Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Sate Wakaf Bharu Kelantan VS Sate Lanang Jabi Terengganu  | Jarang kita dengar mereka yang kurang menggemari sate. Rasa rempah sate pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur baik kita yang dewasa mahupun kanak-kanak. Anak-anak aku sendiri kalau diberitahu nak makan sate semua pakat bersorak riang. 

Pada kebiasaannya, sate dijadikan hidangan makan malam, minum petang, juadah sambutan hari lahir atau apa-apa sambutan yang melibatkan tetamu yang ramai. Aku boleh dikatakan penggemar sate juga. Walaupun harga sate sudah semakin mahal namun jika berbaloi dengan rasa sate itu, aku sanggup beratur panjang! Haha!

Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam di Kelantan


Trip Oktober aku pada hari pertama, aku dan keluarga di bawa oleh travel buddy Mek Yunie untuk merasa kesedapan sate di Restoran Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam. Sebelum ini, aku pernah bawa Mek Yunie merasa Sate Jabi. Seperti kunjungan balas, Mek Yunie inginkan aku dan family merasa sate tersohor di Kelantan pula.

Dinner di Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam turut disertai oleh Wahida (travel buddy baru 😜 ) bersama 2 anak beliau. Agak meriah dinner kami sehinggakan gambar pun sempat snap beberapa keping sahaja. Masing-masing asyik pegang lidi sate instead of pegang handphone! Hahahahah!


Harga sate ayam adalah RM1 manakala sate daging RM1.20. Ni harga untuk sate yang kami order sahaja. Ada lagi pilihan sate lain seperti sate daging kambing. Rasa sate kat sini lebih kurang kesedapannya macam Sate Jabi cuma size sate di Wakaf Bharu Hjh Mek Yam ini lebih besar. So, aku kira memang padan dengan harga yang lebih tinggi daripada sate jabi.

MAPS SATE WAKAF BHARU

Sate Lanang Jabi Popular di Terengganu

Kalau ke Besut, korang wajib singgah di Sate Lanang Jabi ini. Jabi merupakan nama tempat atau kawasan di mana ia sangat terkenal dengan restoran yang menjual sate. Namun, kalau tersalah pilih kedai, rasa menyesal juga! Tapi, kalau korang tak nak menyesal, korang mesti singgah ke Restoran Sate Lanang Jabi ni.


Kemeriahan dalam restoran sangat lain macam. Pekerja - pekerja semuanya friendly seperti rakan baik. Menariknya, sate kat sini sangat murah iaitu hanya 60 sen sebatang. Harga untuk sate ayam dan sate daging adalah sama. Amacam? Murah gila kan?

Part murah memang tersangat murah! Part kesedapan tu, memang tak boleh bawak bincang! Hahahahh! Aku suka sate daging sebab rasa manis daging tu lagi wow! Kuah kacang pula pekat dan sedap juga. Anak - anak pun kalau makan kat sini memang berbaloi-baloi sebab diaorang makan banyak.

MAPS RESTORAN LANANG JABI

Sate Wakaf Bharu VS Sate Jabi
Rarenya Sate di Restoran Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam adalah dihidangkan bersama roti banggali. Rotinya sangat lembut dan gebu tau! Bila tengok memang kebanyakkan orang mesti order sekali roti banggali ini. Cara makannya adalah cicah dengan kuah kacang. 

Sedap juga sebenarnya. Cuma agak rare sebabnya aku belum jumpa kedai sate di Terengganu yang hidangkan roti bersama sate. Kebiasaannya, hidangan sate hanya dihidangkan bersama kuah kacang, nasi impit serta timun dan bawang. 


Tahap kesedapan kedua - dua restoran sate ini mempunyai resipi rempah sate yang sedap belaka. Cumanya, disebabkan size sate Wakaf Bharu yang agak besar makanya bilangan lidi yang korang makan mungkin akan sedikit berbanding Sate Jabi. Aku makan tak sampai 10 cucuk, dah terasa kenyang! Haha!

So, korang yang travel ke Terengganu dan Kelantan boleh cuba kedua-dua restoran sate ini. Nanti boleh kongsi pengalaman korang pulak!!

#sisgeejalanjalan
#satelanangjabi
#satewakafbharu

Ini Kesannya Setelah Selama Setahun Lebih Amalkan Serum Dr Beau | Mengamalkan produk kecantikan secara konsisten bukan sesuatu yang mudah bagi seorang Sis Gee. Al maklumlah komitmen dengan anak - anak kecil serta rutin sebagai fulltime housewife. Kalau stay kat rumah memang agak kemalasan nak menempek muka dengan produk kecantikan walaupun dengan hanya pelembab muka.


Bila usia sudah melebihi angka 30, kulit muka sudah tidak sama seperti usia 20-an. Tanda - tanda penuaan mula keluar seperti jeragat, bintik - bintik hitam, kulit mudah kusam dan juga kering. Aku bukan sejenis yang terlalu suka menjaga cuma bagi aku sudah memadai sekiranya kulit wajah sentiasa bersih tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Bagaimana Kesan Serum Dr Beau Pada Kulit Sis Gee?

Keberkesanan sesuatu produk kecantikan adalah tidak sama bagi setiap individu. Ada yang berkesan dalam tempoh 2 minggu percubaan dan ada juga mengambil masa selama 3 bulan. Setahun yang lepas, apabila aku mencuba serum Dr Beau ini, aku terus sukakan tekstur serum yang tidak kering dan mudah serap pada kulit.


Kulit aku adalah sejenis kulit kering, jerawat juga muncul cuma tidak pada tahap yang kronik namun masih meninggalkan kesan parut pada muka terutamanya kawasan dahi. Kulit kering ni, yang tak bestnya bila nak sapu bedak, ia akan jadi tidak sekata. Memang tak best!


Apabila mula memakai serum Dr Beau, kulit seakan bertambah baik terutamanya masalah kulit kering. Kalau pakai sebelum keluar rumah pada awal paginya, korang akan dapat rasa kulit melembab je sepanjang hari. 

Ketahui Lagi Manfaat Serum Dr Beau Pada Kulit Wajah

Selain Serum Dr Beau telah merawat masalah kulit aku yang kering, Serum Dr Beau juga mampu merawat pelbagai lagi masalah kulit yang kronik. Jom lihat lagi manfaat Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini.

◈ Merawat masalah jerawat dan jeragat.
◈ Mengurangkan lebam di bawah mata.
◈ Membantu masalah pori terbuka.
◈ Membantu masalah biji kolestrol.
◈ Membantu masalah kedutan dan penuaan.
◈ Merawat masalah eczema.
◈ Mengurangkan masalah bintik hitam.


Cara Penggunaan Yang Mudah Untuk Diamalkan Setiap Hari

Serum Dr Beau atau Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini boleh diamalkan setiap waktu malam sebelum tidur atau boleh juga dijadikan make up primer sebelum membuat solekan wajah. Aku suka guna sebelum sapu cc cream pada muka. Sebabnya, nanti sapuan cc cream akan lebih mudah sekata dan tampak lebih licin.


Fungsi sebagai make up primer ini juga dapat memberikan lembapan pada kulit wajah sepanjang hari. Kalau nak guna sebelah malam pula, korang boleh membuat sapuan serum Dr Beau sebelum tidur. Dengan bauan serum Dr Beau yang wangi ini pasti membuatkan tidur korang lena sepanjang malam. 

Dr Beau Pure Natural Skin Oil Produk Kelulusan KKM

Perkara utama yang wajib dikenalpasti untuk produk kecantikan adalah produk tersebut selamat untuk digunakan. Kita sebagai pengguna juga boleh semak sendiri status sesuatu produk itu. Aku bertambah yakin bila mendapat tahu serum Dr Beau ini adalah produk lulus KKM. Bukan apa, aku risau juga pemakaian produk yang salah akan memberi kesan yang lebih teruk pada kulit muka.


Dr Beau Pure Natural Skin Oil menggunakan formulasi bahan - bahan semulajadi sahaja tanpa melibatkan bahan kimia yang merbahaya. Sebab itu kesan pemakaian semakin lama semakin baik. Serum Dr Beau ini mengandungi bahan utama iaitu Wheatgerm Oil, Almond Oil, Apricot Kernel, Evening Primrose, Moroccan Argan Oil dan Rosehip Oil.

Dr Beau Pure Natural Skin Oil Menjadi Pilihan Makeup Artis dan Artis Tempatan

Semakin lama, semakin ramai artis yang menggunakan serum Dr Beau ini. Malah makeup artis pun memilih Dr Beau sebagai makeup primer sebelum memulakan solekan. Jom lihat testimoni di bawah ini.






Miliki Serum Dr Beau Dan Bawa Ke Mana Sahaja

Aku memang sentiasa membawa serum Dr Beau sebabnya sizenya sangat mudah untuk dimasukkan dalam handbag. Tambah pula ketika travel, kulit sangat cepat kering dan sinaran matahari akan menjadikan kulit mudah terbakar. Sapuan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini akan membantu kulit kekal lembab sepanjang hari serta melindungi kulit daripada sinaran matahari jugak!


Bagi korang yang berminat nak mencuba, aku sangat recommendkan. Korang boleh cuba pakai secara konsisten dan lihat keberkesanan pada kulit wajah korang macam mana. Untuk sebarang info lanjut dan tempahan, korang boleh hubungi mereka pautan kat bawah ini :

WEBSITE  |  FACEBOOK  |  INSTAGRAM  |  YOU TUBE

TELEFON : 016 963 3443


Hi Tea Buffet @ Poolside di The Grand Renai Kota Bharu | October Trip kali ni aku dan family ke Kota Bharu memandangkan cuti sekolah agak lama iaitu Jumaat hingga Selasa. Tahun ni cuti bersempena perayaan Depavali 5 hari! Memang best kalau plan holiday. Di sebabkan November Trip nanti agak menggunakan bajet yang besar, maka rumet bersetuju bawak anak - anak bercuti ke negeri jiran sahaja iaitu Kelantan.



Semakin mengenali Negeri Kelantan, semakin aku jatuh cinta! Setiap kali ke Kelantan, pasti akan ada tempat baru menarik untuk di singgah. Bukan tempat menarik sahaja tau, malah Negeri Kelantan sangat mewah dengan makanan yang sedap - sedap! Part paling semua orang suka adalah murah!!!


Minum petang di hotel 5 bintang di Kelantan? Korang rasa, adakah aku mampu dengan anak - anak yang berderet itu? Kalau sedang mengidam pun belum tentu dapat hadap apatah lagi ketika perut aku penuh diisi lelemak ini. Hahahaha!

Hi Tea Buffet Hanya RM28 Sahaja di The Grand Renai Kota Bharu

Andai korang yang suka cuci mata tengok senarai hotel di Kelantan pasti familiar dengan nama hotel ini iaitu The Grand Renai Kota Bharu. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. 


Melihatkan bangunan dan senibina The Grand Renai Kota Bharu yang cukup gah, tak terjangka pula mereka tawarkan buffet minum petang yang sangat murah. Hidangan buffet Hi Tea hanya RM28 sahaja untuk dewasa manakala RM10 untuk kanak-kanak ( 5 hingga 11 tahun ). 

Hari pertama October Trip ke Kelantan terus aku isikan aktiviti Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu bersama keluarga travel buddy Mek Yunie. Alang - alang ke Kelantan, negeri travel buddy, semestinya perancangan travel kali ni bersama beliau dan keluarga. Hehehe!

Hi Tea di Tepi Kolam Bermula Jam 3pm - 6pm


Meet point bersama travel buddy adalah di The Grand Renai Kota Bharu. Anak - anak teruja bila membayangkan dapat mandi kolam. Manakala ibu tak sabar untuk jumpa Aunty Mek diaorang untuk ngopi session. Win win situation bila mana kami dapat menikmati minum petang dengan tenang sambil melihat kegembiraan anak - anak bermandi manda di kolam renang. 


Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu ini adalah hidangan secara buffet di tepi kolam renang, tingkat 8. Kami datang seawal 3 petang untuk menikmati pelbagai hidangan makanan. Dah kenyang, anak - anak dah tak sabar untuk bermandi manda di kolam renang.



Sedang bermain air, terasa nak makan boleh ambil makanan lagi dan makan lagi. Mau tak seronok Geng 4A tuh? hahahaha!

Hidangan Hi Tea Buffet Terdiri Daripada 6 Main Course

Menariknya hidangan buffet Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu merangkumi menu - menu tempatan dan juga luar. Korang dapat rasa makanan tradisi Kelantan di samping makanan yang lain. Antara menu yang sempat Gee merasa ketika Hi Tea bersama Mek Yunie adalah nasi goreng kampung, kuew tiaw goreng, mee kari, sandwich, kerabu daging, bubur kacang, salad, ABC, buah, aneka jenis kek dan pelbagai lagi! 












Yang bestnya, setiap kek dan kuih yang dikeluarkan sentiasa berubah - ubah. Dah habis kek coklat, nanti dikeluarkan pula kek red velvet. Memang korang akan dapat merasa pelbagai jenis desserts!! Owh i lovee it!! 



Kepelbagaian hidangan menu ini adalah supaya dapat memenuhi citarasa tetamu yang hadir bukan sahaja dari dalam Kelantan malah ramai juga pelancong dari luar Kelantan serta negara luar. 

Harga Termasuk Penggunaan Jacuzzi dan Sauna 


Apabila dah kesejukan di dalam kolam renang, kami sempat ber'jacuzzi' di dalam bilik persalinan. Bilik persalinan wanita dan lelaki siap disediakan jacuzzi bagi menghangatkan badan setelah kesejukan di dalam kolam renang. Malah, korang boleh juga masuk ke bilik sauna di mana ia juga disediakan di dalam bilik persalinan. Menarik bukan? 

Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga di The Grand Renai Kota Bharu


Pasti meriah apabila dapat membuat sambutan hari lahir yang tersayang di hotel bertaraf 5 bintang. Pihak hotel boleh menyediakan tempat yang sesuai dengan bilangan tetamu korang bagi mengadakan majlis sambutan hari lahir di The Grand Renai Kota Bharu. Korang boleh juga tempah kek handmade daripada Chef The Grand Renai Kota Bharu. Hidangan buffet serendah RM28 ditambah dengan kek exclusive untuk tersayang semestinya akan menjadi sambutan hari lahir yang paling manis sekali!



Majlis keraian bersama keluarga atau rakan sepejabat juga boleh diadakan dengan mengambil pakej Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Sebagai contoh, sambutan Hari Keluarga. Aktiviti - aktiviti sampingan seperti sukaneka boleh juga dilaksanakan ketika Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Pasti teruja semua tetamu apabila dapat makan dan juga mandi kolam renang dalam masa yang sama.


Semestinya Boleh Repeat Lagi Untuk Aktiviti Bersama Keluarga!!


Kalau ada rezeki lagi untuk ke Kota Bharu, semestinya nak repeat lagi Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Semua hidangan sedap - sedap belaka. Anak - anak pun berselera makan. Dengan harga RM28 dewasa dan RM10 untuk kanak - kanak plus free access swimming pool, jacuzzi dan sauna, aku rasa lebih dari berbaloi - baloi. Mungkin lepas ni nak bermalam pula! Mana tahu ada rezeki lebih dapat la merasa bermalam di hotel 5 bintang ini. Hehehe!


Boleh Walk In Untuk Hi Tea @ Poolside dan Membuat Tempahan Untuk Sebarang Majlis


Kalau nak membuat tempahan sangat dialu-alukan especially korang yang ingin membuat sebarang majlis keraian di The Grand Renai Kota Bharu ini. Ia bagi memudahkan pihak hotel membuat persiapan rapi untuk majlis korang nanti. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, korang boleh hubungi contact di bawah ini dan boleh lihat pelbagai promosi yang diadakan di social media The Grand Renai Kota Bharu.


WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
HUBUNGI : 09 746 2233
WAKTU HI TEA : 3PM - 6PM ( JUMAAT & SABTU )

#reviewbysisgeedotcom
#sisgeejalanjalan
#TheGrandRenaiKotaBharu



McDonald's Kuala Terengganu Prihatin Bersama - Sama Sertai Sambutan Bulan Sukan Negara | Bulan Oktober ini pasti ada banyak aktiviti yang melibatkan pelbagai jenis sukan di seluruh negara. Bermula 1 Oktober, terdapat pelbagai penganjuran, aktiviti dan program kecergasan sukan dilaksanakan. Semestinya ia akan melibatkan penyertaan orang ramai tidak kira peringkat umur.


Malah, di sekolah juga sudah pasti ada pelbagai aktiviti yang sudah dirancangkan bersama murid - murid. Kalau Sis Gee, sukan zumba semestinya menjadi sukan kesukaan ketika ini. Hahahaha! Tapi, sejak join Unicorn Fun Run hari tu, rasanya nak join lagi mana - mana Fun Run di Terengganu ni. Best wei!!! Di samping badan bertambah sihat, fikiran pun boleh lebih relaks!

McDonald's Kuala Terengganu Turut Serta Program Bulan Sukan Negara 2019 Kontinjen Terengganu


Pada 12 Oktober 2019 baru - baru ini, sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Kontinjen Terengganu telah diadakan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. Sambutan ini sangat meriah dengan pelbagai acara yang diadakan. Ia turut disertai oleh Ketua - Ketua Jabatan Kontinjen Terengganu, Ketua - Ketua Polis Daerah, Timbalan Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta ahli keluarga dari setiap Ibu Pejabat Polis Daerah termasuklah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.


Antara aktiviti dan acara yang berlangsung pada hari tersebut adalah Fun Ride, Fun Walk, Sukan Rakyat, Acara Mewarna Kanak - Kanak serta Gerai - Gerai Pameran dari TM Kuala Terengganu, Tabung Haji, Kedai - Kedai Basikal dan banyak lagi.


Sumbangan McDonald's Kuala Terengganu 400 Pax Chicken Burger dan OB



Sebagai inisiatif McDonald's Kuala Terengganu bagi mendekati rakyat Terengganu, peluang seperti ini semestinya tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Satu pasukan daripada McDonald's Kuala Terengganu bersama Restaurant General Manager Encik Wan Muhairyzal turut sama turun padang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.


Program sebegini juga digunakan oleh McDonald's Kuala Terengganu untuk menjalinkan hubungan baik antara pihak McDonald's bersama masyarakat setempat serta anggota - anggota polis. Selain itu, pasukan McDonald's Kuala Terengganu turut memperoleh maklum balas daripada pengunjung berkenaan servis McDonald's Kuala Terengganu bagi tujuan penambahbaikan.


Melalui kaunter yang dibuka pada hari tersebut, McDonald's Kuala Terengganu turut menjalankan promosi Majlis Hari Jadi di McDonald's Kuala Terengganu. Pengunjung yang hadir serta anggota - anggota polis dapat membuat tempahan dan mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan.


Penglibatan McDonald's Kuala Terengganu Mendapat Pujian Daripada Anggota IPK dan Orang Ramai



Timbalan Ketua Polis Terengganu sangat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan oleh McDonald's Kuala Terengganu. Oleh yang demikian, McDonald's Kuala Terengganu telah diberikan sijil penghargaan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di atas usaha McDonald's Kuala Terengganu.


Masyarakat setempat pula sangat berbesar hati dan berterima kasih di atas keprihatinan daripada pihak McDonald's Kuala Terengganu yang turut sama memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara. Secara langsung, masyarakat telah menyedari bahawa pakej dan tawaran sambutan hari lahir di McDonald's adalah sangat berbaloi - baloi pada harga yang berpatutan.

Tahniah McDonald's Kuala Terengganu!



Usaha McDonald's Kuala Terengganu sememangnya patut dipuji dan patut di contohi. Bagi Sis Gee, dengan penglibatan sumbangan seperti ini, ia dapat memberikan persepsi positif orang ramai bahawa motif utama McDonald's bukan mengejar keuntungan semata - mata. Malah, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat di sekitar.

All the best McDonald's Kuala Terengganu!!!

Pengalaman Pertama Kali Menonton Great British Circus Malaysia |  Alhamdulillah termakbul impian untuk bawa anak - anak tengok live sarkas. Sebenarnya, impian Sis Gee juga yang memang dah lama teringin nak tengok sarkas. Teringin nak merasai pengalaman di dalam khemah sarkas, kemeriahan dan telatah setiap aksi di dalam sarkas.


Anak - anak pun dapat gambaran kemeriahan sarkas dari Movie Madagascar. Cuma berbezanya dalam movie tu haiwan yang lakukan aksi manakala sarkas yang kami kunjungi ini aksi daripada manusia. Hahahaha!

Bila lihat iklan Great British Circus Malaysia di timeline Facebook, memang teruja sebabnya lokasi sarkas adalah di Kuala Terengganu. Bertambah lagi teruja bila melihat kawan - kawan pun dah pergi dan share moments best ketika menyaksikan sarkas tersebut. Terus cari date yang sesuai untuk bawa Geng 4A merasai sendiri pengalaman menonton live circus di depan mata. 

Great British Circus Malaysia Berkampung di Kuala Terengganu Hampir Sebulan!!


Bila tengok jadual show, korang ada banyak pilihan nak datang hari apa samada weekdays atau pun weekend. Anak - anak teruja bila dapat tau nak pergi tengok circus. Biasanya diaorang sedia maklum kalau nak tengok circus kena pergi Kuala Lumpur. Tapi, kalini tak perlu pergi jauh, hanya perjalanan 20 minit sahaja dari rumah. Hehehe.

Selepas maghrib, kami bertolak ke lokasi circus iaitu di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu. Bila sampai kat situ, terus nampak satu kemah yang besar dan meriah dengan lampu - lampu. Tempat parking sememangnya lebih dari mencukupi so korang tak perlu risau.


Kami dah booking tiket lebih awal, so terus ke kaunter tiket dan bagitahu details yang diminta. Kalau nak walk in pun boleh cuma risau kalau orang ramai, tiket pun boleh jadi sold out juga! Nak selamat, baik booking lebih awal! Hehe!

Pintu dibuka jam 8 malam dan show akan bermula jam 8.30 malam. Untuk show sebelah petang, korang boleh datang selepas Asar sebabnya waktu bermula adalah 5.30 petang. 

Nikmati Masa Terbaik Untuk Keluarga Sepanjang Show Circus!

Persembahan di mulakan dengan penuh debaran! Untuk mereka yang pertama kali seperti kami debaran itu bercampur baur dengan keterujaan dan semestinya keseronokan yang berganda! Haha!


Sebelum show bermula, korang boleh beli makanan seperti pop corn di booth yang tersedia atau boleh beli ketika diaorang datang menjual di setiap sudut ruangan pengunjung.


Great British Circus Malaysia ini merupakan circus yang dikategorikan sebagai Circus Extreme di mana terdapat aksi ngeri yang membuatkan aku menjerit tanpa sedar! Hahaha! Permulaan aksi adalah aksi 2 orang ahli circus yang berlari dan melompat di atas 2 roda besar yang berpusing! Disebabkan seat kami bersebelahan sahaja dengan pentas pertunjukkan, maka terasa ngeri apabila roda yang berpusing seolah - olah jatuh ke atas muka sendiri! Haha!


Aksi mendebarkan diteruskan dengan pertunjukkan badut berdiri di atas tin tin yang tersusun. Kami pulak yang nervous kot dia terjatuh. Haha!


Kemudian, yang ditunggu - tunggu oleh si Aqil iaitu kemunculan superhero Spiderman!! Excited bila tengok Spiderman ada depan mata melakukan aksi akrobatik tergantung di kain dari atas pentas. Memang surprise terbaiklah untuk Aqil! Haha!


Ada juga badut yang membuat jenaka santai bersama penonton. Paling mengejutkan badut ini akan pergi sahaja pada penonton untuk diajak bersama di pentas melakukan aksi - aksi yang ringan dan spontan. Dan lucky Arsyad bila dia ditarik untuk bersama - sama ke tengah pentas! Nasib baik tak menolak! Hahahahaha! Bagus juga boleh build confidence di public! Hehe


Lagak aksi ngeri ahli sarkas diteruskan dengan 3 orang membuat persembahan di atas tali. Aku rasa ni games basic wajib ada di setiap sarkas kan? Dan mendebarkan bila diaorang acah - acah macam nak terjatuh dari atas tali tu. Hahaha!


Setiap selingan pasti ada drama 2 badut yang suka berinteraksi dengan penonton. Memang lucu!!

Untuk korang memerlukan masa ke tandas dont worry! Haha! Sebabnya akan diberikan time rest selama 15 minit. Pada waktu ini, korang boleh gunakan untuk bergambar bersama watak tersohor Movie Monster University dan Movie Monster Inc iaitu James dan Mike. Selama ni anak - anak tengok watak James dan Mike dalam tv sahaja kali ni dapat tengok depan mata dengan size yang agak besar! Memang the best moments lah untuk Geng 4A!


Aksi sarkas diteruskan dengan persembahan badut untuk mengenakan penonton! Yang ni memang lawak gila! Sorang badut acah - acah memegang pisau dan melontarkan pisau pada penonton yang sudah sedia ditutup muka dengan kain hitam. So macam mana pisau tu bila terbang terkena pada dinding? Malas nak cerita, korang kena datang sendiri! Haha!


Aksi akrobatik ahli sarkas di dalam gelung yang besar pun mengagumkan! Aqil panggil 'orang tulang' disebabkan baju yang tampak seperti tulang tengkorak. Hahahahaha!


Yang ditunggu - tunggu adalah aksi paling extreme iaitu Globe of Death! Pada mulanya seorang penunggang motorsikal melakukan aksi di dalam globe tersebut. Ketika itu dah rasa seram bila motor di bawa dengan laju berpusing - pusing di dalam globe.


Kemudian, keluar motorsikal ke dua dan berpusing di dalam globe!Memang gerun membayangkan aksi ngeri di hadapan mata sendiri. 

Kemudian, datang pula motorsikal ke tiga! Phewwww! Tahan nafas kitaorang yang tengok mereka berpusing dengan laju melintang menegak di dalam Globe of Death. Haha!


Tiada Penglibatan Binatang, Wanita Seksi dan Penyertaan Penonton Wanita


Korang yang ada anak kecil pun boleh di bawa ke circus ini tau. Tak de pun lagak aksi singa ke, harimau ke, monyet pun takde. Hehe! Para ahli circus pula kesemua adalah lelaki. Dan ke semua memakai pakaian yang sempurna termasuklah spiderman! Hahahhahaha! Penonton yang diajak ke pentas pula ke semua lelaki dan kanak - kanak sahaja. Memang terbaik!!


Sesi bergambar di penghujung persembahan sangat ditunggu - tunggu oleh anak - anak. Diaorang tak sabar nak tengok lebih dekat lagi ahli - ahli sarkas yang berani dan berperwatakan kelakar! Jangan lupa selfie dengan diaorang jugak! Hehe!


Jom Datang Beramai - Ramai Dan Rasai Sendiri Pengalaman Menonton Live Extreme Circus di Kuala Terengganu!!!



Terdapat 3 pilihan tiket yang korang boleh beli berdasarkan bajet korang. Kalau nak paling dekat dengan pentas, korang boleh ambil tiket VIP. Kalau hot seat, seat dapat view tengah pentas manakala standard seat adalah view tepi pentas. So, boleh pilih berdasarkan harga yang korang mampu okey! Yang penting semua memang akan enjoy tengok show nanti!!


Anak - anak memang senyum sampai ke telinga sepanjang malam lepas habis tengok circus. Melompat - lompat si Aqil terlalu seronok agaknya. So, aku fikir, berbaloi bagi keseronokan pada diaorang malam tu. Hehe. 


Untuk korang yang nak tahu lebih info atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi contact di bawah ini atau klik je social media Great British Circus Malaysia kat bawah ini okey!!


Thank you Great British Circus Malaysia for having us!!

FACEBOOK  |  INSTAGRAM  

016 407 1880  /  011 161 50805


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ▼  October (9)
      • Sate Wakaf Bharu Kelantan VS Sate Lanang Jabi Tere...
      • Ini Kesannya Setelah Selama Setahun Lebih Amalkan ...
      • Hi Tea Buffet @ Poolside di The Grand Renai Kota B...
      • McDonald's Kuala Terengganu Prihatin Bersama - Sam...
      • Pengalaman Pertama Kali Menonton Great British Cir...
      • Review Movie | 47 Meters Down Uncaged
      • Lirik Lagu Cinta Luar Biasa | Andmesh
      • 'theAsianParent' | Aplikasi Terbaik Untuk Ibu Bap...
      • Unicorn Fun Run, My First Fun Run!
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab