Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 | Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan. 


Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”


“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.

Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”


“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal. 

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. 

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.

Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web :
 
https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019
Lirik Lagu Sambil, OST Jodoh - Jodoh Annisa | Siapa dah terjebak dengan drama rantaian bersiri yang panjang Jodoh - Jodoh Annisa? Gee ni bukanlah kaki drama sangat. Ada la layan beberapa drama yang sempat follow. Tapi kali ni, drama Jodoh - Jodoh Annisa keluar kat tv, memang follow rapat sungguh! Nasib kat rumah ada pvr so biasanya Gee rekod je dulu. Nak layan online macam tak berapa gemar. Mungkin tak biasa lagi layan drama secara online. So bila rekod, Gee akan layan time memang free tanpa gangguan anak-anak. Hahahahaha!


Lagu Sambil ni lagu tema drama Jodoh - Jodoh Annisa. Pada awalnya, Gee tak suka sangat lagu ni. Tapi bila dah seminggu layan drama ni, makin lama Gee rasa macam best pulak lagu Sambil ni.

Rupa-rupanya, lagu ni dendangan Amira Othman dan adiknya Irfan Haris. Wow! Memang gandingan yang mantap lah kalau dapat menaikkan lagu Sambil ni. 

Yang belum pernah dengar, boleh layan video kat sini : << Video Lagu Sambil >>

Kat sini Gee kongsikan liriknya sekali! Jom karoks!


Lagu : Sambil
Penyanyi : Amira Othman & Irfan Haris

Usaplah Airmata Di Pipimu
Hentikan Suara Sendu Tangismu
Kerna Aku Mula Sedar Segalanya
Maafkan Aku
Curangi Kamu

Cukuplah Kau Memujukku Kembali
Hatiku Tawar Takkan Manis Lagi
Sejujurnya Ku Juga Merinduimu
Namun Tak Mampu
Ku Maafkan Kesilapanmu

Sambil Ku Teringat Kamu
Sambil Ku nyanyikan Lagu
Sambil Itu Kau Melupakan Diriku
Sambil Engkau Sudah Tidak Punya Rasa
Sambil Aku Menangis

Andai Kau Temukan Penggantiku
Beruntungnya Dia Miliki Kamu
Sempurna Kamu
Bidadari Pun Cemburu

Sambil Ku Teringat Kamu
Sambil Ku Nyanyikan Lagu
Sambil Itu Kau Melupakan Diriku
Sambil Engkau Sudah Tidak Punya Rasa
Sambil Aku Menangis

Sambil Ku Teringat Kamu
Sambil Ku nyanyikan Lagu
Sambil Itu Kau Melupakan Diriku
Sambil Engkau Sudah Tidak Punya Rasa
Sambil Aku Menangis

Sambil Aku Menangis

Menangis…


#jodohjodohannisa

Tips Penjagaan Muka Untuk Kulit Kusam dan Nampak Natural Sepanjang Hari Dengan Gold Nano CC Cream | Siapa suka make up natural? Yeay kita geng! Gee antara mereka yang kategori malas bersiap. Al maklumlah anak ada 4, bawah umur pulak tu. Nak bersiap lama, nanti nak siapkan diaorang pulak! Kalau outing, Gee suka pakai make up se minima yang boleh! Tu pun sebab tak nak bagi nampak kulit terlalu kusam, parut - parut jerawat dan juga bintik - bintik hitam kelihatan. At least, takde lah orang kata walaupun dah kahwin dan dah ada anak, penampilan terus jadi huru hara. 


Kalau korang nak tahu, dah hampir sebulan Gee dipertemukan dengan CC Cream yang super duper best ni. Yang paling membuatkan Gee jatuh cinta adalah kesan selepas pakai CC Cream ni, kulit nampak natural walaupun tanpa solekan bewarna - warna. Maksud natural ni, kulit tidak kelihatan putih yang pelik, berminyak atau kelabu asap! Opps! Nak tahu CC Cream apa, jom Gee kongsikan di entry post kali ni.

Kulit Nampak Natural Dengan Gold Nano CC Cream


Gold Nano CC Cream merupakan salah satu daripada rangkaian produk Hansaegee Nature. Hansaegee Nature telah mengeluarkan pelbagai produk untuk kesihatan dan kecantikan kulit antaranya adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Aqua Whitening Cream dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, semua produk diperbuat daripada Korea dan Gold Nano CC Cream ini merupakan 'BEST PRODUCT' mereka setelah bertahun lamanya.

Gold Nano CC Cream merupakan krim siang yang meliputi pelbagai fungsi. Maka kalau korang memakai Gold Nano CC Cream, ia bukan sahaja boleh dijadikan alas solekan malah ia berfungsi untuk merawat kulit korang juga. Kalau korang perasan, di Gold Nano CC Cream ada tertulis 'Colour Control Cream' di mana ia bermaksud Gold Nano CC Cream ini fizikalnya adalah krim berwarna putih, namun setelah korang pakai dan blend pada kulit, warna Gold Nano CC Cream akan disesuaikan dengan warna kulit korang. Menarikkan?


Satu Gold Nano CC Cream boleh dipakai untuk semua jenis warna kulit!! Sangat mudah sebab bagi Gee sendiri, kalau krim di pasaran yang mempunyai pelbagai tona warna krim, sekiranya tersilap memilih warna, kulit kita akan menjadi terlebih putih atau terlebih gelap. 

Menariknya Gold Nano CC Cream ini, warna krim akan sesuaikan dengan warna kulit korang! Tak kisah kulit berwarna putih pucat, sawo matang, hitam manis atau sebagainya. 

Ketahui Ramuan Utama Terkandung di Dalam Gold Nano CC Cream

#1 Mineral Water

Mineral water akan memastikan keseimbangan PH kulit korang supaya kekal lembab sepanjang hari. Selain itu, ia juga membantu kulit menjadi lebih anjal dan sihat.

#2 Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Kulit yang bermasalah seperti jerawat dapat dirawat dengan penggunaan Gold Nano CC Cream ini. Ini kerana Gold Nano CC Cream akan bertindak sebagai penghalang kuman dan bakteria pada kulit yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

#3 Nano Gold

Nano Gold pula berfungsi sebagai agen anti penuaan pada kulit korang. Kulit akan menjadi lebih lembut dan awet muda.

Tekstur Gold Nano CC Cream Sangat Ringan Pada Kulit


Kalau krim siang semestinya Gee sukakan tekstur krim yang ringan pada kulit. Al maklumlah cuaca di Malaysia agak panas. Nanti muka nampak berminyak dan krim muka bertukar menjadi tompok - tompok di wajah. Namun tidak terjadi kejadian sebegitu apabila Gee memakai Gold Nano CC Cream. Tekstur Cream tidak melekit, tidak berminyak dan sangat ringan pada kulit. Kalau korang pakai dari awal pagi sehingga tengahari, kulit nampak sekata dan natural je tau!


Tekstur cream adalah berwarna putih seperti sapuan yang Gee buat pada kulit tangan Gee. Tapi korang tak perlu risau, takdenya cream ni akan menjadikan kulit putih yang pelik. Malah, bila korang blend dengan sekata, lama - kelamaan cream akan bertukar mengikut warna kulit korang. Lagi memudahkan adalah korang hanya perlu blend dengan jari sahaja!! Senang kan? Korang boleh tengok gambar kat bawah ni pulak.


Gambar kat atas Gee buat magik kat sehelai kertas putih. Bila kita blend dengan jari, warna akan bertukar menjadi warna kulit. Sebab itu satu Gold Nano CC Cream ni boleh digunakan pada kulit yang pelbagai tona warna.

Gold Nano CC Cream Mempunyai SPF 50 + PA +++


Gold Nano CC Cream mempunyai pelbagai fungsi. Kalau krim siang, semestinya nak ada perlindungan sinaran matahari untuk mengelakkan kulit rosak dan terbakar. Pemakaian Gold Nano CC Cream dapat melindungi kulit korang daripada sinaran matahari terik. So, kalau nak pergi bercuti ke pantai atau pulau, semestinya wajib bawa Gold Nano CC Cream ini. 

Cara Penggunaan Gold Nano CC Cream


Kulit Lebih Glowing dan Sihat Dengan Gold Nano CC Cream


Sememangnya Gold Nano CC Cream mempunyai pelbagai fungsi. Korang dah tak perlu nak apply make up primer, foundation atau make up based yang lain. Penggunaan Gold Nano CC Cream sudah memadai dapat menutup segala cela pada wajah termasuk parut jerawat dan juga bintik - bintik hitam. Tambahan pula, pemakaian Gold Nano CC Cream pada kulit wajah dapat merawat kulit yang bermasalah juga seperti masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, tona kulit tak sekata dan sebagainya. 

Untuk mendapatkan Gold Nano CC Cream ini, korang boleh hubungi atau klik pada pautan yang Gee sediakan kat bawah ini.


Company name: Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.


Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.




Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:


No
Negeri
Daerah/Bandar
Lokasi
Tarikh
1
Pahang
Gambang
Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang
18 Mac
2
Pahang
Jengka
Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11
19 Mac
3
Terengganu
Dungun
Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya
20 Mac
4
Kelantan
Kota Bharu
Kompleks Balai Islam, Lundang
21 Mac
5
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak
24 Mac
6
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu
7
Terengganu
Setiu
Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom
25 Mac
8
Terengganu
Besut
Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung
26 Mac
9
Terengganu
Hulu Terenganu
Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
27 Mac
10
Terengganu
Marang
Dewan Majlis Daerah Marang
28 Mac
11
Kelantan
Pengkalan Chepa
Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota
31 Mac

Roadshows ini merupakan kolaberasi bersama Pejabat - Pejabat Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank - Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan juga Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).


Selain itu terdapat 11 agensi tempatan yang akan terlibat yang terdiri daripada :

1)   FELDA Jengka
2)   FELDA Ketengah Jaya
3)   Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kelantan
4)   Pejabat Daerah & Tanah Setiu
5)   Pejabat Daerah & Tanah Besut
6)   Pejabat Daerah & Tanah Hulu Terengganu
7)   Pejabat Daerah & Tanah Marang
8)   Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
9)   Universiti Malaysia Pahang (UMP)
10) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
11) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Bersama Datin Arlina Ariff ( Pengarah Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) dan Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM)

"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.








How To Train Your Dragon : The Hidden World | Weekend yang lepas, Gee dan incik suami bawa anak - anak ke LFS Cinema Kuala Terengganu untuk layan movie dengan Geng 4A. Sebelum booking tiket, Gee ada layan preview movie kat LFS Online. Masa tu Arsyad & Amani pun ada. Pada mulanya nak tengok movie seram memandangkan diaorang memang suka cerita seram ni. Tapi bila tengok preview How To Train Your Dragon The Hidden World, terus minta pilih movie tu. So bubye movie seram! Hahahaha!



Sinopsis Filem How To Train Your Dragon : The Hidden World

Filem ni merupakan filem animasi yang mengisahkan hero yang bernama Hiccup selaku ketua Puak Viking yang kini melindungi puak dan kampung mereka daripada bahaya luar. Hiccup bersama naga kesayangannya, Toothless sentiasa bersama untuk menentang musuh dan menyelamatkan naga - naga lain yang ditangkap oleh si penjahat pemburu naga. Konflik bermula apabila penjahat yang kejam iaitu Grimmel The Grisly mengetahui kewujudan Toothless dan ingin memburu Toothless. Grimmel The Grisly pada mulanya menghantar naga Light Fury ( naga betina ) sebagai umpan untuk dapatkan Toothless namun Toothless dan Light Fury jatuh cinta dan sepakat untuk menolong Hiccup menyelamatkan naga-naga lain. 


The Hidden World merupakan satu tempat yang dikatakan oleh ayahnya Hiccup, pelbagai spesis naga hidup dengan aman damai dan selamat. Dalam usaha Hiccup mencari The Hidden World, Light Fury telah membawa Toothless masuk ke dalam The Hidden World. 



Bagaimana konflik Hiccup untuk menyelamatkan naga - naga daripada si kejam Grimmel The Grisly? Bagaimana pula nasib semua naga - naga yang telah Hiccup selamatkan? Bagaimana kisah cinta si naga Toothless dan Light Fury?


Review Sis Gee

Walaupun Gee tak follow movie ni dari yang first, tapi jalan cerita masih boleh difahami. Anak - anak especially Arsyad & Amani dah boleh baca subtitle dan faham jalan cerita memang seronok dan ketawa bila scene kelakar. Watak kelakar paling best adalah si Tuffnut & Ruffnut. Yang paling Gee wow sekali adalah bila masuk ke The Hidden World. Memang patutlah The Hidden World di highlightkan dalam tajuk filem ni. Serius terpana dan tak berkedip mataku tengok The Hidden World.



Dah! Nak cerita banyak - banyak nanti tak best kalau korang nak tengok. Overall Gee boleh bagi rating 8/10. Layan dari awal sampai habis tanpa tertidur. Hahahhahahahah!



So korang dah tengok movie ni? Apa komen korang?



Nasi Kambing Bakar dan Soto Viral di Warong Soto Pasir Penambang 2 Shah Alam | Jangan baca entry ini kalau anda sedang lapar! Nah kalini siap bagi warning tuh! Hahaha! Entry kali ni Gee nak kongsikan tempat makan menarik dan sedap di Shah Alam. So, kalau yang mana stay di luar Shah Alam, boleh masukkan dalam list tempat makan yang korang boleh singgah nanti kalau datang berkunjung ke Shah Alam. 


Warong Soto Pasir Penambang Sememangnya Sudah Dikenali

Untuk pengetahuan korang, Warong Soto Pasir Penambang 2 ini adalah cawangan kepada Warong Soto Pasir Penambang yang pertama dan asal di Kuala Selangor. Sebelum kewujudan cawangan ini, Warong Soto Pasir Penambang dah sememangnya terkenal dan viral kerana kesedapan sotonya. Gee sendiri pernah makan di Warong Soto Pasir Penambang yang pertama masa tu baru je kahwin. Hehehe. 


Istimewanya Warong Soto Pasir Penambang 2 ini adalah terdapat menu tambahan yang lebih wowwww dan mengancam iaitu kambing bakar. Kiranya, signature dish Warong Soto Pasir Penambang 2 ini lah menu kambing bakar ni. 

Kambing Bakar Menggunakan Sos Perapan Sendiri

Kalau nak tahu, Gee ni suka ke tak daging kambing, korang boleh baca entry Geng Blogger Mek Yunie yang ada berceritakan dan nampaknya sudah semakin memahami taste selera Sis Gee. Tak sangka apa yang dicerita itu memang betul! Hahahahaha!

Berbalik pada cerita sos perapan kambing bakar, owner sendiri menggunakan resepi beliau untuk dijadikan sos perapan kambing bakar di Warong Soto Pasir Penambang 2 ini. Gee pun tak tahu, apa yang dibubuhnya tapi bila Gee cuba, sikit - sikit sampai habis Gee makan!! Sambil sembang-sembang je tak perasan eh!! Aku dah habiskan kambing bakar!! Hahahahaha! Semua macam terkejut Gee boleh pulak makan, padahal dari awal dah bagitahu tak suka daging kambing sebab hamis lah, berbau lah.... At last, aku yang habiskan semua!! Hehehehehe!!


Kambing bakar ni nak makan ala carte pun boleh nak makan bersama set nasi putih pun boleh. Untuk set Nasi Kambing Bakar, korang akan dapat nasi putih, kambing bakar dan juga kuah sup. Tapi disebabkan Gee dan melantak soto, maka Gee makan kambing bakar sahaja. Hehe.

Soto Menggunakan Resipi Asli Bonda


Soto ni dah sememangnya signature dish Warong Soto Pasir Penambang yang asal, maka menu soto juga ditawarkan di Warong Soto Pasir Penambang 2 ini. Gee sukakan Soto Begedil sebab begedil diaorang sangat sedap! Korang boleh pilih kalau nak bihun soto, koteow soto dan mee soto. Istimewanya taugeh yang digunakan adalah hasil tanaman sendiri bukan dari pasar atau pasaraya. Menarikkan? 


Kalau korang nak makan portion yang lebih besar, korang boleh order Soto Special di mana korang akan dapat begedil lebih, taugeh lebih, isi ayam lebih, mee lebih dan semuanya dilebihkan. Hehehe. Owh!! Soto yang sedap mestilah dimakan dengan sambal kicap yang sedap!!! Anak - anak kalau makan soto pun bertambah. So korang tak perlu rungsing untuk fikirkan menu anak - anak nanti.

Lagi Menu Sedap dan Mesti Cuba di Warong Soto Pasir Penambang 2!!

Gee nak recommendkan 2 menu ini yang korang boleh jadikan appetizer atau dessert. Tak kisah lah asalkan korang mesti cuba!!! Jangan bayangkan kek pulak!! Hahahahaha! Antara menu santai - santai yang sedap adalah Pecal dan Lempeng Kelapa. 


Pecal memang sedap dengan kuah yang melimpah pastu sayur memang fresh! Krup Krap makan sayur fresh! Pastu Lempeng Kelapa pun sedap sebab rasa manis kelapa dan cicah dengan kuah sardin istimewa. Perghhhh! Jangan order 1 nanti menyesal! Hahahaha!


Harga Mur Mur Je!! 



Recommended By Sis Gee!!

Memang mesti singgah Warong Soto Pasir Penambang 2 ni!! Tak tahu lah berapa bintang nak bagi, sebab kita yang tak suka makan daging kambing, pun boleh tersuka terketagih pulak dengan kambing bakar diaorang. Jauh pula nak repeat. So, next trip ke KL, Gee harus singgah lagi!! Korang nak join sekali pm tepi eh. Hihihi.


Kat Mana Lokasi?

Kalau korang waze atau google 'Warong Soto Pasir Penambang 2 Shah Alam' terus detact lokasinya kat mana. Nak mudah lagi, Warong Soto Pasir Penambang 2 ni terletak bersebelahan dengan Pasar Shah Alam Seksyen 6. Mudah sangat nak jumpa! Hehe. Nak details lagi, korang boleh check it out link kat bawah ini okey!!


WARONG SOTO PASIR PENAMBANG 2 SHAH ALAM

Facebook : @sotopasirpenambang

Waktu Operasi : 10 pagi hingga 10 malam

Hubungi : 016 - 266 5019


Menang Giveaway PANTANGPLUS.COM di MIALIANA.COM | Alhamdulillah walaupun saat - saat akhir join giveaway dari geng blogger Mia Liana, terselit juga rezeki untuk blog Sis Gee. Bestnya join giveaway bila ada rezeki untuk menang. Hehe. 

Menariknya giveaway ni adalah hadiah berupa wang tunai. So alhamdulillah rezeki NO 56 untuk menang hadiah tempat ke 3. Sebenarnya, join giveaway ni bukanlah matlamat nak menang semata-mata tapi lebih kepada nak support sesama blogger. Gee tahu, korang pun sama kan? 


Mia Liana ni Gee kategorikan blogger otai. Tengok followers blog beliau dah 5 angka. Aku juga terkedek-kedek 3 angka. Hahahahha. But never minds! Sebab u olls semua support i olls dalam blogging kan? Kehkehkehkeh.

Nak kenal dengan blogger Mia Liana boleh terjah ke blog beliau ⟹ www.mialiana.com

Thank you Mia dan semua sponsor! Hadiah pun dah selamat diterima. Alhamdulillah. Tahniah juga pada semua pemenang yang lain!

Siapa lagi buat GA sekarang? Meh nak join kot LUCK masih ada! 😜
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (8)
      • MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat ...
      • Lirik Lagu Sambil | OST Jodoh - Jodoh Annisa
      • Tips Penjagaan Muka Untuk Kulit Kusam dan Nampak N...
      • Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewanga...
      • Movie Review | How To Train Your Dragon : The Hidd...
      • Nasi Kambing Bakar dan Soto Viral di Warong Soto P...
      • Menang Giveaway PANTANGPLUS.COM di MIALIANA.COM
      • 7 Jenama Serum Paling Popular Untuk Jerawat dan Je...
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab