepelbagaian khazanah seni warisan budaya yang sehingga kini masih dipelihara. Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kampung Budaya Terengganu yang akan dijadikan 'one stop centre' dalam menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh daerah negeri Terengganu.


Korang yang datang ke Kampung Budaya Terengganu akan menikmati pengalaman percutian bersejarah ke zaman atuk nenek moyang kita dahulu. Ia seperti muzium yang hidup kerana korang akan dipersembahkan suasana kehidupan sebenar masyarakat melayu lama. Korang juga dapat lihat dengan lebih dekat malah boleh mencuba sendiri aktiviti - aktiviti yang diusahakan oleh masayarakat melayu lama dahulu.

Perasmian Disempurnakan Oleh Menteri Besar Terengganu

Hari ini, 3 September 2020, majlis perasmian Kampung Budaya Terengganu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Yang Berhormat Ariffin bin Deraman, serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ab. Rasid bin Jusoh.


Menteri Besar berkata,
Sebagai sebuah produk pelancongan baharu, Pengoperasian Kampung Budaya ini kelak bukan sahaja menjulang kembali kegemilangan warisan seni budaya masyarakat melayu dahulu kala, tetapi juga mengingatkan generasi akan datang akan pentingnya mengetahui asal usul sejarah peradaban melayu, secara tidak langsung menonjolkan peranan muzium negeri sebagai pusat rujukan tamadun masyarakat Terengganu. 
Ujar beliau lagi,
Selain menjadi platform bagi karyawan - karyawan tempatan untuk terus menghasilkan karya mereka, kewujudan Kampung Budaya ini juga turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk tempatan melalui aktiviti pelancongan berkaitan sub sektor pelancongan iaitu seni budaya Terengganu.
Kenapa Mesti Datang Teroka Kampung Budaya Terengganu?

Mesti ramai yang tertanya - tanya apa yang menarik sangat tentang Kampung Budaya Terengganu ini. Kampung Budaya Terengganu menerapkan konsep 'muzium hidup' di mana korang dapat merasai pengalaman untuk turut serta dengan aktiviti - aktiviti yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Budaya Terengganu. 


Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, korang boleh lihat check point yang korang akan lalui sepanjang berada di Kampung Budaya Terengganu. Check point ni merupakan hentian - hentian yang korang akan lihat sendiri demonstrasi, pameran dan pertunjukan yang sangat menarik!

Kawasan Penerangan dan Galeri Pelayaran

◈ Penerangan ringkas perhentian Kampung Budaya Terengganu.
◈ Demonstrasi pembuatan perahu.

Perhentian Pertama ( Rumah Nelayan )

◈ Demonstrasi pembuatan jala.
◈ Demonstrasi pembuatan bubu.
◈ Demonstrasi pembuatan keropok.
◈ Demonstrasi pembuatan ikan kering.
◈ Demonstrasi pembuatan belacan.
◈ Pameran perahu - perahu.


Perhentian Kedua ( Rumah Bujang Berserambi Selasar )

◈ Demonstrasi pembuatan seni khat
◈ Demonstrasi pembuatan ukiran khat.
◈ Demonstrasi pembuatan kayu.
◈ Demonstrasi pembuatan bubur asyura.
◈ Persembahan berzanji.
◈ Pameran barangan lama.


Perhentian Ketiga ( Rumah Bujang Berkembar )

◈ Demonstrasi anyaman ( tikar, mengkuang, lidi, kerecut, terendak, buluh dan atap nipah ).

Perhentian Keempat ( Rumah Limas Belanda )

◈ Demonstrasi pembuatan wau.
◈ Demonstrasi pembuatan gasing.
◈ Pameran dan demonstrasi permainan tradisional (batu selambut, congkak, gasing dan dam aji).


Perhentian Kelima ( Rumah Tele )

◈ Pameran adat dan budaya.
◈ Pameran dan demo pakaian tradisional.
◈ Demonstrasi mencanting batik.
◈ Demonstrasi batik blok.
◈ Demonstrasi pembuatan songket.
◈ Demonstrasi pembuatan tembaga.
◈ Demonstrasi pembuatan tembikar.
◈ Pameran barangan dapur lama.


Perhentian Keenam ( Istana Tengku Long )

◈ Pameran bilik dan barangan diraja.
◈ Pameran barangan istana.
◈ Demonstrasi pembuatan keris dan lembing.
◈ Pameran dan persembahan muzik gamelan.



Perhentian ( Laman Singgah Sana )

◈ Persembahan silat.
◈ Persembahan permainan tradisional.

Perhentian Ketujuh ( Laman Warisan )

◈ Persembahan kebudayaan.
◈ Demonstrasi dan jualan makanan tradisional.
◈ Demonstrasi dan jualan cenderahati.
◈ "Photo booth".


Tiada Bayaran Tiket Untuk 3 Hari!


Berita baik untuk korang!! Pada 4, 5 dan 6 September 2020, korang boleh masuk ke Kampung Budaya Terengganu secara percuma! Bolehlah bawak anak - anak, keluarga serta rakan - rakan memeriahkan Kampung Budaya Terengganu yang terletak di Muzium Negeri Terengganu. Tiket akan dicas selepas 6hb September 2020. Harga tiket adalah seperti berikut.

Harga Tiket :

Warganegara =  Dewasa RM 15 / Kanak - Kanak RM10
Warga Asing = Dewasa RM 30 / Kanak - Kanak RM20
Warga Emas / OKU = RM10

Pakej ( Tiket + Pack Meal ) = Tambahan RM5 untuk seorang individu

Waktu Operasi :

Ahad - Khamis   ⟶  9 pagi hingga 6 petang
Jumaat   ⟶  2.30 petang hingga 6.30 petang
Sabtu / Cuti Am   ⟶  9 pagi hingga 6.30 petang


Selamat merancang percutian menarik bersama tersayang di Terengganu!!Untuk info lanjut, korang boleh hubungi pautan yang hakak sediakan kat bawah ini.

Website : www.beautifulterengganu.com

Instagram : @beautifulterengganumalaysia

Facebook : @beautifulterengganumalaysia

#kampungbudayaterengganu #terengganukucomey #beautifulterengganumalaysia #cuticutiterengganu #cuticutimalaysia #terengganu #malaysia #terengganuculture #kampungbudaya
  
Gong Cha Introduces Its First-ever e-Drink Series with Shopee | Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha and Malaysia’s no.1 e-commerce platform Shopee are joining forces to bring all Shopee users an exciting range called the Shopee 9.9 Super Drinks that will sure tingle the taste buds, put a smile on everyone’s faces and have them wanting more.

Introducing three special brews - the Mango Matcha Latte, Mango Latte & Mango Marble, these exclusive and special beverages are introduced in celebration of Shopee’s flagship annual shopping event - the Shopee 9.9 Super Shopping Day.

Mango Matcha Latte


The triple-layered and eye-catching Mango Matcha Latte consists of tangy mango puree, rich-flavoured matcha and creamy fresh milk. While some may wonder at the odd coupling and contrasting bitterness of the matcha and sweetness from the mango, they actually complement each other well when mixed together. Be bold and adventurous with this Mango Matcha Latte that will sure to stir your gastronomic senses.

Mango Latte


The Mango Latte’s flavours are subtle and on point. The Gong Cha's freshly brewed green tea blends perfectly with the fresh milk while the bits and pieces of mango offers a unique and addictive texture to the drink. This refreshing and fruity version of a green tea latte is something you can’t afford to miss!

Mango Marble


The blend of mango, paired with milk green tea and Gong Cha's signature milk foam, creates a beautiful marble texture which gives the drink its name. The combination of rich, creamy milk foam and the floral taste of mango may just be that refreshing drink for you to sip on during a fun, road trip with friends.

Gong Cha is introducing their e-drink series for the very first time where the drinks can only be purchased digitally via the Shopee app and collected at their outlets. Get the Shopee x Gong Cha e-drink series now exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal. The Shopee 9.9 Super Drink vouchers can be redeemed at all Gong Cha outlets nationwide from now to 27 September.

Fans can enjoy the drinks at an introductory price of RM7 (Normal price: RM10) from now to 13 September. Save more when you purchase the drinks at RM5 only on these special dates: 1 Sept, 6 Sept and 9 Sept.

Apply the code GC99 upon checkout to enjoy 30% coins cashback (capped at RM5) when you purchase the e-drink series on Shopee from 1 - 9 September.


The Shopee 9.9 Super Drink is introduced in conjunction with the Shopee 9.9 Super Shopping Day, happening from now to 9 September 2020. Users who visit Shopee are in for an exciting shopping event - free shipping with minimum spend of RM9, daily Shocking Sale with RM9 deals, 50% off vouchers as well as prizes worth up to RM 99,000 to be won through Shopee Games.

What are you waiting for? Visit https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series now!
Kayak In Little Amazon Of Terengganu | Bila pertama kali Sis Gee berkayak? Seingat ingatan ini rasanya masa sekolah menengah. Korang? Tapi masa tu berkayak kat tasik je. Bila masuk UUM, hakak join Kelab Kenu. Disitulah bermulanya pengalaman kayak hakak yang sebenar. Tambah pula, semua geng-geng kelab yang sempoi dan best, memang hakak bertahun kat UUM tu dengan Kelab Kenu. Kitaorang pun masih lagi contact sehingga ke hari ini, dan masing - masing kebanyakkannya dah berkeluarga dan beranak pinak dah pun. Heeee!

Okey itu bukan main story ya! Masa di Kelab Kenu dahulu, hakak berkayak kat tasik dan juga laut masa join trip kayak pusing Pulau Pinang. Itu antara pencapaian terbaik hakak sepanjang join Kelab Kenu. TAPI!! Rupa - rupanya, berkayak di laut sangat berbeza dengan berkayak di sungai!!


Pertama kali hakak berkayak di sungai adalah bersama Jenoba Outdoor.  Menariknya, lokasi berkayak kali ini dalam negeri hakak sendiri, Terengganu. Honestly, hakak tidak pernah tahu yang ada lokasi berkayak untuk public di sungai dalam Terengganu ni tau! Bila ada satu hari, geng blogger Ganu juga iaitu Huda Halid, ada ajak untuk join berkayak bersama Jenoba Outdoor, hakak terus teruja nak sertai sama! 

Jenoba Outdoor Tawar Servis Kayak dan Camping Untuk Orang Ramai

Jenoba Outdoor antara nama yang sudah popular sebenarnya dikalangan pelancong asing. Mereka menawarkan servis dan tenaga pengajar yang pakar untuk membawa anda berkayak. Di samping berkayak, korang juga boleh minta pakej untuk berkhemah juga. Apabila ada yang pakar untuk menguruskan, semestinya pengalaman korang nanti lagi best!


Jenoba Outdoor telah mendapat pengsijilan Malaysia Tourism Excellence bagi kategori Adventure Tourism. Pengsijilan ini diperolehi daripada Malaysia Productivity Council. Disebabkan pengiktirafan Jenoba Outdoor, mereka memang sangat dipercayai ramai termasuklah anakanda Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri iaitu Tengku Puteri Nadhirah Zahrah yang telah pun mengikuti trip kayak bersama Jenoba Outdoor.

Nak tahu best ke tak pengalaman hakak berkayak dengan Jenoba Outdoor? Jomlah baca story mory hakak sepanjang hakak Kayak In Little Amazon Terengganu!

Meeting Point Bermula di Pengkalan Rengas

Tiba hari yang dinanti iaitu hari kami akan berkayak di Sungai Berang, Kuala Berang bersama Jenoba Outdoor. Syarat untuk menyertai Kayak In Little Amazon Of Terengganu adalah, korang kena tempah untuk minima 2 orang. Ini adalah untuk memudahkan proses penyusunan buddy untuk berkayak nanti. Makanya, kebetulan rumet free, so, hakak ajak lah beliau untuk berkayak bersama. Ala - ala honeymoon pakej pulak sesekali buat aktiviti luar berkayak berdua. Hihi.


Jam 9 - 9.30 pagi kami dikehendaki sampai di meeting point di mana ia merupakan titik permulaan untuk berkayak. Di Pengkalan Rengas ini, korang yang tak berkayak pun boleh datang sebab ia merupakan tapak perkelahan. View sungai kat sini memang cantik dan banyak port best untuk berkelah sambil - sambil mandi sungai. Hihi.

Jenoba Outdoor Titik Beratkan SOP 

Menurut perintah dan saranan kerajaan, Jenoba Outdoor sangat menekankan SOP yang perlu diikutkan. Kesemua peralatan yang bakal digunakan oleh para peserta akan di sanitize terlebih dahulu. Setibanya hakak dan rumet di Pengkalan Rengas, kami dikehendaki scan QR CODE yang disediakan dan pemeriksaan suhu. 


Sebelum memulakan ekspedisi Kayak In Little Amazon Of Terengganu, kami dikehendaki untuk mendengar sesi taklimat terlebih dahulu. 


Encik Najib memulakan taklimat secara ringkas perihal Sungai Berang dan juga sedikit sejarah tentang Pengkalan Rengas. Sedikit info yang boleh hakak kongsikan, Pengkalan Rengas ini dipanggil 'Pengkalan' kerana lokasi itu merupakan tempat berlabuhnya sampan, perahu, di mana Sungai Berang itu merupakan sungai utama pencarian rezeki dan juga sebagai tempat berhubung. Manakala 'Rengas' merujuk kepada pokok rengas yang tumbuh di sekitar pengkalan itu.


Menurut Encik Najib, kebiasaan air di Pengkalan Rengas sangat cetek dan jernih. Namun, disebabkan sehari sebelum kami berkayak, hujan yang lebat, maka air sedikit keruh dan paras air agak tinggi dari biasa. Namun, korang jangan risau kerana Jenoba Outdoor tidak akan membiarkan kita berkayak sekiranya paras air di tahap yang merbahaya. 

Jenoba Outdoor sangat menitikberatkan soal keselamatan dengan menyediakan krew dan guide yang terlatih. Taklimat tentang kayak dan keselamatan juga diberikan oleh guide terlatih Encik Fadhil.


Setelah taklimat selesai, kami dikehendaki mengambil life jacket masing - masing yang kelihatan sangat bersih dan baru. Memang selesa dan terasa selamat bila dipakai. Owh ya! Kami diberikan juga snek ringan untuk dibawa bersama! Best kan? Heee!

Setiap peserta dapat sebiji epal, roti dan air mineral. Untuk yang nak bawa barang-barang peribadi seperti wallet, kunci dan handphone, korang jangan risau. Jenoba Outdoor juga menyediakan waterproof bag dan diberikan secara percuma untuk mereka yang memerlukannya. Hakak ambil satu untuk simpan makanan dan barang-barang penting yang lain.

Pengalaman Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Pengalaman bermula!! Kami akan berkayak lebih kurang 2 jam setengah sepanjang Sungai Berang ini. Guide juga akan turut serta dalam ekspedisi Kayak In Little Amazon Of Terengganu ini. Dari awal kami telah diberitahu untuk tidak terlalu kuat mengayuh disebabkan sungai ini sendiri dah ada arus yang membawa kayak. Kami cuma perlu mengawasi tidak terlalu dekat dengan tebing, batu, kayu atau pokok. 


Terasa damai dan tenang bila berkayak di Sungai Berang ni tau. Dapat dengar air sungai, dengar bunyi burung berkicauan, lihat alam flora dan fauna disekeliling serta mengamati setiap kejadian alam semulajadi yang sangat indah. 


Hakak terpegun apabila sampai di Gate Of Little Amazon. Sangat cantik ciptaanNya. Pokok - pokok besar yang menjuntai ke sungai menjadikan laluan sungai seperti satu laluan yang redup dan cantik. Bak kata omputeh 'No Words Can Describe!'. Sebegitulah hakak ketika melihat The Gate Of Little Amazon.


Kami berehat seketika di Gate Of Little Amazon untuk makan, mandi, dan mengambil gambar. Rumet kemain berendam! Al maklum kali ni tak perlu mengawasi #Geng4A kan. Haha!

Kalau korang datang berkayak dengan Jenoba Outdoor, korang boleh request untuk berhenti rehat atau mandi manda dengan lebih lama lagi. Apa - apa pun bergantung kepada cuaca semasa memandangkan arus sungai yang deras nanti akan merisikokan korang juga kan? Safety first!


Selesai berehat di Gate Of Little Amazon, ekspedisi lebih santai, lebih kepada menikmati pemandangan flora fauna di Little Amazon. Sangat cantik!! Memang tak rugi bayar untuk Kayak In Little Amazon Of Terengganu ini.


Selanjutnya, korang boleh lihat video pengalaman hakak berdua dengan rumet di Little Amazon Terengganu. Memang terapi terbaik untuk suami isteri yang sentiasa sibuk dengan rutin kerja dan anak - anak serta terapi terbaik untuk korang yang stress. Comfirm hilang migrain datang sini dan sertai Kayak In Little Amazon Of Terengganu!


Booked Your Date Now!!

Korang boleh pilih slot tarikh mana yang korang nak. Selagi belum penuh kuota untuk date tersebut, korang boleh terus join! Hakak recommend korang grab pakej murah dari Jenoba Outdoor seperti kat bawah ini :

PAKEJ BERKAYAK SAHAJA

RM 129
*** pakej termasuk :
       ◈ Kayak, paddle, life jacket, makanan, minuman beserta waterproof bag.

PAKEJ BERKAYAK DAN BERKHEMAH 2 HARI 1 MALAM

RM 200
*** pakej termasuk :
       ◈ Kayak, paddle, life jacket, makanan, minuman beserta waterproof bag.                   
       ◈ Makan ( breakfast x 1 , lunch x 2 , dinner x 1 ).
       ◈ Khemah ( twin sharing ).
       ◈ Domestic transfer.


Rugi kalau tak tanya diaorang dulu tau! Sebabnya, Jenoba Outdoor juga selalu buat harga promosi murah - murah je! So, apa kata korang yang berminat tu boleh terus contact Jenoba Outdoor untuk sebarang promo terkini dan juga info lanjut.

KAYAK IN LITTLE AMAZON OF TERENGGANU | JENOBA OUTDOOR

Facebook : @JenobaOutdoor
Instagram : @jenobaoutdoor
Whatsapp : +6013 702 6923 ( Encik Najib )


Jom Online Shopping di PG Mall Dengan Tawaran Diskaun Berganda | Sejak dua menjak ini, online shopping semakin disukai oleh kebanyakkan orang termasuklah hakak sendiri! Rumet hakak pun kemain sekarang, kalau boleh semua benda nak beli online. Katanya, lebih murah dan mudah! Korang pula bagaimana ye?


Banyak - banyak lambakan online shopping di Malaysia, hakak tertarik untuk terjah online shopping salah satu website yang semakin dikenali ini. Ramai juga rakan - rakan hakak buat sharing di social media mereka tentang online shopping ini. Macam menarik dan tertarik tau dia punya special deals!

PG Mall Platform E-Dagang Nombor Satu di Malaysia

PG Mall merupakan satu platform e-dagang nombor satu di Malaysia yang mana ia telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Kalau korang nak tahu, PG Mall merupakan satu - satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. Bila tahu tentang itu, rasa nak ajak lebih ramai untuk sokong produk tempatan ini untuk terus megah berdiri setanding produk antarabangsa.
PG Mall juga disenaraikan sebagai Top 3 laman web e-dagang di Malaysia di dalam laporan Iprice . Bertambah menarik dan memudahkan apabila PG Mall juga menerima semua e-wallet dan payment getaway. 

PG Mall Berkolaborasi Bersama Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ( PENJANA )

Korang dah claim dana E-Penjana bernilai RM50 tu? Hakak sudah! Dana E-Penjana itu akan dikreditkan ke dalam akaun E-Wallet kita kan? Waktu inilah boleh online shopping tanpa menggunakan duit sendiri! 

Ya! Bermula 10 Ogos 2020 hingga 30 September 2020, korang boleh online shopping di PG Mall dengan menggunakan dana E-Penjana di dalam E-Wallet korang. 


Tawaran menarik untuk pembeli pertama kali, korang dapat menikmati diskaun RM25 dengan pembelian minima hanya RM80. Manakala untuk pelanggan yang sedia ada, korang juga akan dapat ganjaran menarik iaitu diskaun RM20 dengan pembelian minima RM100 sahaja! Wow! Banyak kan diskaun!!!

Ada lagi ganjaran yang best tau!! Kos penghantaran akan diberikan diskaun juga sebanyak RM8. Maksudnya, kos penghantaran juga dapat dijimatkan! Tak cukup lagi dengan diskaun - diskaun tadi, korang juga dapat menikmati 50% diskaun daripada exklusif facebook live rebate voucher.

Ada banyak pilihan produk di PG Mall yang pastinya akan membuatkan korang rambang mata! Ada barang keperluan rumah, produk kecantikan, perabot, gajet elektronik, dan banyak lagi! Korang boleh shopping dan nikmati ganjaran diskaun kat SINI .

Sokong Produk Local #BarangBaikBarangKita


Jom kita sokong produk kita! Bermula bula Julai hingga Disember 2020, Kempen Proudly Local akan berlangsung di PG Mall. Ada pelbagai produk asas keperluan rumah, barangan bayi & kanak - kanak, barangan kecantikan & kesihatan, automotif & sukan, kelengkapan elektronik serta fesyen dan lain-lain. Korang boleh tengok pelbagai pilihan menarik untuk kempen #BarangBaikBarangKita kat SINI .

Grab Tawaran Nestle August Top Spender

Anda penggemar produk Nestle? Hakak rasa, setiap rumah mesti ada produk dari Nestle seperti Milo, Nestum, Nescafe, Maggi, coklat KitKat, cereals, dan juga susu. Setiap pembelian minima RM80, korang akan dapat RM8 OFF. 


PG Mall juga sedang mencari pemenang mingguan untuk menang RM50 Grab + PG Mall Voucher bagi 16 pemenang serta pemenang bulanan untuk menang RM100 Grab + PG Mall Voucher bagi 3 orang pemenang. Nak tahu lanjut tentang tawaran Nestle ini boleh terjah SINI . 

Jom Online Shopping di PG Mall Sekarang!

Ada banyak tawaran menarik sedang menunggu! Tak kira untuk pelanggan lama mahupun pelanggan pertama kali! Happ Shopping you alls!!

Dapatkan info lanjut tentang PG Mall di :

Website : https://pgmall.my/
Facebook : https://web.facebook.com/PGMallMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #ShopNestle #NestleTopSpender #WinwithNestle #PGMall4u #Cashback #points


Pantri Makanan #AyamWithYou Bantu Komuniti Kemaman | Baru - baru ini, Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Al Hijrah Kemaman telah bina Pantri Makanan #AyamWithYou, bagi membantu komuniti penduduk sekitar Kemaman, Terengganu. Nak tahu kisah selanjutnya? Jom baca selanjutnya okeh!

Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 

Sebagai contoh, di Terengganu, Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Al Hijrah, sebuah rumah anak yatim di Taman Alam Perdana Binjai meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini. 
“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Al Hijrah, Encik Ustaz Zaki. 

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. 
“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Encik Ustaz Zaki. 
Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 
“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 
“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 
“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. 

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di PT 4972 Taman Alam Perdana, Binjai, 24000 Kemaman Terengganu. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my. 

Menang Gold Bar Dari CMASA.my | Wow! Emas percuma? Memang best kot kalau ada yang nak memberi emas percuma! Nak tahu apa kisahnya dan bagaimana cara nak dapatkan emas percuma ini, korang kenalah baca entry hakak kalini sampai habis okeh!


Hari ini, ramai dah terjebak dengan online shopping. Musim kuarantin di rumah, membeli belah di platform online adalah pilihan yang terbaik. Bukan hanya mudah di hujung jari malah harga yang ditawarkan juga murah dan cepat sampai di muka pintu rumah. Jimat masa, tenaga dan juga wang ringgit! Haha!

CMASA.my Tawarkan Pelbagai Pilihan Produk Yang Berpatutan

Satu platform online yang sangat best untuk dikunjungi adalah CMASA.my . Ada pelbagai pilihan produk yang ditawarkan di dalam laman web CMASA.my ini. Antaranya termasuklah pilihan barangan makanan dan minuman, barangan bayi dan kanak - kanak, produk kesihatan dan kecantikan, barangan keperluan rumah, kelengkapan haji dan umrah, pelbagai lagi jenis tawaran perkhidmatan dan juga pelbagai lagi jenis rangkaian produk.



Jom Sertai Peraduan Kongsi dan Menang Gold Bar Dari CMASA.my

Sekarang masih berlangsung peraduan kongsi dan menang GOLD BAR dari laman web CMASA.my . So, masa yang ada ni, masih sempat untuk kita mencuba nasib! Mana tahu kot ada rezeki menang emas percuma!


Caranya mudah sahaja!

Jom ikuti langkah mudah di bawah :

LANGKAH 1 :

Korang kena beli mana-mana produk (min 1 produk sahaja, lebih lagi bagus) dari laman web https://cmasa.my/ . 

LANGKAH 2 :

Hantar PRIVATE MESSAGE ke :
FB Page rasmi CMASA.my https://www.facebook.com/CMASA.YaPEIM/

LANGKAH 3 :

Seterusnya, korang buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula ..

"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............"


Lengkapkan ayat di atas berserta dengan gambar kreatif di posting tersebut. Jangan lupa hashtag #cmasa dan pastikan akaun FB korang berstatus PUBLIC .

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada LIKE, KOMEN dan SHARE paling tinggi.


16 Hadiah Menarik Menanti Korang!

Hadiah Utama x 3
Gold Bar (Wafer Emas) 3gram bernilai RM840
Keahlian Privilege YAPEIM


Hadiah Kedua x 3
Gold Bar (Wafer Emas) 1.5gram bernilai RM465
Keahlian Privilege YAPEIM

Saguhati x 10
Cenderama Barangan YAPEIM
Keahlian Privilege YAPEIM
Jom korang join Peraduan Menang Gold Bar Dari CMASA.my !! Belum cuba, belum tau kan? Korang kena join sekarang tau! Sebabnya tarikh tutup peraduan 30 June 2020. Jom shopping online di CMASA.my hari ini!


Untuk sebarang info lanjut dan pertanyaan, korang boleh hubungi :

Website : https://cmasa.my/

Facebook : CMASA.YaPEIM

Instagram : cmasa.yapeim
Shopee Mum’s Club , kumpulan sokongan maya untuk para ibu yang mencari tawaran terbaik bagi produk tulen bagi si manja mereka! 

Dikatakan bahawa kos untuk membesarkan seorang anak boleh mencecah RM1 juta. Oleh itu, bukan lagi sebuah rahsia bahawa ia merupakan satu urusan yang mahal untuk membesarkan seorang anak, walaupun ia adalah sebuah pengalaman yang berharga.


Dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini di tengah wabak Covid-19, para ibu bapa berasa risau untuk mencari jalan bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk membesar dengan sihat. Untuk membantu ibu bapa harungi cabaran ini, Mum's Club di Shopee memberikan sokongan kepada para ibu yang mencari produk tulen untuk anak-anak mereka tanpa berbelanja secara berlebihan.


Ahli-ahli kelab tersebut dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kempen yang direka khas seperti satu yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun 2020, menampilkan pelbagai tawaran untuk barang penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian. Shopee bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya para ibu bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa baharu.


Hak Istimewa Ahli: Kempen yang berlangsung selama seminggu ini akan menawarkan ahli-ahli Mum's Club barang keperluan bayi seperti susu untuk ibu hamil, lampin, produk mandian dan penjagaan kulit, dan mainan untuk RM10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale; baucar sehingga 20% diskaun serta pulangan tunai sebanyak 20%. Ahli-ahli juga boleh dapatkan baucar di kedai dan juga diskaun sehingga 50% oleh jenama yang mengambil bahagian.

Ahli baru Mum's Club akan menerima semua produk yang dinyatakan di atas serta ganjaran tambahan seperti 25% pulangan tunai Shopee Coins dan hadiah alu-aluan eksklusif bernilai RM30 yang terdiri daripada produk seperti lampin dan susu formula.


Peraduan Belanja dan Menang: Kempen ini menjadi lebih baik untuk para ahli yang berbelanja dari tempoh 17 Jun hingga 1 Julai berpeluang untuk menang hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price. Untuk mengambil bahagian, para ahli layak mendapat satu penyertaan untuk setiap pembelian sebanyak RM50 di kategori Mainan, Kanak-kanak dan Bayi. 
Sesi Perkongsian: Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum's Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditontoni dari rumah untuk ibu bapa baharu. Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.

Shopee Mum’s Club, dilancarkan pada 2019, direka untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada para ibu bapa melalui tawaran dan diskaun oleh pelbagai jenama. Sebuah pihak yang boleh dipercayai sepanjang perjalanan keibubapaan mereka, ia bertujuan untuk memberikan penyelesaian dan idea kepada para ibu bapa untuk membantu mereka berikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Promosi-promosi dikemas kini secara berkala, jadi para ahli diingatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap, terutamanya semasa jualan Baby Fair dan juga kempen khas.

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2020 (18)
    • ▼  September (3)
      • Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!
      • Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan ...
      • Gong Cha Introduces Its First-ever e-Drink Series ...
    • ►  August (2)
      • Kayak In Little Amazon Of Terengganu
      • Jom Online Shopping di PG Mall Dengan Tawaran Disk...
    • ►  July (1)
      • Pantri Makanan #AyamWithYou Bantu Komuniti Kemaman
    • ►  June (2)
      • Menang Gold Bar Dari CMASA.my
      • Shopee Mum’s Club | Kumpulan Sokongan Maya Para Ibu
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab