Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Brownies, Congo Bar Sedap & Murah Dengan Kualiti Bahan Premium | Ya ampunnnn. Taip tajuk sahaja dah membuatkan Sis Gee telan air liur! Gulp! Siapa sini penggemar brownies kita geng! Agak - agak, ramai ke idok geng dengan Sis Gee ni ye? Okay takpe, apa yang buat Gee teruja untuk sharing adalah, brownies ni adalah salah satu desserts atau kek atau kuih atau apa sahaja yang telah menjadi makanan yang Gee sangat in love!

Kalau ada majlis, kenduri, makan-makan ke, mesti mata ni melilau mencari kelibat brownies. Kalau ada, memang jadi 1st food yang ada atas pinggan Sis Gee. Bukan apa, risau tak sempat nak ngap! Kehkehkeh.


Kat Terengganu ada ke brownies murah tapi rasa premium? Rasa premium ni bagi Gee rasa yang mewah. Manis bukan manis gula ting ting ting. Pastu pahit coklat tu ada rasa lemak. Ish tak tahu nak explain macam mana, tapi Gee tahu siapa boleh buat brownies premium sedap & murah kat Terengganu ni.

Brownies Bamree | Murah dan Rasa Mewah Dengan Bahan Premium


Brownies Bamree adalah brownies yang dibuat dengan air tangan Bamree sendiri tau! Berlokasi di Kuala Terengganu, Bamree akan membuat COD bagi korang yang menempah di sekitar Kuala Terengganu. Kalau korang nak COD di luar Kuala Terengganu, boleh deal untuk self pick up atau cara yang lain.


Kenapa brownies Bamree rasa mewah? Haaaa... Ini adalah kunci atau rahsia yang sudah lagi tidak menjadi rahsia! Bamree hanya menggunakan bahan - bahan segar dan terbaik untuk menghasilkan brownies beliau. Coklat pula adalah coklat premium yang terbaik digunakan, bukan coklat atau serbuk koko timbang kilo tu tau!! Coklat import yang berkualiti premium sahaja digunakan.


Bahan - bahan lain pula tidak dibuat stok malah akan dicari dan dipilih sendiri oleh Bamree bagi memastikan kesegaran bahan dan kualiti yang terbaik. Sebab itu kalau korang nak order, kena maklumkan awal - awal pada Bamree! 

Boleh Request Brownies Berhias Cantik Bertemakan Majlis

Yang menariknya, korang boleh request kalau nak brownies yang bertemakan birthday, hantaran perkahwinan, majlis pertunangan atau apa - apa sambutan yang korang nak buat. Kalau nak extra coklat, strawberry atau kekacang pun boleh! Bukan itu sahaja tau! Kalau nak request ikut selera korang seperti kurang manis ke, boleh juga Bamree adunkan mengikut selera korang nanti. Hehe.

Congo Bar Bamree Pun Sedap!!!


Ni lagi satu menu fresh from the oven Bamree. Its Congo Bar! Potongannya seperti brownies tapi rasa dia ya ampunnnn.. Dari luaran tu Gee sangkakan coklat ada kat bahagian atas saja tau! Jakun Sis Gee ni sebab tak pernah berkenalan dengan Congo Bar. Kuikuikui. Bila dah mula gigitan pertama, terus macam WOW!! Sedap gila bila ada choc melting in my mouth!!! Ye korang, setiap gigitan dengan coklat mencair dalam mulut. Serius kali ni terpaksa curang jap dengan brownies. Haha!

Lagi Produk Bamree Yang Sedap!

Banyak jugak produk Bamree nih. Bukan sahaja brownies dan congo bar sahaja tau! Ada banyak lagi sebenarnya! No wonder lah soon Bamree mengimpikan nak buka sebuah cafe santai - santai. Memang menu - menu dari Bamree ni sangat sesuai kalau makan sambil sembang or lepak dengan family, kengkawan, boyfriend, girlfriend..

⬥ Chicken Mango

Snacking dengan Chicken Mango memang terbaik! Gee baru je merasa Chicken Mango Bamree ni. Rasanya manis buah mempelam, tambah dengan rasa masam manis sos, pedas potongan cili, dan rasa segar dengan hirisan sayur. Pastu makan sekali dengan potongan isi ayam. Perghhh!!


Ni kalau nak makan petang atau snacking sambil - sambil buat kerja mesti best! Dan kalau nak diet, nak makan salad yang mengenyangkan, korang boleh cuba Chicken Mango ni! Kenyang oi!

⬥ Frambozen Kenari


Pertama kali tahu nama sebenar dessert ini, rasa macam tersalah dengar. Apa? Kenari? Bozen? Frambozen? Hahahahaha! Frambozen Kenari ni Gee tak sure asal mana, mungkin Italy, mungkin Paris, mungkin Lombok? Entah. Haha! Nak sedap, kena makan fresh fresh from the oven. Layer bawah ada seperti kek, pastu ada krim, pastu ada rasa masam manis jem strawberry mungkin, pastu ada taburan kacang almond di bahagian atas.


Sedap juga Frambozen Kenari ni. Kalau korang bukan penggemar kek coklat, mesti korang lebih suka Frambozen Kenari. I guess!

Tempahan Dibuka dan Boleh COD Sekitar Kuala Terengganu!

Selain daripada menu - menu yang Gee dah cuba tu, korang pun boleh tempah menu lain jugak! Ada kek birthday, cup cakes, Pandan Layer Cake, Victoria Sandwich Cake, dan banyak lagi jenis kek korang boleh request! Yang pasti semuanya di buat hanya menggunakan bahan premium berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, korang boleh klik pautan social media Bamree di bawah ini wokeh!

FACEBOOK | INSTAGRAM

013 946 0211

#BamreeSignature
#BrowniesPremium
#CongoBar
#KualaTerengganu
#reviewbysisgeedotcom


Dashing Keluarkan Semburan Deodoran & Wangian Badan Untuk Lelaki | Bertuah Rumet kita apabila Dashing, jenama kesukaan beliau keluarkan semburan deodoran dan wangian hanya dalam 1 botol sahaja. Tapi kita pun bertuah walaupun kita bukan pengguna Dashing, nanti rumet kita mewangi je sentiasa. Ye dak? Hehehehe. 

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.


Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.


Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.


Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!


Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasi :

◉HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


◉ ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


◉ SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


◉ HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM 12.20 sahaja. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING korang boleh layari laman social media di bawah.

FACEBOOK  | INSTAGRAM


Kulit Glowing Gebu Seawal 3 Hari Dengan Tera Skincare | Eh! Boleh percaya ke ada produk bagi kulit glowing seawal 3 hari? Mesti produk tak berdaftar KKM nih! Sebab bagi kesan yang cepat kan? 


Begitu juga apa yang Gee fikirkan apabila mengetahui produk glowing seawal 3 hari ini. Lambakan produk kecantikan di pasaran membuatkan Gee sendiri risau dan gerun nak mencuba sembarangan produk untuk kulit. Tambah lagi Kementerian Kesihatan Malaysia selalu mengwar-warkan agar tidak mencuba produk kecantikan yang tidak berdaftar daripada pihak mereka terlebih dahulu.

Tera Skincare, Produk Berdaftar KKM Bagi Kesan Glowing Seawal 3 Hari


Percaya atau tidak, Gee sendiri dah membuat pemeriksaan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia status produk Tera Skincare ini. Gee sebenarnya jatuh cinta dengan packaging Tera Skincare ni. Serius in love sangat! Macam cotton candy! Haha!


Sebelum Gee mencuba sendiri, semestinya nak kena sahkan dahulu produk ni berdaftar atau tidak. Sayang muka kot! Haha! Setelah Gee semak satu persatu produk Tera Skincare, ia membuatkan Gee lega! Semuanya telah didaftarkan dan berada di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kat bawah ni Gee siap screenshot untuk korang yang was - was. Hihi.





Jom Kenali 4 Produk Tera Skincare

Bila dah yakin untuk guna Tera Skincare, mesti lah nak tahu set kecantikan Tera Skincare ini apa yang bestnya! Tera Skincare mengandungi 4 produk di mana setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza untuk merawat kulit dari dalam. Ada yang mempunyai masalah kulit jerawat, kulit kusam, masalah jeragat, bintik - bintik hitam dan pelbagai lagi. Kalau korang nak tahu, dengan amalkan Tera Skincare, semua masalah wajah akan berkurangan! So, takdelah asyik kusut dan runsing apabila memikirkan kulit sentiasa kusam hinggakan hilang keyakinan diri.

Jom kita kenali 4 produk di dalam set Tera Skincare!

[ 1 ] TERA Carrot Soap


Langkah pertama haruslah membersihkan muka sebersihnya! Tera Skincare mengandungi Tera Carrot Soap di mana ia dapat membantu membersih dan menyegarkan kulit korang. Bukan itu sahaja, Tera Carrot Soap ni boleh memberi kesan anjal pada kulit, menjadikan kulit lebih cerah, mengecilkan pori serta menghilangkan kotoran pada kulit. Sabun ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Cara penggunaan : Gunakan 2 kali sehari untuk membersihkan wajah ( pagi dan malam ).

[ 2 ] TERA Soft Pearl Peel Toner


Gee suka sangat bau Tera Soft Pearl Peel Toner nih! So refreshing gitu! Setelah muka dibersihkan, langkah kedua adalah sapuan toner dengan hanya perlu spray sahaja Tera Soft Pearl Peel Toner pada kapas muka kemudian sapu nipis di bahagian kulit. Ramuannya terdiri daripada Aqua, Arbutin dan Allatoin. Ia dapat membantu menanggalkan kulit mati, merangsangkan pertumbuhan sel kulit baru secara semulajadi dan juga meratakan tona kulit.

Cara penggunaan : Gunakan apabila perlu sahaja setelah selesai proses peeling.

[ 3 ] TERA Flawless Day Cream


Bestnya Tera Flawless Day Cream adalah ia mempunyai pelbagai fungsi untuk wajah. Korang dah tak perlukan make up base dan pelindung cahaya matahari. Ini kerana Tera Flawless Day Cream sangat membantu untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang berlebihan, mencegah kulit berminyak, melembabkan kulit yang kering serta boleh dijadikan asas sebelum korang mulakan solekan pada wajah. 

Cara penggunaan : Sapu nipis Tera Flawless Day Cream pada kulit wajah selepas mandi.

[ 4 ] TERA Stardust Night Cream


Nak kulit sentiasa tampak muda? Korang kena amalkan Tera Stardust Night Cream selepas melalui proses peeling. Tera Stardust Night Cream sangat bermanfaat untuk membantu memudarkan jeragat, menghapuskan jerawat, mengecilkan pori, merawat kulit dari dalam, menegangkan kulit serta membantu kulit awet muda sentiasa.

Cara penggunaan : Sapu nipis pada kulit sebelum tidur. Tera Stardust Night Cream hanya digunakan apabila proses peeling selesai.

Info Penting : Kepentingan Proses Peeling Selama 14 Hari

◉ Hari pertama sehingga ke 3 merupakan tempoh masa permukaan kulit dibersihkan dan dikeringkan. Dalam tempoh ini, kulit muka akan menjadi kusam, kering dan gelap kerana proses permukaan atas kulit sedang dijalankan.

( Pengunaan Carrot Soap, Flawless Day Cream dan Peel Toner )

◉ Hari ke 4 hingga ke 9 adalah hari bermulanya proses peeling yang kuat. Ia akan membuatkan kulit terasa terlalu pedih, kering, gatal, panas, kemerahan dan melecet. Korang jangan risau kerana ini merupakan proses pembaikan kulit korang dan ia akan berakhir. 

( Pengunaan Carrot Soap, Flawless Day Cream dan Peel Toner )

◉ Hari ke 10 hingga ke 14 merupakan tempoh peeling sudah berkurang dan kulit baru mula tumbuh  ( baby skin ). Sisa peeling akan berkurangan dan pulih dengan sendiri. 

( Pengunaan Carrot Soap, Flawless Day Cream dan Peel Toner )

◉ Hari ke 15 hingga ke 30, korang dah boleh mula pakai Tera Stardust Night Cream untuk membantu dan memberi effect lightening dan glowing. Penggunaan toner juga berbeza, hanya diperlukan sahaja pada kawasan kulit yang bermasalah.

 ( Pengunaan Carrot Soap, Flawless Day Cream dan Stardust Night Cream )


Proses pembuangan sel kulit mati akan berlaku selama 2 minggu bergantung juga kepada jenis dan masalah kulit masing - masing. Selepas 2 minggu, korang akan nampak perubahan pada kulit wajah yang semakin cantik, halus dan gebu!

Banyaknya Keistimewaan Tera Skincare!!


Kalau nak kulit glowing seawal 3 hari, korang kenalah amalkan Tera Skincare dengan konsisten. Nanti bukan sahaja kulit glowing malah ada banyak lagi keistimewaan yang dapat dinikmati tau!! Antara keistimewaan amalkan Tera Skincare secara konsisten adalah :

❤ Merawat masalah JERAGAT KRONIK.

❤ Merawat masalah parut berlubang akibat jerawat.

❤ Merawat masalah JERAWAT teruk dan bernanah.

❤ Merangsang pertumbuhan sel kulit baru. 

❤ Melindungi kulit daripada sinar UV berlebihan. 

❤ Mengecilkan liang pori dan merawat white head & black head.

❤ Melicinkan dan mencerahkan kulit seawal 3 hari sahaja.

❤ Mengembalikan keseimbangan PH kulit dan mengelakkan kulit kusam dan gelap. 

❤ Mengelakkan kulit tua sebelum usia. 

❤ Kulit wajah sihat, segar, kekal anjal dan berseri-seri.

Lihat Testimoni






Lihat Video Sis Gee Guna Set Tera Skincare


Jom Cuba Sendiri dan Dapatkan Kulit Sihat, Glowing dan Flawless!!!


Kulit kelihatan semakin sihat, glowing dan flawless! So, kalau korang nak cuba sendiri, korang boleh dapatkannya hari ini! Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian, korang boleh klik je pautan kat bawah ini.

INSTAGRAM | 019 216 1708

#teraskincare # kasijadi #teraskincareindonesia #teraskincaremalaysia #squadtera #skincareterbaikmalaysia #kulitcantik #jerawat #jeragat
#reviewbysisgeedotcom


Tempat Menarik di Shah Alam dan Pilih Penginapan Hotel di bagasi.my | Jalan - jalan Shah Alam? Gee rasa Shah Alam antara tempat yang menarik dan terkenal juga di kalangan orang kita. Namun, ramai juga yang masih belum ketahui kat mana nak bawa keluarga sekiranya merancang percutian ke Shah Alam.


Percutian tanpa perancangan agak sukar sekiranya melibatkan anak - anak. Sama lah dengan Gee sendiri. Nak kena fikir tarikh percutian yang sesuai dengan hari cuti sekolah anak - anak, fikirkan baju yang perlu dikemaskan berdasarkan aktiviti sepanjang percutian, bajet kewangan  untuk penginapan, tempat makan yang berhampiran penginapan dan sebagainya. 

Korang ada nak merancang bercuti di Shah Alam? Tapi tak tahu tempat menarik yang nak dituju? Jom Sis Gee kongsikan tempat - tempat menarik yang ada di Shah Alam! Manalah tahu dapat membantu korang merancang percutian bersama keluarga nanti!

5 Tempat Menarik di Shah Alam Untuk Dikunjungi Bersama Keluarga

#1 I-City Shah Alam

Beberapa tahun lepas, Gee pernah masuk ke I-City Shah Alam bersama keluarga. Tanpa perancangan awal, maka pergi hanya untuk menyinggah melihat lampu dan bawak anak - anak main beberapa games Fun Fair sahaja. Itulah rugi sebab tak merancang so banyak tempat dalam I-City Shah Alam kami belum explore. 


Antara aktiviti menarik di I-City Shah Alam adalah Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius, City Of Digital Light, Trick Art Museum, The Red Carpet Museum dan juga Water World. Banyakkan? Mesti seronok dapat spend times dengan anak - anak kat sini.

#2 WetWorld Water Park Shah Alam

Gee belum pernah masuk ke WetWorld Water Park Shah Alam, namun kalau masukkan dalam aktiviti percutian di Shah Alam, mesti anak - anak yang paling excited. 


WetWorld Water Park Shah Alam mempunyai gelongsor yang sesuai untuk kanak - kanak bawah umur 12 tahun. So, sebagai ibu bapa takdelah nak risau sangat bila anak kecil bermain taman tema air. Kedalaman kolam mandi pula adalah pada paras kanak - kanak, maka sudah pasti anak - anak kecil dapat bermain tanpa risau dan takut.

#3 Denai Alam Riding & Recreational Club (DARC)


Wah! Ada aktiviti sukan berkuda di Shah Alam! Aktiviti santai pagi atau petang boleh diisi dengan aktiviti sukan berkuda secara santai atau komprehensif. Korang boleh juga mempelajari sukan berkuda dengan tenaga pengajar yang terlatih dan profesional.



DARC ni merupakan kelab menunggang kuda yang berpengalaman serta mempunyai pelbagai kemudahan yang serba lengkap. Di sini bayaran yang bakal dikenakan sangat berpatutan dan sesuai untuk dipenuhkan dalam aktiviti jalan - jalan di Shah Alam nanti!

#4 Setia City Mall


Kalau melancong, tidak sah kalau tak ke shopping mall. Tambah pula destinasi ke Shah Alam! Di Shah Alam, kaki shopping boleh singgah ke Setia City Mall. Ada banyak butik dan deretan outlet jenama tersohor.



Setia City Mall bukan sahaja sesuai untuk si kaki shopping sahaja malah sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Terdapat banyak restoran, pusat bowling, karaoke dan juga taman permainan. So kalau nak santai bersama kawan - kawan dan keluarga, tempat yang menjadi pilihan yang tepat adalah Setia City Mall, Shah Alam.

#5 Skytrex Shah Alam


Seronok juga menyertai sukan lasak bersama keluarga! Skytrex Shah Alam terletak di Taman Pertanian Malaysia ini merupakan salah satu destinasi aktiviti menarik yang mesti cuba di Shah Alam. Ia mempunyai pelbagai jenis cabaran yang boleh korang lakukan seperti flying fox, berjalan di atas tali dari satu pokok ke satu pokok, meluncur, bergayut dan pelbagai lagi.



Aktiviti ekstrem ini bukan sahaja menguji fizikal korang malah mental serta emosi juga akan rasa tercabar! Kanak - kanak pun boleh sertai asalkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Jimat Duit, Masa dan Tenaga Dengan Pilihan Lokasi Penginapan

Tips nak melancong yang paling penting adalah pemilihan lokasi penginapan yang berhampiran dengan tempat - tempat menarik. Bila korang pilih penginapan yang strategik, nanti bajet untuk perjalanan dapat jimat banyak tau! Malah, akan ada banyak masa untuk berkunjung ke pelbagai pilihan lokasi pelancongan yang ada. 


Penginapan yang dipilih pula perlu mempunyai kemudahan yang semestinya dapat membantu melancarkan pelancongan kita nanti. Gee suka pilih penginapan hotel yang sediakan pakej breakfast. Al maklumlah anak kecil ramai, kan mudah kalau breakfast siap - siap kat hotel. Sekurang - kurangnya dapat mengurangkan tantrum anak! Bila dah kenyang, baru ready untuk explore tempat menarik yang ada!


Kalau korang nak mudah dan cepat, korang boleh terjah ke BAGASI.MY . Kat situ, semua senarai hotel menarik dan best - best di Shah Alam dah ada untuk korang pilih. Siap dengan details, harga dan lokasi hotel lagi tau!!

Gee pun nak merancang percutian dengan family jugak ni!! Cuti sekolah pun banyak nanti! Mesti seronok kanak - kanak ribena bila dapat surprise holiday lagi! 




Dapat Ole Ole Mask Nature Republic Dari Korea | Hi semua! Walaupun dah lama Sis Gee dapat ole ole dari Korea ni, namun rasa nak share jugak kat blog. Hihi.

Beberapa bulan yang lepas, geng blogger Husniey Husain pergi melancong ke Korea. Ya! Korea wei! Bestnya tengok updates Husni ketika berada di sana. Kalau korang nak tahu, Husni ni boleh dikategorikan sebagai Travel Blogger jugak sebabnya Husni & hubby memang suka melancong dalam dan luar negara. Murah rezeki diaorang kan? Hehe.

Bersama Husniey Ketika Beliau Datang Beraya
Tidak ku sangka, dia siap belikan ole ole untuk Gee dan anak - anak! Terima kasih Mama Husni & Papa Ijat!!💜

Salah satu ole ole yang Gee dapat adalah Mask Sheet daripada Nature Republic!! Semua sedia maklum kalau skincare dari Korea ni, kebanyakkannya mesti best dan menjadi! Tengoklah kulit orang Korea camane kan! Mulus mulus tau!!


Best gila mask sheet rose ni!! Bila buka, semerbak bau rose! Standard timing pakai mask 10 minit hingga ke 20 minit je. Kemudian, dah boleh bersihkan muka. Gee suka pakai malam sebelum tidur. Bila lekapkan mask rose dari Nature Republic nih, nyaman & tenangnya rasa. Ekstrak Rose dia boleh buat kita calm dan juga release stress. Bila dah bersihkan muka, kulit rasa best dan wangi oi! Haha!

Pasni nak cari mask Rose lagi lah! Thank you Husni bagi Sis Gee merasa mask dari Korea ni! Sempat lagi tau Gee cuba search kat Instagram brand Nature Republic nih.


Followers IG diaorang sahaja dah membuktikan jenama diaorang memang trusted! Patutlah best produknyaaa!!

Bila scroll, makin syok pulak tengok produk yang ada. Macam - macam pulak tuh! Siapa nak gi Korea pasni, roger Sis Gee okey! Macam banyak nak order nih! Kekekekkee!


Thank you Husniey Hussain sentiasa pemurah dan baik dengan kami semua! Hehehe!! Nanti kita jumpa mengopi wokeh! Semoga Husni sentiasa dimurahkan rezeki dan sukses!! Hugs & kisses for you darling!! ❤

Nak berkenalan dengan Blogger Husniey Hussain?? Korang klik je social media kat bawah ni wokeh!

BLOG | FACEBOOK | INSTAGRAM 

#sisgeesaythankyou
#sisgeemeetblogger




Review Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water | Assalamualaikum semua! Siapa yang duk survey atau searching makeup remover tu, mesti baca habis entry Sis Gee kali ni. Posting ni Gee nak berkongsi dengan korang produk menarik daripada Safi Malaysia yang semestinya sangat berguna untuk korang yang sentiasa mahukan kulit cantik dan sihat.


Eh! Bukan korang sahaja tau idamkan kulit wajah yang cantik dan sihat! Sis Gee pun mengidamkan kulit mulus, bersih dan sihat tanpa cela. Al maklumlah, bila usia dah banyak ni, kalau tak menjaga kulit, memang mudah masalah kulit muncul. Bila ada masalah kulit, ambil masa yang lama pula untuk pulih kembali. Jadinya, sebelum kulit menjadi semakin parah, lebih baik kita cari jalan untuk menjaga kulit dengan lebih baik.

Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water | Selamat dan Berkesan Untuk Cantik Semulajadi

Siapa tak nak kulit sihat dan cantik secara semulajadi kan? Bila kulit sihat, keyakinan diri juga akan meningkat tau! kemudian, kalau nak makeup, solekan akan tampak lebih sekata dan cantik. Memperkenalkan pembersih makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water iaitu pembersih make up yang diformulasikan daripada 100% bahan semulajadi sahaja.


Tanpa mengandungi bahan kimia merbahaya dan terlarang, pembersih makeup Safi Micellar ini selamat dan berkesan untuk digunakan. Tambahan pula, produk keluaran Safi Malaysia merupakan produk yang sentiasa mendapat kepercayaan dan boleh digunakan tanpa was-was. 

Pilih Pembersih Makeup Mengikut Jenis Kulit

Pembersih makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water hadir dalam 3 jenis iaitu setiap satunya sesuai digunakan oleh jenis kulit yang berbeza. Jom Gee kongsikan lebih lanjut so nanti korang dapat ketahui pembersih makeup yang sesuai untuk kulit sendiri.

◉ SAFI Micellar Natural Cleansing Water Cucumber



Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun, ia dapat membantu kulit korang kekal lembab, merevitalisasi serta menjadikan kulit lebih sihat. Kulit akan menjadi lebih lembut dan bermaya. Safi Micellar Mentimun ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

◉ SAFI Micellar Natural Cleansing Water Rose



Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi Ros, pembersih makeup ini dapat membantu korang menanggalkan solekan serta mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat. Safi Micellar Rose ini sesuai untuk jenis kulit kombinasi dan normal.

◉ SAFI Micellar Natural Cleansing Water Neem


Bagi korang yang kulit jenis berminyak dan berjerawat, Safi Micellar Neem ini sangat sesuai untuk menanggalkan kotoran serta makeup pada wajah. Safi Micellar Neem mempunyai agen anti bakteria di mana dapat mengawal minyak yang berlebihan pada wajah serta menghalang pertumbuhan jerawat.

Sis Gee Suka Safi Micellar Rose!!

Safi Micellar Rose sesuai untuk kulit Gee yang jenis kombinasi ini. Maksud kulit kombinasi adalah ada sebahagian kawasan muka Gee berkulit kering, dan ada bahagian yang berminyak juga. Gee pun tahu jenis kulit sendiri daripada pemeriksaan daripada pakar kecantikan di sebuah medispa tahun lepas. Hehe. 


Walaupun Gee tidak kenakan solekan di rumah, tidak bermakna kulit kita bersih tanpa kotoran. Seharian di rumah pun masih terdedah dengan bakteria dan kotoran yang boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat. So, sebelum tidur, Gee akan pastikan Gee bersihkan dahulu muka dengan pembersih makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water Rose, kemudian baru Gee mencuci muka dengan pembersih muka. 

Bila kita tidur dengan kulit yang bersih, bangun tidur pun rasa segar je tau! Korang tak percaya, korang boleh cuba juga nanti!!


Untuk korang yang berminat untuk mencuba pembersih makeup halal dan selamat Safi Micellar Natural Cleansing Water Rose, Cucumber atau Neem ini, korang boleh dapatkan di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, korang boleh click pautan yang Gee sediakan kat bawah ini!
WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK

#SafiMY
#SafiMicellar
#takpedihkanmata
#SafiMicellarWater
#SafiSkinHistory
#SafiMalaysia
#reviewbysisgeedotcom



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ▼  July (9)
      • Brownies, Congo Bar Sedap & Murah Dengan Kualiti B...
      • Dashing Keluarkan Semburan Deodoran & Wangian Bada...
      • Kulit Glowing Gebu Seawal 3 Hari Dengan Tera Skincare
      • Tempat Menarik di Shah Alam dan Pilih Penginapan H...
      • Dapat Ole Ole Mask Nature Republic Dari Korea
      • Review Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Clea...
      • Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru | Pemegan...
      • Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion | ...
      • Gathering Raya 2019 Bersama Geng Blogger Ganu
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab