Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Kelas Renang Swimrush Academy Untuk Muslimah dan Kanak - Kanak | Bestnya kalau pandai berenang. Tapi ya ampun, Sis Gee ni bukan ada fobia air ke trauma ke apa, cuma tak mampu nak belajar apungkan badan. Dah cuba banyak kali juga, tapi tak yakin! Dan maybe sebab fikirkan takut tenggelam pastu lemas. Haha!


Berita baik untuk korang yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur! Sekarang, tak pandai berenang, takde basic atau tiada masa bukan lagi masalahnya. Nak anak kecil pandai berenang pun boleh! 

Swimrush Academy : Kelas Renang Untuk Muslimah dan Kanak - Kanak

Swimrush Academy merupakan kelas berenang istimewa untuk wanita dan kanak - kanak. Menariknya, korang boleh memilih kelas berenang pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja. Bukan itu sahaja, sekiranya, korang terlalu sibuk, korang boleh aturkan jadual sendiri mengikut kelapangan dan berbincang dengan Swimrush Academy. Semuanya akan diaturkan untuk korang nanti.


Seawal anak usia 5 tahun dah boleh menyertai Swimrush Academy. Kita sebagai ibu ayah ni pun belum tentu yakin tau nak ajar anak kecil berenang. Tambah pula kalau macam Sis Gee ni yang tak pandai berenang, tapi nak ajar anak berenang. Camano tuh? Hahahaha!

Lebih baik hantarkan anak - anak untuk belajar bersama tenaga pakar yang lebih arif. Swimrush Academy mempunyai silibus pengajaran yang tersendiri tau! Tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman akan mengajar bermula dari peringkat basic.


Kalau anak yang takut mandi air kolam sebab tak yakin, mama papa dont worry! Swimrush Academy juga akan ajarkan pelbagai skills termasuklah water confidence program dan juga water survival skills.

Swimrush Academy Mempunyai 4 Cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor


Berikut merupakan senarai cawangan Swimrush Academy di Kuala Lumpur dan Selangor. So, korang boleh pilih cawangan yang terdekat!

➤ Kompleks Renang Seri Siantan, Batu Caves : Kelas berenang untuk kanak-kanak, wanita dan lelaki.

➤ Jalan Turi Bukit Bandaraya, Bangsar : Kelas berenang untuk kanak-kanak.

➤ Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras : Kelas berenang untuk kanak-kanak dan wanita.

➤ Seksyen 14, Shah Alam : Kelas berenang untuk wanita.

Boleh Daftar 'Private Class' Juga!

Kalau korang tidak mempunyai masa yang bersesuaian dengan kelas berenang yang disediakan, korang boleh request untuk kelas berenang secara peribadi. Menarikkan? Lagi menarik apabila kos pengangkutan tidak akan dicaj! Wow! 


Kenapa Korang Kena Belajar Berenang Dengan Swimrush Academy?

◉ Hanya tenaga pengajar wanita yang akan mengajar kelas berenang wanita.

◉ Kelas berenang akan diajar bermula dari basic : Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly.

◉ Kelas lelaki pun ada disediakan iaitu di Cawangan Batu Caves.

◉ Tenaga pengajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang banyak.

◉ Kelas gantian juga disediakan.

◉ Memperolehi swimming cap dengan percuma.


Cepat Daftar Kelas Berenang Dengan Tenaga Pakar Swimrush Academy!!


Kalau Gee stay area Kuala Lumpur or Selangor, laju je nih nak daftarkan anak-anak. Tapi Gee stay jauh di Kuala Terengganu. So korang jangan lepaskan peluang ini! Bagus tau bila anak pandai berenang! Untuk mendaftar, korang boleh hubungi info yang dinyatakan di bawah ini!

WEBSITE | FACEBOOK  | INSTAGRAM

#swimrush
#surecanswimwan
#kelasrenang
#kelasrenangmuslimah
#swimrushkl
#gengkotakhitam
#rm
#rushmedia
Rancang Percutian Luar Negara Yang Menjimatkan Dengan Traveloka Sale-Abration | Hi korang! Sis Gee nak merancang percutian ke luar negara? Uish kalau ada rezeki apa salahnya. Boleh bawa anak - anak mengenali negara luar Malaysia pula kan? Kalau korang perasan, kos travel dalam Malaysia lebih kurang je sebenarnya dengan kos travel ke luar negara. Sebagai contoh kalau korang travel ke negara Asia yang lain seperti Thailand, Hongkong dan Vietnam. Tiket penerbangan kadang - kadang tu lagi murah dari domestik. 


Kalau Gee yang ada anak ramai ni, bila ada lebih penjimatan untuk travel, baik Gee gunakan pilihan yang lebih jimat! Jika ditanyakan negara luar negara yang menjadi wishlist untuk melancong, Gee rasa Korea atau Jepun. Semestinya kerana nak main dengan salji! Anak - anak pun selalu bertanyakan negara yang ada salji ni. Hehe. 

Rancang Percutian Dengan Bijak!

Apa yang menjadi isu utama yang perlu difikirkan untuk merancang percutian ke luar negara adalah peruntukan bajet. Ada banyak benda nak kena fikirkan selain daripada tiket penerbangan. Antaranya penginapan, aktiviti sepanjang berada di negara luar, tempat makan yang halal bagi muslim, kos pengangkutan dan sebagainya. 

Percutian yang bijak adalah percutian yang terbaik tapi dapat membuat penjimatan yang berganda - ganda. Agak - agak boleh ke nak cutting kos ni kalau bercuti ke Jepun atau Korea? Mestilah boleh korang!! Kalau tak caya, jom Gee kongsikan promosi kaw kaw kaw untuk percutian yang menjimatkan!

Traveloka Saleabration Bakal Berlangsung Dengan Tawaran Harga Promosi Yang Murah!

Kebiasaannya, ramai juga yang suka berkunjung ke Matta Fair untuk melihat harga promosi yang ditawarkan untuk merancang percutian ke luar negara. Namun, tak semua yang berkesempatan untuk berkunjung ke Matta Fair termasuklah Sis Gee. So, kalau tak berkesempatan ke Matta Fair 2019, korang jangan risau! Traveloka kan ada! Di mana sahaja tak kira masa korang boleh access ke Traveloka website atau aplikasi Traveloka. 


Best ke Traveloka Saleabration ni? Kalau promosi biasa - biasa pun best apatah lagi promosi Saleabration ni! Masa ni adalah masa terbaik untuk korang merancang percutian ke luar negara! Sebabnya, Traveloka akan menurunkan harga kaw kaw kaw tau! 

Traveloka Saleabration ni meliputi promosi dan deals yang murah untuk flight promos, hotel, experience dan juga airport transfer. Masa nilah nak grab berholiday di luar negara! Lagipun, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk cuti sekolah yang panjang. Kalau bajet lebih, boleh pergi negara Eropah. Kalau bajet sikit, negara - negara Asia pun banyak tempat menarik yang boleh diterokai bersama keluarga!

Bila Kempen Traveloka Saleabration Bermula?

Tak sabar kan? Kempen Traveloka Saleabration bermula pada 26 Ogos 2019 hingga 27 September 2019. Tempoh sebulan tu promosi Traveloka Saleabration berlangsung! So, memang sempat korang search negara yang dalam lingkungan bajet korang dan mulakan perancangan percutian yang menyeronokkan! Rugi tau tak grab bila ada promo cenggini. Kalau dapat jimat pada harga tiket penerbangan dan penginapan, boleh lah spend lebih pada shoppinggg! Haha!

Selamat Merancang Percutian ke Luar Negara!!


Jangan lupa, tanda di kalendar atau reminder phone tarikh 26 Ogos 2019 nanti!!! Sekarang dah boleh mula membuat perancangan. Bila tiba hari promo Traveloka Saleabration, korang tinggal nak booking je. Hehe! Lagi cepat booking lagi bagus sebabnya kalau kehabisan tiket, melopong lah pulak tak dapat grab! 

Selamat merancang percutian ke luar negara! 

Mudahnya Cetak Baju Sendiri Hanya Dengan Custom.My | Satu idea yang bernas juga bila dapat buat produk atau pakaian seperti keluaran sendiri. Sebagai contoh beg terukir nama sendiri atau penjenamaan nama yang diinginkan. Ala! Macam beg ada ada tertulis nama Sis Gee. Haaaa macam rasa wowww je nak bawak beg bila ada nama sendiri ni!

Macam best tapi agak - agaknya mesti mahal kan? Yelah, customize jenama sendiri kot! Mau beribu dan mesti ada minimum order yang sah - sah kena banyak! 

Ada yang murah wei sebenarnya! Gee dah jumpa satu web ni, kita boleh tempah produk siap letak nama sendiri lagi! Pastu, kita sendiri yang boleh design! Tak perlu jumpa designer pun! Hanya dihujung jari sahaja!! Menarik kan?

Servis Printing Murah Dari CUSTOM.MY


Sekarang dah tak sukar kalau nak cari servis desin dan printing. Kalau dulu, mesti nak keluar cari kedai, kemudian nak survey harga, perbincangan bajet, bilangan minimum order, periksa kualiti produk dan banyak lagi nak kena fikirkan. Namun, sekarang, hanya dengan Custom My Printing korang dah boleh dapatkan semuanya hanya di hujung jari sahaja. Korang dapat menjimatkan banyak masa, tenaga dan juga duit korang!

Tempahan Tidak Memerlukan Minimum Order

Perseorangan pun boleh tempah dari Custom My Printing! Kebiasaannya, kalau nak tempah jenama sendiri, paling kurang pun nak kena 100 unit kuantiti minimum. Namun hanya dengan Custom My Printing, korang boleh membuat tempahan hanya serendah satu unit sahaja. Ni kalau nak tempah dan design untuk dijadikan surprise buat yang tersayang memang menjadi ni! Hehe.

CUSTOM.MY Tawarkan Puluhan Jenis Produk 


Pada kebiasaannya, kita selalu menempah t shirt atau baju dengan ukiran nama sendiri. Namun, di Custom My Printing, korang boleh menempah lebih 50 produk percetakan dengan design yang korang inginkan. Berikut merupakan kategori produk yang korang boleh pilih. Jangan rambang mata pulak! Hehe!

◈ T shirt & Polo
◈ Jacket & Hoodie
◈ Sportswear
◈ Mens Fashion
◈ Womens Fashion
◈ Kids & Baby Accessories
◈ Accessories
◈ Bag
◈ Pouch
◈ Home Decorations
◈ Hat
◈ Sticker & Marketing Material
◈ Dan Banyak Lagi!

Pilihan Yang Terbaik Untuk Doorgift, Cenderamata & Hadiah

Kalau berikan doorgift, cenderamata & hadiah yang terukir nama pasti lebih istimewa bukan? Korang boleh pilih ratusan pilihan produk di Custom My Printing! Barulah pemberian korang tampak lebih eksklusif dan lain dari yang lain. Kalau dah selalu sama, macam bosan juga nanti kan?

Banyak juga pelanggan Custom My Printing yang datang dari badan, agensi dan syarikat yang besar. Antaranya mereka telah menerima tempahan daripada Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), iFlix, CIMB Foundation, Universiti Selangor (UNISEL) dan banyak lagi!

Jom Tempah di CUSTOM.MY Sekarang!!

Benda mudah kenapa nak penat - penat fikir guna cara yang susah? custom.my kan ada! kalau korang nak walk in pun boleh, nak berhubung melalui telefon pun boleh, nak berwhatsapp pun boleh! Mana - mana cara yang boleh memudahkan korang lah ye. Untuk info lanjut, korang boleh terjah link kat bawah ini.

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM  

ALAMAT PERNIAGAAN :

Custom My Printing Sdn Bhd,
No 46A, Hala Taman Meru 11,
Meru 2B, 30020 Ipoh.

waktu operasi : 9 am - 6 pm ( Isnin - Jumaat )

TELEFON : 05 - 525 2144
WHATSAPP : 013 - 484 5800





Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali ke 'Negeri Santuari Penyu' Dengan Diskaun Buku 75% Hingga 95% | Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Terengganu dengan pilihan buku yang meluas. Jualan Buku selama 11 hari ini akan bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019, mulai jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah malam kecuali pada 11 Ogos di mana Jualan Buku Big Bad Wolf akan ditutup sempena Hari Raya Aidiladha. Jualan Buku berkenaan akan diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu dan kemasukan adalah PERCUMA!


Jualan Buku Big Bad Wolf menawarkan buku-buku dalam Bahasa Melayu serta Inggeris merangkumi pelbagai genre. Para pembaca boleh mendapatkan judul-judul terlaris, novel remaja, sains fiksyen thriller, perniagaan, seni bina, kesenian dan reka bentuk, buku masakan, buku kanak-kanak dan banyak lagi. Oleh itu, bawa bersama rakan-rakan serta keluarga anda untuk mencari buku kegemaran anda.


Ibu bapa juga pasti akan gembira apabila menemui Buku Ajaib yang digabungkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) di Jualan Buku Big Bad Wolf Terengganu. Dikenali sebagai pengedar terbesar serta eksklusif Buku Ajaib, ibu bapa boleh menemui pelbagai kisah klasik kanak-kanak seperti Cinderella, Little Red Riding Hood, dan Goldilocks and the Three Bears atau buku-buku pendidikan seperti Let’s Learn Counting dan Let’s Learn ABC di Jualan Buku berkenaan. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib ini kerana ia menggunakan teknologi AR yang serba canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk si manja anda.


“Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Buku Ajaib menggabungkan pembacaan dan keupayaannya ‘menghidupkan’ cerita yang membolehkan kanak-kanak mengalami keajaiban melihat watak kegemaran mereka bercakap dan berinteraksi dengan mereka. Ini menjadikan pembacaan dan pembelajaran sebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.


Terdapat beraneka pilihan buku di Jualan Buku Big Bad Wolf dan para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku terkenal terbitan Karangkraf PTS, Kualiti Books, serta buku-buku pendidikan daripada Pernerbitan Pelangi dan Sasbadi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai pilihan novel-novel kontemporari Malaysia oleh Buku Fixi, The Patriots, Iman Publication dan banyak lagi di Jualan Buku berkenaan. Para pengunjung boleh memilih daripada kira-kira 8,000 buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti buku rujukan, novel, buku fiksyen, buku bukan fiksyen, keagamaan dan banyak lagi buku terbitan penerbit tempatan. Di sepanjang tempoh Jualan Buku Big Bad Wolf ini, para pelanggan juga boleh membeli lencana, magnet, kemeja-t dan pelbagai barangan Big Bad Wolf Books yang lain. 


Dalam usaha mencapai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat dan memastikan semua orang memiliki sebuah buku, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat Big Bad Wolf Books bernama Red Readerhood, telah menjalinkan kerjasama dengan 2 pertubuhan-tanpa-untung iaitu Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma Society) dan Bukan Kerna Nama. Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma) merupakan sebuah pertubuhan yang menyasarkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, dan buku yang dikumpulkan adalah untuk perpustakaan bergerak mereka. Bukan Kerna Nama pula menyasarkan untuk membantu keluarga yang memerlukan di mana buku-buku yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di bawah jagaan mereka. Big Bad Wolf Books berikrar untuk menyumbangkan 200 naskah buku bagi tujuan berkenaan. Orang ramai juga boleh memainkan peranan dalam mengubah kehidupan mereka yang memerlukan dengan menyumbang buku yang dibeli di sudut Red Readerhood.

Info Big Bad Wolf Terengganu 2019

Lokasi: Mydin Mall Gong Badak, Terengganu

Tempoh Jualan: 8 hingga 19 Ogos 2019 (Kecuali 11 Ogos, Hari Raya Haji)

Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam

Masuk adalah PERCUMA!


Jualan Buku Big Bad Wolf menyasarkan untuk menjelajah ke 10 negeri di Malaysia sempena Ulang Tahunnya yang ke-10. Jualan Buku ini telah pun berkunjung ke Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan akan ke Perak serta negeri-negeri lain dalam beberapa bulan yang akan datang. Dalam tempoh sedekad yang lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf juga menjelajah ke luar negara seperti Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Korea dan Taiwan.


Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Jualan Buku berkenaan, sila ikuti Jualan Buku Big Bad Wolf dalam platform media sosial berikut :

FACEBOOK | INSTAGRAM


Beautea by SAFI 100% Ekstrak Tea Premium | Wow! Safi Malaysia sekali lagi telah keluarkan produk rangkaian kecantikan mereka terbaru! Apa yang menarik produk terbaru Safi Malaysia ini adalah ia diformulasikan daripada 100% ekstrak daun teh yang premium. 


Teh premium ni berbeza tau dengan teh biasa. Ni yang Gee ketahui masa trip ke Kilang Teh Boh di Cameron Highlands beberapa bulan yang lepas. Teh premium ni agak mahal daripada teh biasa kerana ia sangat berbeza dari segi kualiti, rasa dan warna! Banyak perbezaannya dan kalau dihidu bau memang sangat fresh!

Beautea by Safi Membantu Wanita Dapatkan Kulit Yang Lebih Bersih, Sihat dan Cantik

Tahukah korang, persekitaran disekeliling kita sangat mempengaruhi kulit kita yang sentiasa terdedah. Punca - punca kulit kusam, berjerawat dan kering adalah disebabkan oleh pencemaran, kotoran, habuk, tekanan, penggunaan kosmetik dan juga cuaca yang terlalu panas. Kurang penjagaan wajah akan memberi kesan kepada kulit kita. 


Beautea by Safi ni sememangnya dirumus khas untuk kulit kita yang sentiasa terdedah dengan kotoran dan pencemaran ni. Menariknya, Beautea by Safi adalah produk yang bebas alkohol, bebas paraben, bebas SLS/SLES dan bebas silicone. So memang boleh digunakan dengan selamat, berkesan dan tanpa was-was!

Ada 4 Variasi Pilihan Beautea by Safi Mengikut Kesesuaian Kulit

Sebelum Gee sharing apa yang Gee suka pasal Beautea by Safi ini, jom Gee kongsikan dahulu 4 variasi pilihan Beautea by Safi yang telah dikeluarkan oleh Safi Malaysia. 

◉ White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser


Bagi korang yang mempunyai kulit kering, korang boleh cuba White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser ni. Kalau kulit kering, yang tak bestnya adalah akan nampak tona kulit tak sekata. Bila alas muka dengan bedak pun nampak bertompok. White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser akan mengawal lembapan pada kulit wajah korang nanti! Kemudian, jangan lupa amalkan air kosong secukupnya!

◉ Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser


Bagi korang yang mempunyai kulit sensitif pula, korang boleh cuba Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser ini. Ia merupakan pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi dan membersihkan segala kotoran pada kulit wajah. Bila kulit dah detox, nanti kulit korang akan bertambah sihat dan cantik juga!!

◉ Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser



Untuk kulit yang bermasalah jerawat dan berminyak, korang boleh guna Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser ini. Sedia maklum green tea sangat elok bagi masalah kulit berminyak sebabnya nanti ia akan membantu mengawal sebum wajah dan kotoran yang menyebabkan masalah kulit berjerawat. Dah guna Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser jangan lupa jaga pemakanan tau!! Kurangkan juga makanan yang berminyak hokey!

◉ Apricot Tea Revitalising Face Scrub



Penggunaan scrub wajah sangat penting bagi menghilangkan sel - sel kulit mati yang akan menjadikan kulit kita tampak kusam dan tidak berseri. Pemakaian pencuci wajah Beautea by Safi anda boleh gabungkan dengan pemakaian Apricot Tea Revitalising Face Scrub ini. Amalkan sekali atau 2 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik. 

Sis Gee Dah Cuba Beautea by Safi Dan Suka Dengan Kesan Pada Kulit Wajah!

Gee memang dah jatuh cinta dengan White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser! Firstly, bau dia sangatttt wangi!! Semerbak tau bau bunga ros. Sangat menyegarkan! Teksturnya pula sangat lembut, gebu dan ringan! 


Sesuai dengan kulit Gee yang kering, kini kulit Gee dah lembab je sepanjang hari. Sangat best rasa kulit lepas cuci dengan White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser! 


Selang 3 hari atau 4 hari, Gee gunakan Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Kulit memang rasa lebih licin!! Serius u ols! Hehehe! Cumanya, pakai scrub ni bukan bermaksud kena gosok dengan kuat ye kat kulit muka tu. Nanti rosak lapisan kulit kita. Gosok perlahan - lahan saja. Hehe.


Dapatkan di Watsons Dengan Tawaran Harga Yang Lebih Murah!


Ya korang! Gee dapatkan di Watsons je! Kalau nak walk in pun boleh, kalau nak mudah beli je kat Watsons Online. Lagi senang dan cepat! Malas nak taip website Watsons? Takpe, Gee tolong bagi link kat bawah ni okey!! 

WATSONS ONLINE | FACEBOOK | INSTAGRAM


Setelah lebih 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Genting Highlands, finally tahun ni kami datang! Lepas kahwin memang tak pernah datang. Korang boleh bayangkan betapa berbezanya Genting Highlands kini dan 10 tahun yang lepas. Jakunnya, Geng 4A dah sampai Genting Highlands, begitu juga Gee dan Rumet sebabnya semuanya dah lain!


Kali ini, percutian ke Genting Highlands bukan family Gee saja tau! Bertambah excited apabila dapat jumpa dan explore Genting Highlands bersama my travel buddy iaitu Mek Yunie. Memang awalnya, trip ni adalah plan asal Mek Yunie bersempena Birthday Trip beliau. Bila Mek Yunie maklumkan dia pilih hotel bajet dan murah, Gee pun on nak follow! Tapi hanya weekend getaway sebabnya Ahad anak - anak dah sekolah. Lagipun, kalau tunggu school holidays, rasanya crowded lagi ramai kot.

Meet Up Point di RNR Genting Sempah
Check In di First World Hotel Dengan Harga Bilik RM80++ Sahaja


Nama pun percutian bajet, makanya yang mana perlu jimat, kita jimat! Mission utama adalah untuk perkenalkan anak - anak tempat menarik yang ada di Malaysia. Kalau Cameron Highlands, diaorang dah tahu tempat yang sejuk, ada strawberry. Kali ni kami nak perkenalkan ada lagi tempat sejuk di Malaysia iaitu Genting Highlands.


Itu mission untuk anak - anak. For me, bila dapat travel plus berjumpa travel buddy memang dah cukup puas hati sebab dapat release stress dan kebosanan. Hahaha!

Lobi Hotel Yang Sangat Meriah Dengan Manusia & Kilauan Lampu & Bunyian Binatang

Urusan booking, Mek Yunie tolong settlekan dengan booking secara online. Bilik kami ambil adalah bilik standard sahaja.

Sampai kami di Lobi First World Hotel, terasa seperti kami berada di negara China! Nak cari yang bertudung tu macam errrrrrr....Tapi ada je orang melayu bertudung, cuma tak ramai. Lobi sangat besar dan luas! Kalau nak urusan check in cepat, ada banyak kiosk yang disediakan.


So buat pertama kali check in hotel dengan mesin kiosk. Tak perlu beratur ke kaunter receptionist. Urusan check in sekejap je! Korang hanya perlu masukkan ic dan nombor booking. Nanti nak add on apa - apa pun boleh. Cumanya, setiap add on, tambahan bayaran akan dikenakan. Normal lah kan! Hehe. Setelah selesai, resit dan kad bilik akan keluar. Selesai urusan check in!

Bilik Selesa Bersesuaian Dengan Harga


Kalau rasa nak stay bilik yang besar ada banyak kemudahan, jangan pilih bilik yang Gee booking ni tau! Kang nanti membebel bilik kecik, takde apa, itu ini walhal bayar ciput je. Haaa! Gitewww pesan awal - awal ni!



So, apa yang ada dalam bilik harga RM80++ ni?

◆ 2 Katil single.
◆ Televisyen.
◆ Towel.
◆ Hair Dryer.

Itu je kot. Kalau nak buat air panas or maggi, air panas ada disediakan di luar bilik. Sis Gee dengan iron berpisah tiada. Bilik takde iron tau! Nasib baik Mek Yunie dah bawa siap - siap dari rumah. So, apa lagi, Gee tompang ler iron tudung kat bilik beliau!!

Surprise Birthday Yang Tidak Menjadi Surprise

Surprise yang kantoi dari awal!! Cenggini lah bila dah ada anak yang pandai bercakap dan membuat pemerhatian sendiri. Gee awalnya dah merancang untuk celebrate Birthday Mek Yunie since memang ini adalah birthday trip beliau. So, sempat ler beli sebiji kek dari Gombak sebabnya Gee bertolak ke Genting dari KL. 

Bila kanak - kanak ribena nampak ibu beli kek, haruslah bising tanya birthday siapa. Dari dalam kereta dah explain nak buat surprise kat Aunty Mek di Genting Highlands. Ibu rasa macam okay, maybe I can trust you, kids! Hapoooo!!! Si Ardini tuh dah membawang dengan anak Mek Yunie kat RNR Genting Sempah lagi masa kami meet up point. Hahahahahahahaha!

Nampak Tu Rupa Kek Dah Berubah Sebab Travel Jauh Sangat!KahKahKah!

Tapi masa tu, Gee still tak tahu lagi yang anak Mek Yunie, Amani Kecik ( sebab anak Gee pun ada nama Amani, so anak Mek Yunie diberi nama Amani Kecik ) dah pun bagitahu kat Mommy dia pasal kek itu! Hahahahaha!

Malam itu, konon nak surprisekan masa nak tumpang iron tudung kat bilik beliau, Mek Yunie bagitahu "Amani dah kabo ada kek birthday Mommy!" (lebih kurang r ayat dia). So, aku yang perasan kekonon ia adalah surprise!Hahahahaha!

Mulakan Aktiviti Meronda Lepas Solat Asar

Perancangan kami memang tak nak main games pun sebabnya ini adalah trip bajet sajo. Sedia maklum nak main indoor games, harga satu games lebih kurang RM10. Pakej pun ada, tapi tak ambil port sangat. Aktiviti petang meronda - ronda je sambil cari makan untuk dinner.

Kos makan di Genting Highlands nak kena bajet dalam RM20 ke RM30 untuk seorang, untuk satu hidangan. Ni kos yang paling ciput kot. Kalau korang ada bajet, its doesn't matter pun how much u can spend on your food. 

First Time Try Nene Chicken!

Kami plan nak ke Genting Premium Outlet (GPO) petang tu. Tapi bila sampai di cable car, orang beratur terlalu ramai! Anak - anak pulak dah mula kelaparan. So, esoknya je lah naik cable car untuk ke GPO. 

Ada banyak tau restoran kat Genting Highlands ni! Yang menarik perhatian kami untuk kami cuba adalah Nene Chicken. Nene Chicken ni Pork Free dan Alcohol Free. Al maklumlah kat Genting Highlands ni memang tempat tumpuan international tourist so untuk muslim kena pandai cari tempat makan hokey! Fastfood lain ada je seperti KFC, McDonalds dan Marry Brown. Cuma kami nak rasa menu baru yang takde di kampung halaman kami especially di Terengganu. Haha!


So, apa yang best? Untuk menu penuh korang boleh check it out kat SINI. Sis Gee recommendkan korang kena cuba Freaking Hot Fried Chicken. Sedap sampai rasa nak tapau bawak balik! Hahahaha!

Sempat Me Time Dengan Mek Yunie Sambil Dukung Anak

Lepas dah kenyang, kami pun ronda - ronda di Sky Avenue Genting Highlands. Keadaan di dalam Sky Avenue ni macam satu dunia asing tau! Korang tak tahu apa yang berlaku kat luar! Macam masuk shopping mall cumanya shopping mall kita akan keluar jugak untuk balik ke hotel. Ni semua kat dalam tu! Dari First World Hotel korang boleh terus ke indoor games, boleh pergi ke cable car, boleh ke shopping mall, boleh terus ke restoran, boleh tengok wayang dan semuanya lah!

Kami split untuk seketika bila incik suami kami nak bawak anak - anak ke tempat menarik untuk kanak-kanak ribena. Mek pun ajak Gee untuk misi dia nak mencari aiskrim. Sempat lah juga kami window shopping sambil mencari aiskrim yang diidamkan tu! Hahahaha!


First time makan aiskrim Godiva! Thank you birthday girl belanja aiskrim Godiva! Harga satu kon tu yang Mek beli tu RM25! Tapi worth to buy! Rasa dia memang sedap lah wei!  

Siap Ada Batman Show!!


Bersebelahan dengan wayang, ada satu pentas so Gee assume mesti selalu ada show kat situ untuk promosi filem terbaru. Langkah kanan pula kebetulan kami kat situ boleh tengok show Batman & The Gang. Anak - anak pun teruja, siap ajak beratur untuk sesi bergambar. 


Day Two : Explore Genting Premium Outlet (GPO)

Untuk breakfast, Gee memang bekalkan roti untuk makan kat bilik. Sambil - sambil bersiap, diaorang kunyah lah dulu apa yang patut untuk alas perut. Kami terus check out sebab kalau terlambat check out, bayaran tambahan akan dikenakan. Al maklumlah semua sistem adalah online so semua kena punctual. Nak check out pun, korang hanya perlu masukkan kad bilik di kiosk check out. 

Check out hanya perlu masukkan kad bilik sahaja!
Tiket Cable Car RM 9 Sehala


Masa kami pergi tu, cable car baru di Genting Sky Avenue tutup untuk kerja - kerja pembaikan. So, kenalah berjalan jauh sikit ke tapak cable car yang lama iaitu Genting Skyway. Harga tiket untuk seorang dan sehala adalah RM 9 saja. Kalau kids under 90cm percuma. Kalau nama gi Genting Highlands, mesti nak merasa naik cable car kat sini kan! Ni cable car kedua yang Geng 4A merasa selepas cable car di Langkawi tahun lepas. 

Baca Pengalaman Menaiki Glass Bottom Cabble Car Langkawi

Window Shopping di Genting Premium Outlet

Dah nama pun percutian bajet, so mampu window shopping sajo. Hahahaha! Konsep Genting Premium Outlet ni konsep butik, tapi harga murah jugak sebab tu ramai yang shopping kat sini. Dulu pernah gi Johor Premium Outlet, sama juga konsep macam GPO. Kalau ada RM1k pun best shopping kat GPO nih. Hahahahaha! 



Kalau naik cable car di Sky Avenue, cable car tu terus menuju ke GPO. Disebabkan kami kena naik cable car yang lama so, hentian cable car agak jauh untuk berjalan kaki. Haha! So, bas memang disediakan secara percuma untuk hantar ke GPO. Bertambah seronok Geng 4A sebabnya boleh merasa naik bas juga! 

Pencarian pertama kami adalah kedai makan! Sebab dari bilik makan roti je buat alas perut. So, kami cari food court. Nak cari restoran atau butik nak kena refer signboard dan peta. Sebab kalau cari satu persatu agak memenatkan juga. Haha!


Semua sedia maklum, cost untuk makan adalah tinggi. Bila tengok lauk pauk memang menggoda wei! Nasib baik nafsu boleh ditahan lagi. Hahahahaha! Nasi berlauk Gee cuma ambil nasi putih & ayam goreng seketul. Total RM12 lebih kurang. Anak - anak kami belikan kids meal di Marry Brown je. Sistem pembelian makanan di foodcourt adalah cashless so korang kena beli kad top up di kaunter yang disediakan. Kalau terkurang guna duit, nanti akan dapat balik refund. Hehe.

Pengalaman Baru Untuk Anak - Anak Mengenali Genting Highlands

Selesai di GPO kami naik cable car ke puncak Genting balik sebabnya kereta memang parking di First World Hotel. Gee dan Mek Yunie berpisah di Genting Highlands sebabnya Mek nak teruskan holiday ke Kuala Lumpur dan Gee balik ke Terengganu.


Alhamdulillah, walaupun last minute punya planning, semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Kan Mek? Yang penting anak - anak excited dan gembira! Walaupun drama anak tantrum, anak gaduh, anak menangis, anak berebut, ibu menyinga...Hahahah! 


Sampai sini dulu kisah #sisgeejalanjalan kali ni. Next episode travel, Gee akan sharing lagi kat sini!! Thank you sudi baca entry travel yang panjang lebar ni!! 💓 



Testimoni Sendiri Lepas Amalkan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil | Dalam blog Sis Gee jenama serum Dr Beau bukan jenama yang asing dah. Sebelum ni Gee pernah review Serum Dr Beau ni. Kalau korang pernah bacalah sebelum ni. Hehe. 


Entry sebelum ni Gee dah ada kongsikan bahan - bahan semulajadi yang dijadikan formulasi Serum Dr Beau ini. Sekarang, sebelum nak pakai apa - apa kat muka, mesti kena tengok details ramuan produk dulu. Bukan apa, risau juga nanti tak tahu menahu ramuan produk, pastu muka akan rosak teruk! 

Ketahui Ramuan Istimewa Utama Serum Dr Beau

Serum Dr Beau ni lain dari yang lain tau! Bentuk serum dalam softgel pun dah nampak keunikannya yang tersendiri. Kalau biasa serum yang ada di pasaran, korang kena squezzz atau tuang atau picit untuk keluarkan serum dari botol. Istimewa serum Dr Beau ini, bila nak guna, korang hanya perlu buka satu softgel sahaja. Itu pun boleh guna 2 kali pagi dan malam sebelum tidur.   

Dr Beau Pure Natural Skin Oil Selamat & Berkesan Untuk Diamalkan

Semestinya Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini merupakan produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebab itu Gee tak rasa Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini memudaratkan kulit malah Gee sendiri dah guna lebih dari setahun dah. Hihihi. 


Nak kulit cantik bebas jerawat, jeragat dan kulit kusam, korang kena amalkan penggunaan yang konsisten. Serum Dr Beau ini Gee amalkan setiap kali sebelum Gee pakai cc cream. Kiranya, Gee jadikan ia sebagai pelembab muka sebelum touch up. Itu kalau nak keluar rumah. Kalau Gee tak kemana - mana, Gee pakai selepas mandi waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur.

Dr Beau Pure Natural Skin Oil Berkesan Untuk Hilangkan Parut Jerawat

Waktu muda remaja dulu, jerawat - jerawat yang naik kat dahi, Gee suka picit tau! Tangan memang aktif merayap kat dahi dan kesannya adalah muka jadi berparut! Kalau dalam gambar, memang tak nampak ketara sebab ada lighting yang membantu. Tapi reality,  betapa banyak parut - parut kecik kat dahi sendiri.


Tapi kan, the good news is Dr Beau Pure Natural Skin Oil sangat membantu memudarkan parut - parut jerawat itu. Walawei, mau tak seronok kan? Bila kulit sendiri dah bertambah sihat. Siapa nak muka berjerawat dan berparut kan? Memang boleh cover dengan make up yang tebal, tapi Gee lebih suka tengok muka sendiri masa free make up. Kalau parut dan jerawat makin berkurang rasa macam tenang je. Haha! #KonflikWanita Hahahahah!

Suka Dengan Packaging Baru Dr Beau Pure Natural Skin Oil

Gee suka bila founder consider yang produk kecantikan haruslah di dalam bentuk mudah travel ke mana sahaja. Packaging baru Serum Dr Beau ni tampak lagi eksklusif dan masih mengekalkan size yang boleh diselit di dalam handbag! 


Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni boleh dijadikan pelembab wajah sepanjang hari. So, haruslah nak bawa sentiasa sama ada ke pejabat, ketika bercuti atau di rumah. Kulit kering disebabkan penghawa dingin di dalam pejabat atau berpanas terik di bawah cahaya matahari? Kini semuanya tidak lagi!!

Baca 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik

Highly Recommended From Sis Gee!!


Honest review dari Gee sendiri, bila pakai serum Dr Beau, masalah kulit kering dah takde dah. Apa yang Gee suka jerawat pun dah jarang - jarang nak muncul. Kalau sebelum period tu lainlah, jerawat hormon kan. Bau Serum Dr Beau sangat best dan wangi! Magiknya adalah, bila korang apply, tekstur macam minyak tau!! Tapi sekejap je! Lepas apply Serum Dr Beau, kemudian apply cc cream or foundation. Memang nampak kulit lebih glowing compare dengan tak pakai serum Dr Beau ni.

Korang boleh tengok macam mana tekstur minyak Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni meresap dalam kulit di dalam video Gee ni.


Dr Beau Pure Natural Skin Oil Semakin Menjadi Pilihan Wanita dan Lelaki Juga!!

Bukan wanita sahaja inginkan kulit yang sihat bebas cela. Orang lelaki pun tak suka kulit berjerawat dan berminyak. Sebab itu ramai artis lelaki pun dah mula sukakan serum Dr Beau ni.






Ada Banyak Testimoni Mereka Yang Dah Cuba Dr Beau Skin Oil!!!







Jom Dapatkan Dr Beau Pure Natural Skin Oil Untuk Kulit Lebih Cantik dan Sihat!



Jom cantik dengan Dr Beau Pure Natural Skin Oil! Kalau korang nak cuba sendiri, kat sini Gee sertakan link social media official Dr Beau Pure Natural Skin Oil. Selamat mencuba!!

WEBSITE | FACEBOOK  | INSTAGRAM

Call / WhatsApp : 016 963 3443

#DrBeau
#reviewbysisgeedotcom







Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ▼  August (7)
      • Kelas Renang Swimrush Academy Untuk Muslimah dan K...
      • Rancang Percutian Luar Negara Yang Menjimatkan Den...
      • Mudahnya Cetak Baju Sendiri Hanya Dengan Custom.My
      • JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI KE ‘NEGERI SANTUA...
      • Beautea by SAFI 100% Ekstrak Tea Premium
      • Percutian Bajet 2 Hari 1 Malam Di Genting Highlands
      • Testimoni Sendiri Lepas Amalkan Serum Dr Beau Pure...
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab